SILVER DOWN 18PCT, GOLD 5PCT IN 2DAYS
...And the US market has not even opened!
Atoknetanyahukenalanggarbassekolah! (That's a four-letter word).
Kalau ada duit dan belum beli juga memang lah anda papa macam saya dewasa ni. Kalau
dah collapse gini, inilah masanya nak buka AKAUN emas atau perak.
Jika beli physical belum tahu lagi dapat murah. Tapi jika main akaun, cantik.
Semalam perak jatuh 9.5 per cent di pasaran Comex New York, dan kini di Asia jatuh lagi 9.7 per cent.
Emas semalam terpeleset 2.5 per cent, kini ditambah lagi jatuh 2.5 per cent.
PERAK: Jika
baca chart, hancus dah harga spot (Line Merah) pecahkan 14-day Moving Average (Line Biru). Jika Merah terus jatuh langgar Line Hijau (200-day MA), sekitar US$35, lagi hancus.
End of the world.
EMAS: Chart emas pun sama, 14-day MA dah kena baham beruang. Tapi 200-day MA masih jauh lagi, sekitar US$1,500.
Yang pasti bila dah ada major chart damage begini, agak payah nak melauntun/rebound balik ke harga lama (US$43 perak dan US$1,850 emas, awal minggu ini).
Ini kita bual kedai kopi ya beb, jangan lu orang esok jari emas (goldfinger) terbakar, nak bakar rumah saya pula.
-----------------------------------------
SEBELUM INI
Fuyoh.
Dah lama tak nampak
action begini.
Perak jatuh di bawah US$38 an ounce, dan emas di bawah US$1,800.
Panik,
panik.
Bila pasaran New York buka 'jap lagi dan logam mulia terus jatuh, saya nak ke kedai emas dan perak esok. Nak beli satu guni!
If at the end of New York trading later - awal pagi masa kita - logam mulia masih di paras ni, anda mungkin mahu beli. Cuma macam biasa, dalam market goyang ni, katalah anda ada 10,000 (RM, SGD, USD, Israeli shekel, Swiss franc), jangan gunakan semua - mungkin 30-50 peratus. Takut esok jatuh lagi.
Malah, jika anda banyak harta qaroooon, beli saham pun ok.
Straits Times Index jatuh 2.55 peratus.
Index KLCI Malaysia jatuh 2.2 peratus.
Hang Seng Index Hong Kong 4.9 peratus!
TAPI pasaran bila dah terkejut jatuh ni, agak lambat nak rebound naik balik. Jadi gunakanlah spare cash, bukan jual rumah dan kereta nak masuk.
Belum sempat nak tengok chart logam mulia ni.
10 comments:
Terima kasih achik (tengah2 antara abang dan pak chik, tapi tetaplah dihormati) atas info terkini. Kalau buat personal loan untuk beli emas sekilo kira masuk senarai tak? :]
Assalamualaikum Pak Cik Rem
Yupp..memang dah lama tunggu nak merudum, cuma hari ni dah lepas bawah 1800..tapi tak de le nak beli seguni.
Ped, kau minat tawarikh kan. Cerita2 sejarah.
Nak beli emas gi ke Raub, dia orang jual pakai kilo. Satu (1)jongkong besar 14.6 kg
http://raubgold.webplus.net/index.html
Scroll down main page website tawarikh kat atas.
Salam - Doha, State of Qatar
Salam. En Rem, kat KL ni, mana kedai bullion yg bukak on Saturday/Sunday...?
Saya tanya Nubex(www.nubex.com.my) tapi depa buka Mon-Fri sahaja.
Please advise urgently...
Thanks so much.
So far saya compare harga Public Gold dgn Numex, nampaknya Nubex harga lebih baik.
Anon,
di kedai emas biasa tak ada ke? maaf, saya beli semua logam mulia di spork dan ebay, sebab saya dapati di msia barangannya semua mahal.
tapi jika nak cuba juga - kedai jual coin, bars logam mulia
- basement Maju Junction (kat hujung)
- ground floor Imbi Plaza (tempat komputer, tapi di hujung tu ada kedai jual banknote setem coins)
- amcorp mall - tingkat paling atas.
- berjaya times square ada dua kedai di tingkat tujuh atau lapan, tapi payah nak jumpa sebab tempat tu besar sangat.
di spork banyak kedai jual saya dengan margin 5pct: spot price plus mereka untung 5pct above spot.
kalau yang tak kenal, biasanya akan jual 10-15pct above spot.
cubalah nasib anda.
timur,
tentang nak beli seguni tu, tadi saya jengok bank account saya - tinggal beberapa ratus dollar saja. hahaha. jadi saya tak beli apa pun.
rasanya dah banyak sangat beli, bawa rihat dulu. belum sempat nak beli jongkong 14.6kilo. heee.
nice history tho!
semalam rupanya silver jatuh 9.5 percent! kini sedang jatuh lagi 2pct ke paras usd35! aduhai. time to buy.
emas pun nampaknya lemah lutut.
sebagai panduan kasar:
di paras ini, saya jika ke kedai dealer, mereka akan jual lebih kurang silver bullion kpd saya 1oz = s$62 (iaitu sebiji coin silver maple leaf atau american eagle).
emas 1gm lebih kurang = s$80. atau 1oz = s$2,300 (one gold coin).
jadi anda convert x2.40 dapat ringgit valuenya.
jika kedai emas atau dealer di kl jual tinggi sangat drpd harga ini, jangan beli atau beli sikit saja.
sayang saya salaryman duit pokai, kena tunggu hujung bulan - tapi mungkin harga dah lompat balik.
Salam Op Ed
mengikut tawarikh, keluarga Rothschild memonopli bukan sahaja stok emas dan perak, tetapi juga sejenis mercury yang berkualiti tinggi dan ini berlaku sejak awal abad ke 19. Salah sabuah lombong terbear mereka ketika itu terletak di Spain.
Mercury ini lah yang digunakan untuk process refining emas dan perak mentah sebelum dijadikan gold bullion atau barang kemas.
Mungkin kita patut juga melabur dalam bahan mercury ini ?
-Malik-
harga betoi2 collapse semalam.
www.kitco.com/market
sebabnya?
jika anda dulu nonton video yg saya beri link, Jim Rogers, rakan karib george soros yg bersama terajui Quantum Fund dulu, dah kata - semua orang bullish logam mulia, beliau membeli US dollar.
dia kata something like - if everyone goes to one side of the boat, i want to go to the other side.
sebab tu beliau billionaire! itu namanya contrarian trading! if everyone says buy, you sell. if everyone is selling and there is blood on the street, you go out and buy.
jadi kini ramai pemain (fund managers, speculators) lari dari logam mulia dan saham asia, masuk US dollar!
(hancus 2-3hari ni saham asia).
itulah permainan mereka. bila sesuatu asset class (stocks. bonds. currencies. metals. oil gas. real estate) dah murah sangat, gerenti akan melantun balik.
yg tak melauntun balik ialah negara yg terus dikawal penjahanam asset seperti di zimbabwe, somalia.
(jika anda kaya, inilah masanya nak beli rumah di amerika. tapi bukan di london atau australia, kerana harga dah bertahun terus naik).
tentang emas-perak ni, jika ada wang lebih, kamu masuklah. nampaknya penjual (dealer) silver di spork masih tak turunkan harga sebab mereka jangka akan rebound cepat - saya dah check semalam.
kalau gitu baik kita beli silver dgn online dealers singapore (silverag.com.sg, silverbullion.com.sg, 1silver1.com) di mana harga ikut pasaran = mereka untung sebab jual spot+margin.
dan emas di spork jika nak beli - kamu lari ke kedai emas dan ke mustaffa shopping centre.
mereka juga jual spot+margin juga (katanya mustaffa ni jual emas yg paling murah. dan silver yg paling mahal!).
di maysia, tak ada online silver dealer yg serupa (nubex.com.my dan silveray.lot.my tak banyak pilihan).
jadi anda masuklah beli emas kecil2an di kedai emas (boleh dikatakan semuanya ikut harga spot + margin).
tapi jangan esok kamu sangka akan terus lompat balik ke usd1800.
laporan mengatakan fund managers semua lari ke us dollar assets (mereka masuk matawang, saham dan bond US).
dan ramai semalam main short gold and silver futures.
mati terkangkang kat tengah jalan jika kita day traders tapi salah masuk.
dan saya gerenti dlm market volatile gini, ramai day traders juga terus jadi jutawan.
jika anda nak kata ini spekulasi dan takut haram, betul juga.
jadi kita beli dgn niat nak simpan harta agar dapat cover inflasi.
ko jangan pulak gi solat kat masjid bawa emas letak poket atas (takut hilang kat rumah konon).
nanti lagi sujud coin emas jatuh, bukan kamu saja tak khyusuk. semua jemaah resah sebab nak grab coin yg bergolek tu!
abg rem. mintak pencerahan.
3/9/2011
1USD = RM2.9615, spot pada 1875.25USD
23/9/2011
1USD = RM3.165, spot pada 1689USD
macam mana kita nak convert ke dalam 1gram emas bersamaan berapa RM?
saya tak reti la. jenguk2 calculator online pon pening. hehe. tolong :)
jasamu dikenang sbg perwira EMAS!
1) lihat harga emas.
yg paling mudah lihat dagangan emas di asia (column bawah) dan di CME (US) (column atas) ialah:
www.kitco.com/market
jam 6pagi waktu kita dah mula logam mulia didagangkan di asia.
2) lihat harga ringgit dollar harian. mungkin bukan up to the minute, tapi lebih kurang ler,
gunakan:
xe.com.
atau nak mudah anda Google saja:
Google: "convert US$1800 to malaysian ringgit"
mamat Goog ni pandai, dia convertkan!
3) nak convert ke gram/gramme?
yang didagangkan di dunia ialah satu ounce.
jadi anda kena hafal: 1oz = 31.1gm.
jika harga spot 1oz emas = us$1,800 = 31.1gm.
1800/31.3 = 1gm ialah us$57.90.
4) dah tahu harga spot satu gm, boleh ke kedai emas tanya brapa margin above spot depa jual.
di mustafa, ada tulis kat websitenya (+/- sebab ada time lag bila depa update website):
http://www.mustafa.com.sg/index.asp
lihat kanan di bawah 'Gold Rate In Sing Dollars'.
depa bagi 22k (96pct purity) dan 24k (100pct purity).
yg didagangkan di dunia ialah 24k, 1oz.
depa bagi 100m = jadi kamu divide by 100 lah nak dapat harga 1gm (secara umum).
ini jika kita nak BELI dengan mustafa.
jika kita nak JUAL emas dengan mall ni, kena minus 15pct!
mak oi, mughal boss ni makan habis! patut kaya anak dia ada lambo.
terima kasih bro rem atas pencerahan tersebut.
lambo kat singapork takde yang terbakar ke? kat malaysia mudah2 je lambo terbakor. haha. google.
Post a Comment