NEW PROPERTY CURBS IN SINGAPORE!
Agaknya menteri pun baca blog saya. Baru saya ngomel harga rumah Singapore gila tinggi, mereka semalam juga announce new stamp duty and other laws to curb property speculation.
Sini, sini dan sini.
-------------------------------------------------------
Janganlah beli rumah tepi tanah kosong, atau belukar.
Melainkan tanah itu juga milik anda.
Baru saja pandangannya hijau dan cantik.
Lepas tu bila tanah diperlukan, akan naiklah bangunan besar. Paling kurang, akan sibuk-bising selama setahun-tiga tahun orang buat construction.
Itulah yang berlaku depan blok HDB (Housing & Development Board) saya di Singapork Darul Inflasi.
Dulu masa beli ada pokok-pokok besar. Lepas tu kena potong pokok, tinggal tanah lapang selama beberapa tahun.
Kini, oh brader, dah naik showroom untuk kondo mewah.
Harga? Paling kurang S$1,500 per sq ft.
LEBIH 80 peratus daripada rakyat Singapork menetap di HDB flat - kalau kamu masuk sini kamu akan nampak rows after rows of tall buildings, semua bentuk sama. Itulah HDB flat.
Yang lagi 20 peratus itulah yang kaya - kondo atau landed. Lebih kurang 15 peratus tinggal kondo-mondo, lagi 5 peratus gitu tinggal di landed property (terrace, semi-d, banglo, villa) - golongan elite.
Di depan blok saya ni, akan naik kondo tinggi, twin blocks. Cantik kata orang, tapi yang bingit selama tiga tahun ni, aku ler. Mereka kini 8pagi dah mula gedang-gedung bina bangunan.
Sunday pun mereka kerja. Pingsan.
Walau ada law dan regulation bahawa bising ada had, kena komplenlah maka cepat pegawai datang check.
GAMBAR: Dari tanah kosong mengadap masjid (Di kiri = yang ada bentuk Kaabah), kini naik sedikit-dikit showroom. Kat tanah belakang tu ialah kondo yang akan naik.
Detail projek di sini, design arkitek terkenal.
Harga satu unit - purata S$1,500 per sq ft, sebab ia terletak bersebelahan MRT station.
Ouch.
Maknanya jika unit anda 1,000 sq ft, harganya S$1.5juta (RM3.6juta).
Sedangkan harga apartment di blok saya hanya satu pertiga saja dari itu. Begitulah jauhnya jarak antara kaya dan biasa.
Video: At the Last Rally
1 hour ago



15 comments:
Habis le kita Uncle Reme,
tak lama lagi banjir le tempat kita nampaknya.
kalau tak banjir air, jadi banjir manusia atau kereta.
Tak pe uncle, lepas dah naik tu, nilai hartanah di situ juga akan naik. Bila orang tanya mana rumah pak reme, at least nanti pak reme boleh kata, I tinggal dekat kawasan condo mewah tu :-D
tak pe pakchick. seperti Anon 15:32 tulis ... nanti rumah pakchick pun pun naik rege. pakchick pun tentu akan jadi kaya raya juga.
"Maknanya jika unit anda 1,000 sq ft, harganya S$1.5juta (RM3.6juta).
Sedangkan harga apartment di blok saya hanya satu pertiga saja dari itu. Begitulah jauhnya jarak antara kaya dan biasa. "
pakcikkk mahal nye rumah kat sana, rumah flet HDB takkan sampai RM1.2 juta (1/3 dari 3.6 juta). (Pengsan jap)
jiran saya bina rumah besar nak kemampus, view kl saya dah tak bes sangat dah nampak dia punya office like walls jer, guess what, the feller from singapore. 2 ke 3 tahun, dia hancur kan rumah sebelah lepas tuh piling piling and more piling, seriously annoying, good luck bang rem, you get used to it though.
jiran,
ya akhi, anda tinggal blok mana? mari kita kopi kat Dome (beside my block). i show u my coin and stamp collection.
di mana pun di spore kini dah banjir manusia sebab ramai sangat foreign workers (5mil in spore, 2mil foreigners).
yg saya takut kondo gah tu naik kelak ialah pakaian saya semasa di rumah. kini unit saya mengadap tanah lapang, saya boleh pakai seluar pendek saja.
lain kali ada blok 38 tingkat x 2blok kat depan!
takkan kat rumah nak pakai seluar bola? kena pakai coat and tie dalam rumah u, takut orang kaya ngendap! ish ish ish.
tentang nilai hartanah ni naik sebab ada kondo kat situ, tak akan jadi, saya rasa.
harga public flats yg dibina HDB (kalau di selangor kita panggil flat PKNS) dan harga kondo bergerak di jalan berbeza.
flat hdb boleh dibeli oleh warga spork dan penduduk tetap saja (termasuk warga maysia yg ada PR. PR hanya boleh beli RESALE FLATS, bukan flat yg dijual direct oleh hdb).
kondo pasarannya terbuka - siapa pun boleh beli.
gangster russia atau mumbai, perompak china atau nigeria, pirate somalia atau indonesia.
sebab tu jauh beza harganya.
higher demand.
di maysia, tidak semua kondo boleh dibeli warga asing.
yg keliling klcc, kebanyakannya ada had = 15pct foreigners can buy. ada bumi kuota.
di indonesia dan thailand, warga asing TIDAK BOLEH langsung beli tanah, rumah atau kondo.
yg banyak 'membeli' tu gunakan nama orang tengah wak jawa. legally, a foreigner cannot own property.
jadi flat hdb dan kondo bergerak ikut demand berbeza.
misalnya esok recession di spore 5thn. ini akan menjejas harga flat hdb.
tapi jika saya orang kaya amerika atau eropah, saya peduli apa recession, saya akan terus beli kondo.
(di spore, landed property secara umum, tidak boleh dijual kpd foreigners = melainkan special permission seperti villa di sentosa island).
gitu-gitu,
apa nak buat 'jang. itulah negara kecik, tanah sempit.
spore ni sama saiz dgn perlis. kenit.
harga flat boleh beli banglo di kl.
tapi jika kamu lihat blok saya, sama macam ribuan flat lain di spork! tengok ni:
http://remgold.blogspot.com/2010/11/eh-blok-saya-sedang-dicat-baru.html
salah satu tu ialah blok saya - serupa blok pkns, cuma cantik sikit sebab baru cat.
tapi jika kamu gi hong kong, pingsan tak bangun! sebab harga lagi tinggi!
lepas tu kamu ke tokyo, mumbai atau venice! mampoi tak makan 3bulan kerana nak bayar duit rumah setiap bulan.
sebab tu kena bersyukur di maysia. masih dikawal harga walau kini agak melambung gila.
tengok examples of prices of hdb flats in spore:
antara perumahan hdb yg rendah sikit ialah di woodlands.
ini harga flat:
http://www.iproperty.com.sg/property/searchresult.aspx?t=S&gpt=H&pt=&ds=&et=&mp=&xp=&k=woodlands&mbu=&xbu=&mbr=&xbr=&mbt=&xbt=&tnr=&lo=&wp=0&sby=&ns=1&rf=1
contoh pertama: 122 sq m = 1,300 sq ft (3bilik, 2toilet).
harga sgd465,000 (x2.4) = rm1.12juta.
itu yg di utara di woodlands - jauh dari orchard road dan raffles place, jadi harga 'rendah'.
jika harga yg dekat downtown, mampoi.
(sewa rumah pun kamu boleh mampoi, sebab terlalu tinggi).
TAPI orang spork janganlah nak berbangga, konon kaya. hutang banyak beb!
SAYA naik teksi baru ni drebar cerita: dia pick up bangla. 7thn kerja di sini, nak balik kampung permanent, buka business.
dia kata: 'selepas 7thn, aku banyak duit, buka business, beli tanah, nak rilek.
'kamu kat spore, kerja 20thn pun hutang rumah banyak, tak ada jalan keluar, apa lagi nak rilek.'
Then which of the blessings from your Lord do you deny.
Jadi nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu mahu nafikan.
(ar rahman)
Pak Rem. Saya baru saja selesai tonton move JamesBond: the Goldfinger 1964. Classics punya. :)
Ada dalam tu, penjahat Auric Goldfinger nak bom Fort Knox (US bullion depositery. Harapnya bila mereka bom Fort Knox, seluruh rezab emas kat US akan hancur, dan demand emas akan naik. Jadi milikan Auric Goldfinger sebelum ni bakal naik harga 10x ganda selagi isotop AU tu still isotop, belum tulen.
JB ada quote:
Rezab emas Fort Knox value dia USD15B, berat 10500 tan.
haha. sekarang berapa agaknya jumlah bullion dalam tu. :)
ok la tu..rumah dekat dengan shopping complex, tak perlu risau parking dsbnya. jalan kaki sahaja
1000 sq ft appartment kat Kl around 200K ++ masih boleh dapat.kat setengah tempat 1026 sq ft masa baru beli 170K sekarang dah 220K RM laa.. kalah laa kita dgn Singapore 1000 sq ft 3.6 million woww...
Lelong....lelong....lelong.....
Tanah melayos wal bugisi nak dirampas... kg sg kapal, pengerang utk dilego...
YB Haluuuuun al UmNooooo kata dlm RM 5.50 sekaki...harga tertingi gomen bole bagi !
para nelayan dah dpt advance RM 25K hingga RM 55K sorang. dah beli motor kapcai baru..cash !
http://www.platts.com/RSSFeedDetailedNews/RSSFeed/Oil/7898432
http://www.tankterminals.com/news_detail.php?id=975
http://www.seatrade-asia.com/News/4234.html
mamat_81610
http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/01/28/terminal-petroleum-laut-dalam-rakyat-perlu-tahu-projek-rm3-2-bilion/
http://www.dialogasia.com/news_dialog_popup.asp?id=82
Uncle Rem
When reading this post reminds me of the theme song from Weeds, ENJOY..
http://www.youtube.com/watch?v=o7Ys9RkvxgI
Cheers
Pak,
Lama tak singgah. Kalu satu pertiga tidak luas sangatle jurang misking kaya. Kalu motor yamaha 135 lc RM6K dengan BMW X6 RM700K, itulah orang miskin yang gembira sangat dapat beli motor baru.
Semoga Pak selalau sihat.
KB
mahal betul harge flet sekarang ni ye..
tak kisah lah .. tak dapat duduk flet pun tak ape.. duduk dalam khemah di East Coast Road pun jadi juga.. rumah jugak kan!
maaf, penulis cuti uzur-idea. otak kosong tak tahu apa nak tulis.
baca sini, cantik, walau mungking utk orang kaya saja:
http://1426.blogspot.com/2011/12/building-cities-on-ocean-seastead.html
Post a Comment