Sunday, 11 September 2011

Tawarikh

MALAYSIA. EGYPT. TURKEY!
(Mereka pekik nama negara mereka: "Turkiye! Turkiye!")

Interesting development - Malaysia used to be no.1 spokesman for Islamic world (Mahathir and Anwar both in power).
And Egypt used to be most influential in mideast.
Now Malaysia (both Najib and Anwar) has become v pro-american and stopped talking about Palestinian rights and Muslim rights.
And Egypt has to kowtow to Turkey since Mubarak was ousted.
Turkey has strong economy and has visions of old Ottoman Empire. Tawarikh! Tawarikh!

The only thing stopping Turkey in its regional ambition is: it is not an Arab country. else all Arabs will bow to Ankara.
And the only thing stopping Turkey from getting respect from world is it does NOT produce its own weapons like China - guns, fighter jets, internet software, hardware, now building up aircraft carrier.
Bila nak pandai umat m.

Guns talk, bullshit walks.

Read the developments that has Israel worrying - here, here, here.
Rise of Turkey, as Malaysia weakens at knees - cerita lama di blog saya sini, sini.


-----------------------------------------
NEW GOLD GAME?

Di posting tentang Borders sebelum ini, penjenguk blog beri komen akhir:

hikayat.. said...
pakcik oped.. citela pasal emas lagi. sy baru berjinak2 ngan beli emas sbb pakcik kate untung... hehe
10 September 2011 23:49


JAWAPAN: Eeks dik, nak buat benda apa pun ikut niat, kata umat m yang warak (tak termasuk saya). Niat saya 'main' emas dan perak ialah:
1) hobi collect benda cantik,
2) nak cover inflasi.
Takut niat kita nak 'untung' tapi rugi kelak, mampoi kamu masuk dalam mimpi saya jadi Nightmare on Elm Street.

Kebetulan saya jumpa engineer m, rakan saya di bawah blok, tadi - saya baru beli 2012 dragon coin 2oz (ouch, harga sebiji S$150 sebab demand terlalu panas. Kat internet harga dah naik S$245).
Mamat ni, pernah saya cerita, kerja sambilannya ialah trading silver. Dia tolong saya beli dan jual silver.
Depa ambil untung paling kurang S$1 setiap ounce yang dijualnya. Pandai mamat muda ni, tapi malam hari dan hujung minggu beliau sibuk ke sana sini naik MRT jual-beli besi putih (white metal = silver) ni.
Berbual kosong, katanya ada seorang mamat naik motor ke sana sini, buat trading besi kuning (yellow metal = emas).


Saya tanya macam mana trading emas, sedangkan emas begitu mahal? Satu ounce kini dijual S$2,300-2,500 (RM5,520-6,000).
Katanya, mamat ni jual beli gold bar sekecil 1gramme! Juga 5gm, 10g.

WOW! Pork chic dapat idea baru nak masuk game emas ni!!!
Saya ingat orang nak jual-beli 1oz, 1/2oz saja, rupanya sekecik gitu pun ada market!
1gm emas di sini ialah lebih kurang S$84 (RM202).
5gm kebih kurang S$400 (RM960).
Aha, satu cara lebih mudah nak keluar masuk.
Dan kerana harga dah tinggi, takut jatuh mendadak, expert kata kamu beli sikit-sikit, jadi jika jatuh tak rugi banyak; malah boleh beli lagi dengan harga lebih murah. Jangan terus beli 1oz, beli 5gm misalnya, setiap kali harga jatuh sikit.

Nanti saya cari dan cuba beli emas kecik nonet ni.
Tapi kena tunggu bulan depan, baget bulan ni dah habis! Sebab baru beli beberapa coin silver lain (termasuk 2x 5oz dragon coin dari Australia), dan belum nak jual yang ada dalam simpanan.

Bila Amerika dan Obama announce cara nak pulihkan ekonomi kelak - dalam 1-3bulan ni, saya jangka emas perak akan meletup ke atas lagi.
Dan beberapa bulan lagi, kita masuk Tahun Naga cainis. Kalau dah meletup harga dragon coins, saya nak jual dragon coins saya.
Trading strategy emas ni akan dicuba. Lain kali boleh cerita lagi.


-----------------------------------------
POSTING SEBELUMNYA

Sejarah ditulis oleh pemenang.
HIStory is written by the victors.
Baca blog Cinta Alam Malaysia di sini.

Yo bro, kamu panggil subjek History ni Tawarikh, ingat saya masih kecik sekolah Melayu dulu - itulah nama yang disebut. Terima kaseyyy.
Saya dulu Darjah 1 hingga 4 (primary school) masuk sekolah Melayu. Masa tu masih ada sekolah bahasa Melayu di Singapore. Ada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Kini hanya sekolah bahasa Inggeris dan Mandarin sebab Kuan Yew sayang sangat dengan bahasa ibundanya.

Pada 1969, ibubapa saya rasa lebih baik tukar masuk sekolah bahasa Inggeris sebab Singapore sedang bertukar pantas dan Inggeris begitu penting (bapa saya drebar, ibu amah, tapi pandai jugak mereka. Terima kaseyyyy ibubapa. Sekolah Melayu tak jadi hal di Maysia, tapi di sini sekolah minoriti lemah ada problem jika nak cari kerja. Sebab tu dah lama dimatikan, yang ada hanya madrassah - pun susah nak cari kerja jika bukan masjid dan syarikat malayos).

Saya masuk sekolah Darjah 1 pada 1966 (berumur 7tahun).
Jadi tahun 1969 di Darjah 4 di Pasir Panjang Malay Primary School (kalau tak salah, dah lupa!), Sekolah Rendah Melayu Pasir Panjang. Di tepi laut dan air tandas semua masuk longkang dan ke laut! Kini dah lebih 30tahun ditutup - dekat dengan National University of Singapore.

Lepas tu saya tukar masuk Clementi School (English school), disuruh ulang semula Darjah 4, Primary 4, agar mudah nanti nak ambil peperiksaan PSLE (primary school leaving examination).

Nak action saya ulang cerita lama: Inilah result saya dalam kelas dari Darjah 1 (sekolah Melayu. Dalam satu tahun ada tiga sesi, jadi tiga result peperiksaan):
15, 2, 1; 1,1,1; 1,1,1, 1,1,1.

Tukar sekolah Inggeris:
1,1,1; 1,1,1; 1,1,1.
PSLE pun first di sekolah kampung saya tu. Dah lama Clementi School di tutup.
Pandai sebab banyak baca buku Enid Blyton, agaknya.


Tak nak tambah banyak buat masa ni. Pork Chick masih mabuk, kini di opis masuk kerja 10pagi.
Yang peliknya kita sibuk bincang cerita lama di Malaysia, lupa nak tanya kenapa pendidikan anak Melayu terus lemah, imej Malaysia lesu satu dunia, dan umat m terus dipandang teroris tanpa ada yang marah. Semua sedang sibuk bertumbuk sesama sendiri.

Dari dulu hingga kini, favourite subject saya ialah Tawarikh dan Ilmu Alam (Geography). Sebab tu syiok saya jadi wartawan ni. Lagi di Foreign Desk sebab kena tahu sejarah dan ilmu alam setiap hari.

20 comments:

Anonymous said...

yes..yess... erkk... ya..ya betul. Ompteh kata correct ..correct.. Sejarah di tulis oleh pemenang, ikut acuan pemenang.Jadi kita yang tak menang nih... pakat gelak-gelak dah lerr.. kita tahu sejarah disongsangkan pun kita gelak dah la.. kan gitu PED..

katrina said...

Uncle Rem,

...Yang peliknya kita sibuk bincang cerita lama di Malaysia, lupa nak tanya kenapa pendidikan anak Melayu terus lemah, imej Malaysia lesu satu dunia...

Apakah kita Melayu terlalu memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri?

Ataupun

Sejak kecil, minda kita secara tidak langsung telah sentiasa "diasah" agar memandang rendah dengan kebolehan diri kita oleh bangsa2 lain?

Renung2 dengan lebih mendalam.

Cheers

dahserikngankeris said...

bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

remgold said...

tak betul ke kita melayu bodoh? dan dipandang rendah satu dunia.
islam ditertawakan sebagai agama bengap dan sibuk nak naikkan khalifah 7th century?
dan tak mahukah kita pandang diri secara kritikal?
ini argument saya (tak mesti betul).

kita pusing argument. lalu saya kata:

Bagus sungguh kita Melayu ni selalu gaduh tentang isu-isu titik bengik ni, macam isu sejarah silam.
Kerana bangsa kita dan umat m telah lama mencapai Pelbagai Kejayaan Besar di dunia ini yg sungguh dikagumi satu dunia.

lihat! melayu di malaysia telah berjaya mendirikan negara pelbagai bangsa (dengan cara corrupt dan kayakan melayu tanpa skill hanya kroni. it's not what u know, but whom u know - sama macam di China, India dan negara pekak yg lain. kini kita dapati semuanya palsu sebab melayu rupanya menindas orang lain).

lihat! melayu telah naikkan putrajaya, klia, plus highway dan penang bridge (pakai kontraktor cina kerana melayu hanya tumpang nama, gunakan duit rakyat dan semua ada kos over run sebab duit kena kebas oleh kroni).

lihat! melayu sungguh maju dapat naik roket pusing dunia yg dibina umat m, ada saintis design ipad dan laptop terpantas (errrr...),

lihat! umat m dapat buat satelit komms dan sistem missile yg boleh gegar musuh sehingga israel kini nak bagi balik al aqsa secara percuma.

lihat! melayu maju sehingga kaum lain di maysia dan indonesia gentar lalu masuk islam berbondong2 sebab hormat apa yg diajar dan diikuti oleh kita agar cari ilmu di mana saja (lebih tepat: mereka cemuh dan tertawakan kita kat belakang, sedangkan kat depan mereka kata - sila teruskan bergaduh dan dalam state of denial tentang kelemahan).

saya lebih suka saya anggap diri saya bodoh dan bahalol. agar terus nak majukan diri.
the day i tell myself i have achieved a lot, is the day i will relax, and is the day i should be knocked down by a bus, dead.

ini pandangan saya lah - biar kita pandang diri kita rendah dan bodoh. tak setuju tak apa.

mungkin adik takut kita lihat diri kita rendah, akan dipijak orang.

saya kata (lebih lagi minoriti lemah papa di spork): baik aku pandang diri aku ni SEDANG dipijak, agar aku melenting nak naik.

saya dah 52thn dan career saya stabil dan gaji bagus.
tapi jika anda kata - u take this new job dan belajar benda baru saya akan ambil! (gaji kena sama, sebab banyak hutang).
saya masih cari kerja dan nak tukar kerjaya lain jika boleh, sebab nak belajar benda baru, walau dah tua orang semua dah fikir nak rilek.
shhhh - tahun depan kalau boleh saya nak minta transfer masuk Digital Media unit sph ni. atau masuk Money desk buat berita kewangan. dah 10thn tak buat berita wang.
kalaulah bukan isu nak satukan hati keluarga, saya nak kerja di jakarta dan london. doha dan cairo. agar dapat belajar benda baru.
saya rasa saya dah pandai ni - ilmu saya tentang maysia dan indonesia disegani para editor di sini, tapi malu saya apabila membaca tentang pengalaman wartawan lain, lebih lagi wartawan omputeh ni. saya hanya boleh kata: i have worked in singapore and malaysia. malu aku.

nak tahu bangsa mana yg boleh dabik dada mereka kaum berjaya? baca ni:

http://remgold.blogspot.com/2010/01/kenapa-yahudi-pandai-kita-bodoh.html

ramai tak setuju, kerana sangka jika meraka mengaku bangsa lain lebih maju ia menghina bangsa sendiri.
ini argument cara kasar pork chic tua, dik. jangan marah. orang tua ni jika mulut bising dan membebel, kamu buat tak tahu saja! heehee.

Anonymous said...

cakap lebih mudah daripada buat. cakap besar dan kuat itu kelebihan dalam pergaduhan. mesti tinggi suara walaupun tak betul, orang yang tak kuat suara akan diam walaupun betul. kelebihan melayu bercakap. kalu cakap kena bayar, baru diam kot. takut duit abis. rasanya ramai melayu memang pandai cakap banyak daripada praktikal.

Anonymous said...

Salam Op Ed,

you're right.

Melayu ni dah lah malas kerja dan fikir tapi rajin bercakap tak guna akal, lepas tu tak suka bila tengok orang lain ( adik beradik, saudara, kawan) lebih berjaya.

bila nampak orang lain berjaya, bukan dia nak pergi tanya belajar, lagi dia menambah tokok cerita yang tak baik. bukannya yang baik di buat tauladan dan yang tak baik di buat sempadan.

Nasib baik lah masih ramai Melayu yang faham tawarikh. Jika tidak, jadi macam di somalia lah Tanah Melayu.

-Malik-

hikayat said...

ala pakcik, beli sikit2 bolehla kat kuwait finance house. lagipun syariah compliance sbb ade emas fizikal katenye. cantik juge emas dr turki. tp sy simpan di bank ja, foc.. di rumah takut hilang huhu. kalau 10gram baru dlm ~1800. nak topup boleh beli 5 gram.. kalau naik skit2 boleh la utk longterm invesment.. tp jgn lupe pakcik kalau cukup 80gram tak silap sy kene zakat kalau dah cukup howl nye.. huhu

dahserikngankeris said...

yahudi pandai sebab dia bersatu

Anonymous said...

Unker Rem,

Sekarang ni di Malaysia, ada byk jenis gold yg org jual. Antara yg top sekarang ni public gold (locally manufactured), BNM's kijang emas (tapi susah nk dpt), pamp suisse and ada a few lg. Klau unker bleh share, what are the brand recognized in market? Maksud saya, kalau satu hari nanti, kita nk jual emas tu, mudah diterima by the gold player, x perlu kita nk jual kepada pengeluar ty shja.

Jgk sekarang ada investment emas seperti GENEVA GOLD yg menawarkan pulangan yg menarik kepada para pelabur. Apa pandangan Unker berkenaan pelaburan ni.

Rgds,
k11

Anonymous said...

Salaam Rem,

Saya selalu follow/read blog tuan. Now baru dapat seru nak komen. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita & ilmu, lagi2 pasal hal emas dan perak.

Keep writing!

remgold said...

eeks kena seru pakai bomoh baru anda komen. kesian pork chic tua tulis bertahun2 takde orang layan.

nak beli emas perak, pilihlah yg mudah dijual kelak di mana saja.
misalnya di maysia ada perak buatan tempatan, dgn gambar masjid, gambar rose.
tapi takut bila nak jual nanti (di kedai pajak, kedai emas, ebay atau dgn orang bukan m) payah nanti.
yg nak beli 5thn kelak ialah penjual tadi, dan harganya rendah! atau takut penjual dah tutup kedai 5-10thn lagi.

sebabnya ialah orang ramai tak kenal Mint (pengeluar jongkong atau syiling), jadi bagaimana nak tahu PURITY emas atau peraknya?
mint boleh cop '9999 gold' (iaitu 24 carat, the highest purity), tapi kita tahu ke itu betul?
mungkin dalamnya besi karat. macam banyak keluaran china. jangan beli logam mulia, stamp, matawang dari china ni. bahaya.

bandingkan dgn yg paling terkenal - Perth Mint (kookaburra atau koala bear), Maple Leaf keluaran mint canada, Krugerrand afrika selatan (gambar kijang dan Paul Kruger, pengasas afrika selatan).
atau mexican Libertad (pompuan berkepak) dan austria Philharmonics (negara beethoven dan mozart, coinnya gambar musical instruments philhamonic orchestra).
yang paling mudah dijual ialah American Eagles.
dan kini nama yg pantas naik ialah syiling china Panda (beli dgn dealer yg besar saja).

Google boleh lihat gambar syiling emas atau perak mereka.

lihat ni, harga online dealer spork. dia jual paling kurang sing$2,000, jika tidak tak boleh order.

http://www.silverbullion.com.sg/BrowseProducts.aspx?DepID=5

baik di kl, new york, venice, vancouver, stockholm, santorini (nama2 di mana saya ada penthouse), mudah nak jual.

jika kamu bawa singapore Lion coins (dipanggil Singold utk coin emas) atau malaysia Kijang, walau design syiling terkenal, agak payah juga nak jual di luar kedua negara ini.
apa lagi buatan mint yg orang tak kenal.

it takes time for the market to get trust products from an unknown mint.
saya tak kata produk tempatan menipu, tapi bila anda nak jual 10thn kelak, khuatir pula masa depan pelaburan anda.
maaf jika anda pengeluar, bukan saya hina kamu. berbesar hati ada umat m nak jadi mint, tapi kena ada backing nak naikkan nama.

contoh: singapore mint dulu baru buka, dicontrol Chartered Industries of Singapore, anak syarikat pemerintah Singapore yg terkenal.
dah lama baru set up sendiri.

http://www.singaporemint.com/abt_corporate_1960s.php

saya ada beli perak keluaran negeri Perak dan Kelantan.
walau ada backing oleh kerajaan negeri pun, saya tahu ia Tidak Laku di luar maysia. tapi saya beli jadikan collection. khayal teringat Nik Ajis. teringat Pangkor Pele.

kamu sebut Pamp suisse - emas dan perak keluaran pamp harganya Lebih Tinggi dari keluaran mint lain.
sebab orang tahu keluaran mint Swiss ni, terkenal PURITY product dan cantik designnya.

jika banyak duit, beli saja Pamp! harganya 10pct tinggi dari yg lain. tapi akan terus popular dan mahal.

remgold said...

tentang mint tempatan ni yg nak bersaing dgn mint luar negara:
1) kena ada backing pemerintah, syarikat besar yg terkemuka. atau dealer yg terkenal.

2) kena selalu masuk pameran tempatan dan luar negara.
syarikat yg jual dinar dan dirham kelantan saya pernah nampak ia jual coin semasa muktamar pas.
ada satu dealer banknote dan setem maysia - kerap ambil bahagian dalam pameran buku.

pameran buku? sebab syarikat ini keluarkan 1-2buku banknote, dan buku2 sejenisnya, lalu layak masuk pameran buku!
pandai - di pameran tu ia dapat tunjukkan banknote dan setem kpd Golongan Muda dan Golongan Pelajar. start them young!
dapat market baru!

sekurang2nya dapat perkenalkan produk dan nama syarikat:
ini Remgold Pure Mint, kami jual syiling cop kepala mat sabu. jika kamu pusing, kat belakang ada gambar kepala Kak Mah.
gerenti laku! sebab kamu boleh buat pilihan bila campak coin dan pekik 'Heads or Tails!'

3) masuk ler pameran antrabangsa pun, perkenalkan nama. di singapork akan mula diadakan Dua Kali setahun pameran coins!
di negara eropah lagi banyak pameran gini.

4) Singapore Mint juga masuk pertandingan coin. katanya pernah menang:

http://www.singaporemint.com/announcements.php?id=33

kenapa singapore mint menang utk coin Macau? ia kini jadi agent buat coin utk macau dan beberapa negara pulau pasifik lain. juga ia buat coin utk corporate dan sebagainya.

syarikat yg buat kijang emas malaysia, Royal Mint of Malaysia, tak tahu saya kenapa tak aktif.
sayang sebab boleh jadi pendapatan negara tambahan. asal jangan kamu songlap semua coin emas pulak.
letaklah saya jadi bosnya, saya tadbirkan dgn ilmu dan kasih sayang (cessss sabah).
wiki entrynya pun dah mati:

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Mint_of_Malaysia

big mints of the world:

http://www.mintsoftheworld.com/mints.html

Anonymous said...

Unker Rem,

Thanks sbb sudi reply pertnyaan saya. Rasa puas hati sangat3 bila 1st komen pada blog saya unker terus balas. Saya baru je bulan puasa itu hari dok minat baca post unker, itu pun sebab bos saya ada forward email pasal unkerr dok crita stock market collapse sebab dia tau saya rugi teruk awal ogos hari tu main share. Aiyak! Dah terkena baru nak cari emas semula. So, cerita2 unkerr nih kawan2 ofis saya pun dah minat bca lepas saya introduce pda mereka. Even wife saya pun tau, klau saya dok tenung iphone lama2, x peduli dia, mulalah dia tegur, unkerr rem crita apa harini. Hehe. Tak apa, bca blog remgold, jgn dok ber sms dgn org lain dah ler. Hehe.

Rgds,
k11

JohorMali said...

MrRem,
Perihal Timur Tengah,elokah depa sama depa melalak untuk cari jalan nak hancuskan Zionist. Tapi susah, bila kenangkan zaman Gamel Nasir yang mula menyemarakan laungan Pan Arabism dlm tahun 50'an dan 60'an. tak de yang menjadi.
Bak kata Cik Nurul Izzah kita ( shadow MOD) untuk berperang kita mesti ada road map.
So orang orang Timur Tengah ni ada road map ke?. Tak kan nak berbuih buih mulut Che Det nak bagi tunjuk ajar depa?
Tapi kesian Tok Arab kita ni asyik kena balun dan cerca. Dear Rem, we Muslim will always play a catching game against Them.
China is now starting to replicate (not discover or invent) whatever technologies the Western power has. She has her own Taikonauts, and now her own super carrier.Tapi China satu neger, dan walaupun ada beratus suku kaum dalam negeri itu, any dissent is quickly extinguished.
Dalam satu negeri Arab ada berpuluh puluh clan yang sering bercakaran.
Saya tak nampak Arab Spring yang telah berlaku dapat mengutuhkan penyatuan bangsa Arab untuk menghadapi cabaran bersama mereka.
Berita CNN semalam sebut US akan veto jika Palestine jadi anggota UN. Sedihkan?

towkay emas said...

uncle Reme

di KL uncle boleh beli goldbar dalam saiz 5gm, 10gm, 25 gm dan 50gm di kedai emas yang besar seperti habib dan lain lain.

untuk investment small player, ia lebih murah dibanding dengan beli barang kemas yang dijual dengan ambil kira upah craftmanship yang mana bila dijual semula upah tukang ni tak dikira langsung.

Dan ia lebih senang disimpan berbanding goldbar yang lebih besar.

dahserikngankeris said...

ottomans vs safavids act ii

as per the gold talk pretty friggin interesting, more please :D

Anonymous said...

Rem,

bolehkah tuan komen atau beri pendapat tentang harga rumah yang terus gila naik, especially di kawasan lembah klang (harap seru kali ni betul sebab tanya soalan sebegini pada tuan Rem). Sebabnya nak cerita pasal emas, orang yang tak banyak duit macam saya hanya boleh pandang dan tunggu - tunggu dan mengharap harga emas akan turun.. ;)

Nat

remgold said...

Nat dan yg lain,
nak tanya apa pun boleh. blogging macam duduk kedai kopi ramai2, seorang beri opinion. yg lain sokong atau bantai. lepas tu buka isu baru, semua bincang macam pakar, menteri kabinet, profesor dan ulama.

asal anda tak guna bahasa lucah, saya tak delete. nak marah saya pun ok!

tentang isu rumah - saya dah 4 tahun duduk spore, tak buat story maysia. jadi kurang tahu apa yg membuat harga melompat, selain kata2 orang bahawa developer semua pakat naikkan harga. jika betul apa reaksi orang politik?
pelik, ada perdana menteri dan menteri perumahan, ada menteri besar dan exco perumahan, tapi semua gaduh isu-isu entah apa.
macam itulah yg paling penting.

mereka lupa:
kerja pemerintah atau kerajaan - iaitu mengapa KITA RAKYAT UNDI MEREKA - ialah agar memperbaiki hidup kita.
basic: put food on our table and a roof over our heads.

1) semua manusia nak makanan dan minuman, baik di somalia, xinjiang, geneva, paris.
tak kisah sama ada kita kena kerja nak dapat makan, atau UN agency beri.
kena kerja jadi drebar atau korek kubur, tapi lebih baik lagi jika jadi ceo dan menteri.

2) dah kenyang, kita nak rumah atau basic shelter. tak guna ada shelter di kem pelarian palestin atau afghan, tapi tak ada benda nak kasi anak bini makan minum.
tak guna ada banglo tapi connection air putus!

3) lepas tu, kita nak physical security.
tak mahu orang cederakan anak bini kita. nak selamat parking kereta, motosikal. rumah aku kecik tepi hutan, tapi jika kerajaan adakan environment baik, tak ada perampok akan nak pecahkan.
kita di kampung dulu - sehari semalam biarkan pintu depan rumah terbuka luas!

4) terikat dengan dapat makan-minum dan rumah ialah inflasi!
pemerintah, kerajaan YANG KITA LANTIK kena adakan suasana sentral (phwee weet) dlm negara agar harga barang tak naik mendadak, gaji dan pekerjaan kita stabil (harap naik gaji setiap tahun! dapat bonus setiap hujung tahun!)

...bersambung...

remgold said...

...sambungan...

5) siapkan sistem pelajaran yg akan bantu kita dapat 1) dan 2).

6) dah dapat basic ni, yg lain semua tambahan - security akan lebih baik jika Kita Tak Gaduh Sesama Sendiri dgn isu yg dibawa orang politik.
agar hati kita aman. kita ON tv waktu malam, baca akhbar perdana atau berita online, cerita yg paling hot ialah benda yg berlaku di luar negara!

7) bonus lain: kerana environment baik, kita jadi kaya jual nasi dagang atau jadi ceo.

8) lagi bonus: nama negara harum kerana aman, ekonomi kembang pantas, rakyat dilihat pandai kerja.

jika anda baca democrat dan republican america, adoi brader.
mereka cuma masih ada 3), yg lain semua dah gagal = 9.1 peratus rakyat amerika tak ada kerja!
sama juga di greece di mana ekonomi nak collapse.
harap kita jangan asyik gaduh benda2 remeh hingga jadi gini.

maaf saya puji najib sikit: beliau cuba buat perumahan rakyat kat sg besi tu, dan adakan kedai jual harga barang murah sikit.
tak tahu akan berjaya atau tidak, planning bohong atau tidak, tapi kena cubalah.
saya harap sungguh kerajaan putrajaya, pakatan di penang, selangor buat macam apa yg dilakukan di spork setiap kali harga rumah melambung.
govt spork banyak tanah - ia akan jual tanah kpd developer dgn banyak agar harga condo turun. the price of new condos will not rise much, will fall everytime it does this.
dan ia janji akan buat lebih banyak flat utk rakyat setiap kali harga naik. agar rakyat sejuk hati.
selangor banyak tanah - nak naikkan nama pakatan, mb selangor esok announcelah: nak bantu rakyat, kerajaan akan bina rumah murah - lebih murah dari rumah pelan najib di sg besi tu.
jika kamu berlumba2, gaduh utk kebaikan rakyat, kita semua syiok.

maaf Nat,
saya tak tahu apa nak kata lagi. cuma rasa kecewa orang politik negara angkat saya (saya penduduk tetap maysia 10thn) gaduh semua benda tak tentu pasal.
ada benda lain saya nak kata, tapi takut orang bn dan pakatan nanti marah. saya masih terus wartawan yg perlu cover msia dari masa ke masa.
itu dulu.

dahserikngankeris said...

hai bang rem saya pon duk shiok cerita pasal tanah nih dan modus operandi yang berada....bila kita buat policy dan menjadi driver of development.

1. to bring down the prices of land, wakaf kubur ataupun masjid

2. buy up the land surrounding the area

3. sell the land to developers to make a mint

4. case in point istana negara area, heheheheh ini saya speculate aje takde bukti kukuh pon so jangan marah yeeee

property cap sangat penting limit the number of homes on a needs basis to curb demand. rumah rakyat kat sungai besi tuh jgn limit kat satu area jer, buat the whole area rumah rakyat targeting families below 35 years of age, young professionals, tapi entah lah, kengkadang PPRT tuh pon bole 1 family dua rumah susah lerrr...rawang bang rem dah gilo dah kat pekan dia, DAP power hehehehehe.

anyway dari dulu sampai sekarang inilah permainan orang yang membuat policy, sekarang rumah dekat ngan mrt 888000, kepala hangguk dia lah, cap houses at 300-400k sudah, mati orang nak beli rumah, remember my parents buying their home in the 70's tak mahal mana pon, sekarang kerje klua U pon basic antara 1.8k-2.6k
rumah yang mampu semua dekat dah ngan kuala selangor, gile lah nak pergi balik kerje kl. MRT planning shah alam ade ker? aiyaaaa, i dunno lah what to say , esok balik kampung tgk tanah, yeeehaaaa!

area ke arah puncak alam pon bes, ade sedara kat sana beli rumah, jauh siutttttt, harga bole tengok lagi. if u dont mind the commute its not a bad area, in 15 years kalau dunia tak meletup bole la buat investment.

range for good investment 300-400k houses, 2 years bole cecah 600k. tapi market sekarang bahaya lah, totally my oppinion, gomen investing infra, bende nih mirip 1998-99. i think we should just target zero debt, rent = mobility.

byk dah merapu....bes lah kalau dapat beli rumah dekat area hot, tapi harga, mati hidup balik ponnnn tak bole beli, apelah, buat tree house la macam nih!

zero debt....macam mana haa?