UFO berligar di Dome of the Rock, masjid Qubah As-Sakhrah.... takuttt.....
Baca cerita pork chic gila di blog kedua saya di sini.
Dragon coin fever hits the world. Hari ni, Sept 1, ialah hari pertama syling perak naga Perth Mint mula dihantar keluar oleh dealer.
Naga Singapork ada dua sebab nak tunjuk Tony Tan facing-off dengan Tan Cheng Bock, agaknya.
Video: At the Last Rally
1 hour ago





4 comments:
Assalamualaikum Pakcik Rem
Selalu singgah di blog Pakcik Rem, tapi kali ni baru nak menulis, itu pun nak minta nasihat. Terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Saya ada sedikit simpanan dalam bentuk ketulan dan duit emas (maple leaf gold coin). Adakah ini sesuai untuk disimpan atau dijual dan buka akaun pelaburan emas (cth. di Maybank)
Juga, web mana yang sesuai untuk pantau turun naik harga emas ni.
Itu je
Pengembara
Pengembara,
Selamat Hari raya bro. kesian orang singapork - saya jumpa rakan dari berita harian dan juga security: 2nd day raya dah kerja (saya masuk 3rd day, semalam).
maple leaf = one of the most sought after gold coins di dunia.
sebab ia 4-nines, bukan 3-nines macam gold coin lain.
anda lihat coin anda tu - baik maple silver atau gold, puritynya ialah 9999, bukan 999.
maknanya coin itu 99.99 pct pure gold (atau silver), bukan hanya 99.9. it's the purest gold coin out there.
selagi US dan eropah ni macam nak collapse, baik pegang dulu coin itu.
saya tak berani kata akan naik ke tahap mana (kini us$1,800 satu oz), tapi jika tak terdesak anda Jual hanya bila ada GOOD NEWS dari amerika dan eropah: ekonomi mereka kina pulih.
beza coin dengan akaun emas di maybank, citibank, kuwait finance (di msia) ialah trading akaun tu nama saja emas! anda Tidak Boleh tukar keuntungan itu kpd physical gold kemudian hari dari bank itu.
esok misalnya akaun anda naik dari rm5,000 kpd rm10,000 pun, anda kena keluarkan wang itu dan cari kedai emas jika nak physical gold.
tak semua orang suka main akaun gini, mereka suka pegang emas, boleh action belek-belek kat kedai kopi. atau bila malam tak boleh tidor, boleh keluarkan dari laci dah belek 'kaya juga aku heh'. lepas tu tertawa terbahak2 macam orang gila. macam selalu saya buat lepas 12dinihari.
advantage trading account ialah Mudah Nak Jual.
contoh: anda buka akaun rm5,000 (misalnya) dan beli satu coin rm5,000.
kemudian harga emas di pasaran dunia naik us$200 (misalnya dari us$1,800 kpd us$2,000).
jika anda ada akaun - anda dah untung 11.1 peratus! (2,000 minus 1,800, divided by 1,800, times 100).
5,000 tu dah naik jadi 5,550. untung rm550!
tapi jika anda ada gold coin berharga rm5,000 dan ke kedai emas atau coin dealer sebab emas dah naik us$2,000, mustahil anda nak dapat untung rm550.
sebab biasanya kedai tolak harga emas kini (us$2,000) dengan 10pct atau mungkin 15pct!
sebab mereka nak cover balik jika jual kpd orang lain dan nak bayar gaji pekerja dan sewa kedai.
anda mungkin kena tunggu harga pasaran naik kpd us$2,500 jika nak untung bila jual coin itu.
Gold Coin (and Silver, Platinum coins etc) gives u a sense of well-being and safety. anda lari ke london atau perth pun boleh jual coin tu dengan harga sama!
but coins are harder to sell at a big profit unless the price has gone up much higher.
Gold Account gives u faster returns.
tapi bahaya pun bertambah: jika esok harga emas jatuh dari us$1,800 kepada $1,500, coin anda tetap bersinar cantik. tak rugi apa-apa.
walhal akaun emas anda dah rugi: 16.7pct!
Akaun tu namanya saja emas, esok jika orang suka beli Azuki Beans jepun (zaman saya muda), bank boleh tukar nama. atau jika esok orang suka trading Farmland atau Solar Panels, boleh juga bank tukar nama. it is for trading!
utk saya: emas saya simpan physical (sikit aje coin sebab mahal).
silver saya ada physical (coins and bars) dan ada juga akaun. tapi dah 2bulan tak pakai akaun sebab silver and gold keduanya in much overbought positions.
saya main game lain: kerana matawang kita (sing dollars dan ringgit) dah naik berbanding US dollar dan Euro, saya beli silver coins di ebay yg dijual dlm US dollars atau Euro. benda sama, harga sama, tapi kerana matawang kita lebih kuat, saya dapat untung foreign exchange (jangan beli yg dijual dalam harga singdlrs, ringgit, aussie, swissie buat masa ini).
nak pantau harga - saya gunakan www.kitco.com/market.
yg di atas tu ialah harga di Comex (sebab tu bila kita siang dia tutup, nanti malam dia buka).
yg di bawah tu trading berjalan waktu kita - electronic trading prices in Asia.
jika kamu ke kitco.com (Home page), ada berita yg boleh dibaca. tapi mereka yg tulis tu ramai ada position (mereka coin dealers dan commodities players) jadi kena hati2 recommendation mereka.
Assalamualaikum Pakcik Rem
Bukan setakat Orang Singapork saje yang 2nd hari raya dah bekerja, juge orang Malaysia seperti saya dah mula masuk pejabat 2nd hari raya.
Terima kasih le atas nasihat dan pandangan yang diberikan mengenai selok belok emas ni.
Tapi betul le Pakcik, bila pegang dan belek-belek emas tu, boleh sengeh sorang diri. Cuma maksud GOOD NEWS adakah bermakna emas akan turun atau naik harganya. Maaf le pakcik, banyak bertanya pulak.
Insya Allah jika timing baik, Pakcik ada di Wangsa Maju, Saya ada di Ampang Hilir, boleh le lepak di NZ curry house, tak pun makan nasi lemak depan 7-11 di Wangsa Maju tu...Itu pun kalau kedai tu masih ada. Susah-susah Chiken Rice Shop Carrefour Wangsa Maju je.....
yo,
tak jauhlah ampang hilir dgn wangsa maju nih. saya kini sedang suka main2 di jaya jusco AU2 (setiawangsa). senang parking dan banyak tempat makan. juga saya beli makanan kucing.
http://www.kitco.com/market/
semalam emas lompat 3.2pct dan perak 4.2pct, sebab BAD NEWS utk ekonomi amerika.
jika ana belek kembali cerita lama saya tentang 'non-farm payrolls' - semalam keluar data utk Ogos. v bad news - no jobs growth for america. maknanya ekonomi nak slow, maka US dollar and dow jones collapse, emas-perak naik.
kerana jika ekonomi slow, maka orang tak banyak beli saham amerika (bank, industri) - dan, misalnya, lebih baik beli saham di msia di mana banyak projek dirancang.
dan kerana orang tak banyak nak beli saham amerika dan perdagangan dijangka slow, maka US dollar pun lemah (sebab nak beli saham amerika kena tukar wang kpd US dollar).
bila dollar, matawang No.1 di dunia, lemah, maka pelabur dan spekulator lari masuk emas-perak.
SAFE HAVEN BUYING.
when bad things happen - serangan terrorist besar, tsunami, loji nuklear meletup, minyak arab mungkin tergendala, maka pelabur besar seperti pension funds akan bertanya: mana tempat Paling Selamat nak letak wang kita selama 1minggu, 1bulan, 3bulan, 1tahun, 5tahun - strategi masing2.
dan buat masa ni mereka tak berani masuk beli Euro sebab ekonomi eurozone banyak lemah.
jadi mereka beli emas-perak, swissie, aussie dollars, singdollars, malay ringgit. yg dirasakan lebih stabil buat masa ini.
itu dinamakan Safe Haven Buying.
tapi jika GOOD NEWS utk amerika esok - ekonomi pulih, mereka dapat buat deal nak potong defisit - maka emas-perak akan JATUH.
sebab pelabur akan lari balik beli US dollar dan saham serta bond amerika.
Post a Comment