Bila saya tulis dulu tentang Cloud Computing tahun lalu, benda ni tak begitu terkenal di kalangan orang ramai.
Hinggalah Steve Jobs lancarkan iCloud sini dan sini.
Supplier terbesar cloud computing, sebenarnya, ialah Amazon.com dan Google.
Saya juga pernah tulis tentang mula munculnya tablet computers, apabila Amazon Kindle dan Barnes & Noble Nook mula main-main dengan machine mereka, dipanggil e-Reader masa tu. Juga bila mesin lain mula keluar - sini dan sini.
KINI, nampaknya ada dua tech baru.
Saya kata nampaknya sebab tak semestinya tech yang mereka rancang akan meletup.
Tapi perancang ialah dua syarikat teknologi gergasi, jadi ada kemungkinan kita akan gunakan benda ni kelak.
1) IDOL
Saya tak pernah dengar tech ni sehinggalah CEO Hewlett Packard (HP) kena sack semalam. Baru sebelas bulan dah kena tendang, sebab buat dua masalah besar. Pertama, beli dengan harga mahal British software maker Autonomy.com dengan harga US$10.3 billion (billion beb! Fuyoh, sedangkan revenue Autonomy hanya US$1 billion).
Kedua, baru lancar tablet computernya TouchPad, dah dibunuh. Juga dibunuh ialah software WebOS yang dulu HP beli dengan harga mahal juga.
CEO baru HP, syarikat penjual PC terbesar di dunia (setelah mengalahkan Dell), ialah pompuan yang dulu founder ebay - syarikat auction gergasi.
Autonomy.com inilah yang ada teknologi IDOL (Intelligent Data Operating Layer).
Dah baca beberapa tempat tapi kurang jelas benda ni (maklumlah orang biasa dari segi tech ni - siapa yg lebih pandai boleh tolong jelaskan).
Tapi sefaham saya, IDOL ialah search engine yang lebih canggih.
Jika anda ingat dulu - bila kita nak cari perkataan dalam Internat dulu, kita cari dalam Lycos, Yahoo, AltaVista, InfoSeek.
Lama kemudian baru lahir Google.
Tapi ini semua hanya search engine di Internet yang cari gunakan perkataan (search word). Google perkenalkan cari Images, Map, News juga.
Tapi jika untuk kerja saya, saya perlu cari perkataan itu disebut dalam filem dan video, dalam Facebook dan Twitter, dalam internal office email, bagaimana? Atau yang dalam format Adobe PDF, PowerPoint dan Excel.
Ini penting untuk researcher (atau spy agencies).
Dan ia lebih accurate (katanya) daripada logarithm Google.
Kita suka gunakan Google sebab ia 'pandai' sort out dengan pantas apa yang kita cari. Apa kata anda jika ada tech baru yang lebih pandai dan pantas!?
Baca detailnya di sini.
Misalnya, saya Google 'nyasaland banknote' ada 110,000 links.
Dengan IDOL, agaknya ada beribu lagi link dan lebih tepat apa yang saya cari.
Spy agencies, misalnya, dah lama pun gunakan teknologi ini. Akan diperluas kegunaannya jika boss baru HP teruskan rancangan CEO lama.
2) Storm Computing
Pelan ini dirancang oleh Google.
Dalam Cloud Computing, kita transfer data yang sepatutnya kita simpan dalam PC atau laptop kita ke server dan data centre di tempat lain - Cyberjaya, Jurong, Banglore, Russia.
Kita dah lama pun gunakannya dengan tanpa disedari - bila kita click 'save' email kita - GMail, Yahoo Mail, Hotmail, di mana data itu disimpan? Bukan dalam PC kita tapi 'in the clouds' = di pusat data di tempat lain.
Sama juga setelah kita upload gambar dan taip perkataan lucu di Facebook, atau upload vid di YouTube - semua itu di'save' bukan di PC kita, tapi 'in the clouds'.
Sama juga jika kita simpan gambar kita di Flickr atau Picasa.
Maknanya jika kamu ada benda secret - gambar kamu dengan Abang Os, atau gambar kamu pegang senapang di Afghanistan, berpeluk dengan militan Somalia - janganlah simpan dalam Cloud (GAMBAR = data centre yang kita panggil Awan).
Saya gerenti kamu, agensi spy luar negara akan ngendap dan track kamu.
(Sama juga jika nak letak jumlah harta, atau China doll yang pernah anda jumpa, janganlah save dalam email!).
TAPI masih ada software yang membuat PC saya dan laptop penuh! Ish menyampah aku!
Sofwe programs masih semak dengan kita - Microsoft Office, Google Earth, Windows Media Centre, Real Player, anti-virus, Skype.
Dan lebih banyak lagi ialah sofwe GAMES!!!
Kadang dah lama tak main pun, nak delete dari PC, sayang.
JADI dalam Storm Computing ni, semua sofwe menyemak ni akan ditransfer ke data centres atau cloud.
Anda bawa laptop atau tablet lebih ringan.
PC anda lebih kecil.
Baca detail di sini dan sini.
Bila umat m nak masuk game ni heh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





8 comments:
In Malaysia the same project is known as AlamMaya, but as at this moment, it's still at base testing stage.
Strictly for government documents only. not for commercial use.
Unker Rem,
Bila baca hal2 ini semua, rasa naik GERUN nak guna internet ya,
And our kids.. their innocent chats wth their friends may well lead to their parents personal datas too, must constantly alert them to be extra careful.
dan satu lagi OnLive, cloud game computing. ini lagi buat console game, hardware pc maker pening. hanya perlu web browser dan HSBB. disadvatage bandwidth tinggi dan game di compress graphicnya
kenapa la menteri pelajaran malaysia ni yg current dan lama bolanya tiada? rombak je syllabus, lawan je cartel2 publication. pikir masa dpn anak bangsa
mungkin saya lebih berjaya jika english jadi medium, nasib dulu ibubapa pasang dial-up dirumah. takla jakun sangat
Anon 0056,
V interesting. Yg jadi masalah dgn IDOL ni, lain kali kita bual diphone pun dia capture dan dengar.
Govt US dan beberapa yg lain dah lama buat pun.
Ada beberapa keywords yg jika kamu sebut, akan terus kena track. Misalnya jika kamu di amerika dan sebut 'kill the president' mampoi kamu. Fbi atau homeland security akan muncul 'jap lagi, walhal kamu buat joke nelpon rakan.
Saya pernah bual dgn rakan yg kerja di pejabat menteri sangat tinggi di sebuah negara asean. Perbualan kami selekoh termasuk security detail menteri itu.
Beliau terkata - ko tahu tak menteri aku bila keluar ada pegawai polis pengiring yang.... Tiba-tiba tup, line putus.
Aiyoh ada orang pasang telinga, walhal hanya bual kosong.
katrina,
Kena bagi tau semua - Di internet atau orang stranger nelpon - jangan beritahu detail peribadi seperti bank account, i.c. Number, phone numbers, credit card number.
Pandai abang labu ingatkan kita tentang OnLive. hidup kita kena semua kena transfer ke data centre yg dikawal komputer dan dingendap Mossad, CIA dan MI5.
Jika kita nonton Terminator; Matrix; I, Robot; Eagle Eye - itulah yg terjadi. satu hari Skynet (atau apa nama pun) becomes self-aware dan buat decision nak hapuskan kita semua, baik anwar sedang chinadoll mahupun kak mah sedang nak beli berlian kena Predator missile.
uh oh.
sebenarnya banyak aspek cerita-cerita movie ni dah ada pun hari ni dan digunakan utk ngendap kita.
nanti satu hari saya tulis tentang 'Pred Porn' (baru habis baca buku spy thriller yg menakutkan kerana mereka gunakan hi-tech mereka = Body of Lies oleh David Ignatius). skim pesawat bom Predator tu digunakan utk bom siapa saja musuh mereka, walaupun satu kampung mati bersama (tapi bila kita lawan balik bom tempat mereka, kita jadi terrorist pulak).
Science fiction, my dear, is already here.
The heart of the whole multi billions IT industry is the chips or microchips and its the internet networks.
Without it, I wont be writing this comment.
why dont the muslim venture into these area?
My rantings may or may not be relevant but I nak voice out my frustration.
Saya pun nak puter baru yang lebih 'ringan', not only in its weight but also in terms of disk space & hence free space. For example, my puter sekarang - HP. Berat nak mampus, dah lah gitu, disk space hanya 60GB.
Windows & MS office takes up 40GB (I think). Left 20GB untuk storage and other apps untuk main-main. Baru baru ini, saya jenguk, mak oiiii, disk space di puter left with only 6GB. Where has the GBs gone to??? Agaknye gone to Windows with its never ending updates ...
Sebab tu, saya pikir, Microsoft ketinggalan sangat sangat dalam next gen computer.
Nak beli Ipad .. tak de duit ... alahai.
LimauManis
Bang,
PC as we know it will be dead soon. Nobody looking to but PC anymore, even notebook becoming obsolete... ni semua penangan Apple laa ni...
Limau Manis, hang cuba pakai LINUX MINT la.
Linux Mint sangat laju, ringan, tak payah pakai antivirus sebab basically Linux ni kebal dari ancaman virus. Lagi pun benda ni free.
Ni screenshot laptop saya.
1. http://4.bp.blogspot.com/-mQug6JgxH2g/TarkkGmujGI/AAAAAAAAAuY/h_Y0pkRTciA/s1600/dekstp+april.png
2. http://3.bp.blogspot.com/_l6pL3m8h19Q/TRpyJ068pFI/AAAAAAAAAiY/l-dwo_cAb4I/s1600/Screenshot.png
Basically OS Linux boleh buat semua kerja komputeran yang biasa, macam menaip, dengar muzik, tengok video.
Saya pakai platform Linux Mint sepenuhnya start 2008, bagi gantikan Windows Vista yang sangat menyusahkan. huhu.
Kalu tak faham boleh tanya saya kat email asrul_amanda @yahoo.ca
Nanti saya terang lagi detail.
Post a Comment