TONY Tan menang nipis, 35.2peratus.
Cheng Bock dapat 34.8.
Jee Say, calon pembangkang 25.
Kin Lian mamat neutral, hampir 5peratus dan hilang deposit.
Baca straitstimes.com untuk detail. Saya pakai iPad ni susah nak buat link.
----------------------------------
NAMPAKnya Tony dan Cheng Bock dapat 35 peratus setiap seorang, dan calon pembangkang Jee Say dapat 25 peratus, Kin Lian 5 peratus.
Mungkin ada recount nak putuskan siapa jadi Prez.
-----------------------------------------
Tan Kin Lian, calon yang pertama kali masuk pilihanraya (baik nak jadi MP atau Presiden) mengaku kalah. Beliau ialah mamat yang paling neutral dalam pertandingan segi empat ini.
Ditanya sama ada akan dapat deposit atau hilang, katanya mungkin tak dapat balik.
Deposit nak bertanding ialah S$48,000, dan kena perlu dapat 12.5 peratus daripada jumlah undi yang lebih kurang 2.2juta.
Nampaknya pertandingan ialah antara Tony (calon paling rapat dengan PAP) dan Jee Say (calon pembangkang, termasuk disokong superstar ah moi pembangkang Nicole Seah).
Aha aha, saya salah! Kata website pro-pembangkang TemasekReview.com, Tony is leading, dengan Cheng Bock di tempat kedua.
-----------------------------------------
PUSAT undi tutup 8malam. Kini undi sedang dikira. Lewat lagi beb baru keputusan keluar.
-----------------------------------------
Kejap lagi, Sabtu, rakyat Temasek keluar mengundi pilih Presiden untuk lima tahun.
Saya pernah cerita siapa empat calon yang bertanding.
Saya pernah borak tentang presiden-presiden lama pulau ni.
SAYA di KL jadi tak dapat mengundi. Cuma anak jantan saya akan undi.
Malam Sabtu karang akan keluarlah keputusan - nanti saya tulislah.
Tidak seperti kempen Presidential Election lalu, pilihanraya kali ini paling kotor. Calon-calon serang Tony Tan, calon yang paling dekat dengan PAP, parti yang - macam Umno-BN - kini orang dah muak.
TENTUNYA ramai jangka Tony Tan akan menang.
Tapi apa kata beliau menang tapi hanya dapat 40 peratus daripada undi? Yang lagi tiga ekoq dapat 20 peratus setiap satu? Atau pemenang hanya dapat 35 peratus?
Eeks malu beb - you will not represent even half of Singaporeans, 51 per cent, sebab 60 peratus mengundi AGAINST you.
Hmmm, congak yang tentunya memeningkan para strategist PAP dan pemerintah.
YANG saya gelak dalam kempen ini ialah apabila Tony Tan dan isteri dilaporkan naik teksi. Wah, big news.
Brader, gua naik MRT tiap hari dan kadang naik teksi. Selalu jalan kaki.
Ramai lain naik bas tiap hari nak jimat wang.
Dan nampak Tony senaman pagi dengan rakyat.
Calon lain gi pasar dan food centres.
Begitulah politik, perlu undi kita baru nak jadi rakyat biasa macam kita.
Jika tidak Datuk dan Tan Sri naik Merz ada drebar, makan kat hotel, tinggal di banglo mewah, nampak rakyat hanya lambai dari jauh.
NAK baca antara cerita presidential election (PE), baca sini.
KEMPEN PE kali ini merubah langsung sikap dan institusi Presiden dengan rakyat.
Beliau tidak lagi akan berani duduk dalam Istana (pejabat rasmi Presiden namanya ialah Istana, di tepi Orchard Road), tapi kena bawa suara rakyat, walaupun ini bertentangan dengan mengapa Lee Kuan Yew dulu adakan post ini.
Niat LKY ialah agar ada satu orang jadi tukang jaga kunci kewangan negara, jika PAP tewas. Misalnya, pembangkang menang dan mahu gunakan state reserves berbilion nak beri pada rakyat sebagai populist measure, misalnya dalam kemelesetan atau inflasi tinggi. Populist measure tentu perlu untuk pemerintah masa itu jika nak terus berkuasa.
Tapi kini orang bertanya - siapa nak block jika yang menang Parlimen pun pembangkang (Perdana Menteri dan Kabinet orang yang dulu pembangkang) dan Presiden juga dari geng pembangkang? Ah kau.
State reserves Singapork ada lebih daripada US$100 billion atau RM300billion. Ia baru pertama kali digunakan tahun 2008 apabila PM Lee Hsien Loong minta kebenaran daripada Presiden SR Nathan nak belanjakan wang rakyat untuk digunakan untuk bantu rakyat kerana kemelesatan teruk.
Kini orang bisik - samalah tu esok bila pembangkang jadi PM dan Presiden. Takkan kunci tu tak akan digunakan untuk buka pintu tabung?
Inilah antara isu penting Singa-porkians kena pikir hari ni bila mengundi. Pemerintah dah memang PAP, jadi adakah mereka mahu calon paling rapat dengan PAP menang (Tony Tan, diikuti dengan bekas MP PAP yang begitu lama Tan Cheng Bock).
Atau nak pilih yang paling jauh dari PAP - Tan Jee Say, yang tanding atas tiket pembangkang Mei lalu.
Atau nak mamat yang neutral, yang pertama kali masuk pertandingan politik, Tan Kin Lian.
Watch this space.
BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!
1 hour ago



9 comments:
"atau nak mamat yang neutral"
sejak bila apek apek di singapork ni jadi "mamat" bro?
Siapa calon calon Presiden?
Semua China
Mana pegi keling dengan Melayu?
Atau memang mereka mereka ini memang Paria yang tak layak jadi pemimpin negara yang majoriti China?
Setelah LKY berjaya mencinakan Singapork, adakah idea ini nanti mahu dieksport ke Malaysia ?
Bunga sudah ada, percent pun dah ada !!! cuma menunggu masa !!!
Aku akan Melihat sebuah negara baru iaitu
MALAPORK
Orang Singapura boleh intai intai Zuraidah untuk jadi calon Presiden Melayu kedua Singapura selepas Yusuf Ishak ...
Anon,
Sedapnya kamu gunakan bahasa politik benci membenci maysia ke spork.
Saya sendiri macam tak sedar bangsa mereka hingga kamu gunakan bahasa kasar gini.
Itulah kelemahan maysia, sama ada kamu orang spork atau bukan, semua isu dijadikan isu bangsa dan agama di utara.
Semua mesti ada melayu walau akan menghancurkan bangsa sendiri mahupun syarikat, walau ada yg lebih layak.
Kat singa-pork, jawapannya mudah: ramai singa makan pork, jadi lebih baik letak calon porkupines.
Buat pilihanraya ini saja - lain kali mungkin ada bangsa lain, tapi sebenanrnya orang spork lebih pentingkan isu yg dibawa, bukan bangsa. Sebab tu saya tak bincang bangsa mereka.
Kat maysia pun kenapa ada raja melayu dan pm pun melayu? Sebab dulu malayos ramai jadi majoriti, jadi gunapakai majoriti. Kini melayu dah jadi minoriti di maysia.
Kini nak letak cheena jadi agong dan pm sebab malayos dah berpecah.
Padan muka.
Sepatutnya Jais dan Jakim mesti ada wakil hindraf dan persatuan loktang agar orang semua ada hak dan bahagia. Itu politik orang utara, lantak merekalah.
Seriously tho - nak jadi prez singa-pork mesti pernah teraju syarikat ada paid up capital sgd100juta.
Jadi, whiteorange, zuraidah ibrahim (ST deputy editor) mahupun remgold hensome mana pun, tak layak.
Duduk di kl saja pun, saya tahu dengan tak payah pikir panjang bahawa ada sekurang2 lima nama melayu korporat yg layak bertanding kerana pernah teraju syarikat besar.
Ini tidak termasuk bekas menteri kabinet - salah satu lagi kelayakan.
Tapi jika nak bertanding, ada lagi satu hurdle agar mamat mana pun tak suka2 nak sibuk.
Setelah layak, kena bayar deposit sgd48,000 (rm115,200) jika nak jadi calon. Kena dapat sekurang2nya 12.5peratus undi, jika tidak hilang deposit.
Begitulah seriousnya pertandingan ini. Jadi mamat melayu dan india nak masuk biar pastikan orang akan undi dgn banyak.
Saya gunakan perkataan mamat tu macam omputeh kata joe, yg kamu melenting tu, kena banyak istighfar dan minum air selasih karang :-)an bahasa politik benci membenci maysia ke spork
Salam Rem
Democracy alive n well in Spork. Respect to LKY n LHL.
Voted for Tan Cheng Bok tapi dapat Tony Tan pun OK lah.
Seperti surah Ar-Rahman, nikmat pada saya ialah dapat tidur selesa (yelah pencuri ke perompak mana heran rumah sekangkang kera). Nak tanah, takpe lah saya tunggu yg kat pusara Abadi (tu pun munkin bertingkat)
Teringat the people's prez Ong Teng Cheong. He deserves a state funeral (walaupun dah lambat). Devan Nair too.
Selamat Menyambut Aidilfitri.
Singapore is obviously a different country. With different set of thinking. Apa kata we just accept them for what they are.
Dfferent rules apply.
Tak payah nak fikir, laga or compare. I love Malaysia (tak lahir sini pun tapi love our heritage and culture with all of me) and I am sure Sir Remgold loves Spore walaupun tak ada tanah luas nak tanam pokok bunga kantan.
ehe selain dr kunci reserve, apa function presiden? dijadikan bola mcm d malaysia ke? utk digunakan bila perlu aje?
fuh 1% majority, sgt tight mcm tight wanita hahaha
kalau saya Tony Tan, dah tak mau terima jawatan Presiden tu.
Malu cuma 1% majoriti. Mana maruah beb. Orang dah tanak kat kita :D
Payah utk pap nak satukan semula rakyat setelah rakyat tunjuk marah mei lalu masa pilihanraya umum, dan kini pilihanrayan presiden.
Seperti di maysia dan banyak negara lain, pemerintah kena kurangkan kemarahan terhadap inflasi, harga rumah tinggi, perasaan orang muda (macam anak bujang kita) yg tak mahu orang tua ngomel telling them what to do. Mereka rasa ada hak nak pemerintah dengar suara dan rintihan mereka.
Dan unique kpd spork berbanding dgn banyak negara lain - tolonglah pap, kurangkan kemasukan FT ni, orang marah sungguh. Orang macam saya yg kerjaya agak secure tak kisah, tapi yg di atas rasa nak jadi ceo, senior manager dan akauntan pun payah sebab majikan lebih suka ambil yg bergaji rendah dari india, filipina, malaysia dan indonesian chinese serta omputeh yg hilang pekerjaan di negara masing2.
Yg di bawah pula mengeluh nak kerja sapu sampah, bersihkan jamban dan kerja restoran pun kena lawan pekerja dari china, bangladesh dan india.
Hampir semua salesgirls kini di spork adalah filipina, dan orang yg nelpon saya nak beri credit card dan bank loans semuanya telo tagalog.
Orang tua macam saya gembira dgn mereka sebabharga rumah saya di temasek lonjak giler akibat kemasukan golongan profesional FT.
Harga flat 3bilik, 2loo saya dalam 10thn ni dah naik 50peratus!!! Giler beb!!!
Cantik utk saya, tapi utk orang muda yg baru mula kerja, mampoi tak akan mampu beli rumah sampai mati. Mujur menteri perumahan baru dah cadang macam2.
Bros,
Walau hampir tewas, tony kena ambil kerja ni juga. Depa ni sebenarnya the best candidate, experience wise, tapi kini kena pandai jaga hati rakyat.
Presiden ni selain jaga kunci, sama macam kerja Agong. Show a dignified personality, unity figure for people, attend official functions, travel to foreign lands as country rep.
Untung maysia dapat Agong kini, a unity figure semasa rakyat resah akibat permainan politik yg hebat selepas pilihanraya 2008.
rem, thats why i like singapore politics, the issues are so ironic and similar to what majority malays did way back when. Issue dia pendatang lol. kelakar dan lawak sungguh, kat malaysia issue dia masih melayou hero vs melayou hero. tukar pm jer tukar dasar/ tukar member member di posisi penting, genius pemimpin melayou semua genius main politic, dr.m dan privatization nya, anwar ibrahim raise awarness and destroy current institutions so if and when he gets into the seat of power it would give himself and his parti free reign to replace whom ever he wants....genius, tadbir negara senang spend gile gile increase oil production as per pak tido. najib following suit elok elok pak tido eradicate hutang, jibby bikin lagi, 700 million subsidi mahaaaaal, 50 billion mrt takper! perlu!
infalsi sifar entah ke mana, islam badawi entah kemana, ketuanan rakyat takpayah bertanding macam al ghaddafi....genius betul betul genius tahap dewa.
isu penting, voters singapore lagi matured, pasal sedar masing masing sakit, kat malaysia macam bola sape winning team diorang sokong....kesian.
Post a Comment