Saya dan anak jantan terserempak dengan hero ramai Anwar Ibrahim kejap.
Beliau seorang diri sedang bergegas nak ke Penang, katanya.
Saya gemar sungguh naik flight dari Subang Skypark ni - dekat dengan rumah gunakan highway Duke dan tak banyak flight=tak ramai orang di airport kecil.
Firefly, Berjaya Air, Transmile Air - itu saja, jadi tak ramai orang.
MULAI esok, Selasa berubah sikit kerja saya di Meja Berita Luar Negara (Foreign Desk). Kerana saya dah bengang dan muak dengan gaduh tanpa senjakala di Maysia, saya minta tukar coverage.
Saya tidak akan lagi tolong jaga 12 wartawan di Meja Asia Tenggara dan Asia Selatan (Southeast Asia Asia and South Asia Desk, SEA-SA).
Dulu kena sibuk tahu berita Maysia, Indonesia dan tujuh negara Asean yang lain -tidak termasuk Singapura-pura.
Dan juga kena tahu setiap bom yang meletup di Pakistan dan Afghanistan, setiap scandal di India dan setiap pembunuhan di Sri Lanka serta mogok gudang tekstil di Bangladesh.
Di Foreign Desk juga ada Meja Berita Asia Timur (East Asia Desk, EA), tapi saya tak layak masuk kerana tak faham mandarin mahupun bahasa jepang.
Meja itu jaga berita Jepun, dua Korea (selatan dan utara), dan empat China (mainland China, Taiwan, Hong Kong dan Macau).
SAYA minta, dan dapat transfer ke Meja Dunia (World Desk) = the rest of the world yang bukan SEA-SA dan bukan EA Desks.
Saya akan mula sibuk hafal cerita negara barat seperti Amerika, Eropah dan Australia, dan negara Arab, Turki dan Iran.
Baguslah untuk saya. Dah empat tahun buat SEA-SA.
Di World Desk, akhbar The Straits Times ada correspondent di Washington, London, Cairo dan Australia. Dan jika perlu kerana berita meletup, ada stringer (penulis sambilan) di Paris, Ankara, Dubai.
Kerja saya hebohkan pula cerita Arab dan musulman serta saracens yang lain pula.
Dan saya juga akan bertugas lewat malam (4ptg hingga 2pagi) - kena jaga page hingga paper gi print.
DULU sibuk baca akhbar Maysia, Indon, Thai, India dan yang lain.
Kini kena baca akhbar NYT, Washington Post, LA Times, Daily Telegraph, Times (UK), IHT, etc.
Kena hafal juga cerita dan detail dalam Time dan Newsweek, dan paparan berita CNN, BBC serta Fox News dan Al Jazeera.
Saya harap dapat kekal ler jadi World Desker ni.
Nanti saya kongsi dengan sang datin dan abang hadi, can or not?
Ini berita World Desk hari ini yang mengejutkan saya: Jerman nak TUTUP semua loji nuklearnya!
Dah tutup nak pakai apa brader? Beli minyak dan gas? Wooi mahal nanti di masa depan.
Yang lebih baik, pada saya, tutup yang lama, tapi buat research agar yang baru lebih selamat.
APA pun, mari kita pindah fokus!
-------------------------------------------
TAMBAHAN - Slideshow pelbagai tablets! Yahoo.
Di sini. Good, bad and v ugly.
Yang ada tak pandai pilih nama pun!
Peringatan untuk yang nak beli:
Hanya Android 3.0 (Honeycomb) didesign untuk tablet.
Android 2.0 (Gingerbread) atau 2.2 (Froyo) dan seterusnya - below 3.0 - juga bukan untuk tablet tapi untuk mobile phones = small touchscreens.
RIM's Playbook TIDAK pakai Android pun, jadi kurang sangat apps! Dan masih belum boleh sync dengan phone Blackberry buatan RIM juga!
Cerita lama tentang tablets di sini dan sini.
Want to see a surprise? iPad kalah dengan tablet ini di satu segment pasaran.
-----------------------------------------
UPGRADE KOMEN
Maaf saya upgrade komen saya tentang buka akaun emas ni.
Agar jika lain kali orang tanya soalan sama, senang saya Google kat blog saya nak jumpa komen ini.
SOALAN:
Anonymous said...pak chic,klu bukak akaun simpanan emas kt maybank ok x?
sori OT
JAWAPAN:
- Emas, beli syiling versus buka akaun. ada beberapa sebab orang nak membeli, walau harga emas dah naik dan terus naik selama 10tahun ini - the longest rise of gold price, in the history of gold! http://goldprice.org/gold-price-history.html#36_year_gold_price saya lihat chart ni semua takutttt. tapi ada orang kata emas akan terus naik hingga usd3,000 satu ounce (oz). kalau nak percaya lah! sebab semua benda yg naik ke atas, akan jatuh juga. tak percaya cuba kamu ludah ke langit! argument kenapa saya MESTI nak beli emas. ini antara yg kerap orang biasa dan pakar bincang: 1) anda rasa harga akan terus naik. lalu nak untung. sama macam orang beli saham, collect banknotes lama, mahupun masuk politik (opocot!). 2) anda takut inflasi, maka beli emas (the BEST store of value, berbanding wang kertas. emas ni di london pun laku, dalam hutan amazon pun laku, atas gunung everest pun! berbanding misalnya singdollar atau ringgit). apa itu inflasi? garmen naikkan harga minyak, tarif letrik, esok lusa canai naik harga. teh tarik dan nasi lemak pun. harga kopi Dome dan sushi pun naik. juga harga proton dan merc. di dunia dari dulu, bila orang takut inflasi, orang beli emas. kerana harga makanan terus naik satu dunia, maka inflasi akan terus dekat dgn kita. 3) jika anda baca krisis hutang amerika (negara yg paling banyak hutang dlm sejarah manusia!!!), dan juga krisis hutang greece dan ireland, tak lama lagi masuk problem portugal, spain, italy, maka baik pegang emas! nak beli US dollar, amerika banyak hutang jadi currencynya takut makin lemah! nak pegang euro pula takut european debt crisi berterusan! 4) lebih ramai dari china dan india beli emas. antara negara terbesar di dunia yg suka beli dan pakai emas ialah china dan india. dan makin lama makin ramai middle class naik dari kedua negara ini. (mereka juga sibuk beli silver!) bersambung...
- Emas 2. jika baca ni semua, wooi, anda tentu terus nak berebut beli emas! malah beli perak (silver) pun. silver ni nak beli lebih murah. WAIT AH, DONCH RUSH RUSH TOM BLAME UNKERR. emas sekarang 1oz/31.1grams = usd1,500 lebih sikit. perak 1oz = usd38. http://www.thebulliondesk.com/ silver is the poor cousins of gold. bila emas naik, perak tentu naik. tapi fundamentals perak ni berbeza dari points 1 hingga 4 utk gold. permainan harganya juga jauh sungguh! jika ikut sejarah gold/silver, historical rationya ialah 16. maknanya jika perak usd1, maka emas usd16. tapi kini dah jauh berbeza: perak usd38, emas usd1500. rationya: 39! maka ada yg kata, jika ikut sejarah kedua precious metals ni, rationya mesti 16! iaitu kerana emas usd1,500, maka perak pastinya usd94 (1500 divided by 16)! orang yg argue gini mungkin lupa: apa kiranya jika nak ikut historic ratio 16 tu, kerana silver usd38, maka emas harus JATUH kpd harga usd608!!! (38 x 16). lebih lagi kerana dah 10tahun harga emas terus naik dan naik! ah kan, ah kan! balik soalan nak buka akaun emas maybank. jika tak salah, citibank kl pun ada yg sama. bezanya anda beli SYILING emas (atau jongkong emas/gold bar) dengan buka AKAUN emas ni beza, dik. a) buying BULLION GOLD (coins, bars) maknanya anda dapat physical asset. anda dapat peluk cium emas tu! simpan bawah bantal, malam2 boleh belek. boleh action lagi minum kat Coffee Bean atau Nasi Lemak Antarabangsa, eh eh syiling dan kongkong anda terjatuh bawah meja! bunyinya kling, kling, kling (NOT reference to Interlok pls). jika harga naik, anda boleh gi ke kedai-kedai yg jual beli emas utk jual. tapi harga belian dan jualannya jauh ya! jangan esok emas baru naik rm100 anda nak jual! lihat sini, beza harga jual dan beli dgn maybank gunakan Kijang Emas: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03 jika anda simpan 2tahun gitu, dan harganya terus naik, maka anda selamat. jika jatuh tak banyak, anda boleh simpan kasi anak cucu. emas ni - pure gold - anda Boleh Pegang. ia tak rosak kena pegang atau kena angin. tapi pure gold (999/9999/24k) jika jatuh akan kemek. pure silver coins pula Tidak Boleh di pegang atau kena angin. warnanya akan bertukar.jadi kelabu atau hitam. sebab tu silver coins dan bars kena simpan dlm coin holder. pendek kata: ADVANTAGE bullion gold - anda dapat sinar harian emas sebab beli physical asset. jika harga jatuh, boleh pass pada cucu cicit. jika dunia kiamat semua jadi zombie, gold tetap laku! DISADVANTAGE - nak jual dengan dapat keuntungan, kena harap harga naik DENGAN BANYAK! sebab kedai emas dan gold dealer jual beli dengan margin yg jauh bezanya. bersambung...
- Emas 3 dan yg akhir. b) buying gold using an ACCOUNT. ini sebenarnya hanya utk spekulasi. anda bukan beli emas betul! hanya buka akaun nak untung bila harga emas naik. tapi tak bawa pulang emas kecik mana pun. macam saya dulu pernah jual japanese azuka beans. atau orang yg jual Straits Times Index FUTURES, atau Nikkei FUTURES. very the penting: walaupun nama akaun anda Gold Account, anda Tidak Boleh tukar wang itu kepada physical asset (umumnya). Cerita yg famous: ada omputeh buka Silver Akaun beribu-ribu dollar masa silver usd20 satu oz. bila harga silver lompat kepada usd40 oz (berganda), beliau nak 'keluarkan' dlm bentuk syiling perak yg dia beli usd20 tu. hello, bank kata, apasat lu tak baca detail: ini hanya akaun utk mainan silver, tak boleh ditukar jadi physical asset! http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=INV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.02&programId=INV03-Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment baca part 'Gold Sale/Withdrawal'. hanya boleh tukar cash atau masuk akaun bank. tak ada interest payout atau dividend macam simpan wang di ASN atau Tabung Haji. DISADVANTAGE gold akaun: tak boleh convert jadi jongkong atau syiling emas. untung on paper saja. ADVANTAGE gold akaun: lebih mudah nak jual. tak payah tunggu harga emas melonjak banyak sangat. bank akan tiap hari quote buy-sell akaun gold anda. anda ke maybank atau baca kat sini dlm internet di rumah: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03 lihat 'Gold Savings Passbook'. jika anda beli dulu 100gm dengan harga rm100/g misalnya, kini dah naik rm145. anda kira sendiri berapa untungnya. boleh jual di kaunter. tak boleh kena tipu oleh kedai emas atau gold dealer yg bnoleh quote suka hati mereka. anda boleh monitor dari internet di rumah: hari ini maybank quote harga jual yg ini. ah, aku dah untung, boleh gi cepat-cepat nak jual (tapi harga boleh berubah pabila anda sampai bank, sebab tu tunggulah harga dah naik banyak). SAYA tak berani kata emas akan turun harga atau tidak dlm 1-2bulan, mahupun 1-2thn ini. pakar pun tak tahu! tapi jika anda rasa nak naik sila beli syiling atau buka akaun. jika anda nak speculate dan nak cepat untung, buka akaun. jika melimpah wang dan lihat jangka panjang (2years) beli gold coin. baik kijang emas, maple leaf canada, golden eagle america, krugerrand south africa, atau gold kangaroo australia. kat ebay anda boleh lihat harga orang main ni satu dunia. saya baru ni beli sebiji coin emas kecik kat ebay, jumpa ah pek di spore yg pakaian biasa (self-collect di mrt station). cerita punya cerita, ah pek tua ni berniaga emas kat ebay. dia ada gold dan silver coins berjumlah s$1 juta! itulah namanya gold trader. wow. jika tanya saya - sebagai permulaan beli gold coin kecik dulu. 1oz (sekitar rm5,000) atau 1/2oz (sekitar rm2,500). juga silver coins 1oz (sekitar rm150). nak belek harga pasaran - yg paling tepat lihat berminggu2 dulu apa harga yg ditawar dan dijual di ebay.com.my (ebay malaysia). akhir kalam, ini hanya cerita abang dan adik. tak semestinya tepat. saya wartawan berita asing, bukan wartawan pasaran emas-perak. jika maaf sila betoikan, ya. baca kembali blog kewangan saya (yg lama dah kantoi) - lihat koleksi emas dan perak saya (banyak gambar gold coins dan silver coins hamba!). http://notanumis.blogspot.com





























