Sunday, 31 July 2011

Ramadan mereka.

Kita sibuk bergaduh sama sendiri.
Nak tegak kebenaran konon.
Nak baiki negara, katanya.

Ibu di Somalia ini hanya mahukan segelas air untuk anaknya.Yang mati kehausan beberapa kilometer dari situ.
Negaranya dilanda setan bertopeng muslim yang kononnya mahukan pemerintahan syariah.


Kita sibuk collect harta (termasuk saya).
Umat Palestin ini hanya mahu diterima sebagai manusia biasa.
Tanahnya terus dirompak dan dijajah.


Kita sibuk ke bazaar Ramadan.
Keluarga di Pakistan ini - setahun setelah banjir bulan Puasa tahun lalu - masih tiada rumah, pekerjaan tetap. Nak makan kena minta sedekah.



Yang datang membantu ramai mempunyai agenda tersendiri.
Ada agenda tersembunyi.
Pegawai tempatan, buat tak tahu.

DI SINI, realiti kita jauh sungguh.
Makanan bersepah. Tak tahu nak pilih apa.
Beli semua aje lah! Kalau tak habis boleh buang.


Air tebu menunggu.
Hanya RM1-RM2 dapat gelas besar tu, dengan ais yang segar.


Dapat ayam berketul sehingga sedap makan, terlajak hingga nak masuk waktu Ishak!
'Kita en-joy!'


Saudara dan ibu,
Gambar-gambar menyayat hati di atas itu antara gambar yang saya nampak setiap hari di meja berita.
Ramadan mereka.
Realiti kita.
Satu group pro-Yahudi, yang satu lagi pro-American.
Dah takut nak buka mulut, nak bising tentang pembunuhan dan penghinaan umat.
Dah tak sebut lagi nak bantu yang lapar dan yang kedana.


Semoga doa orang yang kenyang, gemok dan happy,
Lebih makbul dari doa mereka yang kelaparan, dimaki-hina dan papa.
Selamat berpuasa.

14 comments:

keramat mali said...

Assalamualaikum Rem,

Selamat menyambut Ramadhan (bulan suci) tak kira di Keramat atau Spore.

Ramadhan Kita -

silap masuk surau/masjid, solat tarawikh jadi majlis ceramah politik

rasuah dan hutang jadi lebih hangat sebab 'ramai' yang lebih risaukan bergaya di hari raya dari beribadat di bulan Ramadhan.

berpuasa menjadi alasan produktiviti di tempat kerja menurun sebab 'letih' dan nak balik awal.

supplier berebut nak bawa client
( staff kerajan dan swasta ) berbuka puasa di hotel dan bagi hamper raya. Takut nanti syarikat kena blacklist sebab buat donno je

Pasquale said...

I agree with you that Malaysians, especially the Malayus, are pathetic if only they have seen what I, and you,have seen (to quote from the Blade Runners)then they will understand! Salaam to you and tour family, my Singaporean friend!

BaitiBadarudin said...

Salam,
Selamat menyambut Ramadan Mubarak 1432, sdr Rem & keluarga. Semoga terus saling ingat memperingatkan sesama ummah.

Mr HK said...

selamat menyambut ramadhan pakcik

goose & gander said...

Salam Rem
Selamat meyambut Ramadhan kepada tuan dan semua pembaca blog tuan.

Anonymous said...

pasquale
what was and is blessed to malayus (as you said it) is not a yardstick for you to measure pathetic and empathy of malayus.
your understanding of humanity is stupid. what we have we enjoy it and Malayus also give zakat and sedekah and yet you chose your little and stupid eperience as though you are all mighty all knowing and wisdoms.
may ramadan bless malayus and curse people so selfish in thinking and self proud like you. amin.

Anonymous said...

pasquale.
you are so racist.

Shafi_Q said...

Syukur dan Alhamdulillah di atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.Semoga nikmat itu menjadi asbab untuk umat Muslimimin Malaysia membantu saudara-mara mereka di serata dunia dan tidak kufur nikmat di atas kesenangan itu.

Salam Ramadhan.

remgold said...

Then which of the blessings from your Lord do you deny.
Jadi nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu mahu nafikan.



















an kamu yang mana yang kamu mahu nafikan.

Anonymous said...

Selamat menyambut Ramadan untuk Rem dan warga OP-ED. Semoga diberkati Allah SWT selalu dan ingatlah tentang keazaban dan kemiskinan umat umat M di negara lain.

- Pinggoo

hikayat said...

Salam ramadhan pakcik oped, ya kite mmg selalu mewah kekadang tidak adil memikirkan ape yg berlaku kat other side of the world..

Azam said...

Bro Rem,

Salam. Love this posting. May Allah bless you.

Then which of the blessings from your Lord do you deny.
-Ar-Rahman-

ninotaziz said...

Selamat berpuasa, Sir Remgold. Frankly, the best time of the year for me. To reflect, to write, to pray.

ninotaziz said...

To work.