Tuesday, 6 September 2011

Goodbye my dear teacher, Borders

TAMBAHAN

Menarik cerita agendadaily.com tentang mengapa TV cameraman Bernama yang turbunuh di Somalia tu ke sana. Beliau bersungguh nak ke sana, kata Datuk Azeez Putera Umno.

Begitulah sifat wartawan beb, nak cover hot news.

---------------------------------------
CERITA ORI

Untuk orang kampung macam saya, satu pengalaman manis dulu ialah bila kedai buku Borders dibuka di jalan-mata-empat Orchard Road dan Scotts Road, junction jalan paling sibuk di Temasek (sama macam lampu merah Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di KL). Ini 13 tahun lalu.

Sebelum ini, jika nak beli buku yang terbesar ialah MPH dan Popular Books.
Tapi Borders ni bukan saja besau abis, tapi jenis bukunya bermacam-macam, dan dia  perkenalkan cara membeli buku baru: disiapkan bangku-bangku untuk kamu baca buku jika tak mahu beli pun.
Dan jika dah beli dah tak sabar nak baca, maka disiapkan kedai kopi kat tepi tu!
A totally different reading experience, sebab di kedai buku dulu, kamu masuk dan cepat2 pilih. Tak sedap rasanya jika duduk dalam kedai buku 1jam belek2 lepas tu tak beli.

Kemudian masuk pula Kinokuniya di Ngee Ann City mall tak jauh dari situ. Wow! Lagi besau. Dan ia menjadi favourite bookstore saya.
Masa tu Kino di Suria KLCC belum dibuka lagi.


Di Borders dan Kino Orchard Road ni lah anak2 saya paling banyak membeli buku. Mereka ingat bapak dia cop duit.
Bila masuk, saya beli 2-3 buku, mereka beli 10 setiap seorang - nasib baik dengar cakap Kuan Yew ada dua anak, kalau ada 15, kantoi aku.
Dan kerana bapaknya giler buku, maka tak apalah, anak2 nak habiskan duit kat sini pun okay.

Masa saya kecik dulu di kampung West Coast Road, saya mula minat membaca buku bahasa Inggeris apabila bapa saya (drebar kepada omputeh) dan ibu (amah kepada omputeh) membawa balik buku-buku lama yang maam mereka tak nak lagi.
Saya mulanya pelik lihat buku tebal2 tapi tak ada gambar! Lalu mula baca buku2 Inggeris tu, eh best pulak! Sehinggalah jadi pandai sebab dapat buku-buku free Famous Five oleh Enid Blyton dulu.
Terima kasih ibu dan ayah.

Dan dulu bila saya dapat Number Satu dalam kelas (every year aku No.1 oi, masa sekolah rendah tu). Diberi hadiah buku-buku oleh principal - benda yang sangat berharga masa tu untuk anak keluarga papa kedana ni.

Ada orang ke rumah saya di KL yang terkejut bila nampak koleksi buku saya dan anak-anak.
Depa tanya: 'Who reads all these books? So many of them!'
Di hampir di setiap bilik ada almari yang berisi buku - banyak yang berhabuk sebab budak dah besar tak baca lagi buku lama mereka. Dan bapa dah tua tak ada masa nak baca yang lama. Nak buang mustahil sebab menjadi sebahagian dari sejarah hidup.

Baru empat tahun di Singapork (sejak pulang dari KL) koleksi buku saya pun dah berpuluh di sini. Tak tahu nak letak mana.

DULU sebagai 'warga KL' kami bila pulang ke Temasek, akan stop di Borders dan Kino - boleh jalan dari satu kedai ke yang lagi satu, lebih kurang 20minit di Orchard Road.
Luggage bag pulang ke KL akan penuh dengan buku Harry Potter, Enid Blyton, Hardy Boys dan apa-nama siri Girl with Dragon Tattoo. Dan juga buku business yang anak jantan saya suka baca.

Borders dan Kino begitu popular walaupun sebagai dasar pemerintah, hampir semua estet perumahan di Singapork ada khutub-khanah sendiri! (dan juga ada public swimming pool, pasar dan, kini, ada mall sendiri).

JIKA anda ingat, sebelum Kino di KLCC dan MPH besar di Mid-Valley Megamall dibuka, dulu nak cari buku di KL, kena masuk national library KL di Jalan Tun Razak (yang berbentuk tanjak, tak jauh dari IJN).
Koleksinya tak menarik untuk anak saya, apa lagi untuk bapanya.
Maka kena cari buku second hand di Ampang Point atau di Central Market.


KINI, kerana zaman Internet - orang suka main FB dan Youtube, download e-books free, beli di Amazon.com - maka Borders Singapore tu tak mampu bayar sewa bangunan, menurut laporan. Lalu ditutup dan bukunya dijual half price. Kerana syarikat besar Borders di luar negara dah tutup, maka tak terkejutlah anak syarikatnya di sini pun collapse.

Selamat tinggal, guruku.

CERITA dan gambar2 sedih untuk saya di sini, sini, sini dan sini.









(Ada lagi satu kedai Borders di East Coast, tapi saya tak ada kereta, malas nak gi kedai tu yang nampaknya lebih kecil).

19 comments:

Cat-from-Sydney said...

Uncle Rem,
Waktu Mama kita kerja dulu (wartawan juga, jangan tak tau!) dia pernah kena buat assignment pasal tourism Singapore yang nak tarik orang Malaysia ke sana. Temanya, family oriented. Dibawa ke Kino di Ngee Ann dan dengan bangganya tourist guide kata, oh, this is the biggest bookstore in Singapore. Mama kita terguling-guling gelak sebab Kino kat KLCC dah bukak....dan juga teringat kedai buku kat Houston yang terlalu besar sampai boleh pakai skateboard nak bergerak dari hujung ke hujung. Dulu-dulu MPH Bangsar pun macam Borders, boleh lepak-lepak baca buku kat situ. purrr meow!

p.s. dah kuci-kuci sedara mara kami?

Johan R Wandi said...

Unkeerr Rem,

Time has changed, we have to accept it whether we like it or not.

Mungkin kali terakhir saya beli buku atau majalah ialah 17-20 tahun yg lepas.
Sekarang, saya cuma download semua buku/majalah dlm bentuk pdf e-book. saya guna e-torrent atau minta dari kawan, semua ada. Dari buku Management, philosophy, engineering, programming hingga ke politics/finance.
Majalah pula yg latest atau yesteryear collection, MacWorld,macuser, PCworld, Photographies etc.

The cost is $$ ZERO !!!

Setiap kali saya pulang cuti atau pergi outstation, saya akan bawa sehingga 12,000 buku/majalah dlm bentuk e-books tersorok kemas dalam USB 16Gb thumbdrive atau dlm i-pad. Ini bahan baca saya di masa lapang.

Saya tak mahu bawa paperback buku yg berkilogram itu , yg mungkin akan menyeksa jiwa raga zahir & batin saya sepanjang hayat.

Borders, MPH, Times, Kino adalah saki baki Dinosour yg tak akan survive di zaman Internet & teknology canggih i-pad, ipod & juga broadband.

Masa utk book Obituory utk mereka dlm paper2

Johan R Wandi

Anonymous said...

Uncle Rem,

Good posting as usual. Cuma nak tanya satu soalan 'bodoh'. Kenapa uncle sebut 'Singapork' ? Boleh bagi penjelasan sikit ?

remgold said...

wahai orang muda,
mai atok kasi nasihat: jika semua kamu main kebas free, dalam 10thn tak ada orang nak tulis buku, karang movie atau design apa pun.
bayarlah sikit.
saya masih menunggu US99cents yg dibuat di website lagu US ni dikembangkan satu dunia. juga utk buku dan movie.

saya ada 1,000 buku fav saya dlm usb - orang bagi, tapi baca gunakan tablet atau laptop tak syiok. dan saya rasa bersalah.

sebab tu bila lagu2 melayu atau movie melayu saya beli ori, sebab mereka ni bukan kaya mana, jika kamu beli pirated mampoi satu industri tutup.
kasihan.

cat,
kino spore tu lebih besar sikit berbanding kino klcc.
untung kamu dah sampai houston, sebab bila beyonce jumpa saya dulu dia ajak gi venice (dgn laki dia!).

kucing: Ayam masih belum jumpa (jangan dah kena goreng bangla). si Gumok dan Buntal dah syiok kena geletek saya.
Batman hitam pun masih hilang.
merajok semua agaknya.


Tentang Singapork tu,
jangan marah.
dulu Kluangman (lama dah nak nampak beliau komen), yg mula panggil 'singapork'.
saya jika orang perli, kita turn it around dan sejukkan keadaan dgn kata - no sweat.
macam dulu saya kecik - orang panggil saya mamat hitam. dulu saya malu. kini dah tua, aku bangga jadi hitam - cos i don't need to sun tan.
dan jika putih sangat orang ingat pondan mana duduk dlm opis.
ie u turn around a bad situation into something funny that everyone will feel comfy with.

Johan R Wandi said...

Alamak Unkeer Rem,

the book is free zero cost because it is there.

Saya asalnya org kampung. Dgn org spt saya yg bukannya kaya & saya pun bukannya ada duit, saya memang tak mampu nak beli anyway.

saya cuma dptkan free buku/magazine saja tapi tidak pernah download pirate movie/song. Ini saya tahu salah.

Anyway, knowledge is power.
Saya ingat Unker Rem pun nak lihat org Malayo bijak pandai, seingat saya Lee Kuan Yew pon mahu lihat org Melayu ada yg pandai

Masa saya kecil2 dulu, saya selalu pergi baca buku di Pejabat Penerangan Malaysia di kampung saya sebab public library tak ada, keadaannya cukup dhaif, pure neglected, macam mini library,bukunya tak banyak. Percaya tak, ada buku yg disimpang terlalu lama semenjak tahun 1965 & 1952 !

yg Borders atau MPH ini hanya wujud di bandar2 besar, hanya org yg ada duit saja boleh shopping kat sini. Semenjak zaman kedatangan internet ini, jurang sempadan sudah blurrr.

There are another ways to seek knowledge & it is there.


Johan R Wandi

keramat mali said...

Rem,

Den setuju dengan pendapat hang pasal buku dalam bentuk asal. tak taulah orang muda sekarang, tapi den tak dapat menghayati kalau baca e-book dan kita kena juga support penerbit dan penulis buku. depa pun cari makan jugak.

Den dulu pun start minat membaca lepas di beri buku Enid Blyton. Satu buku boleh habis setengah hari, selamba aje. Sampai abah den terpaksa limitkan seminggu beli satu buku aja.

Agaknya nasib kita serupa lah Rem, den sekolah rendah dulu number satu dalam kelas tu kacang aje. cewah. Mungkin akibat baca buku Enid Blyton agaknya.

Border kat KL pun rasanya dah tutup, tapi den selalu beli kat Kino, MPH, Times atau Jalan TAR sebab subject yang den suko cuma sejarah (terutama nationalis Nusantara) dan business saja. Kadang kadang beli juga buku agama bila rasa nak bertaubat.

Kalau Mat sabu nak debat sejarah dengan den anytime.turun kat jusco.

Dulu ada buku yang tak dijual kat kedai, tapi den pinjam kat National Library. Ado 3 buku yang den masih simpan dan tak pulangkan sebab tak jual kat kedai. Lepas tu tak berani lagi nak pi pinjam buku kat situ.

Cumo buku den tak simpan kat rak sebab takut berhabuk atau makan anai-anai. Den simpan dalam container plastik yang selalu dibeli kat Jusco keramat.

puaso kelmarin nyaris den kena hompap dek container buku yang dah nak cecah siling masa kemas rumah nak rayo.

Anonymous said...

R.I.P Borders
Saya di US (baru balik ni) Banyak beli buku masa my neighborhood Borders buat closing down sale.

Mr Rem, banyak buku ya. Mcm saya juga. Don't ever throw 'em away. Books are like milestones in your life, where you were when you picked up that book, who with, and the mood you were in when you selected one that is so out of sync with the genre of books that you normally read.
Saya ada seorang kawan, dah takde tempat dan isteri dah bising, pi sewa flat murah semata2 untuk koleksi buku dia.

Say pun tak minat baca E-book. Nothing beats going to a bookshop, aaah the atmosphere (I love hunting in antiquarian shops) holding a book in your hand, the texture and scent of paper...


Salam Aidilfitri
RJ

Anonymous said...

Masa kecik saya dulu selalu baca komik si bujal, bambino dengan beano atau dandy. Abang suka beli majalah Look & Learn. Abah pulak langgan reader digest tiap bulan. masa tu beli kat Pustaka Merican atau toko buku Hashim yang ada kat pekan kita.

sekarang nak beli buku kat borders atau kinokuniya sebulan sekali pun susah sebab harga mahal sangat.

katrina said...

Dear uncle,

Bayangkan Pos Office, dulu nak hantar surat apa saja, terpaksa kena singgah Pos Office, stamps and having to wait 2-3 hari, ada kala tak sampai!

Ramai peniaga2 runcit sekarang pun merungut, esp the last HR shopping. Cara perniagaan tradisional mereka mungkin akan pupus tak lama lagi.

Kedai2 buku juga satu hari akan mengalami nasib yg sama. Jenuh duk kena bid farewell tak renti2!

Cheers

Asrul Rae said...

Bro, ade pesta buku kat UPM Serdang
7th-16th OKT 2011.

Kelolaan Big Bad Wolf Books, the biggest book sale in the world.

Cuba tengok website dia.

http://bigbadwolfbooks.com/


Kawan saya cakap sana bebaloi pegi sebab Big Wolf ni buku dia jual murah, sampai diskaun 85% pun ada. Saya ulat buku, saya plan nak pegi sana juga.

Kalu kena timing boleh kita jumpa.

remgold said...

pandai Johan jawab, gelak membaca.
u rob people, then u say since unkerr say malayos must get knowledge, and since u are poor, it is ok to rob! heehee.
nanti kita masuk lokap bersama, sebelah lokap anwar.

saya lihat dari sudut lain:
1) orang movie. apabila movie keluar, revenue stream utama ialah panggung wayang. beribu dan mungkin berjuta panggung seluruh dunia main movie.
lepas tu, syarikat jual kpd cable tv - hbo, warner tv, demand tv.
dah habis, baru dijual dlm bentuk dvd - ini bonus tambahan.

2) album muzik. akan dimainkan di ratusan/ribuan stesen radio - kena bayar royalti.
band boy atau celine adakan konsert dibayar berjuta.
ini berlangsung semasa album hot.

3) buku diterbitkan. nak publisiti banyak - ratusan buku (baik fiction Wilbur Smith atau autobiography Mahadeq) secara percuma diberi kpd wartawan akhbar dan majalah. harap mereka buat book review yg dibaca orang.
penulis duduk kat mph, kino sign autograf, nak kasi laris buku.
tak dapat revenue dik oi, sign autograf ni sebab hanya nak promo.

mereka jual buku online di amazon dan barnes & nobles. kena kebas sebab password dikongsi. atau yg download letak dlm torrent.
kesian mereka.

4) isu majalah. dah lah gaji wartawan kecik nonet. sampai hati kamu kebas :-(
wartawan tak ada revenue stream lain. tidak seperti movie star, top singer dan top book writer.
kesian kami.

sebab tu di amerika, ribuan akhbar dah TUTUP.
dan yg besar pun habis ranap buang wartawan beribu2. sebabnya?
orang nak baca berita secara free saja.
mereka nak baca cerita dari maysia dan washington, earhquake dan cerita dolphin mati, libya meletup dan kuan yew menyinga - tapi semua nak baca free!!!
abeh siapa yg nak bayar gaji wartawan agar tulis berita dgn baik?

blogger, secara umum, tidak mampu beri 'professional level' reporting berbanding cnn, bbc, nyt dan media besar yg lain.
sebab mereka tidak dilantik cara tulis, blogers mungkin tak bagi fair writing (nak tulis one-sided writing pun kena tahu caranya!).

kita sendiri tahu blogger mana yg menulis mereng ke kiri atau kanan. jika ditulis sebagai hobi, macam saya, tak apa. tapi akhbar dan majalah yg besar perlu ada pejabat, kena cari advertiser, ada printing plant. atau jika mereka online newspaper pun (seperti Insider, Mkini, etc) kena ada fast-servers, pejabat dan wartawan.
nak keluar fulus kena bayar ini semua.
sebab tu insider dikatakan ada jutawan yg bayar dan control dgn agenda tertentu, mkini dikatakan ada backer luar negara yg ada agenda tersendiri juga.
(Straits Times dan Utusan pun ada agenda, tapi revenue kami dari advertisers dan pembaca yg membeli paper - tidak tersembunyi seperti insider, kini).

jika semua orang nak free, dlm 10thn lagi tak akan ada newspaper dan majalah seperti yg ada hari ni. takut wartawan jadi macam online paper maysia - akan condong ikut siapa yg bayar gaji mereka, tak kisah cerita benar atau diperbesarkan asal agenda dipenuhi.

saya wartawan, tentu ler defend territory beb. kamu tak setuju tak jadi hal.

keramat,
orang tua ni memang payah nak suruh baca buku guna tablet dan laptop.
saya harap bila hampir buta dan pakai wheelchair esok, ada orang malayos buat Apps braille utk ipad.

RJ,
cakap tentang buku ni - hampir setipa buku tebal yg saya baca. setelah habis baca saya tulis dgn pensel - (misalnya) '1st read 28aug11, 2days to raya puasa, baru menang loteri 2juta'.
so next time i touch that book to read, i know exctly when was last time i read it.
ada yg saya tulis dibaca semasa anwar dlm kes sodomy 1! atau baru habis reformasi demo, mahathir turun takhta, baru beli rumah, etc.

tentang yg membaca Readers Digest - wah itu satu milestone utk orang zaman saya sebab dulu murah majalah ni dan cerita menarik.

katrina sebut tentang rungutan peniaga - saya sedar puasa lalu: di kawasan saya, saya round-round cari makanan buka tapi nampak dah kurang gerai2 tepi jalan.
kenapa ya? tak ramai orang beli diluar kerana harga mahal ke???

mr labu said...

physical book akan tetap maju, kesedapan dan suspens page to page fuuuuuhh nikmat.

selamat belated raya pok cik rem, hheheehe yeah salah tetap salah bila kita torrent tanpa membayar, but old habit dies hard jadi saya cuba bayar ikut credit card utk ezine

haih rindu nak kedai buku, funny how scars rob you your freedom n old lifestyle. mcm mana la artis/ politician tahan limelight, sya rasa nak tumbuk je stare manusia ni lol

Anonymous said...

Dalam buku tulisan abdullah cd "memoir abdullah cd" bahagian ke 2 terbitan SIRD tahun 2007.
Ms 112-120. ( SIRD banyak menerbitan buku mengenai sejarah left wing di Malaya dan spore )

beliau menyatakan bahawa Mat Indera adalah ketua pergerakan PKM sayap Melayu yang dilantik beliau sendiri.

kepada penyokong PAS yang jarang membeli buku sejarah, kalau kedai borders dah tutup, anda boleh beli di kedai lain. itulah guna jka kita rajin membaca, jadi kalau nak beri ceramah atau dengar ceramah, tak lah senang tertipu atau menipu.

Anonymous said...

ralat - pembetulan diatas

beliau menyatakan bahawa Mat Indera adalah ketua pergerakan PKM sayap Melayu Johor yang dilantik beliau sendiri.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,
I never miss a visit to that Borders when I am in Singapore. Balik Malaysia half the luggage bag penuh dengan buku for me and the girls.

Sedih sedih.

remgold said...

it's good to know there are many book-crazy people out there, and who are passing on this 'disease' to their kids.
pay it forward. ommelayu kata 'amal jariah'.

dahserikngankeris said...

unker rem, once you go black u never go back, jgn marah yeee heheheheh.

I love comics, used to be a collector, now with the internet the value of comics have dropped....adeh....use to read alot of archie in the toilet hence a not so bad command of english, still prefer to read hard copies rather than all this scantilated crap....but yeah to each his own the industry is moving on....pfffft. reading a book in bed besides the bed light is better than having a stupid ipad or laptop any day. panas lah menatang tuh!

remgold said...

maaf ah, unkerr cuti uzur.
manyak susah minggu ni:
selalunya saya shift 4pm-1.30am.
tapi semalam kena tukar 10am-9pm.
dan hari ni, masuk 7.30am habis 6pm.
kepala pun mabuk tak tahu benda bersinar kat *ufuk tu matahari, bulan atau alien spaceship.
(*steady lah aku, gunakan perkataan ufuk ok. ko paham ke?).
11pm friday - baru ngun tidor ni, pengsan lepas maghrib tadi.

2hari ni tadi sibuk tengok republican debate dan obama speech tentang budget, nak paham negara giler tu. i feel very 'merican.

http://www.youtube.com/watch?v=uM174emEhak

hikayat.. said...

pakcik oped.. citela pasal emas lagi. sy baru berjinak2 ngan beli emas sbb pakcik kate untung... hehe