Sunday, 31 July 2011

Ramadan mereka.

Kita sibuk bergaduh sama sendiri.
Nak tegak kebenaran konon.
Nak baiki negara, katanya.

Ibu di Somalia ini hanya mahukan segelas air untuk anaknya.Yang mati kehausan beberapa kilometer dari situ.
Negaranya dilanda setan bertopeng muslim yang kononnya mahukan pemerintahan syariah.


Kita sibuk collect harta (termasuk saya).
Umat Palestin ini hanya mahu diterima sebagai manusia biasa.
Tanahnya terus dirompak dan dijajah.


Kita sibuk ke bazaar Ramadan.
Keluarga di Pakistan ini - setahun setelah banjir bulan Puasa tahun lalu - masih tiada rumah, pekerjaan tetap. Nak makan kena minta sedekah.



Yang datang membantu ramai mempunyai agenda tersendiri.
Ada agenda tersembunyi.
Pegawai tempatan, buat tak tahu.

DI SINI, realiti kita jauh sungguh.
Makanan bersepah. Tak tahu nak pilih apa.
Beli semua aje lah! Kalau tak habis boleh buang.


Air tebu menunggu.
Hanya RM1-RM2 dapat gelas besar tu, dengan ais yang segar.


Dapat ayam berketul sehingga sedap makan, terlajak hingga nak masuk waktu Ishak!
'Kita en-joy!'


Saudara dan ibu,
Gambar-gambar menyayat hati di atas itu antara gambar yang saya nampak setiap hari di meja berita.
Ramadan mereka.
Realiti kita.
Satu group pro-Yahudi, yang satu lagi pro-American.
Dah takut nak buka mulut, nak bising tentang pembunuhan dan penghinaan umat.
Dah tak sebut lagi nak bantu yang lapar dan yang kedana.


Semoga doa orang yang kenyang, gemok dan happy,
Lebih makbul dari doa mereka yang kelaparan, dimaki-hina dan papa.
Selamat berpuasa.

Friday, 29 July 2011

US. Debt. Default. Very. Soon.

Pertama kali sejak 2tahun ini, setahu saya, harga emas dan perak yang didagangkan di New York, tutup Lebih Tinggi pada hari Jumaat. Nampaknya akan tutup lebih tinggi (masih didagangkan kini).
Satu petanda tak baik dari Amerika Syarikat, ekonomi terbesar di dunia dan negara yang paling banyak hutang dalam sejarah manusia.

Orang main pasaran ni, selalunya bila hujung minggu (tak ada trading Sabtu dan Ahad) akan jual semua position agar dapat rilek.
Takut ada position, sekali benda berlaku yang membuat emas atau perak jatuh merudum (misalnya harga minyak dunia terjun kerana Saudi setuju nak keluarkan lebih banyak output).
Tapi emas, perak naik lagi hujung minggu ini.

JUGA pasaran Wall Street (saham di New York), Dow Jones Industrials, pengsan buat lima minggu berturut-turut - paling teruk dalam tahun ini.

Singapore dollar, Aussie dollar, Swiss francs - antara matawang paling selamat kini - berada di tahap rekod tertinggi dengan US dollar. US$1 = 1.2 Singdollar. Hanya dua bulan lalu 1.25.

SEBABNYA, ramai pelabur ketakutan.
Apa benda debt ceiling ni?
Kenapa jadi begini? Dems gaduh dengan GOP lebih teruk daripada Naj lawan Nuar.


AMERIKA, satunya superpower di dunia.
Ekonomi, diukur ikut GDP - atau hasil pengeluaran negara (sektor kilang, campur sektor services seperti Internet, restoran dan banking, sektor pertanian dan galian) - US of A adalah yang terbesar di dunia.
APA benda tu GDP atau KDNK? Baca ngobrol saya yang lama. Kamu campur semua output, dipanggil GDP.

Kerana ekonominya adalah yang terbesar di dunia, maka semua orang nak jual barang kepada Amerika - maka Maysia dan Singapork buat microchips (dijadikan PC dan letak dalam kereta dan TV, icebox dan microwave over di negara lain), Bangladesh dan China jual baju dan tekstil, Indonesia dan Vietnam buat kasut untuk Unkerr Sam, negara Caribbean jual pisang dan nenas, Arab jual minyak etc.
Dan kerana ekonominya stabil, maka bond yang dikeluarkannya juga begitu laku di seluruh dunia.

APA itu bond dan siapa pembelinya - pok chic Geylang-Keramat explain di sini.
Kita beli bond mereka sebab pelabur dunia tahu pemerintah mereka GERENTI dapat bayar pulangan.
Memang ada bond yang bayar 'dividend' lebih tinggi (misalnya bond Greece dan Zimbabwe - saya tak rasa Zimbabwe ada keluarkan bond, tapi ini extreme example), tapi ini GERENTI dibayar beb, rendah pun tak apa.


UNKERR SAM & PACMAN TELO

Kerana semua orang beli bond Amerika tulah maka negara itu kaya (walau banyak hutang).
Sama seperti jiran sebelah tu, bergelar Datuk PacManTelo, sebenarnya gaji kecik, tapi depa gerenti dengan kita - kamu letak wang kamu setiap bulan RM10,000 kat sini, aku gerenti kamu dapat pulangan 1.5per cent setiap tahun = itulah coupon rate (atau bunga) 5-year American government treasuries/bond. Jika kamu beli 10-year bonds, dapat pulangan 3.125 peratus.

Dah lah tu, US Treasuries (bond) ini banyak didagangkan di dunia.
Kamu lihat Price/Yield = pendekkan cerita, kamu beli 5-year notes ni, mungkin setahun lagi harganya naik, kamu jual dapat untung, sebab satu dunia berebut beli bond superpower ni. Tak payah tunggu 5tahun dah untung banyak sebab Price bond itu (Yield jatuh) dah naik.

Sama seperti Datuk PacMan - kerana kamu beri beliau duit beribu-ribu HARI INI, depa boleh beli BMW dan tinggal di banglo mewah, sebab hutangnya hanya dibayar setahun sekali dan bukan kena bayar sekaligus loan itu (ini cerita short-cut dan mudah, sebab sebenarnya ada various maturity dates of the short-term bonds, medium-term bonds and the long bonds).

Wang berkoyan yang masuk ke Amerika ini digunakan untuk pergi perang.
(Kalau saya nak jahat: dia tembak orang tak bersalah kat Iraq pakai peluru yang dibeli dengan wang pekerja Maysia, kerana kerajaan Maysia banyak beli bond Amerika juga, sama seperti pemerintah Singapork).
(Kalau saya nak baik: Mereka beli aircraft carrier jaga keamanan Telok Parsi agar minyak keluar masuk dengan selamat, melincinkan ekonomi dunia).

Wang pinjaman lain masuk ke dalam sistem perbankan.
Pekerja Amerika yang gaji (jika kita ikut gaji di Maysia) RM3,500 boleh beli banglo besar, kereta Ford Explorer dan Toyota Camry. Mereka maksimakan hutang-piutang mereka, sebab kadar pinjaman (interest rate atau bunga) begitu rendah. Malah sebelum economic crisis 2007 dulu, kamu nak beli banglo kat Amerika tak payah downpayment! Sama juga nak beli kereta!
Harga Porsche di Maysia ialah RM800k - RM1juta. Di America, Porsche lebih kurang US$125,000 (RM375,000).
Merc lagi murah. Tak gerammm kamu nak beli dua E-class!?!?! Tak payah downpayment ni beb.


AI-REQ & AF-PAK

Tapi George W. Bush silap. Bahalol ni gi serang Iraq, atas nama WMD. Dah sangkut kat situ. Dahlah tu, sebut nama negara pun tak betul - Ai-req.
Setiap hari mereka belanja berbilion beb!



Serang pula Afghanistan. Pakistan serang dengan drone bombs dan pengintipan CIA. Berbilion mereka nak stabilkan Af-Pak (Kami kat office, seperti mamat American military, panggil kawasan ini 'Af-Pak').
Setiap tahun, mereka belanja US$20 billion (RM60bil) nak kasi askar semua sejuk dengan air-con!

(Jangan salah faham: Saya tak benci military mereka. Pada saya, memang mereka buat salah, tapi tanpa military mereka takut China pulak naik kepala kat Asia ni, dan minyak Telok takut kena block. Lagipun military ni dicontrol oleh politikus. Mereka serang atau under dengar kata orang politik.
(Semasa gempa Sumatra 2009, kapal perang dan heli Amerika ni banyak beri bantuan.
(Dan jika negara kitalah superpower, tentunya kita pun berlagak macam depa - bom sini, serang sana. Baru main bola sikit dah nak sekel Singapork, belum lagi ada aircraft carrier! Agaknya kalau ada, dah parking kat depan Pulau Bukom sebab kalah bola semalam).


Dan kerana crisis ekonomi 2007, di mana Obama banyak bail-out bank, syarikat kereta dan pump ekonomi dengan wang, hutang Unkerr Sam terus bertambah!

MAKA sampailah ke krisis hari ini.


HUTANG US$14.29 trillion

= 14,290,000,000,000.
Penduduk Amerika 310juta.
Jika hutang ni dibahagi sama rata, maka setiap penduduk (termasuk bayi dan orang tua) ialah = US$46,196 (RM138,600).

Bandingkan dengan hutang kerajaan Malaysia = RM430,151juta (Central Government Debt). (Jika salah, harap betulkan. Dah lama tak buka buku BNM, takut salah baca).
Penduduk Malaysia 28juta.
Hutang negara dibagi sama rata, setiap citizen kena bayar = RM15,363 sen.

Harga Kancil second-hand.

BARU kamu dapat jangkau berapa teruk omputeh yg kamu banggakan ni berhutang. Hancus.


MAIN POLITIK

Dah sampai ke tahap tu, maka pemerintah Amerika kena minta izin dengan Congressmen dan Congresswomen (di sini kita panggil Parliment, Lower House of Representatives) untuk naikkan debt ceiling - limit berhutang - negara.

Cakap mudah - macam kita ada credit card. Limit kad itu ialah RM10,000. Tapi dah belanja RM9,900 ternampak pulak diamond ring. Maka kita nelpon bank kita nak minta naikkan limit berhutang.

Jika Lower House dah terima, maka kena minta Upper House pula suruh approve. Upper House America dipanggil Senate dan orang dalamnya dipanggil Senator (sama macam di Maysia. Di Singapork tak ada upper house tapi ada sistem presiden yang beri approval untuk bil penting).

Di Amerika, US Congress dipilih rakyat tiga tahun sekali, ada 535 ahli.
Member US Senate dipilih enam tahun sekali, ada 100 ahli. Negara mereka ada 50 States (Kansas, Arizona, New York, Hawaii, etc), jadi setiap satu ada dua wakil.
Tak macam Senator Maysia yang tak ada power, di Unkerr Sam Country, mereka ada power dan berpengaruh kuat. Senator Maysia yang saya tahu namanya ialah Jins Shamsuddin.

SEJAK tahun 1962, sudah 74 kali debt ceiling ini dinaikkan oleh Congress dan diokaykan oleh Senate.
Tapi kali ini problem besar.
Sebabnya: Presiden ialah dari Parti Democrat (logo rasmi ialah Kicking Donkey, keledai).
Congress dikuasai oleh Parti Republican atau GOP = Grand Ole Party (logo gajah).
Senate pula dikuasai oleh Dems. 

Mereka main taik macam (maaf kata) Maysia.
Samalah juga di Thailand, Filipina, Indonesia, jika kita nak pandang kiri kanan. Di Singapork, pembangkang senyap dan terus buat kerja, walau mereka nampak kini PAP terkapai-kapai. Ini kerana mereka tahu orang Singapork tak suka partisan politics jika bukan musim pilihanraya.

GOP dan Dems ni lebih pentingkan melemahkan musuh politik daripada bantu kehidupan rakyat.
Ditambah pula, orang Amerika ni dah makin ramai berpenyakit agama. Sehingga ada orang panggil mereka American Taliban.
Dalam GOP ada geng Tea Party yang kerana kuat beragama, mereka benci liberals dari Dems.
Nak naikkan debt ceiling, maka tentunya kamu kena potong beberapa services (ada rancangan tutup pejabat pos, atau public parks) agar save duit.
Tapi yang kuat beragama bertanya: What would Jesus cut?

SECARA tradisional, Dems adalah golongan liberal intellectuals. Kata orang media, mereka suka baca New York Times.
Mereka lebih relax tentang kahwin sama jantina, gugur anak, dan suka bantu orang miskin. Mereka lebih bersifat protectionist dalam business - America and Americans first! Kerana nak bantu middle America, mereka sanggup nak naikkan tax untuk orang kaya.

Republicans pula lebih suka kepada big business dan open trade - let's trade with the world, lebih kuat beragama Kristian (sama seperti PAS dulu di Maysia, misalnya) dan kerana itu tak suka kahwin sama jantina ni dan anti-abortion. Mereka pantang kamu naikkan tax untuk orang kaya, sebab mereka support big business!

Kerana perbezaan inilah, secara umum, maka banyak permusuhan.
Macam dulu PAS kata - bekerja dengan orang kapir tu, maka kamu pun kapir. Tak boleh solat bersama, anak tak boleh kahwin dengan puak itu - kan payah tu!

Jadi jurang antara Dems dengan GOP ni semakin besar. Sehingga gaduh walau jika tak setuju naikkan debt ceiling ni, takut kedudukan ekonomi negara akan goncang.

KERANA pelabur takut, maka mereka lari daripada US dollar, US bonds dan US stocks, lalu beli emas dan perak, Singdollar, Swiss francs dan Aussie dollar yang rasai lebih selamat.

Saya rasa itu dululah. Saya kasi basic, dan secara umum. Jika silap harap betulkan.
Nak sambung cerita, kamu baca kat Internet - tentang Boehner plan (Speaker Congress, puak Republican) gaduh dengan Reid (majority leader Senate, puak Dems) dan sebagainya.

ENDS

Thursday, 28 July 2011

Menyinga di sarang Rimau. Tak takut!

DAILY TONICS mengharap Singa akan menikus... heehee.
Ko siap. Singa baham rimau gunakan cili sos Arqam.

-------------------------

85,000 di KL nak lawan 600 mamat, ah beng dan muthu yang datang dari selatan.
FT lawan mamat kampung.
Ah, tak takut lah.

Lebih lagi dah menang 5-3 kelmarin. Depan 6,000 (saja) orang.
Lebih banyak sorakan, lebih senang nak gigit leher Rimau kecik ni kasi dia mampoi.

Semua pemain Demomen ketot-ketot, kita Porkyboys bilis, lepas tu buang kat tepi highway, biar mayat kena gilis Kancil.


TAPI ini kata bookie Singapork (menurut akhbar):
Jika kamu bet $1 Maysia menang, akan raih $1.75.
Jika bet $1, Porkyboys menang, dapat $3.65.

Maknanya mereka yakin Kak Mah geng kalahkan Ho Ching boys. Ish ish ish.

Pembohong besar!
Where got like that until one? (cakap omputeh orang Keramat).

Ye ele, Porkyboys tak takutlah!
Porkies menang 2-1 lawan Demomen.


Itulah pep talk saya dalam dressing room.
Apa jawapan kamu?

Wednesday, 27 July 2011

Saya lagi marah ni....

NUDE SQUAT
Dulu bila cerita nude squat tu disangka pompuan dari China tahun 2005-6, macam-macam hero keluar mengamuk. Shih Huang Ti, Mao Zedong, Si Kitol.
Website dan blog pembangkang pun macam nak gi perang, defend her honour!
Jahatnya polis Maysia! Bodohnya polis malayos.

Tapi bila budak tu rupanya anak malayos, lah, semua senyap.

Dan kini, bila isu ni dah disettle oleh abang polis, pulak! Tak ada cerita pun, selain mainstream media.
Woi kamu orang media (termasuk blog saya), kamu harus dilihat seperti berdiri di tengah jika nak terus ada kredibiliti. Try to be as neutral as you can, even if you have your own beliefs and stance in certain issues.

Betul, ada cerita kita orang media kena jadi pro-garmen sebab kerja dengan pro-garmen paper (macam saya).
Dan betul, ada pula kamu yang diberi suap oleh duit pembangkang.

Tapi semua isu besar MESTI dilaporkan, dan bukan buat tahu. Lebih lagi isu yang dulu kamu dah gembar-gemburkan.

Akhbar saya, walaupun pro-garmen, akan kena herdik oleh para editor jika ada isu besar yang memburukkan (bukan puji) pemerintah PAP, lalu kami buat tak tahu.

Sama ada isu malayos miskin buat camping tepi pantai Changi sebab tak ada rumah (isu dah diselesaikan, walau salah orang-orang itu juga kerana cerai-berai lalu rumah dijual), banjir buruk Orchard (work in progress nak settle, tapi macam-macam cerita dah keluar sehingga menteri kena tukar), mahupun isu kesihatan (dengue kini attack Singapork lagi; tak cukup hospital bed untuk orang miskin; harga rumah mahal; orang tak syiok dengan PAP kerana isu Foreign Talent; gaji menteri besar sangat).

BODOH media pembangkang ni jika dulu attack tapi bila isu dah jadi cerah, buat donno.
Sama juga saya tahu ada pemimpin Umno yang marah Star dan NST bila tulis cerita yang nampak condong sikit ke pembangkang. Sehingga ada wartawan mainstream kena gam kerana dilihat terlalu pro-opposition! Kamu nak tipu diri tulis Umno itu Manis dan Gula, sukahatilah.

Tak boleh gitu. Jika semua laporkan 'everything is OK', siap kamu nanti apabila rakyat dah lari, kamu masih tak sedar.
Ini berlaku kepada PM Najib dulu di Pekan (hampir kalah pilihanraya), dan juga kepada PAP di pilihanraya Mei lalu - orang ramai marah, mereka perlekehkan hingga dapat undi terendah sejak Singapork merdeka. Baru sibuk tukar beberapa orang menteri.
GAMBAR: Saya marah hidung keluar api macam naga China.


FDI NAIK SEMULA
Lagi satu isu:
Tahun lalu, bila data tahun 2009 menunjukkan FDI (foreign direct investment) jatuh teruk, waduh pak, isu jaid macam jet pejuang Israel serang KL. Meletup-letup.
Sampai Tony Pua ada press conference kat Parlimen nak kutuk dan kutuk.
Tapi bila data tunjukkan FDI dah rebound - satu negara harus bersyukur! Tunjuklah kamu gembira - ini isu negara, bukan isu Umno atau Anwar.

Errrr.... tapi aku baca website pembangkang Insider, Kini dan FreeMal semua tak lapor pun!
Baguslah 'jang.
Semua ada hak 'kan.


ASRI DAN WAHHABI 
Insider juga laporkan konon Asri under watch oleh NSC kerana isu Wahhabi.
Hari ni boss NSC yang tak suka main politik menolak benda ni.
Kenapa tak laporkan juga?

Jangan gitu saudara, tak baik rosakkan negara.
Lebih penting, kamu rosakkan nama kamu sendiri dengan cerita berat sebelah dan benda yang tak diperbetulkan.

Tak semesti orang percaya pun jika NSC atau Tok Pa kata everything is OK.
Tapi itu bukan kerja media, selain melaporkan apa yang dikatakan oleh newsmakers.
Saya risau negara angkat dilemahkan begini.

Tuesday, 26 July 2011

Syiling baru Malaysia - nak beli?

KASIH IBU

Saya nangis crocodile tears bila terbaca SMS exchange antara seorang ibu dengan anak daranya semasa mamat gila tembak menembak di Norway.
Dah emergency pun ibu masih kata - kamu nak atok pick-up kamu ke, atau nak ikut rakan pulang? "You have the option".

-----------------------------------
POSTING AWAL

WAH, Malaysia Daroool Demo akan keluarkan syiling baru yang akan memudahkan anda yang suka berkumpul lawan abang polis di jalanan.
Syiling ini lebih kecil dan ringan daripada yang ada kini.
Senang sikit kita letak dalam poket agar bila berlari kena sembur tear gas, tak berat sangat.
Pada masa sama, kerana banyak coin boleh sempat beli Pepsi dalam plastik ada ais jika haus kelak. Cantik.
Baca cerita di blog kedua saya ceritanya di sini.

Untuk anda yang collector atau nak jadi collector syiling, anda nak beli atau tidak yang nak dikeluarkan Bank Negara Malaysia ini? Baca kat blog pok chic itu.

Pada saya, anda nak beli tentunya boleh, tapi bukan sebagai sesuatu yang diharap naik harga dalam 10tahun.


YANG lebih menarik ialah rancangan nak keluarkan wang kertas baru. Aha, aha, that's the way I like it.
Itu lebih menarik kerana jika designnya cantik, akan jadi rebutan satu dunia.
Dan designnya dijangka sama dengan gambar-gambar di sini.



Wang kertas terbaru Maysia - GAMBAR atas - dikeluarkan 26 Dec 2007, Commemorative Issue = Negara berumur 50 tahun.


Anda ada wang kertas ini? (Saya ada sehelai).
 Jika ada, lihat sekarang juga - di belakang sebelah kanan (GAMBAR kedua) wang anda. Ia ada logo '50' tahun Merdeka - tulisan menggunakan bendera negara?
Di sisi perkataan 'RM50' pula, ada tarikh '1957-2007' = Malaysia berusia 50 tahun Merdeka.
Jika anda ada wang ini, dan banknote anda masih cantik, harganya sekarang ialah RM400-RM500 *(Harga catalogue)! 
Dan conditionnya collector panggil 'UNC condition' (Uncirculated). Jika dah ronyok tak main beb. 
INI SIRI yang bernombor AA0000001 HINGGA AA0020000.
Yang lain harganya RM75 hingga RM150  (siri prefix AA). 
Hah kan! Dengan sekelip mata, anda dah kaya!

Ia dah jadi collector's item.
(*Catalogue ialah buku panduan matawang Malaysia yang diterbit - seperti di sini, sini dan sini).

INI kerana wang siri ini (yang ada '50' telah ditarik balik pada 15 July 2009, sebab tidak diterima
oleh sesetengah mesin ATM, menurut sebuah buku mengenai matawang Malaysia.
Lalu wang baru dikeluarkan, yang ATM boleh terima GAMBAR BAWAH - TANPA logo '50' tahun Merdeka.
Lihat gambar dan detail di sini. Yang ini berlambak di luar tu.



BANYAK negara kecik dan miskin, keluarkan syiling dan wang kertas baru secara kerap, sebagai usaha tambahkan wang negara.
Misalnya anda pernah dengar nama pulau bernama Palau? Saya pun tak pernah dulu! Kena cari kat peta.
Tapi syiling perak keluaran pulau ini jadi rebutan satu dunia, sebab adalah yang paling tercantik di dunia. Lihat ebay di sini - kamu taip 'palau silver Coins'. Manyak cantik wor.  
GAMBAR: Pearl betul dilekat di sebiji colorised coin Palau.


Sama juga negara kecik lain seperti Fiji, Bermuda, Cayman, Gibraltar, Seychelles, Trinidad & Tobago. Kerap keluarkan wang kertas yang cantik-cantik agar sibuk dikejar collector. Tambahkan tabung wang negara.
Mungkin Malaysia harus ikut jejak ini?

Di Singapork, walau dah banyak duit berkoyan, pandai bank negara Monetary Authority of Singapore (MAS) adakan auction wang kertas dua tahun sekali yang dijual dengan harga tinggi kepada collector.
Lihat sini - on left hand side, nampak 'Singapore (MAS) Banknotes'. Kamu click situ dan lihat harga muka matawang itu, dan 'realised prices' = harga dijual!

Misalnya: Kamu lihat wang S$10 sepuluh helai dengan nombor siri MAS001181 sehingga MAS001190.
Ditawar pada harga S$450 (harga minima). Dibeli dengan harga S$860!
Walhal, harga muka ialah S$10x10 = S$100.

ITULAH permainan orang giler macam saya yang ada hobi ni.
Samalah orang yang suka collect kotak macis, kereta lama, botol Coke, perfume bottles, atau jam Omega mahupun diamond rings.
TO each his/her own madness. Asal menguntungkan diri.

Monday, 25 July 2011

Dah kalah bola tak payah nak marah

Aish, marah pulak si kapten Maysia ni.
Dah kalah sudahlah.
Bukannya susah nak kalahkan Singapork pulau kecik, FT or no FT, jika team kamu pandai dan terror-merror. Main macam mamat kampung, tentu kena bantai.

Singapoor memang serba serbi bergantung dengan Foreign Talent ni, sehingga jadi isu pilihanraya Mei lalu.
Agaknya team Maysia ni pekak sebab ramai anak Melayu sibuk planning nak buat demo lagi tak?

"I think they are very reliant on their naturalised players. Singapore are not much of a team without them," said Safiq.

Untuk yang tak nonton - termasuk saya - Temasek 5, Negara Amok 3.

SEBENARNYA pemain Melayupork ni ada, tapi ramai dah kena tendang, yang lain lari ke Indonesia sebab gaji lumayan.


APA pun, kan dibenarkan oleh FIFA, jadi Singapork (menipu cara gentleman) pun ikutlah.
Nanti ramai sangat anak Melayu main bola, siapa yang nak belajar hingga jadi CEO? Kesian Melayu miskin terus kena tindas, di tanah tanpa KTM.

Singapork masuk KL, lu orang pakailah baju kuning dan hentam pemain import ni.
Pastikan pemain import Singapork malu dan kalah 10-0.
Tentu mereka akan kata - "The Malays are running amuck".

Jangan marah ah, unkerr cuma nak cucuk kasi kamu melenting.
Jika lawan lima pemain FT yang orang tak pernah dengar tak boleh menang, macam mana Team Kampung ni nak gi World Cup lawan Brazeel dan Englang? Salah haribulan kena bantai Cameroon dan Ghana 10-0.

Sunday, 24 July 2011

3 helikopter Thai ranap - insiden pelik

WAJAH 

Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa






---------------------------------------

July 16 - tentera Thai hantar heli jenis Huey UH1H pickup pegawai dan wartawan dekat sempadan Thai-Myanmar. Musim hujan, jatuh meletup dan mati 5 orang.

July 19 - setelah dicari gunakan orang kampung dan jalan darat, jumpa bangkai heli. Kerana burgunung, dipanggil satu lagi heli, jenis top nih, Black Hawk, nak pungut mayat 5 orang tu. Black Hawk juga jatuh dan ranap. 9 mati.

July 22 - setelah tiga hari cari pakai orang asli dan panjat gunung, jumpa mayat. Panggil lagi satu heli, Bell 212, nak angkut mayat. Masya Allah. Yang ini pun enjin rosak dan jatuh ke bumi!!! Satu selamat, dua atau tiga mati.


MAKA itu.... terkejut mereka kerana tiga heli ranap dalam seminggu.
Kasihan. Kerja mereka ni jaga keselamatan negara. 'Keras' tak tempat tu....

Cerita di sini, sini, sini dan sini.

Saturday, 23 July 2011

80 mati di Norway, pemuda right-wing ditahan

AMY WINEHOUSE DEAD

Penyanyi, penulis lagu, drug addict, suka mabuk. 27tahun.
Mati. Dijumpai dalam apartmentnya.
Saya tak pernah dengar lagu beliau.
Tapi terkejut dengan kematian orang muda.

----------------------------------------
POSTING AWAL

Seramai 80 maut dalam letupan bom besar yang menggegarkan Oslo malam tadi.
Dan selepas tu ada peristiwa seorang pemuda menembak orang yang camping di sebuah pulau berdekatan ibukota Norway itu - mereka pemuda dari parti Labour perdana menteri negara itu.
Seorang pemuda berbangsa Norway - sejauh ini katanya beragama Kristian dan haluan kanan - ditahan, menurut NYT. Ada gambar mamat itu sekali, Anders Behring Breivik.

SATU dunia bertanya 'WHY?'
Sebab ini kerja orang gila.

Norway ada pasukan pengaman di Afghanistan, dan akhbarnya publish cartoon Nabi Muhammad yang keluar di Denmark dulu.
Tapi selain itu, ia hanya dikenali sebagai negara 'Norwegian salmon'.
Negara sebelahnya Sweden ada ABBA, Volvo dan Ikea.
Jiran lagi satu Finland ada Nokia.

Wednesday, 20 July 2011

Demo Tourism, anyone?

ORANG MAYSIA (?) BELI YACHT EMAS! 

Tak tahu betul atau permainan media.
Baca di sini.
Harganya = 3 bilion sterling atau RM14.5 bilion.

Saya kerap berdoa utk jadi jutawan and bilionwan. Tapi bukan utk hidup mewah menunjuk, tapi utk bantu pelajaran orang miskin (cessss-sabah).

Saya rasa yang buat yacht ini ialah mamat rakan yang gunakan nama broker Maysia.
Apa pun, sama ada umat m atau bukan, kita lihat apa yang sedang dirancang oleh Bill Gates dan isterinya Melinda dengan kekayaan mereka dari business Microsoft dulu: Nak design toilet murah dan mudah digunakan oleh orang miskin di Africa. Itulah dakwah mereka - tak payah sebut nama agama, dari negara mana. Tak payah sibuk gunakan label apa pun.
Malulah kita umat m. Banyak wang ringgit tapi otak sama namanya seperti isi jamban.

-------------------------------------
POSTING AWAL 

Nampaknya orang masih nak demo jalanan.
Memang betul, banyak isu yang tak puas hati.

Saya tak puas hati sebab air paip di Keramat kotor coklat, education system Maysia tak keluarkan graduate yg boleh masuk industri, jalan raya Wangsa Maju berlubang, politikus memuakkan dan jenayah terus berleluasa.

Tapi yang orang lain nak demo ialah Bersih 3.0, doktor sosialis kena tahan, government corrupt dan seterusnya. Ikut nafsu masing-masing, saya tak marah selagi nak demo yang tak menyusahkan orang lain.
Jangan jadi macam Singapork, tak boleh demo langsung! Boring giler!


JADI bagaimana nak puaskan hati semua orang?
Najib takut jalan trafik jam dan keganasan.
Anwar nak demo tunjuk show of power.

Polis, apa nak buat, cari makan brader, terpaksa block dan serang mereka ni semua.
(GAMBAR: Demo di Iran dan Nicaragua masuk wang kertas mereka).

Peniaga di Bukit Bintang marah sebab jika ada demo orang tak datang ke bandar. Tentunya rugi berjuta, tapi mereka tak mahu bising banyak, takut jadi isu yg dipolitikkan.
Pemilik hotel syiok sebab hotel semua penuh.

SAYA secara serious nak sarankan: Demo Tourism.

- Kita (saya cakap sebagai anak angkat Maysia) dah ada Health Tourism - bila kamu nak mampoi, datang ke Penang atau KL kerana perubatan lebih murah dari di Singapork dan negara omputeh. Ramai omputeh datang ke Penang buat Bigger Boob Tourism.
- Kita dah ada Mega Sale nak jual semua sekali kepada foreigner, termasuk negeri ni - jika kita percaya sesetengah dakwaan orang.
- Kita ada Silver Hair programme. Ramai orang Jepun dan Korea, China dan India yang rambut sama warna dengan perak masuk sini beli rumah kedua. Dulu program bernama Malaysia My Second Home.
- Bila Gunung Merapi meletup di Jawa dulu, ramai sungguh rakyat tempatan naik kereta dan motor ke kawasan tu nak nonton kepul asap dan debu, hingga orang gelar Disaster Tourism.

JADI apa salahnya Demo Tourism?
Setiap bulan, dua kali.
Diadakan di sepanjang Jalan Bukit Bintang jadi tourist asing tak dapat naik teksi kena tipu.
Ini bukan cadangan main-main.

Kamu lihat ni - penarik beca rakan saya gerammmmm nak terus demo. Kesian depa takut gian nak demo, tapi takut kena cepuk pulak.
Perkasa pun tentu nak tunjuk dia jantan.
Pemuda Umno nak tunjuk dia buka pondan.
Bersih nak tunjuk semua suka pakai baju kuning.
Habis takkan Umno tak mahu showoff boleh bawa 1juta ke Bukit Bintang? Kata members ramai 3.4juta!?
PKR pula dulu yang keluar mengundi 40,000 anggota, sedangkan katanya ada 400,000 members - ah, boleh bawa semua demo!


Kita adakan Fortnightly Schedule - minggu kedua Januari untuk Pemuda Umno, minggu keempat untuk Persatuan Mak Nyah Wangsa Maju (saya penaung). Dan seterusnya.

- HOTEL akan penuh dengan tourist dan pendemo dua-tiga malam sebelum dan selepas demo.
- Restoran semua happy.
- Penjualan minyak wangi dan atar laku sebab nak hilangkan bau peluh berdemo dan kena tear gas.
- Peniaga boleh jual pisau plastik dan bendera Maysia. Kita panggil Ajak jadi brand ambassador.
- Kasut demo dan baju merah, kuning dijual kat kakilima. Fuyoh, tentu laku wor.
- Pendemo Mak Nyah lelaki perlu beli coli warna hijau (Special Edition beb) nak tunjuk kami Mak Nyah Islamique. Siapa jantan tak pakai Special Edition semasa demo, kena cekup masuk Emergency Ordinance 5tahun.

ABANG polis pula, ramai yang gendut, dapat exercise dua minggu sekali.OK what!
Kena pakai water cannon daripada air coklat dari Keramat tu!
Tear gas pakai yang betul punya. Supplier untung dapat kontrak terusan. Please keluarkan tender jika tidak, demo makin hot nanti!
Jika tidak gunakan tear gas dan sembur betul, tak realistik, nanti tourists boring beb. Baik mereka duduk dalam mall aircon.

Yang kena cepuk kita latihlah dulu, agar berdarah pakai tomato sos - keluaran Arqam atau syarikat Melayulah, kesian you know. Panggil mamat kurus kedengkik pakai specs, yang pandai berlakon tu, jadi trainer.

Harap jangan jadi macam Egypt dan Tunisia.
Sedih saya baca hari ini - banyak sangat demo, hingga kini tourist semua takut nak datang. Hancus ekonomi mereka.

KITA, kerana dah jadi negara Demo 'R Us, tourist berbondong nak take part.
Dengan tak sengaja Singapork pun resah. Thailand, Indon, Philippines semua boleh demo, dan Malaysia jadikan program rasmi Ng Yen Yen, Temasek cuma ada Fomula 1 racing at night, casino dua biji. Boringlah tourism products Singapork.

Sorry ah, jika kamu tidak ada IC Maysia dan mahu turut serta, kena bayar RM500 jika nak pakai baju FRU dapat belantan orang.
Jika nak jadi pendemo, bayar RM200 saja, sebab takut kena belasah. Bil hospital bayar sendiri.
Jika kamu setuju pakai Special Edition Mak Nyah, coli disponsor oleh 1Malaysia Bra Inc.


AMACAM, ok tak cadangan saya? Pikir keluar kotak = thinking outside the box.
Kita positifkan satu isu yang pecahbelahkan kita.
Fulus masuk, semua hepi dapat demo.

Boleh tunjuk gambar kat blog-blog fitnah -
Jantan 1: 'Ko tengok tu, si abang polis ni bukan belasah aku pakai Special Edition Mak Nyah, dia raba aku!'
Jantan 2: 'Abeh ko tak marah abang polis gemok tu?'
Jantan 1: 'Aku marahlah! Tapi dia jawab, Make Love Not War.'
Royal Commission of Inquiry (RCI) on Polis Raba Jantan.
Ish ish ish.
Tourist bayar RM500 untuk tiga baris pertama nak nonton RCI. Yang lain bayar RM200.
Kita adakan RCI di Stadium Merdeka.

CAN, my long-suffering (both sides) braders and sistahs?


--------------------------------------
TAMBAHAN - we're in the mood for love...

Kesian tourist bayar mahal-mahal tapi tak ada concert. Zalim kerajaan Najib!
Maka malam tu kita terus tutup Bukit Bintang, adakan konsert kat tepi Pudu Jail.
Kak Mah dan Ambiga nyanyi lagu Piss On Earth:

"Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Risik-merisik (pakai SB) pada pekerti mulia
Risik-merisik (pakai MIA) mana lahir asal-usulnya".

FUYOH, kantoi kasino haram dua biji Singapork!!!

Monday, 18 July 2011

Dunia di ambang krisis ekonomi lagi (?)


MINTA TOLONG - Beberapa tahun lalu di TV Malaysia, ada iklan Maxis or Celcom - senario di LRT station. Mamat jumpa minah. Lirik lagu (jantan nyanyi dengan suara malas) "...Hingga kita bertemu lagi...."
APA group itu eh? Lama cari tak jumpa. Lagu group Indon?

---------------------------------------------




Baru rasa lega sikit sejak krisis ekonomi dunia 2007, dan merancang nak beli Koenigsagg kedua saya, ada pula desas-desus semakin kuat tentang krisis ekonomi baru - mungkin bermula penghujung tahun ini jika tak dijaga.

Pada 2007, gaji semua pekerja SPH di Singapork kena potong, termasuk gaji saya. Nasib baik tak kena buang kerja. Baru setahun gaji penuh diberi semula.

Kini dunia di ambang maut lagi, mungkin.

Ini warning dari Timbalan PM Singapoora, Tharman (dulu menteri kewangan dan dianggap sebagai economic genius. Semasa beliau ikut Kuan Yew ke Kelantan dulu, tiba malam dah boring lalu beliau ajak wartawan termasuk saya minum kopi kat warung tepi jalan. Rupanya beliau boleh berbahasa Melayu). Juga di sini.

Dan dari Timbalan PM Britain, Nicholas Klegg.

RUNSING dan bimbang.
Saya juga risau sebab di negara angkat saya, kita terus bersengketa entah isu apa dan belum siap sediakan payung sedangkan hujan mungkin turun kejap lagi.

DULU, jika nak protect wang kamu, kamu beli US Dollar dan jual semua matawang lain.
Dalam beberapa tahun ini, jual USD dan beli Euro.
Kini Euro pun dan senget dan Yen terus lemah kerana Jepang kena tsunami. Dan Renminbi tidak didagangkan di luar China, maka orang berlumba masuk Emas dan Perak.
Emas baru naik ke rekod baru di London. US$1,600.80 setiap oz. Harga terkini di sini.
Perak naik 10peratus tiga hari ini.
Specukasi atau cerita benar, tak kisah, tapi macam ada panik sikit sejak Khamis lalu.

Saturday, 16 July 2011

S&P, Moody's, Fitch - ish, bahaya mereka ni

Kerja rating agencies ni macam referee permainan bola atau tennis.
Tak ada orang 'nampak' mereka, sehingga mereka buat keputusan yang tak menggembirakan ramai orang.
Saya pernah tulis tentang peranan mereka beberapa kali.
Untuk hafalan anda di hujung minggu - lepas ni saya kasi Test, siapa lulus dapat shopping voucher di Jacob & Co.
'Kedai' ni selalu saya kunjungi bila saya ke NYC seminggu sekali, naik privet jet saya. Jangan jeles ah.
Saya juga kerap ke Omega boutique NYC.

Baca cerita CNN tentang kuasa rating agencies ni. Takut wor.
Warning mereka ni terhadap masalah ekonomi Amerika (krisis hutang Obama) antara sebab harga Emas melambung ke rekod tinggi terbaru, dan Perak bangun tidor dan lompat 7peratus dalam dua hari.

Ngobrol lama saya tentang rating agency - di sini, sini dan sini.


-----------------------------------------
Singapore masuk Malaysia Cup semula

Masa kecik lagi di bangku sekolah, kerap saya nonton Malaysia Cup di mana Singapork terhegeh-hegeh nak cuba menang.
Juga Piala Raja-Raja Melayu.
Di stadium Kallang di mana kadang-kadang 50,000 orang mebanjirinya, Penuh.
Zaman Dollah Kassim, arwah. Samad Alapitchay. Nasir Jalil, arwah. Adik beradik Quah Kim Song, Quah Kim Siak dan Quah Kim Lye. Mat Noh (lepas tu kawin dengan Rahima Rahim). David Paine (goalkeeper serani).
Malaysia zaman Bakar brothers (Penang), Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari. Santokh Singh. Arumugam (goalkeeper = tangan panjang, orang panggil 'Spider') etc.

ZAMAN gemilang bolasepak Singapork kedua ialah zaman Fandi Ahmad, serta dua pemain warga Aussie, Abbas Saad (anak keturunan Lebanon) dan Alastair Edward. Malik Awab. Saya tak banyak nonton zaman ini, cuba kat TV sebab sibuk memperjuangkan entah-apa.
Malah Malik, rakan karib Fandi, bersama Fandi pernah menetap di apartment glamour masa itu Highland Towers di Ulu Kelang! Masa tu mereka bermain untuk kelab KL FC jika tak salah.


DAH berbelas tahun sejak Singapork kena halau, kini nak masuk lagi. Sebabnya? Sukan bolasepak di Temasek dah terlalu malap hingga tak ada orang nak nonton lagi.
S-League = liga bolasepak Singapoor, hanya beberapa kerat saja nak nonton. Yang main pun hampir 100 peratus anak Melayu.
Dah nak kiamat, Malaysia juga dicarinya.
Kallang Stadium, capacity 50,000 dah diroboh. Kini kena pakai stadium lama Jalan Besar, capacity 4,000.

Tiket habis dijual untuk game MalSing. Tapi ni bukan Malaysia Cup, tapi 2014 World Cup qualifier.
Cerita Singapore masuk Malaysia Cup semula selepas 16tahun di sini dan sini.

Wednesday, 13 July 2011

Rekod, gambar lama - hari ini dalam sejarah

MOSLEMS IN AMERICA

Cerita dan gambar-gambar dari Washington Post.
Susah beb jadi minoriti ni.





----------------------------

POSTING AWAL

Malas nak buka citer hari ini.
Main gambaq saja.

Bongkar kat rumah di KL, jumpa juga harta lama.
Cerita lagu-lagu lama Melayu, yang pertama kali saya terpaksa dengar hari-hari bila tiba KL 1994 dulu, di sini - ketika saya naik 'BMW' ke pejabat.
Masa tu keyakinan Malaysia terhadap hari muka begitu tinggi. Kini terlalu banyak teka-teki dan kegelisahan.




Orang bongkar cari gambar lama Tony Tan di pejabat saya, terjumpa pula gambar wartawan muda di sebelahnya, semasa berusia 28tahun.
Tahun 1988, masa tu pak chic pakai cermin mata besao, rambut ala-Deep Purple. Tony nak jadi presiden.
Lagi gambar wartawan rambut gondrong.

Tak layak ke aku jadi Prez? Gaji aku S$4.2 juta (RM10juta) setahun, aku donate setengah gaji aku kepada anak-anak yatim di Singapork dan Malaysia. Hahaha.



----------------------------
DIAMONDS ARE A DATIN'S BEST FRIEND


ALAMAK! Kak Mah beli diamond US$24juta - lepas tu hantar pakai courier?
Hahaha. Kenapa tak pakai Pos Laju?

Nama yang ditunjuk di screenshot ni tak ada pulak kat Google = AirOceanic Express Sdn Bhd.
Yang bernama Air Ocean ada, tapi mereka freight forwarder bukan courier.
Lagipun takkan hantar barang dari New York pakai courier beralamat di Selangor?

Tentang syarikat Jacob & Co tu ada, di 57th Street New York. Cantik-cantik barang depa - lihat websitenya di sini.
Saya nak beli jam di bawah ni! So nice! Ada lima time zone: senang sikit nak check perbezaan masa di tempat-tempat yang saya selalu pergi: Geylang, Washington, Keramat, Perth dan Venice (berangan aku).

Saya gi check cerita diamond ni sebab curious juga orang beli benda mahal ni. Dan kerana selalu buat joke tentang Kak Mah, ingat boleh tambah lagi satu joke. Tapi ini nampaknya macam fitnah je.
Lain kali pakai kat jari saja, maam, tak payah nak declare sehingga satu dunia tahu.

Kerja bodohlah pengarang cerita: Takkan cincin semahal gitu hantar pakai courier?
Bak kata orang di blog lain - Kan Kak Mah ada jet? Bawa masuk pakai jet, atau buat donno letak dalam saku penyeludup, bukan declare macam gitu.
Pandangan berbeza dari ~penarik beca dan TheUnspinners.

Cerita lama saya mengeloh tentang FLOM Department.


VID: Leon - Saling Merindu.
Saya pun lupa ada group ni.

"Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya..."
(Ini macam dialog abang polis dengan pendemo)

Monday, 11 July 2011

Makanan kita permainan Futures Market

TENTANG DAY TRADERS


Sempat jumpa gambar lama di SIMEX trading floor.
SIMEX = Singapore International Monetary Exchange. Kini digabungkan di bawah SGX (Singapore Exchange).
GAMBAR: Yang pakai baju merah tu ialah Day Traders. Individu dapat lesen utk jual beli sendiri. Jika untung-rugi lu punya pasal. Sama macam kita jual Ramly Burger kat tepi jalan.
Tapi ramai mereka naik Lexus wor.

Floor Traders yang bekerja dengan syarikat futures broker kena pakai baju warna lain.
Yang jaket all-kuning tu ialah bank Swiss (UBS? SBC? Credit Suisse?), lupa nama sebab dah berbelas tahun! Yang jaket hijau, jika tak salah, ialah sebuah bank Perancis (BNP? Paribas?) atau broker Jepun (Yamaichi? Daiwa? Nomura?).
Yang jaket biru ialah pegawai pemerhati Simex. Yang jaket putih ada 'P' dari Philip Futures - syarikat broker besar di Temasek.

INGAT Nick Leeson, rogue trader dari Barings Bank yang bekerja di Singapork? Beliau trade di SIMEX hingga ranapkan bank tertua di Britain. Speculate Nikkei futures.
Saya kenal beliau (tapi tak rapat) - Lihat posting lama saya dan gambar kadnya yang masih saya simpan.
Barings Bank paling terhormat masa itu - siapa pakai jacket belang kuning hitam mereka boleh act. Lihat gambar Nick dan jacket Barings.

 BILA ada fundamental news - Libya kena bom! Tsunami melanda Jepun! GDP 1st quarter China lemah! - maka mereka masuk dalam apa yang dipanggil trading pit - seperti dalam gambar - dan terpekik-pekik jual-beli kontrak!
Millions are made and lost in seconds!!!


MEREKA sebenarnya tak payah pekik. Sebab futures trading ada hand signal tersendiri - lihat ni.
Tapi orang excited sebab takut yang dikejar tak dapat, mereka pekik.

CERITA MENARIK saya masuk SIMEX trading pit - hanya dibenar masuk dua kali, sebab takut wartawan ganggu traders - ialah ada ramai ah moi-ah moi muda kat situ.
Mereka pakai jaket macam-macam warna - mewakili bank masing-masing. Dan pakai skirt pendek. Macam satu trend masa itu.
Lepas tu mereka tak duduk, tapi BERDIRI atas kerusi mengadap trading pit, sambil satu tangan pegang gagang telefon. Lagi satu tangan main hand signal dengan traders dalam pit.
Wah manyak ah moi, pakai skirt pendek berdiri atas kerusi! Tapi tak dibenar saya dekati.

Mereka lambai-lambai Abang Rem, ingat panggil aku. Perasan aku.
Rupanya buat trading signal nak jual-beli Eurodollar futures (interest rate direction of US dollar deposits in Europe) atau mungkin Nikkei index futures (indeks saham utama bursa Tokyo). Dua futures ini paling popular di SIMEX masa itu.
Nasib baik iman tebal (phwee-weet) tak lambai balik!
Jika saya lambai kembali dan mereka tunjuk thumbs up, mampoi! Sebab thumbs up tu maknanya order saya dah diterima! Heehee. Mampoi aku terbeli Fueloil futures 50tan berharga S$100,000 sebab nak gatai dengan ah moi trader.

KENAPA mereka berdiri atas kerusi pegang telefon?
Mereka bercakap dengan client di negara lain - untuk Eurodollar futures, mungkin bank di Eropah. Untuk Nikkei futures bank di Tokyo, dan untuk Fueloil futures dengan client di London.
Client jual-beli dengan nelpon.

Mereka kerap main arbitrage trading gunakan berjuta dollar seminit! Taking advantage of differences in prices between two markets.

Misalnya jika Nikkei futures di Tokyo 10,002 points. Nikkei spot di Tokyo 10,005. Dan Nikkei futures di Singapore 9,999 points.
Apa akan jadi dalam 15 - 30saat lagi? = 30saat beb, bukan 1minit pun.

All things being equal, maka kontrak di Singapore ni akan naik dari 9,999 kepada  10,002, dan mungkin ke 10,005.

Kenapa? Sebab Tokyo ialah negara induk Nikkei ni.
Bezanya ialah 3points dan 6points saja.
TAPI jika saya BELI kontrak di Singapore ni berjuta dollar, maka boleh untung berlambak dalam 30saat.
Jika silap, mampoi rugi beratus ribu dalam 30saat.

Cakap kat phone tak pakai bahasa penuh. Sebab kamu hanya ada beberapa saat nak jual-beli bila news meletup.
'Buy Aug oh-oh-two, one-two-oh!' (ini misalan, sebab dah lupa saya dialog mereka. Dulu kerap dengar percakapan orang kerja gila ni. Zak jika kamu baca, sila betoikan).
Jawabnya setelah disempurnakan deal: 'Yours!'

Maknanya =  Beli Nikkei kontrak bulan August (bukan September, December atau bulan hadapan lain), hingga ke 10,002 points. Beli 120,000 kontrak.
Bila dah dapat trade itu, kamu pekik kat telepon: 'That's yours! It's done'.
Tapi pakai short form ler.

TAK kena ulcer dan gastrik kamu! Saya yang cover pasaran begini dengan budak-budak muda begini pun payah nak keep up pace.
Ada beberapa rakan broker saya, gaji besao, naik Beemer dan Porsche walau baru 30tahun lebih sikit.
Ada seorang jadi kepala research Baring, gajinya ialah S$1juta setahun! Ini duit 15tahun dulu!
Yang seorang lagi, sign on masuk bank Barclays, dapat Beemer - jika kamu tak resign 2tahun, the car is yours for free.
Bonus saya sebulan, mereka dapat bonus 12bulan atau 18bulan!
Umur 35tahun dah retire. Atau mati kena cancer atau heart attack, seperti yg terjadi kepada beberapa rakan.

Financial world: High pace, high octane, high salaries, high lifestyle, high risk.
Mana mereka faham dengan petani miskin, orang kampung susu mahal, minyak terus naikkan inflasi?


--------------------------------------------
POSTING AWAL 


Penjenguk blog letak di posting awal, tak sempat nak komen. kat bawah saya komen sikit - jika pak chic kata 'sikit', selalunya berjela!
orang tua suka berceloteh.
Saya gasak saja tapi takut salah info sebab dah lama tak tulis dan baca tentang pasaran commodity ni.

------------
SEBELUM itu, antara ngobrol lama saya tentang pasaran kewangan dan wang:
- bond dan rating agencies.
- beli saham gunakan komputer, Algos.
- Data penting Non-Farm Payrolls.
- NY, Singapore antara pasaran kewangan terbesar.
- Kenangan lama saya di Raffles Place.
- Kenangan lama dan agensi berita kewangan.
- Kenangan lama dan Usalli...
- Minimum wages or minimum skills?


------------
Anonymous said...(01:55)
salam boss
Bersih dah tamat dan selamat
boleh ngobrol topik dibawah ini
The Food Bubble: How Wall Street Starved Millions and Got Away With It (2010)
full article at

http://colorrevolutionsandgeopolitics.blogspot.com/2011/06/food-bubble-how-wall-street-starved.html

------------
Masa (ahem) muda-muda dulu saya buat liputan pasaran dgn AP-Dow Jones (1992-94) saya ingat hanya saham, bond serta matawang didagangkan. Mamat Melayu West Coast Road masa tu tak tahu pun basic pasaran saham.
Saya cover, selain saham Singapore dan Maysia, pergerakan matawang dunia (US dollar, german deutschmark, british pound, japanese yen); dan futures market = pasaran hadapan (eurodollar futures, nikkei futures, euroyen futures, fueloil futures, gasoil futures).


Sekali terbaca pulak tentang 'pork belly futures' (Lihat CHART - harga khinzir naik turun, you!), 'orange juice futures'.
Alamak perut babi dan jus oren pun mereka dagangkan di CME rupanya. Chicago Mercantile Exchange dulu ialah pasaran commodity terbesar di dunia. Kini dah kahwin dengan CBOT, Nymex dan Comex, jadi sebahagian daripada CME Group.

CME's agri products:
- Click 'Featured' tu, lepas tu click 'Livestock'.
- Juga click 'Dairy' - susu yang anda minum pun jadi permainan macam saham.
- Click 'Softs' - gula, kopi, cotton, cocoa (Milo dan Ovaltine).

Di SGX, Singapore Exchange  didagang kelapa sawit, getah dan kopi.


Para bankers (sama ada kita panggil Wall Street, Raffles Place atau City of London), kat mana boleh buat duit kat situ mereka masuk. Nak salahkan siapa? Kata percaya kepada open market economy?

Sebenarnya semangat mulakan Futures Market - termasuk gandum (wheat), rice dan live cattle - niatnya baik.
Ia beri peluang kepada orang dalam sesuatu business kawal kerugian. 

BUKA CERITA yang kita semua faham - pasaran kelapa sawit.

Lihat CHART di bawah - pandai mamat ni buat analisa dengan Elliot Wave theory nak agak arah harga. Dalam pasaran kewangan ada ramai yang kerjanya sebagai Technical Analyst. Mereka kaji carta pasaran itu dan ini dan mengagak ke mana pasaran nak bergerak lepas ni - naik atau turun.
Lawan mereka ialah Market Fundamentalists - yang tak percaya dengan carta sangat, tapi percaya harga akan gerak ikut 'fundamental news' - jika Johor banjir, dan Johor banyak ladang sawit, maka harga sawit akan naik. Tak payah nak baca chart!
Tapi Chartists ni penting bila tidak ada fundamental news, dan jika nak tahu arah jangka panjang. Where will the market go when there is no news?


Indonesia dan Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia = dua negara ini control 85 peratus daripada sawit dunia (jika salah, betulkan beb. Lama tak tulis tentang palm oil ni, dah lupa data semua).
Indonesia pengeluar terbesar, Malaysia kedua.
Tapi kerana banyak ladang terbesar di Indonesia (Kalimantan dan Sumatra) adalah milik syarikat Malaysia, maka sebenarnya sebahagian pengeluaran dari Indon tu untungnya untuk Malaysia juga.


Katalah anda petani besar tanam sawit kat Maysia (eg Felda) atau pembikin ice cream macam Wall's.
Tiba-tiba problem - tak hujan 5bulan, sawit kurang berbuah.
Atau macam dulu - banjir satu Johor sedangkan di situ kawasan sawit - bagaimana nak jolok buah tu? Dan pokok mungkin mati sebab akarnya banyak air sangat.



Harga sawit kini RM3,090 satu tan (lihat muka depan blog saya). Tentu banyak ladang tak dapat keluarkan hasil sama macam tahun lalu.

Palm oil futures didagangkan paling aktif di dunia di Bursa Malaysia.

Malaysia keluarkan 20juta tan minyak sawit setahun (lebih kurang).
Katalah tahun ini anda anggar jatuh ke 18juta. Maka harganya tentu melambung sebab demand is higher than supply.
Cantik jika anda peladang, harga naik! Tapi pokok anda mungkin banyak mati tak dapat air!
Felda nak protect itself bagaimana - nak kurangkan kerugian?
Kerana ia perlu cari wang nak tanam pokok baru dan gali lebih banyak parit - nak bawa air sungai dari 10km ke ladang untuk masa depan, misalnya.
Dan jika anda pembuat ice cream (Magnolia) atau cosmetics (Allahyarham Sosilawati) dan sabun (Lux). Jika harga melambung, harga barang anda melambung sebab produk gunakan minyak sawit.

Di sinilah peranan pasaran Palm Oil Futures.

Maka syarikat-syarikat yang takut harga naik (misalnya) akan masuk dan MEMBELI palm futures ni. Gi lah check sendiri satu kontrak berapa harganya.
Jika anda takut harga akan melambung tinggi - maka banyaklah kontrak palm oil futures ni yang anda beli. Jadi bila futures ni melonjak, ada dapat wang yang boleh digunakan nak cover balik pokok mati (Felda).
Atau jika anda beli minyak sawit kelak untuk membuat cosmetics dan ice-cream, dapat cover costs - jadi produk kosmetik dan ice-cream anda tak payah naik harga.
THE futures market helps you to recover costs from sudden surge or collapse of prices in the spot market.
Sebelum harga barangan sebenar naik, harga pasaran hadapan dah naik dulu. Jadi bila harga benda sebenar tu naik (palm oil, crude oil, wheat, pork bellies, orang juice), anda dah dapat cover sikit kos kerugian.

SAYA kurang pasti tentang komoditi, tapi untuk Ekonomi (GDP) ini yang selalu berlaku:
ENAM BULAN sebelum ekonomi anda naik atau jatuh, harga pasaran dah react. The stock market react to NOW to what is likely to happen to the economy (about) Six Months in the future.
Bila agak lain macam saja berita ni - Johor banjir besar - cepat orang dah jual saham syarikat sawit dan palmoil futures. Tak payah tunggu dah confirm harga sawit naik dan pokok-pokok semua mati.

ITULAH sebabnya syarikat penerbangan (seperti SIA dan MAS) main pasaran minyak hadapan. Nak cover costs takut jetfuel naik.

JIKA anda takut harga sawit jatuh - misalnya banyak pokok sawit berbuah tahun ini! Atau ekonomi India dan Pakistan yang banyak beli sawit meleset!, maka anda SHORT-SELL (opposite of BUY) palm oil futures ni.
Anda JUAL PENDEK (betul ke bahasa Melayu ni?) palm oil di harga RM3,090 satu tan.
Bila harga jatuh RM2,890 - maka anda dapat cover kerugian RM200 dengan membeli semula kontrak futures di harga rendah.


DAY TRADERS DAN PENYANGAK MATAWANG

TAPI ini dunia kewangan beb - tak semua yang jual-beli itu ialah Magnolia Ice Cream, Felda dan MAS atau Garuda.
Banyak bank dan hedge funds pun masuk main game ini. Di mana ada gula, di situ ada donut.
Individu pun boleh main pasaran - jika kamu nonton di New York Stock Exchange yang selalu pekik-pekik dan lompat lompat dalam movie tu - ramai mereka ialah Day Traders.
Di Singapore dulu, pasaran hadapan SIMEX pun ada ramai day traders. Kini saya tak tahu.

Mereka dapat lesen trading futures setelah pass exam, lalu letak deposit (misalnya US$100,000) lepas tu buat trading sendiri - jual beli sendiri.
Misalnya mereka beli saham Apple pagi, sebelum pasaran tutup petang tu dah jual dah! Sama ada untung atau rugi.
Atau beli Nikkei futures, crude oil futures, rice futures pada waktu pagi, sampai petang dah jual.
Sebab tu mereka digelar Day Traders - they trade for the day. They close their account, take off their jackets and go home.

Saya ada dua rakan Malayos di Singapork yang buat kerja Day Traders ni di rumah. Mereka main matawang dan juga saham sedunia.
Duduk kat rumah depan komputer, click masuk market, untung-rugi dalam beberapa jam saja, terus keluar. Lipat laptop/ipad boleh tidor.


DAN kerana Treasury Departments bank dan juga hedge fund pun masuk, itu yang buat harga cepat naik, cepat jatuh - kadang tengok pasaran gold dan silver (yang saya perhatikan dengan rapi) takut brader.
Banyak speculation.
Mereka juga main matawang/currencies. Masa krisis 997/98, Dr M panggil mereka 'rogue currency traders' - penyangak matawang.

Kerja mereka jual-beli apa saja utk syarikat, asal dapat untung.
Kamu petani soya bean, atau makcik nak beli beras, atau abang naik motor harga minyak naik, itu lain cerita. My profits come first.
Itulah yang dimaksudkan oleh artikel Anonymous tu -   How Wall Street Starved Millions and Got Away With It.

TAPI tanpa Day Traders and banks serta hedge funds maka liquidity - para pemain - akan begitu berkurangan.
Felda dan Wall's Ice Cream, serta AirAsia dan SIA sebenarnya perlu penyertaan ramai orang. The more the players, it makes the market more efficient.
JIKA anda ada saham Sime Darby misalnya, dan nak jual kerana harga dah naik ke RM100. Jika pemain saham hanya 10,000 orang/broker/bank, anda mungkin tak dapat jual dengan harga yang anda mahu. Mungkin boleh jual di harga RM92.
Tapi jika jumlah pemain saham ada 100,000, wah! Tentu ada yang sanggup nak beli walau harga RM100 atau RM120.

Macam main 'Sinoman' dulu - lebih ramai lebih senang keluar masuk dan lumayan. Tapi juga tambah risiko.
Protecting the future - sama juga macam ambil insuran nyawa. Bayar sikit tiap bulan, sebab takut kojol mengejut. Jika nothing happens, duit rugi sikit (the money used to buy futures contract is lost), tapi jika something big happens, we are covered.

Sunday, 10 July 2011

Budaya benci membenci dalam politik

Siapa kata demo Bersih dah habis? Akan disambung lagi beb, sebab mereka dah declare menang semalam.
Polis kata 5,000-6,000 yang datang. Tangkap 1,600. Jika betul hanya 6,000 yang hadir, maknanya polis tangkap 26 peratus? Satu dari setiap empat? Mustahil.
Bersih kata yang datang 50,000.
Kerana mereka yakin ramai yang sokong, gerenti ada follow-up. Mereka lupa yang tak datang berjuta-juta.
Only THEY have the right to do anything. Yang berjuta ni tak ada hak.

- Reuters kata 10,000 hadir.
- Associated Press kata 20,000.
- AFP, yang memang pro-Anwar dari dulu, tulis 50,000. Walaupun mereka juga sebut kat bawah sikit bahawa polis sebut hingga 6,000 hadir.
- The Straits Times tulis = "tens of thousands", polis kata 5,000-6,000 dan Bersih kata 50,000.

Isu ni saja buat orang gaduh. Benci membenci.


REUTERS NAK DIBAKAR REFORMASI

PAK chic nak bawa cerita lama sikit, sebab nak bawa isu Budaya Benci Membenci ni yang merosakkan negara.
Masuk bab Reformasi 1998 lagi. Orang tua macam aku banyak cerita wor.


SETELAH Anwar dipecat, ditangkap dan dicepuk, Reformasi makin membara.
Kebetulan pula syarikat lama saya Reuters baru pindah masuk ke Petronas Tower 2 (Petronas Tower 1 hampir semua tingkat didiami syarikat minyak Maysia tu).
Kami di tingkat 32. Tinggi oi.
Boleh nampak bumbung bangunan MAS dan banyak lagi bumbung pencakar langit. Boleh nampak Genting Highlands dan banjaran Titiwangsa!

Petronas Twin Towers ni 88 tingkat. Number ni, khabarnya masa itu, ikut feng shui Cina = 8,8 = faat, faat (jangan salah spelling bro) = wealthy, wealthy = kaya, kaya. Tanah tu bukan tanah kerajaan, tapi tanah milik Ananda Krishnan, sebab tu sebelah tu ada bangunan Maxis.

Jambatan penyambung antara dua menara tu di tingkat 40 dan 41. Ya, ada DUA tingkat jambatan tu.
Kami buat joke dulu - dari jauh jika kamu lihat, bangunan itu berbentuk huruf 'H'. Kenapa? Sebab Mahadeq bina untuk isterinya Hasmah.
Bila Anwar jadi PM kelak, beliau akan baringkan dua menara itu - lekatkan atasnya, agar jadi bentuk 'A' = untuk Azizah (ini joke ler, laugh now).
Nasib baik Najib tak giler nak adjust bangunan ikut nama bini depa....

Tingkat 32 pejabat kami tu betul-betul di bawah jambatan tu.
Kerana baru dibuka, maka Mahadeq dipanggil rasmikan pembukaan pejabat Reuters Malaysia, anak syarikat agensi berita terbesar di dunia masa itu (hari ni, jika dikira dari segi revenue dan financial machines yang dijual, Thomson-Reuters No.2. Di depannya ialah Bloomberg).

Alamak! Kenapa panggil Mahadeq! Reformasi lagi hot ni, nanti rakyat marah kata agensi berita ni berat sebelah.
Tapi no choice sebab bangunan tu Mahadeq yang bina kerana beliau sedang giat promote Multimedia Super Corridor. Dan Mahadeq itu Perdana Menteri, mesti kena jemput beliau.
Takkan nak jemput banduan Sungai Buloh potong reben? Atau Menteri Penerangan saja (masa tu Tok Mat).

Staf yang tak ada kena mengena dengan event tu dilarang datang kerja Sabtu itu, sebab takut office tak cukup tempat kerana ramai VIP datang. Saya duduk di rumah semasa Dr M potong reben.
Office tu besar - wartawan tujuh orang, jurugambar dua, TV crew dua. Lepas tu marketing dan sales berbelas dan teknisyen (yang jaga mesin yg disewa di bank, broker saham, pejabat kerajaan) ada lebih kurang 10orang. Pejabat selesa utk 50 orang dan lebih kurang 60 peratus daripada 32tingkat tu disewa.

Problem brader - apabila berita keluar MahaFiraun datang nak potong reben - ada demo Reformasi kat bawah KLCC tu!
Tak besar, tapi 100-200 tunjuk perasaan - cantik perkataan nenek moyang kita gunakan: Penunjuk Perasaan. Orang yang nak tunjuk perasaan.

DUA hari lepas tu, hari Senin, saya masuk kerja seperti biasa. Sebab Maysia ada isu Reformasi, pasaran saham dan ringgit yang kena serang dan jerebu, maka kerja masa tu gerenti satu hari kerja 12jam paling kurang.
Pada 9mlm, bos saya nak ke toilet. Nak gi loo kami selalu pakai pintu belakang. Jika ikut pintu utama jalan lebih jauh.
Bila omputeh Amerikan ni buka pintu belakang tu (fire door), asap berkepul-kepul masuk dalam office!
Beliau pekik kepada kami (lebih kurang): 'Fire! There's a fire here. Evacuate, evacuate!'
Macam lipas kudung, ada 2wartawan lain (jika tak salah) lalu kami lari ke bahagian depan pejabat - nak pastikan tak ada orang lain dalam pejabat. Lepas tu calibut turun tangga macam kena kejar pontianak FLOM.
Bos saya, yang lepas tu transfer ke Milan dan Tokyo (tak tahu kat mana hari ini), sempat telefon security kat bawah sebelum lari turun.

Tiga hari selepas itu, lutut masih menggeletar kesakitan sebab lari ketakutan itu.

DIPERIKSA lepas itu, rupanya ada mamat naik ikut lift belakang (utk hantar barang), lalu kumpulkan sampah dan kotak tepi lif dan membakarnya. Mujur tak ada kayu atau kertas lain kat situ, dan pintu lif atau wayar tak turut terbakar.
Masa tu security belum ketat sebab building baru dibuka. Setelah insiden tu, macam-macam security features digunakan - kamu yang pernah naik Towers ni pun tahu.
Nasib baik api tak merebak, jika tidak Abang Rem (belum Pak Chick lagi masa tu) dah hangus:
'Wartawan terbilang mampos hangus'
- Wartawan Remgold, 39tahun, dijumpai mati di mejanya memegang pena.
Di kertas di meja tu beliau sempat tulis his last words - 'Anda dah bayar zakat?'

Orang dihasut membenci Mahadeq, hingga sanggup nak bakar pejabat pelabur asing yang besar. Jika hangus pejabat masa tu, hancus nama negara: Maysia cannot protect big foreign investor, apa lagi yang kecik.

BERKEJAR UNTUK KEBAIKAN

DISINILAH saya nak masuk cerita benci-membenci ni.
Saya tulis detail cerita election di Singapork Mei lalu. Selepas habis pilihanraya, maka dah tak ada serang menyerang lagi antara orang politik di sini.
Semua buat kerja masing-masing - kerja kamu ialah selesaikan masalah rakyat.
Bukan jadi masalah kepada rakyat.

Menteri yang tak bagus dah kena tendang, diganti baru.

- Menteri baru perumahan dah start blogging dah! mndsingapore (MND = Ministry of National Development). Dulu mereka gunakan mainstream media nak sebarkan dongeng mereka. Kini cakap direct kepada rakyat. Sejarah baru di sini bagi seorang menteri - yang buat blogging secara kerap dalam isu-isu kementeriannya.
High property prices are among the biggest complaint.

- Menteri baru pengangkutan naik MRT. Hahaha. baru ko tahu. Sebab pak menteri selalu ada Lexus dan drebar. Baru ko tahu rakyat punya problem.
Kena naik bas lagi! Ah, baru ko paham bila orang komplen it takes hours to get to work.

- Gaji pak menteri yang tinggi, satu lagi isu panas, juga sedang dikaji. Belum ada apa-apa berita besar, tapi ada committee yang nak dihidupkan.
Cerita ni mereka kena slow sebab takut jika gaji rendah sangat, nanti orang politik corrupt yang naik macam di banyak negara lain. Gaji depan kecik saja, tapi dia makan duit berjuta bawah meja.

Pembangkang Singapork nampak PAP ni terkapai-kapai sikit, tapi mereka tak serang.
Sebab mereka pun sibuk jaga hati rakyat, takut kena undi keluar lima tahun lagi. Jika mereka bertekak dengan PAP, ia secara gentleman. Argue with facts bukan emotion.
Tak pakai ceramah setiap hujung minggu naikkan kebencian orang, tak pakai video, tak ajak demo susahkan orang lain asal nafsu mereka puas.
Itulah yang saya harapkan untuk negara angkat saya.


VID: Kena main lagu Aishah nih! Janji Manismu (orang politik). Dari album Unggul.
Ditujukan kepada Ambiga.
"Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
 Keikhlasan."




JIKA saya kata kat sini, takut orang tuduh saya bodek kerajaan - tapi saya nak kata juga.
Kamu lihat PM Najib tu = beliau sungguh-sungguh mencuba nak pikat hati rakyat dengan cara baru.
Bukan pakai ceramah maki hamun, tapi lancarkan projek perumahan, pengangkutan awam (MRT) dan nak kawal inflasi buka kedai barangan yang disokong Mydin.
Ada benda dan caranya tentu tak disukai kita. Tapi kan lebih baik buat gini daripada budaya benci dan demo ni?
Sama juga saya berbesar hati bila baca Lim Guan Eng gi luar negara nak promote Penang, termasuk ke Singapork.
JIKA pembangkang pandai, apa yang kerajaan buat, kamu unjurkan idea yang lebih bagus!
Misalnya kerajaan Selangor nak mulakan skim Build-then-Sell yang katanya lebih baik daripada yang dirancang Najib.
Ah, kan bagus tu, berlumba untuk kebaikan dan kebajikan rakyat.

AT the end of the day, rakyat sepatutnya beri undi atas apa yang orang politik ni dapat beri kepada rakyat. Bukan kita undi mereka sebab kita dihasut benci pihak lagi satu tu. Politics of hate.
Alangkah cantiknya jika Kinisidertoday ni diisi dengan cerita jalan baru dibuka, jambatan utk rakyat kampung, skim paip air dah mula, selain isu yang buat kita hina orang lain?

Saya terkejut tiga minggu lalu terbaca di Internet = kerajaan Malaysia TURUNKAN harga minyak 10sen seliter.
Cari di Malaysiakini, Insider dan FreeMalaysiaToday, aiks tak ada! Atau mungkin kerana dikecilkan berita dah hilang.
Cuba jika minyak naik 10sen, wah, macam nak kiamat mereka pekik.
Mainstream media pun tak pandai main cerita positif kerana nak main cerita politics of hate.
Sedih, sedih.
Ini pandangan peribadi orang kecik yang menumpang di utara.

Friday, 8 July 2011

Kenapa saya tak gemar demo =3/3

SEORANG 58THN MATI - HarakahDaily

Salah pendemo atau nak salahkan abang polis?
Baca sini.
Saya buat liputan demo jalanan di Maysia ni sejak Anwar kena berhenti kerja pada Sept 1998. Setahu saya, inilah kali pertama orang mati kerana berdemo.


ANWAR KENA PIJAK PENYOKONG

AFP melaporkan:
A. Xavier Jayakumar, a legislator allied with Anwar’s party, said he and other opposition leaders together with hundreds of protesters were gathered at a train station in Kuala Lumpur when police fired tear gas.
“There was panic... Anwar fell down and hit his head against the concrete pavement,” Jayakumar said at the hospital.
“People also stepped on his leg. He sustained a bruise to his head and a cut on his left leg,” he added.
“Anwar is very shaken up because of the fall and because of the gas.”
Alamak, camna ni penyokong.
You must always protect your leader at all cost!
Bukan pijak depa. Kesian Abang Nuar dah kemek.
Camni kes sodomi Julai13 ditunda tak?

------------------------------------------

Dalam tulisan saya Bah. 1 dan Bah. 2, setelah membaca anda mungkin berkata dalam hati -- pak chic tua ni nampak terlalu pro-govt.
Suka hatilah. Pendapat masing-masing.
Saya sebenarnya cuma tak suka kecohmecoh dijalanan, yang menahan hak setengah rakyat, hanya kerana setengah yang lain mahu tegakkan hak mereka tanpa batas.

Apa pun ini cerita di bawah ini mungkin jadikan abang polis pun marah. Lebih relevan lagi kerana beberapa jam lagi kita akan nampak dan dengar macam-macam benda terjadi (mungkin).

Selama 12 tahun di Maysia sebagai wartawan, dah terlalu banyak demonstrasi saya buat liputan.
- Yang paling meletihkan ialah setelah Anwar ditangkap dan dicepuk, maka penyokongnya mengamuk besar.
Hingga mereka merancang demo SETIAP HUJUNG MINGGU = Sabtu malam = di Masjid Kampung Baru, pada satu ketika.
Berminggu-minggu saya kena duduk menyangak kat luar masjid tu waktu Maghrib tunggu orang nak demo. Kadang jadi, banyak kali tak jadi sebab yang hadir sikit sangat.

Dan bukan saja demo Reformasi.
- Banyak juga demo depan embassy US = marah dengan America, kadang geram dengan Israel, atau nak jadi hero apabila Iraq dan Afghanistan diserang US.
- Ada juga demo anti-Singapork depan kedutaan Singapork, yang kebetulan berdepan embassy Uncle Sam.
- Juga demo depan embassy Australia, Thailand, Indonesia.
- Ada pula isu inflasi, maka orang demo juga.

YANG paling saya marah dengan abang polis ni - dan tentu ramai yang pernah demo setuju, selalunya bila orang sedang hendak bersurai tu, maka akan diserang FRU dan disimbah air!!!
Mereka nak tunjuk there is a cost to your illegal demo. Harganya ialah kamu kena simbah air berkimia dan kena belantan sikit.

YANG saya geram terjadi di satu demo kecil apabila harga minyak dinaikkan zaman Abdullah Badawi. Bukan salah beliau sebab harga minyak dunia melambung.
Lalu berkumpullah lebih kurang 100 orang - mungkin 70 kot - di depan KLCC mengadap Jalan Ampang (Malaysiakini tulis 300; mereka tak pandai hitung, sebab tu jadi wartawan media nyamuk).
Pandai para demo ni - tiba-tiba belon hitam ditiup dengan banyaknya (mereka pakai pam auto), lalu mereka berkumpul berdiri bersama. The black baloons represents oil. Wah.
Ada beberapa sepanduk.

Tak mengacau sesiapa pun.

Tapi abang polis FRU lebih kurang 50orang kelilingi mereka.
Setelah 15minit gitu, mereka setuju nak bersurai. Sedang nak bersurai itulah tiba-tiba FRU serang dan mula memukul dan memijak seorang penunjuk perasaan yang terjatuh.

Eh gila ke polis ni!
Malah saya ingat lagi saya berkata dengan kuat 'Why did the police beat them up?'
Terdengar seorang FRU saya kata gitu dia kejar saya, tapi nak angkat belantan tak jadi sebab nampak Press tag saya.
Gilalah punya kerja.

INI bukan sekali saja FRU ni buat gitu.
Mereka hanya tidak menyerang apabila yang demo ialah Pemuda Umno, apa ni!
Kalau aku kata kamu berat sebelah, marah pula.

JADI saya harap abang polis bawa bertenang kejap lagi.
Kalau nak tangkap, terus tangkap apabila mereka muncul.
Janganlah dah berbincang, orang dah setuju nak bersurai, sedang berjalan nak bersurai kena serang dari belakang.

Dan jika nak tangkap orang yang lari masuk bangunan tolonglah berhati-hati.
Ada cerita benar dari zaman Reformasi - FRU kejar budak-budak ni lari masuk bangunan yang ada Macdonald's. Mereka tangkap orang yang berpeluh tapi olok-olok muka innocent duduk kat situ.

Malangnya mereka hari itu mereka tertangkap seorang doktor Melayu yang terkenal di Maysia.
Mamat doc ni beritahu rakan saya: 'Aku ni tak sokong A, tak sokong B. Lagi makan burger. Tapi dikasari oleh polis dan ditahan, maka aku terus masuk geng Reformasi'.

Kenapa saya tak gemar demo =2/3

TAMBAHAN PAGI

Bila hero bangsa melayu sedunia, Khairy Jamaluddin, bertanya di Parli dan dijawab, tentang isu jet Singapork terbang 'menceroboh' Johor, saya geleng kepala.
Saya beritahu rakan = saya rasa ini jet terbang atas Pulau Batu Putih kot, bukan masuk tanah besar Johor.
Betul, rupanya.

Dulu kawasan batu-batu tu itu tidak jelas sama ada milik Singapork atau Maysia = sedang di mahkamah antarabangsa.
Sejak dah confirm ada yang milik Maysia, mereka mula hitung berapa kali jet RSAF (Republic of Singapore AirForce) terbang atas batu-batu kecik itu. Bukan seperti yang disangka = jet masuk JB atau Kota Tinggi.
Ish ish ish.
Jet Singapork: Lu orang tak pandai elak ke dari terbang atas batu tu? Kamu dapat lesen terbang tak?
Nanti hero-hero melayu demo depan embassy Singapork di Jalan Tun Razak problem pulak aku kena cover.

-----------------------------------------
POSTING SEBELUM INI 

SAMBUNGAN....
Bahagian 1 di sini.

SAYA IKUT ANWAR JELAJAH MAYSIA

Anwar kena pecat Sept 2, 1998.
Saya di luar kediaman Timbalan PM dari 7mlm hingga 2.30pagi bersama puluhan wartawan lain, dan ratusan penyokongnya, dan puluhan polis dan SB.
Dah malam, FRU pun tiba sebab ada desas-desus orang nak serang kediaman rasmi Perdana Menteri = dekat sebelah kediaman rasmi Timbalan PM.
Orang atasan Umno yang saya nampak masuk ke rumah Anwar malam tu ialah Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi (maaf jika tertinggal nama pembesar lain, pak chic dah tua; lupa). Yang lain pun sokong juga Anwar tapi gentar dengan Mahathir, yang tak lama lagi ditahtakan MahaFiraun dan MahaZalim.

Parah beb, tunggu kat luar rumah. Takde toilet.
Nak makan minum kena nelpon rakan dan minta sedekah - bro, tolong datang segera bawa air sejuk dan apa2 yang boleh dikunyah. Tapi jangan bawa sikit, sebab yang dahaga-lapar kat sini ramai oi.

DAH SELESAI peristiwa pecat, bos kasi saya rehat 1-2hari. Kemudian Anwar dah pulang ke rumahnya di Bukit Damansara, saya dikerah duduk sana.
Saya orang lower middle-class Ampang-Keramat, tak pernah pun masuk kawasan glam ni sebelum itu! Woooi, besao-besao rumah kat sini. Ada rumah Rafidah, Tok Mat, Ling Liong Sik, etc.
Waduh, besarnya rumah Abang Nuar.
Dari pagi hingga malam dan awal pagi (2pagi), mesti ada wartawan Reuters di situ (masa tu saya dengan agensi berita ni. Agensi berita terbesar di dunia masa itu, jadi satu dunia tunggu bila Mahadeq Al Firaun nak cekup Abang Nuar Kesayangan Ramai).

Sebagai wartawan, saya dulu jumpa Timbalan PM Anwar dulu satu hingga empat kali SEHARI!
Sebab beliau dulu TPM dan juga Menteri Kewangan, waduh pak, kena dengar apa yang nak dikatakannya.
Masa tu nama Ekonomi Malaysia ni macam ekonomi China dewasa ini. One of the Tiger Economies (yang lain ialah Singapura, Taiwan dan Korea Selatan).
Saya dulu wartawan ekonomi jadi masih ingat benda ni: Dari 1988 hingga 1998, ekonomi Malaysia berkembang purata 8 peratus setahun!!! Meletup-letup. 
Jadi saya kenal rapat gerak geri TPM dan FinMin (Finance Minister) Anwar ni sebagai orang yang diwarwarkan akan jadi PM sedikit masa lagi.

BALIK ke saya di rumahnya di Damansara Heights setelah kena pecat: Alamak, beza sungguh! Pucat mukanya, hilang confidence langsung. Semua orang kasihan, termasuk saya.
Depa gi solat Jumaat di masjid dekat rumahnya tu, kami pun ikut juga!

Menjelang beberapa hari beliau menjelajah ke Penang dan Kedah malam buta nak terangkan kepada ramai apa yang berlaku. Saya kena ikut, naik teksi, sesat malam-malam di Permatang Pauh (1st time masuk) dan lupa kat madrasah mana di Kedah.
Dan selepas tu beliau terbang (? lupa) ke Pahang, berconvoy ke Terengganu dan beri ceramah di tepi laut Pantai Batu Buruk.
Semuanya saya ikut! Penat aku, walau naik teksi sewa bayar beratus-ratus ringgit.

Beliau berkereta ke Kota Baru, lalu tukar naik motor sebab polis roadblock, saya kejar dengan teksi.
Di stadium Kota Baru, ada 30,000 orang! Stadium penuh. Bukan orang PAS saja tapi ramai orang Umno - nak dengar TPM dan FinMin yang dipecat 'secara zalim'.
Dah marah betoi rakyat masa tu. Depa ialah orator No.1 = sama macam Mahathir, KuanYew, Suharto, Hsien Loong, Bill Clinton, Obama, Hitler, Mussolini. Mereka ni kalau cakap 5jam pun kita ternga-nga tak tidur sebab pandai bual depan ramai.

Wartawan agensi berita ni jika di luar office, tak payah tulis. Kami nelpon sesiapa di office, kasi bayangan apa yang terjadi, apa yang dikatakan, berapa ramai hadir, polis berapa. Mereka kat pejabat tulis, selalunya bubuh nama wartawan yang penat berkejar ke sana sini.
Kamu tentu biasa nampak apa yang disebut 'byline' = By Reme Ahmad in Kota Baru.
Kat bawah artikel tu kadang ada nama lain: With contributions from xxx and xxx.


VID: MADAH BERHELAH - bukan! bukan nak ejek Ambiga berhelah dengan bermadah, tapi ni lagu Ziana Zain.
Wee-weet! (Jangan marah Kak Mah).
Dari album UNGGUL, album lagu Melayu KEDUA yang saya beli setelah Gempaq. Ah, saya dah jumpa album-album ni semua di KL tempoh hari, nanti saya post gambaq.
Vid ni bukan lagu ori dalam UNGGUL, tapi depa bawak orchestra.
"Siapa, di antara kita.
"Yang dulu memula sengketa..."




LAHIRNYA REFORMASI

Lepas di KB, Anwar balik ke Damansara. Saya diberi berehat 2-3hari.
Masa tu dah mula orang bisik-bisik perkataan 'Reformasi' ni di rumah beliau. Saya tak sedar masa itu, rupanya nak disamakan dengan Reformasi di Indonesia di mana Presiden Suharto digulingkan, dan rakan karib Anwar, timbalan prez (dipanggil Wapres = Wakil Presiden) BJ Habibie, naik jadi Prez.
Antara pertama kali Anwar pekik 'Reformasi' saya berdiri dekat beliau. Lemah saja jeritan itu sebab baru nak belajar pekik 'Re-for-ma-si!'

Pada 20 September, 1998 = 18hari setelah dipecat, Anwar adakan demo besar2an di Masjid Negara.
Demo aman. Berniat baik.
Tapi HQ Umno diserang = lalu tuduh menuduh bawa yang serang itu ialah SB = abang polis. Bukan pengikut Anwar yang mengamuk. Bukan juga anarchists.

Itulah bahaya demo besar2an ni pada saya: Bila dah jadi taik, semua tak akan mengaku.
Esok bila ada kena gelek kereta lalu mampos, atau mati heart attack kerana berlari dikejar polis, pemerintah juga yang akan dimaki hamun.

Petang demo tu (saya di rumah dah 6petang), bos nelpon saya - kamu sekarang juga ke rumah Anwar. Ada group nak bakar rumah Mahathir, tapi ada juga berita Anwar nak kena cekup malam ni juga. Kami ada wartawan di rumah Mahathir, kamu ke rumah Anwar.

SAYA naik kereta saya menuju ke rumah Anwar, jalan dekat tepi Muzium, di tepi highway ke kediaman rasmi PM MahaFiraun.
INI CERITA BETUL: Trafik jam teruk, lalu saya ternampak di tepi jalan tu ada yang saya kenal. Saya pun stop, maklumlah jam.
Ada seorang yang kini pemimpin kanan pembangkang.
Saya sapa depa: 'Eh, kamu nak gi mana ni?' (Jalan ramai-ramai waktu maghrib tepi highway).
Jawapannya: 'Kami nak pergi rumah Mahathir, nak bakar'.

WALLAH. Yang kata tu bukan SB, bukan anarchists.
Jika saya sebut namanya, satu Maysia kenal!
Tapi bila dah jadi taik, tak ada yang nak ngaku.

Kata Wan Azizah lepas tu - agents provacateur yang merosakkan bangunan Umno dan nak bakar kediaman PM. Saya tak tahu siapa yang rosakkan bangunan Umno. Tapi yang nak gi 'bakar' rumah Firaun tu saya tahu siapa.

Maaf, saya tidak sokong Umno mahupun pembangkang.
Haram bagi profesion wartawan ni sokong A atau B. Kena neutral. Kami orang Islam macam mana pun, jika ada isu gereja Kristian kena serang oleh Muslim (baik di Malaysia, Indonesia, Egypt), kena tulis sama rata, fair and square.

Pada saya kamu ni sama saja = saya wartawan, saya tulis apa yang saya nampak dan dengar.
Kawan saya di kedua-dua belah pihak.
Tapi pada malam tu, itulah yang saya nampak.


VID: GERIMIS MENGUNDANG oleh Slam (steadylah, suara Zamani ni macam suara saya. Kenapa? Tak percaya?).
Lagu ini ditujukan untuk abang polis yang on-duty Sabtu ni. Mereka akan gerimiskan dan gemersikkan penunjuk perasaan.
Juga dari UNGGUL.
"Dalam tak sedar
"Aku kebasahan".



ANWAR KENA TANGKAP *U.T.K. 

Tiba di rumah Anwar, beliau baru kena cekup.
Wooo, marah sungguh orang ramai di situ. Termasuk saya.
(UTK = Unit Tindakan Khas, Special Forces = police commandos).

29 Sept, 1998, sembilan hari setelah kena cekup, Anwar masuk mahkamah dengan mata lebam.
Mampos, dalam hati saya, yang berada di mahkamah hari itu. Heboh satu dunia beb! Kat luar mahkamah dah mula kecoh. Saya pasti masa itu bergegar Maysia ni. Yang tak disangka hingga hari ini, dah 13tahun, masih bergegar.
You cannot mistreat a VIP prisoner like this. Kalau kamu cepuk hamba dalam jail tak apa, tak ada orang kisah.
Tapi biasalah, dah jadi taik, tidak ada yang ngaku tumbuk Anwar selama beberapa tahun.


KES PANJANG DI MAHKAMAH 

Penat Abang Rem (masa tu masih Abang ler, baru 39tahun) cover kes Anwar di mahkamah. Pembetulan: Sistem LRT baru siap di KL. Tapi setiap hari 6.30pagi, bini drop dekat mahkamah dgn kereta kecik, lalu saya queue 7pagi, sidang 9pagi.

Saya berbulan-bulan ditugaskan cover kes ini dengan rakan seorang lagi. Aku cover dua minggu ni, lepas tu kamu pulak gi.
Macam-macam saya dengar dalam tu yang Augustine Paul kata 'not relevant'.
Ooooo, if only I could tell you some of the things I heard.
Tuduhan corruption pegawai dan menteri oleh Anwar dan peguam.
Tuduhan cerita-cerita seram oleh Ummie Hafilda dan yang lain tentang Anwar.

PADA 14 April 1999, Anwar didapati bersalah atas "corruption". Untuk orang awam seperti saya, beliau didapati bersalah kerana salahgunakuasa paksa Ummie dan drebar tarik balik tuduhan kelakuan salah Anwar.


Pada hari keputusan itu, saya ditugaskan di LUAR mahkamah.
Demo ganas keliling mahkamah (depan Dataran Merdeka) oleh penyokong Anwar.
Saya nampak sendiri polis mengganas.
Tapi penyokong Anwar pun sama = seorang pemimpin kanannya hari ini (bukan yang nak bakar rumah Mahathir tu) bakar sampah sarap di tepi Jalan Perak.
Lepas tu ada group lain menyerang kereta TV3 yang kebetulan berlalu kat situ.
Dan yang lain memecahkan parking meter di kawasan itu, nak gunakan lawan abang polis.

Dah jadi taik, semuanya dituduh agents provacateur sedangkan saya nampak siapa pemimpin yang buat kacau tu.
Untuk agensi berita, kena jaga: demonstration dan protest besar bezanya dengan RIOT dan RIOTING.
Hari itu, Reuters gunakan perkataan RIOTING, sama seperti bila kediaman rasmi PM nak dibakar.
RIOT hanya digunakan bila harta benda awam dirosakkan.

Jika kamu hanya pekik-pekik slogan dengan pegang sepanduk, walaupun kena simbah air dan tear gas, masih demo dan protest lagi. Mungkin kami gunakan 'a demonstration that at times turned violent'.
Tapi bila dah menggila rosakkan benda awam (pecahkan tingkap kedai, terbalikkan kereta) dan serang polis yang nak menyuraikan para demo, rioting lah tu.

JADI bila kamu baca cerita dari Greece atau Syria, Bahrain atau Spain, perhatikan perkataan yang digunakan = demonstration dan protest, atau rioting dan chaos.

Baca cerita ni oleh Aliran - depa bagi another view (takut pandangan saya terlalu pro-polis pulak!). Katanya tong sampah terbakar, dan ada tingkap mahkamah dipecahkan.