Saturday, 17 September 2011

Sumpah pencakar langit

Sumpah orang minyak - saya gerun dulu semasa kecik nonton wayang P.Ramlee ni di TV hitam putih.

Kini ada sumpah yang lebih bahaya lagi!

Sedang dibina - Tertinggi di China, Pingan International Finance Centre
The curse of the skyscrapers!!!
Bila negara anda berbangga dengan bangunan tertinggi, siaplah kerana balaq akan tiba!

Sumpah itu menjadi kenyataan, antaranya, di:

- KL pada 1997 apabila siapnya Petronas Twin Towers.

- Dubai pada 2009 dengan Burj Dubai (kini ditukar nama Burj Khalifa)

- Pernah juga terjadi pada America dan New York, dengan siapnya Empire State Building and Chrysler Building pada tahun 1930an.

- World Trade Center towers di New York pada 1973.

Bila hampir nak siap saja bangunan-bangunan tu, ekonomi negara pun goyang dan lepas tu collapse!

Kini China, ekonomi kedua terbesar di dunia selepas US, sedang berlumba nak bina pencakar langit kedua tertinggi selepas yang di Dubai tu, dan berpuluh lagi bangunan mewah-tinggi.

Tertinggi kini, Shanghai World Financial Centre - orang panggil Giant Bottle Opener (KANAN). Di KIRI (macam kertas bergulung) akan jadi No.2 selepas Pingan, bernama Shanghai Tower.
Baca cerita dari akhbar Singapork, The Straits Times di sini. Cerita di pickup oleh Jakarta Globe, yang ada buat exchange arrangement dengan akhbar kami.
Cuma JakGlobe tersilap - 'Straits Times Indonesia' = sebenarnya penulis ialah Bureau Chief akhbar ST di Beijing.
(Jika anda di Jakarta dan gian nak baca ST, akhbar berpengaruh di Asia, belilah JakGlobe = ia dijual bersama akhbar bahasa Inggeris Indonesia itu. Package deal).

SAYA bagi data siapa tinggi:

1) Burj Khalifa (baru siap), 828m.
2) Pingan (sedang dibina), 648m.
3) Shanghai Tower (sedang dibina), 632m.
4) Taipei 101 (Taiwan) (dah siap), 509m.
5) China Globlet (tertinggi di Beijing, sedang dibina), 500m.
6) Shanghai World Financial Center (dah siap), 492m.
7) Petronas Twin Towers, 452m (hee, Maysia main tipu sebab ada DUA bangunan! jadi kena x2!)
8) Willis Tower Chicago (bangunan tertinggi di benua Amerika), 442m.


HAH! Kamu ingat itu saja?
Pok Arab tak mahu kalah. Di Saudi akan naik bangunan 1-kilometer tinggi!!!!
Terus betul-betul cakar awan, malah lebih tinggi dari awan!
Iaitu dua kali tingginya menara Petronas tu!


Namanyanya, Kingdom Tower, masih dalam perancangan.
Pakai duit minyak-gas nak bina. Asal depa bahagialah.
Kalau saya, saya invest dalam sektor perladangan wang US$1.23 billion ni.
Tanam sayur, padi dan jagung, serta bela ikan tilapia dan salmon di zaman inflasi ni.
Takut kamu bina tinggi-tinggi orang takut nak beli sebab kena balaq roboh mampoi kamu. Tapi ini strategi masing-masing, jangan esok kena sumpah kamu papa-kan Makkah dan Madinah sudah.

Baca sini tentang fish farming - juga baru keluar akhbar ST. Siri artikel ditulis oleh para wartawan kami di Thailand, China, Malaysia dan Filipina (zaman Internt ni, orang main kebas saja artikel dan gambar kita - saya pun sama!).

ATAU kenapa tak gunakan wang itu untuk tumbuhkan para saintis dan researchers dunia Islam?
Kenapa apabila kita kata 'zaman kegemilangan Islam' kita masih kena tunjuk zaman Avicenna, Avirroes, Al-Khawarizmi (mathematician)?
Tak malu ke kita apabila orang kata kebanyakan plane hijackers Sept 11, 2001, tu adalah warga Saudi? Tanah kelahiran Islam.
Kenapa tak dilahirkan sejuta para saintis dari Saudi, tanah kelahiran Islam, dengan gunakan wang berbilion tu? Ego tinggi melangit tapi teknologi omputeh dan Jepun-Korea, saya rasa, juga digunakan untuk bina bangunan mewah ini.


12 comments:

Asrul Rae said...

pak reme kalu tak keberatan boleh masukkan sekali gambar saya ni dalam blog.

Tajuk gambar ni, Serius Shit Perbezaan Shanghai 1990 dan 2010.

http://3.bp.blogspot.com/_-W-4f0KYvZU/TBCajS7zNfI/AAAAAAAABsk/N5tjDboyFao/s1600/original.jpg


sumber: http://blogserius.blogspot.com/2010/06/serius-lain-shanghai-1990-vs-2010.html

Anonymous said...

kenapa pulak ia di panggil pencakar langit (skycrapers ) sedangkan jika kita lihat ia setakat capai awan sahaja, itupun kalau cuaca nak hujan.

omputeh ni over bila bagi terms kat ciptaan mereka. kaum lain pulak buta main ikut sahaja.

Anonymous said...

Agak2 bila bangunan di Jeddah tu siap, apa yang akan terjadi? Perang Dunia Ke-3?Harap2 tidak...

dahserikngankeris said...

woah, fish farming sounds cool, thanks for the link!

Anonymous said...

bila agaknya dapat lihat sumpah anwar ibrahim.

Anonymous said...

Bangunan kedua tertinggi di dunia sekarang ini adalah clock tower di Mekah.

remgold said...

makkah clock tower tu hanya 601m. akan menjadi keempat tertinggi.
kelima apabila Kingdom Towers dibina.

saya tak masukkan sebab boikot arab dogol (sama orang yg bina Kingdom Towers) yg merosakkan kemegahan makkah.

makkah tower tu akan menjadi hotel tertinggi di dunia, dan jam tertinggi dan muka jam terbesar. itu kebanggan umat m nak tunjuk satu dunia?

http://en.wikipedia.org/wiki/Abraj_Al_Bait_Towers

ia akan jadikan makkah tourist attraction. orang sibuk nak tinggal dlm hotel mewah dan tengok - oooo cantik dan tinggi bangunan tu.
sibuk nak shopping dlm kedai2 kat situ sebab aircon.
hilang khyusuk orang ke makkah nanti.
dan timbulkan jurang kaya miskin yg lebih ketara - orang miskin afrika kena halau tak diberi masuk, orang melayu maysia spork brunei depa suka sebab suka belanja, bukan zikir.
bahalol punya pok arab ni.
(saya dah umrah dua kali, jadi maaf, saya emo isu ini sebab akan rosak kota islam itu).

saya pernah hamput pok arab dogol tentang bangunan tu:

http://remgold.blogspot.com/2009/10/raffles-hotel-akan-dibuka-di-makkah.html

dan bukan saya saja, ramai ulama tak selesa pun dgn projek besar gini di tempat ibadah.
sama macam kita letak satu gayung diamond atau tembok emas dalam masjid kita - yg itu jadi tarikan orang ramai.

akhbar New York Times pun geleng kepala:

http://www.nytimes.com/2010/12/30/arts/design/30mecca.html

katrina said...

Sejak kecil hingga sekarang, masih teruja dengan bangunan2 ala istana/castle.. ukiran dan bentuk serta taman2 bunga mereka yg indah.. begitu mesmerizing.

Saya tinggal 25minit dari KL, tapi Twin Tower baru 3kali pi.. dada rasa terhimpit, lemas orang kalut macam semut, kesana hanya kiranya terpaksa kerana urusan.

http://www.youtube.com/watch?v=W7U4J_7ByOI

Menakutkan!

Cheers

Anonymous said...

Orang Arab dogol tu nak jadikan Mecca & Medina seperti Disneyland.

Saya paling menyampah sekali dengan orang Saudi,negeri mereka kaya tapi mereka bodoh sombong. Keluarga diRaja kongkong rakyat tapi sanak saudara mereka berhallelujah dikota kota Europe.

LimauManis

Pencakar Ayam said...

Anon 02:56,

Yang dikatakan langit itu ada di ketinggian berapa meter atas paras laut?

remgold said...

Kita tak dengar kawasan sekeliling Vatican City, Veranasi, Wailing Wall, Bodhgaya sibuk nak dirikan bangunan paling besar di dunia macam kat Makkah ni, menara tertinggi, atau hotel2 5-bintang yang terlalu mewah, muka jam terbesar di dunia.
nak besarkan tempat agar orang selesa ibadah oklah, nak tinggikan dan modenkan hotel pun, tapi kenapa sibuk dgn rekod itu dan ini?
agaknya akan dibuka starbucks dan louis vuitton (kalau belum ada lagi), boutique marc jacobs dan tag heuer (semua yg jual pakai tudung tidak pak arab marah - setakat itu saja agama mereka yg kita pun suka tiru). agar senang sikit orang kaya nak shopping.
malulah aku.

saya rasa baik saja kita suruh buka Islamic Disneyland kat situ - Mickey Mouse pakai keffiyeh dan Minnie Mouse pakai tudung. serta bentuk castle letak kubah, dan semua berhenti solat 5kali sehari. agaknya dah gitu baru puas kita semua.

anda yg pergi makkah madinah tentu setuju dulu pun dah banyak kedai shopping yg melekakan kita, cukuplah tu.
hotel banyak yg usang, jadi tentu perlu diperbaiki dan mungkin perlu dirobohkan agar kawasan sekeliling Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih terbuka. tapi bawa masuk budaya orang kaya ni, maaflah. saya tak setuju.
islam should be kept to its egalitarian self at its most holiest sites.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,
Dulu ada terbaca buku cerita. The race to build the first 1 km tall building. But the best site to build it ada Buddhist Temple...

Can't remember the title...

And yes, Mekah should remain as we have always envisioned it in our dreams. Majestic by sheer adulation for Allah.