Thursday, 31 March 2011

Macam mana nak gi perang nih?

Setiap anak jantan muda di Singapork kena masuk NS (national service) dua tahun.
Dari 18 tahun ke atas.
Mereka masuk Army (infrantry, medic, army clerk atau army cook!) atau Civil Defence (jadi firemen, rescue workers, medical workers).

Anak jantan saya membesar di Maysia dan ingat dapat lepas sebab dah masuk private Uni Maysia dulu. Tapi kena panggil juga, sebab masih bau bakkutteh kat badannya, warga Singapork. Lagi tujuh bulan akan tamat.
Selama dua tahun, gaji NSmen ini hanya lebih kurang S$400 (RM960). Gaji anak saya lebih sikit sebab ada pangkat rendah.

TAPI negara mewah (macam Maysia). Anak-anak kita dimanjakan.
Balik rumah, emak atau maid basuhkan baju (bukan anak saya, sebab ibunya di KL. Pandai-pandai cuci dan gosok sendiri).
Emak masakkan nasi, bawakan bekal. Kalau boleh suap, akan suapkan.
Ada iPhone dan iPod.
Lepas keluar camp, duduk kat Macdonalds atau Coffee Bean.
Haish.


CERITA ni lagi meletup-letup di Singapork.
Akhbar terbesar dan paling berpengaruh di Tenggara Asia (wah marah nanti rakan-rakan di The Star dan Utusan), The Straits Times, ada website untuk budak muda main-main.
Namaya ialah STomp.
Saya jarang masuk baca cerita atau forum kat sini, tapi ia website orang muda paling popular di Temasek.

Di STomp keluar GAMBAR ini. It created a storm.
Manja abang ni. Hingga army haversack pun maid yang bawak!
Sedangkan budak tu nampaknya sedang main SMS.
Hancus.
Jadi isu besar di sini tentang "spoilt Singaporeans".
Salah siapa? Ah chong yang 18-22 tahun atau Ibubapa?
Patut kena hukum tak ah chong ini?
Dan jika kamu lihat rumah-rumah di depan tu - Ini kawasan perumahan orang kaya = landed property. Beliau anak orang kaya agaknya. Di Temasek hanya 5 peratus yang tinggal di rumah ada tanah. Ish ish ish.

GAMBAR milik SPH pula - EH! Gi sekolah pun beg dibawa maid Filipina. Tak malu budak jantan ni. Bawak payung lagi macam pompuan.
Alamak, apa nak jadi ni?


LEPAS tu semalam, The New Paper - tabloid SPH macam The Malay Mail, keluarkan gambar maid sedang cuci baju dan boot NSman di rumah (maaf, tak ada link).
Ai, 'dik, macam mana nak gi perang jika tak tahu cuci baju dan boot?

Satu gambar saja dah panikkan Mindef (Ministry of Defence) agaknya. Kesian eh.
Ini belum Pemuda Umno cabar nak mendarat di Pulau Pisang lagi!

Rakan saya di KL, David baru hantar joke: Kenapa tak outsource ke Filipina saja pertahanan Singapork?
Don't give them ideas, David!

------------------------------------------
WEBSITE BERITA, FAKTA *PEMILUPORK

http://sph.straitstimes.com/GeneralElection/Home/Home.html

(*Orang Indon tak kata Pilihanraya Umum, tapi Pemilu = pendek untuk Pemilihan Umum. Dan kerana nama timangan pulau kecik tu untuk saya ialah Singapork, kita gunakan yang pendek untuk Pemilihan Umum Singapork = Pemilupork).

Jika kamu takut pro-PAP sangat, bacalah Temasek Review atau The Online Citizen.

Tuesday, 29 March 2011

Hantar bantuan Lebih Cepat, Murah

TAMBAHAN = JAWAPAN MERCY

Sempat tukar-tukar SMS malam semalam dgn CEO Mercy Relief (MR), Hassan Ahmad.
Saya tanya kamu bawa barangan tu dibeli di Temasek atau di Jepang?
Rupanya dah 5 batch barangan dah sampai ke mangsa quake-nami.

Soalan: Tuan d goods for japan - u buy em in spore or buy in japan?

Jawapan: The first 5 batches procured locally, the 6th is from SIN.
It's closer to affected locations, cuts down transportation costs + able to be quickly and accurately adaptable to changing needs on the ground.
We only bring in what are required here and cannot be procured locally. Like that, lebih tepat sasarannya!

Soalan: Apa yg dibeli di Spore? Apa di Jepun?

Jawapan: [beli di Jepun] Bottled water, blankets, hygiene essentials like sanitary napkins, wet wipes + underwear. From SIN, we send ready-to-eat porridge to the affected areas where there is severe shortage of water for cooking.
Porridge is appropriate for the very large population of elderly, the infants n the sick - soft food which is easy to swallow n digest, starch for energy and fluid for hydration. It's MR's own recipe!

For comparison, bottled water here retail price is same as in SIN.
So, say if u buy bottled water in SIN and send them to Japan - there are the SIN forwarding and ground handling charges, the freight and fuel charges, the ground handling charges in Tokyo + transport charges (hundreds of kilometres of land travel), how much would that add to? It would be the most expensive bottled water ever!!
Sent via BlackBerry from SingTel!



--------------------------------------------
POSTING AWAL 

Ini bukan nak tulis apa. Cuma mungkin dengan ini dapat buat dengan cara lebih efficient. Mungkin.
Saya terbaca di sini - Putera Umno menghantar macam-macam bekal nak bantu Jepun. Terima kasih tuan-tuan dan adik-adik.
Mereka nampak muka kita yang coklat dan sawo matang tu, bernama Azeez dan Mamat, Dollah dan Ahmad, naik ler sikit nama bangsa, negara dan agama.
Baca cerita tu dulu sebelum sambung.

Malaysia menghantar 200 tonne bekalan - selimut, makanan, air, boot.

Kereta Pajero yang anda biasa lihat di Maysia tu beratnya 1.5 tonne.
Ini bermakna bekalan tu semuanya seberat 133 Pajero.

Dibawa oleh MAS dan AirAsia - tentunya tak dibayar. Terima kaseyyyy!

CUMA sebenarnya, ada cara Lebih MURAH nak hantar bantuan ke negara yang kena bencana. Dan Lebih PANTAS.
Walaupun Putera Umno percuma tak kena bayar MAS dan AirAsia, buang-buang minyak beb.
MAS = yang kena bayar akhirnya ialah pemegang saham syarikat ni = duit rakyat.
AirAsia = pemegang saham mereka juga.

Maaf, balik-balik bawa cerita lama Feb 2009. Tapi ini boleh dijadikan pengajaran kecil untuk anda yang buat misi menyelamat.
Bila saya ikut Mercy Relief ke Egypt dan Israel, nak beri makanan segera, gandum, selimut, pakaian, etc untuk orang di Gaza, mereka TIDAK membawa apa-apa apabila naik kapal terbang dari Changi ke Cairo.
Hanya satu beg pakaian.

Saya tanya 'Eh mana itu supply semua? Dah settle masuk perut plane?'
Jawapan CEO Mercy Relief, Hassan Ahmad: Mereka dah banyak buat kerja ni.

Lebih MURAH jika barang dibeli di negara yang nak bantu. Lainlah jika negara tu tak ada supply kerana dah dihentam teruk.
 Misalnya Gaza mana ada bekal? Jadi dibeli makanan, gandum, selimut, khemah etc di Egypt dan di Israel.
Atau jika Aceh dah kena tsunami, dan Sendai dah kena tsunami, kamu belilah supply dari (misalnya) Medan dan Tokyo.

Tak takut kena tipu?, saya tanya.
Kenalah cari Local Partner yang boleh dipercayai. Boleh tanya dengan Red Cross atau embassy negara kamu di negara yang kena bantai teruk tu = Who are the trusted local relief groups that can help us buy these supplies, and then send them in by lorries? Who can we trust?

MISALNYA, di Egypt dulu, Mercy Relief gunakan Egyptian Red Crescent - lihat GAMBAR pak chick kat dalam warehouse kumpulan ini, dengan gandum yang nak masuk Gaza.
Itu baru berat 35tan! Dan tentunya lebih murah gandum dibeli di Cairo dari di Singapura.

Bayangkan kamu nak bawa masuk bertan-tan gandum dari Singapura - mereka nak kena check setiap kantung di kastam airport!
Red Crescent Mesir kepalanya ialah Suzane Mubarak, isteri presiden tu. Kami dapat jumpa boss Red Crescent mereka, jadi ler. Berterima kasih.

Juga partner lagi satu ialah  Palestinian Red Crescent di Cairo. Kat sini Mercy Relief suruh mereka belikan wheelchair, tongkat dan perkakasan dan perubatan. Kami gi office mereka malam-malam buta nak check - ada tak benda-benda tu. Ini dibeli dengan donation orang beb. Kena amanah.
Kena kira berapa wheelchair, berapa kaki palsu, berapa botol ubat.
Tangkap gambar nak tunjuk donors.

Masuk Jerusalem pula - melalui airport Tel Aviv - dapat bantuan dari UNWRA - badan dalam UN. Naik van, cari warehouse mereka. Kena kira betul tak selimut, makanan, barang mainan kanak-kanak yang dipesan tu dah dibeli. Jumpa boss mereka.
Tangkap gambar agar boleh tunjuk donor di Singapork kelak.
Mereka beli semuanya di Israel, jadi tak payah punggah naik pesawat.
Kerana takut sangkut di airport Cairo, misalnya.

Putera Umno bawa masuk melalui Tokyo airport, misalnya, takut sangkut berhari-hari walaupun ada cop 'Top Priority', sebab banyak benda lebih besar yang masuk.
 Misalnya, kamu bawa 200 ton, tapi Amerika derma 2,000 ton, Korea derma 1,000 ton, ah mana kamu rasa yang lepas kastam dulu?
Jika dibeli di negara itu sendiri, dengan gunakan local partners, tak payah pakai kastam.
Cuma nak sewa lori hantar.
SIRI GAMBAR: Dari website Mercy Relief.
Maaf ler saya pakai logo Putera Umno, takut kamu ingat saya sokong mereka pulak. Saya cuma sokong kerja kebajikan mereka, naikkan nama bangsa, negara dan agama. Jangan mabuk togok sa-ke sudah ler Azeez.
Jika PAS atau DAP buat kerja sama, saya pasti masuk logo mereka, no problemo.

BUKAN tak pernah kena tipu. Pernah.
Sebab tu saya lihat kini Mercy Relief hantar first team masuk dulu sejurus selepas kena bencana - baik banjir Pakistan, gempa New Zealand dan gempa Jepun ni. Recce team ni pastikan apa yang kurang, nak beli apa di mana, melalui siapa.

Dan pada saya jika kamu baru satu-dua kali beli melalui mereka ni, jangan terus TT wang tunai RM1 juta. Cuba ler TT RM10,000 ke beli 100 kemah dan 1,000 selimut, lepas tu hantar recce team ke sana nak pastikan beli apa yang di order (4-men tent dan selimut tebal, bukan kemah kecik dan selimut nipis). Dan pastikan dihantar kepada orang yang memerlukan - bukan hantar kat rumah nenek depa.

YANG saya nampak mereka bawa masuk dari Singapork ialah water filtration machine (GAMBAR atas, dari sini). Lepas gempa, tsunami, banir, nak minum air paip dah tak ada.
Jadi mesin seperti ini sangat diperlukan. Dan tak ada jual kat kedai-kedai negara lain.
Kena bawa sistem seperti NEWater ni masuk ke sana. Kamu boleh tertawakan hari ini. Esok kita masalah tak ada air, perlu juga kena gunakan mesin tu.
Jika geli nak minum, masak dulu.
Jika geli juga, sekurangnya boleh gunakan untuk cebuk ler. Atau cuci baju dan lap badan. Dah emergency baru nanti kita cakap, okay!

Maaf jika tersinggung. Saya berbesar hati orang kita tolong orang yang susah. Cuma mungkin ini adalah cara lebih efficient. Lebih murah, lebih cepat sampai ke mereka yang memerlukan.
Yang pasti tentunya Putera Umno dah buat kiraan - kerana mereka dapat transport free, OKlah.
Teruskan perjuangan, braders.


----------------------------------------
TAMBAHAN = CARA KIRA PELABURAN

Saya letak kat sini soalan Maam Gina dan jawapan Pak Chique Tua agar senang saya nak cari data ni jika ada soalan sama di masa depan.
Sebab jika diletak dalam Comments, tak akan jumpa bila Google Search blog ini.

------------
Pak Chic Rem,

Menyimpang sikit soalan, maaf ya :).

Minta pandangan:
Adakah wajar untuk menjual property sudah habis bayar hutang bank (harga jualan RM150K, belian circa RM94K) 10 tahun lepas semata mata kerana malas dan remeh nak uruskan property tersebut?
Saya merasakan dengan duit penuh 150K untuk melabur dalam Amanah Saham dan setiap tahun duduk goyang kaki ambik bonus. Ini pendapat setelah mengambil kira kadar sewa yang rendah.

Mohon pendapat dari yang pakar.

Gina
29 March 2011 13:29
------------

gina,
eeks pakar tak, tapi kalau orang main property dia kira macam ni. lebih kurang ler (mamat minah yg BETUL pakar tolong bantu):

1) dlm 3-5 tahun, agak naik harga tak rumah tu?
misalnya kita lihat boleh naik rm20,000 harganya dalam 3thn ni.
maka kiraannya: 20,000/150,000 x 100pct = 13.3pct harga rumah kamu naik.
jadi dalam setahun = 13.3/3 = 4.44pct pulangan (atau purata untung setahun = average rate of return a year).

2) lihat sini: http://malaysia-fixed-deposits.blogspot.com/

jika betul maklumat website ni, jika anda simpan wang 150,000 tu di fixed deposit, dapat pulangan (duit bunga) 2.85 pct.

jika kamu masukkan dalam bank islam, pulangan pun sama:
http://www.standardchartered.com.my/islamic-banking/personal-banking/previous-6-months-deposit-rates/en/

(lihat General Investment Account, 12months).

kenapa sama? jika tinggi sangat bezanya, nanti orang semua larikan wang dari bank biasa ke islamic bank.
sama juga jika rendah sangat, tak akan ada yg nak simpan deposit dlm islamic bank.

3) jika anda masukkan dalam ASN, lihat ni:
http://www.asnb.com.my/news/asb_pendapatan2010.htm

aiks. tinggi depa bayar! setiap unit yang anda masukkan dapat 7.50sen (tak termasuk bonus).

maknanya jika anda beli rm1 seunit, anda dapat pulangan 7.5pct setahun.
jika anda letak rm150,000 dan membeli satu unit rm1 (including fees), untungnya ialah rm11,250/12 = rm937.5 sebulan. boleh goyang kaki maam, kalau tak ada hutang lain.

tentang fees ni kena tanya baik2. yg jual unit trusts semua muka manis, tapi setiap kali kamu jual, kena bayar fees kpd mereka, tiap kali jual pun kena bayar.

lepas tu baca di sini top left:
http://www.asnb.com.my/

ah, ada harga jual-beli ASN tu setiap hari. maaf saya tak pernah baca detail ASN ni sebab saya bukan warga maysia jadi tak boleh beli.
kamu kena check sendiri, rekod sejarah dividend (atau pulangan) ASN1, ASN2, ASB, ASW dan seterusnya.
tapi jika saya ada wang banyak, di sinilah saya letak duit saya = lebih tinggi dari FD di bank, lebih selamat dari jaga property (kalau naik rm20,000 sedap ler kita, tapi jika ia JATUH rm20,000 esok! hahaha).
property pun kalau sewanya tinggi barulah kita sewakan. yg lecenya kena cat selalu, jika paip bocor kena betulkan. kalau tidak, penyewa akan lari.
kadang penyewa kebas TV, almari, sofa kita!

4) kalau sewakan rumah, jika tak salah ini cara kira pulangan.
a) katalah sewanya rm800 sebulan:
rm800 x12bulan = rm9,600.

pulangan setahun:
9600/150,000 x100 = 6.4pct.

b) kalau sewa rm1,000, purata pulangan ialah = 8pct.
c) jika sewa rm600 sebulan = 4.8pct.

tapi jangan tertawakan orang yg ada property ni. kamu lihat saja dikeliling dunia. orang yg terkaya mana pun, kekayaannya dibantu oleh hartanah (tanah atau rumah). li ka shing dari hong kong, ng teng fong dari singapore, donal trump USA, dan juga di maysia seperti ytl dan berjaya.
orang kat bangsar, damansara heights dan taman tun 20thn dulu rumahnya hanya rm500,000 rm800,000. kini berjuta.

rule of thumb beli rumah: beli rumah cecah tanah (landed property) yg terbesar yg anda mampu, sebab lebih cepat naik harga!
saya perhatikan harga di melawati, ampang, keramat, setiawangsa berbanding harga rumah teres. hanya 10thn dulu banglo rm1 juta kini dah naik rm3juta-5juta (naik 200-400pct).
rumah teres dulu rm200,000 naik hanya ke rm400,000 (100pct).
banglo di atas bukit setiawangsa tu dulu hanya rm400,000 semasa dibuat. masa saya masuk kl 1994, orang nak jual rm800,000 saya tak mampu. kini kalau tak ada paling kurang rm2.5juta tak payah bual.
tapi teres setiawangsa, harga jual rm180,000. lepas tu naik 380,000. kini nak melepasi rm450,000 pun payah, unless ada extensive renovation.
29 March 2011 14:48


------------

Terima Kasih banyak banyak pak Chic Rem.
Saya tak rasa harga akan naik sangat kerana hartanah ini terletak di kawasan ulu sidam :).

Dan saya sudah berkira dalam kepala untuk melaburkan dalam ASB sahaja sambil duduk goyang kaki, ambik dividen bayar zakat 2.5% dan lebihnya cuma buat simpanan - peram lagi.

Tips Pak Chic amat membantu.

Gina
29 March 2011 15:11
------------

maaf gina,
pak chic tenggelam kerja tadi. dah 2pagi baru balik kerja.

selain ASN orang maysia boleh juga melabur melalui Tabung Haji.
dan yg dah ada wang EPF, mungkin teruskan saja jgn dikeluarkan utk gi holiday atau beli kereta besar apabila dah masuk 55-60thn oi. nanti dah 65thn duit dah pokai, kena tendang oleh anak kamu duduk bawah rumah panggung, macam p.ramlee.

1) nampaknya, sejarah dividen ASN baik.
paling kurang depa bayar dividen ialah 7.0pct.

saya tak masukkan kiraan Bonus Dividend sebab itu nanti memanjangkan cerita.
sejarah dividen asn:
http://farawahida.wordpress.com/2008/01/08/asb-dividend-and-bonus-for-the-last-15-years/

2) tabung haji pula rendah. sekitar 5pct dividen dlm beberapa tahun ini, tapi pernah rendah dari itu:
http://1-million-dollar-blog.com/dividends/tabung-haji/

3) bila kamu dah retire, wang epf nak keluarkan masuk asn, tabung haji atau nak kawin lagi (opocot)?
suka hatilah. tapi ini sejarah dividennya:
http://uruswang.wordpress.com/2007/02/06/kadar-dividen-epf-kwsp/

tapi saya difahamkan, dividen tabung haji tu dibayar kpd anda setelah DITOLAK bayaran zakat.
yg anda dapat tu tak payah bayar zakat lagi. berbanding dgn wang epf yg belum berzakat dan belum kena tolak income tax.

dan mesti dan mestilah anda bertanya dulu: setiap kali saya beli, berapa feesnya? berapa percent dari rm150,000 saya ni anda makan?
dan setiap tahun jika saya TIDAK keluarkan, berapa feesnya?
dan jika jual sedikit atau tutup akaun, berapa pula kamu makan?
macam2 sebab mereka nak makan duit anda. maklumlah anda menumpang dgn mereka nak untung. mereka pun nak untung juga sebab jaga wang anda, dan laburkan wang anda.
baca ni tentang fees:
http://www.asnb.com.my/english/fees.htm

dah baca gini, baru anda tahu kenapa saya tak suka sangat dgn unit trust ni. saya beli emas dan perak, dan collectibles lain.

dan utk keselamatan anda, diversify wang anda.
jangan semua masukkan satu tempat.
memanglah kita tak jangka kerajaan akan berani kata wang asn dan tabung haji dah habis, atau tak akan bayar dividen lagi.
tapi manalah tahu.

rakan saya omputeh amerikan yg lama tinggal di spork, kawin pompuan melayu. kini dah balik kampung di Ohio dgn bininya. syiok anaknya jawa-american main snow.
bila amerika kena banking scandal dan economic recession 2008, habis simpanan 401k nya = ini skim macam EPF.

jadi jika ada rm150,000 tu mungkin letak sana separuh, yg lainnya disimpan dalam aset lain.
kalau saya ada rm80,000-rm90,000 misalnya, di kl dan selangor banyak flat dua bilik harga itu, yg terletak dekat dgn stesen LRT. kamu beli dan sewakan ler.
(saya tak boleh beli sebab bukan warga maysia).

misalnya kamu beli rm90,000 dan sewakan rm700 (satu bilik rm350 utk orang bujang), pulangan ialah 700x12/90,000 = 9.3pct. lebih tinggi dari ASN beb.

and for goodness sakes, jangan bawa cash macam mike tyson selangor dulu bila ke ASN atau tabung haji.
tak pernah dengar perkataan Cheque ke?
nanti kena rompak susah.
30 March 2011 02:18

Monday, 28 March 2011

Stanford, Cambridge, Imperial...pembangkang S'pore

Nampaknya jadi juga pulau kecik di bawah ketiak Maysia ni adakan pilihanraya bulan depan (April) atau awal Mei.
Yang menarik ialah quality dan umur muda pemimpin pembangkang yang tentunya menggerunkan PAP.


Dulu parti pemerintah saja yang keluarkan orang yang teror kelayakan.
Kini dari kaum pembangkang ni dah ada Rhodes scholar dari Stanford di US, Cambridge, Imperial College.
Nasib baik saya tak masuk pembangkang, jika tidak akan melambung qualification mereka, sebab saya dari Oxford-MIT-UIA Gombak-Ecole Polytechnique  sekaligus. Maklum bijaksana laksamana.
(Tak semestinya pandai belajar akan pandai berpolitik. Tapi diharap mereka lebih bijak buat kerja berbanding orang yang hanya pandai berceramah pekik lolong).

PAP gerun ke? You betcha.
Dulu Parti Tindakan Rakyat atau PeTiR (PAP dalam Bahasa Melayu) mulakan skim GRC kerana katanya takut MP dari kaum Melayu atau India tak dapat masuk Parlimen. Katanya dulu, jika satu lawan satu, dan candidate malayo lawan candidate cainis, takut pengundi yang ramai cainis pilih kaum sendiri.
Dalam skim GRC - unik kerana tak ada sistem serupa di serata dunia - kamu bukan undi untuk satu kerusi.
Tapi empat hingga enam kawasanundi disatukan . Dan setiap team PAP tu ada anchor nya iaitu seorang menteri.
Di sini detail yang pernah saya tulis.
Di kawansanundi saya, Bishan-Toa Payoh GRC ada dua menteri, satu MP malayo, satu MP india dan satu pompuan.

Kerana gerun rakyat marah akibat isu FT (foreign talent = foreign workers) dan harga barang naik serta gap besar antara miskin dan kaya, maka kini PAP buat lebih banyak kerusi single-seat macam dulu. Dia nak umpan pembangkang masuk kerusi seperti ini, agar bila kalah, satu kerusi saja beb.
Dah ngobrol isu-isu panas di Temasek pulau comel di sini.
Kalau orang macam saya yang pro-PAP nak lari duduk kat Maysia, apa lagi yang lain yang tak boleh lari.
Ramai orang kaya Singapore ni sama macam orang kaya cina Malaysia - ada paspot kedua Australia, US, Canada, Britain.
Orang kaya cina Indon pula ramai ada paspot Singapura.
Orang miskin malayo Singapura pula (macam saya) ada exit kedua - lari ke kampung Datuk Keramat di KL.

Dulu pada saya Singapura ialah 'Islamic state' yang tak gunakan label Islam.
The nearest to a contemporary Islamic state dulu, pada saya, ialah Singapoora.

"Eh mereka kan kapir harbi?"
Mereka bukanlah Islamic state macam Iran, Saudi, Maysia, Mesir.
Tapi sikap dan sifat Islamik mereka begitu baik - rakyat dikerah kerja kuat, satu hati, pemerintah suruh rakyat bersih sehingga kena jaga jamban, dan bersih tak rasuah, kaum minoriti dijaga.
Ekonomi mantap, brand name dan soft image Singapore sesuatu yang ramai nak capai.
"Tapi Melayu Singapork kena tindas!" - pembaca dah lawan pedang dengan saya kat sini dulu.
Tak kisah siapa yang betul ler, ini pandangan masing-masing. Bottomlinenya, pada saya, minoriti Melayu di sini lebih baik dijaga berbanding minoriti di Thailand, Philippines, Saudi dan Bahrain (syiahs), India, Soviet dan China (muslims), etc.

Nak kata negara lain yang ada label Islam tu Islamic state masa ini, agak payah.
Sebab banyak corruption dan kerajaannya selalu songsang atau lemah.
Nak planning tak pandai, dan sibuk tentang isu remeh daripada isu penting, sibuk paksa pompuan pakai tudung tapi tak bising tentang skandal rasuah berbilion yang curi duit rakyat.
Sibuk buka madrasah tapi tak puji sebagai berjihad orang yang ambil ilmu engineering, bina robot dan repair kepala paip (jika baca cerita Pakistan, kita akan seram sejuk).
Saya baca cerita-cerita rasuah di Indonesia pun hingga malu - kementerian ehwal Islam kebas duit orang gi haji! Menteri kemasyarakatan songlap duit tsunami Sumatra!

Tapi kini dah tak 'Islamic' lagilah Singapork ni dan PAP ni, pada saya.
Selain kasino, mereka naikkan gaji Presiden kepada S$4.2 juta setahun! Naik gaji S$890,000, eh apa nih! Kamu tambahkan gap poor-rich, bukan susah mana jadi Presiden ni.


Nasib baik ada Turki yang naikkan martabat agama untuk umat m ni - sini dan sini.

Lihat masalah kasino ni - dah mula melanda kerajaan Malaysia - berita di akhbar Cina Maysia = saudara lelaki ('brother') seorang timbalan menteri Malaysia kini bersembunyi setelah kalah S$2 juta (RM4.8 juta) di dua kasino Singapore! Ah kau!
Akhbar tulisan Cina, jadi saya tak tahu nak cari link. Ada Translation Desk di tempat kerja saya, jadi saya tahu semua headline di akhbar-akhbar.
Saya dah diberitahu siapa orang politik itu, tapi biarlah kita tunggu cerita ni meletup. Takut orang kata media Singapork ada agenda.


Kerana makin ramai marah isu seperti FT, inflasi, jurang kaya-miskin dan juga kasino, maka siap kau PAP!
Yang marah tentang kasino ni bukan muslim saja, tapi pihak kristian dan buddhist juga. Orang bertanya - kita nak tarik pelancong, but at what cost?
Dah banyak cerita dan desas-desus orang boring kat rumah di Temasek (termasuk pesara) lalu bawa duit sikit ke kasino. Maklumlah, naik MRT dah sampai. Dulu nak ke Genting kena tidor semalaman di sana, kena naik pesawat atau/dan bas/teksi.
Duit sikit tu habis, ah pek dan nonya tambah dan tambah lagi sehingga pokai.


MELIHAT sesuatu macam tak kena dengan negara pulau inilah yang membuat lebih ramai orang berkelayakan tinggi masuk pembangkang. Walhal jika mereka masuk PAP gerenti gaji besao giler.

Tapi pembangkang kat Singapork ni macam pembangkang Maysia. Dia suka gaduh sama sendiri sehingga nampaknya ada 3-corner fights.

Rekod di Singapore dulu ialah adanya EMPAT pembangkang di Parlimen. Kini hanya 2-setengah.
Yang setengah tu ialah NCMP - Non-Constituency MP.
Pembangkang yang kalah tapi paling banyak undi, ada hak pilih nak masuk Parlimen atau tidak. Cuma beliau tak boleh mengundi dalam sesuatu bil tapi boleh bahas.

Pembangkang kini mengharap dapat menang 4-6 kerusi sekaligus untuk menang GRC.
Chiam See Tong, pembangkang No.1 di republik ni, nak lari dari single-seatnya di Potong Pasir. Kerusi itu diletak isterinya.
Beliau nak masuk GRC saya, Bishan-Toa Payoh.
Eeks nak lawan dua menteri.
Juga ada beberapa GRC lain di mana pembangkang harap nak menang GRC buat pertama kali kerana ramai pembangkang kini ada brand genius kerana kelayakan tinggi.
Jika menang, a big psychological break for the opposition. Dan akan bermula turunnya nama PAP di pulau ni.

Lee Kuan Yew:
There will come a time when the public would eventually say: ‘Look, let’s try the other side either because the PAP has declined in quality or the opposition has put up a team which is equal to the PAP’s and they’ll say, let’s try the other side’.

Sunday, 27 March 2011

Usalli



--------------------------------------------------
Bila saya tiba di Kay El penghujung 1994, terkejut al-berok juga dalam beberapa hal.
Antaranya ialah banyaknya masjid dan surau. Dan yang saya pening, masih banyak juga orang terus makan rasuah dan songlap duit rakyat.
Maaflah ini pandangan orang luar.
If there are more religious people in Malaysia today, how come corruption and robbery of public money are continuing unabated? Erke.
1000 apologies. Bukan saya saja yang kata gini rupanya, tapi bisikan orang bangsa lain yang kerap saya dengar dan baca kat Internet.

Di Singapork, di kebanyakan tempat kamu pandai-pandailah nak hidup jika nak solat.
Nak wudhuk pun siksa sebab kena pakai sinki dalam toilet.
Lepas tu nak basuh kaki amacam? Takkan nak naikkan kaki ke dalam sinki. Kenalah bawa botol air yang boleh dibawa lari ke dalam jamban.

Nak solat pulak macam-macam cara dan taktik.
Jantan macam saya lebih mudah berbanding pompuan yang kena pakai telekong. Lepas tu kena solat di tempat tak ada kipas atau aircon. Itulah nama Eeee-maan (iman). Phwee-weet.

Saya teringat cerita-cerita lama saya setelah terbaca cerita mamat di Amerika ni. Kasihan depa nak solat susah betul nak cari tempat.
Tak macam di Malaysia - kat mana pun ada surau (juga di Jakarta).

Kena cari tempat nak solat setiap kali. Biasanya tak selesa:

"My head and knees are now on the floor next to the gap in the door, and everything is going smoothly. I glance to my left and the Gap employee, having bent down, is now staring at me and asking, "Sir, is everything all right?"

Baca cerita lucunya di sini.
Salon ialah majalah online Amerika yang begitu popular - ia memasyarakatkan cerita-cerita kehidupan dan politik.

Untuk anak-anakku yang untung membesar di Malaysia, ihsan rakyat negara itu - Inilah antara tempat yang saya pernah buat di Temasek (dari tempat kerja pertama saya):

1) Dalam meeting room, tangga dan atas bumbung (bangunan ni 4tingkat). Syarikat Guthrie Engineering, masa tu milik MCA tapi ada branch besar buat kerja electrical dan mechanical works sebagai kontraktor besar. Saya kerja jadi sebagai mechanical draughtsman (atau American spelling = draftsman. Pelukis pelan projek-projek). Syarikat di Sixth Avenue, dekat Bukit Timah, kawasan orang kaya.
2) Di basement sebuah banglo besar, syarikat architect dan engineers International Project Consultants. Saya draughtsman di M and E Department (mechanical and electrical). Ini rumah panggung - a huge old British bungalow - yang di convert jadi pejabat. Basementnya gelap jadi store room, di Pasir Panjang Hill - depan bekas Keppel Shipyard (kini dah jadi condo-condo lux).

3) Tangga, syarikat M and E consultants BH Tan Engineers, dekat Middle Road. Juga draughtsman. Kadang sempat lari juga ke masjid orang tabligh dan kaum India, Bencoolen Street mosque.
4) Surau aircon. Jadi wartawan di Berita Harian Singapork tahun 1987. Masa tu pejabat Singapore Press Holdings di Kim Seng Road-River Valley Road -- tak jauh dari Orchard.
Kamu belum lahir, pak chic dah jadi wartawan dah. Dah 24 tahun buat kerja terkutuk sebagai reporter. Agaknya mati lagi pegang pensil dan buku nota, atau kat keyboard. Takpe ler, jangan kojol dalam spa sudah.

5) Surau panas di basement 3, di bangunan di tengah pusat kewangan Singapura dan pada masa itu pusat kewangan yang number 5-6 di dunia (selepas New York, London, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong). Kini Singapork No.2 dalam financial services selepas NYC. Cerita lama saya kerja di Raffles Place juga di sini.
Bangunan pejabat untuk syarikat saya masa tu, AP-Dow Jones, di HQ Standard Chartered Bank, jadi bangunan tu marble merah-coklat warna korporat bank British tu.
Nasib baik ramai pak chik alim kat situ, jadi ada surau kat basement sebab mereka tentunya minta lama dulu.
Juga ada surau di basement berdepan bangunan pejabat saya - Shell Tower (HQ syarikat minyak Shell).
Yang bagusnya kedua surau ni agak besar dan wanita pun boleh tumpang sekaki.
Tak tahulah masih ada atau tidak.

Tapi kini di kawasan ada masjid bawah tanah yang ada aircon!
The mosque in the basement of Singapore - dan mungkin juga satu-satunya masjid di bawah tanah (literally underground) di Asia, mungkin di dunia pun kot.
Basement 3 atau 4 ada masjid. Tak apalah, asal ada tempat selesa untuk lelaki dan wanita. Ber-aircon you, betul2 depan Macdonalds! Tapi sedih juga agama kita dibasementkan. Maklumlah miskin. Out of sight, out of their minds, agaknya.
Ini cerita kenapa masjid tu ditenggelamkan - sini.

6) Lepas tu masuk Maysia. Aish! Kat Reuters (bangunan Wisma Budiman) tu ada surau. Wooi.
Lepas tu pindah ke Petronas Twin Towers, di Tower 1 ada surau. Lupa tingkat berapa, tapi besar betul! Ia digunakan oleh Petronas.
7) Pindah ke Reuters Singapork. Aish, ada surau juga! Ini di Reuters di Temasek, di Science Park Drive (dekat NUS). Bagus betul syarikat British ni.

8) Pindah semula saya ke KL dengan Straits Times. Di Menara Dion di Jalan Pinang dan pindah ke Etiqa Twins (dulu MNI Twins), depan KLCC, pun ada surau. Besao surau kat Maysia ni.Untung kamu dapat ada ceramah sekali oi. Sayangilah negara kamu, atas usaha pemimpin umat m semua tempat diwajibkan ada surau.
9) Kemudian saya pindah ke SPH di Toa Payoh, Singapork. Ada surau di Berita Harian Singapoora, dan juga di satu kornar lagi untuk para drebar - yang ni panas sebab tak ada aircon.

AH, itulah cerita pak chic. Untung kamu di Maysia, malah di Temasek.

Di Amerika ni (cerita asal dari Salon) masih susah sebab masih minoriti terlalu lemah.

Al Khatam.

Friday, 25 March 2011

Burung

Sibuk satu Malaysia berbual tentang burung terperangkap atau terbang dari spa, maka saya nak masuk topik hobi saya.
Apabila kita mengumpul setem, susah jugak beb.


Sebab ada berbagai cara orang mengumpul benda alah yang kecik ni.
Ramai yang mengumpul mengikut Negara.
Maksudnya jika kita membesar di Maysia, tentunya kita nak kumpul setem Maysia, takkan nak kumpul setem Rhodesia?
Misalnya, antara sebab mengapa setem China begitu melonjak hari ini ialah lebih ramai warga China dah jadi middle class, seperti yang saya pernah bual dulu.

Ada banyak Tema (themes) yang anda boleh mulakan koleksi anda.
Misalnya ramai suka kumpulkan setem, dari negara mana pun, yang bertemakan Bunga = all stamps with a flower theme.
Saya sendiri banyak mengumpul setem tema Bunga dari China dan Maysia sebab banyak yang cantik-cantik.


Antara tema lain yang begitu popular ialah
- Kapal = baik setem Singapork mahupun Maysia ada beberapa terbitan bertemakan ini. Tapi yang saya pernah jumpa yang indah ialah setem kapal layar British = British sailing ships.

- Teknologi = Maysia ada setem Multimedia Super Corridor, Britain ada setem para saintis, China pula teknologi baru yang dicapainya.
- tema Angkasawan = baik first man in space Yuri Gagarin dari Russia, mahupun the first landing on the moon oleh Amerika, atau angkasawan Maysia. Apabila China terbangkan angkasawannya tahun 2003, depa banyak keluarkan setem, diikuti oleh Macau, Hong Kong dan Taiwan.
- Makanan = makanan hari perayaan Maysia dan juga Singapore.
- Naga = saya memang kumpul matawang mahupun setem dengan tema Dragon ni.
- Kupu-kupu. Tema Butterflies, Birds and Flowers antara yang paling popular di dunia, sebab 'cho-me lote' kata orang Kelantan.

DAN antara agak pelik, tapi ramai juga orang collect ialah tema
- Perubatan dan Kesihatan (medicine and healthcare).
- Queen Elizabeth atau bapanya King George VI atau atuknya King George V.
- Juga yang bertemakan Hitler dan Nazi, atau Perang Dunia Kedua. Mak oi, popular beb benda ni.



BERBALIK kepada burung Maysia.
Antara setem lama yang jika anda jumpa, anda perlu lekas-lekas bawa lari, ialah setem lapan ekor burung Maysia ni.
Saya belum beli sebab mahai = ditanya di kedai semalam, harga S$100 (RM240) untuk lapan setem tahun 1965 ini (GAMBAR atas).
Di Internet murah sikit, US$50 (S$65/RM156).
Ini ialah harga untuk setem yang belum terpakai - dipanggil bahasa rasmi MNH = Mint, Not Hinged. Ye eleh, kita panggil setem baru (New Stamps), lagi mudah.

Jika setem dah CTO (Cancel To Order) atau dah terpakai = Used Stamps, kumpulan lapan setem ni lebih kurang setengah harganya.
Gambaq kat atas tu jika kamu lihat, semua setem dah kena cop kat pejabat pos. Maknanya CTO stamps.


Lagi setem-setem burung kat atas dan bawah ni.
Selain dari yang tahun 1965 tu, burung yang lain semua murah sebab banyak yang baru diterbitkan dalam 10-15 tahun kebelakangan ini.



Sayang, semua setem ni saya masih belum ada, sebab belum nak masuk kumpul tema burung. Cantik, tapi selain yang 1965 tu, yang lain murah belaka dan lambat nak naik harga. Saya ni collector-speculator.
Setem dibeli dengan berkumpulan, bukan satu persatu (you buy the whole set, not one by one). Jika ada kumpulan lapan setem, tapi kamu hanya ada tujuh, nak jual payah dan hampir tak ada harga. Collector mahu set yang penuh = complete sets.
Pada anggaran saya, anda boleh beli kumpulan setem yang saya pamer kat sini dengan lebih kurang dengan harga RM5 hingga RM30.





Untuk setem dari Maysia, jika nak harap naik harga, belilah FDC = First Day Cover = Sampul Surat Hari Pertama.
Orang Maysia yang main setem, suka kumpul FDC.
Dalam sampul FDC ni biasanya ada kertas maklumat - information tentang kenapa setem ini dikeluarkan. Dan penjelasan tentang burung atau tema kapal atau tema apapun di sampul surat.
(Collector Maysia jika baca dan saya silap, harap betoikan).
Setem lapan setem burung 1965 tu S$100. Tapi FDC setem ini harganya ialah S$300! Sebab payah nak jumpa.
Setem lebih banyak diterbitkan berbanding FDC atau Mini Sheets (apa tu? baca bawah).

Ini berbanding jauh dengan collector China. Jika kamu main setem China, mereka tak suka setem FDC. Mereka gemar Miniature Sheets = seperti GAMBAR atas Burung Migrasi dan Burung Unik.
Dipanggil juga Mini Sheets, it is a stamp on a piece of a bigger shiny paper with gum at the back.

GAMBAR bawah = FDC = setem yang dilekat atas sampul dan ada cop khas.



EH, wet-a-menet (wait a minute, cakap orang Keramat).
Burung apa tu 'bang! Kenapa setemnya sama tapi ada yang keluaran Maysia, ada yang bernama Singapore? GAMBAR bawah.


Rilek brader.
Kadang-kadang dua negara terbitkan setem bersama. Joint Issue Stamps.
Ini antaranya.





Cukuplah saya tulis.
Tengok video burung lagi syiok.... opocot! Maksud saya tengok setem-setem burung lagi syiok. Enjoy!



NEGARA kita indah dan cantik. Lihat saja setem-setem ni dah terpegun dan seronok.
Janganlah bergaduh hanya kerana burung, sampai kiamatkan negara.

Wednesday, 23 March 2011

Aksi hari ini di mahkamah - DNA

AKSI DI HOTEL IMPIANA 

Siapa tulis headline bodoh - 'Aksi hari ini di mahkamah - DNA'. Hee.
WRONG, bozo!
Aksi panas dilakonkan oleh orang-orang yang saya ingat dah lama retire.
Rahim & Co - tapi ini bukan syarikat hartanah yang terkemuka tu!
Haish, letihlah brader.
Gasak merekalah.
GAMBAR Mr T pun kena tukar!


-----------------------------------------
POSTING AWAL 

Mahkamah dah tolak permohonan bahawa Anwar perlu bagi DNA.
Anwar score 1-0.

Tapi lepas tu Mahkamah kata bawa masuk berus gigi, tuala dan botol air tu - readmits evidence.
The score is back to 1-1, and Anwar is on the defensive.

Yang saya khuatir ialah suara-suara yang akan pekik 'Mahkamah tak adil', 'Hakim dah dibeli', 'Hakim bawah telunjuk Rosmajib'.
Aiks, bila menang terus kata Mahkamah adil, tapi bila kalah tolak pula.
Tak boleh gitu saudara. Merosakkan nama negara sendiri.

Jika betul pun ada hakim boleh dibeli, tak boleh tembak kesuluruhan kehakiman Maysia dan nama baik negara kerana kita tak dapat apa yang dikehendaki. Melainkan jika ada bukti atau syak wasangka kuat bahawa Hakim X ni kena kontrol orang politik, kena beli dsbnya.
Parah jika esok orang kena gantung sebab dadah, atau dihukum bayar denda kata tak mahu bayar, sebab mereka diajar orang politik bahawa Mahkamah dah dibeli, dan kita hanya terima keputusan yang kita suka.

Samalah macam pilihanraya - takkan setiap kali kalah nak pekik - BN pakai undi hantu dan beli undi. Jika betul pun, kenapa bila menang kamu terima keputusan terus grab 82 kerusi dan lima negeri?
Kenapa masuk pilihanraya langsung. Ada suara pembangkang yang kata boikot pilihanraya. Saya suka kamu buat gitu jika pasti semua kawasan ada undi hantu dan rakyat bodoh kerana mudah dibeli undi mereka.

SAMA macam Singapork. Pembangkang manyak marah dengan sistem kehakiman dalam kes-kes politik, dan manyak marah dengan sistem pilihanraya yang kata mereka berat sebelah.
Tapi mereka terus work within the system.
Nak hentam sesuatu tu kena lihat dengan elok dan pastikan nama baik negara terus terjaga.
Be specific bukan hentam keromoh brader.
Sayanglah negara anda macam saya orang luar ni sayang negara anda.
Hidup Maysia!
Hidup Datuk Keramat!
Hidup Wangsa Maju!
(saya doa kawasan saya saja ler).

Tuesday, 22 March 2011

Eeks. Datuk T keluarkan statement you!

Tak tahulah betoi ke tidak.
Ini dapat dari rakan pemberita.
Bahasa Inggeris dia ok lah.
Tapi "cohorts" to sebetulnya "cahoots".
Belajar kat UM, ya tok? Atau NUS.
Donch play play.


STATEMENT BY DATUK T

Now that Dato' Seri Anwar Ibrahim has lodged a police report denying that he is the man in a sex video screened to media personnel on Monday, I presume that he and his wife are not interested to receive a copy of the recording from me next Monday.
Therefore I am calling on the media fraternity and NGOs to immediately form an independent public commission to investigate the authenticity of the tape. The commission can engage forensic experts from whichever country to verify the authenticity of the recording.
I will hand over the original recording to the public commission.
I will also hand over the Omega watch that was found in the room where Anwar was caught on video with a foreign prostitute. The commission can send the watch to forensic experts to find if DNA found on the watch
matched Anwar's.
Let the public and the world be the judge.
I am not going to hand over this recording to the police as Dato' Seri Anwar would only divert attention claiming that the police are in cohorts with the government if the outcome of the investigation did not favour him.
Therefore I have decided not to hand over the recording to the authorities. I will hand it to the proposed public commission comprising the media and NGOs.

Datuk T
22 March 2011

Monday, 21 March 2011

Siapa pulak mamat pakai jam Omega tu!?

ANWAR: I GOT NICER ABS!

Kesian Abang Nuwar. Mamat ni kata abs depa macam Sylvester Stallone punya lah (GAMBAR bawah)! Apa ni lu orang!



“I was told the face in the video looked like me. However, the stomach of the man was much bigger than mine,” he said while showing reporters his abdomen (GAMBAR).
Ish ish ish.
Saya tak tahu. Belum nonton.
Tapi muka clear langsung, kata penonton. Jadi Kak Wan boleh confirm itu muka sang suami, dan sama ada itu baju dan seluar Anwar, atau fitnah laknatullah.
Dan juga sama ada Abang Nuwar ada hilang jam tak baru-baru ini.


----------------------------------------------------
EARLIER POSTING

Sedang heboh satu Maysia tentang mamat pakai jam Omega kena expose.
Katanya MP terkenal. Tak tahulah.
Kita lihatlah apa berlaku.
Memang seronok cerita macam ni daripada kena kerja kuat baikkan umat.

Nik Nazmi busy hantar tweets.

Menyesal saya tak beli jam tangan Omega dulu. Tentunya akan jadi popular di negara utara tu.

Sunday, 20 March 2011

Afghan, Iraq, Libya.... Bahrain? Israel?

Itulah. Bila saya kata Umat M bahalol wal mengong semua marah.
Tak ada lagi orang sebodoh kita semua.

Saya pun benci Muammar dari dulu ni. Sama macam saya benci ramai sangat yang mengaku pemimpin umat ni. Termasuk yang di Pedrapork.


Serangan di Libya ni adalah double standard.
Bila Bahrain membunuh beratus rakyat mereka sewenang-wenangnya, juga Yemen, tak ada pulak Arab bongok panggil UN suruh masuk campur.
Malah disokong pula. Dan si yahudi wan nasara pun sokong mereka, itulah yang mereka suka.

Cuba lepas ni kita masuk UN dan minta mereka bantu kita di Palestin sebab rakyat dah lama dibunuh dan disiksa beramai-ramai. Ada tak yang nak tolong?

TAPI padan juga Muammar dan kegilaannya. Bom saja istana mamat ni. End the war fast.

Enough said.

------------------------------------------------
PSSST.
Yang baiknya, kerana ini negara ketiga yang mengaku *Musalman dan **Sulumani yang diserang dalam beberapa tahun ini, kelengkapan dan tentera mereka banyak kerja. They are stretched.
Mereka kata, oh tidak, di Libya kita pakai missile dan jet plane saja. Tak hantar tentera darat.
Tapi tak apa, akan berbulan mereka sangkut di sana.
Makin lama mereka kat situ, tentunya makin kita sedar mengapa kita sendiri kena buat hardware dan software sendiri nak lawan musuh.
Bukan membeli dan mengharap bantuan orang.
Nak repair paip kat surau dan masjid pun kena panggil kaum lain. Lepas tu declare kita sekarang dah jadi negara islam. Erke.


* Musalman ni apa yang orang barat panggil umat m pada 1900s di utara Afrika dan India-Pak.
**Sulumani pula ialah nama umat arab yang banyak menjalankan slave trade di selatan Afrika-Rhodesia.
Saya cuma nak action tunjuk pandai, salah ke? ;-)


------------------------------------------------
MERCY RELIEF Singapore tiba di Jepang

Rakyat Temasek sibuk menderma untuk quake-nami-nuke Jepang ni seminggu ini, termasuk collection kilat di semua masjid Jumaat lalu.
Begitulah kita build-up brand name dan soft power umat, beb.
Janganlah kita hanya ucapkan takziah jika mereka Muslim, dan hulurkan bantuan jika mereka "orang kita".
Jika orang Melayu kena accident, kita sibuk nak bantu.
Nampak orang Injun atau Cainis masuk longkang, buat tak tahu.


Saya pernah cerita di sini. Mercy Relief Singapore ni dulunya di bawah persatuan Islam di Singapura, tapi kini dibuka kepada umum agar bukan-M pun boleh derma dan bekerja di situ, dan hulurkan bantuan.
CEOnya ialah rakan saya Hassan Ahmad (GAMBAR atas, jacket coklat), yang bersama saya ke Egypt dan Israel.

Nak keluar dari airport Tel Aviv dulu, saya kena tahan 40minit, mereka rampas laptop office saya, sebab (saya rasa) paspot saya banyak keluar masuk Malaysia dan Indonesia. Si negara setan tu ingat saya JI.
Mereka ada special equipment - kecil macam berus gigi - yang boleh detect jika ada serpihan kecil habuk bom = bomb particles. Dimasukkan dalam beg saya, dan laptop bag saya. Jadi jika anda tak bawa bom pun, tapi pernah bekerja di meja di mana ada bom sedang dipasang, akan dikesan.

Si Hassan pula ditahan selepas itu selama satu jam. Kerana, katanya lepas itu, ini kerana paspotnya dicop banyak sangat negara. Beliau telah membuat kerja menyelamat dan relief supplies ni, antaranya, ke Pakistan, China, Myanmar, Yemen, Indonesia (sangat kerap), jadi tentunya suspect JI juga.
Aish Hassan, kita hensome2 gini, sampai hati yahudi sangka kita sokong JI!?

Betullah cerita yang saya kerap dengar. Kamu MASUK Israel, depa tak banyak check. Sebab tahu semua takut nak seludup masuk.
Tapi bila kamu KELUAR, ah siap. Ada rakan saya dibogelkan 100 peratus. Bukan nak check apa, mereka cuma nak harrass orang, lebih lagi wartawan - termasuk wartawan wanita.



Barang Mercy Relief dah sampai pun ke Jepang. Alhamdullilah.
Yang derma kepada kumpulan bantuan Muslim ni bukan saja umat m Singapork, tapi yang bukan m juga.

GAMBAR bawah - Jaffar, manager Mercy, bekerja di sub-zero temperature. Sejuk, bro? Ini jihad brader, kamu naikkan nama agama bukan pekik2 demo, kasi jam satu bandar.
Tentunya ramai Jepang dah tahu nama 'Hassang' dan 'Jaffaru' ni di Sendai. Mereka sebut agama kamu 'Isuram'.
'Umato Isuram latang kasi-o maggi mee-o dan selimutu. Arigato gozaimasu toyota honda sushi panasonic'. Eh wah eh wah, pandai saya cakap Jepang sejak nonton Pokemon.


Saturday, 19 March 2011

Jangan buang loji nuke - The Economist

Ada satu majalah di dunia yang menjadi bahan bacaan wajib untuk pemimpin politik dan business dunia.
Isinya bukan news atau berita, tapi Op-Ed. Opinions and Editorials. Pandangan umum dan pandangan pakar.
Jika kita membelek majalah The Economist ni, alamak, boringnyer, sebab tak banyak gambar. Malah jika anda nampak gambar dan lukisan depa sikit saja hari ini, 10 tahun lalu lagi sedikit.

Sebab niat depa bukanlah untuk ceritakan berita, tapi beri pandangan yang dianggap bernas. Saya kata 'dianggap' bernas sebab saya pasti bila depa cerita tentang Malaysia, ramai yang tak setuju.
Tapi begitu kuat pengaruhnya sehingga apa yang ditulis majalah The Economist ni orang politik dan business percaya. Itulah brand name dan image mereka.
Mereka dilihat tidak take sides dan beri pandangan jujur.
Di Am'rika kena baca Foreign Affairs, The Atlantic dan untuk berita business yang dianggap paling sahih, Wall Street Journal (milik taiko media Rupert Murdoch) dan BusinessWeek (kini milik Bloomberg).
Suka tak suka kita kena tahu apa yang depa semua ni tulis, bukan saja baca Utusan atau The Straits Times Singapork.



BILA baca latest edition, The Economist, saya berkata 'whew, nasib baik'.

Mereka berkata walaupun semua lagi khuatir tentang bahaya nuke kerana melihat Jepang terkapai-kapai nak atasi masalah di reactor Fukushima, dunia tidak mampu membayar bil letrik jika loji nuklear tidak digunakan di masa depan.

Sama macam pandangan Op-Ed pak chiq tua remgold. Jangan-jangan mereka pun baca blog ini tak? ;-)
Baca bahan Economist tu di sini.

Antara apa yang dikatakannya:
Yet democracies would be wrong to turn their back on nuclear power. It still has the advantages of offering reliable power, a degree of energy security, and no carbon dioxide emissions beyond those incurred in building and supplying the plants.


SEBELUM kamu tanya 'Agenda Saya', saya jawab dulu. Sebab kat Malaysia ni bila orang kata sesuatu - 'Anwar cepat beri DNA!' 'Ng Yen Yen curi duit kementerian!' - dan kita tak dapat jawab, maka akan cepat keluar perkataan: 'Kamu ada agenda, berapa kamu dibayar oleh xxxxxxxx'.
Agenda saya ialah khuatir kita semua tidak mahu lagi 100 peratus loji nuclear ni, nanti 50 tahun kemudian bila bil letrik naik dan terus naik, kita nak demo depan headquarters TNB dekat Bangsar.
Atau blok semua jalan di KLCC dan menuju ke Istana nak komplen kenapa kerajaan cucu Anwar bin Kit Siang (OK ler, kerajaan cucu Rosmajib) menindas rakyat dan tak turunkan harga letrik.


Pada masa yang sama, kita juga akur bahawa banyak safeguards perlu disediakan nak pastikan loji yang dibina kelak (jika nak bina) beri kita semua keyakinan bahawa ia selamat.
Kita tak mahu apabila kita tidur malam tu, tengok cermin cantik muka aku baru botox, esok bangun dah tukar warna biru macam Smurfs, sebab loji belakang rumah tu retak diherdik kumpulan kristian CFM.

Kamu di Malaysia untung sebab ada juga tanah nak buat loji nuke ni (jika mahulah). Seperti di tengah hutan di Pahang, Kedah atau Kelantan. Masih ada tempat di mana penduduk yang hanya beberapa ratus orang boleh dipindahkan.
Di Singapork Darul Sempit (ia sebesar Perlis) kalau nak buat saya sarankan sebelah kasino dua biji tu.
Mengikut saranan beberapa manusia biasa (bukan pemerintah) - buat saja di Pedra Branca (dulu namanya Pulau Batu Putih).
Atau buat saja di BAWAH (underground) Pedra Branca dengan menggunakan teknologi tercanggih.
Lepas tu pasang kabel letrik ke Temasek.

---------------------------------------

SAYA pernah beri pandangan tentang satu lagi cara, jika kita mahu bina loji nuke (komen di bawah posting ini):

Johor Mali
MrRem
Bagaimana dengan Bakun Dam? Projek yang banyak terima tentangan patut di market sebagai alternatif yang ribuan lebih selamat dari tenaga nuclear. I wonder whether the earlier intention of transmitting the power to semenanjung is still on the table or not? It is a damn good idea to rope in Spork, perhaps their brilliant engineers or scientist can give inputs on the feasibility just as they did for Newater!
16 March 2011 00:07


johormali,
tuanku - yg jadi konsultan engineering ialah kamu, bukan hamba :-)
kalau tanya pendapat saya sebagai orang biasa:
1) power dari bakun tu digunakan saja di sarawak, sabah dan kalimantan.
di indonesia, ada empat pulau besar yg ekonomi berkembang kuat: jawa, sumatra, kalimantan dan sulawesi. jual saja power bakun ke kalimantan (ibukotanya bernama bandjarmasin). mereka boleh pasang undersea cable yg lebih pendek ke sulawesi (ibukotanya makassar) berbanding dgn cable ke semenanjung maysia. boleh juga jual power tu kpd brunei, walau mereka dah hantar balik azrinaz mazhar hakim).

lepas tu buat projek power nuklear serantau (agreed by asean) di pulau bangka seperti yg saya pernah tulis dulu -

http://remgold.blogspot.com/2010/11/kita-kongsi-kuasa-nuklear-di-asean.html

nak pastikan ia selamat? pastikan ia biayai oleh indonesia, singapura dan malaysia (mungkin juga thailand jika mereka mahu). power dari pulau tu disalur ke sumatra terus ke jawa.
dan ikut underwater cable masuk singapork dan dari situ ke johor.
kerana spork dan maysia pun ada, maka kedua negara ini bersama jakarta pastikan no hanky-panky.
ada banyak duit (jual bond) nak pastikan nuke plant ini the best of the best. ada gempa skala10 pun tak meletup. dan safety precautions lain.

kenapa jepun pasang banyak nuke plant? juga amerika dan jerman? sebab mereka tahu jika beli minyak, gas, arang utk loji power, mahal sangat harganya.
rakyat bising takut mati kena nuke cloud, tapi jika kena bayar bil elektrik mahal, mulut lagi bising. diapi2kan oleh pembangkang di negara mana pun.

tapi kerana jepun dah jadi gitu, kita semua dapat pelajari di mana kelemahannya.

saya terbaca tadi kenapa loji nuke jepun meletup. semasa gempa jumaat lalu, power terpotong, lalu emergency generator start dan hidupkan saluran air yg sejukkan nuke reactor tu.
tapi yg tak dijangka - tak masuk dlm design! - ialah akan ada AIR LAUT DARI TSUNAMI (loji tu tepi laut) yg rosakkan saluran air.
saya tak pasti emergency generator masuk air laut lalu enjin mati, atau pam air tersumbat sebab banyak sampah kayu yg dibawa air tsunami!
so we can now all learn from this and design a safer system.

di negara maysia dan spork, tanyalah pakar, angin tak kuat, nak buat solar tanah kecik, sama juga tak boleh buat projek kipas besar2an.

satu cara lagi: kita pakat dgn indonesia pasang solar cells besar2an di pulau bangka dan belitung. yg problemnya, saya tak rasa akan cukup tanah jika nak kuasakan jawa, sumatra, maysia dan spork dgn pasang cermin solar ni.
16 March 2011 00:52

---------------------------------------
SAYA nak tambah:
Masalah pakai loji di Indon untuk negara lain begini: Setiap kali gaduh pastinya akan ada orang politik kata: Kita potong saja kabel letrik yang masuk Malaysia (atau Singapura) itu!

Sama juga dengan bekalan air dari Johor. Bila gaduh sikit, nanti ada ahlul politikus Maysia kata: Kita tutup saja valve air di Causeway tu.
Sehingga kini Singapork dah gunakan NEWater (air jamban) dan desalinated water (air laut) dan buka Marina Barrage (takungan air di selatan menghadap laut), sehingga kini dah tak jadi isu hubungan dua hala.
Itulah sebabnya, jika dikaji, mungkin tak ada pilihan tapi untuk Malaysia dan Singapork buat loji nuke masing-masing.

Baca tulisan lama saya tentang air jamban jadi air paip.
Kamu mulanya tertawa, tapi lepas tu termenung. Sebab teknologi membrane NEWater ni kini banyak digunakan, termasuk apabila Sumatra kena gempa-tsunami 2001 dan gempa 2009 apabila bekalan air putus.
Syarikat Singapura yang terlibat dengan water teknology ni, Hyflux, kini sedang bina loji air di Tunisia dan Algeria, dan sedang bidding dalam projek Morocco dan Libya (tak tahu masih ada atau tidak sejak Ghadafi ni goyang). Pak Arab pun dah tak tertawa lagi. Baca sini.
Teknologi antara yang akan menaikkan Brand Name dan Image negara dan kaum.


JADI di sini masih ada peluang untuk engineer umat M ni jika nak selidik dan terbitkan solution kepada masalah elektrik di masa depan.
Boleh buat loji kecil dan selamat gunakan teknologi nuklear, bukan nuKiller.

Thursday, 17 March 2011

Quake-nami - Jepun mengajar Umat M

Apabila demo di Egypt berlaku untuk jatuhkan Mubarak dulu, tentunya ramai daripada kita berasa lega.
Walaupun setiap malam gambar di TV seluruh dunia tunjuk umat M dalam apa yang mereka sukaaaaaaaaa sangat buat -- pekik ramai-ramai di tepi jalan, genggam tangan dan ada yang bertakbir.
Umat emo dan cepat baran.
The typical Western audience knows only this image of Muslims.

Lagi satu imej yang kerap ditunjuk ialah sedang menonggeng waktu solat ramai-ramai.
'They ask for peace one minute, and then they shout blue murder the next! Giler punya agama, gila punya umat'.

Umat M bukan group yang kerap ditunjuk depan kamera sedang duduk dalam kelas meningkatkan ilmu - seperti rakaman TV rakyat China, Australia atau Singapork.
Bukan juga sedang berbaris nak masuk pub atau sedang berdansa, taking life easy seperti gambar TV dari negara Barat.
Atau sedang buat presentation produk terbaru mereka macam mamat eksekutif Am'rika.
Tidak juga imej kurus kedengkik nak mati dengan perut kembong seperti imej dari negara Afrika.

SAH! Fairly or unfairly, imej umat M ialah manusia yang suka ke tengah jalan pekik-pekik dengan fists raised, terik Allahuakbar - yang begitu menakutkan orang lain kerana ia dilihat sebagai kumpulan yang tak siuman.
An unthinking group. A mob.
Pada kita takbir itu tunjuk naikkan semangat dan cekalkan hati, pada orang luar ia menunjukkan umat M fanatik agama dan gila nak bom semua omputeh sampai hancus.

MUJUR kerana pertukaran politik di Egypt tu tak ramai yang bertakbir depan kamera, ramai umat Mesir tu diwawancara di CNN, BBC, Fox pandai cakap omputeh slang Am'rika.
Dan kerana keseluruhannya terjadi dengan aman ('Silmiya! Silmiya!' Peaceful! Peaceful!, mereka laung), bukan saja Soft Image dan Brand Name negara Egypt menjadi baik, tapi imej umat M yang suka emo pun telah diubati sedikit.
Dan apabila TV seluruh dunia tunjuk umat Egypt solat Jumaat bertonggang-tonggek di Medan at-Tahrir tu, mujur mereka semuanya aman.
Imej ni begitu penting.


Whew, so there ARE some Muslims who are not crazies and bombers.
There ARE Muslims who can bring about change peacefully, by wanting democracy and talking sense.
Ini tentu bermain dalam benak omputeh di seluruh dunia dan juga negara lain yang nonton tanpa henti peristiwa Mubarak jatuh tu bulan lalu.

Sebab dari kacamata luar, imej kumpulan, negara, agama, atau bangsa apa yang ditonton di kacamata TV.
Dan apa yang mereka baca kat media massa.
Orang biasa tak payah diberi olahan apa-apa: Jika gambar tunjuk setiap hari ada kumpulan genggam tangan kerana marah, pekik-pekik tepi jalan - maka itulah imej yang menakutkan mereka.
TERIMA kasih Mesir kerana menunjukkan umat M boleh membawa pertukaran politik dengan aman.


KINI KE JEPUN 

Kini walaupun Libya dan Bahrain kecoh, orang dah tak kisah sangat. Nasib baik beb. Sebab saya khuatir imej yang dah pulih ni akan rosak semula.
Sebab menunjukkan imej kedua kerajaan negara itu - ini belum masuk Saudi, Yemen, Iran, Morrocco - dalam warna hitam.
Iaitu 'Dahlah rakyat M ni emo dan giler! Kerajaan pun bila bernama kerajaan Muslim berkuku besi dan bunuh rakyat sewenangnya'.
Itulah imej umat M.


SATU dunia kini sedang menonton apa yang berlaku di Jepun.
Imej Jepun sebelum ini - anda pun tentu setuju - ialah group yang berdisiplin, satu hati, kerja kuat, dan pandai merekabentuk produk yang digunakan dunia.
Dan walaupun dulu imejnya, hanya 60 tahun lalu, ialah kumpulan bengis yang conquer negara2 kita dengan pekikan 'Banzai!' dan 'bagero!', kini imej mereka ialah negara yang mengajar dunia untuk tunduk hormat bila membuat greeting, makanan mentah yang enak (sushi dan sashimi), dan jenama menggoncang dunia dari Toyota dan Honda, Sony dan Sharp, Panasonic dan Canon.


KERANA semua mata dunia menghala ke Jepun selepas quake-nami, maka kita akan terus melihat sama ada imej-imej lama itu akan terus kekal.

Sejauh ini, pada hemat saya, yang positifnya:
1) Begitu banyak saya baca, mereka digelar sebagai 'stoic people' - kaum yang menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran. Umat yang tabah.
Baca laporan mengenai sifat rakyat ni yang malu ler aku baca, sebab umat ni sampah sarap suka demo-emo - sini, sini, sini dan sini antaranya.

Sejak quakenami seminggu lalu, saya di pejabat nonton NHK World dalam bahasa Inggeris, nampak sungguh stoicism mereka.
NHK ni ialah TV pemerintah, macam Bernama TV, TV3, atau Mediacorp dan Channel News Asia.
Tapi tak ada tunjuk cerita yang nak menipu rakyat - orang politik di depan kamera dan kata Everything Is AOK. Atau Don't Worry Everything Will Be OK.
Dan tak ada mereka (mungkin sejauh ni belum lagi) yang di depan kamera tu memaki hamun kerajaan.
Saya nak nangis orang tua macam ibu, yang hanya tinggal sehelai sepinggang di sebuah hospital, saya berkata: 'Saya kesejukan dan ada diabetes tapi tak ada ubat. Saya harap pemerintah dapat tolong tak lama lagi.'
Begitu juga dengan interview yang lain.
Juga jika anda nonton CNN dan BBC. Mereka komplen dengan cara hormat.
Mereka lebih Islam dari umat yang bernama M dari segi ini.

Saya ingat lagi apa kata-kata yang dikatakan oleh orang politik dan manusia yang tercepit apabila Bukit Antarabangsa ada tanah runtuh beberapa tahun lalu. Anda juga tentu terbaca. Yang pasukan penyelamat jadi pasukan perompak, katanya lah. Orang politik semua datang nak tunjuk muka, rakyat cepat baran.

Itulah Brand Name negara ini yang baru - A Stoic People.

2) Mamat Jepun terus beratur di LUAR 7-Eleven nak membeli barang!!! Walhal tahu jika lambat, makanan dan air akan habis.
Malu aku.
Kita tahu perkara yang sama tidak akan berlaku di negara mana pun di dunia ini beb.
Orang Malaysia dan Singapork suka potong queue. Ini belum emergency lagi!
Enough said.

3) Ada 50 orang pekerja yang masih terus berada di Fukushima reactor No.1, terus bekerja walau tahu tentu akan mati kena radiation. Itulah namanya jihad, jika kamu tanya saya.
Tak payah pekik-pekik emo. Tanpa mereka hancus satu negara, biar aku mati asal dapat berbakti kepada negara.
Seorang isteri kepada mamat pekerja paling tua di situ memberitahu suaminya: 'Abang terus buat kerja 'bang, agar rakyat rasa lega'.
Mamat ni berusia 59 tahun, lagi enam bulan dah retire.


Ada seorang pekerja di hospital dekat nuke plant tu yang diarah lari, tidak mahu. Terus nak stay kerana ramai orang tua di situ yang tak dapat lari.
Makanan tak cukup, air dah nak habis.


Yang negatif:
1) Kita nampak sendiri bahawa Tokyo Electric Power Company atau Tepco ni dah boleh kawal apa yang berlaku di nuke plant mereka.
Tapi begitu susah nak suruh mereka cepat-cepat minta pertolongan orang lain - termasuk pakar antarabangsa!
Mereka begitu bangga dengan sigat berdikari (ini yang positifnya) sebab dulu apabila dah kalah World War 2, mereka sama-sama bangun sendiri.
Tapi sifat ini membahayakan dunia!
Jika rare earth plant di Gebeng Kuantan tu meletup, saya pasti kita semua akan calibut, jauh, maki kerajaan kuat-kuat, dan cepat-cepat panggil konsultan omputeh supaya pulihkan keadaan!

SIFAT ini sifat yang harus dikikis, tapi pemerintah negara lain tak mahu paksa Jepun, kerana faham sentimen mereka sendiri. A proud nation that has survived the defeat of World War 2.

2) Kita semua hormat teknologi Jepun. Tapi selepas nonton tiap hari loji nuklear nak meletup dan mereka nampaknya tak tahu apa nak buat, maka imej mereka akan jatuh.
Bahalol jugak si nakasone ni! Aku ingat semua dia boleh control.
Jadi sebab tu mereka ni sebenarnya biar cepat pulihkan benda ni.

3) Ada juga bisikan - saya terbaca di beberapa laporan - bahawa Tepco ni syarikat problem. Pernah buat laporan palsu tentang keselamatan dan bahaya di loji nuke mereka.
Tadi baru baca kononnya ada buat lobi agar loji-loji di Fukushima ini, yang dah 50 tahun, dilanjutkan terus. Walhal ikut undang-undang semua loji kena tutup selepas 50 tahun. Katanya, mereka diberi lepasan selepas melobi dan gan gunakan argument bahawa selagi belum ada loji nuke baru dibuat di Jepun (sebab rakyat bantah), maka teruskan saja gunakan loji yang kini nak meletup tu.

Aish! Jepun pun pandai buat laporan palsu dan lobi-melobi macam kat negara, ahem, lain?
Soft Image mereka beb, jika tak dijaga boleh rosak.

Bah. 3/3 - Setem ukiran Slania

Mamat ni kelahiran Poland.

Kerja di Pejabat Pos dan belajar mengukir di atas besi - small metal plates.
Tapi kerana tak ada pekerjaan semasa Perang Dunia Kedua, depa lari ke Sweden. Selepas kerja kecil2an, dapat kerja dengan Pejabat Pos Sweden. Dan dari situ, nama pengukir setem, atau stamp engraver, Czeslaw Slania menjadi begitu terkenal.
Sehingga beliau menjadi Royal Stamp Engraver Sweden (dilantik oleh Raja Gustav, agong Sweden).

TAK pernah dengar pekerjaan Stamp Engraver?
Saya pun tak pernah dulu, sebelum masuk hobi kumpul setem ni! Jika anda tanya saya apa itu 'stamp engraver' dan siapa Czeslaw Slania hanya tiga bulan dulu, saya pun tak tahu.
(Beliau meninggal tahun 2005).
Kini saya tahu bawa beliau ialah pengukir setem yang paling terkemuka di dunia.
Lebih 1,000 setem diukir oleh beliau, untuk 32 negara dan pulau-pulau.
Saya kini ada kira-kira 200 setem yang di bawahnya ada tertulis namanya "Cz Slania".
Tak semua setem diukir (engraved). Ada yang pakai gambar kamera lalu dijadikan setem. Atau dari lukisan besar, kemudian dikecilkan jadi saiz setem. Jadi mamat ni kerjanya agak unik.


Begitu terkenal beliau sehingga kat setem negara Sweden, Poland, New Zealand, Faroe islands, Iceland, Singapork pun tertera namanya. GAMBAR atas: Setem President pertama Temasek, Yusuf Ishak, yang diukir oleh mamat ni. Lihat di bawah kanan: Engraver - Czeslaw Slania ('Designer' orang lain, kerjanya putuskan apa font nak pakai untuk perkataan 'Singapore' dan 'Yusuf bin Ishak', warna apa gambar Merlion head itu).
Maysia tak panggil beliau ukir setem, tapi ada empat setem terbitan Singapork yang diukir oleh mendiang.
GAMBAR bawah: Setem kupu-kupu ukiran beliau. Ini joint issue Singapore-Sweden. Beliau ukir, lepas tu kupu-kupu atau apa benda lain tu akan diwarnakan oleh designer. Cantik giler jika anda lihat setem yang betul. Jika kamu teropong pakai magnifying glass, ada nama beliau di bawah kanan setiap setem: "Cz Slania".



JUGA matawang Iran (portret Khomeini = Lihat GAMBAR), India (portret Mahatma Gandhi) dan beberapa negara lain. Juga ada dalam koleksi saya.


KERJA pelukis (canvas artist) begitu mudah berbanding kerja Czeslaw ni.
Kita semua tahu apa itu setem atau postage stamp. Kecik saja!

Kerja Slania ialah ambil plate besi (metal plate) sekecil itu, dan mengukir gunakan pahat kecil bernama 'burin' (pahat kecil) untuk merekabentuk portret orang atau pemandangan - terpulang kepada apa yang diarah oleh Pejabat Pos Sweden, atau negara lain yang membayarnya.
Dan jika ada sesiapa yang sanggup bayar, beliau akan buat ler apa yang orang mahu.


GAMBAR atas - Slania dan burin sedang mengukir di atas sebiji metal plate.


Dan ada juga setem yang beliau ukir sebagai syiok sendiri - Lihat GAMBAR. Portret 23 boxing champions - koleksi ini baru saya beli dari Canada. Begitu lifelike dan menjadi 'art'.
Walhal nak ukir secantik ni, semuanya di atas besi yang kecik nonet saja.
Saya nak enjoy dan nampak detail gambar boxing champions ni kena pakai magnifying glass yang digunakan oleh pengumpul setem!
Tak tahu bagaimana beliau boleh pandai ukir sebegitu cantik di atas besi yang kecil.
Sebab jika tersalah pahat, kena buat dari mula kembali, sebab kamu memahat atas besi! Bukan atas kertas yang boleh dipadam atau diblanco.

Itulah bakat besar yang dikurnia Tuhan ke atas pak chiq ni.

Dan juga portret muka manusia yang hidup tu, beliau kena ukir mirror-image orang itu! Payah beb.

Kenapa mirror-image? Sebab plate ukirannya itu akan digunakan untuk chop gambar terbalik yang kita lihat.
Lepas tu lagi satu problem depa ukir portret ni - gambar tu mestilah muka yang orang lain akan terima. Jika beliau ukir portret Cassius Clay - yang paling bawah - tapi orang kata 'Eh eh, ni bukan muka Muhammad Ali, yang boleh float like a butterfly, sting like a bee', maka maknanya Czeslaw ni tak pandai ler!
Baca tentang kerja engraver di sini dan mengapa ramai orang suka kumpul setem mamat ni.



Susah beb. Baik kamu jadi wartawan, tulis nonsense pun macam yang saya kerap buat kat blog ni, orang gembira membaca! Heehee.

Setem Slania ni menjadi begitu popular di sebahagian pengumpul setem, terutama yang ada tandatangannya. Kamu hanya Google namanya, macam-macam artikel dan koleksi orang buat!
Dan kerana beliau baru meninggal, harga setem-setemnya masih OK lagi. Lihat auction sites ebay, delcampe.net dan bidStart.
Saya dah chope dulu 200, termasuk beberapa terbitan yang ada signature mamat ni. Nanti naik harga boleh juai.
Kalau tak naik, saya syiok sendiri pakai magnifying glass ngendap rekaannya tiap malam.


DI atas dan bawah ni, saya ambik dari Internet gambar-gambar setem ukiran beliau yang dikatakan paling cantik dan payah nak buat. Ada setem yang besar juga, tapi kebanyakannya saiz setem kecil biasa.
ATAS kanan: Setem yang ke-1,000 keluaranya. Mahai. Hamba belum beli lagi. Beliau ukir tak ada warna dan tak ada tulisan. Yang tambah ialah Designer setem.
Sverige = Sweden.
KIRI: Princess Grace, Monaco. Selain keluarga di raja Sweden, banyak setem yang dicommission oleh keluarga di raja Monaco. Kamu enlarge gambar ni - baru kamu nampak dan appreciate apa yang diukirnya!
Shadow di pipi kiri, dan biji mata, detail rambut, dan juga kalungnya! Jika nak ukir gambar Princess Grace tapi yang siap portret Kak Mah, tak boleh beb! Meledak karang loji rare earth kat Kuantan tu!!!


ATAS: Antara yang paling menjadi kegemaran ramai. Portret kambing. Susah betoi nak buat ni - sebab nak kasi cantik rambut kambing ni. Dan lihat matanya! Very lifelike. Dah lihat gini, baru kita appreciate setem ni. Foroyar ialah Faroe islands di Norway. Dan dapat kita belajar Ilmu Alam.


ATAS: 'Rokoko stamp by Slania' - Kamu sebut ni, semua pengumpul setem tahu apa yang dimaksudkan. Eeks, terserlah bakatnya. Lihat teko silver tu - teko air 3-dimension. Dan pasu berbunga tu.
Walhal yang dikur di besi kecil (eh, berapa kali nak cakap da!)


Setem kumpulan Sweden, ABBA.

Dan di bawah ni, tak tahu saya macam mana pokok pun begitu cantik detailnya, juga air sungai! Seperti kita gunakan kamera.








Monday, 14 March 2011

Loji nuKILLER, lilin & rare earth

Siapa pun tak mahu kena nuKILLER (nuclear) radiation.
Kerana intensity dari radiation ni membakar dan membunuh cell badan kita. Itu sebab siapa kena akan kojol dalam jangka masa pendek.
Sama macam kita letak lauk kari semalam dari dalam icebox, masuk microwave. Ayam kari kena serang dengan radiation - walhal tak nampak 'api' dan tak rasa 'panas' dari luar oven tu.

Saya khuatir dengan si Jepun tu.
Tapi saya khuatir juga dengan argument yang banyak keluar di seluruh dunia bahawa akibat apa yg terjadi di Jepun, kita semua tak payah lah pakai tenaga nuklear.
Kalau boleh, saya pun tak mahu. Takut merosakkan alam sekitar.


Tapi mereka yang bangkang ni adalah orang yang sama yang tak mahu kerajaan membina loji tenaga gunakan minyak, gas atau arang batu. Dan harga minyak dan gas serta arang batu terus melonjak untuk anak-cucu kita nak tanggung.
Dan takut merosakkan alam sekitar. Saya setuju.

Tapi kerajaan nak buat banyak lagi empangan agar air sungai boleh menjana kuasa pun orang bangkang mati2an. Orang utan hilang rumah. Pokok kena tebang. Takut merosakkan alam sekitar. Saya setuju.

TAPI masalahnya, Malaysia dan Singapura tak boleh jana kuasa gunakan solar (tak cukup tanah), kuasa angin (tak banyak angin kuat, melainkan hot air yang bertiup kencang dari Parlimen), ombak laut (ombak tak kuat). Saya pernah bincang secara detail di sini dan sini.

Jadi kalau semua tak mahu, macam mana nak jana kuasa di masa depan? Pakai lilin?


SAYA rasa apa yang perlu dilakukan ialah memastikan projek nuklear di negara kita - jika nak buat ler - diperjelas dengan sebaiknya kepada rakyat. Terutama rakyat yang tinggal dekat projek tu.
Cost-benefit analysis. Kita belanja $xx bilion dapat kuasa selama xx tahun dengan harga $xx.
Bandingkan dengan harga minyak, gas, etc yang akan terus naik. Belanja 20tahun di masa depan, $xx bilion, kena bayar $xx.
Dan kena jelaskan jika Maysia atau Singapork kena gempa mengejut, pecah tak loji nuke ni?
Dan cara nak kurangkan kesan koji meletup.
Dan jika tak mahu juga sebab takut kena bakar macam udang dalam oven, apa jalan keluar?
Kalau rakyat kata guna loji minyak dan gas, OK ler, asal mereka jelas harga masa depan projek ini adalah begitu tinggi. Maksundnya, esok jangan komplen jika harga elektrik begitu mahal 20tahun dari sekarang.

TAPI TOLONGLAH jangan macam kilang rare earth di Gebeng, Pahang tu.
Tak dengar huk tak dengar hak, tiba-tiba dah nak siap?!?!