Siapa kata Bhutan ialah syurga di dunia? - Itu kata Menteri Singapore Khaw Boon Wan dalam Parlimen, di sini.
Ini jawapan warga Bhutan.
Padan muka kamu pak menteri. Ko ingat bangunan tinggi dan banyak duit tu saja dinamakan kemajuan???
-------------------------------------------
Baru dua minggu lalu saya ke Avenue K, shopping centre bersebelahan Suria KLCC.
Hampir 100peratus kosong di ground floor. Dan juga di tingkat-tingkat atasnya.
Di dua basement di bawah, barulah ada banyak kedai-kedai termasuk beberapa restoran makanan dan ada juga food court di hujung.
Tapi setelah dua tahun tidak ke sana (lebih kurang) saya rasa 80 peratus kedai yang ada di situ adalah occupant baru - tentunya kerana business kurang laku lalu turnover pekedai quite high.
Ini kerana Avenue K terletak di sebelah Suria KLCC mall yang ada 1mil sq ft over six floors = jadi susah jiran nak tarik pelanggan datang ke mall kamu.
Sama macam kedai ikan bakar favourite saya di Taman Melawati (town centre). Kerana orang berebut ke situ setiap lunch, kedai lain semua tak laku sangat.
Walau Suria dan Avenue K disambung oleh LRT station, Ave K tetap tak laku sangat. Kesian.
(Tapi yang bagusnya, jika anda takut carpark KLCC penuh, anda boleh park di basement Ave K ni!)
DAN kini, Suria dan KLCC sedang dibesarkan lagi! = Kamu boleh lihat tower baru sedang naik, dengan ada mall di bawahnya, di sebelah Mandarin Oriental hotel tu.
Dipanggil Tower 3. Dah nak siap tak lama lagi - katanya semua kedai dah ada occupant nak sewa = bagus untuk Petronas (pemilik bangunan) yang pegang harta rakyat.
TAPI para developer di mana saja tak serik.
Sebuah lagi bangunan pejabat-mall-office nak dibuka disisi KLCC dan Suria mall.
Di bekas tanah Wisma Angkasa Raya = di junction Jalan Ampang dan Jalan Pinang.
Wisma A.R. (bangunan lama) ketot saja, hanya 24 tingkat.
Yang akan menggantikannya kelak, 65 tingkat!
GAMBAR = yang ada sekarang (atas) dan yang akan datang (bawah).
Berbanding dengan Menara Kembar Petronas = 88 tingkat. Dan Menara 3 = 58tingkat.
Pada saya manusia biasa, dah terlalu banyak shopping space kat situ.
Juga dah banyak luxury apartments dan penthouse. Dan banyak ruang pejabat pun.
Tapi masing-masinglah beb. Harap tak kosong macam jiran sebelah tu. Mungkin jika ada connector antara Suria dengan bangunan baru ni - yang akan dinamakan Angkasa Raya - akan mudahkan orang mundar-mandir. Basement link atau high bridge.
------------------------------------------------
Cerita-cerita lama saya mengenai bangunan:
- Sumpah pencakar langit.
- Mall terbesar di dunia.
- Masjid dekat World Trade Center, New York.
- Raffles hotel di Makkah.
------------------------------------------------
ARCHITECT & ENGINEERS
TAPI sebenarnya posting ini bukan nak cerita tentang maju atau gagalnya mall. Tapi tentang pandainya arkitek reka bangunan.
Semakin maju sesebuah negara, semakin tinggi nafsunya dan cantik designnya - sebab developer mampu tarik arkitek teror-meror luar negara.
Arkitek untuk Angkasa Raya (yang baru) ialah Ole Scheeren, mamat Jerman.
SETIAP projek barunya yang diannounce, saya terkejut kerana unique designs!
Baik aku pinjam sikit gambar-gambar projeknya dari Internet - semua unique! Saya dulu masa muda kerja sebagai mechanical draughtsman di Mechanical & Engineering (M&E) Department sebuah firma arkitek Australia di Singapork, jadi saya faham sikit bahawa begitu mudah nak draw, tapi bila nak jadikan realiti sesuatu projek, mak oi.
Setiap bangunan tu mesti ada Structural Engineers nak kena calculate pastikan ia boleh beridir tegak - kena angin kencang, hujan, panas. Besi keluli, glass windows berapa banyak, berapa berat? Jika salah hitung, senget bangunan tu sebab berat sebelah, misalnya.
Kena ada M&E Engineers pastikan ada saluran untuk electrical, sanitation, aircon, ventilation cables and equipment. Kat mana kamu nak sorok Air Handling Unit = yang keluarkan aircon untuk bangunan. Air-con ducts nak lari macam mana? How powerful?
Itu kerja saya di M&E Department yang tukang design air-con systems.
Berapa lampu nak pasang, berapa power points, kat mana nak letak switch? Wirenya berapa kilometer dah? Semua kena calculate beb.
Jika nak pasang kena pastikan orang boleh buat maintenance bila rosak.
Architect decides on the design, lepas tu kena check dengan department lain nak pastikan projek tu praktikal designnya.
INI antara bangunan arkitek glam Scheeren ni:
1) Angkasa Raya, KL = cantik abang buat bangunan tinggi, kat tengah ada garden terbuka beberapa tingkat tu! Mungkin jadikan gym, restoran, meeting/function rooms, balconies, pools?
2) The Interlace, Singapore = residential projek. Macam lego blocks mamat ni design. Tapi kena pastikan setiap unit ada privacy. Tak boleh design di mana tingkap bilik kamu dekat sangat mengadap tingkap bilik jiran.
3) MahaNakhon condo, Bangkok = orang terkejut dan sebelum Bangkok banjir mereka buat joke, building ni dah kena makan anai-anai. Very nice pixellated design. Again, can be balconies, pools. gyms di glass openings tu.
4) CCTV headquarters, Beijing. Eeks! Apanih!? Itulah reaksi saya bila pertama kali nampak design building. Unique dan saya terfikir = jika kamu di dalam pejabat di 'jambatan' antara dua bangunan tu - payah nak lari jika bangunan terbakar atau ada gempa. Too far from the stairs. Tapi kiut-miut designnya.
Braders dan bradees,
Jika ada anak kita nak jadi arkitek, galakkanlah.








15 comments:
Uncle Rem,
Malangnya kebanyakan bangunan adalah pet unfriendly! Angelina pun nak juga gi window shopping dan makan fro-yo sekali sekala. purrr....meow!
Rem,
Kat Kl bangunan paling paling den suka Old Railway Station dan juga bangunan admin nya yang terletak di seberang jalan. Memang klasik dan asyik walaupun tak tinggi.
kat sebelah bangunan tu YTL nak buat hotel 5 star baru tapi masih maintain lobby buiding hotel british yang lama. kita tengok nanti bila siap.
Den kalau pi KL dan rasa nak terkucil, biasanya akan masuk lobi hotel, buat muka selamba dan guna kemudahan tandas yang sedia ada.
nyaman, bersih dan percuma.....
PS - Bank Negara nak keluaqkan Notes dan coin baru tahun depan.
check it out brader.
Tuan Rem,
Bangunan Angkasa Raya yang tuan tunjuk tu dah lama tu. Sekarang ni yang tinggal hanyalah tanah lapang je...Saya rasa bangunan Angkasa Raya tu memang patut digantikan dgn yang baru biar seiring dengan kilauan KLCC.
Wallahualam.
Rem,
The Interlace tu paling greenlah. Seronok betul Pak Cik tengok. Berapa agaknya harga satu unit? Teringin juga nak beli kalau ada lagi yang belum dijual.
sangat cantik..berapa kos tu? hehe
cat,
yikes kamu ni! nak suruh developer buat HUMAN friendly buildings dah payah. kamu nak suruh mereka buat cat-friendly pulak!
nak kena ada corner di mana kuch boleh baring lepak, ada sand pits every floor jadi dia mudah nak melepas, dan ada certain plants jadi kuch boleh makan sebagai ubat lepas tu dia muntah!
the best buildings, k-mali, adalah oleh rekaan arkitek british zaman dolu dolu, seperti railway stesen tu, juga federal court depan dataran merdeka. termasuk villa saya baru beli =
http://en.wikipedia.org/wiki/File:England1_144.jpg
bangunan angkasa raya tu dah roboh ke? hee, hamba tak tahu. sebab bila ke kl kebelakangan ni, tak ke kawasan tu pulak. ada baiknya yg akan naik bangunan moden.
tapi sedih juga kerana kita hari ini, di mana saja yg nak bergelar modern society, cepat robohkan bangunan demi nak dapat wang lebih dgn membuat yg lebih tinggi dan dijual lebih mahal. angkasa raya lama tu baru 22thn. tak apa lah. asal tak kebas wang rakyat, atau membebankan rakyat minta bail-out nanti.
silver-haired pakcik,
harga condo di spore hari ini paling kurang ialag s$700 per sq ft - itu jika ia jauh di bandar! maknanya jika kamu beli flat 1,000 sq ft, kena bayar s$700,000 - di hujung spore seperti jurong, tampines, yishun.
yg di tengah orchard, raffles place dan marina bay dah mencecah s$2,000 psf. malah ada yg dah sampai s$3,000 psf pun.
the interlace tu tak jauh dari bandar, dah cecah s$1,300 psf. flat kecik 1,000 sq ft (2 atau 3bilik kecik) berharga s$1.3juta. harga yg sama (convert jadi rm3.12juta) saya boleh beli banglo kat setiawangsa atau melawati). tapi ikut suka masing2. ada yg suka tinggal di tengah bandar besar. ada yg suka tinggal di tepi hutan.
bangunan tengah bandar ni, biasanya jika nak disewakan lebih untung dari banglo tepi hutan, sebab expat suka sewa.
angkasa raya baru tu, jika ikut harga condo lain sekeliling klcc, lebih kurang rm1,500 psf.
oklah tu jika kamu ada wang extra, idle money, sementara tunggu ternakan diimprt.
senang nak disewakan.
Rem,
Bukan saja engineer dan arkitek yg pening, tukang kira kuantiti pun pening gak tau kalo ada design yg pelik2 begini.
Teringat dolu2 sblm resign, kompeni lama dpt projek buat BQ utk KLCC. mak aiii...tension dgn design yg byk kelok sana sini and then, pricing payah gak sbb byk guna imported building material and latest in town.
Masih boleh baca drawing lagik ker skrg? Draughtsman skrg bertuahkan sbb ada mcm2 program komputer. Time saya byk guna Autocad (civil), kurang sikit bau ammonia yg busuk tuh. heee...
Iza
My second daughter Inas must read this posting of yours. When she was 10, she told me she wants to be an architect. Still does. Sekarang, favourite subject at school, Engineering drawing. Tapi at 16, dah jadi businessgirl cupcake. Cuti ni belajar hiphop. Tengoklah, where her dreams will take her...
I can imagine the life in Bhutan, I was living for 10yrs in the secondary jungles of Borneo.
Peace, tranquility, close knitted community and the easy ways of lifestyle - no stress, no pressure......timeless;
No amount of money can buy these!
Cheers
Reme tanak crita pasal kampus Nanyang Univ singapore ke? Cantik pak reme. Yang bawah tanah tu. Macam padang golf.
Saudara OpEd,
Sangat tepat jawapan warga Bhutan! Negara tersebut boleh jadi macam Singapura dalam masa setahun kalau mereka 'memusnah'kan gunung ganang dan dan hutan mereka. Tapi bolehkah Singapura menjadi Bhutan walaupun mengalir air mata darah?
Maafkan saya, saya sendiri menganggap (bukan semua) warga Singapura bodoh sombong. Mereka ingat setelah menjadi negara maju dengan bangunan-bagunan tinggi menjulang dan banyak duit merekalah kumpulan 'terbaik' di dunia! Seterusnya sewenang-wenang melahirkan pendapat mengenai negara orang sesuka hati dan mengikut kaca mata sendiri!
Kadang-kadang saya terfikir sikap warga Singapura yang menganggap diri mereka ‘great’ dan cakap besar sebenarnya hanya untuk melindungi rasa ‘kecil’ diri. Apalah gunanya bangunan-bangunan tinggi pencakar langit kalau untuk, ‘swing the cat ’ pun tidak cukup ruang.
Satu lagi yang mereka lupa bahawa hidup bahagia terletak di hati bukan pada wang ringgit yang banyak., Kita bahagia bila nilai kekeluargaan kita kukuh,di kelilingi alam keliling yang indah dan nilai budaya yang murni. Bahagia juga tidak terletak pada makanan makanan yang enak seperti daging, ayam dan segala macam benda yang tinggi kalori.
Mungkin orang Bhutan dan di Malaysia juga ramai yang makan ulam-ulaman sahaja. Tapi makanan inilah yang membantu menyihatkan badan. Mungkin bagi warga Singapura yang kiasu makan ini melambangkan taraf hidup yang rendah!
Kepada menteri Singapura yang ‘besar mulutnya’ sila jawap mengapa mengikut statistic terkini makin ramai warga Singapura yang membunuh diri kalau benar-benar negara Singapuru itu negara yang terbaik!
Warga Setia
kamu warga setia spore atau msia tuan?
apa pun, apa yg kamu kata tu tepat, jadi saya tak mahu tambah.
wealth is not having many things and acquiring more.
wealth is being happy with what u have.
kekayaan ni tak bermakna kita mesti tinggal di damansara rumah besar, tapi hutang keliling pinggang.
tinggal datuk keramat pun ok, asal tak hutang orang. steadylah keramat!
senang nak cakap! tapi bila jiran beli 7series mata kita pun jadi hijau! walhal baru beli c-class 2tahun lalu.
katrina,
tolong citer kat blog u tentang pengalaman hutan tu lah.
syiok baca cerita2 gini.
ninot,
budak2 ni bila dah besar, kena pandai2 dia cari jalan hidup. kita hanya boleh membantu sikit dari tepi maam.
Salam sdr Rem,
Kiriman ini mengingatkan sy kpd perhimpunan kerabat di masjid khadijah, di mana salah seorang anak sepupu sy bertanya pd anak sy: "So, u guys in M'sia still live on trees huh?"
Kebetulan, sy baru menghadiri persidangan anjuran Mercy Malaysia (25-26/11) di Legend KL, di mana isu 'climate change' dikaitkan dgn bencana alam.
Mungkin hari 'ni negara yg berasa 'maju' suatu hari nanti bertukar menjadi negara yg 'vulnerable'.
Jadi, jgnlah megah sangat dgn bangunan-bangunan pencakar langit yg "bisa hancur bagaikan debu berterbangan" (dialog sinetron) ...
off-topic: genevva gold legal kah tidak di malaysia ni?
-mamat kpg-
mamat kpg,
menurut websitenya dia registered di bawah companies act, etc etc.
cuma saya dah baca, tak paham cara business model mereka ni.
mereka sediakan gold ACCOUNT sama macam maybank, kuwait finance, citibank?
atau PHYSICAL gold (jual beli emas yg kita beli dan pungut)?
atau cara lain? kenapa susah sangat website ni nak explain?
kedua-dua cara jualbeli emas ni saya dah tulis beberapa kali - google dlm blog saya 'emas maybank' atau 'emas account/akaun'.
kalau cara lain, cuba terangkan beb.
susah aku nak paham. dia gunakan label-label islam syariah hibah amanah: u're selling me physical or asking me to open an account?
or is there a 3rd way that i cannot seem to understand?
Post a Comment