Thursday, 27 October 2011

My head is bloody, but unbowed

NONTON SAMPING NGUNYAH = MAKIN GUMOK

Talking of watching movies - cara baru nonton wayang.
"Theaters have been experimenting with new ways to lure customers by offering VIP services, such as reserved seating and in-theater dining...serving gourmet food and drinks to patrons watching movies in plush recliners."

"Kenapa kau makin Gemok man? Makan kat Macdonald's?"
"Tak sebab selalu gi panggung Rex, suka nonton Matt Damon dan Angelina Jolie."
---------------------------------------------------
TAMBAHAN - SUID AFRIKA vs ZIMBABWE

Afrika Selatan - negara majoriti kulit hitam yang ambil alih kuasa dari minoriti kulitputih, disangka akan gagal.
Ramai bertanya - Apalah orang hitam ni paham tentang dirikan negara, majukan industri diamond dan emas. Tahukah mereka buat benda basic seperti repair kepala paip dan repair PC.

Ini kerana ramai pak hitam ni sokong African National Congress, kumpulan yg dicop terrorist organisation.
mereka tinggal dlm hutan, pegang senjata. jadi takkan pandai repair kepala paip dan computer?
mereka pandai korek lombong sebagai slaves, tapi mengurus industri jauh bezanya.

TAPI kenapa hingga hari ini Afrika Selatan tak runtuh dan gagal, berbanding jiran mereka Zimbabwe?
Suid Afrika (dalam bahasa mereka) terus dianggap middle-class country.
Jirannya, Zimbabwe dulu ialah Rhodesia - Southern Rhodesia dan Nyasaland. Northern Rhodesia jadi Zambia, Nyasaland jadi Malawi.

Rhodesia juga majoriti umat hitam dikawal oleh colonialists omputeh yg rampas tanah mereka.
Rhodesia terkenal dulu dengan export Rhodesian Beef (macam Kobe Beef hari ini, terkenal), ladang besar tembakau, dan maize.
tapi mamat hitam sokong ZAPU dan ZANU (pimpinan Robert Mugabe, rakan karib Mahathir).

Mamat mugabe ni hancurkan negara - halau omputeh dari tanah mereka dan beri kpd cronynya.
bekas guerilla pegang senapang, kamu suruh dia jaga lembu dan tanaman tembakau. mana dia tahu!?

Hancur negara itu hingga hari ini. mugabe terus jadi presiden. dahlah tu, corrupt pula - dia ada jet selalu ke spork dan maysia shopping dgn keluarganya.

Omputeh rhodesia kebanyakannya dah lari - u dont want us, we run away. we have the skills but since u want ur type of governance, we run away lah.

Itulah bezanya South Africa. ia jadi satu negara dengan penyatuan tanah besar omputeh di situ. sebab tu bendera lamanya ada bermacam bendera kecik - Boer Republic iaitu Dutch white christians, dengan Orange Free State dan Transvaal iaitu British whites dan negeri2 kecik lain. tetap jadi anak negara britain (commonwealth nation).

Bezanya ialah Zimbabwe dapat Winner-Take-All Mugabe.
Suid Afrika dapat Let's-Unite Mandela, yang dah lama turun takhta sebagai presiden tanpa dipaksa, walau begitu popular.
ia satu pengajaran utk baik Kerajaan BN mahupun Pembangkang Pakatan. if u win, u don't want to have winner take all, we are the only one who is right, mentality.
sebab jika begitu, kamu buat cheena benci kamu. jika kamu mereng ke sana pula, melayu akan benci kamu. ambil jalan tengah.

South Africa ada Bumiputera Policy.
Dinamakan BEE = Black Economic Empowerment.
Harta kamu, omputeh, tak dirampas. Tapi sila kongsi harta dan pengalaman dengan omhitam.
Jika tidak hancur nanti gaduh rebut harta.
Maklumat rasmi BEE di sini.

Memang mudah wartawan macam saya ni nak tulis sampah begini. kamu, politikus, nak buat memang susah.
tapi apa yang saya nampak sejak pilihanraya 2008 merungsingkan saya tentang masa depan negara angkat saya. semua nak rebut harta tanpa pikirkan kesan jangka panjang kamu gaduh lidah isu bangsa, agama, harta dan projek.


---------------------------------------------------
CERITA AWAL

Untung saya terpicit saluran yang ada movie 'Invictus' tadi. Walau dah ngantuk.
Bagaimana seorang pepimpin sebuah negara pelbagai bangsa satukan rakyatnya, 43juta.

Negara yang dulu dicontrol minoriti omputeh. Majoriti orang hitam dan orang coklat ditekan dan diapartheidkan (apartheid = Afrikaans untuk 'apartness' = dipisahkan).
Presiden itu ialah Nelson Mandela.

ANC baru menang election, omputeh benci orang hitam yang baru berkuasa.
Orang hitam marah kerana berpuluh tahun mereka dipisahkan - tak boleh tinggal di kawasan omputeh, tak boleh makan di restoran selain untuk bangsa sendiri, malah kat tepi laut pun ke mandi di tempat berasingan.
Bendera pun baru bertukar warna (BAWAH = bendera zaman apartheid).



Dalam dialog movie itu, Mandela memberitahu, semasa dalam penjara selama 27tahun, beliau terpaksa belajar bahasa musuh bangsanya, belajar cara mereka berfikir.
Dan kadang nak give up, tapi teringat satu poem (Ninotaziz this is your territory, maam), yang membuatnya terus nak berjuang untuk bangsanya.

Invictus. 
Bahasa Latin untuk Unconquered.

'Out of the night that covers me,
Black as the Pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds, and shall find, me unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll.
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.'



Mandela dapat idea nak gunakan rugby untuk menyatukan rakyat yang saling membenci.
Dulu, kerana rugby ini permainan orang puteh, orang hitam semua Tidak Sokong pasukan nasional mereka, dipanggil Springbok.
Mereka sokong semua team lain melainkan Springbok, sebab ia satu simbol apartheid.

Selain tukar bendera negara, ada orang hitam kata - kita tukar nama 'springbok' ini (sejenis rusa) kepada nama bunga negara, Protea. Ini negara kita, kulit hitam control, 'kita ambil hak kita yang lama dah dicuri mereka'.

Lalu Mandela pujuk mereka, rilek bro, teruskan guna nama Springbok ni kerana dah lama ia team terkenal.
Depa jumpa captain pasukan, pujuk mereka lawat bandar-bandar kulit hitam, dan Mandela tunjukkan beliau kini sokong Springbok.
Make the changes that is necessary by embracing our old nemesis.
Dalam satu speech kepada kumpulan sukan hitam, beliau kata (lebih kurang):

"If we remove the Springbok name, it will be what they (omputeh) had feared of us.
We have to surprise them with compassion.
With generosity.
With restraints."


Akhirnya, dalam World Rugby tournament 1995 di South Africa, di mana Springbok disangka akan ditumpaskan Wallabies (Australia), mereka dapat tewaskan team itu.
Ini menyatukan rakyat. Determination. Bloody, but unbowed.
Dalam final game, orang terkejut kerana Springboks kalahkan team favourite Jonah Lomu, All Blacks (New Zealand) dalam extra time.
Springbok masa hanya ada satu player kulit hitam, yang lain semua putih. Tapi rakyat gembira sakan, tak kira warna, bila team itu menang.
GAMBAR: Logo di jersey - rusa springbok, kini ada bunga protea. Jalan tengah untuk satukan bangsa.

Inspiring.
Invictus.

10 comments:

katrina said...

If only all leaders are like him, the world will be a better place for all! "How do we inspire everyone around us, to do the impossible!"

Kena tengok movie ni,
the Trailer kat YTube, Directed by Clint Eastwood + Morgan Freeman.. ...sure great..
(saya ni kaki movie, uncle!)

TQ for sharing, Mandela is such a great figure!

Anonymous said...

Uncle Rem, saya ni peminat blog unker ler.. Ade email adress tak? nak berkenalan. Mana tau kalau ada masa boleh jumpa bertukar pandangan :D

Daniel

Kama At-Tarawis said...

inspiring.. now saya pun teringin nak tengok invictus.. :-)

remgold said...

Guys,
Shhh jangan beritahu orang.... Pertama kali saya tengok movie sukan tapi nangis beberapa kali mendengar dialog dan scenes cerita ni. Mengenang nasib negara kita - spork dan maysia, mengenang great leadership, compromises that must be made, political strategies, etc.

mr labu said...

hehe teringat zaman bola 90an, stadium shah alam sungguh majmuk, litar batu 3 pon sama. elok2 ada batu tiga pegi buat rumah, terus road rage menjadi2

itulah ahli politik yg tak rasa nadi rakyat, sukan mmg menyatukan umat, common purpose common enjoyment.

pok rem, di sana, ahli politik pon terlibat dlm sport association jugak ke? cuba bayangkan situasi, in heated meeting anda tak bersetuju dengan Raja yg merupakan presiden persatuan anda, bagaimanakah? .....

ps; ty utk reply yg panjang di post yang lepas

Anonymous said...

Mr Rem

Setelah 30 tahun merdeka,kalau anda ke Johannesburg, anda tidak dbenarkan keluar dari kawasan hotel pada waktu malam kerana kemungkinan di rampok agak tinggi.

Kalau perlu naik teksi, minta pihak hotel panggil driver yang dipercayai kerana takut kena mugged.

Ini semua dilakukan oleh penduduk asal berkulit hitam yang tiada perkerjaan......

remgold said...

Di banyak negara, termasuk temasek darul pap, politikus suka menyibuk kepalai persatuan sukan.
Niat mereka nak suburkan nama mereka, tapi ia juga menyekat kemaraan team, biasanya. Sebabnya, seperti di msia di mana raja main sukan, jika orang berdarjah ni jadi kepala susah nak betulkan kesalahan kerana kita semua hanya insan biasa.

Tentang jo'burg tu - banyak negara seperti ni. Di mana di luar hotel waktu malam, kamu kena rompak.
Berterimakasihlah kita kerana abang polis kita, walau banyak masalah corruption dan abuse of power, masih effektif juga. Jangan terlalu menghina men in blue, cuma kita nak tekan agar mereka terus improve.

Baca sini, perangai polis new york. Syukur polis kita tak kurang ajar begini dgn mahkamah dan media -

http://www.nytimes.com/2011/10/29/nyregion/officers-unleash-anger-at-ticket-fixing-arraignments-in-the-bronx.html?_r=1&ref=nyregion

Johan R Wendi said...

Unkeerr Rem,

Tertarik kali ini pasal article Unkeerr mengenai South Africa.

Pada sekitar tahun 2006-2007 dulu, company saya ada hantar investment mission ke Johanesburg & Cape Town. Terkejut org Malaysia tengok, walau pun SA baru lepas merdeka dari Apartheid, dia org lebih maju 2X dr kita.

Mandela, walaupun dia humble, dia lebih cerdik, white people tidak di halau nya gitu saja, otak white people masih ada guna. Kalau Unkeer follow closely dialog Mandela/Morgan Freeman dlm invictus, semasa dlm opis dia ketika baru lantik jadi President , mandela ada sebut dia mahu white people to stay, live together with black, as shining example to the world. Dialog ini agak touching sampai kuching saya pun menangis.

Tapi kalau Unkeerr pergi ke Swatoland (slum area), keadaannya agak sedih, spritually/ mentally. Black masih jauh utk catch up dgn white, sebab dia org low self esteemed, left over apartheid dulu. Sama dgn Melayu kita 50'an & 60'an dulu.

Tapi lain pula dgn Zimbabwe. Kita tak boleh salahkan 100% kat Mugabe. Zaman Rodhesia dulu, semua tanah subur, valley land, high land, delta land, semua white people punya, dia create dia punya white law. Black hanya layak jadi kuli sampai 7 generasi, arid-dry desert land saja yg Black layak. Tak silap ada nover tajuk Rodhesia pasal benda ini .Cuma Mugabe, dia agak bodoh, sebab "hatred" yg amat sangat kpd white, dia lupa utk train & change mind set back people sampai hari ini. Tu yg jadi Zimbabwe, sick nation of Africa.

Johan R Wendi

katrina said...

Seen the movie, with tks.. very2 moving, he is really great.

Anyway, kalau nak kenal-kenalan dgn a South African of Malay origin, she did a guest post on my friend's blog.. @ Rawiyah - a Cape Malay...

http://cooking-varieties.blogspot.com/2011/06/fish-frikkadel-recipe-steak-frikkadel.html

ninotaziz said...

Moving. Inspiring. Humbling.

Let us be reminded. And put core issues above politics.

Will we? Can we?