TAMBAHAN - Hidup atas awan
Baca di sini, sini dan sini. Siap dengan logo lagi.
Seperti yang dijangkakan, anda boleh letak segala harta dan sampah anda online.
Cuma masalah iCloud ni ada dua:
1) Saya masih susah pakai iPad - tak dapat tengok movie - kerana tak ada masa nak bongkar itu dan belajar ini hanya kerana nak nonton movie.
Nak transfer lagu dari PC pun ikut cara dia pakai iTunes.
Browsernya pun saya tak suka, saya dah download Opera, browser pantas dan kegemaran saya dah bertahun.
Yang lain kena paksa pakai cara Apple.
Bukan seperti PC di mana suka hati kita nak masukkan movie cara kita dan transfer lagu dan gambar.
Maknanya, jika anda dah letak cerita hidup anda dalam iCloud, Steve Jobs akan control hidup anda.
DIA yang decide bagaimana anda interaksi dengan komputer dan device lain. The decision is no more yours, but his.
2) Seperti yang saya tulis dulu, anda kena perhatikan apa yang anda nak letak dalam iCloud.
Sebab saya gerenti CIA, Mossad etc akan menyelinap masuk nak ngendap apa anda buat. Orang biasa macam kita tak apalah, tapi jika anda macam Abang Os nak buat rancangan lawan musuh, atau ada secret yang tak mahu musuh (politik atau business) tahu, janganlah letak kat situ.
Sama juga saya khuatir satu hari nanti jika ada kes mahkamah, takut mahkamah keluarkan perintah bahawa remgold kena setuju keluarkan gambar, number telefon, surat etc yang disimpan dalam iAwan tu. Takkan rahsia saya hutang rumah berapa pun saya nak letak kat Awan?
YANG baiknya, Google dan Amazon (bukan jual buku saja) juga sedang nak perkembang Awan masing-masing. Agar kita ada pilihan.
Yang saya perhatikan boss lama dunia komputer - Microsoft dan Dell dan HP - masih terkial-kial. Dunia komputer dah berubah besar ni beb!
You won't need Windows atau PC lagi dalam masa terdekat untuk 'main komputer'.
- Anda boleh gunakan phone anda - Blackberry, iPhone, HTC yang semuanya tidak pakai Windows browser (mati Microsoft).
- Anda boleh gunakan tablet (iPad, Samsung Galaxy Tab) untuk access maklumat anda, duduk kat dapur atau dalam LRT mahupun di mall atau pantai.
Tak perlu pakai PC buatan Dell dan HP, mahupun laptop (Mati Dell dan HP kerana belum ada tablet yang jadi pujaan ramai).
Teringat saya macam satu parti politik besar di sebuah negara (lupa nama negeri tu kerana lama tak tulis) di mana 'game' dah lama tukar sejak 2008, depa masih terkial-kial nak tangkis pembangkang, yang saya juga lupa namanya.
BACA NI BEB! Seorang komentator kata ia hanya sync device dan gambar kamu akan lesap selepas 30hari! Aiks!!! Lainlah jika kamu bayar Apple nak simpan data lama-lama. It's a money making scheme (as usual, from Apple).
--------------------------------------
ORIGINAL POSTING
Heboh satu dunia perkomputeran dan internet kerana kejap lagi Steve Jobs akan cerita tentang iCloud.
Sini oi. Ada yang kata ia mungkin jadi PC-killer.
Ada cerita bocor sikit.
Nanti kita bangun tidoq beberapa jam lagi, semua detail dah keluar. Boleh cerita lagi.
Ini cerita betul oi - Apple dah siapkan bangunan besar untuk iCloud!!
Harga saham Apple dah excited.
Yang saya suka komentari (speculation) di sini:
Di masa depan, anda boleh sedut apa pun maklumat anda dengan gunakan mesin apa pun.
Lebih baik tentunya jika gunakan produk Apple - iPhone, iPad, iPod, Macbook.
- Misalnya anda letak gambar rumah baru anda, nak tunjuk dengan rakan masa lunch.
- Atau nak cari CV anda nak apply kerja baru walhal anda sedang di London lagi holiday.
- Atau nak number telefon Pak Ngah kat Tronoh, tapi tertinggal pulak number tu sedangkan anda kini lagi memandu menuju Ipoh.
- Atau anda nak nonton filem lama P.Ramlee?
- Atau musik favourite (atau surah bacaan qari Abdul Basit) anda yang terlupa nak masukkan dalam laptop?
Jika dulu benda-benda gini kita tinggalkan dalam PC, kamera, phone atau kat atas meja kat rumah. Mungkin di external hard drive.
Di masa depan semua maklumat ini ada dalam iCloud.
Welcome to the Future.
Saya pernah tulis tentang Cloud Computing di sini.
Ada live blogging di sini.
Juga sini - lebih banyak detail wor.
Ada live streaming?
Video: At the Last Rally
1 hour ago




8 comments:
I'm a bit paranoid, I would never store anything online. I would think twice if I need to send pictures online. Like you said, those parties with power can easily access the data...
macam bank juga la Rem
Duit kita semua park kat situ, tapi bila nak cucuk ATM sekali transaction dia charge 50sen.
Padahal duit yang kita simpan semua dia labur, untung dapat kat dia, yang dia bagi balik kita interest ciput aja.
Kalau awak congak 50sen kali 10 trip pergi ATM sebulan dah 5 ringgit. interest baru $1.75.
Mana ada benda free dalam dunia ni, kalau boleh oksigen tu pun US nak charge.
sebab tu aku malas pakai barang apple - kecuali iphone
If it's not for profit, it's for espionage/surveillance. Caveat emptor, let the buyer beware. Jangan kerja keras siang malam, abaikan anak-anak, untuk kayakan syarikat kapitalis yang jual data peribadi pada pemasar dan pengintip. It's George Orwell's 1984 in a different form.
Salam Mr Rem
tak mau komen pasal pemilihan PAS baru ni ke. Mat Sabu dan Geng Erdogan control PAS. What say you.
Bros and Sistahs,
lupa nak letak lagi satu potential masalah Awan ni:
3) Maklumat hidup kita semuanya di situ. Dan kita 'caya 100pct dengan depa.
Tapi tiba-tiba satu hari Awan kena cyber attack, macam Blogspot baru-baru ini! hingga hilang setengah maklumat. atau maklumat peribadi kita kena curi, seperti yg berlaku dgn Sony, atau hilang.
Ah amacam? Macam mana kamu nak saman mereka ni semua?
Kamu nak ke US saman Apple, Google dan Amazon?
saman pun tak guna jika gambar peribadi kamu (birthday 17tahun, atau gambar kawin dulu, atau ke Perth, dah lesap.
Maknanya kena simpan dalam external drive juga beb. mahupun PC drive di rumah.
Tentang pemilihan PAS,
tak mahu komen banyak.
cuma saya orang lama - dulu sokong pas ni dari jauh (walau sebenarnya tak boleh sokong parti mana, sebagai wartawan), bukan kerana apa - sebab saya suka sokong underdog.
sama juga saya sokong dap dan wan azizah. takut Big Brother kuat sangat, termasuk di singapork pun.
tak bermakna saya benci umno-bn dulu, tapi suka lihat pembangkang kuat.
tapi bila depa sebut tak ada dalam quran 'negara islam' ni maknanya, apa yg kamu perjuangkan dari dulu? saya dah confuse dgn pas ni.
maknanya ulama dari dulu hingga hari ini semua dah silap kerana kata ada negara islam.
(tak semestinya saya setuju atau tidak tentang apa yg mereka sebut sebagai 'negara islam' ni, mahupun 'negara islam' mahathir, mahupun negara confucius kit siang).
yg bagusnya biarlah umno ni taubat dan terus takut dgn rakyat melihat barisan baru ErdoGUN.
heh, erdogan yg sebenar di turkey akan akan pilihanraya umum june12.
saya dah tulus dulu, maysia ni macam turkey zaman uthsmaniyah dulu (ottoman empire), maaf jika anda tak terima - ini pandangan saja.
kerajaan maysia kini macam di penghujung empayar islam yg terakhir - dah rosak dan corrupt. turkey was widely called 'the sick man of europe'.
tapi jika ditumbangkan, yg menang ialah british (yahudi dapat palestin, negara arab dipecah belah) dan kemal attaturk naik lalu hapuskan nama islam dan umat m. jika kamu nak naik pangkat zaman attaturk diharamkan pakai tudung atau tunjuk ciri islam apa pun, bersolat dan berpuasa.
samalah kini di maysia - jika kamu bunuh ottoman umno dan undi masuk pakatan, yg naik ialah orang yg tak akan hormat agama m lagi (kamu boleh lihat di selangor) dan orang seperi kemal attaturk akan berkuasa (walau apa pun label dan slogan mereka gunakan). tentunya pakatan pas akan kata - eh tidak, kita sayang islam.
nak defend beer dijual di convenience store pun kalah, nak larang dibuka pub pun kalah, kamu boleh protect apa?
kamu tengok mereka asak scholarship pun, orang pas diam saja.
tapi jika terus dipelihara pula, ottoman umno dah parah pulak. dah akan terus parahkan nama umat m juga.
orang pas yg benci kemal attaturk dan sayang empayar ottoman kini sebenarnya dah terbalik - jadi orang yg sokong kumpulan itu.
payah pilihan utk negara angkat saya yg dicintai:
nak pelihara terus 'orang kita' yg dah rosak, atau cuba dgn orang yg pasti akan ketepikan agama m dan umat malayos, dan naikkan golongan attaturk?
Pak Rem, US dah kire2 nak default debt die. China ngn India dah sound jangan buat kerje gile. Singapore camner?
Saya dulu pun bersimpati dengan 'underdogs' (dalam politik, sosial dan ekonomi) dan menyokong peranan pembangkang menentukan 'checks and balance' serta memantau penyelewengan pemerintah. Malangnya, bila depa jadi 'top dog' di Selangor, bukan sahaja batang hidup tak nampak di kawasan tapi suara azan pun dah tak sayup berkumandang.
Q,
printing of money oleh fed chief ben bernanke, skim dinamakan QE1 dan QE2 (sila google), akan berakhir hujung bulan ni.
mulai 1july, QE2 dah habis. ekonomi US masih lemah nak tenggelam. who u're gonna call?
satu dunia sedang tunggu apa bernanke, kepala 'bank negara amerika', nak buat utk naikkan ekonomi amerika.
selain ekonomi, inflasi dunia pun terus meningkat.
emas kini usd1500 per ounce dan silver usd37 an ounce.
jika tak ada program baru nak kembangkan ekonomi amerika, us dollar akan jatuh teruk, saham dunia akan pingsan. dan logam mulia anak terbang.
jika kamu nak bet wang ringgit, inilah masanya. jika salah, jangan cari pak chicq. jika naik aston martin sebab dah kaya beli emas-perak, kasi pak chicq tumpang gi klcc, ya.
saya gi kedai coin emas-perak semalam. dah semakin naik gila harga semua coin dari china. sebab orang china lagi gila main emas-perak ni. mamat india belum masuk banyak sangat.
baiti,
azan makin lemah. sebab orang lain ada hak.
beer boleh jual kat mana2 sebab orang lain ada hak.
scholarship mesti kasi semua sebab orang lain ada hak.
pub boleh makin banyak sebab orang lain ada hak.
jadi hak orang dulu semua terus hilang maam.
baguslah, jadi lain kali kamu kat maysia tak bising kenapa orang spork melayu 'kena tindas'. jawapannya akan sama: sebab kamu akhirnya akan faham konsep 'orang lain semua ada hak sama'.
Post a Comment