Antara berita besar luar negara yang saya baca dan terkejut al-nyamuk (adik kepada terkejut al-berok).
1) Kena tekan oleh Apple dan pemain lain yang dah keluar dengan iPad dan tablet sofwe (Google ada Honeycomb) dan hardwe, maka Microsoft pun tunjukkan sofwe barunya.
Tapi akan hanya keluar version yang penuh dan boleh digunakan orang tahun depan. Kahkahkah, bahalol sungguh.
Macam Taib Mahmud kata aku dah menang pilihanraya nanti baru aku nak retire.
Kerana nama buah Apple begitu popular, agaknya Microsoft nak keluarkan sofwe Orange? Tak boleh, nanti orang tertawakan kerana copy Apple.
Maka Windows 7 untuk mobile phones ini dipanggilnya Mango.
Aduhai, dah tak ada idea langsung.
2) Ada 10 kapal nak bertolak dari pelabuhan Mediterranean ke Gaza. Nak paksa Israel buka langsung sekatan.
Walau Egypt dah buka sikit, tapi masih banyak barangan tak dibenarkan masuk.
Antara kapal itu dipenuhi orang Amerika, termasuk orang Yahudi. Dan antara Yahudi itu termasuk cucu orang yg kena gas oleh Nazi dulu.
(Cerita lama pak chick nak masuk Gaza tapi dihalang Yahud wal Mubarak. Cerita sedih Palestin dan Jerusalem).
JAUH perangai omputeh Amerika ni. Yang satu nak bawa dunia ke depan dengan sofwe dan hardwe.
Tapi bila part Israel dan Yahud, ramai daripada mereka jadi buta dan tuli.
Video: At the Last Rally
1 hour ago





8 comments:
My thoughts this week exactly.
salam sdr rem,
berhubung impak teknologi ke atas alam semulajadi, apakah tajaan dan sumber pendapatan drpd iklan sykt telco dll menyebabkan gejala peninggalan sarang lebah (Colony Collapse Disorder - CCD) kurang mendapat liputan media?
Tk.
oh ya, maklumat lanjut ttg CCD: http://www.christiannewswire.com/news/27552961.html
Itulah perangai orang kafir cakap lain buat lain.Al Qur'an dah bagi tahu orang kafir ni tak akan berpuas hati sehingga kamu turut cara mereka. Dengan Yahudi ni samapi bial kamu berdebat dengan dengan mereka , mereka tak akan mengalah, turus putar samapi kamu pengsan. dalam Qur'an Allah suruh mereka cari lembu, itupun mereka mereka belit. kalau dengan Allah mereka buat begitu dengan manuasia lagilah...tak kiralah amerika, ke british ke, arab ke..
Hi Rem,
Love your articles. Just wondering, have you ever consider taking up Malaysia's citizenship?
Why stick to Singapore?
Alot of Malays here complained about you guys being sidelined and shitted on by your PAP Government.
J
assalamu'alaikum,
sedap kata orang buti dan tuli tapi tak sedar diri diperdaya dajjal laknatuLLAH. jgn terpesona dengan 'kemajuan' ikut ukuran manusia tapi makin menjauh dari Pemilik. alangkah lebih baik maju ikut persaksian Allah walau hina pandangan manusia. sesungguhnya yahud & nasoro tidak akan redho sehingga kamu ikut jalan mereka. allahua'lam
Junizah,
Tentang ommelayu kena tindas di spork. kamu Google dalam blog saya 'tindas' dan 'melayu', atau 'melayu' dan 'miskin' - dah banyak kali cerita panjang.
in short - saya tak setuju. pemerintah pap tak tindas kami. bukan sebab dia sayang, tapi dia takut kami jadi JI bom orchard road :-)
sebab tu diberi masjid, bursary, kelas tuition murah, etc.
Tentang nak jadi Penduduk Tetap (PR) maysia - anda kena menetap 5tahun. nak jadi Warganegara, 10thn.
Selepas 5tahun kerja di KL dulu saya apply jadi PR. sebabnya? lece kena apply permit kerja setiap 2tahun, belum tentu dapat. Dan payah nak tukar kerja - setiap kali tukar kerja kena apply work permit, takut imigresen tak approve, mampoi hamba.
tapi saya belum nak tukar jadi warga maysia dulu. sebabnya?
saya takut susah nanti nak dapat kerja di maysia dengan gaji yg sedia ada. maaf kata - gaji kat maysia masih rendah (banyak pro dan minus isu ini. harga rumah, barang masih rendah berbanding spork, hongkong, etc, misalnya).
saya gelak baca cerita yg dibesar2kan website pembangkang, msian insider.
kononnya negara aku racist lalu aku kena lari kerja kat spork dan negara omputeh.
cakap benarlah brader - kamu cheena maysia kerja di spork atau australia, misalnya gaji rm20,000. esok syarikat melayu maysia (glc) tawar kamu gaji rm40,000 kerja di kl dan jadi general manager, kamu tak balik ke maysia ke? atau akan terus tuduh negara tu racist?
kebanyakan orang kerja ke sana sini kerana nak gaji lebih besar, nak tambah pengalaman (kerja dgn maybank berbanding merrill lynch, pantai hospital vs hospital di sydney, chicago), nak hidup lebih senang (greener pastures) seperti ratusan warga spork lari ke australia, canada dan amerika setiap tahun - nak rumah besar dan kereta murah di perth dan toronto, atau kerja dgn bank besar di new york dan london.
memang betul, ada juga yg rasa tertekan kerana isu kaum, tapi jika gaji besar ditawar, kamu akan balik pun.
isu racism ni hanya Salah Satu push factor, lainlah jika cheena dan india kena ethnic cleansing macam yg dikatakan hindraf. yg paling kaya kat maysia pun cheena juga, yg tuduh racism tu kenapa? kamu dengar cakap orang gila macam ibrahim ali dan extremist umno, kenapa?
kaum minoriti di mana pun akan kena 'tindas'. sama ada secara betul, atau In The Mind.
saya kata orang melayu spork tak kena tindas orang tak caya sebab In The Mind of everyone, minoriti mesti kena tindas!
bersambung....
Part 2/2.
kita lari dari sesuatu tempat tu bergantung kpd:
How Much Can U Pay Me.
What New Things Can I Learn To Add To My CV?
Is My Life, Family's Life Of Better Quality Here - ini isu subjektif. saya di tengah new york dulu, capital of the world, teringat nak makan nasi lemak! macam mana nak kerja jadi editor new York Times gaji usd1juta setahun? :-0.
lainlah kalau tempat tu tak selamat utk diri dan keluarga, atau corruption teruk sangat hingga susah nak hidup.
maaf jika nampak macam serang kaum cheena. memang betul sifat kemelayuan sesat kerajaan umno tu ada. polis dan imigresen pun kadang racist hingga kita meluat.
tapi u gi mana pun sama bro. kamu kat australia atau america jadi cheena, kamu ingat mereka sayang kamu ke? u're still second class citizens, cuma rumah dan kereta besar.
kat spork kami benci kamu sebagai FT (foreign talent,konon), kerana curi pekerjaan kami! u're still second class citizens.
among us sporeans, we kutuk habis lu orang yg datang curi kerja yg bagus drpd kami kaum bumi-spork (cheena, india, malayos spork bersatu hati dlm benda ni!).
yg akan terus gagal rancangan Returning Expert atau Returning Professionals maysia (Talent Corp) atas sebab yg sama. maysia tak boleh bayar gaji yg besar.
- rakan saya doktor melayu di kl. pernah orang offer dia kerja di hospital spork, gaji sgd16,000 sebulan, no taxes (rm38,000) - banding dgn gajinya di kl (tak sampai rm10,000) yg kena bayar tax.
- dan maaf nampak macam cakap besar: gaji wartawan kanan di agensi berita omputeh di kl tu (bureau chief dan timbalan) lebih tinggi drpd gaji menteri di maysia (jika tak masuk wang rakyat yg dicuri).
itulah jawapan panjang saya kenapa saya tak terus tukar warga maysia.
jika dah jadi maysian, nak kerja di spork kena pulak ambik work permit. takut pula pemerintah spork tak kasi! mampoi gaji hamba rendah di kl, macam mana nak beli ron97 utk porsche cayenne turbo saya????
ada lagi satu sebab: di spork setiap pekerja ada Medisave (gaji bulanan dipotong, masuk medical insurance. wajib). takut ibu saya yg tua sakit kelak, tak ada cash nak bayar, boleh pakai Medisave anak (for close family members only).
tapi jika umno atau pakatan nak ambik saya dgn gaji besar dan cayenne baru, saya siap!
'TIDAK! siapa kata maysia racist, negara yg akan roboh?'
baiti,
dah setahun saya baca cerita lebah ni kalah dgn phone waves.
mati katak kita jika benda ni betul.
Post a Comment