Wednesday, 14 September 2011

Bye bye darling kecik, hello CucuMas

ORANG BIASA BEREBUT BELI EMAS. UH OH.

Bila semua orang dah mula berebut beli emas, siap ler.
Sama juga orang ramai kini berebut beli perak. Yang tak pernah terfikir nak beli pun kini dah nak beli.
Dan bank saya di KL, buat pertama kali hantar saya email - sebahagian dari mass mail campaign agaknya: "...this time is a very appropriate time to invest in gold."

Takut tak lama lagi akan collapse market ni.
Sama macam runtuhnya harga saham atau skim pak man telo, ia tidak akan berlaku esok.
Mungkin dalam 2-3bulan lagi (atau 6-7bulan!), akan terus ramai orang berebut beli emas. Kerana mereka yakin ia terus dan terus naik. Dan naik dan naik!
Lepas tu, when the reckoning comes....

SAYA ada rakan-rakan yang masih pegang saham yang dibeli 10-15tahun dulu - in the last three or ten bull markets. Sebab bila jatuh nanti teruk dan anda tak sempat nak keluar.

JIKA anda nak terus beli, boleh. Tapi baik beli sikit-sikit saja. Dan kerana emas yang anda beli di kedai diikat kepada harga harian naik-turun, anda beli bila market baru jatuh malam semalam di CME New York.
Selagi ekonomi US dan Eropah nampak goyang, pelabur dan spekulator akan terus kejar emas ni naik ke atas. Jadi macam skim pak man telo.
Semua dah masuk, tersenyum gembira, maka pasaran akan meletup ke bawah.
Yang 'main' emas dan perak pakai account (bukan physical) lagi bahaya.

Dah 15 tahun saya lihat pasaran dari jauh dan dekat, itulah perangai manusia - greed and fear, yang saya dah tulis banyak kali.

SAYA harap (dan teka) market terus naik hingga awal tahun depan, apabila saya pelan nak let go. Kenapa awal tahun depan?
Tahun Naga akan menarik lebih ramai orang baru masuk pasaran nak beli syiling naga, seperti yang saya cerita baru ni. Dan tentunya mereka juga beli syiling dan bar lain... lepas tu masuk perangkap, barulah Lamunan Terhenti.


------------------------------------------
POSTING SEBELUMNYA 

Sedih saya, hilang Monyet China dan 11 rakannya.
Dah dijual.
Tapi bawa pulang dua CucuMas.


Apa tu, pak?
Cerita penuh di blog kedua saya di sini.





TAPI tak apa, saya masih ada setem mahal yang lain.
Antaranya ialah setem kuda-kuda China ni.


Bernama Galloping Horse, ia dikeluarkan tahun 1978 dan diberi kod T28 (semua setem China ada number dan tahun dikeluarkan, di muka setem itu! Pandai!!! Agar mudah nak dicari collector).


Yang mahal ialah kepala setem ni - yang itu setem yang besar - dinamakan Mini Sheet. Harga satu setem itu?
Ikut duit Malaysia, lebih RM1,000! (Kan pork chic dah kata, saya ni orang gila). Tapi jangan khuatir, harganya dah naik.
Yang kecik 10 ekor kuda tu murah saja - lebih kurang RM200.

Itu kira murah sebab setem ni ada cop (first day cover).
Jika yang MNH - Mint, not hinged - iaitu setem baru, harganya sama harga setem monyet.
Setem kuda ni mahal sebab dilukis oleh pelukis terkemuka China - click gambar baca ceritanya.


Dah lama tak jengok koleksi setem saya, tadi saya jengok - yikes, ada beribu dollar rupanya!
Termasuk setem yang begitu cantik, kita nampak pun terpegun - as beautiful as paintings.
Cantik ah moi-ah moi ni (ATAS). Itulah seni tamadun China yang 2,000 tahun usianya. Juga paintings dari cerita sejarah mereka - Dreams of Red Mansion (BAWAH).


Dan setem Malaysia zaman moden - antara yang paling mahal (BAWAH).
Harga muka saja RM50! Ini dibuat dari pure silver seberat 1.12grams! Dan disalut warna emas dan biru.


Setem ini makin payah nak jumpa, jika kamu nampak lekas grab! Tapi jangan terkejut harganya! Tiga kali ganda harga muka.


Juga setem kuno Malaysia yang saya beli di ebay, kerana historical value. Tawarikh! Tawarikh!



Setem ini dikeluarkan Januari 1931, iaitu 80tahun lalu, masa North Borneo masih di bawah British dan belum bertukar nama jadi Sabah.
Lihat setem berharga 1 Dollar, 2 Dollars dan 5 Dollars - bayangkan harga matawang tu kini!!!
Saya beli di ebay. You don't wanna know the price...




KENAPA saya action, riak nak tunjuk ana benda ni semua?
Diversify! Diversify!

Jangan beli satu benda saja (logam mulia), bila emas, perak collapse mampoi pelaburan - orang Jawa kata 'investasi' - kita.
Banknote, setem, logam mulia. Orang biasa macam kita tak mampu nak 'main' property. Atau nak beli saham dan bond.
Ia juga hobi saya ni tuan, puan.

8 comments:

Anonymous said...

pokchic ado simpan duit kertas straits settlements ke?

katrina said...

Oh oh, Uncle simpan setem jugak ya?

I am a collector too, sampaikan album sorok dari anak2 takut nanti mereka tampal kat scrapbook projek kelas mereka.

Anak2 saman sekarang tak pandai nak nilai dan kepayahan kita nak collect dulu dulu. Dulu2 seronok exchange dgn penpals, dia hantar satu, kita balas dengan satu, bukan main kedekut!

Mungkin satu hari saya pun nak ikut uncle, tayang setem2 itu dalam blog saya nanti..LOL

Cheers

Anonymous said...

Tuan Rem,

Memang la seronok baca blog tuan pasal emas dan perak. As I posted earlier, memang la orang macam saya tak dapat beli emas apa tah lagi perak, mungkin pun tembaga! Mahal! Btw, thank you for your reply about properties price and stuff. Your opinion about our orang politik & pemerintah pun saya harap mereka ataupun orang suruhan mereka ada membacanya (if they have time and not busy with their personal agenda!)

Masa saya masih muda remaja, saya pun suka kutip(collect) setem. Ttp sejak umur dah banyak (muda sikit dari tuan) hobi tu pun turut jadi 'tua'.. anyway, thank you for sharing with us about your crazy hobby.

Nat

gitu-gitu aje said...

Pak rem,bila pak rem nak jual stok2 gold tu pak rem bitaula yek. Saya pon tengah tunggu the right time untuk jual stok saya yang tak seberapa tu

Timur Tengah said...

Salam Reme,

Lama tak park comment... cuti raya. No wonder sehari dua US dollar naik mencanak ni sabit logam mulia demam kat CME New York.

Kita org kat Doha dok perati USD RM trend, nampak je trend USD menaik terus hantar saving balik ke akaun2 Msia. Sejak 2-3 hari lepas USD dalam trend menaik, terus click internet transfer fund. Baru jap tadi dapat call dari local Qatar's bank, tanya soalan2 kenapa untuk apa hantar duit balik ke Msia.

Rupa2nya bila kita check kat internet duit tak sampai lagi ke Msia(dah kena block - they monitor Bro). Hopefuly dlm sehari ni clear lah untuk dpt exchanges rates yang tengah bagus ni.

Since kita dalam topik emas ni - balik kampung kat Pahang baru ni pergi beraya rumah kawan isteri, dah nak jadi kebetulan suami kpd kawan isteri tu kawan masa kecik sekolah rendah dulu. Dia buat mining - gold mining secara berlesen dalam hutan Pahang dan Kelantan secara syarikat kecil-kecilan, guna sistem palong dan gravity separation (shaker machine).

Mula2 dengar seronok beb, El Dorado lah katakan, tapi rupanya tak seindah yang dijangkakan. Banyak orang nak kena jaga nak kena suap, kalau kat Pahang lain caranya, kalau kat Kelantan lain resminya. Termasuk juga cerita kerabat raja yang berkepentingan, pacak tiang sebagai tanda kawasan tu dia yang dah punya padahal permohonan lesen ke Pejabat Tanah pun tak submit lagi, belum lagi nak jaga pegawai2 Pejabat Tanah, parti politik punya warlords nak kena jaga, hasil emas kena curi sikit2 by pekerja, geologis yang buat kerja2 carigali dgn boring sampling pun kena bayar juga. Termasuk cerita2 pasal tauke2 Cainis yang potong line dan dah bayar pendahuluan kat mereka2 yang berkuasa.

Kalau kat Kelantan pulak lain resminya, urus niaga cash kena bayar ke Pejabat Tanah, giler juga kena bawa puluh2 ribu dan ratus2 ribu dalam town. Jual tak boleh ke KL punya buyer, ada fixed buyer di Kelantan pada harga rendah dari pasaran. Kalau tak PBT tak lulus lesen, datang kacau. Bila aku tanya dia kenapa Pej. Tanah tak nak terima cek bank, dia jawap Kerajaan Negeri tak nak Federal tahu berapa income hasil dari dari lombong2 emas ni.

Kebetulan ada juga seorang kawan dari putrajaya/kerajaan (bekas pegawai khas menteri pusat)dalam sembang2 tu. Member yang buat syarikat lombong kecil2an ni pun tanya, apa yang kerajaan pusat boleh bantu pengusaha2 lombong emas Melayu Islam.

Dari sembang2 tu nampak industri lombong emas kat 2-2 negeri ni tak dek kawalan. Hasil yang boleh dikeluarkan secara terkawal dan berpanjangan (macam minyak control by Petronas) hasil yang boleh dikeluarkan 10 tahun, kena keruk habis dalam tempoh kurang 3 tahun - begitu lah cerita dia. Tapi logik juga keruk banyak2 sementara harga tengah tinggi Bro.

Salam - Doha, State of Qatar

remgold said...

Anon 06:40,

http://notanumis.blogspot.com/2010/10/malaya-5-1941-king-george-v.html

ini satu-satunya quality Straits Settlement (SS) note yg saya ada.
saya juga simpan banyak COIN SS. 3thn dulu satu coin rm50-rm80 tak mahu beli. kini orang nak jual rm200-rm300 baru nak sibuk cari!

tuanpuan jika ada wang, collect lah good quality SS notes ini.
saya nak kata menyesal pun memang tak banyak duit - sebab banknote SS ni naik Lebih Pantas dari emas dan perak dlm 3thn ni!!

sebabnya? yg collect bukan saja penduduk malaysia, tapi juga singapore.
dan juga peminat British Empire yg kumpul note dan coins british lama seperti dari india, north borneo, sarawak, burma, dan colonies mereka di benua afrika.

katrina dan nat,
my future fellow Old Folks Home owners (kita pemilik rumah ni, bukan penumpang saja!),
zaman kita dulu, nak beli setem punyalah payah, walhal 50sen dapat 20-30 setem di kedai mama atau kedai ah pek.
lepas tu seperti u kata, kita syiok duduk tukar setem! ramai2 bawah pokok tukar dan belek setem dgn rakan.

saya masih ada setem collection lama saya (4buku) - kebanyakan setem spore dan msia. semua tak ada harga hari ini!
nasib pulak tak ada setem yg harga dah naik!

maam, jangan segan silu - kamu act lah tunjuk koleksi setem kamu kat blog. nanti saya link, kita lawan setem lama nak?
lebih baik kita compare tawarikh drpd gaduh isu yg memeningkan rakyat.

anak kita kini - rugi mereka. main pc games, playstation, ipad, iphone, tidor bilik aircon, tv 42inch, mandi hot shower, etc.

tak ada nikmat miskin. kena simpan 5sen seminggu kerana nak beli setem. nak beli goli. nak beli getah (rubber bands kini kita buang gitu saja!). atau nak beli sebiji bola rounders.

buat lastik sendiri, pinjam basikal usang bapa keliling kampung, kumpul kayu dan cardboard nak buat treehouse atau 'camp' tersembunyi dlm semak belakang rumah, panjat pokok nak ambil gajus dan rambutan, tangkap spider, balik kena rotan sebab baju kotor bergasak dgn anak orang sebelah, mandi air perigi 6pagi (sejukkk!) etc.

gitu-gitu,
signal nak jual ialah -
1) bila anda ke pasar atau surau, di kedai kopi atau naik teksi, ramai berbisik suruh beli emas dan perak.
tak lama lah tu nak kiamat pasaran.

2) bila mula keluar berita bahawa mungkin ekonomi US dan eropah ni tak teruk sangat. recession talk, jobless talk dan debt talk, bertukar kpd economic recovery talk.
saya dulu cerita tentang perkataan para ekonomis: double-dip recession, dead cat's bounce.
bila ekonomis mula gunakan label ini, kamu jual: 'green shoots of (economic) recovery'

walau ada kata emas baru usd1,800, akan naik usd5,000.
saya takut ia janji pacman telo.

timur tengah,
eh menariknya cerita lombong emas anda!!!
tapi tak mengejutkan kerana begitulah orang politik dan istana.
beb, boleh kenalkan saya dgn teman2 anda tu. beritahu mereka wartawan nak buat story tentang lombong emas.
jika tak mahu cerita tentang orang politik dan istana tu tak apa.

dan menarik cerita transfer wang ni pakai TT. memang kena monitor sebab maysia ni antara negara yg 'breed terrorism' - planning utk 9/11 diadakan di maysia, kata amerika.
tapi kita orang biasa, bukan perampok dan bukan terroris so oklah.

Pengembara said...

Assalamualaikum Pak Cik Rem...

Singgah lagi di blog Pakcik ni..sekadar berkongsi, saya pun beli gold bar pun secara kecil-kecilan, ada duit lebih sikit dan harga emas jatuh beli le 5gm ka, 10 gm ka. Nak beli Canada Mapel Leaf banyak-banyak tak mampu...Simpan banyak-banyak pun, buatnya harga emas merudum, mahu terkedu nanti.

Tentang cerita Timur Tengah mengenai kisah penghantaran duit ke Malaysia pun kena query, sama juge disini (Tuan di Timur Tengah, saya pula di Barat Tengah), bukan setakat transfer duit kena query, nampak dlm akaun duit tak bergerak-gerak, akan ada le yang bertanya nanti. Tentang cerita "tol-tol" yang terlibat dalam perlombongan emas itu, saya tak nafikan, tapi tidak juga mengiyakan.

Ok. Pakcik Rem, jumpa lagi

Pengembara

katrina said...

Uncle Rem,

Collection stamps tak yg lama sangat, tapi kenangan untuk mendapatkan setem2 tu begitu mahal sekali.

Dulu penpal rata2, satunya dari Ceylon, hah skrg kan Sri Lanka.

Ayah Ananda Krisnan dulunya berasal dari sana, mana tau, dia sanggup nak beli setem2 Ceylon saya dgn harga berjuta2 ringgit, untuk collection dia, LOL

Cheers