Wednesday, 15 June 2011

Isu 'bangsa' di Amerika



Semasa ngobrol tentang orang gila nak gunakan 'Anak Malaysia' dalam kad pengenalan tanpa gi Parlimen gubal undang-undang, ada yang bertanya saya - di Amerika bagaimana? Kena tulis bangsa atau tidak?

Setelah check =
Uncle Sam tak ada kad pengenalan seperti yang digunakan oleh kita di sebelah sini. Mereka hanya gunakan driver's license sebagai ID card. GAMBAR.
Mereka eja 'license' bukan 'licence', spelling British. Sama juga mereka kata Department of Defense, bukan Defence.


Lesen memandu tu ditunjuk kepada polis atau siapa saja yang nak tengok. Kat situ Tidak Ada tulis bangsa.
Tapi ada tulis jantina, tinggi, berat badan dan warna mata.
Yang problem ialah dulu kita 50kg kini 90kg.
Atau dah tukar dari jantan kepada pompuan, dan mata hitam jadi biru - maklumlah dah jadi Jawa Amerikan.

Atau, jika anda nak apply apa-apa yang lain, tunjuk kad Social Security Number - lebih kurang macam nombor cukai kita.  
GAMBAR - Saya gunakan kad lama Elvis. Setiap peminat Elvis tahu apa Social Security Number mamat ni. Ramai juga yang gunakan number ini sebagai password! 409522002.



TETAPI untuk masuk sekolah atau kolej, kena isi apa bangsa anda.
Dan jika anda bangsa Negro (eeeks, tak sopan. kita kena panggil mereka African American) atau red indian (nak sopan: Native American), lebih baik anda tulis itu sebab ada quota untuk masuk college dan universiti.
Kebetulan ada cerita detail di sini tentang isi form masuk kolej.

Mereka pun ada Bumi quota system beb - untuk blacks dan dayak.
Yang tak ada kelak ialah negara yang sedang diasak nak semuanya sama dan dibuang bangsa dan agama. Sehingga nanti orang kampung anaknya, yang tak dapat result bagus sangat, tak dapat lagi masuk uni.
Keluarga akan terus miskin dan papa, sebab peluang dapat masuk uni dah kurang, dah tak ada quota khas.

Dan saya pernah cerita kat Amerika ada sistem mahkamah dayak sendiri (Maaf gambar yang dulu saya letak, banyak dah saya tarik balik. Takut lebih terkenal daripada Mat Sabu).
Sama seperti mahkamah syariah - yang saya takut pupus juga, kerana yang kena mengena dengan agama akan terus diasak dan dikebajikan-kan.

16 comments:

mekyam said...

salam rem,
kebajikan adalah sebahagian/tuntutan agama. apa yg nak dikecohkan. yg penting teras perjuangan tidak dikorbankan. jgn letakkan diri anda setaraf org2 umno yg naik gelabah. nak menang game (ikut platform penganjur) kenalah berstrategi. kalo tak engko kata jumudla, bla bla dan tak pandai macam orang putih buatla. semuga Allah memberi hidayah. amiin

Anonymous said...

mekyam,
x kecoh la... cume plek, negara kebajikan nanti pkai undang2 lod reid ka (menurut juak jumud)atau undang hudud pas? o hudud terengganu? x jelas la negara kebajikan camner nak buat.. cam kelantan ke? yg air kotor tu.. yg mintak2 kerajaan pusat tu.. yg x membangun tu.. yg camtu ke? UMNO gelabah?.. hehe.. lucu..rasanya UMNO gelakkan juak2 tu jer.. semoga Allah swt memberi hidayah.. aamiiiin..
-john komeng-

Anonymous said...

kalo setakat nak buat negara kebajikan BN buat lama dah

jabatan kebajikan ada,pusat zakat ada,baitulmal ada

masuk hospital bayar rm1 dapat ubat sampai berbungkus2.cuba

masuk universiti bayar yuran rm2k-3k satu semester.itu cuma 10% daripada kos pengajian selama satu semester

kalau tak mampu jugak? boleh masuk UiTM.yuran rm 500-600 saja satu semester

gula,tepung,minyak masak,gas LPG,roti semua dapat subsidi

petrol.diesel dapat subsidi

baja,racun untuk petani dapat subsidi jugak

ini bukan contoh negara berkebajikan?

Anonymous said...

Cakaplah macam manapun Pencacai PAS ni hatinya dah Hitam.. Yang betul mereka, yang salah tetap UMNO.. sebagai contoh dah jelas mat sabu dan normah telah ditangkap khalwat beserta saksi. tetapi dilepaskan hanya tersilap menyatakan nombor bilik... Alahaiii nik aziz cakap dia diperangkaplah ..Cuba yang kena tangkap tu orang UMNO, pencacai pas ni siap buat gambar super impose nak jadikan buktiii..

BaitiBadarudin said...

Salam Rem,
Menggolongkan semua orang di bawah '1Bangsa Malaysia' sebenarnya bertentangan dengan 'multiculturalism' yang mewajarkan kewujudan sekolah-sekolah Cina dan Tamil. So, HT/PR have to make up their mind, not be wishy-washy or flip-floppy.
AS yang 'celebrate cultural diversity' melaksanakan 'affirmative action programs' atau 'equal opportunity policies' agar tiada diskriminasi dalam pengambilan pelajar/pekerja dari segi warna kulit (African Americans), keturunan (Latinos), gender (wanita), keupayaan (OKU). dst.
AS juga memperkenalkan "Welfare capitalism' (sekarang direbrand sbg Corporate Social Responsibility) antara 1880-1920an supaya ada semangat kemasyarakatan dan ehsan semasa insan.

BaitiBadarudin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

istilah sebenar negara kebajikn yg pas nak tambah supaya jika catering pelacuk org mesti byr utk dia dia dia , bini sapa bolih sapu
bontot sapa bolih satu TAPI BONTOT KERBAU TAK MAU AKU,,,TAPI NUAR AKU TAKTAU ,,,MUNKIN TAKDA BONTOT LAIN DIA TATTIBAU KOT
INI NUKILAN YG PALING HODOH BAGI ORG BERSIH TAPI BAGI MERAKA 'THE BLUES BRAIN' KIRA OK
ni contoh kita kaji ada yg jijik tapi ada yg suka waima jijik bagi sesetengah maknusi
fikir

hikayat said...

tq pakcik oped

remgold said...

tetuan dan obedient people,

Rilek ah joe. Saya ni nakal, suka cucuk nak tengok reaksi orang.
Kita bual kosong dan tukar pendapat no problem.
Sama ada arm-no atau pah, pada saya sama saja jika jaga kebajikan umat m selain umat lain. Bukan jaga umat member dulu dan umat kroni, baru lepas tu teringat ada rakyat kat bawah.
Yg saya khuatir ialah kerana nak sangat terus berkuasa - najib - atau nak sangat jadi yg berkuasa - anwar dan hadi - umat majoriti terus rugi sebab banyak sangat diberi kpd minoriti.

Orang maysia kerap bertanya dan berkata bahawa melayu spork kena tindas. Dan saya selalu kata Tidak. walaupun anda nampak kami tak ada quota system di sekolah atau tempat kerja, tak ada surau dlm bangunan opis atau mall, tak ada dana khas ASN utk hanya melayu dan bumi, nak beli rumah tak ada quota, pompuan gi sekolah tak boleh pakai tudung, masuk uni kena bayar sendiri sebab tak ada scholarship khas utk kami, buat masjid pakai duit sendiri (bukan duit tax rakyat termasuk duit cukai genting dan tikam 4d), etc.

Tapi itulah realiti hidup sebagai Minoriti.
Kat mana pun sama - majority decides, minority follow and hope they dont come out too badly.
Di spork malayos did not come out too badly sebab walau kad pengenalan tulis bangsa, kami tidak kena discriminate - not blatantly, anyway. Tentunya ada majikan yg tak mahu ambil pekerja melayu, dan tak mahu salesgirl pakai tudung.
Tapi majikan tahu ikut undang-undang mereka salah jika ada orang komplen dan mereka tak dapat jelaskan kenapa buat demikian.
di counter pejabat pemerintah, atau bila apply kerja masuk bank atau syarikat lektronik, tidak ada diskriminasi.
Bila ada orang hina islam dan melayu dalam forum, posting dan comment dlm internet, jika kami komplen polis akan cepat siasat - google 'hina Islam' dlm blog saya, dah tulis beberapa kali.
Saya lihat kat maysia kini open season nak hina islam dan melayu, memperdobohkan melayu, tapi kerana pah dan anwar nak kuasa, dibiarkan saja.
dan najib & co nak lawan pun takut sebab takut kalah undi cina dan india.
jurucakap orang melayu dan muslim kini ialah pakcik gila Ib Ali!!! sampai gitu sekali.

Jadi yg saya rimas ialah kamu akan terus jual bangsa dan agama sehingga jadi majoriti yg dikuasai minoriti.
Dah lah ekonomi tak ada, political power pun diberi cuma kerana nak sangat tahan kuasa atau nak 'menang game' masuk putrajaya.
no need for principles, as long we win the game. tak guna jika kamu di putrajaya lepas tu baru sedar - semua privilege majority dan diberi secara cuma. baca balik di atas apa yg orang melayu spore tak ada. satu persatu ini semua sedang dihakis, dan hadi anwar najib dan nik aziz kata tak apa, orang minoriti pun ada hak (maknanya, orang majoriti tak ada hak! apa punya argument!).

bersambung....

remgold said...

...sambungan...

Yg patut diingati ialah Jangan Sekali Kali bully minority - banyak kes di maysia begini.
mereka cina atau india lalu kamu tak kasi kerja, di counter kerajaan kamu perlekehkan mereka. walau mereka pandai kamu beri satu-dua kerat biasiswa.
mereka nak buat gereja atau kuil, kenapa tak diberi? dulu heboh sebab switzerland larang umat m buat masjid. ah, kan sama tu!
majority decides, minority hopes they dont come out too badly.
minoriti kamu kena jagalah, tapi bengap jika diberi semua secara cuma.

buat macam spork beb, minoriti dijaga. memang banyak lagi kami nak minta, tapi kena faham hati majoriti ni - mereka tak kasi percuma. kena discuss dan debate secara rasional.

misalnya minoriti dapat percuma:
- yg minoriti dibenar jual beer kat convenience store apasal?
Yg nak minum sedikit saja, tapi akan jadi rosak anak kita di masa depan. Di convenience store spork banyak jual alcohol, rosak oi!!!
'oh, kamu melayu kena beri sebab semua rakyat ada hak dan mereka nak beli beer'.
yg nak minum tu berapa kerat saja? a minority within the minority.
tapi kamu bodoh tak pandai argue, dan ulamak bahalol argue ikut nafsu politik, maka satu kes dah kalah.
saya tak kisah jika orang melayu nak minum beer pun, saya wartawan bukan ustaz (maaf jika kamu tak terima prinsip hidup saya: kamu nak ikut agama atau tidak, itu bukan masalah saya. tapi jika kamu buat susah saya kelak, aku maki jugak! saya sendiri ikut agama, tapi tak paksa orang. pada saya Negara Islam akan terbangun jika kamu sendiri yg mahu, bukan kerana ulama paksa kamu, lepas tu ikut rule nafsu dia. esok boleh tukar sebab takut tak dapat undi).

tapi cara mengolah isu tu biarlah pandai, bukan ikut nafsu parti politik.
baru boleh jumpa titik persamaan.

- pompuan masuk masjid dan berdiri kat syaf depan tempat kita solat dan sujud, pakai baju SIA ketat, aish! dah boleh pulak kini!
cuba jika yg pakai tu dulu ng yen yen, bukan dap, tak mampos kena maki hamun nak bawa isu ke parlimen!

- pub makin banyak kat selangor, katanya. so how? apa kata pah ni? diam saja. lepas tu pesuruhjaya pas selangor hassan ali pun kena tendang! sebab banyak bangkang benda gini.
aish nak menang game sampai gitu? tolak prinsip!!!

Kat america, the dominant culture is White and Protestant. Yg lain ikut (termasuk orang yahudi yg minority, powerful minority pun, tapi kena ikut dominant culture).
Sama macam di banyak negara eropah - white and christian (catholic seperti france, atau protestant seperti jerman, atau church of england di uk. bukan mereka ikut agama sangat, tapi CULTURALLY mereka ikut ciri agama mereka - iaitu misalnya etika kerja, cara pergaulan dan permakanan).

Maysia lebih mirip dgn south africa baru - majoriti blacks tak ada ekonomi, minoriti whites control economy. Tapi di south africa blacks makin powerful sebagai majoriti bukan semakin lemah.

SAYA harap kamu jangan ingat saya serang pah dan anwar.
sebab ini belum saya masuk topik arm-no, parti yg tak mahu reform langsung.
esok jika mereka tak dijatuhkan dari putrajaya, mereka akan kata - 'ah, rakyat terus sayang kami. tak 'yah reform lah! mari kita terus kebas duit rakyat'. haish.
isu lynas, ipp, highway tolls, antara yg saya rasa marah. tapi saya juga sedar saya orang luar, nanti banyak komen tentang kerejaan tanpa fakta, jadi problem pulak. saya kumpul data dulu tentang lynas dan ipp ni dan highway ni.

saya marah-marah gini sebab sayang negara tumpangan saya. nanti dah tua nak retire kat maysia.
takkan pakcik naik wheelchair, mata dah buta, tangan bengkok kena stroke masih nak taip blog maki-maki kalian! masa tu saya nak duduk kat masjid saja (cesssss sabah).

mekyam dan yg lain,
kita hanya tukar pendapat. salah satu negara islam atau negara berkebajikan atau negara kak mah, sepatutnya boleh tukar pendapat. saya harap saya tak kasar sangat, cuma kadang melenting sebab risau tengok kalian main politik ni rosakkan nama negara. semua isu dipolitikkan, bukan nak cari kebenaran lagi.
wallahualam. teruskan!

Anonymous said...

salam korang makan orang(rem le tu),

`kami tidak kena discriminate - not blatantly, anyway.'

tapi ada juga disriminate la tu...

`jurucakap orang melayu dan muslim kini ialah pakcik gila Ib Ali!!! sampai gitu sekali.'

takpelah rem, janji dia perjuangkan
agama dan bangsa kami...

yang lain lain tu rem, semua nya o.k

p.s
ngobrol maksudnya bukan gobok.

remgold said...

Anon 12:06,
yo joe. tentang diskriminasi yg saya maksudkan di spork -

cerita ini tentu ramai dah tahu: apabila Condoleeza Rice, bekas secertary of state (menteri ehwal luar) zaman bush, masa muda dulu, beliau bijak dan banyak qualification.
lalu apply nak masuk jadi profesor kat Uni Stanford - wooi salah satu top di US.
tapi ada lagi salah seorang yg sama tahap qualification dan experience. omputeh jantan.
yang mana satu Stanford nak pilih?

kerana ada Affirmative Action programme di america (kat maysia kita panggil Bumi Policy), maka uni itu pilih beliau.
sama layak, tapi kami pilih kamu yg kulit hitam sebab nak beri chance, kerana minoriti lemah.
begitu juga bila beliau apply nak jadi provost di Stanford. juga pakai bumi policy ini.

baca sini:
http://www.mercatornet.com/articles/view/extraordinary_ordinary_people/

second last para.

- ikut bahasa kasar, Affirmative Action (AA) atau Bumiputra Policy ini kita panggil 'discriminatory race practices'.
- di negara seperti africa selatan pun ada benda ni.
- di filipina ada quota masuk Congress bagi kaum miskin.
- india pun ada utk kaum Dalit = untouchables atau Harijans.

iaitu ada UNDANG-UNDANG yg discriminate based on RACE/bangsa.
Discriminatory Laws.

di spork Tidak Ada discriminatory laws atau AA atau Bumi Policy atau quota kaum miskin.
tapi saya berbohong jika saya kata tauke kedai yg nak pilih antara pekerja melayu atau cina, boss kilang mahupun CEO syarikat akan pilih 100pct berdasarkan qualification. tentu dia pilih ah moi jika yg lagi satu pemohon ialah pak chick remgold.
antara minah tudung yg apply dengan ah beng toa payoh, mungkin beliau akan pilih yg kedua.

di negara mana pun ada 'invisible discrimination' ni. walaupun mungkin tak benar dan kita hanya meng-agak dan suspicious saja! misalnya, jika kita tak dapat masuk uni kat spore tu, biasalah kita dengar - oh, orang melayu ada quota kecil saja diberi masuk uni di spork.
ditanya tunjuk bukti please, sebab saya sanggup jumpa menteri pun jika benar benda ni! tak ada pulak, cuma dengar orang lain bual.

macam dulu dihebohkan satu maysia, anak cina tak dapat masuk uni tapi anak melayu masuk walau qualification sama. diperiksa, rupanya kerana anak melayu ada main sukan atau masuk scout dan kelab di sekolah - extra points.

TIDAK seperti di negara lain, di temasek Tidak Ada discriminatory laws, atau AA atau bumi policy atau quota orang miskin. There is no "Institutionalised Discrimination" in spork, iaitu Undang-Undang yg suruh orang pilih ikut kaum.

di spork sebenarnya dah lama orang malayos nak minta AA seperti yg diamalkan di america ni (kes condi rice): if there are a few candidates for a job or a uni place, pls allow the malay guy in. ie all things being equal, take the malay.
tapi orang seperti saya berkata - tak payahlah. kalo tidak sampai bila nanti orang pandang kita rendah. nanti dah dapat satu, minta yg lain hingga akhirnya jadi kaum yg meminta2.

saya dah 51thn tak ada sibuk-sibuk orang bantu atas bangsa saya. saya belajar ibubapa miskin saya yg bayar, tak pakai biasiswa.
bukan tinggi aku belajar, tapi orang tahu kita ada skill dan berpengetahuan, kita lebih rajin drpd yg lain, kita boleh berdansa dgn lagu yg sama.

tapi di maysia, kerana melayu masih ramai miskin kat kampung dan kurang berpelajaran, tak payah malu jika ada Bumi Policy ni.
cuma yg nak kena buang ialah atas nama Bumi Policy, datuk ada 10 kereta dan 5 banglo, orang kampung perigi pun tak ada dan tinggal dlm bangsal ayam.

AKU tembak kamu lagi satu: tentang Ibrahim Ali,
itu yg jadi problem jika kita terima siap saja sebab 'beliau juangkan hak kita'.
sama macam orang kata 'kita terima osama sebab beliau juangkan hak kita'.
why dont we choose a better person to represent us?
why rubbish words and tong sampah ideas, serta bombs and chaos jadi wakil kita?
mana intelektual melayu yg ramai?
mana inteleklual muslim nak beri penerangan?
sedapnya mulut aku bantai orang! i better stop now.

mekyam said...

salam rem,
hehe...best bro. aku setuju semua melainkan bab jurucakap orang melayu dan muslim kini ialah pakcik gila Ib Ali! rasanya tak ada orang waras yg sokong dia tu. allahua'lam

keramatmali said...

Reme

Baik Umno mahupun PAS (pkr main jauh- jauh ) sama sahaja.

Dua dua sebab nak kan undi cainis, yang satu terpaksa gadaikan quota bumiputera dan yang satu lagi sanggup gadaikan agama.

Cuma yang satu tu dia yang berkuasa, manakala yang satu lagi cuma nak tumpang berkuasa.

Last sekali Umat M juga yang tercicir.

Tak payah lah kita nak bandingkan dengan US wahai hikayat.

Anonymous said...

Saudara Remgold,

Saya 'enjoy' baca kedua-dua komen anda dalam "Isu 'bangsa' di Amerika". Apa yang anda tulis kebanyakannya saya amat bersetuju.

Paling saya setuju isu 'golongan menoriti menguasai golongan majoriti' dan bagaimana perkara ini boleh terjadi. Sebagai warganegara yang cintakan Malaysia saya amat bimbang dengan fenomena ini terjadi di Negara saya.

Malang ramai di kalangan saya sendiri yang menjadi alat kepada golongan lain, hanya kerana tamakkan kuasa. Pada hal mereka lupa kalau hajat mereka berjaya, mereka sekadar menjadi pemimpin patung dan Tok Dalang di belakang yang sebenarnya amat berkuasa.

Masa itu nasi sudah menjadi bubur dan kita akan hilang segala-galanya. Benda yang hilang amat sukar ditebus kembali.Saya amat berterima kasih akan keprihatinan saudara terhadap masalah ini.

Sungguhpun begitu tulisan saudara 'turn sour' bila saudara membandingkan dengan isu Melayu Singapura. Seolah-olah apa yang dilakukan pemerintah, betul belaka. Malah, saudara juga mempertahankan situasi kepada sedikit sebanyak diskrimasi yang Melayu Singapura alami!

Saudara sedar bahawa Melayu Singapura memang menghadapi sedikit sebanyak diskriminasi . Begitu juga tiada apa bentuk bantuan daripada pemerintah terhadap segala urusan orang Melayu. Saudara seolah-olah menerimanya dengan dada yang lapang.

Cuma saya ingin tanya adakah tidak ada bentuk bantuan kepada Melayu Singapura juga dialami oleh bangsa-bangsa lain? Kalau 'ya' jawapannya, tidak lagi yang perlu diungkitkan!

Saya memang tidak setuju dengan alasan saudara, bahawa apa yang dialami oleh Melayu Singapura dialami oleh mana-mana bangsa minoriti walau di negara mana sekalipun. Klise ini tidak boleh dijadikan alasan!

Mengapa saya berpendapat begitu? Kita balik kepada sejarah, mengapakah orang Melayu yang satu ketika dulu menjadi bangsa yang gagah berani, peneroka dunia baru dan ahli pelayaran yang hebat tetapi setelah hampir 54 tahun merdeka dengan pelbagai bantuan masih gagal lagi untuk menyaingi bangsa-bangsa lain.

Antara jawapannya adalah kerana budaya selesa dan berpuas hati dengan keadaan yang ditanam pihak penjajah, terutama Inggeris selama lebih lima abad telah berakar umbi dalam jiwa dan semangat orang Melayu.

Inggeris menjajah Tanah Melayu lebih berhemah jika dibandingkan dengan penjajah-penjajah lain seperti Belanda, Perancis dan Spanyol. Orang Melayu tidak didera secara fizikal, mereka bekerja sebagai lembu untuk ladang dan lombong Inggeris tetapi mereka bukan buruh paksa. Ada sedikit sebanyak gajaran yang mereka perolehi walaupn tidak setimpal.

Begitu juga dalam pendidikan, orang Melayu diberi pendidikan Melayu walaupun setakat sekolah rendah sahaja. Asalkan jangan buta huruf sudahlah.!. Ini semua menjadikan orang Melayu berpuas hati dan selesa terhadap apa yang ada!

Berbalik semula kepada isu yang saya bangkitkan tadi, keadaan Melayu Singapura nampaknya secara berterusan mengalami seperti yang dialami oleh orang Melayu zaman penjajah. Semangat mereka dijajah dan akan berterusanlah dalam alam selasa dan berpuas hati. Orang lain makan isi roti kita makan kulit roti, cukuplah!

Saya memang sedar tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Melayu Singapura dalam keadaan mereka sebagai minoriti yang tidak sampai pun 20%. Kuasa ekonomi pun dikuasai orang! Tapi seboleh-bolehnya jangan begitu berpuas hati!

Saya suka kalau orang Melayu Singapura begitu kukuh jatidiri, megah kepada bangsa dan agama serta kritikal terhadap keadaan sekitar. Jangan menjadi begitu selesa seperti kehidupan burung-burung di Jurung Park.

Kalau pemerintah Singapura berjiwa besar tidak perlu walaupun sedikit pun diskriminasi kepada sesiapa pun kerana kedudukan mereka yang kukuh dalam semua bidang!

Warga Setia

Anonymous said...

kat Malaysia kena ingat no IC, tapi tak tau le orang lain, he he he, sebab kalau silap no jadi perempuan tak pun lelaki, dari negeri mana, sebab ciri-ciri tu ada kat nombor tu selain dari tarikh lahir.