Friday, 11 November 2011

In(cr)edible India.... Part 2/2


potong bawang, the safe way!

locking-up selipar. good idea! nanti saya ke masjid buat gini.








BERITA KURANG BAIK

 Dah lebih empat tahun saya kembali ke Singapork selepas 12tahun di Maysia.
Kerja duduk dalam opis ni, setiap hari saya dapat lihat cerita-cerita yang akan keluar esok, dan juga berapa banyak muka surat esok, siapa advertisers, berapa besar advertisementnya.

Untuk anda yang pernah membeli akhbar The Straits Times, anda tahu bahawa pada setiap Jumaat dan Sabtu, akhbar begitu tebal.
Berat nak mampos kadang pada Sabtu sebab banyak sangat advertisement!

KINI, seperti tahun-tahun sudah ni, cerita semacam dah mula malap. 
Sejak beberapa minggu ini, saya lihat kurang advertiser, kurang muka surat akhbar saya.
Ikut pengalaman lalu, ini bermakna advertiser dah kurang nak letak iklan, kerana mereka khuatir ekonomi akan lemah. Makin kurang advertisement, biasanya bermakna mereka nak save duit - kurangkan ad dalam akhbar. Save the money for tomorrow.

Saudara, saudari, rilek ah, jangan membazir. 
Bad times are coming, no thanks to the eurozone crisis.

Dan kamu lihat di atas-kanan blog saya - harga minyak dah melonjak ke US$97 setong. Kerana IAEA bagi warning tentang Iran dan Israel nampaknya nak serang. 
Amerika dan Israel ni kaki gaduh, dia ada nuke tak apa, musuh dia tak boleh.

TAKUT dunia kena stag-flation. 
Economy is STAGnant, tapi harga makanan ada high inFLATION.

6 comments:

Anonymous said...

Salam Pakcik,

Saya rasa israel takkan serang Iran. Mereka saja gertak untuk memanipulasi harga barang2 di dunia seperti minyak mentah dan barang makanan.
Bukankah Amerika sudah ada saham dalam minyak mentah di Iraq dan kini Libya.
Kalau berperang dengan Iran, Amerika kena belanja besar. Sudahlah mereka takde banyak duit. Jadi mereka buat cerita telenovela dengan Israel untuk kaut untung melalui spekulasi. Bukankah itu kepakaran mereka.

- bapak jijah

Anonymous said...

Hahaha..memang melucukan!

Satu lagi tabiat orang India dan Pakistan, ialah mereka suka membunyikan hon kereta tak kira tempat dan masa. Ini pengalaman sendiri semasa tinggal di Pakistan, we were stoping at the red traffic light dan driver saya masih membunyikan hon kereta. Bila saya tanyakan, "Istiaq there's no car in front. Why?" dan
dia jawab, "I honk so the traffic light will turn green!!" Terkedu saya sekejap terus speechless!

Btw, saya setuju dengan pendapat tuan Rem, ketawa itu ubat yang sangat mujarab (alih bahasa)

nat

Anonymous said...

A picture tells a thousand words. So funny. Tak jemu tgk since Part 1 dan senyum sorang2. Really make my day...tenkiu!

One thing i knew about in(cr)edible India was Rajnikant, the Tamil hero film Sivaji the Boss, Robot berasal dari sana. Kalo tgk aksi gadoh2 mesti nak ketawa, sekali dia tumbuk org jahat terpelanting 10 meter. increeeedible betul. hahaha...

Iza

remgold said...

bapak jijah,
minyak naik ke us$99 semalam!
selain iran-israel, kerana semakin musim sejuk di dunia sebelah utara.
kita kat asia tenggara, nak musim sejuk, masuk saja shopping centre dan hypermarket!

seperti tuan, ini jangkaan saya tentang yahud wan nasara ni:

1. mereka mesti jadi boss, jika tidak kamu kena bom dan dituduh terrorist.
siapa dulu yg jadikan afghanistan extreme jika bukan cia yg mahu umat m membenci soviet (tengok movie based on fact: Charlie Wilson's War).
siapa dulu yg beri saddam hussein chemical weapons dan WMD?
siapa dulu yg sokong rejim shah reza pahlavi dan peacock throne?

semua unkerr sam. tapi bila kamu lawan mereka, kamu jadi rejim terrorist.
mereka heboh nak demokrasi di egypt, libya, syria, iran dan malaysia. tapi saudi dan bahrain tekan rakyat, tak apa pulak sebab political ally mereka.
dunia, dunia.

jadi kini washington dan tel aviv buat perkiraan, adakah akan membahayakan israel dan sekutu mereka (saudi, bahrain, uae, oman) jika iran ada islamic bomb.
jika jawapannya Ya, kena bom esok.

2. perkiraan kedua ialah sama ada dgn mengebom iran, israel akan semakin terpencil, dan kena serang missile oleh hizbollah di lebanon dan syria (sekutu iran). scud missiles dan lainnya boleh beratus masuk israel, mencetuskan peperangan besar di telok.
minyak gerenti naik ke us$150 terus!

baca analysis akhbar top yahud di sini:

http://www.haaretz.com/weekend/week-s-end/should-and-can-israel-attack-iran-s-nuclear-facilities-1.394964

nat,
tentang honk kereta ni.
kita di spork maysia, jika kita pandu dan orang belakang honk (atau flash lampu), oi! bukan main marah kita! boleh perang dayak!
tapi bila saya ke saudi dan egypt, every tom dick and harry (tarmizi dzul dan haris) honk all the time, for no reason.
rupanya ia budaya mereka naik kereta.
when people honk at us in spork maysia, it is seen as a challenge and very the kurang ajar.
di negara lain tu, ia sama macam kita main muzik dlm kereta: no problemo, tak boleh marah.
kita yg warak (konon) berdoa dan berwirid ketika lampu merah, istiaq picit horn!

Iza,
kamu janganlah tertawakan filem bollywood ni. nanti dia jadi cerita serious macam filem kita, boring pulak!!!
movie india ni suka cerita anak kaya jumpa anak miskin, jatuh cinta, keluarga tak terima. lalu bertumbuk dan bergolek tanpa rosakkan jambul.
filem melayu pulak suka jalan cerita dah kawin, lalu cerai! cerai sana, cerai sini. sampai saya pun malas nak nonton lagi.
malah jika saya tengok tv di maysia dan drama melayu tu tak ada cerai, macam satu treat pulak!

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,
Thanks for the warning. Baru nak bercuti to Bali and Singapore, 5 daughters, kena cari tempat dekat dekat, but will save accordingly.

remgold said...

ninot,
pork chic tua macam saya ni banyak sangat beri warning tentang kewangan.
old timer macam saya setiap bulan bayar 100pct semua credit card, dan cuba simpan paling kurang $200-$300 atau RM500 (walau dengan membeli perak-emas).
orang muda saya lihat akan max credit card, cuti ke korea dan london, tak banyak simpan wang. they are not natuiral savers seperti orang tua (generasi 1950an-1960an) macam saya yg dulu pernah papa dan lihat negara kita miskin.

tapi, kalo dengar cakap saya kamu akan tinggal di rumah yg furniturenya 20thn (di spore) dan keretanya 13thn (di kl).
enjoy a bit lah memsahib.

saya buat gini agar rasa selamat: jika aku kena buang kerja esok, boleh tak terus biayai anak sekolah dan bayar hutang piutang rumah/bil api air, beli makanan, selama 3 bulan (kereta dah lama habis bayar)?

jika jawapannya ia, oklah. kita harap dlm 3bulan tu boleh dapat kerja tetap yg lain, walaupun kena ambil gaji lebih rendah.

ke spore murah juga kini - naik bas mewah rm200-rm250 return, per person. food and coffee included. 5hrs one-way, syiok duduk dlm bas baca buku atau nonton movie melalui ipad/samsung tablet.
atau naik firefly rm400 return per person.

live a little!