Satu petanda tak baik dari Amerika Syarikat, ekonomi terbesar di dunia dan negara yang paling banyak hutang dalam sejarah manusia.
Orang main pasaran ni, selalunya bila hujung minggu (tak ada trading Sabtu dan Ahad) akan jual semua position agar dapat rilek.
Takut ada position, sekali benda berlaku yang membuat emas atau perak jatuh merudum (misalnya harga minyak dunia terjun kerana Saudi setuju nak keluarkan lebih banyak output).
Tapi emas, perak naik lagi hujung minggu ini.
JUGA pasaran Wall Street (saham di New York), Dow Jones Industrials, pengsan buat lima minggu berturut-turut - paling teruk dalam tahun ini.
Singapore dollar, Aussie dollar, Swiss francs - antara matawang paling selamat kini - berada di tahap rekod tertinggi dengan US dollar. US$1 = 1.2 Singdollar. Hanya dua bulan lalu 1.25.
SEBABNYA, ramai pelabur ketakutan.
Apa benda debt ceiling ni?
Kenapa jadi begini? Dems gaduh dengan GOP lebih teruk daripada Naj lawan Nuar.
AMERIKA, satunya superpower di dunia.
Ekonomi, diukur ikut GDP - atau hasil pengeluaran negara (sektor kilang, campur sektor services seperti Internet, restoran dan banking, sektor pertanian dan galian) - US of A adalah yang terbesar di dunia.
APA benda tu GDP atau KDNK? Baca ngobrol saya yang lama. Kamu campur semua output, dipanggil GDP.
Kerana ekonominya adalah yang terbesar di dunia, maka semua orang nak jual barang kepada Amerika - maka Maysia dan Singapork buat microchips (dijadikan PC dan letak dalam kereta dan TV, icebox dan microwave over di negara lain), Bangladesh dan China jual baju dan tekstil, Indonesia dan Vietnam buat kasut untuk Unkerr Sam, negara Caribbean jual pisang dan nenas, Arab jual minyak etc.
Dan kerana ekonominya stabil, maka bond yang dikeluarkannya juga begitu laku di seluruh dunia.
APA itu bond dan siapa pembelinya - pok chic Geylang-Keramat explain di sini.
Kita beli bond mereka sebab pelabur dunia tahu pemerintah mereka GERENTI dapat bayar pulangan.
Memang ada bond yang bayar 'dividend' lebih tinggi (misalnya bond Greece dan Zimbabwe - saya tak rasa Zimbabwe ada keluarkan bond, tapi ini extreme example), tapi ini GERENTI dibayar beb, rendah pun tak apa.
UNKERR SAM & PACMAN TELO
Kerana semua orang beli bond Amerika tulah maka negara itu kaya (walau banyak hutang).
Sama seperti jiran sebelah tu, bergelar Datuk PacManTelo, sebenarnya gaji kecik, tapi depa gerenti dengan kita - kamu letak wang kamu setiap bulan RM10,000 kat sini, aku gerenti kamu dapat pulangan 1.5per cent setiap tahun = itulah coupon rate (atau bunga) 5-year American government treasuries/bond. Jika kamu beli 10-year bonds, dapat pulangan 3.125 peratus.
Dah lah tu, US Treasuries (bond) ini banyak didagangkan di dunia.
Kamu lihat Price/Yield = pendekkan cerita, kamu beli 5-year notes ni, mungkin setahun lagi harganya naik, kamu jual dapat untung, sebab satu dunia berebut beli bond superpower ni. Tak payah tunggu 5tahun dah untung banyak sebab Price bond itu (Yield jatuh) dah naik.
Sama seperti Datuk PacMan - kerana kamu beri beliau duit beribu-ribu HARI INI, depa boleh beli BMW dan tinggal di banglo mewah, sebab hutangnya hanya dibayar setahun sekali dan bukan kena bayar sekaligus loan itu (ini cerita short-cut dan mudah, sebab sebenarnya ada various maturity dates of the short-term bonds, medium-term bonds and the long bonds).
Wang berkoyan yang masuk ke Amerika ini digunakan untuk pergi perang.
(Kalau saya nak jahat: dia tembak orang tak bersalah kat Iraq pakai peluru yang dibeli dengan wang pekerja Maysia, kerana kerajaan Maysia banyak beli bond Amerika juga, sama seperti pemerintah Singapork).
(Kalau saya nak baik: Mereka beli aircraft carrier jaga keamanan Telok Parsi agar minyak keluar masuk dengan selamat, melincinkan ekonomi dunia).
Wang pinjaman lain masuk ke dalam sistem perbankan.
Pekerja Amerika yang gaji (jika kita ikut gaji di Maysia) RM3,500 boleh beli banglo besar, kereta Ford Explorer dan Toyota Camry. Mereka maksimakan hutang-piutang mereka, sebab kadar pinjaman (interest rate atau bunga) begitu rendah. Malah sebelum economic crisis 2007 dulu, kamu nak beli banglo kat Amerika tak payah downpayment! Sama juga nak beli kereta!
Harga Porsche di Maysia ialah RM800k - RM1juta. Di America, Porsche lebih kurang US$125,000 (RM375,000).
Merc lagi murah. Tak gerammm kamu nak beli dua E-class!?!?! Tak payah downpayment ni beb.
AI-REQ & AF-PAK
Tapi George W. Bush silap. Bahalol ni gi serang Iraq, atas nama WMD. Dah sangkut kat situ. Dahlah tu, sebut nama negara pun tak betul - Ai-req.
Setiap hari mereka belanja berbilion beb!
Serang pula Afghanistan. Pakistan serang dengan drone bombs dan pengintipan CIA. Berbilion mereka nak stabilkan Af-Pak (Kami kat office, seperti mamat American military, panggil kawasan ini 'Af-Pak').
Setiap tahun, mereka belanja US$20 billion (RM60bil) nak kasi askar semua sejuk dengan air-con!
(Jangan salah faham: Saya tak benci military mereka. Pada saya, memang mereka buat salah, tapi tanpa military mereka takut China pulak naik kepala kat Asia ni, dan minyak Telok takut kena block. Lagipun military ni dicontrol oleh politikus. Mereka serang atau under dengar kata orang politik.
(Semasa gempa Sumatra 2009, kapal perang dan heli Amerika ni banyak beri bantuan.
(Dan jika negara kitalah superpower, tentunya kita pun berlagak macam depa - bom sini, serang sana. Baru main bola sikit dah nak sekel Singapork, belum lagi ada aircraft carrier! Agaknya kalau ada, dah parking kat depan Pulau Bukom sebab kalah bola semalam).
Dan kerana crisis ekonomi 2007, di mana Obama banyak bail-out bank, syarikat kereta dan pump ekonomi dengan wang, hutang Unkerr Sam terus bertambah!
MAKA sampailah ke krisis hari ini.
HUTANG US$14.29 trillion
= 14,290,000,000,000.
Penduduk Amerika 310juta.
Jika hutang ni dibahagi sama rata, maka setiap penduduk (termasuk bayi dan orang tua) ialah = US$46,196 (RM138,600).
Bandingkan dengan hutang kerajaan Malaysia = RM430,151juta (Central Government Debt). (Jika salah, harap betulkan. Dah lama tak buka buku BNM, takut salah baca).
Penduduk Malaysia 28juta.
Hutang negara dibagi sama rata, setiap citizen kena bayar = RM15,363 sen.
Harga Kancil second-hand.
BARU kamu dapat jangkau berapa teruk omputeh yg kamu banggakan ni berhutang. Hancus.
MAIN POLITIK
Dah sampai ke tahap tu, maka pemerintah Amerika kena minta izin dengan Congressmen dan Congresswomen (di sini kita panggil Parliment, Lower House of Representatives) untuk naikkan debt ceiling - limit berhutang - negara.
Cakap mudah - macam kita ada credit card. Limit kad itu ialah RM10,000. Tapi dah belanja RM9,900 ternampak pulak diamond ring. Maka kita nelpon bank kita nak minta naikkan limit berhutang.
Jika Lower House dah terima, maka kena minta Upper House pula suruh approve. Upper House America dipanggil Senate dan orang dalamnya dipanggil Senator (sama macam di Maysia. Di Singapork tak ada upper house tapi ada sistem presiden yang beri approval untuk bil penting).
Di Amerika, US Congress dipilih rakyat tiga tahun sekali, ada 535 ahli.
Member US Senate dipilih enam tahun sekali, ada 100 ahli. Negara mereka ada 50 States (Kansas, Arizona, New York, Hawaii, etc), jadi setiap satu ada dua wakil.
Tak macam Senator Maysia yang tak ada power, di Unkerr Sam Country, mereka ada power dan berpengaruh kuat. Senator Maysia yang saya tahu namanya ialah Jins Shamsuddin.
SEJAK tahun 1962, sudah 74 kali debt ceiling ini dinaikkan oleh Congress dan diokaykan oleh Senate.
Tapi kali ini problem besar.
Sebabnya: Presiden ialah dari Parti Democrat (logo rasmi ialah Kicking Donkey, keledai).
Congress dikuasai oleh Parti Republican atau GOP = Grand Ole Party (logo gajah).
Senate pula dikuasai oleh Dems.
Mereka main taik macam (maaf kata) Maysia.
Samalah juga di Thailand, Filipina, Indonesia, jika kita nak pandang kiri kanan. Di Singapork, pembangkang senyap dan terus buat kerja, walau mereka nampak kini PAP terkapai-kapai. Ini kerana mereka tahu orang Singapork tak suka partisan politics jika bukan musim pilihanraya.
GOP dan Dems ni lebih pentingkan melemahkan musuh politik daripada bantu kehidupan rakyat.
Ditambah pula, orang Amerika ni dah makin ramai berpenyakit agama. Sehingga ada orang panggil mereka American Taliban.
Dalam GOP ada geng Tea Party yang kerana kuat beragama, mereka benci liberals dari Dems.
Nak naikkan debt ceiling, maka tentunya kamu kena potong beberapa services (ada rancangan tutup pejabat pos, atau public parks) agar save duit.
Tapi yang kuat beragama bertanya: What would Jesus cut?
SECARA tradisional, Dems adalah golongan liberal intellectuals. Kata orang media, mereka suka baca New York Times.
Mereka lebih relax tentang kahwin sama jantina, gugur anak, dan suka bantu orang miskin. Mereka lebih bersifat protectionist dalam business - America and Americans first! Kerana nak bantu middle America, mereka sanggup nak naikkan tax untuk orang kaya.
Republicans pula lebih suka kepada big business dan open trade - let's trade with the world, lebih kuat beragama Kristian (sama seperti PAS dulu di Maysia, misalnya) dan kerana itu tak suka kahwin sama jantina ni dan anti-abortion. Mereka pantang kamu naikkan tax untuk orang kaya, sebab mereka support big business!
Kerana perbezaan inilah, secara umum, maka banyak permusuhan.
Macam dulu PAS kata - bekerja dengan orang kapir tu, maka kamu pun kapir. Tak boleh solat bersama, anak tak boleh kahwin dengan puak itu - kan payah tu!
Jadi jurang antara Dems dengan GOP ni semakin besar. Sehingga gaduh walau jika tak setuju naikkan debt ceiling ni, takut kedudukan ekonomi negara akan goncang.
KERANA pelabur takut, maka mereka lari daripada US dollar, US bonds dan US stocks, lalu beli emas dan perak, Singdollar, Swiss francs dan Aussie dollar yang rasai lebih selamat.
Saya rasa itu dululah. Saya kasi basic, dan secara umum. Jika silap harap betulkan.
Nak sambung cerita, kamu baca kat Internet - tentang Boehner plan (Speaker Congress, puak Republican) gaduh dengan Reid (majority leader Senate, puak Dems) dan sebagainya.
ENDS











11 comments:
Saya baca satu forum, nama PM Najib dieja tebalik jadi Bijan.
Saya heran siapa la PM Bijan yang dimaksudkan? Then mereka perli PM Bijan ni dengan DS Rosmah.
TErus saya tahu siapa itu PM Bijan. hehehe.
--
Hari ni juga Haier dan beli Sanyo.
Salam Ramadhan Op Ed
Boleh tolong explain sikit :-
how come negara kecik seperti Singapore dan Swiss yang banyak depend pada financial services tak effected by the economy downfall di negara besar seperti US, EU dan Japan sedangkan most of these financial institution are based in US, EU Japan dan lately China.
Furthermore your currency boleh become stronger lagi dalam situation macam ni???
ie Malaysia negara manufacturing chips untuk MNC di US. so bila gawat di US demand kurang dan production di Malaysia kena scale down dan secara tak langsung akan terjadi domino effect dari pekerja hingga ke tax income kerajaan.
How come in this financial situation in US, EU dan Japan, the effect to spore and swiss is in the opposite direction?
-malik-
hutang kerajaan Malaysia hanya RM430K, biar betul Rem..
habis tu apa pulak orang-orang Pakatan war-war kan kerajan Malaysia nak jatuh bankrap? Fitnah ke dia orang tu?
Anon 10:59,
i tot there was something wrong with the figure. there WAS!
terlupa nak letak JUTA.
430,151JUTA.
tulis sampai 3pagi tadi, mata kelabu.
jadi kini hutang maysia utk setiap orang ialah rm15,000+.
kalau saya jadi akauntan, habis negara kena rompak.
sebab tu tulisan wartawan ni kamu kena jaga. depa action pandai tapi sebenarnya problem child juga.
terima kaseyyyyy.
masalah maysia bukan hutang banyak, tapi sebab banyak leakage dan wastage. banyak projek gunakan orang tengah, sedangkan lebih murah jika beli direct.
dulu ada kes beli laptop utk sekolah, tapi bukan kerajaan beli direct tapi gunakan orang tengah.
takkan atas nama nak bantu bumiputra beli laptop - benda yang serba serbi lengkap dan siap digunakan - pun nak pakai orang tengah?
kita faham jika gunakan kontraktor jika nak buat renivation pejabat atau buat bangunan, tapi beli benda dah siap pun pakai middlemen.
terlalu banyak contoh leakage begini, jika ditolak, maka akan banyak penjimatan.
lagi satu problem ialah baget tahunan terlalu bergantung kpd wang petronas.
40 peratus drpd perbelanjaan tahunan (lebih kurang) adalah wang petronas. sangat bahaya, sebab bergantung kpd satu entity saja.
jika petronas atas sebab itu dan ini tak dapat bawak balik wang utk negara, nak belanja pakai duit apa kamu.
lagi satu ialah defisit dlm baget yang dah berbelas tahun.
setiap baget tahunan Perbelanjaan kerajaan (bayar gaji kakitangan awam, buat sekolah dan jalan, beli submarine dan pena, maintenance bangunan etc) lebih drpd Pendapatan (orang dan syarikat bayar cukai, bayar saman etc).
http://www.nst.com.my/nst/articles/Smallerdeficit_morespendingin2011Budget/Article
deficit 5.4pct tahun ini.
contoh mudah, gaji kita rm1,000 sebulan, tapi kita belanja lebih 5.4 pct.
maknanya setiap bulan kita belanja terlebih rm54.
jika gaji kita rm3,000, defisitnya ialah rm162 (54x3).
lepas tu launching projek besar2 nak transform ekonomi, yg belum tahu balik modal atau tidak - buat mrt tu saya gerenti akan rugi dan menambahkan hutang. kenapa tak buat utk kawasan tertentu dulu, agar tak banyak keluar duit - jika rawang ke kl semakin ramai orang perlukan mrt, buatlah kat situ dulu. yg lain jangan dulu.
buat rawang sampai sentul - sambung sistem lrt yg ada kini.
atau (saya meng-agak sebab tak tengok detail) mungkin boleh baiki KTM Komuter di kawasan itu. tak payah buat mrt, hanya tambah gerabak atau cepatkan masa tiba train.
dan baiki car park sekeliling KTM station agar orang lebih ramai naik Komuter dari keliling kl.
maaf, memang mudah nak jadi kritik, tapi dikhuatiri projek besar2 ni di masa defisit terus ada, jadi problem macam amerika - hutang terus meningkat. yg bayar anak cucu kamu.
LRT sistem pun sejak tambah gerabak dah kurang komplen. lebih murah drpd buat line baru.
Salam Op Ed
Secara general, apa akan jadi kalau US ( ekonomi terbesar dunia ) default debt payment dia - lets say 5% sahaja dari keseluruhan debt dia yang mature tahun ini.
Takkan dia nak start WWIII pulak.
sedangkan polisi "gali lubang tutup lubang" dah tak boleh nak cover hutang mereka ini dalam masa terdekat. dan satu dunia tahu US cetak wang macam duit daun pisang Jepun dulu tanpa any back-up yang kukuh seperti emas.
so, apa cara lain mereka nak dapat duit - just to cover the debt.
-malik-
-malik-
Rem
Tuan besar di belakang sudah arah GOP berlakon sikit untuk menentang cadangan Dem untuk increase debt ceiling.
Satu dunia panik dan sibuk beli benda lain - emas, perak, etc.
Dalam masa yang sama yang jual emas dan perak tu wakil Tuan besar jugak yang dah lama simpan stok ni.
ini satu cara lain untuk ambil kesempatan bagi penuhkan khazanah mereka lagi - dulu minyak, lepas tu currency, lepas tu share, kini emas dan perak, lepas ni mungkin gandum dan beras pulak.
satu dunia kena pusing saja.
tiba masa untuk guna gold dinnar.
orang biasa,
selalunya orang biasa seperti kamu yg lebih bijak!
exactly game yg mereka mungkin main.
1bulan dulu, mereka mungkin dah beli emas dan perak, dah short-sell blue-chip stocks, dah short-sell US dollar, dah beli singdollar = lepas tu goncang dunia macam gini.
semua dah panik, masuk market! mereka tutup akaun.
untung berjuta beb.
kamu gi nonton 'The Talking of Pelham 123' (denzel washington, john travolta).
http://www.imdb.com/title/tt1111422/
mamat travolta buat train kidnapping, kasi panic satu negara US sebab 'terrorist attack' di new york.
saham wall street jatuh merudum - tapi rupanya travolta dah short-sell dulu! tunggu nak ambil untung!
TAPI tentang gunakan emas dinar sebagai solution kpd masalah perdagangan dunia ni, saya kurang setuju, maaf.
ini macam kita kata - kita gunakan hukum islam maka manusia akan selamat.
bukan saya tak setuju theorinya, yg saya tak setuju ialah kerana kita cakap tanpa beri detail. macam mana benda ni akan berlaku nak selamatkat umat dan dunia.
sama macam al-qaeda dan JI di indonesia nak buat - kita bom semua musuh kasi mati (di indonesia mereka nak bunuh presiden SBY dan abang polis semua), lepas tu negara islam akan bangkit!
hello, jika kamu bom semua, negara kocar-kacir, pelabur lari, pekerja mahir semua pindah - macam mana islam nak bangkit? kena jelaskan.
sama juga 'negara islam' dan 'gold dinar' ni. secara theori umat islam accept.
tapi secara praktik, saya belum nampak orang beri detailed proposal how to move from a so-called secular economy to a so-called islamic one.
macam kelantan offer nak gunakan dinar emas dan dirham perak, lepas tu katakan ini ekonomi islam. eeks apa tu?
dulu saya gunakan RM kini saya gunakan emas dan perak. apa islamnya?
jika tak explain dgn baik, kita marah pula jika orang kata: 'there u are these muslims, they kill people and want to force things down people's throats like we are all idiots'.
Nah, diaorg mgkn berjuta untung buat shor-selling tu tapi harga emas dan komoditi etc akan recover balik lepas US naikkan limit debt die. Then reserve China yang berlambak US Dollar tu nak campak mane.Semua 0 sum game je.
Still more and more money going through the economy.
MrRem
Latest figures from the US Treasury Department show that the country has an operating cash balance of $73.7bn (£45.3bn).
Apple's most recent financial results put its reserves at $76.4bn.
Remgold dan JohorMali telah sumbang kepada kemakmuran Apple.
Saya cadang Steve Job di beri percuma kawasan Iskandar dengan syarat Apple pindah semua lock stock and barrel kesini.
tetuan dan puan sris,
saya sebenarnya Gumbeera bila buat mistake dalam tulisan! lalu diperbetulkan para penjenguk.
sebabnya: blog ni ialah tempat kita bual kosong, macam di kedai kopi. kadang merapu, cerita kecik diperbesar, dan belum tentu sahih. jadi saya selalu takut disangka ini opinion yg pasti betul oleh pokcik tua nyanyuk.
ini bual kosong bro, lebih lagi bual tentang pasaran perdagangan dan duit-muit. takut kita silap kata, orang percaya.
walhal saya bila tulis tak buat research melainkan pakai google.
jika tulis utk akhbar di pejabat, tentu buat research betul2 kerana takut salah kena buang kerja. tapi jika utk ngobrol kat kantin, kita lebih kurang saja. itulah attitude saya!
jadi, terima kaseyy kpd anda kerana terus memperbetul dan terus nak ngobrol bersama saya. kita cucuk-mencucuk dan perli-memperli tu biasalah. peaceful exchange of ideas. tak rosakkan negara, tak kasi jam trafik, tak keluar rumah pun!
JohorMali,
jika apple nak duduk kat iskandar kita pujuk ghani othman, naj dan nuar supaya ksi dia tanah sebear mana pun.
kalau KUBUR dia saja nak letak kat iskandar pun kita siapkan! jutaan manusia datang setiap tahun.
fuyoh banyak betul wang syarikat ini, seperti u kata:
http://www.latimes.com/business/la-fi-apple-cash-20110730,0,6198166.story
http://www.latimes.com/business/la-fi-apple-cash-20110730,0,6198166.story
--------
mr malik,
apols tuan, bukan tak mahu jawab awal lagi, tapi soalan anda tajam macam pedang samurai.
1) sebenarnya bukan US tak boleh bayar. cuma jika mereka main politik sehingga tak benarkan pemerintah naikkan debt ceiling, rating agencies mungkin (mungkin saja) turunkan kedudukan Sovereign Debt Rating amerika drpd 'triple A' (AAA) - kedudukan paling baik - ke bawah sikit.
dalam dunia pelaburan, banyak pension funds america dan eropah (iaitu sama macam EPF atau Perkeso), hanya dibenarkan membeli debt papers (bond) yang ada rating AAA.
baik sovereign bond (keluaran sesebuah negara), corporate bond (keluaran syarikat) atau muni bonds (municipal bond, keluaran badan tempatan, misalnya DBKL atau Toa Payoh Town Council) yg ada rating AAA.
jika rating agency kata - kerana Unkerr Sam tak dapat naikkan debt ceiling, kami tetap rasa bond kamu AAA, tapi bertaraf 'negative outlook' (turun drpd positve outlook) = walaupun rating tetap AAA, tapi jika outlook bertukar kpd negative, itupun takut orang panic dan mula jual berbondong2.
sebabnya? dalam dunia bond, 'negative outlook' bermakna rating agency akan turunkan kedudukan kamu tak lama lagi.
samalah macam saya kata: dulu aku percaya malik ni 100peratus, tapi kini dah was-was sebab nampak dia tangan panjang kapoh durian aku.
MEREKA tak akan default (walau 5pct). iaitu hingga tak dapat bayar hutang walaupun kecil. sekali saja depa tak bayar, akan hancur kepercayaan pelabur dunia terhadap bond yg paling favourite satu dunia.
pandailah nanti mereka cari wang - termasuk print wang baru.
2) tentang singdollar dan swissie naik, itu permainan short-term pelabur. sama juga emas dan perak.
dipanggil 'safe haven buying'.
where there is panic in the market, u look for safe havens to park your money.
setiap hari ada berbilion wang masuk kpd pension funds. daripada simpan dlm US bonds atau dollar dan jatuh 1pct, baik masuk ke 'safe haven' - yg orang tak jual - seperti singdollar dan emas.
hari ni safe haven, esok semuanya dah ok, boleh masuk balik ke lubuk biasa.
tak bermakna ekonomi spork atau maysia atau swiss tak kena tempias jika ekonomi terbesar di dunia terpeleset. semua gerenti kena.
tapi sebagai short term investment - kadang seminggu saja - mereka masuk beli matawang yg selamat.
Rem
If u ada $US park in Spork bank, would u convert atau tuggu? Kalau convert to what?
Post a Comment