HEBOH DALAM DIAM
Politik pulau - heboh brader, general election dah makin dekat.
-----------------------------
POSTING ORI
Bersambung dari
Bah.1.
3) KEMARAHAN WARGA CINA MALAYSIA
Dalam buku mengenai Kuan Yew, Hard Truths, beliau ada menyatakan sesuatu yang membuat saya termenung dan pikiak lama.
Lebih kurang, katanya - apabila pemerintah dah buat sesuatu yang baik rakyat akan merasakan benda ni biasa. Mereka berterima kasih kejap, lepas tu dah lupa. Benda tu dah jadi sesuatu 'a given'. Sesuatu benda yang dah memang dirasakan mudah nak buat dan pastinya akan terus ada kat situ.
Macam kita semua lahir ada dua mata, dua kaki. A given.
Kalau tak ada dua mata, dua kaki, dirasakan pelik.
Tapi saya nak buka cerita dulu:
Semasa saya kecik dulu, tinggal di kampung di Pasir Panjang - dekat dengan tempat tarikan pelancong bernama
Haw Par Villa atau namanya juga Tiger Balm Gardens.
Kini semua kawasan tu dah jadi bahagian tepi kampus National University of Singapork.
Kampung kami di selatan Singapura tu kita hidup bercampur - rumah-rumah di tepi jalan raya banyak rumah Cina, di atas bukit semua rumah-rumah Melayu.
Ikut label hari ini, semua kami tinggal di banglo yang ada tanah besar.
Samalah macam rumah kampung di Kelantan atau Kedah.
Saya tumpang kat rumah nenek dan makcik saya, sebab emak saya kerja amah, bapa saya drebar. Bila malam, bapa datang dan bawa kami jalan dalam gelap tepi bukit kira-kira 30m ke bilik sewa yang kecil.
Miskin sakan: satu bilik tidur ramai-ramai, satu tiny living room, dapur pun kecik sangat. Toilet tu - kat tepi longkang kongsi satu kampung.
Nak mandi kena gi public bathroom di rumah pemilik kat sebelah. Mandi pakai gayung, cedok dari kolam air besar.
Rumah sewa tu macam rumah zaman P.Ramlee cerita Masam-Masam Manis. Kat atas tembok kayu tu melopong dan boleh dengar orang sebelah bergaduh atau nonton TV black and white.
Berbanding ini, rumah makcik saya (di mana nenek tinggal) orang sekarang kata sebuah banglo: ada lima bilik, dua living room, dua dapur - nenek dan makcik masak masing-masing.
Tanah besar sekeliling rumah. Ada pokok durian belanda, cermai, dan atok saya tanam pokok sireh. Buah cermai dan daun sireh dijual di kedai mama bila dah masak dan tumbuh besar. Kat belakang rumah pelihara ayam 10-20 ekoq.
Yang peliknya banglo ni jamban hanya satu dan bilik mandi pun satu. Yang tinggal kat situ 10 orang.
Kita hari ni kita jika tak ada paling kurang dua toilet tak cukup! Walhal yang tinggal satu rumah kadang hanya 4 orang. Orang zaman ni suka main taik agaknya, heehee. Sorry ah.
Tapi itulah yang dimaksudkan oleh Kuan Yew sebagai 'a given'.
It is a given that all houses must now have at least two loos.
GAMBAR ATAS: Sungai Singapura tahun 1960an. KL, tahun 1960an.
Saya nak ke sekolah dulu berjalan kaki. Jauh beb 1km. Iaitu jauh untuk orang sekarang! Untuk kami dulu, tak ada apa-apa.
It is a given we must now take LRT,MRT, bas ada aircon, atau emak hantar naik kereta ada aircon.
Maklumlah "cuaca panas". Walhal matahari tu tetap sama dari saya kecik hingga tua nak kojol ni.
Bila tak ada kerja dulu, ke rumah jiran atas bukit. Tanah mereka lagi besar-besar -- banyak pokok gajus, jambu air, nangka.
Buah gajus tak sedap rasanya, tapi biji gajus bila kita dah bakar sendiri, wah syiok.
Kini, it is a given that biji gajus kita beli kat kedai. Semua kedai runcit ada jual biji gajus siap dibakar dari Thailand!
SETAHUN sekali, jumpa loktang!
Ada pesta Hungry Ghost Cina, dan mereka bawa loktang ke kampung dan pasar malam.
Syiok wor nonton atas pentas wayang pekji.
Lepas tu makan cheng-teng - air manisan yg hingga hari ini saya gemar. Agaknya ada minyak babi tak, sedap sangat, heehee.
ITULAH zaman kecik saya. Masa tu saya di sekolah rendah.
Clementi School, di Pasir Panjang Road.
Sekarang dah jadi pusat pemulihan dadah.
Dalam satu tahun ada tiga terms sekolah - satu term kira-kira empat bulan.
Di akhir setiap term ada peperiksaan. Di sekolah saya, maklumlah sekolah kampung, satu standard ada dua darjah. Satu darjah 40 orang, campur semua bangsa.
Saya ni kecik-kecik dulu terror-meror habis dalam pelajaran.
Satu sekolah segan dengar nama saya.
Nak tahu result saya setiap term, dari Darjah 1 hingga Darjah 6? Maknanya = 3 terms x 6tahun.
Ini kedudukan saya dalam standard dua kelas 80 orang.
Darjah 1: 15,2,1.
Darjah 2: 1,1,1.
Darjah 3: 1,1,1.
Darjah 4: 1,1,1.
Darjah 5: 1,1,1.
Darjah 6: 1,1,1.
Mulanya 15th in standard. Lepas tu second term, number 2 dalam standard.
Lepas tu tak payah ler nak lumba dengan saya.
HANYA setahun sekali dapat minum air dalam botol F& N. Berebut minum air oren, atau Fanta Grape - bila tiba Hari Raya. Kalau tidak minum air masak atau air paip.
Dan agaknya setahun hanya tiga kali, arwah bapa saya bawa kami makan sate tepi jalan - seperti bila dapat result peperikasaan yang baik. Nasib baik pandai jugak aku, kalau tidak mana orang dulu ada makan luar? Kita semua makan kat rumah, sebab tak ada duit nak duduk makan tepi jalan.
Kini, it is a given bila-bila kamu nak minum coke atau F&N, ada mesin jual air dalam tin kat dalam pejabat!
Kat luar sana tu, it is a given banyak sangat orang jual sate. Kita makan pun rasanya nothing special, malah rendah sikit kita rasa martabatnya dengan sushi, Macdonald's atau caesar's salad dari Starbucks.
SHORT-CUT:
Itulah zaman dulu dengan zaman sekarang.
Anak kita kini yang di sekolah rendah lagi, ramai dah serba-serbi aircon.
Mandi mesti hot shower.
Kat rumah TV kalau tak 32inci belum maju, malah orang kini dah jadi a given hendak 42inci.
Rumah mesti ada dua jamban, paling kurang.
Dan di KL, middle class mesti ada dua kereta dan mungkin ada juga satu motor.
*Ayat Quran surah ArRahman (tak pandai tulis Arab) -
Then which of the Blessings of your Lord will you deny?
Jadi nikmat Allah yang mana yang kamu nak persoalkan?
(*Maaf ah, jadi ostaz 'jap. First time saya quote ayat dalam blog, sebab ini antara fav saya. Bila cerita nikmat dan kekayaan, selalu teringat ayat ni).
GAMBAR: City skylines, Singapore, KL, Miri.
BALIK CERITA ASAL
Untung kita anak zaman generasi ni.
Jika anda baca buku-buku futurologists, ramai juga yang kata selepas zaman ini, jika minyak-gas tak dijumpai penggantinya mungkin anak cucu kita akan jatuh miskin dan hidup payah.
TAPI itu juga masalah yang dihadapi pemerintah PAP di Singapura dan kerajaan Malaysia (baik di empat negeri Pakatan, mahupun kerajaan BN pusat).
Rakyat dah biasa mewah. Dah biasa aman.
Jadi jika kamu bawa 'cerita orang tua' - kami dulu hidup susah, tak ada LRT/MRT, rumah tak ada aircon, mandi ramai-ramai pakai air sejuk dari kolam, jika hujan banjir satu kampung, gi sekolah jalan jauh-jauh - budak-budak muda tak faham.
Orang dah tak appreciate.
Mereka sudah anggap bangunan tinggi dan cantik, rumah selesa ada empat toilet (macam rumah saya di KL), iPhone, TV 50inci benda biasa!
Kamu nak bawa cerita tahun 1969 Cina gaduh dengan Melayu - baik di Maysia mahupun di Singapura - benda lama tu orang tak faham dah.
Kamu nak bawa cerita dulu ada perjanjian mulut antara Melayu dengan Cina bila Maysia ditubuhkan? Apa tu brader? Cerita usang untuk mereka.
Sama macam ibubapa saya dulu gemar cerita betapa payahnya hidup zaman Jepun 1945, saya pun tak faham, sebab sedang syiok minum cheng-teng dan jelir lidah dengan lok-tang.
Where got time? Who cares about your old stories, old man?
DI SINILAH, pada pandangan saya, antara sebab utama orang nak lari dari BN dan PAP.
Cantik cerita-cerita lama tu. Tapi ini macam cerita Zorro, Indiana Jones dan Combat.
Macam cerita Hang Tuah, Dang Anum, Demang Lebar Daun dan Wali Songo.
Dan kerana orang tak appreciate sejarah silam ni - walau baru 50tahun, malah 30tahun pun! - maka yang mereka nampak ialah skandal kerajaan BN dan keangkuhan pemerintah PAP.
Orang tak appreciate BN/PAP buat infra dan tumbuhkan kekayaan Maysia/Spork dengan kamu sekali. Hingga hari ini kamu selesa, kehidupan perkauman yang aman, nama negara dihormati di mana mana.
Kerana itu, pemerintah/kerajaan selalu kita lihat sebagai victims of their own success.
Ada ke orang appreciate Taib Mahmud buat jalanraya cantik dari Lundu ke Miri? It's a given.
Atau naikkan industri sawit agar ramai kat pendalaman dapat pekerjaan? It's a given.
Naikkan industri gas dan minyak (walau banyak kena kebas kerajaan pusat, kata pembangkang)? It's a given.
Ini payah beb. Jika negara di Zimbabwe dan di Egyptkan - pemerintah curi wang rakyat cara berterangan, rakyat terus papa dan disiksa, pun payah.
Yang kita ni pun susah juga (termasuk di empat negeri Pakatan).
Ya, reform pun reform. Bersihkan diri dan jangan terlalu angkuh.
Tapi ada lain yang kami semua mahu.
Rakyat hanya ada satu soalan - So what can you do for me NEXT?
BERSAMBUNG....