COLUMBO - 'JUST ONE MORE THING'
Masa saya kecik dulu, syiok benar nonton siri Columbo kat TV.
Detektif ni mata keroh, pakaian lusoh, cigar besar, kereta karat dan bodoh sakan.... ah! itu trick beliau.
Dia buat-buat bodoh, garu-garu kepala, bila menjalankan penyiasatan dengan jaket coklat muda yang tak pernah dicuci (GAMBAR), dan tiba-tiba Lieutenant Columbo akan berkata 'Just one more thing....' apabila suspek dah masuk trap.
Hari ini, pelakon Columbo, meninggal.
Peter Falk, 83tahun.
Mata keroh? Sebenarnya salah satu matanya ialah mata palsu. Yang ori kena cabut kerana cancer.
BBC:
He told one interviewer his shabby detective looked "like a flood victim".
"You feel sorry for him. He appears to be seeing nothing, but he's seeing everything. Underneath his dishevellment, a good mind is at work".
Abang polis SB agaknya kena buat macam gini bila buat penyiasatan. Lepas tu kata: 'Terima kasih datuk seri kerana beri keterangan. Cuma Ada Lagi Satu Benda...'
Akhbar fav saya, NYT, juga tulis belasungkawa. Sedih membacanya sebab teringat zaman kecik-kecik tinggal kat kampung. Life used to be so simple.
Dah jauh saya berkayuh. Letih rasanya.
-----------------------------------
POSTING - BERSIH ATAU KOTOR
Dua tahun lalu, APEC diadakan di Singapork.
Saya buat laporan - di sini, sini dan sini.
Presiden Obama datang ke Singapork - masa tu masih sangat popular kerana baru jadi prez.
Pada masa tu, Myanmar baru dilanda ribut taufan = Cyclone Nargis, 138,000 maut dan ratusan ribu hilang semua.
Tapi pemerintahnya tak bantu rakyat. Lebih teruk lagi, tidak mahu terima bantuan dari luar - makanan, khemah, selimut, water-purification equipment (scroll dan lihat GAMBAR di bawah - water filtration machine utk digunakan semasa kecemasan buatan Singapore), pakaian.
Ish! Marah satu dunia.
Kena pressure oleh Asean baru nak buka pintu sikit.
Pada masa itu, ramai orang mengamuk nak demo di Singapork tunjuk kemarahan terhadap Myanmar.
Tapi polis Temasek kata - oi, tak boleh. No permit.
Jika lima orang kumpul buat demo, kami cekup!
Itu undang-undang di Singapura.
No exceptions.
ADA beberapa pelajar Myanmar yang belajar di sini demo jugak. Di Orchard Road, kerana ada hotel di mana sebahagian daripada meeting APEC diadakan.
Dua daripada mereka berdiri di sebelah kiri bahu jalan, atas pavement, dengan tee-shirt marah pemerintah Myanmar.
Dua lagi di kanan pavement dan pakai tee-shirt demo.
Tak ada sepanduk, hanya tee-shirt.
Mereka TIDAK kena tangkap kerana kurang daripada lima orang, tapi polis ambil nama mereka semua. Menurut laporan, selepas APEC mereka semua dihalau keluar dari Singapork. Dihantar balik ke negara kamu kerana kamu troublemakers.
BAIK PAP atau pembangkang tidak pernah adakan demo. Polis berlaku adil.
Bila pilihanraya Mei lalu, baru boleh kumpul puluhan ribu orang - DALAM STADIUM - ah nak pekik anti-PAP, lantak lah.
Permit dari 7mlm hingga 10mlm.
10.01pm jika masih pekik, akan kena cekup (tidak termasuk hari keputusan pilihanraya diumumkan).
Hampir semua rakyat Singapork satu hati dalam isu ni dan sokong abang polis - kamu nak demo minta permit, adakan dalam dewan besar (misalnya dewan sebesar PWTC di KL ada banyak di sini) atau dalam stadium.
Ain't no way police akan beri permit kat luar, kerana takut beri traffic problem, masalah kepada pekedai dan imej negara.
SIKAP polis sama adil. Tak kisah kamu PAP atau Falun Gong (ramai pengikut fanatik agama ini kena cekup sebab demo lebih lima orang di Orchard dulu) atau kesatuan kerja.
Orang Singapork pun benci kamu kasi traffic jam jalanraya.
SEBERANG TAMBAK, CERITA LAIN
TAPI di Malaysia cerita lain. Polis tak konsisten sebab tangan mereka terikat dan diikat oleh orang politik.
Mereka nak tahan orang buat demo Bersih yang dulu, mahupun Bersih 2.0 ni, payah. Atau demo apa pun.
Siapa yang boleh lupa Menantu Perdana Menteri beberapa tahun dulu buat demo pusing satu KLCC apabila Condi Rice, menteri luar US, berada di KL?
Abang polis semua takut nak stop mereka, apa lagi nak sembur air kimia (chemical-laced water yang berwarna kuning) ataupun gas pemedih mata.
Itu demo pro-Palestin.
Pekik-pekik macam budak gila konon juangkan Palestin.
Jika yang melakukannya pembangkang, dah kena belasah.
Dan banyak lagi demo Umno dan BN di depan US embassy - pro-Iraq, pro-Afghanistan, anti-Israel dan seterusnya.
Semuanya tak boleh ditahan polis kerana kerja polis telah dipolitikkan.
Jadi kini jika polis pekik demo Bersih tak boleh, aish, apa hal ni? Orang tentu tuduh tak adil.
Walaupun penganjur demo dituduh sebagai didalangi pembangkang yang nak bawa Arab Spring ke Malaysia.
Anwar, kononnya, nak jatuhkan BN dengan street demo. Kalau betul pun, payah polis nak larang.
You can't stop one demo and then allow the other.
YOUTUBE: Blog malayos. Jika tak ada lagu malayos, tak sah!
Agaknya bila demo nanti, Abang Polis akan kata:
"Inginku maki
Mereka (Anwar, Ambiga, KJ dan Ib Ali) berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi
Yang tak pasti
Hari ini
Juga mimpi
Maka biarkan
Ia datang"
- Kamelia oleh Jariah Manis (Sweet Charity).
JALAN KELUAR?
SEBELUM ITU, maaf ya, saya ni orang Singapork yang menumpang kasih di Maysia Daroool Kebajikaaan.
Takut dituduh - ye ele, mamat ni penakut. Negeri dia tak berani buat, nak kacau negeri kita.
Ini ngobrol beb, cerita kosong macam kita duduk kat kedai kopi bual pasal isu Palestin, atau Manchester United lawan Kelantan FC.
Just idle talk.
Cerita lama saya tentang demo dan memo.
JIKA saya Anwar dan Ambiga, last minute saya akan announce - kerana tidak mahu menyusahkan pekedai dan rakyat, kami akan adakan demo di dalam Stadium Shah Alam.
Tak pingsan si Menantu Bekas PM dan Ib Ali? Mereka nak adakan kat mana? Tak sempat nak book venue! Dan jika adakan dalam dewan atau stadium, takut yang datang 100 saja - jika di jalanraya boleh claim ribuan penyokong sebab memang payah nak kira kerana berselerakan orang-ramai tu.
Dan tentunya orang akan respek pembangkang - jangan nak bohonglah, penggerak Bersih 2.0 ialah pembangkang bukan NGO.
'Wah, pembangkang pun respek law lah, tak mahu menyusahkan orang'.
SAYA pasti Umno dan Perkasa tidak berani yang menjadi group yang announce nak adakan dalam stadium, takut diejek penakut.
JIKA semua go-stan begini. Cantik untuk negara. Ini angan-angan saya saja.
LEPAS tu kamu semua duduk ler dengan abang polis, buat perjanjian baru - walaupun informal agreement - jika kami nak buat demo dalam dewan atau stadium, polis silalah beri kami permit. Peaceful demo.
TAPI saya tahu ini tidak akan berlaku.
Sebab itu bukan style Anwar mahupun jagoan PAS yang memang suka demo. Memang syiok oi pekik-pekik. Demokrasi lah katakan.
TAMBAHAN: Yang pasti 99 peratus yang akan demo ialah Melayu, bangsa kuat emosi tapi bodoh bila disuruh fikir cara strategik.
Cheena duduk rumah dan dalam kedai, dapat raih keuntungan demo kamu. Selain Kit sekeluarga dan beberapa kerat lain, hampas kaum mereka akan keluar demo.
Di universiti kamu, ribuan Melayu, tapi yang top ialah budak Cheena sebab Melayu suka main politik daripada belajar.
Ini bukan saya tuduh kamu, saya tunjuk pada diri sendiri dulu semasa belajar - kita syiok main politik dan 'perjuangkan agama', lupa bahawa jika kamu dapat gred tinggi pelajaran, dapat kerja bagus, dapat gaji tinggi, maka dapat bantu umat lebih - boleh derma bantu pelajaran anak miskin, sokong rumah anak yatim, buat sekolah Palestin di Egypt pun jika itu keinginan kamu. Nak belikan kapal masuk Gaza pun boleh jika kamu kaya dan bukan jadi sekuriti guard dan office boy (ini saya bual tentang malayos singapork yg bodoh).
Bodohnya saya, 'perjuangkan agama' sehingga sibuk dan tak belajar dengan betul sehingga kena repeat Tahun Ketiga. Datang dari keluarga miskin, lepas tu repeat setahun - membuang duit yang memang hampir tak ada (ayah drebar, ibu amah).
Bila difikir balik - aiks, apa yang aku perjuangkan?
Jika dah habis belajar isunya tetap sama! Tapi itulah terjadi jika yang jadi guide kita orang yang berkepentingan atau yang sama 'gong.
Bila dah demo kat jalan, abang polis Malaysia, kerana mereka telah dipolitikkan, akan terpaksa ambil tindakan.
Tentunya orang nak lihat - yang kena belasah hanya Bersih 2.0 atau Umno dan Perkasa juga?
Teruskan beb, saya orang menumpang. Pandang dari jauh dan geleng kepala.
Video: At the Last Rally
1 hour ago




12 comments:
Rem
Aku pernah join demo kat ITM Shah Alam dulu, zaman 80an. siap masuk muka depan newspaper cerita tu. glamer you. Nasib baik tak kantoi, kalu tak kena gantung 2 semester.
Punca dia - pak guard saman student yang naik motor tak pakai helmet dalam kampus, tapi staff tak pulak kena saman. Memang le tak adil .
Sebab di ketatkan undeng undeng tu karena ramai student yang cedera sebab accident masa tu.
sebelum demo ada perjumpaan semua pelajar dengan Dekan. Kita orang lebih mulia dari Ambiga dan Mat Sabu sebab mahu duduk berbincang dulu
Dalam sesi Q&A, ada wakil pelajar bertanya kat dekan " kenapa student saja yang kena saman sedangkan staff tak kena saman"
lalu dekan jawab " saman ini dibuat demi keselamatan pelajar semua - kalau accident kamu juga yang cedera. Mak bapak jugak yang susah"
pelajar tu tanya balik " Kenapa staff tak kena saman kalu tak pakai helmet ? apa kepala staff tu buat dari batu ke ? kalau accident tak pecah"
Dan dekan terus terdiam tak boleh nak jawab dan pegawainya terus menghentikan perjumpaan.
Dan malam itu jugak adengan berdemo oleh anak anak berdarah muda pun bermula sehingga besok sampai lah polis datang.
Sekarang ni, bila anak aku atau anak buah aku bawak motor tak pakai helmet, kompom sebulan pergi kedai naik basikal atau jalan kaki.
bila depa nak mogok pasai kena pergi kedai naik basikal, aku cakap - bila kepala hang dah kemek, bagi pakai helmet angkasawan pun dah terlambat dah.
nak promote bersih 2.0, payah kuar paper, tv. tu pasal bagi kecoh dulu, bila 1 malaya tahu kmdn tang koner, dia declair, kami buat di stadium shah alam jer.... mai la.. skang ni semua media bn kalut. hari2 nak bantai pr. kekadang bosan dan tambah bosan tgk puak2 politik ni. tak kira la bn ke, pr ke sama je. elok rakyat jgn bg majoriti besar bila pru. bio smpi kena tubuh kerajaan campuran je.
Saudara Rem,
Sekiranya pihak PDRM dan lain-lain agensi kerajaan bersikap adil kepada semua; bukan sahaja dalam isu demo tetapi dalam semua perkara, maka saya rasa perkara BERSIH ini tidak akan sampai ke jalanraya.
Tetapi bila sebahagian rakyat merasakan keluh kesah mereka tidak dihiraukan (their legitimate grievances - cakap omputih la) dan suara mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, maka ini lah jadinya.
Bagi saya perkara yang dipinta oleh BERSIH adalah perkara asas dalam satu demokrasi, mengapa ianya ditolak mentah-mentah dan ditentang. Malah dimomokkan lagi dengan tuduhan-tuduhan yang membawa kepada unsur-unsur perkauman dan agama.
Saudara Rem,
Kami sudah penat lah. Tegur cara baik tak dilayan. Minta cara baik tak dapat. So, kenalah tunjuk berkeras sikit. Apakah permintaan 8 perkara yang dinjur oleh BERSIH itu tidak wajar, tidak patut atau salah kah?
Apakah susah sangat untuk PDRM dan kerajaan membenarkan mereka berarak secara aman ke Istana Negara untuk menyerahkan satu memorandum kepada KDYMM SPB YDPA? At the end of the day, if the Agong received the memorandum tu pun bukannya akan ada apa-apa. Apakah apabila Agong terima memorandum itu, esoknya kerajaan akan berubah? Atau SPR akan berubah? Semuanya akan berjalan seperti biasa, seperti naiknya matahari dari belah timor pada keesokan harinya.
8 Tuntutan Bersih 2.0
1.Bersihkan senarai undi
2.Menreformasi undi pos
3.Guna dakwat kekal
4.Masa kempen minima 21 hari
5.Akses media yang bebas dan adil
6.Kukohkan institusi awam
7.Hentikan rasuah
8.Hentikan politik kotor
Ambo sokong “nawaitu” Bersih 2.0. Semua berkenaan Pilihanraya. Mustahak utk pembentukan Kerajaan Rakyat.
BN dah terlalu lama memerintah sebenarnya. Sejak Merdeka 1957, dah hampir 54 tahun. Rakyat Malaysia perlu kerajaan baru. Masih ada politician yg layak, mungkin lebih layak, dlm me-realisasikan kehendak rakyat.
Ambo buleh bagi “sedikit kelonggaran”. Buleh BN nak memerintah lagi, dengan syarat kena buang semua pemimpin dan AJK BN yang ada sekarang dari peringkat akar ubi. Pilih semula dari kalangan Ahli2 BN (UMNO, MCA, MIC dll) yang belum pernah pegang jawatan walaupun AJK.
Pemilihan pemimpin politik ni sebenarnya perlu dipantau. Terutamanya oleh rakyat dan juga parti2 politik lain. Amalan skrg parti yg pilih pemimpin. Dia nak pimpin siapa? Kan rakyat! Nak pilih calon ADUN atau Parlimen, utk berkhidmat kpd siapa? Kan rakyat!
Tanya lah rakyat kawasan tersebut dulu. Dia ni sesuai ke tidak nak jadi calon PAS. Dia ni sesuai ke tidak nak jadi calon BN utk lwn calon PAS tadi. Biar rakyat kawasan tentukan dulu sebelum mengundi. Biar lambat asal selamat.
Pembangkang dalang Bersih? Pembangkang sekadar menangguk di air keruh. Memang sifat dia membangkang. Tak kira apa, dari siapa atau untuk siapa dibangkang, dia sokong. Kalau UMNO Kelantan nak lawan UMNO Pusat pasal isu minyak, pun dia sokong. Sebab tu dia sokong Ku Li.
Cuma, 2 tuntutan terakhir tu, ambo rasa pembangkang kena “sorok muka bawah baju”. PAS / DAP pun apa kurangnya. Takde beza. Itu amalan “orang politik”. No kompromi!
Satu je cara 2 perkara terakhir tu dapat diatasi....kembali kepada Islam yang Syumul!
Salam Rem
Awak bawak malu Spork dah. Kita pun pernah ada demo/protest tau. Semasa Annual World Bank-IMF 2006, polis kasi 26x26 ft space, kasi free plactic placard lagi seh untuk tulis slogan. Out of this world beb .....
see - www.commondreams.org/headlines06/0915-07.htm
Klakar leh tengok kat paper. So wat WB n IMF tak terima cara Spork handle (???) janji negeri tak huru hara n budak2 polis (anak2 kita) SELAMAT.
Rem,
Satu pandangan yang tulus ikhlas tentang demo pelajar yang tak berfaedah berdasarkan pengalaman sendiri.
Seperkara lagi, Kerajaan BN telah respond bahawa kalaulah pilihanraya tidak bersih masakan pembangkang boleh menang 4 negeri termasuk Perak (kemudiannya digulingkan BN)dan dan menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen.
Kalau saya pembangkang saya akan jawab balek, kalaulah pilihan raya itu betul-betul bersih dan akur kepada 8 tuntutan BERSIH, pembangkang bukan saja boleh menang lebih banyak negeri malah boleh membentuk kerajaan di peringkat pusat.
org melayu memang bodo....tak hbs2 nak demo ..
keramatmali,
hee, kamu torture anak ya. nanti saya panggil Bersihkan 1.1 demo human rights depan rumah kamu.
Ada yg sebut Kerajaan Campuran: Ini tidak akan berlaku, buat masa, ni kerana -
1) nik aziz masih hidup. beliau masih rasa perit kena 'tipu' umno bila pas masuk dan lepas tu kena tendang keluar dari bn.
2) orang umno tak akan terima, sebab nak kuasa penuh, walau ramai rakyat mungkin fikirkan ini cara terbaik utk masa depan negara drpd terus kecoh begini.
mca, mic dan gerakan mungkin dapat terima kerana mereka tentunya takut parti akan mati.
3) orang pakatan tak akan terima. mereka kata - eh, kita dah dekat sangat ni masuk putrajaya. kenapa nak kongsi kuasa? dulu mereka kuat tak cakap pun nak kongsi kuasa?
4) siapa nak jadi pm? najib atau anwar? timbalan pm - muhyidin atau lim kit siang atau hadi?
dan jika seterusnya kaji siapa nak jadi menteri itu dan ini, jadi pergaduhan baru - berebut kuasa kerana nak kongsi kuasa.
5) saya sejak 2-3thn ni rasa kita picit Alt, Ctrl, Del semua parti politik lagi baik.
iaitu kita tutup semua sekali. tapi itu pun tak boleh beb, power vacuum!!!
kerana kompleksnya hidup hari ini kita perlukan kepala.
siapa nak bayar gaji pekerja lrt? jaga wang petronas? nak control wang tabung haji, repair jalan, etc.
mungkin kita kata delete semua politician dan pakai Yang di Pertuan Agong dan sultan-sultan. problem juga.
sebab tentunya raja-raja ini akan pilih orang utk jaga itu dan ini, nanti dia pilih orang yg kita tak setuju (walau ramai lain setuju), itupun problem.
TAPI sebenarnya ada cara lain: sebahagian undi kita pakai Party-List System.
apa itu? anda google misalnya di wikipedia.
thailand, filipina pakai sistem ini.
thailand - mereka keluar mengundi july3, problems ahead. sebab Red Shirts (geng thaksin/Puea Thai Party) akan menang dan pemerintah Yellow Shirts (Democrat Party) akan bungkus. tentera sokong yellow. raja bhumibol dah sakit tua. saya bimbang masa depan thai.
di thailand ada DUA sistem mengundi.
ada 500 MP
= 125 diundi ikut Party-List System.
= Yang 375 ikut sistem yg digunakan di maysia dan spork. siapa menang, walau satu undi, dia jadi MP.
sistem campuran ini, pada saya, lebih adil kerana suara rakyat akan lebih dapat masuk Parli (atau DUN pun jika kamu buat sistem sama).
Secara basic:
Anda dapat kertas undi untuk Parlimen:
1) ada gambar mamat BN lawan Pakatan. anda pangkah satu kali.
katalah anda suka dengan mamat BN ni sebab rasanya rajin dan tak menipu.
2) tapi anda rasa nak juga pembangkang kuat. maka di bawah pilihan Party List - BN lawan Pakatan, anda pilih Pakatan. pangkah kedua.
jadi boleh balance.
di thailand, drpd 125 kerusi itu = katalah Puea Thai menang 100, maka terpulang siapa mereka nak pilih dari ketua-ketua parti yg masuk Parli.
orang party list ni TIDAK ADA kawasanundi yg nak dijaga.
dibawa ke maysia misalnya, anwar, wan azizah, hadi awang, kit siang, najib, muhyiddin, chua soi lek, palanivel masuk dlm Party List. jika parti dapat undi banyak, maka mereka terus masuk Parli.
MP yang lain masuk dgn cara biasa dan kena jaga kawasanundi.
YANG tidak harus dibuat ialah digunakan sistem party-list ini 100peratus.
indonesia dulu gunakan sistem ini 100pct = problem besar. sistem itu dipanggil Proportional Representation.
sebab semua MP indonesia masa itu (selepas suharto jatuh) tidak ada kawasanundi, mereka syiok sendiri sebab tak takut akan diundi keluar. all the top leaders are safe, all the time.
longkang sumbat, nak jual beer di convenience store, atau kuil roboh, so what?
itu kerja orang di bawah - ada pilihanraya lain utk Provinsi (macam DUN) dan juga pilihanraya Kabupaten (Regency, macam Majlis Perbandaran) dan pilihanraya Gabenor utk kota-kota besar.
Just One More Thing: masalah utk maysia ialah sistem ini pun nanti pancarkan polemik dan kecoh baru. haish.
Tak perlu mengundi dulu, bila tak puas hati, mintak permit kat polis, kita berdemo saja, bila satu pihak lain tak puas hati pulak, bulan depan buat lagi satu demo. sampai lah semua pihak puas hati, lepas tu baru kita cerita bab mengundi.
kalau masa bincang hal mengundi ada yang rasa tak puas hati, kita buat lagi satu demo. kalau ada yang tak puas hati dengan demo tu, kita buat lagi satu demo yang berlainan.
lepas semua dah betul puas hati baru kita bincang balik semula bab mengundi.
tu baru adil.
Scenario Angan-Angan,
katalah, singapork dan maysia ikut sistem Party List ini.
di thailand, 175 drpd 500 MP masuk parli ikut party-list = maknanya 35peratus kerusi.
dan kerana party list ini, mereka boleh pilih top leaders masuk parli pakai sistem ini.
the best opposition members will get into parli.
a) Temasek Daroool Banjiiiir, Mei 2011.
kerusi parlimen: 87.
pap menang 81.
pembangkang 6.
katalah, temasek ikut party-list dan 35peratus pakai sistem ini = 87 kerusi x 35 per cent = 30 kerusi.
yg lagi 57 ikut sistem biasa, First Past The Post.
pada pilihanraya 2011, pap menang 60.1 peratus undi. pembangkang dapat 39.9.
jika 30 kerusi itu di bahagi 60:40, maka pembangkang menang 12 kerusi!!!
ini tidak termasuk kerusi yg mungkin mereka menang di aljunied grc atau tempat lain dlm pengundian biasa. kalau mereka kalah pun, 12 kerusi (bukan 6) di tangan pembangkang!
all the top opposition leaders masuk Parli, kerana itulah yg dikehendaki rakyat.
b) Maysia Daroool Demo, March 2008.
kerusi parlimen: 222.
bn menang 140.
pakatan menang 82.
katalah, maysia ikut party-list dan 35peratus pakai sistem ini = 222 kerusi x 35 per cent = 78 kerusi.
yg lagi 144 ikut sistem undi biasa.
pada mac 2008, bn dapat 51 peratus undi, pakatan 47.
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_general_election,_2008
lagi 2points yg hilang, saya rasa undi rosak.
jika 78 kerusi itu di bahagi 51:47, maka pembangkang menang 37 kerusi tambahan!!!
kerana 144 kerusi ikut pertandingan biasa (bukan 222), kita kena kira ratio begini: 82x144/222 = 53.
maknanya, dalam jumlah kerusi 222 itu, kerana pakai sistem party-list dicampur sistem undi biasa, pakatan dapat 53+37 = 90 kerusi (bukan 82)!!! lebih lapan kerusi.
bn bukan dapat 140, tapi 132.
seperti yg saya kata, ia memperkuatkan suara pembangkang di Parli, dan semua top gun pembangkang akan gerenti masuk Parli - in theory, memperbaiki perbahasan dan tambah kebaikan utk negara.
sebab itu baik pap atau bn (atau pakatan esok jika ia menang, tidak akan setuju). parti memerintah mana pun tidak mahu kuatkan pembangkang.
syiok juga kita congakkan orang politik ni - biar mereka tahu kita yg control mereka, bukan mereka control kita.
orang melaysia ni suka berdemo, jadi buat syarat macam ni kalau nak dapat permit berdemo.
kira kos kerugian peniaga pada hari berdemo - masjid india, jln TAR dan chowkit dan juga rapidkl dan teksi. lepas tu masuk kos kerosakan harta awam dan juga kos polis jaga ketenteraman awam.
kata lah jumlah semua RM10 juta.
penganjur demo kena bayar dulu
(non-refundable) sebelum dapat permit. Duit tu boleh bagi kat semua yang terseksa dan rugi sebab demo. kalau semua dah dipenuhi, permit boleh dapat
kalau penganjur tak mampu, option lain sewa stadium. amacam.
Masalahnya... kalau polis bersikap adil pun, pembangkang akan ada cara untuk bagi nampak tak adil. Kalau nak betul-betul adil, orang politik (ie., ahli parlimen) tidak boleh langsung memeganng jawatan dalam eksekutif. Di cadangan perdana menteri dilantik oleh ahli parlimen dari golongan bukan ahli politik, begitu juga eksekutif yang lain. Ada berani?
Post a Comment