Thursday, 16 June 2011

Tan Tan Tan! Pilihanraya Prez S'pura


Selepas hek dan hok beberapa kali, *bekas menteri luar Singapork George Yeo yang kalah dalam pilihanraya bulan lalu, tak jadi nak tanding jadi Presiden.
Abang George kalah bertanding di Aljunied.

(*bekas lebih sedap bunyi pada saya, berbanding "mantan").

Ai brader, kamu dapat gaji setahun SGD1juta lebih = RM2.4juta, sebagai menteri dulu.
Dah 21 tahun jadi menteri, rilek lah, gi cuti-cuti kat Mesir tengok piramid, atau Jew York tengok Empire State Building. Kalau dah gi takpe, replay gi lagi sekali. Atau panjat Gunung Ledang kat Johor selepas dibiometrikkan jari kamu.


GAMBAR SISI: Flag of the Singapore President (di letak kat kereta limo, dan atas bumbung pejabat prez bernama Istana), berbanding bendera negara biasa - gambar di atas.

NAK jadi presiden di Singa-pura-pura ni bukan mudah.  
Kena ada qualification: Pernah jadi menteri, hakim,  atau pernah jadi boss syarikat yang kendalikan SGD100 juta.
Habis peluang saya nak jadi Prez gaji SGD4.2juta setahun! = RM10juta setahun.

Boleh beli hampir TIGA banglo Khir Toyo (diskaun included).


Atau jika kita bahagi 13bulan, gaji beliau ialah SGD323,000 = RM775,300 sebulan!

Atau tak puas juga, kita kira gaji hari. Setiap HARI gajinya (dibahagi 30hari) ialah = SGD10,700 atau RM25,800! Makan tak habis oi!!!

Ish ish ish....
Gaji PM Singapoora, Lee Hsien Loong ialah SGD3 juta setahun = RM7.2 juta.


TIDAK seperti sebelum ini, Presiden Singapork terkini diundi oleh rakyat - sama seperti pilihanraya prez Indonesia. Dulu hanya perlu dipilih oleh Parlimen.

Nama-nama bekas prez Singapura:

1 - Yusof Ishak = gambarnya di matawang Singapork hari ini. Bekas wartawan Utusan Melayu. Ko jangan main-main! GAMBAR. 


2 - Dr Benjamin Henry Sheares, serani. Bekas doktor.
3 - Devan Nair. Bekas boss kesatuan pekerja.
4 - Wee Kim Wee, bekas wartawan The Straits Times.
5 - Ong Teng Cheong. Bekas arkitek.
6 - Dan kini S.R. Nathan, bekas kepala badan risikan (Security & Intel Division) dan juga bekas pengerusi Singapore Press Holdings.

That's the way, aha aha, I like it.
Ada dua bekas wartawan dan seorang lagi bekas boss SPH (syarikat pemilik semua akhbar di Tumasick).
Sayang saya tak ada chan nak jadi Prez.
Jika tidak, saya derma SGD3 juta gaji saya kepada rakyat! Eh wah. Action jackson.


APA PUN, walau Nathan kata mungkin nak teruskan jadi prez, saya rasa kena turun sebab dah 86 tahun. Rihat tuan, enjoy life lah. Gi tengok piramid dengan Abang George, atau mandi air panas kat Selayang.

Pilihanraya Presiden Singapura ialah tiga bulan sebelum 1September - tempoh tamat untuk Prez Nathan. Sekitar hujung bulan ini, atau bulan depan.

1 - Yang didesas-desuskan sebagai top candidate ialah Tony Tan (GAMBAR), bekas timbalan perdana menteri dan kini pengerusi SPH (aha, lagi ada kaitan dengan media). Beliau juga ialah boss GIC (Government of Singapore Investment Corp).

DI sini ada dua badan jaga wang rakyat seperti Khazanah Nasional.
Yang kita kerap dengar ialah Temasek Holdings = GIC ialah sovereign fund kedua negara. Beliau juga bekas boss kepada OCBC, bank tempatan Singapura yang antara terbesar di Asia Tenggara.

Tony Tan BELUM lagi confirm nak tanding atau tidak, tapi desas-desusnya jadi ler. Tunggu lagi seminggu baru nak confirm, saya rasa.

2 - Candidate kuda gelap (omputeh kata 'dark horse' = iaitu 50:50 ada harapan) ialah Tan Cheng Bock, bekas MP kanan PAP. Beliau dikatakan BUKAN calon pemerintah, seperti Tony Tan.

Dan ada Tan ketiga!
3 - Tan Kian Lian. Beliau juga bukan calon pemerintah. Not a preferred government candidate. Beliau pernah jadi boss yang jaga syarikat mempunyai kewangan SGD100 juta, kerana pernah jadi boss NTUC Income = syarikat insurans National Trades Union Congress.

JIKA saya tak tulis pun saya gerenti kamu akan tanya - eh pak chicq, dah ada Enam presiden. Dua Cheena, dua India, satu serani dan satu Melayu.
Bila turn Melayu lagi? Yusuf Ishak tu dah lama dulu masa baru merdeka.
Nakal kamu nak kasi saya kena buang kerja.

Sebelum pilihanraya bulan lalu, ada yang bisik, kali ni turn Prez Malayos.
Mungkin Speaker Parlimen (kini bekas Speaker) Abdullah Tarmugi.
Atau ada calon lain. Saya tak mahu tulis namanya sebab itu bisikan orang saja. Kamu ingat tak ada Melayu ke yang pernah jaga syarikat SGD100 juta? Ada.

Jadi nampaknya dah tukar pelan.
Sebab jika nak berdepan dengan Tan Kian Lian ni - yang nampaknya popular dengan orang ramai sebab dilihat sebagai Un-PAP (bukan anti-PAP, tapi Un-PAP = kata orang Maysia: yang bukan suka bodek PAP), mesti kena calon yang lebih baik untuk pilihan pengundi.
Sebab tu desas-desusnya Tony Tan akan bertanding. Ini tekaan saya saja.


EH, pak chick ni buat promotion boss dia kat SPH. Tentulah beb. Ko nak mampos aku buat benda lain!
Tapi belum confirm Tony Tan jadi atau tidak. Nampaknya jadi.

Saya pernah naik kereta Merc di sebelah beliau - one-on-one.
Masa tu saya bureau chief ST di KL dan beliau serta rombongan datang ke Malaysia sebagai boss SPH buat rombongan kerja.
Boss-boss SPH dan editor lain semua naik van dari KLIA, mereka kata - ah, kamu: kamu naik kereta dengan boss, bawa beliau ke PJ Hilton.
Merc E-Class sewa KL, ada drebar. Dan di sebelah drebar ada SB berbadan tegap dari Singapork (maklumlah bekas Timbalan PM).

Mr Tan duduk kat kanan, saya duduk belakang security guard.
Aish, rimas naik 45minit ikut highway Shah Alam.
Berbual benda-benda serious, sebab beliau dikenali sebagai orang yang tak suka berjenaka (tak macam aku).
Ingat nak buat joke - 'Tony, my man, have you heard the one about this politician who died and...' Tak berani wor!!!


LEPAS tu, ada beberapa kali saya masuk boardroom di SPH HQ beri penjelasan tentang isu-isu politik kepada beliau dan board members SPH, serta para editor yang lain.
Sebab beliau bekas Timbalan PM (orang politik) dan ex-banker serta jaga wang berbilion milik GIC, maka pengalamannya berbeza dengan wartawan pandai mana pun, atau hanya orang politik biasa. Nak pengsan kadang kena grill soalan.
Kata orang penetrating questions, soalan yang tak diduga.
Ko ingat senang nak cari makan, 'jang!

Nanti depa jadi Prez hamba nak apply jadi tukang kebun.
Padang hijau kat Istana (pejabat prez) tu besar beb. Syiok saya potong rumput sambil golek-golek main lagu Shah Rukh Khan 'Chaiya Chaiya'.
Nanti saya jemput anda semua datang berpiknik kat green lawn Istana. Can or not?


5 comments:

Cat-from-Sydney said...

purrr....kalau Uncle Rem jadi tukang kebun Mr Prez, boleh tak Angelina jadi kucing rasmi dia? Sumpah! Tak makan todak. purrr....meow!

Anonymous said...

Pak chic usah masuk politik ar. Jadi politician nnt lupa kat kami org semua..Blog mesti tak pandang dah..

Anonymous said...

Op Ed

ana heran kenapa GCT tak masuk bertanding especially dia bukan dalam kabinet sekarang.

LKY dulu mungkin sebab dia jadi MM, tapi ana masih mushkil kenapa dia prefer jadi MM dari jadi prez.

tolong huraikan sikit, tuan.

-malik-

Pena Minang said...

Ye la....Bila pula orang Melayu nak jadi Presiden Singapura....Dengar citer NDP tahun ni orang Melayu yang jadi Incharge nye.......Lagi satu, mana nak dapat duit 20 Dolar tu?

remgold said...

KucingSydney,
tak makan todak? terima kasih. tapi kamu toilet-trained tak? jika tidak hancus padang hijau hamba banyak najis all over :-)

Anon 23:58,
interesting question sebab ada beberapa pekerjaan di mana wakilnya mengaku - aku buat kerja ni bukan nak dapat gaji saja, tapi ada Higher Calling. ada Niat Murni, kononnya.

1) wartawan - gaji kami kecik tapi kami nak bantu masyarakat (cerita dongeng) - dedahkan kesalahan orang jahat, betulkan kekurangan masyarakat, expose orang politik kotor.
tapi sebenarnya selalu diperkuda orang yg bayar gaji depa.

2) orang politik - gaji kami kecik tapi kami nak bantu masyarakat (penipu besar) - nak dedahkan kesalahan orang jahat, betulkan kekurangan masyarakat, expose orang agama kotor.
memperkuda rakyat utk gemokkan tembolok.

3) orang agama - ostad dan pendakwah (yg ulama ramai, ular dalam semak pun ada) - gaji kami kecik, tapi kami nak dedahkan kesalahan orang jahat, betulkan kekurangan masyarakat, expose peguam kotor.
(maaf jika kamu tak terima. tapi dah ramai sangat saya jumpa ular-mak!).

4) lawyer human rights - gaji kami kecik tapi kami nak bantu masyarakat (muka masuk paper selalu digunakan majukan business) - nak dedahkan kesalahan orang jahat, betulkan kekurangan masyarakat, expose wartawan kotor.

around and around we go.

saya di number 1. nak jadi #2 tak syiok rasanya sebab tak boleh lepak pakai seluar pendek ngobrol kat kedai kopi dgn keramatmali tertawa kuat2.

nak jadi #3 lagi tak layak sebab saya belajar di oxbridge dan harvard bukan madinah dan azhar.
nak jadi #4 lagi nak muntah. jika jumpa ular dan lawyer, tangkap ular tu lempar kat muka lawyer.

maaf ah, jenaka. jangan pulak kamu marah kata saya menghina ular-mak dan lawyer serta politikus.

malik,
chok tong fumble besar kerana pilih Ting Pei Ling, jadi takut letak dia jadi calon prez orang teringat balik cerita ah moi Kate Spade.
LKY juga 'tak layak' sebab rakyat masih marah dgn pap.

saya baru dengar cerita baru tentang kemarahan rakyat, tapi tak berani tulis. kamu dengar pun akan berkata - are u sure or not! siapa yg jumpa saya boleh dengar ceritalah.

bro pena,
sebab rakyat masih marah dgn pap itulah, saya teka (just a guess), govt tak boleh letak calon melayu dulu. sebab mereka rasa Tan Kian Lian akan bertanding dgn calon pemerintah.
tony tan ada brand-name sendiri - bekas boss bank OCBC, jadi menteri pertahanan dan education, timbalan pm (iaitu ada rekod service kpd rakyat), jaga wang berbilion.

calon melayu abdullah tarmugi ada experience cabinet minister saja, sedangkan kian lian ada experience jaga wang ratusan juta.
calon melayu lagi satu seorang yg pernah jaga business ratusan juta, tapi tak ada rekod yg dikenal rakyat (service to people).
jadi kena tunggu dulu, hingga rakyat sejuk hati.
tapi ini semua tekaan saya semata.