HAJI HIJAU
How to have a green hajj - video CNN.
Bagus juga memperingatkan kita - kurang merosakkan alam sedang kita tunaikan haji.
Ceritanya di sini.
------------------------------------------
SOLAR CHARGER
Anda sedang syiok camping di Gunung Ledang, tapi ada problem. Batteri iPad dah weak. Macam mana nak tengok movie?
Banyak nyamuk pula - eeks, how man?
Anda sedang picnic di pantai pulau Sentosa, sedang main email, tapi batteri laptop tiba-tiba mampoi pulak. Amacam?
Anda sedang panjat Mount Everest. Dah sampai di puncak, nak nelpon ibu. Tapi batteri Satphone conk off. Who do you call?
ADA syarikat Singapore yang menjanjikan penyelesaian isu ini semua dengan product yang hanya berharga US$80 (S$103, RM248).
Secara basic, benda ni mobile solar panel, dengan dua USB port, jadi kita boleh power-up electronic toys zaman ini.
Ia sebesar iPad saja, walau lebih tebal dan lebih berat.
Namanya, mPowerpad. Juga sini dan sini.
Solar charger biasa nak 10jam sebelum fully charged. Mesin ni katanya perlu enam jam.
Selain solar charger, ia juga
- torchlight (nak suluh cari ceruk nak melepas dalam hutan)
- reading light (nak baca buku dalam hutan)
- radio (nak dengar masuk waktu, phwee weet)
- mosquito repellant (jika terlupa bawa ubat nyamuk).
Dibuat oleh syarikat Third Wave Power.
Syabas dua engineers tempatan, yang pernah bekerja lama dengan Hewlett-Packard, Lim Chuin Kiat dan V.S. Hariharan, keduanya 48 tahun.
Ini namanya pikir keluar kotak, lalu design mesin bentuk kotak.
Mudah tapi effektif. Let's hope it works properly!
------------------------------------------
ROBO-TAPPER
Saya pernah tulis tentang syarikat anak malayos Zull Design dulu. Bermacam mesin 'pelik' suka didesign mamat ni.
Websitenya di sini.
Dah semakin tua dan lemah lutut, saya suka dengan produk untuk Orang Kurang Upaya - lihat gambaq sini.
Kini beliau bantu penoreh getah dengan ARTS (Automatic Rubber Tapping System) dengan Lembaga Getah Malaysia.
Anda baca sendiri tulisan dari Utusan.
Saya panggil robo-tapper, tapi ia taklah sehensem Robocop. Juga di sini.
Bestnyer jika tak payah bangun 4pagi lagi, lebih lagi jika hujan!
Tengok projek-projek lain beliau!!! Wow.
Hee, kiut-miutnya kereta solar Abang!
Video: At the Last Rally
1 hour ago





4 comments:
Remgold,
Kini teknologi solar panel popular untuk rumah burung walit disini.Tapi kedai elektronik di Ipoh misalnya letak harga mahal maklumlah pembela walit dapat income tinggi.
Tentu dah ada agent solar panel produk Singapork tu kalau tak teringin nak jadi agent!
"without the team, you are nobody.."
Macam Encik Zul ni lah. IQ tinggi, otak genius tapi sebab tak komersil, jadi takda apa apa.
Yang ada mungkin cumaa beberapa produk dia yang gomen ambik, macam beca elektrik etc. Tapi secara kasarnya mcm xda apa2 hasil je.
bayangkan kalau dia orang USA, mesti ada investor yang tertarik dengan produk dia dan hire dia.
Cuba rem baca buku WALMARt EFFECT, dalam satu case seorang budak cipta pemanggang babi (Makin Bacon). Ciptaan simple, tpi sebab pemasaran bagus akhirnya dia jual dalam Walmart, dan jadi millionaire hasil jual pemanggang tu.
http://www.makinbacon.com/story.htm
Rasa mbazir bakat mencipta gini tak disertai dengan bakat bisnis.
orang malaysia lebih pandang tinggi pada mereka yang ada sijil dan ijazah
komen brader zul ni yang saya ingat sampai sekarang "orang kita nak kertas (sijil)"
sebab tu makin ramai yang ada degree palsu,PhD palsu di malaysia sebab bila ada 'kertas' baru orang pandang mulia,percaya pada sesorang
hakikatnya kebanyakan yang ada 'kertas' ini cuma pandai dari segi teori saja sedangkan saudara zul kita ini cerdik dari segi praktikal
Reme
satu hal yang tak best pasal teknologi ni, ia membuatkan manusia jadi makin lemah jika tak makin malas.
sekarang ni semuanya dihujung jari - senang tapi yang sedihnya menyebabkan manusia makin malas nak bergerak dan akhirnya pelbagai penyakit yang datang dalam badan.
dan lagi menyedihkan, fungsi minda kita pun tak digunakan sepenuhnya bila semua gunakan kepantasan teknologi komputer.
tu yang sampai ada budak remaja kat US baru ni meninggal sakit jantung sebab terperap didalam rumahnya mengadap komputer games dan sosial media.
jadi kita kena buat teknologi yang berpatutan dan bersesuaian supaya manusia tidak bertukar menjadi robot.
Post a Comment