Wednesday, 26 October 2011

Ennahda, Nayef, NTC, Ikhwan


SYILING EMAS TERBESAR DI DUNIA.
1,000kilograms. Ia 13 kali lebih berat dari pork chic remgold!
Mak, nak Nak NAKKKKK!



-------------------------------------------------------
IN MEMORY

Bouazizi di Tunisia.
Khalid Said di Egypt.

-------------------------------------------------------

Mabuk buat liputan berita Timur Tengah and Afrika Utara = Middle East and North Africa, atau MENA.
Macam-macam ada. Setiap hari isu bertukar.

Yang pasti:
1. Kalau ramai rakyat dah marah, kamu sebagai pemerintah kena cepat berubah.
Change or get changed very fast.

Lebih lagi jika,

2. Dicucuk oleh Barat. Waspada kamu buat baik dengan Amerika atau pemerintah Barat lain.
Mereka mahu minyak-gas kamu, komoditi kamu (dulu tin/perak, getah, spices), control politik kamu (dengan control media, politikus tempatan).

Baru setahun dulu Tunisia, Egypt, Libya rapat dengan Barat.
Jika anda Google, anda boleh dapat gambar Gaddafi dipeluk oleh Blair dan Berlusconi.

Tapi sama seperti Shah Iran, Marcos Filipina, Saddam Hussein Iraq. Dulu yang Saddam anthrax rakyatnya kamu ingat siapa yang jual benda tu kepada mereka?
Shah dan Marcos tindas rakyat puluhan tahun tak apa, tapi bila dah goyang Amerika akan cepat tukar pendapat demi protect minyak dan control kuasa mereka ke atas sesebuah negara.
Itulah yang terjadi kepada Tunisia, Egypt, Libya juga.

3. Zaman Facebook dan Twitter, blog dan email ni, kebenaran dah tak perlu lagi.
Truth does not matter much, but how you spin the tale.


TUNISIA

Nampaknya Ennahda (orang arab dan melayu kata An-Nahdhah = renaissance) dah menang 40 peratus kerusi.
Tak kisah kamu panggil dia parti Islam atau parti kapir, jika Ennahda (GAMBAR: Logo parti) kurangkan perampokan negara, halau pemimpin gila kuasa dan gila diamond, bahagiakan rakyat, ok lah tu.


Dan pertukaran politik mereka AMAN! Tak seperti di negara Arab lain.
Beb, jika kamu ada wang dan nak sokong Tunisia ni, bila cuti kelak, terbanglah ke sana. Spend some money, see some sights. Jangan asyik ke London dan New York.


SAUDI ARABIA


Di negara ibunda kita (our Mother Country, so to speak), Saud, Crown Prince (Tengku Mahkota) baru akan dilantik setelah Crown Prince Sultan, 86, meninggal minggu lalu. Kita harap Prince Nayef, 78tahun (GAMBAR), akan terus amankan Saudi, negara custodian of the two holy mosque, negara kelahiran Islam, yang kita sanjung.
Memang saya selalu kritik pembangunan tak kena tempat Makkah (sini dan sini), tapi dalam hati kita, siapa yang tak mahu Saudi terus maju dan kurangkan cengkaman undang-undang ketat Wahhabi.

King Abdullah, 88 tahun, dengan perlahan nak buka minda mereka. Buka universiti sains dan teknologi KAUST, ambil gambar dengan wanita. Juga pertama kali ada menteri wanita.
Dan yang terbaru, beliau nak rakyat wanita mengundi di masa depan - Alamak! Dah lah tak boleh memandu kereta, wanita tak boleh mengundi!?
Islam ke tu?

Sejarah menunjukkan isteri Rasulullah (pbuh) jadi kepala perang. If Aisyah could lead Muslims into war, how come women cannot drive or vote in her very land of birth?
Tak apalah. Perlahan-lahan. Kalau pertukaran cepat sangat, nanti orang confuse dan takut rosakkan negara.

Tapi mesti berubah, sebab umat m ketinggalan sangat jauh dari segi teknologi dan sains, malah orang ludah lagi depan-depan kat agama kita hari ini sebab dilihat agama extreme dan pengebom.
Kita doakan negara ibunda kita akan jadi pemimpin dunia m. Pimpinan umat kini pindah dari Malaysia dan Egypt kepada Turkey.
Long Live King Abdullah! Long Live Crown Prince Nayef! (kita sokong mereka, agar tak kuatkan musuh negara).


LIBYA

Sejahat mana pun Gaddafi, tidak patut dibunuh kejam begitu. Anaknya Mutassim juga dibunuh kejam.
Ada dua video Gaddafi dan satu video Mutassim - one minute hidup, next minute berlumur darah.
The Libyan revolution has been tainted. There is a big disquiet everywhere about this. Negara Eropah dan Amerika malu sebab kamu naikkan group yang nampaknya sama kejam macam Gaddafi.

Omputeh ni nak minyak saja dan control kamu (agar Israel selamat).
Yang saya khuatir ialah Libya kini mungkin berpecah jadi 4-5 negara, seperti Yugoslavia selepas Marshall Tito mati, kerana mereka semua ikut nafsu suku kaum (Bedouin tribe).


NTC (National Transitional Council, majlis peralihan nasional) nampaknya tak ada kuasa langsung. Itulah demokrasi yang kamu hendak sangat. Semua orang boleh bersuara.
Kamu baca sini - artikel Los Angeles Times yang tuduh Gaddafi curi US$200bil. Yang menarik ialah ratusan komen pembaca di bawah artikel itu:
Ada yang kata education was free in Libya under Gaddafi. Projek perumahan US$50,000 disubsidi. Security diguarantee. Yang dikatakan wang dia tu sebenarnya wang sovereign fund (macam Khazanah atau Temasek Holdings).
Kini semua ini dah hilang, hanya kerana ada yang nak sangat demokrasi ala Barat.
Tapi kita juga doakan terbaik untuk mereka semua ni, sebab Gaddafi ni bukan mala'ikat beb, malah pemimpin gila juga.
Nasib negara Arablah. Ramai sungguh pemimpin gila kuasa, rakus harta. Nasib baik pemimpin Singapork dan Maysia semua baik-baik belaka ;-)


EGYPT

Padan juga muka US. Mereka halau rakan lama yang karib, Mubarak.
Lepas tu terjadi benda yang tak pernah berlaku - bunuh membunuh dan bakar membakar melibatkan kaum Kristian Copts. Dan embassy Israel di Cairo kena serang.

Dan bulan depan (November), rakyat keluar undi, di mana parti Islam tegar, Ikhwan atau Ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood, dijangka menjadi parti besar. Mampoi kamu.
Ikhwan ni zaman Mubarak kena tekan habis, tapi rakyat suka sebab mereka beri grassroots support kepada rakyat di mana pemerintan buat tak tahu.
Saya dulu masa muda, minat benar dengan cerita Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb ni. Dah tua sikit baru sedar mereka ni fanatik yang tak kena jika dibawa ke tempat kita. Saya lebih mirip dengan perjuangan Malcolm X (minus the violence bits), pemimpin weak minority dalam masyarakat moden.

Tapi Ikhwan (GAMBAR: logo mereka) menunjukkan cara nak kuatkan sesebuah movement atau parti - bukan big announcement di akhbar atau media online, tapi kerja kamu dengan rakyat. Kamu boleh spin dan menang, tapi kepercayaan orang biasa lebih penting.
Di Singapore, Workers Party chief Low Thia Kiang sungguh kuat di kawasanundinya di Hougang. Sebabnya? Kata orang, setiap keluarga yang ada kematian beliau akan melawat. Tak kira bangsa apa.
Sibuk beliau jalan sana dan sini bantu masalah rakyat. Bukan hanya berdegar di Parlimen atau keluarkan statement setiap hari macam politikus lain.



ITULAH dongeng saya tuan puan.
Baca komen omputeh - if Islamic parties won in democratic elections - will America allow them to rule?

Ini kita belum ngobrol Syria dan Yemen, Palestine selepas Gilad Shalit (Hamas on the rebound), Jordan, Lebanon, Bahrain. Sudan dan Somalia. Morocco dan Algeria.
Eeks, Afghanistan dan Pakistan?
Dan belum lagi negara bermasalah Iran = depa nak export revolution, tapi diri sendiri very corrupt and hated at home.
Seperti biasa, ini pendapat peribadi. Tak semestinya betul, kerana tulis syiok sendiri.

Semua yang berlaku di Timur Tengah ni boleh jejas kita, sebab kebanyakan minyak dan gas dunia dari sana.
Kita doakan mereka terus aman dan sebarkan demokrasi aman, dan sains serta teknologi seperti moyang mereka dulu.

9 comments:

adamghedodin said...

Entri yang mencerahkan. Kadang-kadang tuntutan demokrasi macam sihir, ramai kena pukau, tapi mereka tak tau kebebasan yang nantinya dapat sikit sangat, yang banyak tu rugi. Di Malaysia mungkin ada yang hairan macam mana rakyat Libya yang dah dapat macam-macam boleh memberontak. Rakyat Libya pula fikir lain, sebab dah terbiasa dengan apa yang dapat (padahal rakyat negara lain bengkek je tengok depa dapat macam-macam). Budaya barangkali satu faktor lagi, sebab Brunei yang keadaannya hampir sama dengan Libya(subsidi, elaun, insentif dll. yang sangat banyak vs. ruang demokrasi yang tak berapa banyak) setakat ni aman je. 2 kupang dari saya.

mr labu said...

informative pact entry, i've few question

1. betulkah hearsay subsidi Gadafi tu?

2. bagusnya mp singapore tu, di tanah melaya mp negeri johor, duduknya di damansara. abistu pakcik makcik kene la lalu wakil mp a.k.a little nopleon, sustainable kah?

3. kenapa saudi dicontrol oleh kingdomship dan arab lain dicontrol oleh so called dictator atau politician atau military

ada tak buku geo-politic dunia yg terkini uncle rem boleh suggest? mekasih

Anonymous said...

owh satu lagi, Sudan terpisah akibat agamakah? western power sokong sbb South Sudan majority christian?

full coverage cnn tu, if memory serve me right.

hehehe mekasih pok rem, wartawan bergerak

remgold said...

tentang subsidy gaddafi tu saya tak tahu sebab baru beberapa bulan belajar isu-isu america, europe, middle east.
tapi libya ialah negara di afrika yang Paling Banyak Minyak.
walau tamak camner pun manusia tentu dia kena pandai juga jaga hati rakyat sikit, kalau tidak takkan 42thn boleh aman bawah gaddafi - gunakan tentera dan secret service tak kan ke mana jika terlalu kejam.

tapi media barat ni main lagu mat salleh saja.
kamu lihat sendiri - saudi dan negara dlm UAE, dan juga qatar, bahrain, oman, mereka tak bantai walau diktator, sebab pro-american.
esok bila nangka dah busuk macam saddam, mubarak, gaddafi, shah iran, marcos, mereka akan kena bilis gitu saja dan tiba-tiba jadi monster. juga papa doc duvalier di haiti, idi amin, dan banyak regime lain di amerika selatan. u can be a dictator, but please, support america.

MP duduk damansara rakyat di perlis atau johor tak apa, jika betul tahu hati rakyat. kena turun padang selalu dan pastikan projek kecil sampai kat bawah.
utk orang damansara, 100 bungkusan beras dan 1,000 gula harga tak seberapa, tapi jika kamu beri orang miskin di kawasan kamu, mereka tentu rasa terhutang budi.
tapi kadang orang atas ni tamak lebih, dan buta hati.

yg kat spork walau kawasanundi semua dekat pun buta hati, hingga mei lalu nak kalah undi, baru kini sedar!
macam2 rancangan baru tolong rakyat mereka dah kemukakan sejak pilihanraya.
kami bukan nak gaji kamu sgd1juta setahun tu, tapi jika orang komplen kamu kena dengar, buka tertawakan. cepat bantu!

tentang mengapa banyak diktator atau raja dan tentera kat atas di negara2 arab, ini semua sejarah masing2.
jika kamu lihat - indonesia pun dicontrol tentera (sukarno, suharto, yudhoyono). cuma jeneral yudhoyono kerana dilantik cara demokrasi, dah lemahkan peranan tentera.
tapi thailand, filipina, myanmar masih dikuasai tentera - di sebalik prime minister.
vietnam, laos, cambodia masih ikut sistem komunis-sosialis one-party.

malaya dulu di bawah 9 raja melayu tapi telah dijajah dan dibritishkan.
beta tak tahu buku sejarah arab ringkas yg baik. baru nak belajar jalan ya sheikh, nanti kena cari.

tentang sudan tu - dasyat. arab dan negro islam kasar sangat dgn orang selatan kerana meraka kristian dan animist. jadi omputeh kristian amerikan dan eropah tentu sokong orang seagama mereka.
habis sudan berpecah dua - tak lama lagi berpecah tiga.
kawasan banyak minyak kini jatuh ke South Sudan - negara kristian. banyak gereja amerika masuk ke sana. takkan mereka tak terus cucuk nak pecahkan sudan lagi? (ini analysis tepi jalan, sebab belum pandai tentang sudan ni, selain yg saya baca di media barat sendiri).

dahserikngankeris said...

Agree with Rem, gaddafi shouldnt have been treated that way, at least give him a trial.

Dont bother with Cnn, unless you want the news on russia, and watch RussiaToday if you want news on America.

Anonymous said...

Salam Op Ed

80% dari negara MENA ini mempunyai penduduk yang majoritiya beragama Islam.

Sewaktu di zaman Empayar Khalifah Islam dan Ottoman, Islam dilihat oleh orang lain sebagai leader dalam pelbagai bidang, tetapi kini orang Islam ( tak kira pemimpin mahupun rakyat ) telah menjadi sebagai follower sahaja.

Dimanakah silap nya....

-Malik-

Anonymous said...

Saudara Malik.

Saya rasa itu sebab malas+miskin.

Bila malas otak bodoh. Bila bodoh duit pun tak kreatif nak cari. Bila tak kreatif, terus tertinggal dalam semua bidang.

remgold said...

memeranjatkan (atau mungkin Tidak memeranjatkan) - orang yg pekik human rights senyap saja bila musuh dia kena bunuh kejam, gaddafi, mutassim dan 50-100 penyokong gaddafi.
human rights is only for them and their friends. and people who could give them oil and projects.

tentang umat m dulu creators kini jadi followers.
semua orang tahu matematik hingga kini gunakan 'arabic numerals' (number 0, 1 hingga 9, dulu pakai roman numerals yg confusing IV, IXII, XXVIS, etc), al-gebra.
orang belajat tengok bintang dari pok arab.
kamu google - Piri Reis. admiral terkenal turkey yg buat peta terkenal.
kini kita semua lepak.
1) miskin? malas?

sebenarnya kemiskinin ni - hingga hampir bawa kpd kekufuran - ada baiknya.
walau mungkin goyang agama kita, tapi ia juga buat kita kerja kuat.

lihat saja ibubapa kita dan bagaimana mereka bangkitkan negara. msia tahun 1960an dan kini: kiri kanan atas bawah semua ada highway, plantations, rumah pangsa, factory, kereta berlambak - hingga satu rumah di bandar semacam wajib ada ua kereta.

saya kalau tak miskin dulu, tak akan kerja kuat. anda juga tentu gitu.
saya lihat anak2 saya, mereka tak miskin lagi (anak middle class). tak tahulah nak kerja kuat macam kita atau tidak.

yg paling kita kurang sebenarnya ialah:
2. creative environment.
spore contoh terbaik - negara tak miskin, tapi kerana pemerintah kongkong pemikiran, tak ada bakat creative!

the best spore companies adalah yg dikawal pemerintah (GLCs) dan bangun ikut strict discipline pemerintah, bukan kerana creativity.
SIA (often quoted as best airline, juga most profitable airline in world), DBS (bank terbesar di asia tenggara), Capitaland (ia control UM Land di msia, miliki Ascott brand).

kenapa US (juga tak miskin) begitu banyak syarikat privet yg kecik lalu meletup jadi besar? dan dengan daya kreatif tinggi?
benda yg kita tak terfikir boleh jadi global produk?
Amazon, ebay, apple, microsoft, cnn, facebook, twitter, skype, etc.

kerana mereka diberi kebebasan penuh. kita mungkin tak terima isu gay dan lesbian ni, isu human rights dan animal rights, tapi mereka boleh kata apa saja dan fikir apa saja.

di spork, orang KIASU. takut kalah, scared to lose.
jadi semua play safe (termasuk saya).
takut nak ambik risiko, kerana di temasek jika kamu gagal dlm sesuatu orang akan tertawakan sampai mati - 'remgold dulu buat projek ABC tapi fail. bodoh. kan bagus jika dia terus kerja dgn dbs dulu!'

di msia dan negara islam, saya takut dgn isu hudud dan memperkasa syariah ni.
bukan benci dgn islam atau takut dgn hudud, tapi saya khuatir orang yg berkuasa tu akan straitjacket kita kpd pemikiran satu lorong.
'u muslims must think in 1way only! halal and haram, and most things are haram! we tell u what is right or wrong'.

sampai sempit islam yg disampaikan kpd kita - bandingkan dgn arabic numerals dan al-gebra dulu. mereka tentu ada hudud dan syariah juga, tapi tak sibuk dgn halal-haram ni sesempit yg diajar kpd kita oleh arab wahhabi dan syiah iran.

ini pandangan peribadi beb. a very personal opinion.
what say u?

lagipun, kita hududkan dan negara islamkan msia dulu ke?
atau kita naikkan taraf teknologi sendiri sebelum gunakan label islam ni?
nak betulkan kepala paip di rumah saya di spork, saya panggil ah pek repairman, dan pc saya baru rosak, saya hantar kedai india. bagaimana nak tadbir Negara Islam jika serba serbi basic gini pun saya tak tahu?

remgold said...

TAMBAHAN DAN PEMBETULAN:
bukan maksud saya semua wartawan kena pandai repair kepala paip rosak dan pc terbakar.
tapi ada ke ramai umat m ni yg pandai buat basic begitu? apa lagi suruh buat perkara yg lebih sulit seperti bina, jaga dan repair loji air, siapkan, jaga dan repair computer systems.
yg pandai membina negara dan pastikan ia terus berjalan lancar.
jika ada baguslah. sebab jika kurang dan terus bergantung dgn orang lain, lepas tu sibuk nak cakap 'islam itu syumul' dan hudud takut pula orang tertawakan - pendidikan kamu pun tak sampai tahap universiti kamu dihormati di luar negara, kamu nak fokus pula tentang isu sampingan.