Macam dah penat collect syiling emas dan perak, banknote lama dan setem, saya kini sedang risik-risik jam antique.
Baru 3tahun main-main game golsilnotestamp, dah jelak.
Setakat ni belum ada niat nak mulakan hoby baru, sebab nampaknya hobi jam ni mahal.
Tapi berbual dengan beberapa member di pejabat saya, ramai juga yang ada hobi ni.
Sekurang-kurangnya tambah ilmu.
Saya diberitahu:
- Ada yang gi cari jam lama di Sungei Road (sama macam Chow Kit di KL) di mana ramai orang jual tepi jalan. Dibeli lalu direpair, tukar tali baru - ah! baru cantik. Lepas tu mungkin dijual.
- Ada pula yang wartawan kanan dan boss besau syarikat saya (katanya) yang collect jam antique mahal, dengan brand nama besar (big name seperti Rolex, Tag Heuer, Panerai dan IWC).
Maknanya, ada yang collect jam pekak murah, yang lain kumpul jam orang kaya.
Di Peninsula Plaza di Singapore - ground floor, ada sebuah kedai yang khas jual macam-macam Rolex lama dan juga jam mewah yang lama.
Saya tak berani masuk sebab satu benda pasal hobi ni tak paham.
Nanti saya baca sana situ dan mungkin beli buku, sebelum confirm nak main game ini atau tidak.
SEMALAM, ke flea market mingguan di China Square Centre (di Raffles Place/Chinatown MRT station) jumpa rakan Cainis yang jual coins-banknote dan macam-macam jam. Flea market di KL ialah di Amcorp Mall - setiap Sabtu dan Ahad = macam-macam ada.
Untung juga semalam dapat belajar benda baru - dia tunjukkan sebiji jam usang bernama Vulcain - 'the US President's watch'.
Rupanya pada 1950an, Eisenhower mula pakai jam ini. A winding watch (iaitu bukan automatic dan bukan yang pakai battery) yang juga ada alarm. Bunyi alarm macam cricket (cengkerik), jadi nama jam ialah Vulcain Cricket.
Selepas Eishenhower, setiap Presiden baru Amerika diberi jam Vulcain ni secara percuma (pandai depa buat branding) = walau mungkin tak dipakai.
Kini macam-macam dan jenis glam company ni keluarkan - websitenya di sini.
Harga jam usang Vulcain ni, mentang-mentang 'US President's watch'? S$1,000 (RM2,400).
Heehee, errrr, takpelah beb, gua simpan coin lagi murah.
SIAPA main hobby ni, sila kongsi cerita.
Atau hobby lain seperti collect Hello Kitty, Coke, mancis, kereta (Sultan Brunei ada 2,000 kereta mewah dan antique. Aku nak park dua kereta lama kat rumah kat KL tu, sempit!)
Mana setem collection Katrina ni - lagi tunggu bila beliau nak tayang di blognya.
------------------------------------------
BACA blog kedua saya kenapa hobi jam ni agak problem untuk saya.
Time after time.
Video: At the Last Rally
1 hour ago




5 comments:
I heart Cucumas n BungaPamps better! Vulcain dan jam-jam yg sewaktu dengannya are just too queer a collection for me to appreciate or admire. Unless it's a certain Omega watch...jeng jeng jeng.
Kena cabar setiap jam collector untuk dapatkan jam Omega :-D
aku tak collect jam jenama lain kecuali jam jenis omega macam dipakai oleh pelakon terkenal tu lah...
masalahnya aku cepat pulak terlupa.. asyik tertinggal jam aje.
boss...
aku ada gak collect sesikit jam antique n gitar vintage..
Tapi kaki kurang arr nak jumpa dan nak beli...
Ada sesapa brani layan?
Sekali pandang ingat gambar jam OMega si anuar, saya ingat dah jumpa .... abang kalau jam anuar dengan serial no. yang dikomfermkan, agaknya, berapa harga boleh dapat??? ....
Post a Comment