Sunday, 19 June 2011

King George VI & Ustaz Haron Din


TAMBAHAN

Untuk orang yang sokong Abang Os, bahaya baru menanti.
'Musuh' sedang reka benda ni. Ada respons kamu?
Bila kamu nak design sesuatu yang mengkagumkan rakyat sedunia?

PERFECT for Taleban, Bersih demo and NS campers - sayang bukan umat m yang design simple device ini!

------------------------------------------
Saya baru habis nonton di rumah The King's Speech.
Ia cerita mengenai bapa Queen Elizabeth, King George VI.
Namanya sebenar ialah Albert Frederick Arthur George.
Wow. Dah nonton movie ni baru sedar sejarah raja ini yang tidak saya ketahui sebelum ini.
Sebagai collector matawang dan coin, saya ada matawang King George VI ni.
Wang ini digunakan di Malaysia dulu! Semasa kita semua jadi subjects of the British.
Britain masa tu ada Empire. Brittania rules the waves.

Tapi saya tak tahu pun bahawa beliau GAGAP. Bila berutur gagap, stammer. 
Itu membuat beliau, Prince Albert, antara sebab, tidak mahu jadi raja apabila bapanya King George V, meninggal. Nasib baik abangnya Edward next in line, bukan beliau.


Abang King George VI ni menggantikan bapanya, sebagai King Edward VIII.
The King is dead. Long live the King!


GAMBAR: Wang Malaysia tahun 1940, dengan gambar King George VI di depan.
In front of the note, called the obverse, you have English and Jawi writings. The Jawi writing says: Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-Negeri Melayu.
And another word in Jawi: Lima ringgit.
At the back, the reverse, are the crests of (as spelt on the note) - the Straits Settlements, Perak, Pahang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Johore, Trengganu and Brunei.
DUA tahun dulu beli RM280. Siapa nak offer RM500 saya jual, harga dah naik oi.
GAMBAR coin - syiling ini juga digunakan di Malaysia (India dan Malaya pakai coin yang sama) - jika anda jumpa tersorok  kat rumah, boleh jual dengan saya.




TAPI King Edward VIII, bujang dan sebagai raja ialah kepala Church of England, nak kahwin dengan seorang wanita yang dah dua kali cerai.
Pada masa itu, dalam gereja ni kamu Tidak Boleh kahwin dengan divorcee. Lebih lagi kamu ni jadi head of the church (sebagai raja), lalu tak mahu ikut rule gereja kamu.
Lalu Edward 'abdicate from the throne' - I just love this term. Let me repeat 'abdicate from the throne'. Turun takhta. Krisis besar masa itu - baca surat abdication.

Lalu mamat gagap ni, Prince Albert, terpaksa jadi raja, King George VI. Walau beliau tidak mahu. A reluctant king.
Uh oh.
Isterinya bernama Elizabeth, jadi ambil nama Queen Elizabeth - ini ibu Queen E yang kita kenal sekarang ni. Wow, pak chic tak tahu pun. Ibu Queen E kini kita panggil Queen Mother.

Masa tu UK nak gi perang dengan Hitler's Germany. Raja gagap - orang bisik George The Stammerer - macam mana nak kasi semangat rakyat lawan dengan Nazi!?
Uh oh.
Ah kamu gi nonton movie sendirilah. Lihat apa yang terjadi.


TERINGAT saya nonton ni tentang Ustaz Haron Din, ulama favourite saya dalam PAS.... A reluctant leader.
Sebenarnya kebetulan saja cerita saya ni terkena Haron Din dan PAS. Sama ada kamu percaya dengan cara perubatannya, atau kata auta, terpulang.

Saya teringat King George VI dan Ustaz Haron sebab kedua-duanya Tidak Mahu diangkat ke satu jawatan Jika Ada Orang Lain Mahukan Jawatan Itu. Reluctant leaders.
Pada saya itu prinsip kepimpinan Islam yang ramai orang dah lupa hari ini: You cannot wish to be a leader, but once it is decided by a group or society, then you do not have a choice.
And when people say you should leave, you should do so quickly, bukan macam errrr....

Tapi Umno tu kau jangan cakap, semua berebut nak ke atas sebab ada agenda masing-masing.

Dah beberapa kali Haron Din saya tanya dalam interview (over the years) bila ada pertandingan dalam PAS - kenapa ustaz tak mahu jadi presiden; masuk pertandingan timbalan presiden; mursyidul am, etc.
Jawapannya konsisten - saya tidak mahu jawatan yang ada orang lain yang mahu. Jika ada yang berkeinginan, silakan. Jika jemaah satu hati, dan kata saya kena ambil jawatan tu, tak ada orang lain yang ingin, ok.

SAYA ada cerita tentang cara perubatan Haron Din ni. Saya dengar daripada orang ramai - aiks, macam cerita Twilight Zone, lalu saya tanya beliau sendiri dalam satu interview, beliau confirm.
Alamak, takuttttt.

CERITA lama tulisan saya tentang Haron Din - sini, sini dan sini.

BAWAH - Theme song yang hingga kini menakutkan saya. DULU tahun 1960an masa kecik-kecik takut wor bila ada show ni. Kini baru paham - dalam clip ni pintu tu ialah pintu Darussyifa' dan mata besar tu ialah mata Haron Din ;-)


12 comments:

Anonymous said...

Unker Reme, next time you meet Dato Haron Din, please ask him about "full islamic law" that PAS was championing before...what happened to that? Suddenly it is now being scrapped and changed to Negara Kebajikan... negara Islam is now a forbidden word in PAS.
Below is an excerpt of his speech from one of your Articles:

'Why is it that some Muslims pray, fast and perform the hajj, but
refuse when asked to make this country follow the full Islamic law?'
asked the 63-year-old preacher and faith healer in a veiled attack on
the Umno-led Barisan Nasional (BN).

Anonymous said...

anon 9.26.
mai pokcik tlg jawap...

ko ni buka la minda tu...penjajah omputeh takan beri malaya merdeka free... dia tahu org melayo n muslim kat m'sia akan ikut remote control dia.
tu nak buat pilihanraya masjid kat penang. cuma org jarang pi masjid je banyak menentang.. org politik banyak jawatan kat mesjid tapi payah gi jumaat.(mungkin sebilangan lah)tapi mungkin jugak dia jumaat kat rumah melalui kutbah live TV1..

wassalam..
p/s : aku ada masa tak sokong umno dan tak pulak benci pas...

Anonymous said...

tambah...

jika hudud dilaksana, yg akan kena kerat tangan tu org islam yg menyolong (curik) jer. yg kapir tu kita peram kat lokap...makno eaa..

tapi sapa la yg berani nak praktikkan islam kat dunia...

wakil rakyat muslim umno/bn patut tegak hukum islam..kasi lawan pulak puok pas..rajin2 jadi imam.. buat tazkirah..kuliah subuh..ect.. Ada berani ?

Anonymous said...

Rem, I dah lama tengok The King's Speech - 2 thumbs up!. Memang bagus untuk pengetahuan sejarah...

I ni anti mat salleh. Kita di rompak habis gondol oleh bangsa depa...lepas tu threw a lavish wedding party; kata negara kaya. Tu duit kita semua, hasil lombong, rempah dan getah.

Harapan anak bangsa tau apa yang mereka dapat ni antaranya perjuangan orang dulu - yang sanggup pertaruhkan nyawa kerana AGAMA barulah Bangsa.

Kalau Rem baca sejarah kemasukan Islam ke Nusantara, lagi nak menangis, bagaimana Kesultanan dahulu fight ke titisan darah terakhir mempertahankan Islam. Kalau tak, dah lama kita bungkus jadi macam negara Kabayan - ibunegara pun kena tukar nama.

Gina

d'enricher said...

Reme,

Kalau orang faham betul-betul tanggung jawab jadi pemimpin ni, memang tak ada siapa yang nak jadi.

tapi ...

dik ramai yang tak tahu, maka berebut-rebutlah nak jadi kerana apa yang mereka sangkakan dari kuasa dan apa yang boleh mereka dapat.

Kalau dah dapat, mereka akan usahakan menngikut bmatlamat asal mereka.

Cuba kita buat kajian, siapa sebenarnya "A True Leader" ??? tak kira lah kat Malaysia ke, Singapore ke atau diman saja di dunia. LID kat Putrajaya pun rama juga 'Leader' yang datang.

A.Alshukor

Anonymous said...

sejak bila pulak dalam al Quran ada sebut nak pilih AJK masjid kena buat pilihan raya?

bukan ke demokrasi ni ciptaan yahudi?

30 tahun pak lebai semua menipu orang Islam di malaysia,kononnya negara Islam ada disebut dalam al Quran

selepas 30 tahun baru pak lebai faham yang dalam Quran tak pernah sebut pasal negara Islam

dulu haron din pada 1999 sebut dalam ceramah agama dia "berdosa orang Islam pilih bukan Islam sebagai pemimpin kita.waktu tu g.palanivel lawan ustaz ismail kamus

sekarang berdosa atau tidak kalau orang Islam pilih guan eng,kit siang atau sivarasa?

mungkin dah tak berdosa agaknya

Anonymous said...

unker,
saya pernah bertekak dengan sorang pengikut fanatik. dia kata semua yang dibuat sekarang ni haram belaka. yahudi yang buat. dna tak boleh pakai. mesti 4 saksi. kamera tak boleh. tapi dia pakai semua yang yahudi punya. cakap air liur jer tak boleh. praktikal lingkup.

bagus la dr haron din kata macam tu. patutnya dia tak bertanding dalam pilihan raya. pasal ada orang bertanding. biar la orang bertanding. kalu parti menang, lantik dia jadi senator, boleh jadi menteri. baru cakap serupa bikin. kalu cakap bagi orang suka dengar, memang la dia pandai, kan dia orang politik. dia dah bakar kot buku negara islam. buat buku baru negara kebajikan. kena tunggu orang upload ceramah baru dia. tapi kesian kat dia, anwar tipu dia, itu cerita lawyer zul. cakap loyar boleh pakai ke ?

Anonymous said...

Dato Haron Din kena lah konsisten bila keluar kenyataan.

janganlah bila cakap atas kapasiti personal - direct to the point

tapi bila cakap atas kapasiti parti - bersulam sulam. Nanti ada orang ambil kesempatan keatas yang tak berapa nak faham cakap politik ni.

Kita kena tegas.

Yaziz Yunus said...

En. Reme

Bila baca post pasal Ustaz Haron Din, saya teringat peristiwa hampir 30 tahun yang lalu. Nak tahu cerita Ustaz Haron Din dan hubungannya dengan perkembangan teknologi nuklear di Malaysia, silalah lawat blog saya di http://unclearengineer.blogspot.com/2011/06/dato-dr-haron-din-and-nuclear.html

remgold said...

sila baca blog Yaziz Yunus, orang lama macam saya. pakar nuklear - dah masuk Blogroll saya.
tentang cerita hantu Haron Din - pandai pulak bunian main atomic power, bro!

syiok baca! i like ghost stories.
yg saya nak cerita ialah dulu semasa KLCC towers sedang naik, haron din dipanggil utk selesai satu isu juga.
saya dah confirm dgn beliau - betul ke cerita klcc tu? depa kata betoi. depa tak beri detail, tapi ini saya dengar drpd orang lain - sebab tak lama setelah bangunan siap, syarikat lama saya Reuters, pindah ke tingkat 32 di situ.

al kisah, sedang tower tu dibina - tak tahu tower 1 or 2 - ada dua pekerja asing terjun dari atas lupa tingkat berapa). satu mati. yg satu sangkut kat netting.
ditanya apasal kami nampak kamu berlari-lari dari dlm bangunan lalu terjun? gila kah!
jawabnya: kami nampak beberapa ekor kuda kejar kami!
(maklumlah dulu tempat tu kan racetrack!).
haish, ada hantu kuda kat tingkat tinggi. apa nak buat ni beb!?!?
who do you call?
Ghostbusters!

http://www.youtube.com/watch?v=1RonVkZ1lXA

tibalah haron din, menurut dongengnya.
setelah berdailog dgn makhluk, depa jumpa developer petronas dan main kontraktor.
ada orang bunian kat sini dgn kuda, kena bawa pindah. mereka minta bas.
dan mereka setuju dihantar ke kaki gunung Genting (drpd horse betting, kpd casino betting, ok what!).
maka datanglah beberapa biji bas besar! hairan bin ajaib.
setelah pindah, semua siap dan aman. saya kerap kerja masuk 6.30pagi. dan kerap juga pulang 11mlm kat petronas tower 2, tak ada apa2. tapi mungkin juga sebab iman saya tebal (phwee weet).

yang mengejutkan, beberapa bulan selepas pindah tu sekitar tahun 1995-6, tanah runtuh semasa bas nak naik ke genting, 20 orang mati.
ada 1-2mayat hingga hari ini terkambus tak jumpa. saya ingat cerita ni sebab kami sibuk buat story masa itu.

katanya, kat situlah haron din lepaskan orang bunian.

eeeee eerie story (play Twilight Zone song here pls!). syiok eh cerita gini.

siapa ada cerita hantu, boleh share!

keramatmali said...

Rem

Ni pengalaman benar dan seram yang aku nak kongsi bersama. Kisah tahun 80an zaman naik bas mini di KL.

Satu petang minggu aku bertiga pi rumah member kat Gombak. bila dah jam 11malam kita orang pun nak balik rumah kat keramat.

Tunggu bas mini kat tepi jalan gelap dekat 30 minit dalam hujan renyai bawah pokok kemboja, baru lah sampai satu bas mini.

yang peliknya bas ni tak bukak lampu dan bergerak amat perlahan sekali.

bila kami tahan bas tu, dia tak mau berhenti. "break dia rosak kot" kata member aku. memikirkan ni mungkin bas yang last, kami berlari dan terus melompat naik bas yang bergerak amat perlahan itu.

bila dah dalam bas yang gelap tu, kawan aku nak marah kat drebar pasal tak berhenti. Tapi punya lah terkejut kami, rupanya bas tu kosong - tak berpemandu mahupun kondaktor.

Tanpa pikir 8 kali, kami terus lompat keluar dan berguling atas tanah sampai masuk parit - ala ala cerita combat.

dalam keadaan sunyi dan gelap itu dan rasa nak terkucil, kita orang mengintai dari dalam parit, bas mini tu masih bergerak amat perlahan, dan kami dengar suara orang pompuan mengomel di belakang bas.

"tu lah, tadi kan aku dah suruh isi minyak tapi kau degil, tengok sekarang kan kita dua orang dah nak kena tolak bas ni" Ngomel kondaktor bas kepada pemandunya sambil kedua duanya menolak bas mini dari belakang.

memang seram Rem.

remgold said...

keramatmali,
very the kelakar!
i heart :-D