Monday, 26 September 2011

Perak bertukar jadi Beruang?

Emas dan perak terus kena bantai - fuyoh. Emas jatuh hampir 4 peratus lagi (tambah 6peratus minggu lalu). perak jatuh 11peratus (tambah 21 peratus minggu lalu)!
jika kita beli physical tak apa lah, boleh simpan bawah bantal.
tapi jika main akaun (sama ada UOB di singapore atau Maybank di kl) mungkin panas terbakar.

sebabnya pasaran terus pengsan?
jika kita faham sikit cara world market ni naik turun mungkin kita tak panik sangat.


1) REACT to fundamental news.
yg paling diikuti pemain pasaran (baik pelabur seperti pension fund mahupun speculator hedge fund dan day traders) ialah fundamental news.
misalnya, jika bom besar meletup di telok parsi, atau israek serang iran (misal saja) - di situ minyak-gas dunia keluar masuk, tentu minyak-gas akan naik harge.
tapi saham sedunia mungkin turun sebab takut ekonomi dunia jadi lemah akibat harga minyak-gas naik.
ATAU jika esok ada yg kata - jobs growth di amerika kini dah kuat. ini akan lonjakkan saham seluruh dunia sebab ekon terbesar di dunia dah pulih, mereka akan beli produk dan servis kita satu dunia.

minggu lalu, ben bernanke, gabenor bank pusat amerika, lalu kata nampaknya ekon amerika lebih teruk dari dijangkakan, maka ramai panik. sebab ia menambahkan bad news dari eropah di mana euro dah goyang.

2) COVER losses, PROFIT taking.
Bila market mana pun jatuh dengan teruk, ramai pelabur akan panik. misalnya pension fund (katalah EPF msia atau CPF spore) ada untung sikit beli saham dan bon. bila harga jatuh, mereka mungkin kata - baik saya jual dulu, agar dapat simpan untung. kalau aku tunggu sekali esok jatuh teruk lagi, rugi pulak.
masalahnya ialah bila pemain lain dengar big fund dah jual, yg lain akan jadi pak turut. 'Alamak, Rem Soros, adik George, dah jual! mari kita jual'.
yg buat silver collapse last week ialah terdengar desus bahawa Hedge Funds jual. depa nak profit-take, sebab hilang duit di pasaran saham dan bond (yg turut collapse).


3) MARGIN calls.
bila market mula collapse, orang yg trading gunakan margin, akan kena margin call.
misalnya di bursa msia dan bursa spore, ramai orang panggil broker dan beli saham tanpa bayar apa-apa. setelah buka akaun di securities house itu, mereka nelpon dan kata - beb belikan 10lot saham kecik ni. nanti aku settle price difference dalam 5 hari (atau 7hari) terpulang kpd perjanjian antara broker dan pembeli.
cantik jika saham NasiLemak Keramat tu dibeli RM5, dalam 7hari naik RM10 kerana ada berita Intel nak beli kerana nak mula jual nasi lemak di new york.
tapi jika saham collapse kerana CEOnya lari curi duit, maka broker akan call kita - tuan, saham tu kini dah jatuh dari RM5 kepada RM2, jika tuan masih nak pegang saham 10lot tu, sila top-up akaun tuan - RM3 x 10lot (1lot = 1,000 saham, jadi anda kena bayar RM30,000).
telefon call itu dipanggil Margin Call (sama ada pakai email atau sms pun) - you are called by your broker to top up the margin account, kerana kerugian dah teruk nah.
jika anda top-up, maka broker terus pegang position anda, sehingga anda suruh jual.
jika anda tak top-up, broker akan terus jual position anda, dan anda kena bayar kerugian itu juga.
saya pernah kena sekali: lebih 15thn dulu, beli saham pakai margin account. saham collapse!
mampos kena margin call. tak boleh top up. broker jual.
rugi sgd3,000 dalam enam hari! mampoi aku. sejak tu terus stop, tak pakai margin account lagi dan tak main saham.
nak beli, pakai cash. sebab margin account ni syiok bila saham naik. tapi ia sepculative position, macam judi kat casino.
saya kerja di kl 12 tahun, tak pernah ada akaun saham bursa malaysia, sebab dah serik.
saham di spork yg saja jual beli kini, saya pakai cash. tak ada duit, duduk diam.
beli akaun perak UOB tu pun pakai cash.

dan itulah yg terjadi kpd emas perak di CME jumaat lalu dan hari ini di asia.
hedge funds jual nak tutup position.
harga jatuh, kena margin call, kerana pemain tak mampu bayar. maka broker jual dan terus collapse harga hari ini.

4) CHART damage.
dan yg turut bahaya apabila market collapse ialah chart damage.
walaupun orang gunakan fundamental news nak jual-beli, ramai juga main pakai chart.
dan walau emas perak belum jatuh ke bawah 200-day moving average, saya diberitahu ia dan pun pecahkan 100-day MA. aiyoh.

ramai mula takut market jadi bearish/muram.
a bear market happens when a market has fallen below 20 per cent of its recent peak.
dan silver ni dah jatuh lebih dari itu!!!

dah 30 peratus tu, jika kejatuhan khamis-jumaat dicampur kejatuhan hari ini.
emas baru jatuh 10-12 peratus.

alamak. jangan-jangan perak dah jadi beruang tak?
uh oh.

19 comments:

Anonymous said...

Pok Cik Rem,

Saya buat duit short Gold masa detect double top dan masih hold short sampai skg.. hehehehe

Commodity Trader

Maloperro11 said...

AgAu been very volatile this year -could indicate they're just warming up for something really BIG to happen. It could be a massive rally in 2012 OR it could be a large unwinding of the safe havens as countries sort out their issues and the big money starts moving out of metals and into currencies and stocks.
Apa pun terjadi, I am still forever and ever...a Goldbug ;)

Johan R Wandi said...

Unkeerr Rem,

Margin Call atau pun main Contra (KL slang).

Dah terkena kat saudara saya, terpaksa bayar balik hampir $14,000 sebab ada satu saham syarikat UMNO-link lingkup & kantoi pada satu pagi.

Mak ayah menangis mana mahu cari $14,000 seketul sedangkan anak pulak baru dapat kerja gaji tak sampai $2K sebulan.

Biasanya mudah terkena pd anak muda atau mereka yg baru berjinak dgn saham.

Unkeer Rem tak mahu bagi ulasan lagi ke berkenaan dgn Eurozone krisis, seronok saya membacanya.

Saya predict Greece akan default big way, beyond redemption & ECB akan tertonggeng tak boleh cover loses, Germany akan kelam kabut paksa negara Euro lain utk sama2 bertanggung jawab.

Italy & Spain akan menyusul kemudian.


Johan R Wandi

Anonymous said...

Salam Pokcik,

Apakah punca2 ekonomi USA menjadi teruk? Adakah disebabkan peluang kerja yang berkurangan atau penarafan hutang yang diturunkan?

- bapak jijah

Anonymous said...

Pokcik,
Please help explain in laymen term, pasal apa people are dumping gold and buying USD? Some analysis I read said investors are going for "safe haven, i.e the greenbacks". Safe haven? USD?
Itu yg tak paham ni...I thought US is in a lot of shit now, with the debt and the collapse of the housing market etc, and there are investors who still want USD? It is like jumping to a ship which is sinking. Tolong educate kami sikit Pokcik... thanks so much

Anonymous said...

unkerrr.

kawan sy cakap, perak turun sebab ada orang baring tengah jalan. haha.

JohorMali said...

MrRem,
Maka akan sampai satu ketika nanti orang ilmiah akan berkata, " Let's go back to the basic..!"
Heck...what's the neraka is the basic ?

remgold said...

eeks unkerr dah ngantuk tapi kena jawab semua.

1) Commod Trader. pandai kamu.
harap kamu dah cover position. sebab kedua gold dan silver dah much oversold. nanti dia melantun balik, tak sempat nak ke toilet.

2) maloperro11,
yg saya kini nampak value bukan saja emas dan perak - yg masih up on the year - tapi Platinum!
tapi unkerr dah kering.
si perro11 ni memang dari dulu suka emas.

3) johan, hamba dah bual tentang Eurozone baru ni, jadi kita rilek dulu:
http://remgold.blogspot.com/2011/09/eurozone-dikhuatiri-pecah-dunia-pening.html

orang kaya kawin/jatuh cinta dgn orang miskin ni memang payah - lihat saja movie bollywood atau cerita seperti filem p.ramlee Penarik Beca. samalah eurozone negara kaya germany, france, uk duduk serumah dgn yg banyak hutang greece, portugal, ireland.

eeks boleh cerita lagi apa jadi dgn $14,000 tu? boleh bayar tak?

4) bapak jijah,
tentang kenapa US ekon ni nak tenggelam hamba dah ngobrol juga baru ni dlm beberapa artikel:

http://remgold.blogspot.com/2011/08/pacman-telo-aka-unkerr-sam-settle-deal.html

http://remgold.blogspot.com/2011/08/s-turunkan-credit-rating-us.html

http://remgold.blogspot.com/2011/08/ekonomi-us-eropah-lemah-saham-sedunia.html

http://remgold.blogspot.com/2011/08/untuk-pasaran-helluva-week.html

5) Anon 16:41,
gold dah meluru naik 11tahun berturut2. jadi tak terkejut jika ia jatuh.
bukan sebab US dollar dan asset US lain (bond, saham, real estate) lebih baik dan selamat.
tapi ini Yield Play.
orang yg beli emas tahun lalu, atau awal tahun ini pun, patut jual dulu = ambil untung.
dan mereka masuk asset lain yg harganya dah jatuh teruk.

seperti kata billionaire Jim Rogers baru ni - semua orang jual dollar dan bond US, saya dah beli. sebab bila semua orang duduk kat satu corner boat tu (emas dan perak), saya lebih suka duduk di corner yg tak ada orang.

atau ikut cakap orang KL:
rumah kamu di Damansara Height, Bangsar tu - telah naik harga setiap tahun selama 11 tahun.
sedangkan harga rumah banglo di Keramat jauh tertinggal.
akan ada masanya bila orang kaya bertanya: eh kenapa kita masih nak beli teres house di Damansara, Bangsar ni sedangkan harganya dah RM1.5juta.
kat Keramat (tempat saya tinggal) banglo sama harganya! atau sekurang2nya semi-dee.
bukan maknanya Daman-Bangsar dah tak bagus, tapi price differential is too big to ignore.

orang takut dan lari dari US dollar dan US bonds ni dah bertahun (sejak krisis dunia 2008), tentu boleh masuk nak beli.

esok harga Keramat dah mula naik, kamu jual banglo tu dan masuk ke Daman-Bangsar kamu tu balik. maklumlah lebih glam (sama macam sinar emas).

lagi satu:
pelabur dan speculator ni main game berbilion beb.
kita masuk sing10,000 atau rm10,000 dah action orang kaya.
hedge funds dan pension funds ni duit mereka berbilion, jadi kadang mereka buat 'portfolio rebalancing' sikit saja, tenggelam atau timbul satu pasaran tu.
kamu tengok saiz pension fund terbesar di dunia ni (termasuk epf):
http://en.wikipedia.org/wiki/Pension_fund

sama juga hedge funds atau mutual funds.

kadang mereka sengaja nak gegar dunia, lalu announce: Fund XYZ thinks technology stocks are overvalued, and silver (misalnya) is undervalued. we are rebalancing our portfolio accordingly'. terkencing satu malam kamu, jika kamu pegang tech stocks!
walhal kadang mereka dah beli silver dulu, baru announce gitu!

lagi satu permainan mereka ialah Bear Trap atau Bull Trap.

mereka announce: 'Silver is UNDERvalued'.
Bear Trap: kita pun sibuk beli sebab Soros, Jim Rogers atau Marc Mobius (ini misalan saja) membeli.
walhal orang tu NAK JUAL. kamu semua masuk mereka take profit.

Bull Trap: mereka nak BELI, tapi harga mahal. lalu mereka announce - 'Silver is OVERvalued, we'd rather buy other assets'.
lalu kita pun takut, lalu cepat jual! dah jatuh teruk, mereka pungut dengan harga murah.
(atau kadang mereka dah short dulu, jadi bila kamu jual, mereka jadi kaya).

keramat mali said...

Rem

uncle punya penerangan memang superb, tapi kesian pulak den nengok hang asyik kena repeat jawab soalan yang sama.

Hang suruh je depa nonton documentary ni kat youtube
( 3 jam lebih - kopi satu koleh )

Tajuk : The Money Master

http://youtu.be/JXt1cayx0hs

keramat mali said...

Rem

satu lagi soalan pasal saham

semalam (ahad) race F1 Singapore kat Marina Bay dan main sponsor Spore F1 tahun ni ialah UBS.

Dengar cerita boss UBS Spore kena fire 24hours hari jumaat pasal rugi SGD 2-3 billion bila share kat asia merudum dan F1 dinner hosted by UBS pun muram saja.

betul ke sampai macam tu

Adam Ghedodin said...

Sebagai orang berpengalaman & lama berkecimpung dalam arena pembelian logam mulia, apa pendapat tentang Public Gold? Harga dia tu dianggap mahal ke pada pengamatan? Harap disuluhkan jalan.

p/s: Jawab esok-esok pun takpa, kalau free.

remgold said...

ya maulan,
saya pernah jawab di sini soalan lebih kurang sama:

http://remgold.blogspot.com/2011/09/tawarikh.html

(lihat dalam Comments)

saya ulangi bro:

nak beli emas perak, pilihlah yg mudah dijual kelak di mana saja.
misalnya di maysia ada perak buatan tempatan, dgn gambar masjid, gambar rose.
tapi takut bila nak jual nanti (di kedai pajak, kedai emas, ebay atau dgn orang bukan m) payah nanti.
yg nak beli 5thn kelak ialah penjual tadi, dan harganya rendah! atau takut penjual dah tutup kedai 5-10thn lagi.

sebabnya ialah orang ramai tak kenal Mint (pengeluar jongkong atau syiling), jadi bagaimana nak tahu PURITY emas atau peraknya?
mint boleh cop '9999 gold' (iaitu 24 carat, the highest purity), tapi kita tahu ke itu betul?
mungkin dalamnya besi karat. macam banyak keluaran china. jangan beli logam mulia, stamp, matawang dari china ni. bahaya.

bandingkan dgn yg paling terkenal - Perth Mint (kookaburra atau koala bear), Maple Leaf keluaran mint canada, Krugerrand afrika selatan (gambar kijang dan Paul Kruger, pengasas afrika selatan).
atau mexican Libertad (pompuan berkepak) dan austria Philharmonics (negara beethoven dan mozart, coinnya gambar musical instruments philhamonic orchestra).
yang paling mudah dijual ialah American Eagles.
dan kini nama yg pantas naik ialah syiling china Panda (beli dgn dealer yg besar saja).

Google boleh lihat gambar syiling emas atau perak mereka.

lihat ni, harga online dealer spork. dia jual paling kurang sing$2,000, jika tidak tak boleh order.

http://www.silverbullion.com.sg/BrowseProducts.aspx?DepID=5

baik di kl, new york, venice, vancouver, stockholm, santorini (nama2 di mana saya ada penthouse), mudah nak jual.

jika kamu bawa singapore Lion coins (dipanggil Singold utk coin emas) atau malaysia Kijang, walau design syiling terkenal, agak payah juga nak jual di luar kedua negara ini.
apa lagi buatan mint yg orang tak kenal.

it takes time for the market to get trust products from an unknown mint.
saya tak kata produk tempatan menipu, tapi bila anda nak jual 10thn kelak, khuatir pula masa depan pelaburan anda.
maaf jika anda pengeluar, bukan saya hina kamu. berbesar hati ada umat m nak jadi mint, tapi kena ada backing nak naikkan nama.

contoh: singapore mint dulu baru buka, dicontrol Chartered Industries of Singapore, anak syarikat pemerintah Singapore yg terkenal.
dah lama baru set up sendiri.

http://www.singaporemint.com/abt_corporate_1960s.php

saya ada beli perak keluaran negeri Perak dan Kelantan.
walau ada backing oleh kerajaan negeri pun, saya tahu ia Tidak Laku di luar maysia. tapi saya beli jadikan collection. khayal teringat Nik Ajis. teringat Pangkor Pele.

kamu sebut Pamp suisse - emas dan perak keluaran pamp harganya Lebih Tinggi dari keluaran mint lain.
sebab orang tahu keluaran mint Swiss ni, terkenal PURITY product dan cantik designnya.

jika banyak duit, beli saja Pamp! harganya 10pct tinggi dari yg lain. tapi akan terus popular dan mahal.

Adam Ghedodin said...

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan yang berkategori amatur. Panjang lebar jawapannya. Manakan sama orang kurang berilmu dengan yang berilmu macam tuan.

Terima kasih sekali lagi.

remgold said...

mr k.mali,
tx for the video.
mudah kita nak belajar apa saja gunakan internet ni.
kamu masuk youtube dan taip: 'silver porn'. atau 'gold porn'.
bukan vid china doll, tapi macam2 mamat tunjuk koleksi perak dan emas mereka. syiok jika nak compare dan berangan.

untuk keselesaan penjengok blog lain, mungkin ada baik jika pengunjung baru baca balik posting ngobrol 2-3bulan sebelum ini, agar tahu perjalanan saya dah ke mana.
walaupun sebenarnya tak jadi masalah nak tanya ulang2. part of the fun sebab kadang ada twist and turn baru.

ya bro,
UBS dah sack the old boss.
spore govt has 6.4 pct stake in UBS, so as big shareholder, it has some voice in the issue after the huge loss by rogue trader in london.
UBS board meeting was held in spore last week.

dats what i like about companies, the top man takes the sword when big problems came up, even if he-she not personally responsible. cos they gets paid millions, they shd take ultimate responsibility.
kat spork dan msia, gaji nak tinggi orang politik, tapi bila ada masalah dia salahkan orang bawah dan sack orang bawah.

Anonymous said...

pakcik,

apa yg sy faham apabila terjadinya gila pada forex, fund manager dan spekulator akan terjun ke gold menjadikan gold sebagai safe heaven..gold akan mencanak naik..apabila market forex kembali reda, gold akan menjunam kerana spekulator kembali beraksi di forex..betul apa yg pakcik cakap, semua ni kerja hedge fund, day trader dan spekulator..fundamental pun tak jalan, mereka hanya mengkaji berdasarkan chart..maaf jika pendapat sy ini salah..ini berdasarkan apa yg saya faham..

mr labu said...

isk mmg remaja ni naive la pok cik, dr dulu saya ingat real work i.e - designer, engineer, technician is $$ making job

rupanya financial engineer yg buat $$.. ala2 pak man telo jual mimpi indah.. isskk canot brain :( ,

mujur ada blog pok cik ni, mcm Dr. M punya explanation simple tp message sampee mekaasih

bila nak buat buku?

k-mali said...

bro Rem

boleh bagi ulasan lebih detail pasal ulasan mamat indie trader kat BBC pasal market Eurozone ni.

http://youtu.be/lqN3amj6AcE

Anonymous said...

Uncle Rem,

Saya dah close position masa CS tinggal ekor.. Pakai Fibo pun dah max.. :)

Commodity Trader

remgold said...

Anon 2150,
dan juga k-mali,
ini semua money game - if i dont make money in one market, i make money in another.
bila krisis ekon 1998 terjadi, saya dah masuk kl.
yg mahadeq sebut 'rogue currency traders' (penyangak matawang) tu ramai kawan saya di spore dulu.
di msia pun ramai.
mereka budak muda yg bijak (kalau bodoh, jadi wartawan) yg digaji bank, hedge funds, pension funds, mutual funds, securities houses etc) utk BUAT DUIT BAGI MAJIKAN.
asal kamu tak curi dan ikut trading rules, majikan tak kisah kamu buat duit cara mana.
termasuk nick leeson yang saya pernah jumpa dan nelpon bila buat market report dulu.

saya ada name card nick leeson di sini:
http://remgold.blogspot.com/2010/09/duit-tak-pernah-tidoq.html

market trader masuk kerja 'diberi' modal wang utk buat trading (sama ada pasaran commodities, logam mulia, bonds, saham, minyak-gas etc). waktu pagi lagi, kamu masih tidoq, mereka dengar briefing dari analyst dan economist mereka tentang apa yg dijangka berlaku dlm pasaran mereka.
lepas tu mereka duduk depan terminal, lihat chart dan masuk game ini.
(rakan saya di spork, budak muda, 5.30pg naik lexus glam beliau ke pejabat sebab 7pg ada daily briefing).

seperti kata indy trader di bbc tu, depa tak kisah dunia recession, asal depa buat duit - indy trader ni juga dipanggil Day Trader. depa gunakan wang sendiri atau pinjam wang, trade pakai akaun sendiri. macam rakan kota di sini Commodity Trader tak?

tentang day traders di sini (ada gambaq):
http://remgold.blogspot.com/2011/07/makanan-kita-permainan-futures-market.html

the more volatile the market, the better for them to make money.
jika kamu buat duit utk majikan kamu, bonus berlambak.
dulu the good years of 1994-96, bonus mereka 12-18bulan.
jika kalah duit $x dalam sebulan dua, agaknya terus kena tendang kerja bersihkan jamban.

jika dunia kiamat pun, asal mereka dapat buat duit utk majikan, mereka tak kisah!
(wartawan pun jika dunia kiamat, tak kisah, asal dapat be the first to report it!)

indy trader tu kata recession akan terjadi kerana pemerintah dunia tak dapat selamatkan euro. itu harapan beliau. sebab jika asset semua jatuh harga, beliau nak beli. sementara itu, semasa asset sedang jatuh, beliau akan short market!
u dont hv to lose in a falling market.
adakah eurozone akan collapse? atau pecah dua saja (negara miskin separate dari negara kaya). belum jelas lagi.

http://remgold.blogspot.com/2011/09/eurozone-dikhuatiri-pecah-dunia-pening.html

dunia akan masuk recession? kemungkinan besar! walhal kita baru masuk recession 2008-2009.

macam saya kata pada 2008 dulu - jika tak perlu, simpan wang tu. jgn beli rumah besar baru, atau kereta baru unless banyak harta qaroon.
beli sikit-sikit as the market falls (jika ada wang) - saham, logam mulia. nak beli bond pun ada - ada orang jual bond fund di spore (tak tahu pula di msia).

Commodity Trader - ada sesiapa jual oil-gas fund? saya nak beli. sebab oil kini usd83 setong. cuma modal saya sikit saja.

bila ekon dunia bergegar, kesian kita orang biasa yg mengerang. saya harap orang politik kita tahu apa nak buat nak kurangkan beban kita kelak. misalnya jika kita hilang pekerjaan.
di amerika 9.1 peratus rakyat tak ada kerja! kesiannya.