Satu negara saja di dunia ini di mana wanita tak boleh pandu kereta.
Wanita juga tak boleh mengundi.
Pelik.
Hari ini mereka ber'demo' - pandu kereta sendiri sebab dah fed-up.
Tapi kadang-kadang, saya rasa pompuan ni bahaya bila bawa kereta.
Lihat video ni.
Jangan marah Kak Mah, jenaka hujung minggu.
Video: At the Last Rally
1 hour ago



15 comments:
For a minute there, I thought you were telling me to stop driving. It can't be a coincidence.
Kelakar...
En Reme
Orang pompuan ni bawak kereta macam orang PAS. Hari ini negara Isle, besok negara berkebajike.
they cant make up their mind....
Betul ke Kak Mah. Lelaki pulak bawak kereta macam nak berlumba. Kalau bagus sangat, jadilah pelumba F1...
Jika kemudahan awam seperti pengangkutan dalam keadaan tip tap top tup...memandu sendiri adalah pilihan terakhir.
Salam Rem
Kat KL ni, kaum ibu lah yang memandu anak kesekolah pergi balik pagi dan petang, kepasar dan kedai dan bayar bil dan lain lain.
kaum bapa cuma memandu pergi balik kerja sahaja dan berjalan hari minggu serta sesakali balik kampung.
Kalau tak ada dia orang ni la Rem, boleh pengsan aku kat tengah jalan nak kejar semua benda.
Selamat hari bapa.
I dont agree!!! Women are good drivers. Come and stay a day in this country and see the paki and indian drivers who will drive you crazy!
bros n sis,
itulah, saya kata pelik pak saudi ni.
tanpa wanita, masyarakat melayu dah lama tenggelam.
malah, ada orang kata masalah masyarakat melayu (SIN dan MAL) ialah anak pompuan kita jaga ketat, tapi yg jantan kita lepaskan gitu saja.
sebab tu hari ni 60peratus masuk uni di MAL ialah pompuan. 90 peratus masuk jail ialah jantan melayu.
macam2 tanah kelahiran islam boleh ajar kita, tapi menghalang wanita memandu dan tak boleh undi bukan yg harus dipuji.
sepatutnya saudi yg fisrt beri fatwa utk timba ilmu hingga boleh conquer dunia (cari ilmu hingga ke china), bukan dikenali sebagai negara yg sekat wanita dan paksa duduk rumah.
tanpa rahmat minyak dan gas, pak arab ni semua duduk dalam padang pasir peluk unta agaknya.
sayang, with the wealth u could have taught the world about islam. takkan nak tunggu negara yg jauh miskin (MAL, turkey, indonesia) utk tunjuk muka islam yg sebenar?
sila google 'saudi' dlm blog saya. pernah saya tulis beberapa kali, tapi kini saya puji juga negara ini sebab ada KAUST dan raja yg rilek sikit nak buka pintu orang bersuara.
Sdr Rem, setelah letih bertahun-tahun memandu ke ofis, pasar, kedai, sekolah, tempat tuisyen, soccer, girls' scout, dst. jeles saya lihat kawan-kawan wanita Arab yang bersandar dan mengarah suami-suami supaya 'diam, pandu dan bayar'!
PN Baiti...ah haaa 'suami-suami'...?? biar benar
Salam Encik Reme,
Saya seorang pelajar lelaki Melayu di NTU. Di NTU, jumlah pelajar kaum wanita ialah lebih kurang 50% (Lecturer Cina yang cakap) Tak banyak perbezaan di seluruh dunia.
Saya rasa Straits Times dan Berita Harian harus hapuskan pandangan cetek 'Lelaki Melayu Tak Guna' yang sering diulang di MSM. Majoriti pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian adalah kaum lelaki :)
Anda tentu tahu tentang rencana di akhbar Straits Times 'Singapore lagging in appointing female directors'. http://www.straitstimes.com/BreakingNews/Singapore/Story/STIStory_642671.html
Perbezaan kita akan diambil kira di banyak tahap termasuk jantina. Tapi hakikatnya, kaum wanita di Malaysia ada lebih peluang untuk menaiki menara kejayaan berbanding di Singapura. Itulah keindahan Islam.
Selamat Hari Bapa :)
LELAKI HISAP ROKOK CANDU SEMASA MEMANDU LAGI BAHAYA,MEREKA BANYAK BERKHAYAL SUKA2 BELOK SUKA2 PERLAHAN TAK HIRAU ORANG BELAKANG
koloGnyer,
kawan-kawan wanita dengan 'suami-suami' mereka = ramai pasangan
Anon 12:29,
"Saya rasa Straits Times dan Berita Harian harus hapuskan pandangan cetek 'Lelaki Melayu Tak Guna' yang sering diulang di MSM".
- hmm, saya tidak sedar pun ST dan BH di Temasek Darul FT ni ada pandangan itu. tapi mungkin anda tepat.
heehee, yg saya tulis 'jantan melayu tak guna' (berbanding wanita) tu sebenarnya ialah setelah bergaul 12+4 tahun dgn mamat maysia.
12thn menetap di kl, dan 4thn kerap ke sana tapi kerja di spork.
saya kata 'tak guna' sebab
ramai kasi problem, sibuk politik bukan nak belajar.
ini juga agaknya sebab saya prejudis -
1) No.2 di ST ialah Zuraidah Ibrahim. bekas Foreign Editor (iaitu boss saya), bekas Political Editor.
minah ni ambik masters kat US. eh! tak boleh panggil 'minah', esok dia jadi Editor ST, mampoi aku kena cuci jamban.
http://www.asiaone.com/static/multimedia/gallery/110114_mmlee/pic21.html
beliau salah seorang yg tulis buku LKY Hard Truths - lihat namanya antara orang di belakang bestseller itu:
http://www.stpressbooks.com.sg/Lee-Kuan-Yew-Hard-Truths-to-Keep-Singapore-Going.html
2) di Foreign Desk tidak ada melayu-moslem selain pak chicq jantan kamu ni, buat masa ini. yg masuk-keluar ramai.
3) yg ada di Foreign Desk ialah Correspondent ST di kl, wanita maysia bernama Hazlin Hassan. minah ni belajar kat london, kini tinggal dekat UK (Ulu Kelang).
http://blogs.straitstimes.com/2008/10/10/pay-attention-malaysia
4) seorang lagi ialah Indonesia Correspondent ST, Zubaidah Nazeer (minah singapore).
http://blogs.straitstimes.com/2011/1/4/from-jubilation-to-anger
5) antara reporter paling kanan di Newsdesk (local news) ialah Salma Khalik. beliau buat health news dan orang segan wor dgn cerita2nya.
http://www.facebook.com/ST.Salma
buat masa ini tak ada wartawan melayu lain di Newsdesk - berita tempatan.
yg ada dulu ialah Arlina Arshad - dah cabut jadi wartawan AFP di jakarta.
over the years, ramai juga melayu, tapi buat masa ni ST kekeringan musalman ni. agaknya semua dah penat buat propaganda PAP.
6) di Sub-Editing desk (Meja Penyunting - yg design page, pilih gambar dan bubuh headline, serta pastikan semua cerita tak ada spelling errors), ada satu al-belacan, Hayati xxx (jangan marah Ti, lupa nama bapa hang). beliau Executive Sub-Editor utk Life section.
7) di Money desk (section kewangan) ada satu malayos buat masa ini - pompuan, tapi lupa namanya. sebab baru juga masuk.
eeks, tu lah saya kata saya ada Unconscious Prejudice, sebab keliling semua pompuan.
sambung kat ST:
8) Political Desk: ah!!! ada jantan, Zakir Hussain.
mamat ni terror belajar kat Oxford dan Columbia. ini gambar lama beliau:
http://www.sph.com.sg/careers_scholarship.shtml
(pls scroll down - dulu muka nerdy, kini hensome).
pertama kali, setahu saya, SPH ada scholar malayos.
9) tapi bukan jantan saja ada kat Pol Desk - ada Nur Dianah Suhaimi.
baru dapat anak, bapanya aktivis islam terkenal di sini, Suhaimi Salleh.
http://blogs.straitstimes.com/2008/8/6/expecting-baby-a-sacking
10) Senior Writers Group. ah, kat sini ada fellow pak chicq, Salim Osman.
dulu Indonesian Correspondent.
dah tua pun rajin Pak Salim, sedang ambik masters kat NTU (anak semua dah kawin, isteri Psychologist).
http://blogs.straitstimes.com/2008/9/12/to-retire-or-not-to-retire-it-s-politics
sekian saja malayos dalam ST, kalau ada lagi 1-2 tu junior yg saya tak kenal, maaf ah.
lebih ramai wartawan dan sub-editors dari india dan filipina drpd al-belacan ni.
ST Malayos: 3 jantan, 7 pompuan!
dan satu lagi - eeee malu lah nak kata: di Foreign Desk, lebih ramai wanita drpd jantan!!!
- boss dan dua timbalan: 2jantan, 1pompuan.
- assistant editors (termasuk saya): 2jantan, 2pompuan.
- southeast asia desk: 2jantan, 1pompuan.
- east asia desk: 2jantan, 2pompuan.
- world desk (tak termasuk saya - takkan nak kira dua kali) ada 3pompuan.
- translators desk (mandarin dan malay): 2jantan, 4pompuan.
- foreign news copy editors: 2jantan, 3pompuan.
ST ForDesk: 12 jantan, 16 pompuan! women rulesz!
Terima kasih Encik Reme atas penjelasan anda :)
Saya sebenarnya kurang pengalaman bekerja, ilmu office politics cetek (terutama bab gender equality) kadang-kadang seronok juga baca blog anda.
Kalau part lelaki Melayu sibuk politik itu memang terserlah sama ada di Malaysia atau Singapura. Mungkin colonial hangover agaknya.
Kalau tidak silap saya majalah Manja dibanjiri (oops) front page story tentang puan Zuraidah Ibrahim adik Yaacob Ibrahim. Ahli keluarga mereka semua mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Wartawan samakan keluarga mereka seperti keluarga Kennedy di US. Damage control? (Naughty) :)
Saya masih ingat rencana Nur Dianah yang dapat respons hangat di Singapura. Masyarakat Melayu Singapura masih ketinggalan kalau dibandingkan dengan kaum lain. Yang hairan setelah hampir 50 tahun negara kita mendapat kemerdekaan, rakyat masih diukur mengikut kaum etnik kita.
Kalau gambar PM Lee beri handout, ST mesti tunjuk gambar orang Melayu. Berita 'terrorism' Islam selalu double page spread. Dengan Internet, akhbar-akhbar seluruh dunia sukar untuk memikat pembaca. Dan saya faham market orang Melayu di Singapura terlalu kecil.
Saya tak kenal nama-nama yang Encik Reme berikan. Tapi yakin mereka wartawan yang berkaliber tinggi.
Encik Reme tak ada cita-cita ke untuk mebuka Online News Portal milik wartawan Melayu yang dapat menandingi ST dan Berita Harian?
Pelajar NTU
Bro NTU,
1. saya buka remgold dah tiga tahun hanya ada 'followers' 100-lebih sikit. kalau saya kata - setiap kali kamu baca, sila bayar saya 10sen, semua calibut!
jadi macam mana nak buka news website - tak cukup duit nak kasi makan anak-anak hamba yang bernama Porsche Cayenne, Lambo Murcielago dan Penthouse DamanHeights.
website2 politik di maysia tu bertahan lama sebab semua di belakangnya ada orang yg beragenda. but they are not making money.
jika benda sama berlaku di temasek - group beragenda backing website politik, saya gerenti semua dah lama kena ISA.
rezeki masing2 tuan.
2. eh unkerr lupa!
ada lagi dua Meja di ST:
11) Sports desk. Seorang wartawan kanannya bernama Hafiz.
12) Photo desk. pak chicq bernama Aziz Hussain, a dangerously good photog, dan seorang wanita muda - chinese muslim, lupa namanya.
jadi equation bertukar sikit:
bukan 3jantan:7pompuan.
jadi ratio ialah 5jantan:8pompuan.
ish masih kalah jantan.
bro,
tentang calibre tu tak tahu ler. saya bukan cerita nak tunjuk kami ni pandai atau berkaliber, cuma nak tunjuk ramai pompuan dukung masyarakat melayu.
3. tentang manusia terus dikenal etnik masing2. nothing wrong with that i think. asal semua rilek dan berlumba utk kebaikan.
4. tentang bila pm lee atau menteri bagi habuan, yg menerima gambar melayu. eeks we have to accept the fact that many malays are still poor. among the poorest.
sebab tu bila kita naik, kita kena kerja lebih drpd bangsa lain - nak tunjuk kita boleh berdiri sama tinggi. kill the stereotypes.
sama juga di maysia - kerana ada bumi policy orang tertawakan belakang kamu. jadi jika kamu naik, kamu kena kerja lebih kuat drpd yg lain nak tunjuk - i am up here cos i deserve it. orang kerja 8jam kamu kerja 10jam, orang pandai, kamu bijak. nak pandai argue dan lawan secara gentlemen. baru orang segan. bukan kita lari masuk tempurung - u cannot attack me cos i hv bumi policy, i am a muslim minority in spore.
ini cakap cara kasar ler.
5. terrorism islam double spread di paper - kita lihat dari sudut ini: yg bodoh menentang kuasa besar dan manusia yg control media satu dunia, serta ekonomi satu dunia, ialah kamu yg bernama moslem juga.
tak pandai gunakan argument dan tulisan, pakai letupkan diri nak buat statement.
yg bom orang naik keretapi, kapal terbang, lagi makan kat restoran, lagi meeting tu siapa? kan semua yg mengaku sayang brother os dan umat m.
jadi tentunya mereka takut dan besarkan cerita ni.
always put the question back to ourselves - would we have done it differently?
jika kita control media, economy dan negara (misalnya maysia atau turkey) dan ada 'musuh' buat hal gini, kan kita nak lawan balik - kita sebarkan berita ni besar2.
jika yg menyerang dulu Baader-Meinoff Gang, Carlos the Jackal, Red Army etc (ini semua terror groups tahun 1980an), cerita mereka pun double spread.
orang nak baca. dan orang gerun.
jika kamu esok design benda magic seperti ipad dan boleh terbang dgn pegang botol susu, tentu juga ada double spread.
pada Newsman seperti saya - news is news.
kita tak boleh kata - kita besarkan cerita swiss dan france tak kasi bina masjid besar, tapi bila kl dan jakarta tak kasi bina gereja dan kuil, kita buat tak nampak.
ini pandangan orang news ler. tentunya umat m kecik hati.
the only way out is to advise, reduce the role and/or kill all these idiots who bomb innocents. ask them to invent some wonderful device.
nak perang tu gi lah bom kat israel, bukan orang lagi makan kat bali, atau lagi meeting kat jakarta, atau sedang kat market di pakistan.
saya pernah ngeluh dgn boss saya bila ada berita suicide bomber (again) di afghanistan. dia tanya kenapa?
saya kata: boss, orang bangsa lain invent benda yg membantu manusia, umat m ni buat benda yg menghancurkan diri dan orang lain. bila nak berubah?
ah kan pak chic dah hot.
Post a Comment