SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Eh! Cepat switch to History channel di cable (Singapore)/satellite (Malaysia) TV anda!
Saya kini sedang gemar nonton History channel ni kerana tunjukkan show di atas - dan juga series lain seperti Ice Road Truckers.
Rihatkan otak saya yang dah penuh dengan bad news - gaduh agama, bertekak bangsa, bunuh membunuh, rompak merompak.
Show ini semua juga mengajar saya appreciate benda lama (orang panggil 'sampah'), dan duit yang boleh dibuat dengan collect harta lama.
Pawn Stars - Maaf, bukan politikus terkenal Malaysia = itu Porn Star.
Tapi ini cerita sekeluarga yang memiliki kedai pajak (pawn shop) yang besar di Vegas.
Bukan saja emas, perak dan jam mahal diterima sebagai cagaran atau dibeli, malahan kereta dan motosikal, paintings dan dokumen lama, pistol dan pedang. Macam-macam bentuk manusia masuk kedai nak jual barang.
The (American) Pickers - dua pemilik kedai second hand yang pusing satu America untuk 'pick', membeli barang lama yang murah dan dijual kembali.
Signboard dan toys usang, basikal karat dan games machines semua diangkut.
Orang kita panggil mamat karung guni.
Kings of Restoration - mamat bapak dan anak ni di Vegas boleh restore pelbagai mesin yang usang dah rosak. Asal anda sanggup bayar.
Keretapi mainan lama, popcorn machine dan Pepsi machine, oil pump dan sampah apa saja yang kamu bawa, akan diperbaikinya.
Storage Wars - empat-lima mamat 'karung guni' yang sibuk masuk auction storage units.
Saya tak tahu di Malaysia, tapi di Singapore jika anda nak simpan barangan anda - misalnya furniture, ice box, pakaian - kerana tunggu rumah baru siap, anda boleh sewa ruang storage.
Ruang itu ada saiz sekecil bilik, atau besar factory pun.
Di America, jika orang tak bayar sewa untuk ruang ini untuk beberapa bulan, setelah letak barang kay dalam tu, maka pemilik storage company ini akan rampas semua barang di dalamnya.
Maka akan dipanggil karung guni ni untuk bid kandungan storage units itu.
Setelah mereka menang, mereka boleh angkut semua barang di dalam sesebuah bilik itu.
Macam-macam dia jumpa!
Ada painting, wang tunai, perak dan emas!, juga baseball card yang berharga mahal.
DI saluran Animal Planet pula, ada River Monsters - mak! besarnya ikan-ikan yang ditangkap di sungai keliling dunia ni!
JUGA di History channel ialah Ice Truckers.
SELEPAS penat bekerja seharian, syiok saya nonton benda ni kadang sampai 1-2pagi.
Kamu boleh nonton beberapa episod pendek semua ini dan gazettenya di YouTube.
--------------------------------------------------
SIA LANCAR BUDGET AIRLINE
Dinamakan Scoot.
SIA, syarikat penerbangan terbesar di Asia (dikira dari revenue dan profit) juga memiliki SilkAir, dan ada saham dalam Tiger Airways.
Namanya tu nak tunjuk sikap 'cool' dan rilek, iaitu ia untuk leisure travellers, agaknya.
Video: At the Last Rally
1 hour ago





12 comments:
bang rem, tadi ade orang jual gold coin kat dalam pawn stars. history channel mmg bes, lagi satu rancangan bes deadliest catch, layan btol tengok orang tangkap ketam, tapi tuh channel discovery kot lol
Salaam Tuan Rem,
Saya masih ingat semasa saya masih belasan tahun (ini history channel saya ya) saya telah pun berminat utk mengumpul barang2 lama spt pinggan yang ada gambar naga timbul, dulang2 dan kuali tembaga, ayan dll. Masa tu orang kampung bagi aje kat kita, dan mereka tak nak ambil duit dari kita sebab mungkin mereka rasa gembira sebab kita appreciate barang2 mereka tu. Tapi sayangnya barang2 itu terpaksa saya pulangkan kembali sebab ibu saya kata barang2 lama ini selalunya ada 'penunggu/ penjaga. Disebabkan percaya dgn cerita seram ibu, saya memulangkan semua barang2 tersebut (berbunga2 ayat explaining to the old folks why I got to return the stuff) Apabila dah 'tua' sikit, sesal la sangat sbb terpercaya cerita ibu tu. Since then, I go back to that old hobby, ada la sikit2 barang2 lama dapat saya kumpul dan simpan. Ini lagi best, there's a guy in Melaka who collects or maybe buys kayu dan papan dari rumah kayu lama yang ditinggal ahli waris and he kept all these woods in a rented warehouse! Tuan Rem, apa kata if kita jadi Pickers? Kita boleh mula di kampung saya di Ng 9:)
Nat
Ngankeris,
Show pawn stars ni hanya tunjuk interesting and unusual products. Tak ditunjuk benda biasa seperti gold coins atau perak. Pernah sekali ia tunjuk orang jual rare banknotes America.
Harga pasaran ialah usd10k, kedai tu beli usd8.5k. Wow.
Nat,
Tentang penunggu ni Ada betulnya. Arwah bapak pernah simpan keris yg dilimau dan dibaca doa setiap malam jumaat. Bila tak buat ada yg cari dia!
Sebab tu hingga hari ni saya tak berani simpan keris. Bila beliau meninggal 10 tahun lalu, semua senjatanya dibuang. Beliau dulu dlm Singapore army lawan Ganyang Malaysia (indon). Ada bayonet, pedang dan keris.
Saya juga pernah ke rumah Datuk Eskay lama dulu di Naka, Kedah. Masa tu beliau rakan baik anwar dan saya nak buat cerita eskay pelihara kambing. Selepas lunch, di depan dua lagi tamu, beliau bawa keluar keris yg katanya diberi oleh Presiden Suharto (masa tu masih Presiden), eskay baca doa apa, letak keris tu atas telapak tangan, Dan wallah!, keris tu berdiri tegak!
Impossible but true. Beliau buat dua kali. Saya cuba, fail.
Ish takuttttttt....
Tapi barang lain jika kita collect, saya tak takut. Kita jadi macam arwah nenek saya - collect sampah! Hahaha.
Depa panggil harta, cucu kata sampah.
Msia tv should do reality show on karung guni and kedai besi buruk!
hehehe datuk eskay tu rakan baik anwar ibrahim ke?
tapi selamba saja si elton john malaysia tu kata dia tak berapa kenal sama si eskay hahaha
kalau M'sia TV buat rencangan tu mau habis besi kat mana-mana saja hilang, sekarang pun besi longkang dan lain-lain yang tak dijaga habis kena sapu.
20 dollar gold coin,(1800an) harga dia market value 40k, owner nye kedai beli at 34k.
Jangan lupa tengok cerita Hoarders juga. Kadang2 bila dah start collect barang2 yang so-called collectibles ni boleh jadi kemarok pula dan tak terkawal jadinya...
morazjb..
discovery channel, national geographic n history channel ni mmg my favourite...
bini pun naik masam muka sbb tak dapt nak layan drama korea... huhuhu
apapun smua rencana tu ada pengajaran jika penonton tidak hanya menonton tapi mempelajari sesuatu yg tersirat dlm semua rancangan tu.
org2 melayu kt malaysia suka simpan koleksi2 ni bukan lagi utk nilai estika dan sejarah..tapi digunakan utk menurun mintak nombor mcm cerita ngangkung... rosak.
i pong suka
pak rem,
tak nak buat tribute untuk joe frazier ke?
tak sangka..ingatkan ali yang mati dulu sebab lama menderita parkinson
braders and bradees,
tengah hari tadi, saya pulang ke spork setelah seminggu di kl.
adooi, terkejut!
dari jun hingga kini, dah enam orang mati dalam Bedok Reservoir = antara takungan air yg diproses dan diminum oleh singaporkians.
6 people in 5 months. apa dah jadi?
http://sg.news.yahoo.com/sixth-body-found-in-bedok-reservoir.html
(google 'bedok reservoir' under News jika nak baca lebih banyak detail lain).
tentang Hoarders tu, minah stapler, heehee = nak tahu apa sampah yg Orang Melayu (baik di selatan mahupun utara) suka simpan?
di rumah saya ada banyak!!!!
apa yg kita di sini panggil Bunga Telor.
bila kita ke rumah orang kenduri kahwin, orang akan beri kita cenderahati. mangkok kecik, small flower vase, entah apa lagi, tapi kita semua simpan!!!
morazjb,
maybe 100yrs later jadi collectors' items kot.
bini kamu pun suka nonton korean serial!? apa bagusnya ya? suka nonton ah moi yg rambut keriting tu ke? aku pun tak paham.
ngankeris ada mention Deadliest Catch, itu pong saya suka. kini dvd show ni semua dah keluar!
kita harus adakan siri sama utk nelayan kita! jangan yg melayu saya, tapi juga nelayan cheena di johor, misalnya.
baru kita insaf dan appreciate kerja payah orang nak bawa ikan ke meja makan kita.
tentang kematian Joe Frazier ni tuan, saya tak pandai nak olah. saya pernah ngobrol panjang tentang muhammad ali.
http://remgold.blogspot.com/2011/03/float-like-butterfly-sting-like-bee.html
dan tentunya jika cerita ali ni, nama joe akan terpalit. tanpa ali, joe is nobody. tanpa joe, ali's achievements are not that great.
kita semua mahu jika kita mati kelak, orang akan ingat baik tentang jasa kita - baik dalam sukan, politik, kewartawanan etc.
My hubby loves these shows. The two of you should get together one night.
Post a Comment