Thursday, 15 December 2011

Kiribati Tuvalu Solomon Vanuatu Fiji Carteret Maldives


NEWT GINGRICH - PRESIDEN AMERIKA ESOK?

Seram sejuk saya baca dasar luar negara Gingrich, calon Republican yang dijangka menang Iowa caucus Jan3, dan menentang Prez Obama dalam pilihanraya Prez November 2012.
Kacau bilau macam zaman Buch-Cheney-Rumsfeld dulu.



-----------------------------------------
HUGE STORY = SINGAPORE MRT BREAKDOWN

Baca sini dan sini. Banyak gambar.
Omyallah, this has huge political implications. Sampai ada pecahkan cermin train sebab lampu dan aircon dalam gerabak mati. Kesian orang tua, kanak-kanak dan orang yang nak cari jamban.
Orang macam saya, hampir tak pernah naik bas lagi dalam 15tahun ni sebab MRT sistem comprehensive.
Jika nak cepat, saya naik teksi walau mahal.
Ramai orang marah akibat selalu sangat (rasanya) kebelakangan ini MRT sistem ada problem.




-----------------------
Anda dilahirkan di tempat itu, dan anda begitu sayang dengan negara anda, walau kecik mana.
Tapi kerana perubahan cuaca, negara anda mungkin akan tenggelam dalam laut dalam 10-20tahun lagi.
Kaput, Ilek, Hapus, Gone.
GAMBAR: Kecik main island Tuvalu nih! Rumah akak tepi airport. Rumah menteri pun tepi airport. Rumah Semua Penduduk pun tepi airport!

BAWAH: Kiribati pun kicik-nonet. Susah nak lari dari rumah atau ponteng sekolah.


Begitulah masalah yang dihadapi di beberapa negara pulau kini. Hidup yang begitu memeningkan kerana masa depan dikhuatiri malap. Malah mungkin terus punah (Ko ingat Jalan Tun Razak dan Orchard banjir tu masalah besar?).
ATAS: Pulau utama Maldives. Mana kamu nak sembunyi?


BUKAN, ini bukan cerita Singapork, atau Penang mahupun Sipadan dan Tioman.
Untung juga Singapore kerana tanah agak tinggi. Difahamkan pemerintah Singapork dah pun mula future planning - jika east coast (dekat Marine Parade - jalan tepi laut dari airport Changi) tenggelam, tembok tinggi akan dibina agar kawasan itu tak banjir.

Jika kamu di Penang, Sipadan, Tioman atau pulau Malaysia lain yang mungkin tenggelam 100 peratus pun, tak payah takut. Sebab Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak besau - jika semua orang Penang lari ke darat pun, no problem nak letak mereka di Perai dan utara Perak, selatan Kedah, misalnya.

YANG dimaksudkan ialah penduduk beberapa pulau-pulau kecil = kasihan saya fikirkan masa depan anak cucu mereka. Jika kita ibubapa, tentu kita mengenang nasib, bagaimana nanti anak aku dan cucu aku. Akan merempatkah mereka? Di mana? Bagaimana harta ladang kecik yang ada ni.

SEBELUM itu, climate change ni pun saintis dan politikus dunia masih gaduh macam orang giler sampai hari ini.
a) Ada yang kata cuaca makin panas, hujan lebat tak menentu, kemarau tak kena musim, kerana manusia. Mereka potong hutan, naik kereta berjuta-juta keluarkan asap, bina faktori besar keluar asap, etc.
Global warming, kata setengah orang, ialah akibat human acitivities.

b) TAPI ada puak pula (termasuk Republicans di Amriki) yang menolah hujah ini. Itu theory saja kata mereka! Belum ada bukti!
Ini cuma saintis khayal nak menakutkan manusiawi.
No proof.
Nonsense, kata mereka (termasuk Bush-Cheney dulu yang tak mahu sign Kyoto Protocol). dan Republicans hari ni pun.

c) GOLONGAN ketiga pula berkata global warming dan climate change bukan kerana aktiviti harian manusia.
Tapi ia sebahagian daripada perjalanan bumi dan umur bumi.
Sama ada kita ni 7bilion manusia hari ini, atau semua mampoi pun, the world will continue to get warmer.
Pertukaran cuaca ni akibat natural progression of Earth, bukan sebab manusia.
Ada yang tambah, dulu dinosaur mati sebab ice age bertukar kepada warmer age, secara natural.
Tak kena mengena dengan apa pun. Tak guna kamu buat apa pun.
Teruskan hidup sebab dunia akan panas secara sendiri, ramai akan kojol, kata mereka.

FAKTA yang tak boleh lari, sama ada kamu percaya apa theori pun, ialah air laut semakin tinggi saban tahun. Walau dikit, dikit.
Ada pulau-pulau akan tenggelam, dan pemerintah mereka dah pun mula sibuk nak beli, sewa, minta tanah dari negara lain - termasuk Australia yang banyak tanah kosong.
Kalau mereka nak beli tanah Maysia, kita letak kat Sarawak atau Sabah tepi laut agaknya.

Bekalan air di pulau-pulau tersebut pun ada yang problem, sebab bila pulau semakin tenggelam, kolam air (reservoir) masuk air laut.

Cerita pulau-pulau akan tenggelam di sini, sini, sini, sini dan sini.


Tapi ada pula kata ini tourism tactic.

5 comments:

Anonymous said...

Ostolia tu benua besar tapi rakyat tak sampei 20 juta pun.

apa kata amek aja rakyat yang tinggal di negara kepulauan ni ( termasuk singapura dan juga pak cik rem hemsem sekali ).

jadi boleh lah kongsi mengusaha benua Ostolia ni.

koloGnyer said...

pok chikkk tekejut boboy....memula S-bahn kat Berlin shut down satu system...lepas tu MRT kat s'pork pula.... n then monorel kat KL berhenti tgh2 alam...fuhhhh berlainan keadaan tp kes yg sama....

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,
I was born on an island too.

Just to let you know our whole family from 5 to 46 years old are officially Apple products fans now. From iPhone 4s to iPads to MacBook Air to iMac. Thanks you for the introduction to these amazing stuff for work, for play!

ninotaziz said...

*Thank you

remgold said...

jauhnya si koloGnyer gi main.
saya ingat beliau di tuvalu atau kiribati, rupanya di berlin.

tentang anda dah satu keluarga pakai apple tu, ninot, bagus tu.
saya sendiri dah pakai HP saya di spore hampir 5thn dan sedang pikiak nak upgrade ke apple atau terus tinggal dalam microsoft-google universe.
yang buat terus berpikiak ialah wang tak cukup = nak beli pc/apple baru atau nak beli maserati? it's one or the other.
dah beli ipad cukup rasanya buat masa ni.

betul2 life changer si abang ipad ni.
baru ngun tidor, terus cari ipad dah boleh tahu harga gold-silver, saham, apa isi NYT, WSJ, siapa komen di blog etc.
boleh juga cepat check email, takut kak mah nak ajak gi paris shopping.
dah baca semua, baru bangun dari katil gi toilet gosok gigi.
tak payah lagi terhegeh2 ngun dari katil, on pc, tunggu 5minit.

dalam mrt atau canteen mahupun plane, senang nak on-off ipad, tak payah on, kena tunggu 5minit nak tunggu laptop fire up.

satu trend yg menyeramkan pc people - di spork, banyak sungguh kini kedai-kedai apple reseller dibuka.
dulu apple hanya ada dua kedai reseller di funan mall (mall utama jual komputer).
dan juga hanya ada satu reseller di sim lim square (lagi satu pusat komputer).
kini di funan ada bertambah dua lagi, dan juga ada 3 di sim lim.

dan di mall lain sekeliling spork, dah banyak apple reseller - kedai yang jual barangan apple secara exclusive.
di mall dekat rumah saya (mall kecik) ada dua reseller! dulu hanya satu corner kecik.