Sunday, 4 December 2011

Alamak! Kajang boleh banjir gini?

MENGENDAP ORANG KAYA

Psst, unkerr tunjukkan bagaimana unkerr ngendap permainan orang kaya di sini.


-----------------------------------------------
Bros,
Alamak, apa dah jadi 'Jang!?
Kasihan pemilik kenderaan dan kedai (VIDEO KEDUA - Takutttt saya tengok ah moi tu kena panjat tangga. Kalo pork chic/makcik malayos gumok agaknya terpeleset terus hanyut!).

Tapi tak payah tuduh pihak A atau pihak B salah.
Sama seperti bila Orchard Road banjir beberapa kali - yang penting cari BAGAIMANA ini boleh berlaku.



Di Orchard mereka dapati longkang bawah tanah kecik - dah berpuluh tahun tak dibesarkan, sedang semakin banyak tempat ditutup simen jadi mall dan hotel (dah tak ada tanah kosong yang boleh resap hujan).
Kini di Orchard pelan sedang digerakkan:
1) Tinggikan level jalan dan kerb, di kawasan paling mudah banjir - agar air terus masuk longkang, bukan masuk kedai.
2) Nak buat kolam-kolam besar - stormwater retention ponds.
Di estet-estet HDB di Singapork, kamu boleh lihat kolam besar yang kosong most of the time, dan juga longkang-longkang sangat besar yang mana air biasanya hanya sikit (termasuk tepi office saya).



Ini semua agar bila hujan lebat, ada tempat air boleh bertakung, dan tidak membanjiri rumah kedai jalan.

The solution bukan bertekak yang salah Khalid Ibrahim atau kerajaan BN lama. Solutionnya ialah fikir jalan keluar yang rasional.

SAYA harap media akan terus tumpu isu ini untuk kebaikan semua. Macam di Orchard dulu: jika kita tanya politikus, mereka sedap kata Act of God (kasihan Tuhan kena tuduh) dan once in 100 years rain.
Terus kena tekan, baru keluarkan pelan nak perbaiki sistem longkang.
Dan menteri kena transfer out lepas pilihanraya!

ANTARA cerita dalam akhbar saya yang saya gemar ialah seorang Auntie Cainis yang tinggal di Bukit Timah - kawasan super-kaya (macam Damansara Heights).
Tapi di cerok beliau tinggal ni, mudah nak banjir sebab tepi sungai.

Dah fed-up kena banjir dua-tiga kali, bila hujan lebat, Auntie naik jejatas, lalu ambik video air sedang naik dari sungai (dalam longkang besar) melimpah ke jalan raya, sebelum mengalir ke kondo di situ.
Di tunjukkannya kepada kementerian jaga longkang.

Kamu nampak tak - sebab jalan kat situ rendah, bila hujan, air yang mengalir pantas 'melompat' naik atas jalan raya dan terus ke basement di kondo-kondo.
Tapi jika kamu naikkan level jalanraya beberapa centimeter, ah kan, air boleh terus mengalir ke laut!
Lalu kementerian longkang cepat naikkan level jalan.
Dia tak sibuk panggil pembangkang atau puak NGO, lalu adakan press conference. Tak payah nak demo. Tak payah nak ugut kerajaan (sama ada BN atau Pakatan).

Bantu diri sendiri, dengan membantu kerajaan. 
Zaman camera dalam phone dan tablet, rakam banyak-banyak dan mari kita tolong diri sendiri! Kasi feedback.

(MAAF, saya tulis tentang Singapore Singapork Singapura bukan sebab bagus sangat pulau kecik ni. Tapi itulah setakat experience saya. Nak tulis tentang England, Holland dan America tackle overflowing rivers, tak tahu pula, jadi terpaksa ler kamu baca tentang cerita dari selatan ni).

-----------------------------------------------
EEEEEEEEEEEE! Seram sejuk....

Dah tulis sampah kat atas, baru ternampak video ni!



Waduh! Derasnya air!!!!
Dan dekatnya pangsapuri dan mall tu tepi sungai!
Boleh hanyut beb.

Ini kena buat drastic solution macam Smart tunnel KL tu, yang Singapore pun nak ikut. Baca cerita lama saya di sini. Tapi siapa nak biayai?
Palling kurang, saya rasa, kena cepat buat kolam besar, tempat takungan sementara jika air cepat naik.

9 comments:

Anonymous said...

salam pok cik,

eden tak kiro, eden nak kato gak. ni sumo puak2 BN dulu dengan puak2 PR sekarang nih tak buek kojo. JKR pun dudok melangot jo, kojo takdo.

Anonymous said...

pakcik
nak bantu camne. Member kami hampir kene buang keje dan surat notis kalau bantah MPK. Lepas tu, yg korek korek pasir kat situ tu bukan kerajaan.
org bodoh pun tahu pakcik, takkan tak pernah seumur hayat banjir, tetiba banjir.
Ini kan kerajaan negeri punya responsibiliti.

Anonymous said...

apr pulak tak berlakunye banjir, rumah urut bersepah sepah kat Selangor, zaman BN dulu tak pernah berlaku macam tu, dahlah maksiat banyak.. ini hukum Tuhan. bro

Anonymous said...

Dengar cerita banyak ahli2 Majlis Kajang yang 'profesional' yang dilantik oleh Khalid Ibrahim dan Ronnie liew yang semua hebat2 belaka setelah Pakatan Rakyat menang PRU12. Hairan juga banjir yang begitu terok boleh berlaku sedangkan banyak 'pakar2' DAP, PKR & PAS telah lebih 3 tahun mengambil alih kuasa disitu. Takkan nak salahkah BN juga fasal banjir tu?

Anonymous said...

Salam Tuan Remgold,

Di Singapork kalau u complain, municipal akan dengar. Di Malaysia Bolehland ini, tak ada seorang pun akan bagi "pot" apa yang u adu meskipun siap dengan gambar video sekalipun.....That's the different Bro. At least in Singapork, you have a Menteri Jaga Longkang. In Msia, the menteri will blame municipal, municipal will blame main contractor, main contractor blame sub-contractor, sub-contractor blame sub-sub contractor dan lain-lain......

Anonymous said...

bukan baru sekali ini hujan,
dah berpuluh kali hujan
di kajang tak pernah pulak kajang banjir sampai teruk sebegini.
Tapi hujan pada hari itu luar biasa sikit, lebat silebat-lebatnya sampai beberapa jam lamanya.
itulah bala yang diturunkan oleh tuhan di bandar kajang. Sesiapa yang berada di kajang tak kiralah mereka yang menyokong kerajaan PR atau tidak terimalah padahnya. Ada sesuatu yang tak kena di bandar kajang. Musibah dirilah.

remgold said...

sirs and ladies,
kita harap sungguhlah politikus negara angkat saya sedar bahawa selain hentam satu sama lain, kena kerja tolong rakyat.

saya duduk di meja berita luar negara ni malu sebab bila berita maysia, kerap skandal dan masalah.

negara lain campur - memang ada masalah tapi ada juga berita new achievements.

seperti china - rakyat demo nak hak pekerja, tapi ada pula cerita mereka dah buat stealth jet fighter. india - gaduh nak kasi masuk hypermarts atau tidak, tapi ada cerita besar tentang pendidikan mereka yg disegani. amriki pun banyak problem ekonominya, tapi ada pulak great inventions yg menyegankan dunia.

tentang feedback ni - betul. susah pekerja kerajaan kerana kerap tak mahu layan problem kita.
tapi kelakar-seram, isteri saya di kl ada solutionnya!
di kawasan saya dari dulu lagi, bila lampu trafik mati, atau lampu tepi jalan, atau line telefon di lorong kami, atau bekalan air putus, dia akan jadi tukang telefon.
jadi wakil rakyat tanpa gaji. semua orang kata - tak payah kita call, nanti orang sebelah tu tentu call utk kita!
depa ingat semua nombor mereka dan mereka pun dah kenal suara dah.
tapi kena pujuk baik2lah. 'tolong lah adik...' 'nanti akak kasi kueh', and all those soothing words. kalo kamu maki, mampos dia hang up!

tentang bertambah atau kurang maksiat di bawah pakatan, itu terpulang pada pas - kan dia parti islam.
saya percaya pas tentu melarang dap dari memaksiatkan negeri, merumahurutkan selangor atau mengkafirkan umat.

Adam Ghedodin said...

Kajang ni bersempadan dengan Bangi. Tapi dari pandangan mata kasar pun nampak Bangi (terutama Bandar Baru Bangi) lebih terurus dengan sistem trafiknya, kebersihannya, ketenangan fikirannya. Tak sangat terbaik, tapi sekurang-kurangnya lebih baik berbanding Kajang. Kalau ke bandar Kajang tu, nampak serabut semacam, dengan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin, juga Tanpa Izin) yang berketi laksa ramainya, dah macam Chow Kit. Depa ni bila dah ramai, tahap kebersihan sesuatu kawasan yang dah sedia buruk akibat sikap penduduk tempatan akan bertambah teruk. Sampah dibuang merata, tak mustahil parit longkang tersumbat. Saya rasa bab kebersihan parit longkng ni Pulau Pinang smart la, walaupun DAP tapi dia nampak apa isu utama yang melibatkan kemaslahatan penduduk, imej negeri & daya penarik pelabur, salah satu isu parit & longkang tu la. Sebab tu ada Skuad Khas untuk kerja sedemikian. Jadi juga banjir kilat di sana, tapi sekurang-kurangnya langkah proaktif dah diambil. Belajar dari PAP barangkali, tapi tak kisahlah kalau benda baik.

Bab aduan yang tak diendahkan sangat tu, kalau gitu gayanya ertinya ada yang tak kena di mana2. Apa2 pun, kerajaan Malaysia ada ambil inisiatif dalam memastikan aduan pelanggan PBT diberi perhatian segera. Sebab itu ada SSR-PBT (Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan) kelolaan KPKT yang memberi penarafan di antara 1 - 5 bintang kepada PBT seluruh Malaysia. Tak tau la MPKj punya score camna tang Pengurusan Aduan dia tu. Kerajaan negeri sendiri pun ada sistem STARS (Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor) namanya. Cuma kesegeraan depa ambil tindakan tu satu tanda soal.

Sorry Tuan, 'ter'panjang pula komen saya.

fuad said...

anon2 bongok kat atas yg menyalahkan kerajaan pr sebab kajang banjir.. rumah urut la.. hukum tuhan la.. skrg johor darul umno banjir pun sebab hukum tuhan la ye.. johor pun byk rumah urut la ye.. umno pun 2X5 bangang dgn pr!!