Tuesday, 28 June 2011

Subang Sky Park & teksi West - baiki servis!

Sejak Firefly dimulakan di terminal Subang lama, saya antara orang yang paling kerap naik di situ. Sebulan sekali.
Walhal ramai orang komplen - bro, kamu naik AirAsia atau JetStar atau Tiger turun-naik KL, lebih murah tambangnya.

Pada saya gini:
1) dari rumah saya di Singapork ke Changi Airport, harga teksi sama = sama ada saya ke Terminal 2 naik AA, JetStar atau Tiger, ATAUPUN saya ke Budget Terminal Changi untuk naik Firefly.

Tapi bila book tiket Firefly, ada benda pelik yang dia ni charge = ini pendapat peribadi, tentunya mereka boleh justify.
Selain airport fee, ada "Admin Fee" - eeee apa benda tu? Mahal pulak tu ditambah atas harga tiket.

TAPI tak apalah. Saya nak sokong national airline Malaysia.
Tak suka dengan AA yang pada saya mencuri destination MAS dengan cara kasar, walau service mereka baik. Ini juga pandangan peribadi.

Takut pulak kita sokong satu airline saja, nanti competitornya bungkus = the market MUST always have competitors to perform better, baik Apple, Microsoft dan Google, Najib dan Anwar, PAP dan Workers Party, mahupun Toyota, Honda dan Nissan, Jusco, Giant dan Carrefour.

Saya tak suka naik Tiger sebab pada saya, tak konsisten servicenya. Dah beberapa kali lambat plane tiba, tapi tak explain cuma kata technical problems. Tak dapat minuman free onboard nak minta maaf.
Dan kerana Tiger partly owned by SIA. Dah kaya tak apa ler, saya bantu yg miskin sikit. Begitulah hati saya yang gemar sokong underdog.

2) Dan bila saya naik Firefly, jet kunang-kunang, sampai di Subang Sky Park dah dekat betul dengan rumah saya, terima kaseyyy kepada kerajaan yang bina highway DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway)..
Isteri kerap pickup, save duit.
Sebab jika naik teksi Subang-Wangsa Maju pakai kupon, kena bayar RM47. Dah 1-2tahun tak naik teksi kupon ni, mungkin harga dah naik sikit.
Jika teksi KLIA-Wangsa Maju (dulu) RM110.


TAPI terperanjat sungguh saya hari ini. Rasa tertipu.
Kerana tak ada orang pickup akibat family emergency, saya ke counter teksi. Rupanya salah Queue dan tidak dijelaskan dengan clear oleh syarikat bernama West. Dulu tak ada syarikat teksi biru ni.
Saya sepatutnya ke kaunter sebelah = teksi pakai kupon.
Jika teksi kupon, kita bayar harga fixed (dulu RM47) dan toll semua ditanggung teksi.

Di kaunter West (Your Pleasure...Our Measure), mereka kata 'Tuan bayar RM2, lepas tu naik teksi biru, pakai meter'.
Rasa pelik saya kena bayar "Taxi Svcs Surcharge" di kaunter. Tapi bila dengar pakai teksi, wau, saya berbisik. Tentu lebih murah dari RM47.
Saya tanya pekerja - duit toll, siapa bayar? Mereka tersipu dan bertanya satu sama lain - 'Toll drebar bayar' kata satu minah pekerja.
Saya tak percaya, tapi baguslah jika demikian, kata dalam hati.

Rupanya kat belakang tiket ada tulis - All toll charges to be borne by Guest(s).
Kamu pekerja bodoh ke???? Atau tak ada training???
Biar cakap yang benar lah dengan customer walau muka songsang macam aku.
Kamu malukan negara kamu jika saya pelancong, sebab boleh jadi gaduh dengan drebar kelak - Your counter said driver pays!

Naik teksi biru Kia Optima baru, drebarnya polite.
Tapi meter start RM7.
OKlah, kata saya, sebab teksi airport.
Tapi yang peliknya dari Subang airport tu sampai kat roundabout besar dekat situ, dah jadi RM9.50!!! Alamak.

Lepas tu, nasib, sangkut selepas bulatan tu sebab ada road repairs. Sangkut 20minit. Setiap 20saat (saya congak) meter naik 10sen!!! Eh apa nih!
Mampos aku rasa tertipu.

Sampai rumah, termauk toll empat kali = RM82!!! Saya rasa macam baru kena rompak, maaf ya West.

SELAGI tak diexplain dengan baik oleh Subang airport management kenapa ada service yang menambah kos dan inflasi, saya dah tekad nak naik JetStar (milik Qantas).
Turun di KLIA = bukan di LCCT seperti AA dan Tiger.

Lepas tu saya baik YTL boss Francis Yeoh, RM35 naik ERL beliau.
Sampai di Sentral boleh tukar LRT ke Wangsa Maju atau teksi.
Jika ada pickup baru saya nak naik Firefly ni lagi ke Subang. Mungkinlah. Dah tawar dengan Firefyl dan Subang.

SAYA rasa hiba lebih dari marah.
Jika kamu introduce limo service pun, explain dengan orang yang tak faham.
 Jika saya hingga bertanya toll siapa bayar tu, maknanya itu pertama kali saya naik, explain dgn jelas - 'Tuan, naik pakai kupon pun boleh. Atau naik kereta baru kami lebih selesa, toll atas kepala kamu yang bongok, tuan.'
Sebab tentunya ada orang yang suka naik teksi cantik dan tempat duduk baru, daripada teksi bau rokok, tempat duduk dah koyak.
Tapi harap perjelaskan dengan semua customer.
Live up to your tagline - West...the best of the East'.

MAAF jika bahasa kasar, tapi ini luahan hati penumpang yang sayang Malaysia. Tak guna Ng Yen Yen buang duit RM1.8 juta kat Facebook lepas tu servis kamu macam zaman P.Ramlee.

11 comments:

Ummie said...

I used 2 take a taxi these few months,
from TBS (Terminal Bersepadu Selatan) @ Bandar Tasik Selatan,
4 express buses from JB & Malacca,
2 Kelana Jaya,
since d closure of Puduraya.

No local buses over there,
only rail & taxi.
I wonder how those who has little money left in d pockets.

Luckily d new blue taxi driver (always d same driver),
pun tak sampai hati tengok passengers have 2 pay so much.
He advised 2 drop b4 d terminal (really save around 10rm).

Despite d driver absorbed d 2 tols & another charge (forget what is that),
it's still 50-60rm (inclusive traffic jam).

koloGnyer said...

ayooo malunyer
.....toing-toing ape nak jadi la nie... ponek promot Malaysia kt kengkawan..tp bila sampai KL kena ini mcm....itu kepala taruk masuk dlm paper beg....

kesian pok chick RG...

Sabar itu Indah...Sabar itu sebahagian dr Iman...Sabar itu ganjarannya Syurga..

Anonymous said...

takpe le Rem, engkau kaye..RM82 tak memiskinkan engkau dan tidak mengkayakan kau.

kira sedekah aje, hati senang dan dapat pahala pulak..

teringat aku dulu pernah naik perahu kat Tasik Tongi di Bangladesh, masa naik tak bincang pasal harga tambang..

Bila ditengah tasik, kawan aku bertanya kepada pembawa bot, berapa taka kena caj? Mak datok! Mahalnya. Kawan aku marah-marah cakap kena sembelih dengan orang Bangla tu.

Aku nasihatkan bayar aje, maklumlah tengah tasik. Kot ditinggalkan kita ditengah tasik, kan haru biru tu. Prinsip saya, dalam situasi macam tu, kira sedekah aje dan halalkan. Hatipun senang dan dapat pahala pulak tu.

Sometime, we make a day to someone life.. Saya percaya pemandu perahu Bangla begitu gembira dapat habuan yang cukup untuk sebulan makan untuk menampung keluarganya yang miskin.

Anonymous said...

bro,
naik keta ulat je la...hahaha
diorang biasa kalu dengan mata biru atau pak itam negro dia akan cakap lemah lembut. tapi takat melayu...x payah la.

saya kalu dengan diorang, tunjuk kertas. "Saya orang melayu dari afrika. tidak pandai cakap melayu..harap bantu" tulisan gaya org puteh senget ke kanan dan bersambung.guna tangan kiri !

suruh dia tulis (gaya org bisu...) pastu anguk 2,3 kali...

hahaha... dah banyak kali aku berjaya.

jika dah rasa tertipu, aku blah dan bersuara "bos, tak guna punya melayu, taik lah!!

Anonymous said...

Alamak Bro Rem, Teksi biru tu dia kira premium Teksi... charge dia lagi mahal (2 kali ganda) dari teksi bandar yang biasa warna merah putih tu... ni laa teksi yang Tourism malaysia buat tu... yang rugi juta-juta tu..takkan tak ingat , hahaha!!!!

Satu lagi, yang byr tol memang laa pemadu teksi, bukan penumpang... tapi yang keluar duit bayar tol tu..penumpang la ... Sorry jgn marah ya...

Anonymous said...

Sedih aku dengar kau kena tipu dgn WEST. Memang tabiat orang yg jaga kaunter, kadang2 memandai mandai aje walaupun tak tau cerita langsung. Tapi kalau difikirkan balik, pasal tu lah dorg kerja kat kaunter sebab minda cetek & singkat. You know wat REM, kita nie serupa tau sebab selalu pilih underdog. Lagi pun, Firefly dekat dgn rumah di Subang Jaya. Kalau naik AA kat LCCT, travelling ulang alik dekat 2jam. Tambah lagi duit tol $10 dan traffic jam bila keluar tol. AA ni skrg dah tak customer friendly lagi. Maklumlah dah jadi global airline, kita nie di anggap macam desperadoes. Iklan murah tapi bila buat booking, harga dah 3kali ganda. Revenue banyak tapi hutang kat MAB masih tertunggak sambil minta diskaun lagi.Betul tak tau malu.

namza

Rizwan Zainal said...

brother, i used to go bagpacking trip and mingle around those mat salle.

and when i told them where i'm from they never fail to mention about being cheated by taxi drivers in Malaysia.

Anonymous said...

Op Ed

Next time kalau guna firefly dan datang sorang dan beg tak banyak, jalan kaki sikit keluar terminal subang dan tunggu teksi biasa tepi jalan.

Caj biasanya ikut meter atau kekadang kena nego sikit.

Lagipun kat subang tak ada JPJ nak check teksi sebab tak ada sistem teksi monopoli macam kat LCCT atau KLIA.

btw RM80 tu baru SGD30 saja, tapi ego kita lah yang tercalar sikit sebab kena tipu hidup-hidup

-malik-

remgold said...

Docs and profs,
Benda ni sebenarnya bukan tentang saya ditipu atau terasa ditipu.
Itu benda kecik.
Yang lebih penting ialah nama negara. Macam yg rizwan zainal kata.

Memang perlu ada teksi jenis lebih mahal di airport mana pun.
Sebab yg turun flight tu termasuk orang kaya yg mahu extra service - naik merz atau beemer dan alphard dan bayar apa saja.
Tapi yg penting utk pengendali airport dan limo perlu jujur.
Terangkan kpd customer apa yg mereka offer dgn benar, bukan cara berbohong atau lack of training.
Sebab bad experience, just like good experience, akan merebak.

Misalnya pelancong yg ke spork gerenti komplen harga teksi mahal, tapi mereka juga tahu mereka tidak tertipu sebab semua kena bayar harga sama. Dan tidak akan diberi servis yg tak diminta.

Di klia, beberapa kali teksi limo ni offer saya naik yg mahal, sehingga kini bila nak book saya kini kena kata - teksi biasa, atau, teksi yg paling murah ya.
Kenapa jadi sampai begini.
Kesian pelancong tentu ramai kena tipu.


Ummie,
Sedih baca cerita - kita semua tahu bahawa di terminal baru tu problem utk orang biasa sebab kos meningkat tinggi.
Wahai kerajaan fikirkanlah kelohan rakyat.

Maaf cerita spork lagi - sebab nak cerita sistem pengangkutan paris atau vietnam, patpong atau vienna tak tahu.
Di spork darul banjir, hampir semua terminal bas bersebelahan dgn terminal mrt, agar tak menambahkan kos penumpang.
Kalau bas dari malaysia di kallang, tak jauh dari mrt station juga, boleh jalan.
Bas malaysia yg berhenti di harbourfront sebelah mrt station.

Anonymous said...

brader

kat spore senang kalau gomen nak buat stesen bas sebelah mrt. wakil dia jumpa tuan punya tanah dan cakap kami nak beli tanah kamu nak buat stesen bas untuk kesenangan rakyat. kami akan bayar ikut harga pasaran. kalau degil akta ambil tanah ni memang ujud.

DiMalaysia kalau gomen nak buat macam tu tanpa berbincang pasal harga dulu, minggu depan LKS akan buat demo besar dengan banner kerajaan zalim rampas hak dan tanah rakyat walaupun tanah yang nak diambil tu sekangkang kera dan tujuan nya untuk rakyat. wakil rakyat pun senyap sebab dah tersepit kena asak penduduk.

aku ingat lagi dulu masa nak buat lrt putra, star dan monorail, kes sama jugak. sekarang ni bila sistem dah berjalan, bangsa cainis yang paling lantang kata servis slow, gerabak penuh dan pelbagai lagi.

entah lah

harmdone7 said...

Totally agree with you Tuanku. Service culture is still very lacking here. Had very good experience in Spore and Bangkok, even 7-e staff are equipped with info on guiding people with direction. Kalau kat sini kita tanya, dia jawab "saya pun bukan orang sini". Kalau dengan foreigners Bangla/Nepal, toksah tanya la, sah2 akan rasa macam cik Tipah yang sentiasa tertipu.

Abang yang comparekan cerita Tuanku Rem Gold dengan kisah naik bot tasik tu was totally missing the point. We're talking about Skypark taxi service here, yang siap ada kaunter bukan main naik je dari tepi tasik hahaha! Anggap sedekah so dapat pahala? That's not the solution bro. Anggap sedekah tapi hati tak ikhlas silap2 dapat dosa hehe.

Baru ni naik taxi di KB untuk kerja, daytrip. Penat gila sebab malam sebelumnya langsung tak tidur. Mak Bunda pulak pesan beli keropok. Alamak mana la aku ada masa ni, badan super penat pulak tu. So aku tanya pakcik taxi, yang mula2 nampak macam tak berapa friendly. "Cik, boleh tak singgah kedai mana2 saya nak beli keropok. Sebelum kita turun kat hotel."

Dia kata since its friday, jom kita pegi pasar, mungkin ada kedai dah bukak. Kedai2 biasa either bukak lambat atau tak bukak langsung. So kami ke sana (kalau drebar taxi KL agaknya dah mengamuk, merungut). I spent like 5-10 mins to get the keropok and dashed back to taxi. He was smiling at me "wah banyak beli" katanya.

Sampai di hotel I gave him extra ringgits, for his effort and friendliness. I was a happy customer. Walaupun sebenarnya aku rasa taxi kupon rm29 dari airport ke town tu agak menyembelih jugak, ye la the journey is only about 15-20 mins. Yang bestnya taxi dari hotel ke airport lagi mahal, RM30 hahahah.

Like you said abang tasik bangla, beza 20-30 ringgit tu tak mengkaya atau memiskinkan kita, tapi the crux of the matter is soal kejujuran, and whether you are at the end of day a happy customer... i'm sure you walked out of the lake boat a happy tourist kan.

Wallahualam.