Wednesday, 22 June 2011

Naik BMW hanya bayar hanya 50sen

GEE, ELLA, AMY MASTURA - lagu2 album Gempaq 1

- Fauziah Latiff - Batasan menanti (masa tu baru cerai dgn anak sultan)
- Fotograf - Luka seribu rindu (guitar menyanyi di permulaan lagu; best)
- Ella dan adik Korie - Pergilah sayang (saya belajar perkataan melayu baru 'lalok', terhuyung hayang macam orang makan dadah. Ella dituduh lalok dalam satu persembahan. Bodoh punya reporter, takkan nyanyi nak berdiri tegak! Reporter Harakah agaknya :-/ )
- Amy - Diam-diam rindu (First time tengok gambar depa masih muda, ingat pandai pulak si ah moi nanyi lagu malayos). ALAMAK, DAH KENA BLOCK YOUTUBE! Masih boleh dengar di sini.

Saya sarankan anda cari album Gempaq ori, berbaloilah.
Piracy kills. Kesian mereka rakamkan kita kebas gitu saja.
Yang saya tayang kat sini cuma nak kasi anda kongsi pengalaman saya naik kuda BMW dulu.

------------------------------------------
EARLIER.... 

Syiok dengar cerita keramatmali di dalam komen di posting saya sebelum ini (second last Comment), tentang pengalaman beliau dan *BMW.
Cerita hantu lagi, ish ish lawan tauke mamat keramat nih.

Saya pun nak lawan balik! Cerita tentang jalan-jalan naik bas.

Dulu tahun 1994 saya baru tiba di KL ada orang ajak naik BMW.

'Wah, tak sangka kawan saya kaya!'
Tapi rupanya malaun itu ajak saya naik *Bas Mini Wilayah.
Bas warna pink. Rupanya lebih molek daripada puteri Umno.

Saya pernah cerita di sini tentang pengalaman tunggu BMW ni setiap pagi nak ke tempat kerja pada tahun itu.
Payah maam! Pagi2 lepas subuh kena tunggu, most of the time tunggu 1jam. Nak lari cari toilet kat kedai makan, tak boleh sebab takut tak dapat bas!
Jika terlepas satu bas, kena tunggu satu jam lagi dan gerenti lambat masuk kerja.

Maklumlah kerana belum ada LRT masa itu. Teksi pun tak mahu ambik orang bawa ke bandar sebab jam sakan.
Masa itu, KLCC sedang dibina dan banyak lagi bangunan besar di tengah bandar sedang naik. Masa itu, belum ada SATU pun kondo mewah yang kini berselerakan di keliling KLCC. Masih under-developed bandaraya yang kita cintaik bernama KayEl Menjerit.

Kerana sibuk projek-projek ini,  dan LRT sedang dibina, maka jalan yang sempit kat tengah bandar KL semakin kecil!
Jalan Tun Perak dekat Masjid Jamek - aduhai tinggal satu lorong.
Lorong P.Ramlee - jalan di sisi KLCC - ditutup selama setahun. Jalan depan Hotel Equatorial dan Bangunan MAS dijadikan one-way selama (jika tak salah) dua tahun. Hancus jadi jam sakan sebab kena pusing jauh.

TAPI itulah kemajuan.

Masa itu kamu bayar 50 sen kepada conductor bas mini boleh naik dari hujung ke hujung. Tapi tak ada aircon.
Dan yang paling memeranjatkan mamat Singapork ini - orang bandar kecik masuk bandar besar - ialah berita dalam Malay Mail:
'The government will check to ensure drug addicts will be stopped from being drivers of mini bus'.
Alamak! Maknanya ada yang disuspek jadi drug addict pandu BMW! Patutlah pandu gila-gila!
Mereka ni suka main lagu kuat-kuat! Semua lagu Melayu beb.
Ella, KRU, Siti dan geng lain zaman 1990an.

RUGI kamu orang muda hari ini naik LRT selesa dan bas panjang Intrakota dan Rapid KL yang ada aircon, drebar pakai uniform.
Bas mini ni semua macam zaman koboi - gerabak kereta kuda tu!
Pemandu dan conductor dibayar ikut berapa ramai penumpang dibawa, bukan gaji tetap.
Jadi jika traffic jam, rugilah mereka sebab tak boleh buat banyak trip.

KERAP juga kat bus stop, kita semua tunggu bas ngadap jalan, tiba-tiba ia datang dari BELAKANG kita!! Walhal itu car-park.
Aiks, sebab nak elakkan jam, bas ini menyelinap jalan mana saja.
Rules are for fools!


Bas capacity 20 orang, boleh sumbat 60.
'Tarik nafas, masuk dalam!'.

SATU hari saya kena kerja hari Sabtu di pejabat lama, maka saya pulang naik bas. Sesak, kena berdiri.
Di satu stop dekat Masjid India ada satu mamat di bus stop bertanya - 'Bas Jalan Chow Kit tak?'
Conductor kata: 'Ya, jalan'.
Terus mamat hensome tu naik.
Tapi nasib tak baik, jam teruk. Jalan sangkut-sangkut.
Lalu drebar kat depan kata - 'Eh aku nak short-cut hari ni. Lece Chow Kit jam'.

Conductor gi kat mamat hensome tu dan kata - 'Abang, abang turun kat sini. Tak gi Chow Kit hari ini'.
Sedih, mamat tu turun.

Yang memeranjatkan saya - setelah turun bas - tiba-tiba conductor campak duit 10 sen x 5 kepada mamat hensome - 'Nah, ini tambang, ambil balik'.

Duit bertaburan. Mamat jadi pengemis pungut wang kat tepi jalan.
Hahaha.
Saya geleng kepala.
Tapi tidak seorang pun bunyi hok atau hek.
Human rights? Oppression of the poor? Horrible transport system? Nak demo marah kerajaan?
No, it's just another day in paradise.
Bas Mini - kau, lagenda.

YOUTUBE: lagu Bagaikan Puteri oleh Farra. Sambil naik kereta kuda BMW, kongsi bau ketiak, syiok juga dengar lagu ini! First time dalam hidup saya (masa tu 34tahun) saya appreciate lagu-lagu penyanyi Melayu! Lalu saya beli album Gempaq (yang pertama, cover warna biru) = pertama kali dalam hidup beli album lagu-lagu Melayu. Donch play play you. Kat mana kini boleh beli yang ori? Sebab pada saya ia the best Malay music ever.




YOUTUBE: Juga lagu hot panas terbakar hangus masa tu: Aris Ariwatan dan Lamunan Terhenti.
Abang Rem (masa tu belum Pakcik lagi sebab masih muda hensome, belum tempang kena diabetes dan nyanyuk) terpegun dan berkata - Wah! Melayu pun boleh nyanyi lagu ori!
Melayu batu, bayi!!! (Malays rock, baby!!!)

14 comments:

ninotaziz said...

Wahh..Sir Remgold! Lagu Farah ni nostalgia la. At that time a good friend was dating her as well. But I must say, the best songs must include Ella. Tak payah ceritalah lagu P Ramlee (Tan Sri going on Tun) and Sudirman...

Anonymous said...

Ayat yang biasa konduktor BMW gunakan.. "Masuk dalam lagi'.. "Masuk dalam lagi'... Itu semua nostalgia bro. Tapi kini KL dah banyak berubah. Kalau kerajaan tak paksa BMW dihentikan satu masa dulu, rasanya KL ni macam Jakarta atau Manila sekarang.

Anonymous said...

BMW ni ada pewaris die gak sekarang. Bas ekspress di malam hari. Lenjan tak ingat mati.Tau2, cepat 1-2 jam sampai destinasi.Haha.Bas Malaysia rock!

koloGnyer said...

pok chik RemGold....aiseh mlm2 begini buat teringat zaman muda2 dulu..

saya masih lg menyimpan koleksi tiket bas mini no 26, bas omnibus selangor dan bas sri jaya....

Anonymous said...

Abg Remy,
Ada sekali tu bulan puasa saya nak balik. Naik bas mini 20. Masa tu bas tu dah sampai ke Taman Permata, dekat Giant Ulu Kelang. Sebelumnya sampai AU3 saja. Naik dari Bangkok Bank. Jalan memang jam teruk. Dari Bangkok Bank nak sampai LA dekat 1 jam. Sampai kat Doraisamy dah azan. Orang punyalah ramai dalam bas, driver dengan konduktor boleh berhenti kat Doraisamy buka puasa. Selamba aja dia order air dan minum. Orang yang dalam bas semua terkulat-kulat pasal tak ada bekalan nak berbuka. Tapi yang herannya kat KL masa time nak berbuka jalan jam gila tapi lepas azan clear. Buka puasa telan air liur ajalah. Tapi apa pun Bas Mini memang banyak berjasa.

remgold said...

Puan Sri dan Datuk semua,
syiok juga kita nostalgia nyanyuk gini eh.
Bas berhenti beli buka puasa, lantak lah!
jika terjadi hari ni kena komplen teruk. manusia dah jadi lumba-lumba hingga nak kiamatkan dunia.

koloGnyer,
anda dah masuk blogroll hamba - so u better start blogging bro! hahaha, kena kasi pressure nak keluarkan bakat yg terpendam tu.
bawa cerita lama2 orang lebih senang dan tenang membaca drpd isu-isu yg pecahbelahkan kita.

Cat-from-Sydney said...

Uncle Rem,
Masa tu kan Mama kita student lagi. Naik bas mini dari Bus Stand Klang ke Jalan Gurney, driver mesti pasang radio DJ Zainal Din Zainal on RMIK, lagu wajib: I Just Called to Say I Love You by Stevie Wonders. Sampai hafallah.... purrr....meow!

Timur Tengah said...

Salam, itu pusat (pasal) lu punya blog ramai orang suka ikut. Sesekali baca politik, sesekali lu pusing cerita hantu, lepas tu lu pusing cerita nostalgia bas mini wilayah.

Bangkok Bank.... itu spot manyak popular loo... kanan boleh pergi Dayabumi (opis Petonas loo), straight boleh pergi sana Petaling Setelit loo, lagi kanan lepak sana Central Market Pasar Seni. Kiri kedai jual emas manyak2 loo.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

To Anon 03:17....

Ayat yang biasa konduktor BMW gunakan.. "Masuk dalam lagi'.. "Masuk dalam lagi'...

Ya bro ayat tu memang aku ingat sampai mati sebab masa aku naik tu ada yg jawab dari belakang bas, kata "tak boleh bang....sakit..." he..he..he..

Wake UP! said...

Salam. Tak sanggup rasanya naik BMW lagi dan bersepit dengan Mat Bangla dan Mat Indon. he he he

Anonymous said...

Pak chic, Amy Mastura tu org kampung saya tau..Dlm album tu semua pun feveret singer saya gaks. hehe..

Bas mini byk kenangan masa sekolah dulu. Sumpah tak naik kalo ramai yg berdiri. Kekadang tu sampai ke tangga penuhnya. Geli seyh..

remgold said...

maaf batman serdang,
terpaksa delete komen anda. funny tapi lucah.
anak saya baca blog ini.

tentang bas penuh sampai tangga - itulah yg syiok dulu - bila dapat bergayut kat tangga. banyak angin dan kurang bau ketiak.
yg gerun utk saya ialah bila petang bulan puasa dan kena bergayut - hanya tangan kanan pegang besi. dah lemah ni - maklumlah petang nak balik buka - dan jam teruk.
takut terlepas pegangan, abang hensome jadi abang kemek. boleh tanam dalam keranda nipis.

koloGnyer said...

pok chik RemGold....

ayoooooooo you giv me big presurre wo. im in ur blogroll dame.. tetiba semangat memuncak, satu penghormatan untuk saya.... sebenarnya dah ade blog time zaman2 friendster tgh femes dan fb belum ada...

saya mendapati kurang mahir dlm penulisan pendapat tp bila time komen org fuhh byk jer idea leh keluar...mcm time meeting bila bos tanye suruh bg pendapat, lancar jer bercakap..tp bila bos suruh bg public speech kt depan fuhhhh xdtg opis hari tu pun tak apa....

Insyaallah akan mencuba kembali dgn inspirasi pok chik RG dan tn SatD...danke shoen...

Anonymous said...

perghhhh.. bas mini.. ingat lagi masa rajin pegi rumah member kat kl tahun '90-'91.. dari KL ke Kg Congo tambang 50 sen.. pastu dia naik jadi 60 sen.. pernah sekali naik kat depan KLCC.. jalan tak sampai 100 meter konduktor dah suruh turun. pasal masa tu takde duit kecik. ada not rm50 je dalam poket. apa nak kata.. menapak sampai pertama complex.. hahaha.. pengalaman..