Wednesday, 14 December 2011

Perang undi Republican

Maaf pork chic rehat beberapa hari.
Kena kerja 4petang hingga 1-2pagi tiap hari dari minggu lalu. Terus hingga minggu ini. Jadi hidup berpusing dan otak kering.
Mata saya merah, taring makin panjang, kena silau matahari kulit terbakar, nampak darah macam syrup nak minum....hmmm, jangan dah jadi adik Fatimah Rockers baju putih tak?


Di US ada dua parti politik. Democrats dan Republican.
Untuk presidential election tahun depan, Obama calon Dems.
Untuk GOP (Grand Old Party = Republicans), kini ada pertandingan sengit. Sangat sengit hingga boleh menakutkan orang dari negara kecil macam saya yang menonton dengan scope.

Mereka gaduh macam Anwar-Najib. Macam BN-Pakatan.
Cerita besar dan benda kecik semua diletupkan.
Tapi nampaknya calon GOP masih belum clear sangat siapa yang akan muncul sebagai pemenang yang akan lawan Obama.

Republican ialah parti social conservative - mungkin kita boleh samakan dia dengan PAS di Malaysia.
GOP (bukan PAS) ialah pro-Christian values dan family values, jadi bahasa mereka gunakan bertemakan agama.
Mereka tuduh (dan hint) Obama sebagai secret Muslim, Dems sebagai terlalu liberal malah socialist (hampir dengan komunis), suka berbelanja.
Kerana GOP disokong kuat oleh golongan kaya, maka mereka buat macam-macam excuse nak protect orang yang beri wang kepada kempen mereka. Seperti nak turunkan cukai untuk golongan kaya (Because the rich create jobs!).

DAN menurut apa yang saya baca beberapa minggu ni, mereka semua anti-Islam! Dan anti-Muslim! Fuyoh.
Ini pandangan Herman Cain (most American muslims terrorists), New Gingrich (Palestinians are terrorists) dan Rick Santorum (nak bantai Iran habis-habisan).
Mampos jika mereka naik. Yang lagi empat calon tu pandai juga mengelak jika ditanya tentang Iran, Islam dan Muslim (setakat ini).



ADA LAPAN calon Republican kali ini. Tinggal Tujuh.

1) Yang pertama jatuh di tangga ialah satunya calon kulit hitam, Herman Cain.
Dituduh kelakuan sumbang oleh beberapa pompuan. Yang terakhir sekali kata ada affair beberapa tahun. Terus beliau surrender. Tak ngaku salah, tapi benar - kempen beliau telah kena sideline sebab orang terus bertanya tentang skandal seks tu - betul atau tidak.
Walhal sebelum itu pun orang dah bisik - Obama tu negro, takkan nak kasi negro lawan negro dan ada black president lagi.

2) Saya rasa ini candidate yang paling lemah, Rick Santorum.
Di Amerika, mereka suka buat benda dengan adakan poll.
Kalau polling kata kamu kuat dan buat polisi yang baik, maka syiok. Kata mereka inilah cara paling saintik nak tahu hati rakyat.
Jika tak pakai polling (mostly done through phones), camner nak tahu secara saintifik apa yang kita buat tu orang sokong atau tidak?
Santorum tak pernah di top five pun dalam polling tujuh calon ni! Tapi terus kata confident akan menang.

3) Michelle Bachmann. Pompuan ni bijak, satunya pompuan dalam Republican race. Tapi mulut tajam dan terlalu fanatik Kristian, pada saya.
Dulu di atas, tapi orang takut jika kamu selalu cakap tentang agama - di negara yang dulu pisahkan antara agama dan negara = separation of church and state.
Tapi Amerika ni, tidak seperti Eropah yang semakin jauh dengan Tuhan, makin dekat dengan Tuhan. Dah terlalu campurkan agama dan negara.
Dah jadi macam PAS dulu dan Umno sekarang (PAS sekarang dah jauhkan diri dengan agama, Umno pula makin pandai bertopeng agama).

4) Jon Huntsman. Seram beb lihat line-up Republican ni. Antara tujuh ni, hanya Hunstman yang pernah kerja di luar negeri! Mak oi. Beliau dulu diplomat.
Yang lain semua politikus tempatan saja (bekas Governor, Senator, House Representative). Bahaya beb, sebab kamu Superpower dan Policeman of the World. Tapi tak tahu dan tak kisah apa perasaan orang luar tu! Hanya paham politik dalaman!
Kamu lihat ni - orang panggil CainWreck (ie like TrainWreck) = Cain ditanya tentang polisi Libya = hancus blur bodoh!
Tapi mamat Huntsman ni tak popular sebab dulu jadi diplomat Obama administration, jadi puak GOP suspicious = kamu ni sebenarnya Republican atau Dems?
And what is your conservative agenda? Macam banyak flip-flop aje.
Plus, uh-oh, beliau Mormon.
Samalah kita di Malaysia - mamat tu calon baik, tapi depa Syiah atau Qadiani. Tentu orang melayu takut.
Jika beliau Dem tak apa, tapi GOP ramai Christian fundamentalist, takkan nak undi kamu.

5) Ron Paul, pakcik tua yang saya suka sebab level-headed. Tapi kerana terlalu level-headed dalam jawapannya, orang kata colourless.
Dan isu yang dibawa nampak lebih condong kepada Dems.
Dan beliau benci dengan Big Government, lebih suka orang semua independent buat hal masing-masing. Healthcare? Katanya tak payah, kamu pandai-pandai buat insurans nyawa etc sendiri. Kalau kaya tak apa, tapi jika kamu miskin camner nak buat insurance coverage?


---------------------------------
Cerita lama saya tentang politik dan ekonomi Amriki:
-  Republicans tawan House of Reps.
- PacMan Telo, aka Unkerr Sam, settle deal.
- S&P turunkan credit rating US!!!
- US. Debt. Default. Very. Soon.

---------------------------------

6) Rick Perry. Eeee, mamat ni orang Amerika terkejut sebab pernah adakan doa ramai-ramai kat stadium nak doakan agar ekonomi sembuh. Macam Nik Aziz buat sembahyang hajat nak hujan.
Kat Malaysia tak apa, tapi kamu ni di negara yang akan history bezakan antara agama dan negara.
Very right-wing dan suka ngaku aku ni Kristian, dan Obama benci Kristian (mereka sengaja cucuk bahawa Obama ni secret Moslem).
Tapi sepandai tupai melompat pun.... baru Perry buat video pro-Kristian - alamak! hancus.


7) Mitt Romney, suka flip-flop hingga orang pun confuse.
Dan mamat Republican tak suka sebab beliau juga Mormon (agama Donny dan Marie Osmond. Mereka percaya Nabi mereka hidup di Amerika dan ada buku sendiri).
Walau campaign organising skills team beliau top, tapi teruk sebab orang kata suka policy flip-flop.


8) Dalam kempen dah berbulan ni, Bachmann pernah top. Lepas tu Perry. Lepas tu Cain.
Yang paling mengejutkan ialah kini di atas menurut polls (iaitu akan menang GOP race) ialah pakcik gumok Newt Gingrich.
Orang terkejut kerana beliau ni dah kawin tiga kali. Dua kali tinggalkan bini lama kerana main kayu tiga.
Perceraian dibenci oleh GOP Kristian supporters, tapi entahlah, mereka dah syiok pula dengan Gingrich ni, against all earlier expectations.


UNTUK lawan Obama, mereka kena dipilih oleh parti sendiri dulu.
Dan kali pertama undi itu hanya beberapa minggu lagi, dipanggil Iowa caucuses.
Kalau bawak kat Maysia, misalnya kamu akan dipilih oleh beberapa negeri, dan negeri pertama (misalnya) ialah Kelantan caucus.

Semua yang nak ada harapan terus kekal dalam pertandingan GOP ini, nak sangat menang di Iowa, in middle America.
Sebab biasanya, donors - orang kaya yang bagi duit - akan tarik diri jika kamu tak menang di Iowa.
Undi pada Januari 3, 2012.
Dan buat masa ini, Gingrich di atas.

9 comments:

Anonymous said...

'Moment of Zen' dalam Jon Stewart's Daily Show tunjuk Bachmann bentangkan polisi baru nya 'Win, Win, Win' ciplak dari US The Office 'Win,Win,Win'...wicked.

HM - Bne

Anonymous said...

Amerika dah jadi police state. FEMA camps sudah di-sediakan untuk sumbatkan rakyat sekira nya rakyat bangun menentang kerajaan.

Obama adalah pemimpin yg tidak tahu erti malu. Sudahlah "drone' ceroboh masuk kat wilayah Iran ada hati lagi nak mintak Iran supaya serahkan "drone" balik. Pegawai tinggi Iran mintak Obama cakap sorry dulu.

Baik Dems ataupun Reps mereka itu serupa...Ron Paul ada nampak bebas.MSM tidak banyak cerita tentang Ron Paul.

Iran pasti di-serang... kalau nak tahu politik sebenar Amerika pergi ke PrisonPlanet.com/Alex Jones. Ada video Obama dan penyagak ekonomi dalam teamnya yg di-ketahui membohong sebelum dah sesudah menang election. Obama adalah lebih bahaya dari Bushes. Obama hanyalah puppet yg bijak berkata2.

Anonymous said...

Republican atau Dems ni tak mahu ke ambil Anwar Ibrahim jadi calon presiden mereka ? Dia kan lebih power

Cat-from-Sydney said...

Pak Chic,
Makcik Palin tak nak bertanding ke? Dulu bukan kemain lagi GOP kedepankan dia....purrr....meow!

remgold said...

hm,
orang politik ni mana ada idea original beb!
cuma yg saya original idea si Herman Cain 9-9-9. (kamu google).

amriki sebagai superpower boleh buat apa saja, kita semua (termasuk kerajaan maysia baik anwar atau najib) dan pemerintah spore, semua kata 'yes sir, very good'.
nasib baik china sedang naik.

tentang anwar jadi presiden amriki ni, tak boleh. anwar sebagai gift of god perlu jadi pm di maysia dulu, biar penuhi janji kpd rakyat.

kucing,
palin tak berani masuk jadi calon sebab tahu tak akan menang pemilihan GOP.
dan lagi satu sangat penting utk politikus amriki - setelah nama mereka naik, setiap kali bagi speech, kamu jadi daya tarikan.
penganjur akan bayar usd100k to usd1mil every time u speak! u can go on a lecture circuit satu amerika (ada 50 states).
boleh tulis dan jual buku. inspirational tapes.

tak perlu terus jadi politikus macam di maysia dan spork, buat sibuk walau orang dah benci, sebab nak cari makan.

Anonymous said...

Salam unker.. nak tanyalah..
Para penyumbang dana untuk calon berkempen bagi 'GOP' tu akan dapat apa2 imbuhan ke bila calon disokong menang..imbuhan macam tender/kontrak/business dan lain2..senang kata macam amalan muslim nusantara nie lah..ko tolong aku-aku tolong ko ..

remgold said...

Anon 13:02,
ada ke manusia yg bantu tapi tak mengharap dibantu? kalo ada pun sedikit, macam pork chic sendiri (steadylah aku).

di amriki ada campaign law - maximum seorang tu beri campaign contribution usd1,000 kpd seseorang calon. kononnya nak prevent money politics.
tapi orang gunakan cara lain.
mereka set up foundation atau group private, lepas tu, misalnya anda nak contribute kpd bachmann, anda letak lah nama anda, isteri, anak 2 orang, ibu dan bapa, mentua dua orang, jiran 5 orang etc.
there are always ways to beat the system.

mereka yg contribute memnang ada yg ikhlas, tapi big contributors tu dinamakan lobby groups dan lobbyists (google dlm blog hamba, ada cerita panjang 'lobbyists' ni).
misalnya yg paling kaya ialah jewish lobby groups, pro-gun lobby lobbyists, pro-christian, pro-oil exploration, dan macam2 lagi business interest.
apa yg mereka mahu: bila kamu jadi Presiden, Senator, House Rpresentative (MP) mahupun Governor, kamu sokonglah apa yg kami mahu.
kami nak tanah explore oil, kamu buat lah kelonggaran undang2. kami nak kamu beri duit pemerintah amriki kpd israel kamu undi lah 'Ya', etc.
samalah beb. sebab tu bila amriki bual human rights, trade rights, democracy, galak demo, etc, kadang orang macam saya ni muntah.
sebab sistem mereka pun sama, cuma mereka dah legalise penipuan dan pembohongan. kita digalak demo, bila mereka demo, cepat dipecahkan dan ditangkap tapi itu ok.

ini mereka baru keluar dari iraq: 4,500 US soldiers mati, berbanding 100,000 normal iraqis (mereka yg tak pegang senjata).
berbilion wang minyak iraq kena sapu bush-cheney melalui business interests masing2, atas nama pembangunan semula negara itu.
hidup demokrasi!

Anonymous said...

Legalised corruption Amerika nih.
Sebab tu die tak masuk Transparency International tiap-tiap tahun. Sah dari segi undang-undang. Nama pun ditukar jadi melobi.

Ryanna'sCachette said...

Ron Paul support legalise marijuana..so dia disokong penuh oleh stoner stoner whole amriki..dasarnya lebih menyokong masalah bawahan..dia berhajat menghapuskan perang ke atas dadah kerana pembaziran yang tiada kesudahan.. so kita tengok jela sapa yang kena..