Sunday, 27 November 2011

Meet the 1 per cent

Salah satu isu terbesar yang memecahbelahkan masyarakat Amriki (bahasa Arab untuk 'America') dewasa ini, termasuk melalui demo Occupy Wall Street, ialah bagaimana orang super-kaya bukan saja beli kondo dengan kebas duit rakyat, tapi tak bayar banyak cukai.

Salah satu slogan pendemo Occupy ialah "We are the 99 per cent".
Kita kerja penat-penat, payah nak dapat kerja, kerja long hours, gaji kecik, ada kena dua pekerjaan dalam sehari, lepas tu bayar cukai penuh.

Tapi orang super-kaya ni, sebab mereka mampu dapat khidmat tax accountants dan tax lawyers, boleh korek cara terbaik nak elak bayar cukai. Atau kurangkan bayar cukai.
Selain buka akaun di Switzerland, Bermuda, Isle of Man, mungkin Singapore dan Labuan, mereka ada bermacam cara lain.






ISU tentang the so-called 1 per cent super-rich ni sangat hot di US of A.
Dalam pertembungan politik Republican dan Democrat menjelang Presidential Election tahun depan, isu pembayaran tax oleh the 1 per cent ni pun isu panas.
GAMBAR: Jurang besar perumahan di Brazil.

Secara basic:
1) Democrat (parti Obama. golongan liberal, protective of US rights in trade) mahu cukai untuk maha-kaya dinaikkan, agar kurangkan hutang negara. Antara penyokong pendirian ini ialah Bill Gates dan Warren Buffett.
Kasihan orang pertengahan dan bawah saja bayar cukai tinggi, berbanding gaji mereka.
2) Republican pula (parti yang disokong orang kaya, parti konservatif, pro-Christian, pro-trade) kata tidak adil dinaikkan cukai super-rich. Mereka adalah golongan entrepreneurs dan dengan kekayaan itu adalah job providers. Leave them alone.

Dalam artikel detail yan membuka mata saya, akhbar terkemuka NYT (international edition NYT ialah International Herald Tribune) memberi detail bagaimana 1 per cent ni = anak keluarga Estee Lauder dan presiden Clinique kurangkan pembayaran cukai.
(Ya Estee Lauder dan Clinique milik Yahud dan mamat ni memang pro-Israel habis. Tapi rilek ah, ini bukan cerita politik, Itu bab lain).

Wow, terkejut saya membaca ni. Saya ada inheritance US$1 billion sebab atok saya dulu business lembu dan pandai invest kondo, jadi saya pun nak cuba kurangkan bayar cukai dengan cara ini - perfectly legal, using all legal loopholes.

Yang paling saya tertarik hati ialah beliau ada saham bernilai US$600juta, tapi jika jual saham itu untuk dapatkan wang, akan kena bayar cukai (tax on profit for sellling the shares).
Tapi beliau gunakan saham ini sebagai guarantee untuk loan US$400juta. Tak kena cukai!
Tapi beliau bukan orang jahat dan tamak - dia gunakan tax savings tu untuk kerja kebajikan yang disukainya.


CERITA kedua pula, ialah mengenai pertarungan besar dua maha-player Wall Street. Jika kamu selalu ikuti cerita finance, tentu pernah dengar nama Icahn dan Ackman.
Mereka juga the 1 per cent.
Pandai mamat kewangan bangsa yahud dua orang ni.
Mereka corporate raider dan activist investor - sama macam dalam movie Wall Street.
Orang bernama corp raider ni biasanya akan membeli syarikat yang ada problem. Sebab harganya murah.
Lepas tu nak clearkan hutang syarikat ni dan pastikan keuntungan besar untuk mereka sebagai new shareholders, mereka akan pecahkan syarikat dan retrench pekerja ramai mana pun.
INI contoh kasar - maaf jika kamu marah. Cuma contoh.
Misalnya kita lihat MAS selalu problem. Lalu corp raider masuk beli syarikat.
Tapi bukan nak buat turnaround plan.
Mereka tengok MAS ada xxx pesawat = jual sebanyak mungkin, cancel flight ke tempat yang tak laku sangat.
MAS ada xxx pekerja, kita buang 30 peratus nak save costs.
MAS ada xxx pejabat marketing di sekeliling dunia. Kita tutup setengah, dan retrench pekerja ni semua.
(Ini tak akan berlaku di Maysia sebab MAS ialah national carrier).

Corp raider ni bukan orang jahat. Apa yang mereka lakukan ini semua legal.
Walau kita kat bawah terbakar hangus.

Yacht Icahn. Besao.
Lihat gaji boss syarikat-syarikat ni - unreal levels for doing what they are doing.

A WHIFF OF REVOLUTION

Bacalah cerita dua di atas ni.
Dalam hati saya, saya khuatir besar untuk manusiawi di masa depan terdekat.
Sebab di mana pun, baik Singapork Maysia Indonesia, mahupun Amriki dan Eropah, semakin tertubuhnya dua golongan yang makin lama makin jauh perbezaan gaji, cara hidup, sikap.

1) The elite, the 1 per cent = political elite dan business elite yang promote kaum keluarga dan rakan saja.

2) The masses, 99 per cent.

Dan jurang kekayaan semakin luas. Yang elite tinggal dengan mereka saja dan tak kisah tentang 99 per cent. Mereka syiok sendiri di atas tu, dan pastikan semua hak mereka dijaga. Makan di tempat atasan, naik kereta besar jalan depan orang miskin tapi tak kisah.
"Who asked you to be poor? get a job!"

Lihat saja gaji CEO syarikat-syarikat besar, dan juga 10 pegawai atasan syarikat, terutama di Amriki.
Sama juga Perdana Menteri/Presiden dan para menteri cabinet (di mana saja).
Gaji berjuta dengan perks lain seperti first class travel dan hotels, free houses etc.
Ada pula yang kebas duit rakyat terang-terangan!

Bila mereka (CEO, politikus) kena buang kerja walau tak perform, mereka dapat golden parachute! Berjuta-juta stock options. Ada dapat rumah besar dibina gunakan duit cukai rakyat di kawasan elite!

KITA kat bawah, gaji naik 1-3 peratus setahun. Jika dah tua atau tak perform, kena retrench, mampos terkapai.
Sebab itulah protes Occupy Wall Street ni berdengong bukan saja di bandar Amriki lain, tapi bergema terus ke London, Paris, Tokyo, Sydney.

The gap between the rich and poor inilah yang menyebabkan French revolution, Russian revolution, dan banyak revolusi lain.
TAMBAH: Itulah juga yang terjadi di banyak negara Arab kini. Orang fed-up dengan perangai orang atasan syiok sendiri, jaga kroni dan kerabat saja. Yang kat bawah kelaparan.
Orang elite better watch out.
Jangan tamak sangat, jaga kepentingan sendiri saja.

10 comments:

dahserikngankeris said...

bila kaya ingat satu, banyak sedekah.

Anonymous said...

Salam Op Ed,

kita sepatutnya meneliti dan mengambil iktibar bagaimana golongan minority ini ( yang super kaya dan juga yahudi ) ini mampu memonopoli dan mempengaruhi dunia.

seperti biasa, majoriti manusia lebih senang hidup sebagai follower.

-malik-

Charles F Moreira said...

Reme,

Syabas keatas artikel ini yang menerangan isu 1%.

Betul nya ada suatu bahagian yang menguna ke-kayayaan mereka untuk menoloong orang dan lagi suatu bahagian yang salah-guna harta nya untuk memampuskan orang

Terima kasih

koolmokcikZ said...

great job pokchick. i likeeee!

THE TROUBLESHOOTERS said...

Syabas Saudara, kerana berjaya menerangkan dengan mudah isu isu masakini.

Inilah akibat "subprime mortgage crisis" dan Skim Ponzi dimana 99% yang terlibat adalah 100% rakyat biasa.

"Misalnya kita lihat MAS selalu problem. Lalu corp raider masuk beli syarikat.Tapi bukan nak buat turnaround plan."

Ye saudara contoh yang terbaik tapi kakitangan biasa masih tidur.

More details below:

http://mastroubleshooters.blogspot.com/2011/11/key-observations-and-recommendations-by.html

http://weechookeong.wordpress.com/2011/11/21/mh-maruah-hilang-musnah-harapan/

free compass said...

"Bila mereka (CEO, politikus) kena buang kerja walau tak perform, mereka dapat golden parachute! Berjuta-juta stock options. Ada dapat rumah besar dibina gunakan duit cukai rakyat di kawasan elite!"

KENA BATANG HIDUNG PAK LAH KITA

remgold said...

bros & sis,
saya sebenarnya cakap secara umum saja. bukan ditujukan khas utk mas, pak lah (tapi kalo kena batang hidung, patut juga!).

di spore sendiri, takutttt saya sebagai rakyat. saya untung ada kerja steady (setakat ini). tapi saya takut jika saya semakin tua kelak - terjadi kpd rakan (typical of oldman worker di spore) - bila tiba umur 60thn, gaji kena potong, kerja tetap sama. no more bonus. medical kena potong.
at a time when u need more money and medical semua kena potong sebab dah tua.
jika kamu tak suka terms ini, sila resign!

kamu pergi ke mall mana dan coffeeshop (kopi tiam) di spore - dulu budak pompuan muda dan jantan muda yg jadi salesgirl dan salesman adalah budak melayu dan cheena tempatan (low education).
kini semua filipina! yg jadi receptionist, nurses, yg jual credit pakai phone ('u want credit card, sir?', 'u want cheap loans, sir?') pun makin ramai warga luar.

di kopi tiam, semua pekerja dah jadi warga china. dulu ramai pekerja melayu atau cainis dari msia. habis ranap semua kerja utk orang low-education ni, sebab pemerintah benarkan mereka masuk akibat nak kurangkan kos business, lebihkan untung, agar ekonomi kembang pantas.

sebab ramai sangat warga asing masuk... spore ada 5juta orang = 3juta warga, 2juta foreign talent... kini debat besar dlm negara tentang harga rumah.
jangan harap pekerja biasa seperti saya akan mampu beli kondo di spork lagi!
sebab ramai warga asing gaji besar masuk (top financial, IT, services) mereka berebut naikkan harga kondo. juga market dbibuka habis, benarkan orang asing yg tak duduk spore pun beli kondo!

kalo saya super-rich, saya tentu ada rumah dan kondo keliling dunia. new york, london, geneva, singapore, hong kong, tokyo, sydney, etc. eh tak payahlah galakkan sangat orang begini, mampoi kita sebab mereka banyak masuk sangat. mesti ada LIMIT beb! mereka ni kadang speculator, beli 5-10unit nak jual bila harga naik. tak mati salarymen macam saya?

di kl pula, saya pun takuttttt dgn apa yg sedang berlaku.
saya beli rumah second hand. tapi harga rumah tu dah DOUBLE jika ikut harga original. beli tak sampai 10thn lalu.
saya mulanya ingat, wah pandai aku beli rumah yg cepat naik harga. tapi rupanya SEMUA rumah landed dan kondo di kl naik pantas!
ish apa nih!
gaji saya dlm masa yg sama naik agaknya 10-15peratus (dalam 10thn), tapi rumah harga dah naik 100peratus!!! naik banyak gaji pun kerana kerja di spork dah 4thn ni.
eh macam mana rakyat maysia nak mampu beli rumah jika ini dibiarkan gitu saja????

apa jadi dgn skim lama = di mana setiap projek perumahan, mesti siapkan tanah dan rumah (a certain percentage) utk kos rendah?
masalahnya = kalau ada pun, kroni dan politikus kadang kebas atas nama bumi lot!
saya lihat beberapa projek landed properties di melawati dan ulu kelang - tak nampak lagi ruang di sisi di mana diadakan perumahan murah ni. mampoi semua rakyat kamu suruh beli kondo rm250k, landed rm400k.

ninotaziz said...

Thanks for this article. It's true harga rumah dah naik tinggi on KL. Tapi ada lagi apartment condo in Melawati about Rm 200K. Teringin.

Singapore sounds soulless at the moment. Tersenyum baca rebuttal rakyat Bhutan to your Minister. I guess great nation building has to include development of the nation's soul.

A bit angry with Malaysia for letting 'our soul' go dry. Cultural aspects is slowly dying.

keramat mali said...

Reme

meet the 1 percent - di Malaysia mereka ni termasuk para politikus yang mintak komisen 10 percent.

pasai tu lah rumah kat Ulu Kelang & Melawati dah tak ada rumah mampu milik dalam projek baru.

ADUN dan MP dulu dan sekarang sama saja 2x5=7

Anonymous said...

Dajal dah menguasai dunia..tapi umat M & (manusia) masih tidur