Sunday, 25 December 2011

Ponding, ponded

Saya baru belajar perkataan baru.
If you live long enough, u will learn more. Because more idiots are born every minute.
Pabila Orchard Road banjir lagi Jumaat, ish ish ish, ramai orang marah.
Tapi PUB, agensi air nasional (national water agency), kata - 'Eh! mana ada banjir kat Orchard? Tak ada!'
'Yang ada cuma ponding' = dari perkataan pond = kolam. Maknanya cuma tempat itu ada 'perkolaman' sikit.
Dan air 'ponded' (berkolam).
Baca sini, sini dan sini.

- PUB said "there was no flooding at Orchard Road". "However, water ponded at the open area of Liat Towers..."

STATEMENT by PUB at its website here, haribulan 23 Dec, 2011.

WOW. Pandainya bahasa Abang.
Tengok gambar-gambar 'ponding' dan 'ponded' di bawah cerita ini.
Baca komen-komen manusiawi di bawah dua cerita di atas.
Nak tunggu satu pulau dah tenggelam kena langgar todak baru kita boleh panggil dia 'flooding'.

Teringat saya dulu zaman S.Samy Vellu jadi menteri kerja raya.
Satu ketika reporter tulis ada "landslide" di sebuah highway - lupa PLUS atau highway KL-Pahang.
Beliau kata itu bukan LANDslide, tapi MUDslide.

Depa ingat kita ni semua bahalol.

antara komen Orchard Pond:
- ponded? for goodness sake, it was a flood. call a spade a spade lah.

- Perhaps we could start developing some new terminology or euphemisms for cases in future, where there is water found on the roads (in order of severity) :- 1. puddling, 2. flooding, 3. ponding, 4. laking, 5. OMG its the Great Flood.

- Ponding? Might as well put some prawns inside give us some rods.

- Reminds me of another news article I read some years back. The newspaper reported that a Rolls Royce had broken down on the road. The company then issued a statement that goes something like ' Rolls Royce does not break down. They only fail to proceed'.
 LTA [Land Transport Authority] and SMRT [Singapore Mass Rapid Transit system] should learn from PUB. The next time train stops, 'SMRT trains do not break down, they are waiting for the signal to proceed...'


DENGAN pengajaran bijak ini, lain kali bila KL tu digenangi air hujan, akhbar Malaysia silalah panggil dia ' kawasan berkolam akibat hujan' dan 'ada sedikit perkolaman'.

14 comments:

koolmokcikZ said...

LOL

made my day

thanks pokchick

Ibnu Sina said...

I though it was about pondan.

wan malaysia said...

kalau kat kelantan darul sokmo, depa tukar nama musim banjir jadi pesta tengok betis anak dara....

Anonymous said...

teringat kita kat kes video anwar china doll..... komen joe pkr, muka macam anwar, tapi perut dia tak macam anwar.

whatever

Anuswary said...

It certainly was not a flood. It was only a case of Starbuck's Coffee spilling onto Orchard Road.

ninotaziz said...

LOL. Oh, really?

Happy New Year, Sir.

Anonymous said...

Offtopic: Tapi ni gmabr sekitar pasir panjang (?) singapura zaman dulu..

1. http://i184.photobucket.com/albums/x21/han2u/z-tpayoh02-1962.jpg

2. http://i184.photobucket.com/albums/x21/han2u/z-tpayoh03-1962.jpg

3. http://i184.photobucket.com/albums/x21/han2u/z-tpayoh04-1962.jpg

4. http://i184.photobucket.com/albums/x21/han2u/z-tpayoh06-1962.jpg

5. http://i184.photobucket.com/albums/x21/han2u/z-tpayoh08-1962.jpg

remgold said...

offtopic,
i LOVE the last picture. sebab sedikit sangat drpd orang muda pernah dengar perkataan Stand Pipe.
apa lagi yg pernah mandi di Stand Pipe.
Saya membesar di kampung di Pasir Panjang Road (rumah nenek) dekat Haw Par Villa dan kini NUS.
dan juga di West Coast Road (ibubapa sewa bilik di rumah kampung - ala P.Ramlee di mana boleh panjat dan jengok bilik sebelah) - di bawah kaki Masjid Tentera, dekat NUS juga.

kat satu kampung hanya ada satu Stand Pipe - paip air yang dikongsi bersama.
setiap rumah ada jamban tepi rumah - ada ah pek angkut taik every 2-3days.

tapi spore dah modern.
so what does the old pix have to do with orchard banjir? NOTHING.

dah bertahun-tahun sejak orchard dinaikkan tak banjir kerap seperti yg terjadi sejak kebelakangan ini. asyik banjir saja sejak Ion Orchard dinaikkan, dan bangunan lain ditinggikan (dekat kawasan Somerset MRT pun dah jadi mall besar, bukan lagi car park dan padang kosong) serta Marina Barrage siap.

kini dah jadi joke sebab sering berlaku. i think there is something wrong with the drainage system. sebab mall Ion Orchard tu (across the road from Tang dan Borders lama) dulu padang - jadi air boleh meresap.
mungkin kena besarkan longkang, atau buat dry ponds - lubang dalam di tepi orchard road, agar bila hujan lebat, air akan masuk ke situ, buka dalam kedai orang. kita boleh namakan lubang tu Orchard Pond :-)
something is wrong somewhere.

- the govt has to improve this.
- sama juga kena kurangkan pembawaan ramai pekerja asing hingga anak2 muda kita (yg low education) dan orang tua, payah nak dapat kerja, sebab pekerja asing minta gaji kecik.
- dan pemerintah juga perlu baiki mrt. zaman Stand Pipe dulu kita semua naik bas atau jalan kaki berkilo-meter pun tanpa komplen.

kita juga tak tidur dlm bilik aircon, tak ada tv 46inch, tak ada ipad, mampu beli gold coin, tak ada duit nak terbang ke london setiap tahun.

tak perlu nak divert attention, jika itu niatnya, konon kita bersyukur sebab dulu berak atas sungai dan dalam belukar (macam saya masa kecik dulu - apabila satunya jamban kat kampung ada orang, terpaksa cari tempat lain beb.)
hahaha.
tx for the nostalgic picture.
yg sedihnya orang kat pendalaman kelantan, perlis dan sabah pun ramai masih daif begitu.

katrina said...

Dear Uncle Rem,

New Year coming soon, tks so much for all the wonderful articles.. enjoyed all the jokes and sindiran dn macam2 lagi!

These days with all the mix in languages jadi rojak seperti ponding dan ponded,yesterday a friend sent me a NYear greeting..

"Ingin mengewish you a happy New Year"..

Cheers

Anonymous said...

musim xmas di europe turun salji
musim xmas di orchard rd naik air

happy ponding Uncle Rem

Anonymous said...

the water was ponded at Liat Plaza by the authority for the purpose of recycling it at the nuwater plant for the coming CNY festival.

harap maklum

remgold said...

terima kaseyyy kerana nak mengewish saya, orang jaweish dari israel timur.

Anonymous said...

Rem..

Memang mereka SEMUA nak menipu macam flight pun jika delay tak paggil delay tapi sebut "Retimed" ni semua nak ingat kita ni BAHLOL...

dari Ron

Selayang..

nanti nak gi Singapork jumpa u...

remgold said...

ron,
apa nak buat brader. manusia makin pandai nak menipu.

jika ke spork, sesiapa pun, harap bagi notis 2-3hari jika nak jumpa. saya gumbira jika dapat berbual2 kosong. tapi takut jika tak kena work schedule yg dibuat Monthly dan Tidak Boleh ditukar, melainkan emergency.

ada minggu saya kerja 9pg-6ptg, yg ini mudah nak jumpa saya waktu malam di orchard (hanya 4 stations dari pejabat).
tapi bila kena minggu kerja 4ptg-1.30pagi, tak payah lah. payah nak bangun awal dan impossible nak ajak jumpa walau jam 2ptg. ngantuk nak tidur saja!

hujung minggu pun saya kerja. secara bergilir. kadang kerja sabtu, kadang ahad.

jika anda tidak pernah masuk HDB flat yg didiami 85peratus orang spork, saya ajak mampir flat saya.

wartawan yg baru join syarikat saya, satu dari kl, satu jakarta dan satu india, saya bawa berasingan ke rumah, selama 15-30minit.
saya beritahu mereka - u are going to write for sporeans, who hv a fixed idea that all things WILL work well all the time! no ponding, no mrt rosak.
life is very orderly. environment is clean, there is no crime.

so let me bring u to my home n u see not only my flat, but how people park their cars here (tak ada sebiji kereta park tepi jalan sebarangan, sebab cepat kena saman) - malah semua petak kereta dicat kuning utk residents dan cat putih utk visitors. salah park, kena saman. jika kamu koyakkan saman, surat gi mahkamah akan tiba, sebab semua info masuk komputer.

how each housing estate is self-contained - ada mall, ada library, ada swimming pool serta stadium. u walk up and down the stairs of any block of flats, u (almost) dont see any rubbish. di ground flr pun bersih.
bukan sporeans pembersih sangat tapi ramai pekerja bersihkan setiap hari.

kamu lepaskan anak kamu ke kedai, boleh saya gerenti 99pct dia selamat pulang, dan kamu boleh jalan di ceruk mana pun di spork, 99pct selamat.

jika kamu dah faham ni semua, barulah jika kamu tulis utk akhbar ST kamu paham bila sporeans kata - why ur country like that? why politicians gaduh? why bukit bintang, downtown jakarta dirty? why rampant corruption? why argue over stupid things daily? how can u park ur car beside a very busy road and causing massive jams?

dah paham gini, baru kamu paham psychology sporeans. mereka ni tak banyak beza dengan anak buah Kim Jong Il.
anyway, nanti boleh ngobrol lama.
orang brunei, msia, indon muslim suka tinggal di Royal Plaza dan Hyatt di orchard. sebab halal kitchen.