Tuesday, 27 December 2011

Stand Pipe

GADUH AGAMA DI ISRAEL


Budak kecik gi sekolah - dimaki sebagai pelacur kerana tak tutup badan sebagai yg dirasakan ikut agama.
Negara Yahudi yg diminati ramai kini ada masalah dalaman. Manusia nak ikut agama cara sempit dan extreme.
Yang peliknya mereka malas tak mahu kerja, lalu diberi welfare (gaji diberi oleh negara), kerana kata nak kaji Torah full-time dan 'hidup beragama'.
Tak mahu serve National Service, pompuan dipaksa naik bas duduk belakang, tak boleh dengar suara pompuan, bila hari Sabtu tak boleh naik kenderaan.
Tapi mereka ni beranak pinak macam arnab, sebab tak pakai family planning. Jadi ia menjadi growing problem.

Jika mereka sanggup gaduh dengan bangsa dan polis bangsa sendiri cara gini, kamu bayangkan bagaimana mereka lihat orang Palestin dan hak Palestin.

It's the biggest issue for Israel, negara yang kerap tuduh umat m 'terrorists'.
Sebab mereka kini hadapi terrorist dalaman. Umat Yahudi yang ikut fikiran terrorist ni dah 10 peratus daripada penduduk Israel, and terus berkembang pantas.


Cerita detail di sini, sini, sini dan sini.
Batman pun mereka anggap haram.




-----------------------------------------------

16 TAHUN, CIPTA APPS, TERUS BOOM!

Cerita mamat muda British di sini dan sini.
Tak payah sibuk-sibuk macam kita, kerja siang malam, gaji kat situ jugak.
Jika anda ada iPhone cuba download dan beritahu kita bagus tak app ini (saya masih gunakan Blackberry).
Download summly.com percuma! Aku lagi sibuk cerita kuno mandi kat stand pipe, mamat ni bawa kita ke 22nd century. Ish ish ish.

-----------------------------------------------
STAND PIPE

Terima kasih kepada rakan 'Offtopic' yang hantar gambar-gambar di kampung tu. Terutama gambar Stand Pipe.
Saya dah lama nak tulis lagi cerita tentang kehidupan di kampung di Singapore - tentunya tak banyak beza dengan kampung di Malaysia pada 1960an.

Nikmat kita hidup di masakini. Jauh berbeza dengan 'zaman dulu'.
Kita kini ada 'ponding' sikit dah bising nak demo, maki hamun pemerintah. Ada corruption (ahem) berapa billion saja, dah nak undi pembangkang.

Zaman saya kecik, banjir masuk rumah sewa keluarga saya di West Coast Road terjadi setiap tahun antara November hingga Januari (musim hujan) -- kadang seminggu air ponding dalam rumah. Kita ceduk keluar hari ni, esok hujan lebat masuk air lagi, sebab sungai kecik tepi rumah tu banjir lagi!
Kita kini RM250juta hilang beli lembu dan kerana ada yang anggap kita ni lembu, kita marah betul (termasuk saya).
Zaman 1960an tu, agaknya RM250juta ialah baget kerajaan untuk setahun. Hahaha.

Pada tahun 1966, saya di Darjah 1 (Primary 1) di Sekolah Melayu Pasir Panjang. Lepas tu pindah masuk Clementi School (sekolah Inggeris) di Darjah 4.
Pada 1973 saya masuk secondary school (form school), Pasir Panjang Secondary School.
Ketiga-tiga sekolah ini terletak di Pasir Panjang Road (yang sekolah rendah di 'belakang' National University of Singapore kini - di mana ada banyak kondo dan landed houses). Ketiga-tiga dah ditutup. Masa tu tanah NUS hanya bukit-bukit di belakang rumah saya, kini terkenal satu dunia!

Ibubapa saya mulanya sewa bilik rumah kampung di Pasir Panjang Road (dekat Zehnder Road), lepas tu berpindah ke rumah sewa dua bilik (kerana anak-anak dah besar) di West Coast Road.
Orang kata = rumah jenis P.Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis - jika kita panjat dinding kayu bilik kita, boleh ngendap bilik sebelah. Kalau orang sebelah gaduh, semua orang boleh dengar.
Rumah nenek juga rumah kampung (milik makcik) di Pasir Panjang.

SAYA baru kira - di typical rumah kondo atau flat hari ini, ada dua toilet.
Dalam setiap toilet, paling kurang ada tiga kepala paip - satu untuk sink cuci tangan dan gosok gigi, satu lagi untuk isi air baldi, dan kepala paip ketiga untuk shower.
Jadi setiap rumah, paling kurang, ada ENAM kepala paip (jika ada dua toilet).

Di rumah teres di KL yang ada tiga toilet, atau kondo yang ada tiga toilet, ada SEMBILAN kepala paip.

ZAMAN dulu di kampung di Singapore tu, HANYA ADA DUA KEPALA PAIP untuk satu kampung!
Ia dipanggil Stand Pipe.
Sama dengan yang dalam gambar terakhir yang dihantar Offtopic.

Kamu nak mandi sebelum pergi kerja atau ke sekolah? Satu kampung ke situ!
Tadah baldi, mandi air sejuk kat situ juga!
Kamu nak cuci baju? Angkut satu baldi baju kotor, dengan sabun dan papan 'washing board', kat situ juga kamu cuci baju.
Yang jantan mandi pakai sarong. Yang pompuan berkemban.
Balik kerja waktu petang, kat situ juga kita kumpul, mandi ramai-ramai.

Untuk sesetengah kampung, kepala paip tetap satu, tapi dibina bilik air dengan kolam (ahem, ada pond you). Bilik air untuk mandi dibuat daripada zinc dan ada pintu zinc. Jadi boleh mandi dengan ada privacy sikit. Itupun biasanya kami budak kecik mandi ramai-ramai.
Hot shower? Tak pernah dengar pun....

Tandas di tempat lain - jamban pakai tong.


GAMBAR: Stand pipe di Sri Lanka. Tapi sama macam yang dulu di kampung saya. Ada dua kepala. Kamu basuh dan mandi di situ.
Tak kira pompuan lelaki, Melayu mahupun Cheena. Poverty does NOT differentiate your race or religion.


JIKA kamu benar-benar nak privacy, di semua rumah pun ada bilik air - usually one bathroom for the whole house, the walls made from zinc.
Walaupun mungkin yang tinggal di rumah tu 10-15 orang, jamban hanya satu, bilik mandi pun satu.
Ada kolam dalam bilik air yang diperbuat daripada simen. Atau ada tong air yang besar-besar.
Air ini digunakan untuk diminum (setelah di masak atas dapur kayu, atau dapur minyak tanah) dan untuk masak lauk. Orang keluarga miskin macam saya banyak makan ikan tamban dan ikan selar kuning - masa tu sangat murah.
Makan ayam sebulan tak sekali.

CUMA, bagaimana nak bawa air dari Stand Pipe yang digunakan ramai tu ke rumah anda?
Setiap rumah masa itu ada rubber hose yang panjang. Di rumah nenek saya, hosenya lebih kurang 300m, bersambung-sambung pakai scotch tape - dari tong-tong air di rumah, hingga ke Stand Pipe (Saya kena tinggal dengan nenek waktu week day, sebab ibubapa kerja. Malam atau weekend, baru bapa bawa pulang naik basikal tua).

DI rumah sewa di West Coast Road, hose getah lebih kurang 100m panjangnya. Setiap rumah di kampung juga ada hose seperti itu.
Pada waktu lewat malam - bila ramai orang dah habis mandi selepas balik kerja, kita ganti-ganti ikta hose kita kepada Kepala Paip tu, agar air mengalir masuk ke rumah.
Tapi kadang tong baru isi air sikit, dah mati. Kena jalan ke Stand Pipe - ada street lighting - nak tengok kenapa bekalan air terputus.'Reme, kau pergi tengok kenapa air putus!' arwah bapa akan pekik, sedangkan saya baru nak nonton siri Mission Impossible (black and white TV).
Kadang ia tercabut walau diikat ketat dengan tali sebab ada orang mandi atau cuci baju, lepas tu tak dipasang semula.
Hose ni juga jika dipijak orang atau tayar kereta, akan tercabut kat Stand Pipe tu.

TAK ada kita terfikir nak demo, nak tulis memo, nak tweet, nak blog, nak bawa ke parlimen. Semua orang paham itulah kehidupan kampung, poverty is everywhere for the 99 per cent then.

SEHINGGA saya pindah ke flat serba kecik di Holland Drive (kini dekat Buona Vista MRT), baru ada air paip di sinki dapur. Wah! Nikmatnya!
Saya pindah tu masa Secondary 2 (Tingkatan 2), umur 14tahun.
Maknanya dari saya lahir hingga 13tahun, hidup di kampung kuno tanpa kepala paip. Jamban kongsi satu kampung.
Kini di flat baru, ada jamban dalam rumah. Wah nikmatnya!
Masa tu pun, hanya ada SATU kepala paip dalam setiap toilet (kini ada tiga!). Dan hanya ada SATU jamban dalam rumah. Kini kondo atau rumah teres, paling kurang ada dua jamban. Ish ish ish.

Begitulah beb. Jauhnya kita dan negara kita dah kayuh.
Tapi ia tak bermakna, kerana kita bersyukur, orang pijak kita dengan stupid excuses tentang 'ponding', dan 'saya tak tahu, sebab yang buat suami saya', kita buat tak tahu.
Kita demand answers, tapi cara gentlemen. Kan kita anak zaman educated.

17 comments:

wan malaysia said...

wah En Reme, nostalgia betul cerita lama ni.

cuma satu soalan musykil pulak... selain dari masalah nak kena masak air dulu untuk minum dan masak.... kalau nak mandi junub, air yang di takung kena kurang kurang dua kolah baru sah kalau tak silap saya lah. cukup ke yang di takung guna paip getah yang selalu terputus.
so macam cara masa tu ekk...

kalau kat kampung saya sampai sekarang, pengantin baru baca niat dan terus terjun saja dalam sungai.

Anonymous said...

Gila kau mandi wajib dua kolah....

ninotaziz said...

Somehow I think in Malaya it was not like this. I remember my grandparent's teacher's quarters, the houses were so big and had two bathrooms with huge kolah (cukup 2 kolah?) plus the kitchen too.

Maybe Singapore always had water problems...

I could be wrong coz our family always lived by the river before that. My mum carried water in pails from the river, she told me.

And everyone just terjun aje for a cooling bath.

Anonymous said...

bukan mandi dua kolah, maksud wan tu air yang ada dua kolah kat middle ada pipe atau sambungan untuk cukup kan pengiraan untuk air wuduk supaya kalau air tercebar kena najis cicakman air tu masih sah untuk buat wuduk.

dulu kat rumah saya pun ada, tapi sebab gomen perak punya air dah ok dah kurang sikit penggunaan kolahnya.

Anonymous said...

Tak sangka di Spore pun ade stand pipe.

Begitu jugalah pengalaman kami kongsi standpipe di Kampung Pandan Kuala Lumpur dari tahun 66-71.

Kini lombong belakang rumah dah dikambus utk bina jalanraya ke Jalan Ampang.

Nani Cheras.

Anonymous said...

Remembering ikan murah, zaman saya kecil dulu harga ikan murah lagi. Beli RM1 tu boleh dapat 12 ekor anak ikan selayang, kat kampung saya di terengganu. Kalau ikan lain mahal lah sikit harganya, tapi tetap bolih dikira mampu beli lagi.

Zaman saya kecil tu takda lah lama saya, dalam sekitar 1998 dan 1999, umur saya 10, 11 tahun. Belanja sekolah saya RM1 sehari, dah cukup beli ikan satu plastik. Ikan ni saya akann goreng, dan ratah time tengok TV. Kononnya versi KFC saya lah. hehehe.

Ayam masa 1998 tu bagi kami makanan mewah, cuma hari ada tetamu atau time ramadan je masak ayam.

Versi mama saya pula, zaman dia budak dulu (1970) ayam sangat jarang. Tak terfikir pun nakn ratah ayam tu, kalau masak pun cuma waktu kenduri atau pertunangan. Bila nak masak pula, nenek saya tak beri ayam tu digoreng goreng. Dia akan pastikan ayam tudigulai atau kari. Sebabnya, kalau goreng cuma perlukan usaha yang sikit, makanan yang dimasak tanpa usaha sedap dia kurang. hehe. Aduhai, nenek.

Anonymous said...

Remembering tandas pula, rumah saya ade 2 tandas, tandas duduk kedua-duanya.

Tandas rumah kami asalnya tandas cangkung. Tapi suatu tak diduga belaku masa saya umur 11 tahun, bila nenek saya jatuh sakit sebab diabetes dan kena potong kaki kanan, sampai lutut. Dia tepaksa bjalan pakai tongkat 4 tu, yang dibuat dari aluminia. Oleh sebab rumah kami dekat dengan generalhospital, jdi nenek tinggal dgn famili kami.

Abah pun ubahsuai tandas dari cangkung ke tandas duduk, sbb mau sesuaikan dengan nenek. Kaki tinggal satu kan, mane boleh cangkung lagi. Kami prostes juga sebab geli, tak biasa tandas jenis duduk, boleh imagine kuman tu melekat pada punggung time buang air besar. eee..yeak! geli.

Tapi tahun lepas saya eksiden dan kaki cedera teruk, tak boleh bdiri lama kira kira sebulan terlantar. Nak buang air, tak boleh duduk cangkung lagi. Masa tu lah saya baru sedar betapa nikmatnya bolih duduk time berak. hahaha.



Asrul

Timur Tengah said...

Pandai kau memancing Reme. Buat ramai teringat cerita nostalgia lama. Ada yang duduk kampung, ada juga yang duduk berek. Cerita nostalgia ni ada menyeronokkan, ada cerita pahit, ada cerita manis - yang penting lesson learnt dari proses pembesaran tersebut.

Cakap pasal duduk berek, aku rasa banyak berek2 kerajaan dah diruntuhkan. Berek JKR (maaf - dipanggil Jubur Keling Rabit sabit banyak pekerja keturunan Tamil, berek LLN - sekarang TNB - di panggil Lambat-lambat Naik sabit kerja dia orang panjang tiang letrik betulkan lampu jalan).

Dulu nak makan ayam hujung minggu, family aku kena tunggu tokeh buat sate sedekah tulang ayam baki dari kerja meleraikan daging ayam untuk dibuat sate. Tulang ayam tu masih bersisa sikit daging ayam, biasanya mak aku buat sup ayam. Nak ayam sendiri sebulan sekali atau masa raya - aku jadi mangsa kejar ayam bela. Sekarang ni dgn KFC dgn McD chicken wing.

Reme, off topic sikit. Kerja middle east ni bolehlah gaji lebih sikit, boleh lah simpan 100-150K setahun. Kerja 2 tahun baru boleh simpan 200-300K. Itu pun datang dgn package kena maki dgn Pak Arab, lidah tergeliat cakap bahasa inggeris dgn pekerja India Selatan yang bahasa inggeris nya bengkang bengkok. BTW - dgn macam2 pening which at the end hanya untuk saving RM100-150K per year. Soalan aku, atau kepeningan aku, macam mana orang boleh songlap RM250 juta dalam masa 1-2 tahun - hanya berbekalkan proposal buka ladang ternak lembu import. Beli rumah RM10 juta.

Kalau ikut standard saving rate aku, aku kena kerja (tahan telinga dgn makian Pak Arab, bercampur dgn India Selatan dan Phinoy Kabayan) kena kerja selama 66.67 tahun kat middle east ni. 66 tahun 8 bulan.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

cerita best buat tak boleh tido ni. terbayang cerita p ramlee nasib baik dah main balik kat tv malaysia lepas lama bertapa...

Anonymous said...

Hahaha...bro,lu tak cerita yg pasal gaduh gaduh sbb biasanya setiap family dah ade mutual agreement berapa jam sorang pakai stand pipe....tiba tiba baru kita pakai setengah jam,org lain dah pasang getah pipe die pulak....tu yg ak aku suruh berdiri kat stand pipe tu selama 2 jam supaya org lain tak potong line...sweet memory though..:)

Anonymous said...

*mak aku suruh.."...pembetulan

Anonymous said...

Tahu tak reme, antara loan terawal Malaysia dengan bank dunia, zaman Tun Dr Ismail, adalah untuk beli jamban dan paip?

katrina said...

Nostalgia benar baca hal2 air..

Masa saya kat hutan dulu, dekat 10 tahun terpaksa bergantung kpd air hujan. Disalurkan melalui gutter bumbung, masuk kolah, kemudian pump naik tangki rumah. Air untuk minum, mandi dan basuh..

Payah ooo payah. Musim kemarau terpaksa 1jam jalanan dalam hutan untuk mencari AIR, ke rumah kawan minta guna kemudahan air!

Kegunaan urusan peribadi.. alamak,, kena kira berapa kole' air untuk simbah badan.

Kita lalui detik2 kepayahan hidup masa dulu dan dari situ akan timbul kesedaran, kesyukuran dan sentiasa berterima kasih dgn segala apa yg masakini.

Cheers

gitu-gitu aje said...

rumah saya di kampung sampai sekarang masih menggunakan air perigi. Kami salurkan air perigi tu ke dalam rumah pakai pam letrik. segar dan sejuk. air masak dari air perigi ni ada rasa manis-manis sikit, sedap dan lalu nak telan bergelas-gelas. xpayah pakai water filter pon tak pa. Cuma kalo blackout (dulu-dulu selalu blackout), memang terpaksa la kami sume cebok air dan bermandi-manda di tepi perigi itu.
Cuma sekarang selalu kemarau, bila air perigi kering, kami terpaksa switch kepada bekalan air paip berklorin dari kerajaan.

remgold said...

best eh kita kongsi citer-citer usang. seusang lantai papan di rumah kampung lama.
yg saya agak terkejut, tapi gumbira, ialah komen ini oleh Anon 12:27:

"Tahu tak reme, antara loan terawal Malaysia dengan bank dunia, zaman Tun Dr Ismail, adalah untuk beli jamban dan paip?"

bagus tu. sebab kebersihan itu sangat penting. beza orang dulu dgn kita zaman ini yg hidup lebih lama ialah penyakit yg telah dapat dikawal. dan ubat yg dicipta.

wan malaysia - bertanya tentang mandi hadas tu, mana saya tahu. saya budak kecik masa tu :-)

ninot - memang tak semua tinggal di kampung atap zinc dan atap rumbia. ada yg tinggal di barrack dan quarters beratap genting. the 99 pct tinggal di kampungtanpa kepala paip dan dgn limited jamban.

asrul,
saya tak mahulah masuk bab cerita tandas ni. tersedak kamu baca kelak. cuma jika ada satu jamban utk satu kampung atau satu rumah, dan peak hours bagi, anda boleh tahulah kami lari ke mana jika dah emergency. nasib baik banyak belukar kat situ. enough said.

JohorMali said...

MrRem,
Apadah nak jadi ni. Baca di BBC online tentang berita berikut!

"Apes 'could video chat' on iPads
By Dave Lee
Technology reporter
MJ, an orangutan at Milwaukee County Zoo, plays with an iPad. Footage courtesy of Orangutan Outreach
Orangutans at a Milwaukee zoo could soon be video-calling their primate friends on Apple iPads. "

P.s
Johor Mali (and MrRem) = can use Ipad
Orang utan = can use ipad
So Johor Mali (and MrRem) = ???

remgold said...

steve jobs, keanu reeves gunakan ipad.
rem, johormali gunakan ipad.
maka rem, johormali = steve, keanu?
heehee.