Seperti yang dingobrolkan baru-baru ini.
Baca sini dan sini.
Tak tahu pulak yang lagi dua ekoq Tan tu jadi atau tidak.
BARU
Nampaknya, Tan Kian Lan, bekas boss syarikat insurance NTUC Income, akan teruskan nak jadi calon Presiden.
Begitu juga Tan Cheng Bock.
Jika perlumbaan kuda tiga ekor, akan terjadi seperti kes Mat Sabu dan timbalan prez PAS baru-baru ini. Undi terbelah tiga. Yang menang ialah calon yang terkuat dari tiga orang tu.
Dalam kes ini jika kedua mereka tidak tarik diri - ada lagi dua bulan sebelum pilihanraya Prez Singapork - maka Tony Tan yang paling kuat antara mereka bertiga.
Jika hanya Kian Lian atau Cheng Bock yang lawan Tony (cesss Sabah, depa dah resign dari SPH, saya boleh panggil depa Tony. Kalau dulu, 'Mr Tan sir!'), pertandingan sengit.
Video: At the Last Rally
1 hour ago



5 comments:
pak chick, rakyat betul ada kuasa ke? kut kuasa luar lagi kuasa?
Che Loh,
maaf, ana kurang faham soalan. anta bertanyakan referring kpd spork atau maysia darul kebajikan?
(hari jum'aat, kita ana-anta... ya sheikh).
atau soalan umum?
Op Ed
Ana nak tanya sikit, Tony Tan ni dah resign dari PAP dulu, kalau tak silap lah.
Boleh ente cerita sikit kenapa?
-malik-
pak chick, ada ke beza antara spork ngan maysia darul kebajikan?
malik,
tony resign dari PAP "recently" - tak diberitahu bila. sebab ikut perlembagaan takkan president datang dari parti politik.
yg kelakarnya, kerana rakyat masih ramai yg marah dgn pap, ketiga-tiga Tan kini Menjauhkan Diri dari mengaku pernah rapat dgn parti yg membangunkan negara pulau kecik nonet ini. walhal satu bekas timbalan pm (tony), seorang lagi long-time MP pap (cheng bock) dan yg ketiga, bekas CEO syarikat insurans Kian Lian ialah bekas orang kuat pap di Marina Parade (kawasanundi goh chok tong dan ting pei ling).
begitulah dunia berputar sehingga malu nak ngaku jadi umno dan pap, mca dan ldp, congress dan golkar.
che loh dan npc,
rakyat ada kuasa ke?
jawapan umumnya ialah di maysia dan spork (serta banyak negara lain) ada Undi.
di saudi pompuan tak boleh undi.
di negara komunis seperti china, korea utara, dan banyak negara arab (sebelum musim Arab Spring) boleh undi, tapi calon hanya satu saja = jika kamu tak undi dia ni, esok kamu mungkin kena buang kerja.
jadi memang rakyat ada kuasa, walaupun mereka yg tuduh undi penipu tapi bila menang banyak kerusi dan banyak negeri, terima pulak!
when we win, we accept. when we lose, kerajaan pakai undi hantu, menipu rakyat, sogok rakyat.
biasalah tu.
tentang kerajaan beri pengundi wang, dah lama pun tak dapat hasil - kat spork pap kasi wang berkoyan2 sebelum mengundi bulan mei, tapi teruk juga. sama juga bn di sarawak (dan tempat lain), juga musim mengundi di india, indonesia dsbnya.
dulu saja rakyat maysia dan spork senang dipujuk dgn wang dan harta.
kini mahu demokerasi. mahu suara mereka didengar.
orang tua macam saya (seperti di arab) gemar kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. freedom tak apa ler, kena tipu sikit tak apa.
di arab mereka sokong mubarak dan pak sheikh yg lain begitu lama.
kini dah tak boleh.
kempen tourism rm1.8juta pun jadi isu besar, walhal itu sebenarnya digunakan utk iklan bukan utk start-up facebook page.
tak apalah, bagus juga jadi isu, biar bn ni belajar sikit.
sama juga pap - kini dah takut dgn rakyat.
ada baiknya.
kamu nak tahu pandangan saya tentang Bersih 2.0? itu cerita panjang.
Post a Comment