TANGKAP! DEMOKRASI DILOKAP!
Menarik sungguh. Bila di negara lain, mereka sorakkan dan galakkan.
Bila di negara sendiri, cepat ditutup, 200 kena cekup. Eh itu kan mereka demo tanpa keganasan??? Tak bawa senjata pun!
Dah makin merebak benda ni di rumah Unkerr Sam, negara yang sibuk nak betulkan negara lain.
Mereka berarak di Fifth Avenue di New York = jika di KL itu satu jalan utama macam Tun Razak, kerana di jalan itu ada Times Square dan Empire State Building (in midtown) terus masuk ke Wall Street (downtown).
Jika kamu terus ke uptown, boleh sampai Central Park. Sibuk benar jalan tu, banyak tourist terjejas.
Bila kita kata dulu kita tak mahu business, tourist dan business terjejas dengan demo, orang boo, kata nak kebebasan.
Kahkahkah.
Tak pulak cheerleader demo tempatan buka suara 'rakyat Amerika mahu kebebasan'.
"Outside the stock exchange, officers swung batons at protesters who crowded the streets." - NYT
This is police brutality (GAMBAR - see pix no.5 in NYT).
This violence is only fit for us in Third World countries! Polis Amerika kan semua mala'ikat! Rupanya malaun tak kena ikat jugak.
Tsk tsk tsk.
Maaf, saya terus cucuk, walau saya suka-giler dengan Unkerr Sam dan Americans. Nak tunjukkan, mereka juga seperti kita = Lagak hero depan dunia, tapi dah kena batang hidung, cepat nak tutup najis.
-----------------------------------------
DAH lama nak ngobrol isu ni, tapi rasa malas nak masuk topik politik. dah takut orang marah.
Tapi biar saya cuba juga kerana agak menarik apa yang berlaku.
TUJUAN: mungkin (mungkin saja!) boleh beri sedikit petunjuk kpd maysia dlm isu ini.
Rakyat Malaysia di luar negara memang dah lama nak mengundi. Tapi garmen dulu, sebab kuat, buat donno. Tapi kini, zaman kerajaan lemah dan goyang, kena jugak dengar suara rakyat.
Dan isu ini dah pun masuk mahkamah.
jika betul hampir sejuta rakyat Malaysia di luar negara, saya rasa yang layak mengundi = hanya yang dewasa, minus anak kecik, student muda. Mungkin 300,000? = iaitu satu pertiga dari yg di luar tu. Ini saya tembak saja.
Ramai tu! Jika kita jangka 80 peratus nak undi Pakatan, ia boleh menggoncangkan BN.
Tapi itu theori saya saja - saya tak tahu jumlah pengundi luar negara, mahupun jika mereka sokong Anwar atau Najib.
YANG penting bagi saya ialah nak tunjukkan cara bagaimana Singapore dan Indonesia jalankan pengundian di luar negara.
Kita panggil mereka, shortform, OV = overseas voters.
ONGKOS
Isu paling besar nak suruh OV buang undi ialah ONGKOS.
1) Nak siapkan tempat mereka mengundi. Jika di kota besar yang ada embassy seperti London, Washington, Riyadh dan Jakarta tak apa.
Sediakan satu bilik dan dua-tiga meja buang undi.
Tapi jika kamu kerja di Glasgow, Los Angeles, Makkah dan Bali tapi nak mengundi, macam mana? Dan hanya ada satu-dua kerat saja di kota itu?
Ini belum lagi jika kamu kerja di cerok seperti Zanzibar, Tasmania, Bermuda, Xian, Kyoto = iaitu jauh dari embassy.
2a) Satu jalan keluar tentunya ialah dengan gunakan pos (gunakan FedEx atau DHL agar confirm embassy terima. TAPI kamu sanggup bayar kosnya tak?
Siapa yang bayar ongkos ni? Jika pakai skim ni US$10 per person x 300,000?! (Maaf ini saya tembak, tak tahu ongkos sebenar).
2b) Dan sebelum tu, kerajaan (duit rakyat) kena pos kepada kamu (FedEx DHL) kertas mengundi. US$10 x 300,000 lagi?
3) Dan kena phone kamu beberapa kali nak pastikan semua lancar.
Dah terima kertas undi, Prof Dr Rem dari Universiti Arizona? (cantik sungguh campus uni ini yg saya lawati tahun lalu).
3hari kemudian: Dah pangkah dan pos kembali?
Esoknya: Ya, kami dah terima Prof.
2hari lepas tu: Ya, Prof, kami dah tally dan pass kepada Putrajaya semalam.
Semua ni ada kos. Dan jika 300,000 orang, mak oi mahal tu beb phone bill for both sides.
Kena ada extra man-hours (extra workers?) nak pastikan semua lancar. bayar overtime.
Berapa ongkos ini? Saya tak berani pun nak teka.
Maksud saya: Negara dah lah makin 'miskin' (termasuk kena rompak pemimpin) dan bergantung dengan Petronas untuk 40pct dari Baget negara setiap tahun, kamu nak tambah kos begini?
SEBENARNYA, kos untuk kerajaan tu satu aspek saja.
Untuk setiap pengundi pun ada kos - Jika kamu kerja di New York atau Chicago, dan boleh mengundi di Washington.
Itu one-hour by flight dan ada harga tiket kapal terbang dan teksi nak kena tambah. Mungkin kos nak tidor di hotel satu malam kerana nak pastikan dapat undi.
Jika kamu di LA atau Vegas = on the opposite side of the US! Lagi jauh, ada 4-5jam naik flight! Kos lebih tinggi. Problem pulak jika kamu insist pegawai embassy mesti datang ke bandar kamu.
JADI nak kena balance kos kepada rakyat, dengan hak kamu sebagai rakyat.
Dan kos kamu sebagai rakyat nak buang satu undi ni.
PENTING: SAYA tak sokong A atau B, tak tahu ia patut diteruskan atau distop, cuma nak beritahu benda ni ada hidden cost yang agak tinggi.
Kamu kena pakat-pakat dan work out berapa kos untuk setiap pengundi.
Dan sama ada isu ni nak diteruskan, bukan gaduh mesti nak hak, atau mesti nak block. Jangan guna emosi, gunakan sikap rationale.
Saya orang luar, sibuk tepi kain kamu.
Saya semasa di KL 12tahun, untung kerana setiap kali kawasanundi saya walkover (sebab PAP begitu kuat). Tapi jika ada undi pun, saya tak rasa saya akan terbang ke selatan.
Saya undi dalam pilihanraya umum Singapork pada Mei kerana berada di sini.
Tapi pilihanraya presiden pada Ogos, saya kebetulan di KL, saya tak kisah lah tak undi pun.
SINGAPURA & O.V.
Negeri kecik, jadi agak mudah diatur!
Kerusi Parlimen: 87 (Tidak ada 13 DUN).
Pengundi: Lebih kurang 2.5juta, yang mengundi pada general election May lalu = 2.21juta.
OV yang ada dalam rekod = 5,504 orang.
Sikitnyer! Kat Keramat, stray cats saja ada 5,000 ekoq!
Kerana sikit sangat, tidak semua negara diadakan undi pos ni.
Di Malaysia dan Indonesia, Brunei dan Vietnam, TIDAK ada. Jika kamu kerja di sini, kamu kena pulang jika nak undi. Voting is compulsory in Singapore, tapi jika kamu tak balik tak apa, hanya kena explain kenapa tak balik, akan dimasukkan balik nama kamu dlm senarai undi lain kali.
Singapore adakan pengundian (disiapkan tempat) di hanya sembilan bandar di enam negara:
- Canberra,
- Beijing, Shanghai,
- Hong Kong,
- Tokyo,
- London,
- New York, Washington and San Francisco
JIKA kamu di Perth, di Xian atau di Macau, tak ada.
Dan tak ada undi pos.
UNDIAN dikira di Singapura setelah kertas undi diterbangkan kembali.
Dibuka dan dikira depan agen politikus.
Dikira DUA atau TIGA HARI SELEPAS results semua diumumkan.
Tapi sebelum itu, result yang diannounce mestilah tidak dijangka akan menjejas sesuatu kawasanundi.
Misalnya, ada sejumlah 500 undi untuk kawasan saya di Bishan-Toa Payoh GRC dari 5,504 pengundi O.V. ni (kerana mereka semua dah register awal lagi, kena tunjukkan mereka undi utk kawasanundi mana).
Jika di kawasan saya, pemenang hanya majoriti undi 450, maka result utk kawasan itu Tidak Akan diputuskan pada malam result lain keluar.
Sebab O.V. ni boleh jejas result.
Tapi jika ada 500 O.V. untuk kawasanundi itu, dan pemanang dapat undi majoriti 600, maka akan diannounce results beliau menang. Sebab jika semua 500 O.V. undi lawannya pun, beliau tetap menang dengan 100 undi, yang boleh diadjust balik.
INDONESIA & O.V.
Untuk pilihanraya wong jowo ni lain pulak.
Negara besau. Ada 17,000 pulau, 5,000 pulau ada penduduk.
Rakyat lebih kurang 280 juta. Pengundi berdaftar berjumlah: 171 juta! (penduduk maysia hanya 28juta. spork 3juta sporeans+2juta pekerja asing).
Dewan Perwakilan Rakyat (national parliament/DPR): 560.
Undi untuk 33 dewan Provinsi (maysia ada 13 DUN). beratus.
Undi untuk 500 Kabupaten (regency): beribu.
Jadi tentunya cari pasal jika kamu beri O.V. mereka undi untuk DPR, Provinsi dan Kabupaten sekaligus.
bayangkan Ongkos nak pos result ke semua cerok negara!!!
nak mudahkan, pemerintah indonesia kata jika kamu di luar negara, kamu undi saja untuk Jakarta II district!
Semua kena undi satu kawasan Parlimen (DPR) ni saja.
Tak payah sibuk-sibuk nak kena hantar undi 200-300 orang ke cerok Sulawesi atai cerok Ambon untuk dikira.
Semua dikira di embassy dan dihantar result ke Jakarta.
Di singapork, ada 99,000 pengundi indonesia bedaftar. yg keluar mengundi hanya 10,000.
Di maysia, saya tak tahu tapi tentunya ada berjuta pengundi!
Dengan hanya mengundi untuk satu kawasan saja, dapat save ongkos!!!
APA PUN, saya tak tahu jika pengundi maysia ni akan terima atau tidak, jika ini diunjurkan agar dapat kurangkan kos, sedangkan kamu dapat mengundi.
Atau mereka akan insist nak hak mereka undi dihantar ke cerok kelantan dan sabah.
ke penghujung perlis dan sarawak, dan bukan saja (misalnya) mengundi kerusi Putrajaya.
>
>
>
AHEM, CITER BELUM HABIS
4) Sebenarnya ada satu cara lagi utk O.V.
Tapi saya takut ini juga jadi polemik politik - di negara di mana hanya pandangan pihak kita saja yang betul!
Internet Voting!
Kos nak set-up tentu tinggi! Tapi bila dah siap, maka anda hanya perlu internet connection, boleh undi walau anda berada atas Gunung Everest (pakai Satphone).
Tapi saya tak rasa ada negara yang dah buat gini, atas security issues.
a) Tentu kita rasa semua pengundi akan undi pihak kita saja. Bila menang kita terima, bila kalah, kita tuduh macam-macam. Penipu, pengundi hantu, ada extra kotak, undi pos palsu, etc.
Akan ada syak wasangka bahawa pemerintah yang buat pasang sistem ini ada secret door nak manipulate results!
B) walau semua orang 100 peratus percaya dengan sistem ni pun, ada satu masalah lain: Misalnya saya sokong Pakatan, isteri dan dua anak saya yang dewasa sokong BN.
Nak undi hanya perlu IC number dan password.
Saya dapat find out apa password keluarga saya.
Sebelum mereka sedar, saya cepat-cepat undikan untuk pihak saya pagi lagi!
Kerana undi sekali saja, too late! I have already voted for you (maklumlah tentang isu politik ni boleh gaduh pecah belah satu keluarga).
Video: At the Last Rally
1 hour ago









14 comments:
Apa pndapat bro reme, kalau kita cakap pngundi OV ni cuma layak undi untuk kerusi parlimen saja?
pengundi OV komposisi dia lain, maybe lebih bepelajaran dan pandai bahasa inggeris.
Tak ambil tahu sapa wakil rakyat DUN pun takpa sebab mereka fikiran lebih bebas dan tak bias pada isu remeh mcm pekauman.
Pengundi OV maybe lebih pada isu ekonomi dan sains. Pandangan lebih kedepan kan?
nak hak mengundi balik ke malaysia la.bantu bangunkan negara
ini sapu scholarship daripada kerajaan malaysia tapi bila dah habis pengajian kerja kat negara asing.alasan konon gaji tak lumayan
dah tu ramai yang pegang status PR negara lain sebab matlamat jangka panjang nak mintak citizenship negara tu
kenapa tiba2 ambik berat pasal politik malaysia sedangan selama berpuluh tahun tak peduli nak bantu negara dari segi kepakaran dan kewangan?
teruk2 amah filipina,indon ada jugak hantar duit berbilion balik ke negara asal.ini kenyangkan perut sendiri saja
kebanyakkan spesis macam ni hanya ingat malaysia bila dah nak mati saja.masa tu baru teringat nak buat wasiat mintak tanam mayat di malaysia
sokong laporpo,
apa lah diaorang merepek, dah dapat PR luar lepas tu stay kat sana, bayar cukai sana, silap-silap sekali dalam 3 tahun pun tak pernah balik, bukan bayar cukai sini pun, hantar duit cuma bila nak melabur dan bila naik dia lari.
yang jadi PR singapork pun tak mengundi, he he aku tau sebab kawan aku balik sini bila singapork buat undi.
YG DLM NEGARA PUN LIAT NAK DAFTAR SG PENGUNDI APATAH LAGI YG DILUAR NEGARA
Pakcik saya dah 45thn duk UK, kawin ank menantu dan cucu semua sana - dia serta anak2 semua rakyat Msia, ade cakap BM pun tak reti, pulang bercuti 3-4 tahun sekali..pun takleh menyesuaikan diri...panas kat sini dan macam2 lagi..
Adui kalo dia boleh undi, entah anak2 siapa Menteri kat sini pun tak kenal.
Saya pasti ramai lagi dalam situasi yg sama, yg duk Hongkong dan India dll.. macam mana kalau mereka ni semua pun nak mengundi?
Tak payah dan tak perlu pening kepala fikir nak bagi hak mengundi pada OV. Nak undi balik Malaysia ja. Uncle saya dah 40 tahun PR Australia. Berkahwin dan beranak cucu dengan ompouteh. Memang tiap-tiap tahun balik Malaysia. Tapi perlu ke dia ada hak mengundi?????????.
Daripada habiskan duit untuk dapatkan satu undi, baik kerajaan gunakan duit itu bagi pada org2 tua tak kira pencen kerajaan atau bekas pekerja swasta. Boleh juga mereka guna duit tu untuk belanja perubatan diri sendiri.
Orang2 Malaysia di luar negara kalau nak undi juga balik saja ke Malaysia dan claim tiket penerbangan, mungkin 30% cukuplah.
Penginapan tak boleh la claim sebab mereka tentu ada saudara mara yang tinggal di Malaysia. Takkan la kerja bertahun di luar negara balik mengundi sekali sekala sambil jumpa ahli keluarga di Malaysia pun nak berkira sangat.
- bapak jijah
Rem,
Bila bicara ttg hak rakyat semuanya dlm kategori membazir, byk belanjalah. Kalo berhabisan pd projek2 pembaziran dan rasuah takpe pulak.kan?
When there's a will, there's always a way. Kerajaan Mesia byk duitlah. Tgk jer kes feedlot NFC, pembinaan istana baru walhal yg lama elok lg, PKFZ, Felda etc etc..berbilion hangus. Ok what?
Pilihanraya umum hanya sekali je setiap 5tahun.
On the other part, saya pun setuju lebih elok depa balik mengundi kat sini. Dapat gak berkenalan dgn calon kawasan masing2. Pilih calon yg berkaliber dan bukan parti yg bertanding.
Iza
interesting issues raised by everyone.
sebenarnya isu OV ni dari dulu lagi, tapi dulu kita tak kisah sangat sebab pengundi yg duduk di maysia pun, rata-rata sokong kuat umno-bn.
walau timbul scandal itu dan ini, apa yg omputeh panggil 'compact betw the people and the govt' begitu kuat = iaitu ada unwritten agreement = rakyat kata kami beri kamu undi, sila perbaiki hidup kami. skandal yg timbul sana sini tu, tak apa lah. asal hidup kita terus baik - dapat kerja, negara aman, institusi berjalan lancar.
kini, bukan saja di maysia. di spork pun sama: the compact betw the people and the govt dah goyah. malah dah retak besar.
kami dah tak percaya govt ni lagi, kerana nampaknya membuncitkan diri dgn tak kisah kita sangat. bila ditegur, ditertawakan. dah lost touch with the ground.
di maysia kadang kita lihat list skandal, orang yg tak beriman pun mengucap panjang...
kat spork, saya sendiri rasa kehidupan saya sebagai sporean dah bertukar jauh.
ya, masih selamat dan aman, masih ada economic growth. tapi begitu ramai FT ('foreign talent' = pekerja asing. google dlm blog saya).
dari 5juta penduduk spork kini, 2juta adalah FT!
maknanya, jika kamu nampak 5 orang dlm mrt atau dlm mall, 2 orang tu pekerja asing!
mrt kini setiap hari sempit hingga tension selalu (masuk akhbar banyak kali).
kat mana saja saya jalan, nampak filipino, china people or indians from india.
saya tak benci mereka. tapi saya tahu ramai sporean (cheena, melayu, india sporeans) tak selesa. google blog saya - saya tulis dulu tentang china chinese larang neighbour masak curry, hingga jadi isu.
too many foreigners were allowed in, too soon. taking away jobs (that's the claim), cara mereka lain - dlm tren bila nelpon pekik2, cara mereka kita tak syiok (gi basement Peninsula Plaza = satu mall dah kena takeover Myanmar shops! di basement semua kedai makan, kedai makan myanmar melainkan 3. di atas, kedai mereka jual sireh. mereka kunyah dan ludah dlm tong sampah! apa nih!) etc.
betullah kita bias - sama macam orang maysia bias terhadap indon, bangla, nepal di kl.
balik topik: compact dgn rakyat dah goyah.
sebab tu OV nak sangat undi. nak vote out this govt.
tapi logistik (ongkos) satu masalah besar.
tentang pengundi setuju nak undi Parlimen saja (Anon 03:28) atau nak semua sekali, kamu kena bincang.
laporpo, tentang orang di luar ni sibuk nak undi maysia, saya setuju tu. sebab tu saya dulu kat maysia 12tahun, tak sibuk tentang spork pun. if u want to help ur country, return home, bukan complain dari luar.
bapak jijah dan iza,
detail ongkos dan cara, kena bincang.
cuma yg saya khuatir isu dah jadi polemik politik.
tegakkan pandangan pihak kita, walau salah mana pun. bukan nak cari jalan keluar utk kebaikan semua.
JIKA TANYA SAYA: buat campuran cara spork dan indonesia.
O.V. boleh undi SATU kerusi PARLIMEN saja di negeri masing2 (kamu dari penang? boleh undi kerusi Parlimen, misalnya Bukit Bendera saja. di Johor, kerusi Parlimen JB saja), mudahkan logistik.
dan adakan pusat mengundi di bandar besar saja di LUAR asean, di mana ada lebih 3,000 pengundi di negara itu.
misalnya di Washington (US), Canberra (Aust), London (Europe), Doha (MidEast), Pretoria (Africa), Brasilia (S.America).
jika nak sangat undi, kenalah keluarkan belanja sendiri, bukan susahkan kerajaan pulak.
isu membazir dan scandal tu isu lain, saya rasa iza. itu kamu kena jaga politikus = tunjuk kita benci perampok. dan kuatkan media agar expose skandal (sama juga di spork, kena kuatkan media freedom).
its so ironic that the issues plaguing singapore nowdays is PENDATANG, maybe umno singapore can capitalize, rotflmao.
as per voting what have u, the issue in itself was highlighted by the opposition for the opposition, stating your rights to vote, and vote opposition.
to me, i agree with one of the commentaries, people just dont give a crap, and this dont give a crap attitude trancends the barriers of race. Though the diffrence of it all would be financial mobility, and most malaysians living out of the country have this, not all, but most.
i hate seeing one sided views of malaysians living outside malaysia, its not really about discrimination but about the higher pay, but u know lah politics, they just interview these people and make them look like refugees, if u can work in the uk for 2000 pounds and also work in malaysia earning 2000 ringgit which would you choose? that decision would be pureley economical, in the end, sudah lah, hak engaku nak pi cari makan. hak engkau jugak mengundi, those who highlight the topic is checking the king, so dear king if you can sedia kan a voting system that is clear, fair and transparent, you'll be setting yourself for a check mate in the near future, why cant local postal votes emulate the overseas voting scheme, alamak, bersih bersih bersih. lol
anon 17.15 kalu kerajaan tak pakai duit rakyat nak pakai duit sapa? duit george soros macam anwar duit imf duit mana cakaplah..bodohlah kau ni kan kerajaan kena mengurus duit hasil sama2 pakailah duit petronas ke? duit felda ke? kau cakap macam haji bakhil kedekut
hehehe nak tergelak jugak bila ada yang bantah projek2 tertentu kononnya membazirkan duit rakyat
bagi penyokong pembangkang di malaysia apa yang dibuat oleh pihak kerajaan semuanya membazir
buat jambatan pulau pinang diorang kata membazir.sekarang? kerajaan penang dah mula bina second bridge sebab jambatan pertama dah tak boleh tampung trafik
buat putrajaya membazir.hehehe dulu siap nak lelong putrajaya.sekarang? semua dah berangan nak rampas putrajaya.hehe langsung dah tak sebut soal nak lelong melelong dah.
buat highway PLUS membazir.kononnya jalan persekutuan yang ada pada masa tu elok lagi.sekarang? pak lebai la yang paling banyak gunakan highway tu untuk berceramah 365 hari setahun
KLCC? ini pon membazir jugak kata pembangkang.anwar kata mahathir gila sebab nak buat menara berkembar paling tinggi di dunia.sekarang? ahli politik pembangkang berdemo protes minyak naik harga pon di depan KLCC.sebabnya menara tu dah jadi mercu tanda negara malaysia
Sorry off topic.
Hello brader..jgn main gelak2 tau bila dah tau banyak duit rakyat dibazirkan ratusan juta ke tangan perasuah tegar dulu dan selamanya. Hutang negara skrg pun dah bape ratus bilion agaknya eh? Anyone can confirm here?
Pembangkang yg kuat kena ada di setiap negara utk memastikan ada check and balance pengurusan sesebuah negara. Its all about AMANAH DAN PENGURUSAN TERBAIK utk rakyat. Depa tu bekerja utk rakyat bkn rakyat bekerja utk depa. Ingat tu! Sebab tu election tu penting skrg. Tough fight man! No more gomen knows best lagi dah. Dulu bolehlah..letak gambar monyet pun org akan pangkah walopun dah tau ianya parti sarkas. Skrg jangan. hahahaha...
Projek2 yg kamu detailkan tu semuanya rakyat kena bayar balik tauuu..walopun dibina guna duit cukai kita semua. Ye lah kan dasar berniaga dgn rakyat sendiri.
Rasanya negara mana dlm dunia nih yg punya jalan TOL paling byk sekali utk rakyatnya?. Negara kita pengeluar minyak, tapi minyak mahal utk rakyat sendiri? LOL
Kenapa tak listkan sekali projek2 GAJAH PUTIH yg rugi dan makan berbilion duit rakyat. Itu tak termasuk projek2 give and take sepatutnya harga 1 juta tapi di mark up jadi 20juta...Nak untung atas angin pastu caj semuanya ke atas rakyat. Cukai sana sini. #Kesian kita semuakannn..
ps: You see Rem, when it comes to politics or something i disagree with...i can't keep my mouth shut. The truth shud be told. It will make me a free man. :)
Iza
Iza..untuk membangunkan ekonomi negara bukan senang and yes maybe our goverment ni ade buat silap but if you really look into economical side and our country development I strongly believe that our goverment have managed it very very well. Ckap mmg senang Iza, but you really think the opposition can manage our country as stable as today?? sekarang ni banyak sgt dah isu perkauman timbul because of opposition..macam mana negara nak maju?dengan scandal tak habis2 and Iza, you ingat kalo opposition tu yg memerintah, tade cukai ke? tade project yg gagal? tade corruption?? Sekarang nk pancing undi mmg la janji macam2 tapi tgk je what have happen dekat negeri2 yg opposition took over, ape pon tarak..lagi teruk ade la.. I am no pro goverment but when you have choice to vote, please think wisely. jgnlah bantutkan fikiran tu dgan cukai2, project fail( tak pernah pulak fikir projects yg dah berjaya mengaharumkan negara)..you really have to look seriously on what our "future goverment" can do in economical aspect, development aspect,social aspect(culture,religions, etc.
Post a Comment