Saturday, 29 October 2011

Bangkok bah

ENTER THE BABY DRAGON




So cute, so kicik, so wanna peluk.
So clever at making money.
Baca di sini.



Coin Bapak Dragon pun baru keluar, tapi mahal benar harganya.



--------------------------------------------
STOP WHINING




--------------------------------------------

1. Datuk dari Geylang, Singapore,
kawin dengan
Nenek dari Pulicat (dekat Chennai/Madras), India.

Jumpa di Singapore, sebab nenek saya dibawa ke sini oleh keluarganya.

Ingat tak dulu orang Melayu suka pakai 'kain pelikat' - eeks itu sebenarnya kain dari kampung saya, 'kain Pulicat' = kain buatan mamak dari Pulicat (saya rasa lah).


Nenek saya pernah kata, bila masa kecik di India bila orang panggil dia 'pariah', dia kena cepat-cepat mandi bunga dan susu.
Ini bermakna beliau keturunan high-caste (cara mereka campur Muslim dan Hindu).
Kan saya kata saya keturunan Mughal - dongeng lama saya di sini dan sini.

Anak mereka ialah Bapa saya.

2. Datuk dari Kaliwungu (dekat kota Semarang), Jawa Tengah,
kawin dengan
Nenek dari Bangkok.

Jumpa di Bangkok apabila Atok saya - naik Haji dengan kapal! - bertemu dan berkawan dengan seorang tua di Makkah dari Thailand.
Orang tua itu bawa atok saya singgah di rumahnya di Bangkok dalam perjalanan pulang dengan kapal. Jumpa Nenek saya di Bangkok, anak orang tua itu, dan terus akad nikah. Hee, cinta zaman dulu - no need to exchange emails and Facebook address.

Anak mereka ialah Emak saya.

Jadi saya anak rojak Melayu-India-Jawa-Thai.
I.C. saya ditulis Melayu, ikut bangsa atok sebelah bapa dari Geylang (Lorong Engku Aman = kini hanya jalan legenda).

Semasa saya kecik dulu, arwah nenek Thai saya yang jaga saya.
Arwah nenek lagi seorang tinggal jauh di Geylang.
Ibu dan arwah bapa saya kerja sebagai amah dan drebar.

Saya membesar di kampung di West Coast Road dan Pasir Panjang di selatan Singapura - kini kawasan tu dah jadi National University of Singapore dan ISEAS.
Malah, saya tengok Google Maps, rumah kampung lama saya ialah di tapak ISEAS kini!!! Whoa.

Nenek Thai ni bila bual dengan Atok gunakan bahasa Thai dan Jawa.
Bila makanan dah siap, Nenek tidak pekik 'Mari makan!'.
Dia pekik 'Kin kow!' (Makan nasi!).
Dia bual tentang duit juga dalam bahasa Thai, 'setang' (duit), 'roi neng', 'bat neng' (yang ini tak tahu maknanya 'sepuluh' atau 'seratus').
Bila berbual dengan Atok dan Emak, mereka gunakan bahasa Jawa totok - bukan bahasa Indonesia, tapi Jawa kampung.
Sebab tu hingga hari ini, walau saya tak boleh bual bahasa itu, jika ada dua maid Jawa bual di belakang rumah di KL, saya boleh faham apa yang mereka cerita.
Bahasa kami ni kasar.
Misalnya = "Etok-etok orak weroh" = Buat-buat tak nampak.


LAGI satu contoh: Dalam filem P.Ramlee Ali Baba bujang lapok (1960) - ada scene beliau (sebagai ketua perampok 40 thieves) nak masuk gua. GAMBAR: P.Ramlee depan pintu gua.
Beliau akan kata: "Ngiat nginson mata kajiiii sumar ngiseng!"
Walau rentak lagunya salah, sebenarnya itu perkataan Jawa - yang agak kurang ajar.
You really want to know what it means!?!?!
Saya tahu sebab dulu Nenek saya tertawa apabila dengar ni.
Saya tanya - "Apa dia kata, 'Mak? (Saya panggil Nenek saya 'Mak sebab beliau jaga saya. Ibu saya pun saya panggil 'Mak).
Dia kata, maknanya ialah.... jeng jeng jeng:
"Aku rasa aku nak terberak".

Ah kau! Kau ingat P.Ramlee guna bahasa Arab ke?

Lepas tu, bila nak tutup pintu gua, P.Ramlee akan kata: "Rampong ngisengggg sumar tilem!"
Hee, maknanya: "Lepas berak aku rasa lega!"

HAHAHA, pandai Abang Ram buat lawak eh. Ramai orang tak tahu.


SAYA tak pernah ke kampung lama atok-nenek, selain Geylang.
Ke India dua kali, hanya ke Delhi, Agra (Taj Mahal) dan Mumbai - sebab free trips sebagai wartawan.
Ke Indonesia pun, hanya pernah ke Jakarta, Padang-Bukittinggi dan Medan.
Dan Thailand, saya tak pernah masuk pun.


TAPI tentu kita semua belas dengan apa yang berlaku di Thailand.
Teruk tenggelam.
Tidak pernah seumur hidup saya, saya terbaca begitu teruk tenggelam sesebuah ibunegara.
Walaupun air masih belum masuk downtown, sekelilingnya - termasuk kawasan industri besar - semua dah tenggelam. GAMBAR: factory di utara Bangkok, dan kereta Honda baru di sisi factory juga habis semua!

BAYANGKAN ia di Malaysia:
Walau downtown KL keliling KLCC belum tenggelam, kawasan industri di PJ (sepanjang Federal Highway tu!) dah dua minggu tenggelam.
Tentu menakutkan!


ATAU bayangkan di Singapore:
Walau Orchard Road dan Raffles Place belum tenggelam, factory Jurong semua nampak bumbung saja!

Lebih lagi kerana tak tahu apa akan jadi selepas ini di sekeliling Bangkok, dan berapa lama lagi air semua akan turun ke laut - dua hari lalu, katanya enam minggu.

YANG sedihnya, dah emergency besar gini pun, mereka masih main politik BN-Pakatan mereka - woops, maksudnya Red Shirts-Yellow Shirts.
Semua pelan pemerintah PM Yingluck Shinawatra, akan dibangkang oleh MP keliling Bangkok (ramai juga dari pembangkang Yellow Shirts).
Negara dah nak hancur, ekonomi nak collapse, harga beras dah melambung, barang makanan di supermarket semua dah habis dibeli orang, masih main politik taik.
SEDIH saya. Teringat politik kampung saya di KL. Sebab walau kerajaan Putrajaya masih di tangan BN, kebanyakan kawasanundi KL ialah Pakatan.
Tentunya kalau ibunegara banjir esok, mereka semua bertaubat dan berbaik-baik demi negara.
Pasti begitu, kan?


SEBAB banjir begitu teruk di Bangkok dan kawasan-kawasan yang sewaktu denganya?
Sama sebab di Orchard Road dan Bukit Timah banjir - tanah kosong semua jadi mall, condo dan bangunan pejabat. Longkang tetap sama kecil. Longkang zaman P.Ramlee, bangunan Kurun 21.
Jadi bila hujan luar biasa lebat dan air laut pasang, habis!

Baca updates banjir oleh correspondent kami di Thailand, Nirmal Ghosh.
(Problem kerja di Thailand - dulu beliau cover beberapa rampasan kuasa, demo Yellow dan Red Shirts di mana ramai mati kena tembak dan bom - hingga company belikan beliau helmet besi dan bullet-proof jacket.
(Kena gi selatan Thai cover mamat Pattani lawan tentera, lepas tu terbang ke utara cerita banjir. Bersyukur kita negara kita aman)

16 comments:

Anonymous said...

terima kasih pak rem sebab cerita pasal cerita ali baba bujang lapok tu

itu rupanya maksudnya? hahahaha

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

An invigorating genetic mix of 25% Indian, 25% Malay, 25% Thai, 25% Javanese of which Mughal being exotic and tend to have dominant traits over Southeast Asian. Now you have put in pompuan Mat Saleh (quota ada lagi kan!).

Ummie said...

Thai banjir, future beras macamana?

You must go back Kaliwungu one of these days.
Direct flight to Semarang. An hour drive to K.
Masih banyak lagi rumah era Sukarno.
Many things around dapat muhasabahkan diri.

mr labu said...

nampaknya skit hari lagi kene ada bangsa = Association of Southeast Asian Nations a.k.a ASEAN, mix belaka pokcik ni.

kadang2 kita (SAYA hehee) slalu take for granted rumah aman tiada sangat mothernature punya fury unleash, syukur Alhamdullilah for this blessed land.

ps : hahahahaha guling2 saya bila paham maksud cite p ramlee tu :)

remgold said...

braders,
p.ramlee beri hint apa makna perkataannya bila buka dan tutup pintu.
p.ramlee kengkang sikit bila berdiri depan gua. dan setelah selesai ucap 'ngiat nginson...' atau 'rampong ngiseng', depa henjut sikit lututnya, macam kucing baru berak!
hahaha. baru kamu faham!

lihat youtube ni di 00:13 -

http://www.youtube.com/watch?v=EWPWDPj3B80&feature=related

tentang thai rice - dah ada sikit panic buying of thai rice di spork. kerana gerenti harga beras sedunia naik.

thailand, vietnam, india, philipines, indonesia pengeluar beras besar.
exporter besar di dunia ialah thai dan viet.
tapi kerana negara lain crop beras semuanya ok, saya rasa harga beras tak naik banyak.
yg boleh jejas ialah jika makanan lain pun kena banjir atau kemarau (setakat ini ok) seperti corn, maize, potatoes.

tentang merayap ke kampung lama, ummie, niat memang mahu nak ke sana.
tapi anak2 sekolah dan hutang banyak. jadi kena rilek dulu.

emak dan makcik pakcik saya pernah ke kaliwungu dan bangkok jalin hubungan keluarga. malah ada sekolah dan masjid di kampung kami di kaliwungu yg disponsor wang CPF seorang pakcik saya.
cuma sayang saudara sebelah india telah putus.

jika kamu lihat peta mughal tu - sayang. satu india tu dulu di bawah takluk muslim. tapi hilang kerana:
1. gaduh berbunuh sesama keluarga mughal dan raja2 muslim dulu.
2. boros - sibuk bina istana dan harta benda (termasuk pusara taj mahal).
3. teknologi lemah. dulu orang mongol-afghan (dipanggil mughal) control satu benua sebab they have the better weapons, management of people.
lepas tu dikalahkan oleh superior weapons dan better management oleh british empire.

kini, india pula nak control afghanistan - sedang berebut dgn pakistan, sebagai geo-strategik perang dingin mereka.

lihat harta karun mughal di posting lama saya. mereka ada banyak jewels dan gold yg begitu cantik, sedangkan rakyat papa:

http://remgold.blogspot.com/2010/03/pameran-kemegahan-empayar-mughal-di.html

katrina said...

Naughty juga Arwah PRamlee, mesti ramai yang tak tau meaning sampai hari ini..

My friend is a Malay/Pakistani mix. Married Omputih, anak2 semua ikut Omputih. Then the daughter married a Kenyan Negro.. anak dia muka sebiji muka Melayu!

My colleagues from Switzerland dulu kata Malays look exactly like the Mayans..

All these cross breeding is very exciting..

ninotaziz said...

Dua kali limalah kita. Though the mixture a bit different.
Itulah orang Nusantara.

ninotaziz said...

By the way, love your posting today. It just flows from ancestry to bah to politics.

I know you know it, and it is an understatement...but man, you can write !

remgold said...

ninotaziz,
for telling the Truth, pls drop by my penthouse when u come to Geneva by the Swiss Alps. my slovakia maid will give u keys to my 4-door Porsche Panamera. u and ur family can drive it and drop it off at my beachfront house by the Mediterranean Sea at Punta Alta, Italy (yes, that's in Tuscany). steadylah aku.

unkerr baru sampai di kl pagi tadi. ngantuk pulak sebab jet lag terbang dari changi, jadi tak ada entri baru hari ini. dah dua bulan tak ke kl - sejak bulan puasa dulu.

ok lah, nak pinjam pajero unkerr (usia 13tahun, manual) pun boleh.
pusing-pusing pasar keramat.
kl musim hujan ke? 5ptg terkejut sebab dentuman petir petang hari.

tadi pusing-pusing kereta kat melawati - omyallah - banyaknya jalan berlubang! dan melawati makin banyak trafik light pulak. ish.

enon said...

Reme,

Kalau peragawati atau artis, mereka biasanya bangga dengan latar belakang darah kacukan mereka. Siap cerita dalam majalah lagi.....

nasib baik abang Reme kita ni bukan golongan artis.

ninotaziz said...

Thanks for the offer for the Porsche in Geneva, unfortunately our family of seven plus two cats are more suited to the Pajero in Melawati which is our story-telling playground!

keramat mali said...

Reme

Stop whining pasal jalan berlopak kat Melawati, Gombak, bukit antarabangsa dan sewaktu dengan nya. Penduduk juga yang undi mereka ni.

Hang bukan tak tahu siapa ADUN dan MP di kawasan tersebut. Dulu masa berkempen cakap bukan main lagi, tapi bila dah menang, hampeh.. sama aja macam wakil Umno dulu.

Nasib baik Saari Sungib Adun keramat rajin turun padang dan mintak budget tar jalan. Tapi simpang 3 dekat masjid Ar Ridwan yang baru tar dah berlobang balik la.

Anonymous said...

Sorry Rem, this is off topic, but damn important.

You always say that there is no discrimination against the Malays in Singapore. You get angry even, but read this piece from this link.

http://www.transitioning.org/2011/11/03/racial-discrimination-is-well-and-alive-in-singapore/

It is heart rending and sincere. The writer is not wrong and he is not alone.

I went through it before. I was discriminated because of my race. I had to work extra hard to prove that I am not lazy but hardworking, better than the others. I have always flown the flag sky high, whether as a Malay Singaporean or as a Singaporean.

What's your take, Rem?

umar said...

MF Global has filed for bankrupcy in New York. The CEO has resigned.
660 million clients' money is missing. They traded with clients' money too. They bought debt instruments of Greece, Portugal, spain and Ireland.
what a way to end an old broker ?
Man Financial Group was set up in 1793...

I have been trading with them in Singapore Office since 1994. Now they are processing full refund.
At least we hope to get full account.For two days they never answers any phone calls !
Many brokers went broke one after another; Bears Sterns, REFCO, LEHMAN and now MF, who next ?
I am losing confidence in the remaining futures brokers .
Where else to trade ?

remgold said...

enon,
nasib baik saya bukan denzel atau wesley, keanu atau tom. else no time to blog, kamu kena baca blog serious dan yg menambahkan ilmu, bukan yg bual kosong macam di sini :-)

tentang melawati ni - taman yg indah kini kena korek sana sini di hutan simpanan sebelah belakang, dah jadi ribuan rumah baru.
20Trees, Nadayu, RidgeView etc dan ada pula sekelompok pejabat-kedai kat tepi highway.
duit dikejar korporat, rosak dunia tak apa.

semalam pula saya ke Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa - di sebelah bawah kedua tempat ini, sedang naik beberapa projek.
ada Riana Ukay (mak oi, kat tanah kecik, jalan sempit gitu pun dapat kebenaran projek!) dan Serenia Gardens - cantik di deep valley. Esok jika semua bukit kelilingnya runtuh....

Tentang isu 'Melayu Kena Tindas', dah banyak kali tulis, saya rasa isu kat situ juga. tapi syiok juga baca - google 'melayu tindas' dlm blog saya. atau mungkin 'melayu singapore' 'melayu miskin'.
juga baca post lain tentang 'melayu kena tindas' ni dalam Transition.org tu.

di msia, indonesia, kaum cheena minoriti, tapi dia control 80-90pct ekonomi.
di thailand dan filipina pun, walau cheena sikit, sama juga (tak tahu percentage - tapi pasti lebih dari 60pct).
hingga kini shinawatra kedua = orang cheena = jadi PM thailand.

itupun jika kita tanya chinese di msia dan indonesia, mereka kata mereka kena tindas, dipinggirkan, tak disamaratakan, dipandang rendah, mahukan equality, mahu hak lebih etc.

sama juga kaum omputeh di south africa. mereka terus control economy, tapi pasti rasa dianaktirikan. sama juga orang yahudi di amerika dan eropah = kekayaan dan kuasa mereka jauh lebih tinggi dari jumlah mereka, tapi mereka terus rasa dipencilkan.

jika kaum cheena msia indon yg kaya raya ada perasaan direndahkan, tentu lagi minoriti lemah melayu di spore.
ia saya panggil Minority Syndrome.

kasi apa pun tak puas, dan tentunya beberapa insiden diri sendiri dijadikan bukti - ah kan aku dah kata! kita ditindas. itulah perasaan minoriti di mana pun.

di msia dan banyak tempat lain, ada juga Majority Syndrome = we are the majority, we MUST be given rights to control everything and minorities, u dont talk much ok!
tapi itu isu lain.

tentang Minority Syndrome ni, di spore yg penting buat saya ialah tidak ada Institutional Regulations Against Minorities.

apa tu? di msia, indon, south africa ada bumiputera, pribumi, BEE policies. itu boleh dikatakan institutional bullying of minorities (walau dari pandangan majority race, it is ok, because we want to catch up).

di spore, ada beberapa isu yg dirasakan institutional bullying:
1) melayu tak boleh masuk tempat sensitif di pangkalan tentera. ada 'security' isu dlm kes melayu nak pegang jawatan tentera.
2) melayu hanya ada satu cabinet minister, sedangkan kaum india yg lebih kecil ada 3-4 menteri kabinet.
3) isu yg selalu dibawa: melayu payah nak jadi doktor kerana universiti tempatan ada kuota.

ah, ini pork chic dah pun bincang dulu, beberapa kali. nak suruh saya bual lagi ke, bro?

misalnya, jawapan saya utk 1), mudah saja.
jika esok tentera msia serang spore nak ambil alih KTM land, atau spore serang johor nak ambil water reservoir (ini contoh kasar ya), dan anak melayu spork pegang machine gun berdepan tentera msia ni.
lalu ketika dia nak tembak, tentera melayu msia pekik: 'allahuakbar! kami nak selamatkan melayu spore! jangan tembak, tembak cheena sebelah kamu tu! spore ini negeri melayu! allahuakbar!'

agak2 kamu, mamat melayu tentera spore tu tembak atau tidak?
mungkin. tapi jika beliau hesitate 5-10saat, mungkin dah terlewat.

itulah yg pernah menteri spore kata (tak ingat sama ada chok tong atau hsien loong yg kata): mereka tahu melayu marah isu tentera, tapi pemerintah tak mahu letakkan beban berat ni ke atas bahu melayu spork, jika perang berlaku (something like that).

etc etc.
jika masih ada yg nak saya masuk topik ni - walaupun selepas baca cerita2 lama saya.

remgold said...

umar,
anda trade apa product/s? fx? saya ada dua rakan melayu di spork yg hidup selesa duduk rumah trading pakai internet.
tapi tak tahu mereka gunakan broker atau pakai direct terus dgn internet account (selamat ke? itupun saya tak tahu).
permainan dunia brader, baik politik atau kewangan, pasang surut kadang terkejut kita.
harap dapat pulangan wang - sebab berjuta dah lesap akibat MF ni.

maaf,
pork chic sedang malas nak update blog sebab rehat di rumah kl. lagi syiok buat gardening dan walk-jog.

roti canai kl lebih sedap dari roti prata spork - agaknya sebab air paip kl semua karat, atau mungkin sebab air spork ditambah air jamban newater.

tanah saya depan rumah ialah 30 feet x 5 feet = kecik sungguh. tapi kini dapat idea ada tanah kecil kosong kat tepi lereng dekat rumah - saya cuba tanam sayuq.
nak patah belakang aku cangkul 10minit tadi. lepas tu nyangkung 10minit nak tanam, nak patah pulak lutut. susah lah dah tua lagi terkutuk ni! tapi syiok!

keramat mali,
tadi saya berkereta sepanjang Jalan AU (ampang ulu kelang) depan factory pernec, stats-chippac = wah! baru diperbarui jalan di situ. bagus sungguh!
itu kawasan factory (petronas pun baru buka geo-sample lab di situ), jadi jalan kena baik sebab barangan di sini di exports oi. ada juga kilang panadol terbesar di sini - glaxo smithkline.
ini kawasan pakatan kan? hidup pakatan! hee, marah kak mah karang.