Saturday, 11 June 2011

Isu Video - Qazaf & 4 saksi (?)


MANA HISHAMMUDDIN? MANA PAS?

Sedih dan seram baca ini di Causeway dan "mushrooming vice dens" di Selangor.
Apa nih brader? Ronnie Liu control PAS ke? Nak suruh orang PAS semua masuk Obedient Wives' Club?
Hishammuddin terus gagap? Susah sangat ke nak resolve benda gini? Yang rockybru tanya pun perlu dijawab cepat. Tuduhan parah tu untuk abang polis.

Kat SingaPOUR Darul Bah, dah kena hamun dengan rakyat, menggelacat garmen buat kerja. Takkan nak tunggu ikan todak naik ke darat?

----------------------------------------
ORIGINAL POSTING

Saya terserempak jurugambar Minaq Jinggo di Kota Baru tiga tahun lalu, buat pertama kali dan the only time, semasa cover muktamar PAS.
Tak tahu depa ingat atau tidak. Saya sebut bahawa akhbar saya pernah beberapa kali gunakan gambar dari dalam blog fotography tuan. Dia kata OK (abang punyer kamera besar!).

Dulu masa Dr M kena ban oleh Pak Lah dan geng daripada jumpa orang Umno, payah nak dapat gambar Dr M beri ucapan atau duduk sembang dengan Umnoians, sebab media tak buat liputan. Atau jika buat liputan pun tak gunakan gambar.
Yang cover dengan gambar sekali ialah MJ (tak tau apa nama sebenarnya).
Jika tak salah pernah dua-tiga kali ST gunakan gambar Dr M dari blog MJ.
Kerana gunakan gambar orang, kami pasti letak: Picture from Minaq Jinggo website.

Dari dulu, saya sering semak gambar-gambar yang dipetiknya kerana MJ sering petik apa yang wartawan panggil 'News Pictures'.
Ini berbeza dengan posed pictures, feature pictures atau pictures issued by event organiser, political party atau shopping centre.
Hari ini saya jumpa video ni di website Minaq Jinggo.





SAYA tak mahu beri komen bahawa saya setuju atau tidak bahawa jantan dalam 'video Anwar' tu beliau atau tidak.
Jika saya kata 'betul Abang Nuar', nanti ramai yang marah dan tuduh saja disogok Umno, buta, agen Yahudi, etc.
Jika saya kata 'bukan Abang Nuar', nanti ramai yang marah dan tuduh saja digaji PKR, buta, agen Yahudi etc.

Nak tahu pandangan saya tentang video ni kena jumpa saya - eh saya akan berada di KL tak lama lagi. keramatmali, get ready awal July, bro!
email saya di arem59@gmail.com jika nak sembang di kawasan Keramat-Melawati-Setiawangsa-Ukay Perdana, atau dekat LRT station mana pun. Nanti kita arrange meeting place dan saya beri nombor phone saya.

Jika anda pegawai SB nak jumpa pun saya ok, saya tak pernah musuhkan polis. Mereka jaga keselamatan negara - kerja yang payah, kita bantu mereka, bukan payahkan mereka dengan membenci mereka.

Lebih bagus jika lebih dari satu member nak jumpa saya - kita semua dapat duduk ramai-ramai.
Kalau kamu pompuan segan nak jumpa unkerr, datang satu bas dengan laki dan emak-bapak pun ok.
Boleh ngobrol tentang cerita dari Singapore, Kazakhstan, Mongolia, emas-perak, iPad dan tablets....
Lama juga saya tak duduk sembang dengan orang PAS, Umno dan PKR serta DAP, sebab malas nak cucuk mereka lagi.


SAYA tunjuk video di atas ni sebab lama dah bertanya dalam hati - jika betul hukum qazaf ni (zina) mesti ada empat saksi, sampai dunia kiamat perogol akan lepas.
Takkan dia rogol orang bawa ada empat saksi yang adil dan warak?
'Bodohnya agama aku! Tak ada keadilan langsung Islam ni'.
Rupa-rupanya agama aku pun dah kena political spin di Maysia (???).

Atau mungkin saya silap? = sebab tu headline posting ini saya letak question mark (?).
Maklumlah kat Singapork Darul Banjir kami tak ada agama rasmi.
Anda kat Maysia Darul Kebajikan lebih bijak tentang agama, hingga boleh pekik-pekik dalam masjid minta hukum qazaf. Minta empat saksi.

Dalam beberapa kes di Pakistan dan negara Arab, pompuan yang kena rogol dan bunting, dia yang kena sebat dan masuk jail!
Sebab perogol tidak membawa empat saksi yang adil dan warak.

'Bodohnya agama aku!!!'

Atau bagaimana? Cuba kamu yg ada PhD Azhar dan Madinah jelaskan. Betul atau tidak apa yang dikatakan 'ustaz' (?) dalam video ni.
Saya pun tak pernah dengar namanya. Siapa kenal depa?
Ulamak gajian Umno, atau PAS erdo-syiah, atau perlu ke label ni semua?
Did what he say make sense to you? Or can we only listen to him if he belongs to 'our side'? Kalau bukan dari parti kita tak boleh terima?
Atau kita tak boleh pakai hujahnya sebab Qardawi kata mesti ada empat saksi? Qardawi jadi all-powerful god.

INI sebenarnya tak ada kena mengena dengan 'video Anwar'.
Yang saya lebih khuatir ialah pandangan Islam (dan pandangan orang bukan Islam) dalam kes yang tak ada saksi empat orang, tapi ada evidence lain seperti DNA, video, human hair, semen, etc.
Islam tolak ni semua ke? Jahilnya Islam.... Dah ada saintifik evidence masih bodoh?
Maka kita kena sebat dan rejam budak pompuan yang kena rogol tu???


CUMA saya pelik juga bila masuk bab Maysia - bila cerita Najib-Altantuya, tak payah empat saksi okay pulak? Dah gerenti Najib punya! Tapi bila kes Anwar wajib empat saksi?
Ai, pening aku pikirkan negara orang beragama nih.
Sila jelaskan kepada pak chiq yang mengong.
Tolong unkerr. Konfuse konfuse (kini lagi musim konfuse).

17 comments:

Anonymous said...

Bila agama digunakan untuk kepentingan nafsu sendiri, tunggulah balasan dari Allah. Doa orang yang dizalimi itu lebih hampir kepada-Nya.

JohorMali said...

Mr Rem,
Here's an interesting bangsawan minggu ini,
Ada 4 lebai, (khatib,imam,hafiz,ustaz or whatever..) jalan bersama nak balik rumah . Tengah jalan jalan nampak belukar begerak, lalu intai. Tengok tengok ada mamat tengah bukak seluar dan di bawah nya minah.
Apa patut silebai lebai ni buat?
1. Sergah mamat tu agar satu maksiat dapat dielakan? atau
2. Tunggu mamat tu cucuh sudu dalam mangkuk lepas tu baru tangkap!

Anonymous said...

memang "pakar" agama dah bengap!
Tak reti baca Quran.

Cuba baca ayat An-Noor 24:4
Waallatheena yarmoona almuhsanatithumma lam ya/too bi-arbaAAati shuhadaa faijlidoohumthamaneena jaldatan wala taqbaloo lahum shahadatanabadan waola-ika humu alfasiqoona

tak ada sebut perkataan zina pun dalam ayat ini, tetapi kalau kita baca sesetengah translation ada pula sebut zina.

Jadi translator dah interpret sendiri. Walhal jika dibaca tranlation dari pelbagai pentafsir, ada yang tidak menyebut zina ( as direct literal translation).

Tak logik pun nak ada 4 saksi alim. Mungkin ayat itu preventive kepada fitnah. Tapi kesian pula kepada mangsa rogol... ustaz ni tak pikir ke? otak separuh kot

Anonymous said...

Ustaz ini namanya Ustaz Kazim. Dia ni katanya ahli PAS tapi baru-baru ini dipecat dari PAS kerana ceramahnya tidak selari dengan apa yang dipersetujui oleh ulamak2 PAS. Dia ini anatara Ustaz paling popular terutama dikalangan pengikut wanita yang tak pakai "tudung labuh". Bagi saya ceramah Ustaz ini telah dapat membuka minda saya tentang isu 4 saksi dalam tuduhan zina.

ATAN said...

ASLKM BRO REM,KITA ORANG JOHOR BELAJAR AGAMA MUNGKIN TAK TINGGI TAPI BUKAN TAK PANDAI TAPI ORANG PAS BELAJAR AGAMA TINGGI2 TAPI DAH LEBIH 50 TAHUN BARU TAU DALAM AL QURAN TAK ADA PERKATAAN NEGARA ISLAM APA KE JADAH NI.....LAHABAU OP..TERMASOK KE MELAKA PULAK

Anonymous said...

Tak yah pening-pening Tuan. Dah memang jelas ulasan Ustaz ni. Bukannya kita ni semua benak sangat.Cuma hati tu kena ikhlas dalam ugama, itu sahaja. Tak guna walau serban berat satu tan, tapi hati hitam legam. Yang dirisau kan, orang Melayu sendiri yang berpecah belah degan mempergunakan ugama. Kadang-kadang terpikir juga adakah sudah sampai tahap mereka-mereka ini dihapuskan sahaja dan tak perlu kita kasihankan lagi sebab mereka ini bukanlah dikalangan orang-orang yang rendah pengetahuan ilmu agamanya,tspi mereka juga lah yang mengelirukan orang ramai dengan putar belit ugama..Wallahualam

keramatmali said...

Reme, ok roger. Nanti kita turun kat jusco AU2 - senang nak parking. abang SB nak join pun boleh. unkerr Reme nak belanja.

Bab ustad PAS anwarisna ni aku malas nak ulas sebab nanti aku pun ikut jadi bengap macam dia orang.

Sepatutnya Islam dan pentadbiran negara tidak boleh dipisahkan demi kemakmuran masyarakat seperti zaman Rasullulah dan 4 sahabat.

tapi dia orang ni - PAS anwarinas mempolitikkan agama demi mendapat kuasa.

Yang Umno pulak, mempolitikkan bangsa demi mendapat harta.

Yang PKR pulak, lagi bodoh - dipolitikkan oleh Anwar.

Apalah nak jadi dengan bangsa aku

Anonymous said...

Salam

saya nak tambah sikit pengalaman dengan ustaz PAS.

Tiap bulan ramadhan kita selalu rush balik rumah sebab nak berbuka dengan keluarga dan juga bertarawikh.

Tapi surau di rumah saya yang di Selangor yang di kuasai PAS sejak 2008 sibuk buat ceramah politik mengutuk orang itu dan ini sebelum mula bertarawikh.

Sudah lah sahihnya cerita dia belum tentu lagi, kita yang mendengar pulak silap silap yang dapat dosa.

Kita bertarawikh nak dapatkan keberkatan, tapi lain pulak ceritanya. Kalau ceramah bab keberkatan ramadan tu kan lebih elok.

Sejak itu terus saya tukar masjid lain walaupun terpaksa menaiki motor jah sikit tapi diperli pula oleh ajk surau.

drafunt said...

Terima kasih kerana tunjuk video ni. Memang lebih jelas bagi saya, kerana pada khutbah Jumaat yang lepas, Imam juga cakap pasal perlu 4 saksi....kalau tak de, tak de kes. Pelik rasanya.

Anonymous said...

Yang nyata kita patut mengambil pendekatan yang lebih luas, contoh yang penting bila kita dipadang masyar nanti kita akan dihisab apa kebaikan dan keburukan dan kebaikan yang kita lakukan dan akan ditayangkan cctv kelakuan kita.

pada masa tu paham-paham jelah siapa yang jadi saksi, anggap je lah cctv yang keluar tu contoh apa yang akan berlaku kat padang masyar, tapi kalau tak kisah pun tak pe sebab benda tu besi ??? adussss buta teknologi rupanya.

kalau keluar cctv male A dengan male B tak tau le apa dia nak cakap, tapi yang nyata kalau ular sawa lawan membelit, mau ular sawa tu yang mati terbelit dengan manusia yang macam ni.

remgold said...

malaysians, kazakhtanis, mongolians, qazafis dan petanis,

tulis dan baca cerita2 politik sedih di negara tercinta kadang rasanya macam cerita Planet Of The Apes dulu - the best twisted ending to a movie.

hero charlton heston jatuh dgn roket ke atas sebuah planet penuh dgn berok dan monyet - kebanyakannya orang politik, bukan wartawan :-)
depa dah selamatkan kaum manusia yg terperangkap lalu lari naik kuda.
tapi di akhirnya terkejut berok (quite literally too, eh) sebab....

http://www.youtube.com/watch?v=ZWphqA1Slrw

'oh my allah.. i am home... so we really, finally did it... you maniacs, you blew it up. damn you all to hell!'

kesian kita :-(

Anonymous said...

Baik baik sedikit saudara janagn mempermainkan hukum ALLAH yang terdapat di dalam Al Quran.
Jika tak tahu kita belajar tetapi kalau malas jangan cakap pasal logik ke tak logik.
Kita mesti ingat kerana ALLAH maha mengetahui segala apa yang telah di perintahkan nya. Bertaubat jangan nanti terlambat.

remgold said...

Anon,
Itulah yg buat ramai orang muda lari dari agama.
Bila kita tanya tentang agama dan guna logik, ada yg kata - oi tak boleh, ini islam, kena percaya dgn orang tua dan ulama. Orang lama macam saya pun boleh konfuse.
Tapi jika ulama dirasakan gunakan logik boss mereka - baik umno, pas, pap, saudi, mubarak, etc, bagaimana jalan keluar orang biasa macam saya?
Yg paling mudah ialah duduk dan compare argument mana lebih logik - yg kata islam adil dan ada jalan keluar (misalnya kes rogol) atau yg kata islam bodoh tak mahu gunakan akal dan evidence yg nyata.
Saya rasa janggal jika kita boleh tanya jika rasa tak betul ubat yg diberi doktor, nasihat lawyer dan banker, remedy ekonomis dan orang politik, tapi dlm benda yg paling penting utk orang ramai, agama, oh tak boleh guna logik.
Maaf jika argument kasar. Tapi saya tak rasa sepatutnya ada beza antara logik dan islam.
Itulah yg diajar ulama singapork - tapi takut mereka telah dipapkan pulak....

Yg penting tentu tak salah jika buat perbandingan pendapat. Misalnya isu kes seks ni. Salah ke pakai dna, video dan apa yg ustaz tu sebut qarinah?
Jika salah dah tak boleh tangkap orang dlm hotel lagi sebab tak ada empkat saksi nampak mereka buat - cuma circumstantial evidence mereka dlm bilik berdua-an.

Siapa pemimpin kita jika ulama semua tafsir ikut nafsu politik???? Termasuk di singapork.

SAYA nak cerita kenapa saya kena banyal pakai logik (cerita lama).
DULU tahun 1980an, mahathir baru jadi pm dan anwar baru masuk umno, di spork heboh budak melayu masuk kristian. ramai juga!
ada yg ke mission schools nak convert pelajar melayu lagi. hingga jadi isu besar.
(kini dah lama tak boleh buat gini kerana pemerintah spork - yg dituduh tindas melayu - protect umat m dgn melarang kristian kacau budak2 kita. sehingga ada undang-undang lagi, tak macam dap hannah tak pakai law).

tidak ada siapa lagi nak lawan diayah malay kristian ni, maka pak chicq lah yg sibuk (masa tu lewat 20an).
kamu semua belajar quran dan hadith, saya kena tambah baca buku2 kristian dan bible. kat rumah (lama tak buka) ada 8 jenis bible dan macam2 buku mereka. juga bhagavad gita (teks hindu) dan agama lain. ada kristian dictionary dan concordance. pengsan aku kena belajar sendiri nak lawan debat.
saya ke gereja2 di spork jumpa budak melayu masuk kristian ni, pernah ada ibu panggil saya ke rumahnya - anak mudanya masuk kristian.
saya gi kedai bible, bible college, jumpa paderi dan aktivis mereka. bukan nak gaduh apa. nak jadi benteng pertahan islam (walau bodoh apabenda pasal islam tak tahu - nasib baik ada rakan2 dari muslim converts' association).
mereka tanya senang saja - 'jesus saves, what has muhammad done to save you'.
why you muslims potong tangan criminals, horrible to women, dah dah dah.
nak jawab pakai apa saya?
itulah sebab bila orang hint pun yg islam tak boleh persoal banyak ni saya naik angin. maaf bukan nak tujukan kpd anda yg tentunya berniat baik.
teringat cerita lama saya pakai logik lawan musuh dlm selimut.

Anonymous said...

Bro Rem,

Komen hang pasal anon tak boleh pakai logik tu memang tepat sekali. Mamat anon tu mungkin takde otak kot, sebab tu tak boleh guna logik. Kalau dah tak munasabah, takde siapa pun yang boleh terima termasuk mamat anon tu sendiri. Kalau semuanya mesti ada 4 saksi, sengsara lah wanita Malaysia sebab perogol dah boleh bermaharajalela dan tak perlu peduli undang2 lagi. Yang pelik nya, dorang ni guna undang2 macam tukar baju. Kejap guna undang2 Islam tapi bila tersepit guna undang civil pulak. Pelik tapi benar.

NAM

remgold said...

NAM,
rilek rilek. kita tak mau berkasar sesama sendiri.
cuma nak bantu sesama sendiri di zaman musuh mengasak nak buang bangsa dan agama.
isu ini pada saya bukan anwar or najib, umno atau pas, pap atau melayu spork, tapi pasal cara kita cuba nak cari jalan keluar.

untung kamu kat maysia - sejauh ini - agama islam rasmi jadi orang nak soal banyak, takut.
di selatan, kena pandai hidup sendiri-sendiri.
saya masa muda masuk tabligh, muhammadiyah (dulu geng salafi tegar), muslim converts assoc, pertapis, jamiyah. semua group islam yg besar2 masa tu, nak cari diri sendiri.


bila baca cerita2 begini, saya malu utk islam dan umat m:
what have u done to improve your religion's image lately?

http://www.independent.co.uk/news/world/politics/bill-gatess-plea-help-me-save-four-million-lives-2296739.html

koolmokcikZ said...

tabik spring kat pakchik remgold. apa kata pakchik kongsi lagi cerita pakchik menyanggah dakyah tu

remgold said...

koolmokcikZ,
enggak bisa dituruti sih kemahuan ibuk!
ini cerita sensitif, jika saya detailkan nanti problem utk saya.
cuma satu je saya nak kata: taktik mereka berdakwah di maysia dan indonesia sama macam di spore dulu.
dan lagi satu problem utk maysia - di negara kamu ada orang yg disanjung sebagai pemimpin awam adalah orang sama di belakang gerakan 'dakwah' mereka. salah selekoh, kamu angkat orang2 ni makin tinggi, mati agama anak cucu kamu.
lebih dari itu saya tak berani kata, nanti problem utk saya.