Friday, 3 June 2011

Non-farm payroll Amerika - dunia gementar!

Setiap bulan, ada satu statistik Amerika yang 'membahayakan' orang yang main saham atau emas-perak mahupun bond.
Ini data yang diperhatikan satu dunia kewangan, bukan saja di Amerika, kerana negara itu ialah ekonomi terbesar di dunia.
Memang ada beberapa statistik lain (GDP growth, inflation rate, CRB index), tapi yang paling penting namanya ialah Non-farm Payroll data.



Ia menunjukkan kekuatan atau kelemahan ekonomi US of A.
Berapa banyak kerja dapat ditambah dalam sebulan yang lalu - berapa pekerja ditambah kepada payroll majikan.
Ada perkataan 'non-farm' di depannya, kerana data itu TIDAK termasuk berapa orang pekerja baru di sektor farming.
Ini kerana ladang-ladang di Amerika (jagung, gandum, apel, lembu, babi, etc) akan mengambil ramai pekerja sambilan bila masa menuai atau musim sembelih, tapi lepas tu pekerja sambilan dihentikan kerja.
Jadi payroll yang diperhatikan dunia ini ialah setiap bulan berapa ramai pekerja baru yang diambil sepenuh masa oleh para majikan di Amerika.

Data untuk May baru keluar tadi.
Terkejut dolar Amerika, indeks saham Dow Jones, emas-perak, bond.
Malah, sejak beberapa hari ini, dah teruk pun pasaran satu dunia.
Ini kerana jika ekonomi terbesar di dunia lemah, dan rasanya akan terus lemah, maka barangan yang dikeluarkan satu dunia  - lekronik di Maysia dan Singapork, tekstil Bangla, minyak-gas Arab, kasut Indonesia, benda kecik-kecik seperti paku dan pinggan dari China - semuanya mungkin tak laku sangat.

Jika ekonomi Amerika lingkup (recession), lagi hancus satu dunia, melainkan jika ekonomi kedua terbesar China, ketiga terbesar Jepun dapat berkembang pantas.
Tapi errr.... China pun lagi problem jugak - inflasi tinggi, harga rumah makin mahal hingga rakyat marah, sibuk gaduh nak bebas bersuara (eh, eh, sama macam Maysia! Sama macam Singaporkie!).
Ekonomi Jepun? Sejak 15tahun ni kat situ juga. Dan kerana baru kena gempanaminuke, lutut makin lemah.

Jadi non-farm payroll May untuk US yang keluar tiga jam lalu lebih penting lagi! Jika China goyang dan Jepun lemah, tapi US terus steady bagus sungguh.
Cara mereka kumpul data itu di sini.

Beritanya buruk - hanya 54,000 orang dapat kerja baru bulan lalu.
Ini jauh di bawah jangkaan para economists. Maknanya ekonomi US lebih lemah dari yang dijangka. Juga di sini.

Jumlah orang tidak bekerja di USA ialah 9 peratus!
Maknanya jika ada 100 orang, 9 tidak bekerja. Dan mereka bukan baru hilang bekerja bulan lalu, tapi dah berbulan-bulan!!!

UNTUK kita di dunia sebelah sini, jika ekonomi Amerika terus begini, payah beb. Nak buka akaun emas baru pun makin takut, nak beli kereta atau rumah baru pun seram, sebab takut kena buang kerja dalam setahun dua ini.
Tak kira sama ada BN atau Pakatan jadi pemerintah. Benda-benda ekonomi ini - yang menentukan ialah negara besar, bukan Kak Mah atau Abang Nuar.


-------------------------------------------
TAMBAHAN - POLITIK YAHUD

Kita dah selalu dengar Congress Amerika dicontrol Yahud.
Ini baru pertama kali saya baca detail caranya dari orang dalam.
AIPAC, donors dan juga William Safire (yang dah mati) rupanya. Juga Netanyahu, dulu ambassador di UN, kini kepala negara Yahud.

Beginilah sepatutnya taktik umat M dan umat Arab yang jauh lebih banyak wang - Tapi silapnya kita bongok dan sokong orang bodoh yang gunakan nafsu marah dan burukkan nama agama di depan mata dunia dengan bam bim bom, bukan berfikir cara strategi.

3 comments:

Anonymous said...

rem

ni link entri bagus yang saya ambik kat kanan blog remgold ni. agaknya rem dah baca, tapi saya nk letak juga saya rasa dia ada point yang bagus untuk tambah ilmu.

http://basuhbaju.blogspot.com/2011/05/reply-to-shin-chew-isu-subsidi.html

Anonymous said...

Reme

Dah tiba masa dunia tak mengharapkan US untuk beli produk kita. omputeh US ni suka beli berhutang - pakai card

Mereka ni lah yang mulakan trend membeli tanpa kira duit simpanan. asal yang terkini dan berjenama mesti kena beli, terutama golongan baru kerja dan pelajar.

Ramai lagi penduduk planet ini yang mampu membeli secara berhemat.

Lagi pun rezeki Allah Taala yang bagi, asal kita berusaha. cuma bila dapat tu tak kira sikit ke banyak, kenalah bersyukur - macam zaman Reme tiada kerja dulu.

Bang Nuar bukan tahu ekonomi pun, yang dia tahu cuma macamana nak lepaskan tengkok dia dari pelbagai kes dan merasuah penyokong dia,

dia bukan reti nak tolong rakyat pun. Pi tanya orang permatang pauh berapa kali dia balik lawat mereka dalam sebulan ???? harap wakil dia saja.

Q said...

Sebab orang Amerika tu suka berbelanjalah ekonomi dunia bergerak seperti sekarang. Cube bayangkan ekonomi dunia tanpa perbelanjaan orang2 Amerika atau mereka menabung dan tidak boros berbelanja.Adakah negara2 lain boleh menampung penggunaan barang2 dunia seperti mana org Amerika sendiri?

Fikir-fikirkan.