Monday, 29 August 2011

Menjelajah pelbagai dunia dengan buku

DISAMPING mengunyah rendang dan lemang, ketupat dan ayam goreng, di sini bacaan ringan untuk Raya.
Pertama kali saya menulis tentang buku-buku yang saya baca.
Bukan nak suruh anda baca, cuma nak kongsi cerita. Setiap cerita ada implikasi untuk negara tersayang, walau indirect.

Buku-buku cerita tentang Egypt, Iran, Iraq, Pakistan dan Afghanistan.
Dua minggu sebelum dan sepanjang bulan puasa, saya sempat membaca empat buku yang kebetulannya semua berkisar negara Musalman.
saya dah baca buku ketiga baru sedar. saya main ambil dari koleksi saya - kat rumah beli buku bertimbun, kadang dah setahun dua baru sempat baca.


WARLOCK - Wilbur Smith.
Buku ini oleh penulis favourite saya Wilbur Smith. Dan ceritanya juga mengenai sejarah empayar yang saya gemar - zaman Firaun, di mana tamadun Mesir begitu tinggi (dan tuhan patung sembahan mereka beratus). egyptian civilisation at its technological best. kini, seperti seluruh dunia islam, kita dah jadi Users of Technology, bukan Inventors.
Sampai sekarang orang tak tahu bagaimana piraun ni dirikan pyramids. mereka juga control sungai nile (mereka pronounce 'Nil') agar dapat basahkan padang pasir dan tumbuhkan makanan, bina bangunan yg masih berdiri hingga hari ini, mencipta tulisan hieroglyphics, pandai matematik (kira perjalanan matahari-bulan agar tahu bila air sungai pasang-surut) dan ada rekod simpan makanan dan cukai yang detail.

Novel (cerita rekaan, bukan cerita benar) dalam buku Warlock menceritakan pertempuran dua kingdom Egypt kuno.
Lihat peta Egypt - dulu empire mereka memang pernah terbahagi dua - ada dua Firaun (maharaja). Satu ibukotanya di Thebes (dekat bandar Luxor kini). Dan satu lagi di Abnub (selatan Cairo kini). Keduanya di sisi Sungai Nile.
satu di Lower Egypt (dekat Sudan masakini) dan satu lagi empayar Upper Egypt (yang mengadap laut mediterranean).

Ah the Nile River!
Macam banyak sungai besar zaman dulu, tanpa sungai negara kita tak akan membangun.
Sungai Singapura, Tigris dan Euphrates di Iraq, Indus di India dan Pakistan, Brahmaputra di Bangladesh.

Di Maysia? Pentingnya Sungai Klang, melahirkan nama yang kita gunakan tanpa berfikir lagi = Port Klang, Lembah Klang, Ulu Klang, Klang Gates dam.
nenek moyang kita hidup dan mati dengan air sungai dan air laut. kini kita boleh tinggal di tengah kawasan tanpa sungai (lembah klang). dapat air, terima kasih kerana teknologi paip dan pam. dan terima kasih kepada manusia yang reka kereta, bas dan sistem pengangkutan.
Tanpa inventions mudah gini, kita masih gunakan sampan dan minum air sungai mentah.

Smith begitu terkenal dengan sweeping visions untuk African Travel Stories. Cerita tentang Rhodesia, South Africa, bush war, Boer war, Egypt zaman kuno dan moden, dan central african republics, ivory, gold, diamond.
Ada lebih kurang 30 buah bukunya, diterjemah puluhan bahasa, hampir semua top best sellers.
Warlock ialah sebahagian dari siri New York Times bestseller Smith mengenai Egypt kuno.
Buku lain siri Egypt ialah River God dan The Seventh Scroll.
Buku Warlock di Amazon.com.


THE INCREMENT - David Ignatius.
Saya tak pernah dengar nama mamat ni sebelum membeli buku beliau. Saya beli sebab harganya murah di jumble sales opis, dan ada gambar masjid Iran kat cover.
Fuyoh, cerita espionage tentang pembikinan loji nuklear Iran. Cerita fiction juga. New York Times bestseller.
Memberi gambaran tentang cara Iran kumpul data nak bina loji nuklear di belakang tabir, dan cara US, Britain, Israel menggodam.

Yang menarik juga ialah ia memberi gambaran hidup harian orang Iran yang saya pernah baca di tempat lain - semua aspek kehidupan mullah mereka jadikan isu halal-haram hingga orang muak dan tak ikut. Janganlah Maysia jadi gitu.
kena ada janggut, dipaksa solat jemaah di masjid, tapi mullah dan Revolutionary Guards semua corrupt, itulah dah banyak saya baca cerita yang sama di tempat lain.
nama saja negara republik islam, perangai menekan rakyat dan merampok.
Kerana sikap menekan dan merampok inilah yang membuat seorang saintis muda belot dan bantu musuhnya. Pemerintah kena jaga hati rakyat, terutama rakyat ada talent, jika tidak rugi gitu saja, mereka tolong musuh.

Ignatius dulu columnist Washington Post yang membuat liputan Timur Tengah dan CIA.
Good idea wartawan jadi penulis buku....
Buku ini di Amazon.com.



H.M.S. UNSEEN - Patrick Robinson.
Nak tahu taktik, selok belok dan kehidupan dalam kapal selam moden, bacalah Robinson.
Dulu saya pernah baca buku-buku techno-thriller beliau yang lain.
Fuyoh, banyak detail mamat ni sebab beliau buat research dan seorang adviser buku-bukunya ialah bekas admiral kapal selam (bukan Scorpene).

Bukunya Kilo Class dan Nimitz Class jadi NYT bestsellers.
Buku HMS Unseen dah keluar lama tapi saya tak terbaca sebelum ini. Saya dapat free bila kawan nak jual di jumble sales - saya minta, dapat percuma.

Cerita sambungan dari dua buku di atas tu, di mana seorang submariner berbangsa Iraq menyelinap masuk jadi pegawai submarine British dan Israel, kemudian lari masuk ke Iraq, dan ke Iran. lalu mencuri kapal selam terbaru britain, HMS Unseen (HMS = His Majesty's Ship). untuk serang amerika, etc etc.

jarang dapat buku di mana mamat musalman dijadikan hero, walaupun dalam buku ini Commander Benjamin Adnam menjadi anti-hero.
Buku ini di Amazon.com.


THREE CUPS OF TEA - Greg Mortenson dan rakan penulis.
Juga buku bestseller. dan ini cerita betul, bukan seperti yang lain.
bagaimana seorang pemanjat gunung miskin dari america, mortenson, menjadi sedar peri pentingnya membina sekolah di hulu pakistan. di tempat di mana tidak ada orang nak bantu anak-anak moslem paki yang miskin. pemerintah paki pun buat tak tahu nasib mereka. tapi mat salleh mountaineer ni sanggup masuk dan bantu mereka.
sedih kita baca corruption di paki dan corruption antara ulama syiah dan sunni di kampung pergunungan dekat K2, gunung kedua tertinggi di dunia.
kemudian beliau masuk pula Afghanistan nak bantu bina sekolah di hujung negara itu.

sedih dan urut-urut dada kita baca payahnya hidup atas gunung, orang yang hanya mahu anak mereka dapat pelajaran agar hidup masa depan cerah.
bodoh dan rugi saya rasa anak2 kita yang diberi pelajaran hampir percuma di sini tapi membuangnya begitu saja, sedangkan yang papa di sana merintih mahu sekolah dibina.

nama buku ialah sempena tabiat orang Baltistan (sebahagian daripada North West Frontier di pakistan, kini kawasan taliban) di mana mereka hanya akan rapat dengan kamu jika terus panggil kamu singgah ke rumah. minum "cai" (teh).
tak boleh terus masuk dan katakan 'nak bina sekolah sebab anak pompuan kamu semua bongok'. kena pujuk dulu.

"here we drink three cups of tea to do business: the first you are a stranger, the second you become a friend, and the third you join our family, and for our family we are prepared to do anything - even die," kata seorang ketua kampung bangsa Balti.

mortenson kata cara amerika serang afghanistan, pakistan dan iraq nak kuatkan security negara amerika adalah tactic salah. tak guna hanya gunakan bom dan kata - we have defeated them. jika nak security long-term kena bawa pelajaran kepada mereka.
orang miskin kampung ni ramai masuk madrassah extremist wahhabi (tajaan saudi dan kuwait) kerana mereka mahu anak mereka berpendidikan. mana mereka tahu akan jadi pembenci amerika dalam sekolah.
mortenson begitu sayang dengan af-pak ni sehingga anak pompuannya dinamakan Amira Eliana Mortenson (Amira = a woman leader), dan anak lelakinya Khyber Mortenson (Khyber Pass is the famous mountain pass between Af dan Pak).
ada banyak gambar-gambar orang yang ditemui penulis.

berjuta buku ni laku. tapi isi buku kemudian jadi kontroversi besar apabila rancangan investigative tv journalism, 60 Minutes, mendedahkan bahawa ada isi cerita mortenson di reka-reka.
dan ada sekolah yang dikatakan dibina tidak ada bila dilawati kawasan itu oleh 60 Minutes.
juga ada tuduhan mortenson kebas wang derma untuk kumpulan charity yang diketuainya, Central Asian Institute.
google 'three cups of tea' jika nak baca tentang kontroversi buku ini, termasuk di sini.
Juga baca kritikan pembaca tentang buku ini di Amazon.com (click di bawah).

apa pun, pada saya mesej buku tetap penting - kenapa 'orang kapir' yang masuk bantu musalman gunung ni? kerajaan sendiri perampok rakyat dan mullah kampung pun beri fatwa tak boleh didik anak pompuan, haram!
jika maysia ni haramkan pendidikan wanita moslem, bodoh sakan negara kita sebab lebih setengah dari kebijaksanaan moslem dibuang gitu saja.
Buku Three Cups di Amazon.com.



Sunday, 28 August 2011

I know what I did last Raya

SINGAPORK MOSQUE with GIANT FANS

Heehee action jackson.
Saya dah lama tak gi Masjid Sultan, masjid paling bersejarah di Singapore dan yang paling besar (jika tak salah).
Websitenya di sini - masjid ni dibuka kepada pelancong setiap hari (tutup sementara solat Jumaat).
Kapasiti jemaah - lebih 5,000 (?, kurang pasti).

Sempat ke sana awal bulan puasa 4minggu lalu. Mak! Apa tu - besaunya!
Ada tiga kipas raksaksa kat tengah dewan solat. Satu kepak kipas tu setinggi saya, jadi diameter kipas tu dua kali tinggi mamat biasa.
Masjid Maysia kipas semua standard size, tapi pakai aircon you.


Cerita dari Berita Harian Singapore di sini.
Masjid di Arab Street ni ada auditorium untuk 411 orang di sebelahnya. GAMBAR: Tepi Merz putih itulah auditoriumnya, memudahkan ceramah.
Kenapa bentuk masjid ni lebih kurang sama dengan bangunan bersejarah di depan Dataran Merdeka KL? Sebab arkiteknya sama, arkitek British.



-------------------------------------

Hari-hari sebelum Raya tahun lalu, saya di Temasek.
Minoriti di mana saja pun, jika ada hari kebesaran seperti ini, kami syiok sendiri sebab kaum majoriti biasanya tak sedar pun dan tak kisah sangat.

Bulan Puasa dan lebih lagi menjelang Raya ialah masa untuk mengelakkan kawasan Pasar Geylang sebab jam giler dan penuh dengan manusia.
Tapi ada orang yang suka dengan crowds dan berebut nak ke sana!
Ini coretan saya Raya-Raya lalu termasuk tentang masjid-masjid di Singapork.


Tahun ini, saya masih di KL. Masjid dah kurang orang. Dan pusing-pusing Keramat, Wangsa Maju tadi pun kereta bergerak nampak berkurangan (saya tak berani masuk Middle Ring Road 2, takut jam orang balik kampung).
Esok pagi baru balik ke Pulau Selatan.

RAMAI orang bertanya: Kenapa tak Raya saja di KL?
Jawapan saya: Semua ahli keluarga saya di Singapork.
Pernah dulu hanya sekali saya beraya di KL, masa tu masih sewa di corner house Setiawangsa. Di kawasan tu (di depan Masjid Muadz bin Jabal) hanya seorang saja keluarga Cheena masa tu.
Bila Raya, tinggal kami saja sekeluarga di situ! Yang lain semua balik kampung seminggu, dan masa tu tak banyak kedai yang buka pada tiga hari pertama Raya!!!
Pada malam hari, ketakutan kami sebab neighbour semua hilang seminggu.

Hari raya pertama masa tu, kami sekeluarga gi ke kediaman rasmi Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Seri Perdana (dekat Muzium). Baris 1jam nak masuk ke kawasan dalam, lepas tu jika nak salam PM kena queue satu jam lagi. Kami tak join baris kedua ini, cuma makan kat dalam tu bersama ribuan lain.
Masa tu Mahadeq masih hero rakyat lagi dan Anwar hero kedua.

Selepas peristiwa raya sendiri dalam gelap dan ketakutan, kami tidak pernah lagi beraya di KL.
Walaupun sebenarnya sekarang ni, kami untung sebab kawasan rumah kami di Wangsa Maju selang seli ada keluarga Cheena dan Injun.
Dan mereka tak balik kampung. Jadi time raya mereka look-see rumah kami, bila raya mereka kami jaga rumah mereka.

Selamat Hari Raya.
Minta mangap ngobrol nonsense dan maki hamun kalian tak kena tempat.
Itulah dunia blogging kita syiok sendiri.
Semoga semua amalan diterima dan ditambah kurnia apa yang didoakan.




Friday, 26 August 2011

Singapore keluar mengundi presiden: uh oh.

TONY Tan menang nipis, 35.2peratus.
Cheng Bock dapat 34.8.
Jee Say, calon pembangkang 25.
Kin Lian mamat neutral, hampir 5peratus dan hilang deposit.

Baca straitstimes.com untuk detail. Saya pakai iPad ni susah nak buat link.

----------------------------------


NAMPAKnya Tony dan Cheng Bock dapat 35 peratus setiap seorang, dan calon pembangkang Jee Say dapat 25 peratus, Kin Lian 5 peratus.
Mungkin ada recount nak putuskan siapa jadi Prez.


-----------------------------------------
Tan Kin Lian, calon yang pertama kali masuk pilihanraya (baik nak jadi MP atau Presiden) mengaku kalah. Beliau ialah mamat yang paling neutral dalam pertandingan segi empat ini.
Ditanya sama ada akan dapat deposit atau hilang, katanya mungkin tak dapat balik.
Deposit nak bertanding ialah S$48,000, dan kena perlu dapat 12.5 peratus daripada jumlah undi yang lebih kurang 2.2juta.
Nampaknya pertandingan ialah antara Tony (calon paling rapat dengan PAP) dan Jee Say (calon pembangkang, termasuk disokong superstar ah moi pembangkang Nicole Seah).

Aha aha, saya salah! Kata website pro-pembangkang TemasekReview.com, Tony is leading, dengan Cheng Bock di tempat kedua.

-----------------------------------------

PUSAT undi tutup 8malam. Kini undi sedang dikira. Lewat lagi beb baru keputusan keluar.

-----------------------------------------
Kejap lagi, Sabtu, rakyat Temasek keluar mengundi pilih Presiden untuk lima tahun.
Saya pernah cerita siapa empat calon yang bertanding.
Saya pernah borak tentang presiden-presiden lama pulau ni.

SAYA di KL jadi tak dapat mengundi. Cuma anak jantan saya akan undi.
Malam Sabtu karang akan keluarlah keputusan - nanti saya tulislah.
Tidak seperti kempen Presidential Election lalu, pilihanraya kali ini paling kotor. Calon-calon serang Tony Tan, calon yang paling dekat dengan PAP, parti yang - macam Umno-BN - kini orang dah muak.

TENTUNYA ramai jangka Tony Tan akan menang.
Tapi apa kata beliau menang tapi hanya dapat 40 peratus daripada undi? Yang lagi tiga ekoq dapat 20 peratus setiap satu? Atau pemenang hanya dapat 35 peratus?
Eeks malu beb - you will not represent even half of Singaporeans, 51 per cent, sebab 60 peratus mengundi AGAINST you.
Hmmm, congak yang tentunya memeningkan para strategist PAP dan pemerintah.

YANG saya gelak dalam kempen ini ialah apabila Tony Tan dan isteri dilaporkan naik teksi. Wah, big news.
Brader, gua naik MRT tiap hari dan kadang naik teksi. Selalu jalan kaki.
Ramai lain naik bas tiap hari nak jimat wang.
Dan nampak Tony senaman pagi dengan rakyat.
Calon lain gi pasar dan food centres.

Begitulah politik, perlu undi kita baru nak jadi rakyat biasa macam kita.
Jika tidak Datuk dan Tan Sri naik Merz ada drebar, makan kat hotel, tinggal di banglo mewah, nampak rakyat hanya lambai dari jauh.

NAK baca antara cerita presidential election (PE), baca sini.

KEMPEN PE kali ini merubah langsung sikap dan institusi Presiden dengan rakyat.
Beliau tidak lagi akan berani duduk dalam Istana (pejabat rasmi Presiden namanya ialah Istana, di tepi Orchard Road), tapi kena bawa suara rakyat, walaupun ini bertentangan dengan mengapa Lee Kuan Yew dulu adakan post ini.
Niat LKY ialah agar ada satu orang jadi tukang jaga kunci kewangan negara, jika PAP tewas. Misalnya, pembangkang menang dan mahu gunakan state reserves berbilion nak beri pada rakyat sebagai populist measure, misalnya dalam kemelesetan atau inflasi tinggi. Populist measure tentu perlu untuk pemerintah masa itu jika nak terus berkuasa.
Tapi kini orang bertanya - siapa nak block jika yang menang Parlimen pun pembangkang (Perdana Menteri dan Kabinet orang yang dulu pembangkang) dan Presiden juga dari geng pembangkang? Ah kau.

State reserves Singapork ada lebih daripada US$100 billion atau RM300billion. Ia baru pertama kali digunakan tahun 2008 apabila PM Lee Hsien Loong minta kebenaran daripada Presiden SR Nathan nak belanjakan wang rakyat untuk digunakan untuk bantu rakyat kerana kemelesatan teruk.
Kini orang bisik - samalah tu esok bila pembangkang jadi PM dan Presiden. Takkan kunci tu tak akan digunakan untuk buka pintu tabung?

Inilah antara isu penting Singa-porkians kena pikir hari ni bila mengundi. Pemerintah dah memang PAP, jadi adakah mereka mahu calon paling rapat dengan PAP menang (Tony Tan, diikuti dengan bekas MP PAP yang begitu lama Tan Cheng Bock).
Atau nak pilih yang paling jauh dari PAP - Tan Jee Say, yang tanding atas tiket pembangkang Mei lalu.
Atau nak mamat yang neutral, yang pertama kali masuk pertandingan politik, Tan Kin Lian.

Watch this space.

Wednesday, 24 August 2011

Isu Tanah - suburkanlah jika berpeluang

Cerita saya dan tanah.
Nak ngomel tentang tanah ni sikit, dapat idea daripada dahserikngankeris (terima kaseyyy tuan, kerana beritahu bahawa kita dalam sama kapal di dua posting lalu. Harap kapal kita tak tenggelam!).

Singapork ni pulau serba kecik. Sebab tu bila dia action kata dia negara First World, sedangkan Malaysia masih Third World, jawapannya tak gitu susah nak pikir. Tak perlu gusar.
Memang betul pemimpinnya kerja keras dan tak kebas duit rakyat. Tapi ada satu lagi faktor penting.


GAMBAR: Ini bidang tanah kecik saya di tengah rumah di KL. Kat Singapork, saya tinggal di flat tingkat atas, pakai pokok plastik. Kat KL saja saya ada tanah sikit - kat depan rumah teres saya dan di tengah ni, boleh main pokok = hobi saya selain kuci-kuci kucing.
Mini-waterfall saya jatuh ke dalam kolam yang hanya 3feet by 2feet = kecik macam dulang kenduri! Tapi syiok dengar bunyi air mengalir, macam di Niagara Falls you.
Ikan koi kenit-kenit sepatutnya 9 ekor (kalau nak ikut Chinese feng shui) tapi saya ada 5-6ekor (dah lama tak kira).
Bangku dan meja dari rail keretapi dulu, kini jadi reading area saya dan tempat makan. Open air = atas tak ada bumbung dan bila hujan basah kawasan ni.
Yang hijau tu bukan rumput, tapi green carpet. Tapi pokok lain semua yang asli.
Siapa nak kasi kontrak RM1juta kepada pork chic suruh design small-garden, silakan. Memang hobi buat benda-benda gini nak habiskan hari tua tunggu nyanyok.


DI PULAU selatan ni, jika kamu naik kereta dari Gombak gi Shah Alam, itulah Singapork.
Sebab itu jika kamu lihat, baik kamu di estet perumahan di Jurong West mahupun dekat hujung lagi satu di Pasir Ris dekat Changi, semua tiang lampu bentuknya sama, jalannya serupa dan blok flatnya pun tak banyak beza.
Even development = pembangunan sama-rata, sebab mudah nak buat.

Dari Tuas ke Changi Point hanya 2jam ikut highway.
Jika saya naik kereta dari Perlis ke JB, satu hari satu malam beb.
Ini belum lagi naik kereta dari hujung Sabah hingga ke hujung Sarawak...

Nak pasang tiang lampu di Johor, orang Perlis pula nak minta longkang, dan di satu hujung Sarawak (yang lebih besar daripada semua negeri di Semenanjung) orang minta jalanraya dibina.
Di Indonesia, selain di pulau Jawa, Tidak Ada highway di 17,000 pulau lain.
Di Sumatera, pulau yang kedua paling developed, pun tak ada. Hanya jalan biasa - macam Malaysia dulu sebelum adanya PLUS dan highway lain. Payah nak berjalan dari satu Propinsi ke Propinsi lain (province).


Begitu juga dengan isu tanah.
Di Malaysia berlambak tanah hingga terbiar begitu saja. Orang tak pandang.
Di Indonesia, daripada 17,000 pulau, hanya 5,000 ada manusia.
Yang kecik-kecik tu - kan boleh tanam sayur! - kosong begitu saja sebab kos nak naikkan ladang mahal dengan isu air dan kos pengangkutan (misalnya, mana nak dapat air? Jika kamu korek perigi, air laut masin yang ada. Dan kos membawa 10kilo bayam naik motorboat berenjin ke pulau besar, nak jual. Mahal kos minyak enjin motorboat dan kos pekerja).

DI Temasek pula ceritanya terbalik. Setiap pelosok dan cerok ada manusia duduk! Melainkan kat tanah bawah elevated highway!
Nak cari corner di mana kamu tak nampak bangunan tinggi agak payah - melainkan di Yio Chu Kang = reserve land yang mengadap Johor, yang ada hutan simpanan kecik dan kawasan tanam sayur dan pelihara ayam.
Kami tak pelihara babi lagi kerana kotor = ladang babi untuk Singapork di kepulauan Riau dan juga di China, on contract.
Ayam dan sayur dari Maysia, tapi ada sikit telor dan sayur dari Singapork sendiri.
Ada perindustrian ikan kecil di Johor Straits - yang mengadap JB di tepi Pulau Tekong dan Pulau Ubin.


Harga tanah begitu mahal di pulau kicik ni.
Mudah saja nak tahu - mari kita bandingkan condo mewah di sekeliling KLCC (condo yang termahal di Maysia), di tengah Jakarta, dan di Orchard Road.

Di Orchard, harga per square foot (psf) dah sampai S$4,000 (RM9,600).
Di KLCC, jika tak salah yang paling top masih di RM3,000-RM4,000.
Di Jakarta, saya pernah tanya tahun lalu sebuah kondo baru di Senayan (kawasan glam dekat Parlimen mereka), lebih kurang RM800 psf. Sebabnya rendah ialah kerana kondo di Jakarta Tidak Boleh dibeli oleh orang asing. Kamu jangan buat mistake beli kondo atau rumah di Indonesia gunakan nama orang tempatan, sebab dah banyak kes orang Singapork kena tipu.


GAMBAR: Belakang rumah. Ada pokok pisang (masih kecik), cekor manis dan entah apa lagi yang daunnya boleh di makan dengan sambal belacan. Yang paling depan sekali ialah pokok yang orang kata jika dimakan daun mudanya dapat protect dari cancer. Dulu tanam dragon fruit tapi tak hidup.


UNTUNG orang Malaysia yang ada tanah besar di kampung.
Jika payah sangat kerja di bandar masih boleh lari ke kampung, dan 'kerja kampung'. Macam rakan saya dulu kerja teksi dah penat, lari ke Raub pelihara lembu dan kerja ladang.
Flatnya di KL disewakan! Dapat RM1,000+.

Gaji di kampung mungkin rendah, tapi kerana ada tanah, kamu boleh buat rumah sendiri (atau tumpang rumah orang tua) dan tanam sayur sendiri.
Saya semasa kecil dulu dapat rasa tinggal di kampung di West Coast Road (kini dah naik banyak kondo) dan Pasir Panjang Road (kini sebahagian daripada National University of Singapore).
Orang sebelah masa tu tanam pokok ubi yang cepat tumbuh, nenek dan arwah bapa saya pelihara ayam dapat telor free.
Bila boring masuk belukar cari buah susu, gajus, belimbing, jambu batu, jambu air, rambutan, papaya. Kadang main kebas dari tanah orang, maklumlah budak kecik. Cari spider! Fighting spiders - mana ada lagi anak kita main fighting spiders ni? Mereka main Nintendo harga beratus. Main lastik burung, buat rumah atas pokok (treehouse), malam-malam kena kejar kuntil anak, berak atas longkang, mandi air perigi - ish macam-macam cerita kampung ni, nak draw kartun macam Lat tak pandai pulak.

Nenek saya ada tanah kecik di rumah kampung di Pasir Panjang tu, tanam daun sireh dan belimbing, yang dijual di kedai mamak! Dapat wang ditukar kepada beberapa ikat kayu = kami masa tu masak nasi dan lauk pakai kayu api! Ini di Singapork lewat 1960an dan awal 1970an!!! Masa tu dapur pakai gas baru keluar tapi mahal untuk orang kampung.
Kat rumah tu juga ada pokok (satu saja) durian belanda.

KINI dah tak ada chance dah main-main gitu lagi. Duduk kat flat, on aircon, buat blog yang tak ada hasil dan tak keluarkan peluh (unhealthy activity), lepas tu kita kata itulah kemajuan zaman Internet :-)


BUMI LAND
PADA saya memang tepat undang-undang Malaysia khaskan tanah kepada tiga jenis - yang boleh dibeli orang dan syarikat asing, untuk semua rakyat Malaysia, dan tanah Bumi saja.
Jika tak ada tanah Bumi, gerenti ramai dah jual, esok duit cepat habis, jadi papa tinggal di tepi hutan.

Tak payah malu ada Bumi land atau Bumi quota ni. Asal jangan tindas kaum minoriti lain yang juga miskin.
Di Indonesia, orang asing dilarang beli walau condo mewah! Sebab nak jaga hak tempatan (walau pada saya itu merugikan dalam jangka panjang sebab tak bawa investment baru).

TAPI undang-undang Malaysia tentang tanah itu juga bermakna orang Singapork macam saya tak ada chance beb nak beli tanah kampung nak retire, makan durian dan duku free. Duduk tepi sungai sendiri.
Nak juga saya main panas dengan menanam sayur dan pelihara ayam, mungkin juga buat kolam tilapia.

Jadi kamu yang untung ada tanah, jangan buang gitu saja jika ada modal kecik pun dan kamu tinggal di bandar.
Bila balik kampung raya nanti cuba usahakan satu lot kecik pun tanam pokok yang bawa hasil - pokok durian, rambutan, duku. Atau ubi kayu pun.
Jadi bila kamu dah tua kelak, dapat juga rasa hasil tu dan cucu pun dapat....
Jika kamu tanam sayur, nanti kamu pulang KL siapa nak jaga?
SAYA tulis gini, saya yang syiok pikirkan = wah, kalau aku boleh buat, best!

DI KL, saya pernah cuba tanam pokok dalam pasu dan di tanah kecik depan rumah - mangga, duku, rambutan. Tapi semua mampoi mungkin sebab tanah kecil atau tak pandai jaga. Pokok ni macam kucing, kamu kena bual dengan dia dan kuci-kuci, baru dia syiok nak membesar.






RUMAH SEWA
First time saya masuk KL dulu penghujung 1994, baru bapat kerja di KL.
Lalu saya sewa rumah corner di Setiawangsa - masa tu belum ada masjid Setiawangsa tu = rumah itu dekat betul dengan masjid Muaz bin Jabal ni.
Tanahnya besar di tepi dan belakang, pemiliknya orang Melayu ke London sebagai pegawai kerajaan.
Kami sewa RM1,000.
Orang apartment dapat tanah = sibuk saya beli mesen pemotong rumput tu, dan membeli banyak pokok bunga, pasu, tanah hitam dan juga pokok-pokok sayuran.
Masa tu anak kecik2, jadi boleh dikerah keluar berkebun - tanah dia 15feet di tepi dan 15feet di belakang, jadi agak besar juga dan sudah ada pun satu pokok rambutan dan satu mangga.
Kami berkebun selalu, sehingga satu hari neighbour kat sebelah datang ke fencing bertanya: "Ini kan rumah sewa, kenapa kamu rajin sangat potong rumput dan cantikkan?"
Hee, kamu tak appreciate apa yang kamu ada.
Saya jawab: "Kami suka main-main kebun ni sebab kat Singapore tinggal kat flat. Tak pernah nampak tanah."

So which of the blessings from your Lord, do you deny.
Jadi nikmat dari Tuhan kamu yang mana, yang kamu nak nafikan.


Monday, 22 August 2011

Kids, abah will come home soon!




Saya tiba di KayEl Darool Jam-Awal semalam.
Setiap kali nak ke utara kesian ingatkan anak-anak saya di Temasek, tak ada orang nak main-main dengan mereka.

Di Singapork kerana dilarang pelihara kucing di public flats, maka banyak kucing di sini adalah Kucing Buangan (stray cats).
Dan stray cats di sini semua telinga KIRInya ada kena clip sikit oleh kementerian jaga kucing, kerana dimasukkan dalam rekod - kucing pun ada census beb, maklumlah negara komunis, semua dia control. Besarkan gambar - semua telinga kiri kucing ni kena potong sikit kat hujungnya.


Ini si Ayam, bawah blok depan opis saya. Ada pula seorang makcik Melayu kat situ, nampak saya main-main dengan si kecik ni, kata: 'Nama dia Mimi'.
Ada at least dua nonya kat situ kasi makan kucing ni juga.
Kurus kedengkik si Ayam ni, nama penuhnya Maryam = Ayam for short sebab kurus. Kucing pompuan.
Kamu nak gelak pun suka hatilah. Kucing aku, aku namakan apa saja. Tak namakan dia Kak Mah atau Britney dah bagus.

Sebenarnya semua kucing bawah blok banyak apa yang orang Singapork panggil "Feeders".
Tukang kasi makan.
Saya hanya beri makan Ayam sekali sekala. Yang gambar kat atas tu ada orang lain beri makan.
Saya belikannya cat food banyak2 di Jusco KL (80sen setin atau sebungkus), di Singapork benda sama harganya S$1.10 (RM2.60).


Ini Buntal also-known-as Garfield, Fatty. The Boss.
Setiap malam atau awal pagi (1pagi-2pagi) bila saya balik kerja jalan kaki dari opis, akan jumpa si jantan ni.
Depa kadang dah tidoq, aku main-main dia pun syiok. Dia suka gesel dagu kanannya di tiang.
Sebab Garfield ni gumok gedempol, dia tak suka orang angkat! Akan kena cakar jika anda cuba.
Dia suka baring lepak, agar kena geletek perutnya.
Ramai auntie Cainis kasi makan ini kucing dan rakan-rakan kuch ini = Yang lagi 4-5 semua penakut, nampak saya lari! Maka saya gelar mereka semua Timid.
Sebabnya? The Boss ni garang - dia kejar yang lain jangan duduk bawah blok sama!!! Yang berani hanya yang sama besar dengannya - si hitam kat bawah ni.


Ini Eveready Cat, aka Batman or Bohsia (si jantan ni diam aje kena gasak, tak ada suara = bohsia).
Telinganya pun kena clip.
Nyonya feeder kat situ kata ada keluarga Melayu di blok situ yang sayang nah dengan mamat jantan ni. Sebab tu jarang nampak depa baring bawah blok.
This is the only cat yang kamu tarik ekoq pun dia tak lawan. Tak ada suara, mamat bohsia.
Cuma sekali tu saya jumpa kelemahannya - saya cucuk dgn jari kat perut dia beberapa kali - ah kau, menerkam cakar dia! Tapi dia baik, tak keluarkan kuku panjang.


Yang ini di belakang blok rumah saya. Saya panggil dia Gumok. Ada tag kat lehernya bernama Mao Mao.
Yang ini dulu tinggal bawah blok, banyak feeder - termasuk ah moi dan minah.
Kini ada satu keluarga Cheena sayang Gumok, angkat tinggal di LUAR rumah mereka di tingkat dua, tiap hari beri makan sedap-sedap (agaknya makan bak kut teh kot), lalu Gumok dah tak main bawah blok lagi.
Nak cari si pompuan manis ni kena naik tingkat dua, dia tidoq kat tangga tingkat dua.
Matanya macam cataract pulak - sila besarkan gambar.
Ada doktor haiwan yang tahu kenapa mata kuch ni jadi gini? Kucing diabetes tak, macam pokcik rabun?


Yang ini saya jumpa sekali saja semasa jogging. Dia 'stun' kasut saya beberapa kali - atau mungkin dia suka tali kasut.
Lalu saya panggil dia Stuns-My-Feet.
Bila jalan kat blok tu tak jumpa lagi si anak dara ni. Agaknya dah di bawak naik. Manja suka main-main dan badan sihat, jadi tentu ramai feeder. Jumpa sekali saja, sedih.

Alright, kids, no worries.
Abah will be back soon.
And I kuci-kuci you again, ok!
In the meantime, say your doa before eating nonya foods, stay away from Bangla workers (takut kena goreng) and attack those small dogs!
See ya :-(

AMACAM The Meow Factor - cantik tak anak-anak pokcik? Purrrr *giggles*

Saturday, 20 August 2011

Logam mulia naik, di tahap baru

Emas Perak lompat naik gunung, manakala saham sedunia masuk parit, dua hari lalu ni.
Masa saya diberi advise oleh member dan mula masuk logam mulia 3tahun dulu, emas US$1,100/oz dan perak US$18.
Semalam emas naik setinggi $1,866 dan perak $43.

APA DAH JADI?




Ini terjadi kerana orang makin kecewa dengan ekonomi US dan Eropah.
Jika dicampur, ekonomi dua group ni merupakan 50 peratus dari saiz ekonomi dunia. Jadi jika 50 peratus engine dah slow, maut kita semua jika kita terus pegang saham. Samalah jika saya naik pesawat Firefly, ada dua kipas, tiba-tiba satu kipas goyang, tak panik aku!

Dan orang tengok Unkerr Sam, also-known-as Pacman Telo, dah tak ada bullet nak tumbuhkan ekonomi, dan Eropah pun terkial-kial tak tahu apa nak buat.




Berita keluar pula dari minggu lalu bahawa dua ekonomi terbesar Eropah - Jerman dan Perancis - macam nak s l o w juga.

LIHAT video = pandangan mokcik glam ini, one of the best technical analysts around, Louise Yamada. Beliau pandai baca chart. Ko jangan ingat mokcik hanya pandai buat nasi lemak dan egg-and-ham sandwich.
"As Managing Director and Head of Technical Research for Smith Barney (sebuah bank pelaburan US), Louise Yamada was a perennial leader in the Institutional Investor poll, and was the top-ranked market technician in 2001, 2002, 2003 and 2004."

KATA beliau, orang pasaran ni ada tiga signal besar sama ada kamu speculator, investor atau orang macam saya, specuvestor dan inflation-rider.

Tahap 1: Disbelief phase.
Takut-takut dan tak percaya. Masih tahap Fear.
Betul ke benda ni boleh jadi? Nak beli atau tidak?
Lepas tu dah beli, tak naik serta-merta pulak! Lalu terus bertanya - should I sell out and forget about it?
Semasa perak $18 dulu, ada orang offer suruh beli macam2 dengan harga murah, saya tak beli sebab a) tak percaya ia akan naik banyak b) saya Salaryman, berapa banyak boleh mampu beli jika nak terus makan nasi tiap hari.


Tahap 2: Belief phase.
Yay! Dah mula naik dan ramai orang pun dah 'caya.
Dah mula lompat lompat katak. Dan semakin ramai dah masuk.
Memang akan ada pullback, tapi kerana dah ramai 'caya benda ni akan terus naik, kejatuhan harga akan dilihat sebagai peluang untuk membeli.

Memang dah beberapa bulan ni pun orang dah mula percaya, tapi masih ragu-ragu nak masuk dengan banyak atau tidak. Dengan tutupnya harga logam mulia di harga sangat tinggi - walhal hujung minggu - ia menunjukkan pelabur dan speculator sedang rush nak beli. This is the third consecutive high closing of precious metals for the weekend? A strange phenomenon.


Tahap 3: Greed phase.
Di Singapork hampir 20tahun lalu, pemerintah nak galakkan semua rakyat ada saham dan pandai main saham.
Masa tu bull run di pasaran saham sedunia termasuk di Singapore dan KL.
Ini awal tahun 1990an dan ekonomi Malaysia kembang 8peratus setiap tahun.
Lalu pemerintah Singapork jual saham SingTel (masa tu di bawah 100pct govt control). Setiap rakyat dewasa Singapork diberi saham secara Percuma! Jika tak salah 200 saham, dan jika kamu tunggu 2tahun dapat lagi 200 = nak galakkan orang Simpan, bukan cepat jual.
Masa tu saya kerja di Raffles Place. Dekat pejabat ada Stock Exchange of Singapore building. Siapa nak saham SingTel kena bawa IC buka Trading Account.
Ah kau, beribu-ribu orang line-up termasuk ah pek nyonya makcik unkerr!!!
Kecoh, sebab bab duit ni orang sanggup gaduh dan tolak-menolak.

Akhbar tiap hari main cerita saham. Teksi driver dan ah pek kat pasar pun bual pasal saham.
Ah, masa itulah kamu yang dah ada position harus JUAL! Sell out everything.
When an small idea has become a market revolution, JUAL. Sebab pasaran akan merudum tak lama lagi!
Betul pun. Hingga hari ni pun, ramai orang zaman itu masih pegang saham yang harga tinggi yang dah jatuh tapi tak bangun lagi (termasuk rakan di Malaysia).


JADI logam mulia dah masuk Tahap 2.
Dan saya lihat dah mula sikit-sikit nak masuk Tahap 3.

CLUEnya di sini: Saya selalu gi kedai-kedai dealer di Singapork (ah pek kedai semua kenal saya, sebab jarang mamat malayos masuk beli).

Dan saya juga kerap ke flea market di China Square Centre di sini, dan ke Amcorp Mall di PJ. Setiap Ahad.

Dalam enam bulan ni, PAYAH saya nak dapat beli coin silver ni. Orang letak saja nak jual, kena grab, melainkan harganya terlalu tinggi.
Yang saya maksudkan ialah bullion coin (American eagle, Canadian maple, Austria philharmonics, Australian koala dan kookabura, Mexican libertad). Bukan numismatic coin (coin cantik atau coin usang yang ada value selain harga logamnya).

Lihat sini  - mamat Singapork ni jual online bullion coins. Tapi kena order paling kurang 500biji daripadanya bullion coins ini. Saya pun tak mampu jika nak beli 500 setiap kali.
Bullion coin paling popular ialah American eagles (99.9 per cent pure silver).
Maples juga popular kerana bersinar = 99.99 pure silver! (tapi jika kena angin cepat jadi putih).

SAYA sendiri dah beberapa bulan ni, stop beli emas. Sebab harga dah naik pingsan aku. Bila masuk Greed phase, saya akan jual lah. Tapi nak tunggu depa naik $3,000 (tahun depan kot). Jika tidak, pokcik simpan bawah bantal.
Dah tak mampu nak beli, walau Yamada kata akan naik $5,000/oz 2018.

Bual Kosong: Untuk silver, saya rasa masih boleh naik (walaupun ia industrial metal dan sepatutnya jatuh bila ekonomi dunia s l o w. Ramai orang beli silver sebab dah tak mampu nak beli emas. Silver is the poor cousins of Gold).

Cuma masalahnya ialah market silver di CME (Chicago Mercantile Exchange) dan London mudah nak dimanipulate. Hedge funds boleh short, lepas tu kasi jatuh yang menggerunkan kamu.
Jadi saya rasa lebih selamat buat masa ini, collect Physical Silver (coins dan bars) bukan main lagi di CME dengan membeli menerusi akaun UOB (di Maysia banyak bank offer Gold trading accounts tapi tidak silver).


SAYA letak gambar-gambar koleksi terbaru silver saya di posting baru di blog kedua saya - di bawah artikel yang serupa ini. Sila mampir!



Friday, 19 August 2011

Astaga! Gaduh besar di Singapore tentang kari!

NAK BUKA? NAK TUTUP!!!

Singapork Darool PAP kini makin nak buka dan nak 'suara rakyat' macam Maysia Darool Demo. Semua nak bincang, nak kasi pandangan dan debat, walhal negara tak ada corruption, crime rate v v low, internet v v fast dan shopping malls v v banyak.

Di Russia pula, 20 tahun selepas era Soviet Union, kini semua dah terbuka. Bebas bersuara, kecam semua kesalahan. Tapi hati mereka kata, lebih baik zaman stabil USSR dulu.
Sama macam rakyat Indonesia, setelah 10tahun era Reformasi dan 'diktator' Suharto digulingkan, mereka nostalgia tentang kestabilan dan rasa 'garmen control everything' zaman itu, walau dulu tak bebas bersuara, orang fanatik cepat kena cekup.

SO, be careful what you wished for.

TAPI ini tidak bermakna orang yang corrupt patut sorak gembira. Mereka ni perompak negara.
Lihat apa mamat tua di India ni buat. Seminggu lalu saya pun tak pernah dengar namanya, kini Mr Anna Hazare jadi hero kerana mahu berpuasa agar pemerintah kurang corrupt!
Peaceful revolution. Tak payah demo.

-----------------------------------------
POSTING AWAL

Mak oi gaduh beb.
Pokcik sedang busy kat opis.
Baca sini. Problem untuk rakyat China di sini jika datang negara orang minta bukan-bukan.
Juga sini dan sini, sampai menteri pun masuk campur.


MATINYA TABLET DARI HP

OMYALLAH.
Baru bulan lalu Hewlett Packard launch tablet TouchPad.
Tapi kerana tak laku langsung, kini dah dibunuh si TouchPad nih.
Sedangkan semasa beberapa minggu ni HP ambil big ads dalam akhbar saya nak promote benda ni.
Dan kini, HP nak jual PC businessnya sekali.

Masalah tablet HP ni obvious:
1) Tablet paling popular ialah iPad = dah begitu popular benda ni, baru yg lain nak ikut. Dahlah tu, mudah nak pakai si iPad. ie jika u lambat produk kena lebih baik.
2) TouchPad gunakan sofwe sendiri = bukan iOS yang digunakan iPad, bukan Android yg digunakan oleh Samsung Galaxy dan developer lain.
Maknanya, tidak ada apps!!!! Sedangkan iPad dan Android ada ribuan apps.
Korban kerja tak pikir. HP sepatutnya pakai saja platform Android.


Thursday, 18 August 2011

Clash of the 4Tans

Clash of the Titans 4Tans sudah bermula.
Mereka mula berkempen untuk pilihanraya presiden mulai semalam, hingga hari undi 27Ogos.


(GAMBAR SPH: dari kiri Tony, Cheng Bock, Kin Lian, Jee Say)

Tony Tan - bekas Timbalan PM (tentunya dari PAP), bekas boss sovereign fund GIC dan bekas pengerusi group media terbesar di Asia Tenggara SPH. Dilihat sebagai calon PAP yang tidak rasmi = government-preferred candidate. Orang buat joke, mamat ni suka pakai Brylcreem (untuk sikat rambutnya ke belakang) depa jadi prez nanti minyak rambut tu jadi makin popular.

Dr Tan Cheng Bock - doktor, bekas MP yang begitu lama dalam PAP tapi dah retire. Tiba-tiba muncul kembali. Kadang dianggap loose cannon dalam PAP dulu sebab suka bawa isu yang tak popular dalam pemerintah pun. Inilah modal utama beliau - saya berani bawa isu yang pemerintah tak syiok dulu, dan saya sanggup buat lagi.

Tan Kin Lian - bekas boss syarikat insurans tempatan yang besar NTUC Income. Tidak pernah bertanding dalam sebarang parti politik. Namanya naik apabila ramai orang Singapork - termasuk orang tua - dulu kehilangan beribu-ribu dolar apabila mini-bonds Lehman Brothers yang mereka beli collapse pada 2007-2008. Beliau kata pemerintah dan bank tempatan yang jual mini-bonds kepada orang2 tua yang hilang life savings patut bayar balik.

Tan Jee Say - bekas pemimpin akar-umbi PAP di kawasanundi Marine Parade (kawasanundi bekas PM Goh Chok Tong). Lepas tu lari masuk opposition Singapore Democratic Party. Seorang adviser kepada fund manager. Salah seorang yang membantu kempennya ialah ah moi cantik opposition Nicole Seah (phwee weet).

Nak tanding kena resign daripada parti politik, jadi tiga ekoq politikus tu dah resign.
Tentunya mereka kini pandang-pandang jeling-jeling calon lain, nak pastikan menang.

Tapi agak pelik pertandingan kali ini.
1) Ramai sungguh nak jadi presiden, sebab mereka dapat merasakan rakyat dah ped-up dengan hanya satu calon, dan calon itu dari PAP - yang biasa berlaku di presidential election (PE) sebelum ini. Satu calon tidak rasmi PAP dan mungkin seorang lagi yang nampaknya calon joker yang membangkang dan pasti kalah.
Kali ini payah beb kamu nak pilih sebab semua ada kekuatan tersendiri.
2) Keempat-empat calon MENJAUHKAN diri daripada mengaku kuat dengan PAP!
Tak ada yang berani kata - saya disokong kuat oleh PAP untuk bertanding. Tony Tan pun kata beliau tidak ada backing oleh PAP tapi bertanding atas nama sendiri.

Pelik tapi benar.
Seperti di Maysia dan US of A, ada perasaan kuat anti-incumbency.
Anyone from the incumbent ruling political party akan ditolak. Semua yang dibuat oleh pemerintah-kerajaan itu salah.
Jadi semua mengaku independent.
Semalam di pusat penamaan calon, Tony Tan kena boo semasa nak berucap. Katanya oleh penyokong pembangkang yang sokong Jee Say. Dah sampai jadi gitu anti-incumbency ni.


CERITA lama saya tentang Presiden lama Singapoora, bermula dengan Yusof Ishak.
GAMBAR pokcik masih muda berdiri sebelah Abang Tony.

Banyak cerita lagi di sini.
Mereka berempat adakan roundtable discussion dengan para editor ST hanya Selasa lalu, dengan datang ke SPH News Centre (pejabat saya) di Toa Payoh industrial estate.
Kecoh satu office. Saya duduk hanya 10m dari mereka berdialog, teruskan kerja macam biasa.

GAMBAR SPH: Nampak tiang hijau-putih di kanan tu? Tempat saya duduk di tiang number dua di belakang mereka pada hari itu,tapi aku buat donno sebab terlalu sibuk (steadylah).



BAWAH: Para editor yang wawancara mereka - dari kanan Political Editor Ms Chua Lee Hoong, ST Editor Han Fook Kwang, ST Deputy Editor Zuraidah Ibrahim dan Social Media* Editor Ng Tze Hong.
Pejabat saya ni memang nampak macam factory, sebab memang factory pun dulu! SPH beli daripada Thomson yang dulu pasang TV di tempat yang kini jadi newsroom. Nampak nah 'industrial look' dan kami semua jadi factory worker zaman moden.

(*STomp.com.sg, Razor.TV internet tv, juga yang jaga FB, Twitter, serta beberapa station radio)





Opis pokcik besau.

The Straits Times di bangunan tengah yang pendek, di tingkat dua. Ada 250 wartawan agaknya (tidak termasuk akhbar2 lain dalam SPH group). Ko ingat senang nak panjat ke atas? Foreign Desk saja ada hampir 30 staff.
Termasuk juga ditingkat dua akhbar bilingual Inggeris-Cainis MyPaper.
Di ground floor ialah marketing.
Tingkat tiga Business Times dan Information Resource Centre (library).
Tingkap empat ialah akhbar Cina - Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao, ShinMin Daily News.
Tingkat lima ialah roof - nampak banyak pokok sebab flat roof = ada garden cantik, canteen air-con termasuk Spinelli's Coffee, tennis and basketball courts. Dan ada open area untuk garden party dan tempat duduk-duduk hisap rokok (melayulah yang ramai kat sini!).


Bangunan sebelah kanan yang bulat ada Gym (my fav corner) termasuk dua billiard tables dan shower areas, yoga centre. Ada juga pejabat akhbar-akhbar kecil dan majalah lain (termasuk Tabla! akhbar bahasa Inggeris untuk Indian foreign community).
Yang square bawah bangunan bulat tu ialah electronik multi-storey car-park. Ada sign-board besar kat bawah tulis sama ada 'car-park full' atau ada berapa ruang kosong, agar kamu tak waste time naik pusing-pusing tapi semua dah penuh.

Di bangunan yang jauh tu pula (tingkap biru) ada The New Paper (tabloid macam Malay Mail), Berita Harian, social media offices dan entah apa lagi - saya tak masuk semua corok.

Majalah-majalah besar SPH tidak duduk di sini. Her World. Female. Home & Decor. Torque. Young Parents.

Mereka di bangunan SPH di tempat lain.
Juga di bangunan lain itu ialah Tamil Murasu, satu2nya akhbar Tamil di sini.


Tuesday, 16 August 2011

Gila tapi benar - setem China di rekod baru



MAN U TO LIST IN SINGAPORE !!!

Sini, sini dan sini.

Syarikat besar boleh jual saham mereka di lebih daripada satu bursa.
Selalunya ia disenaraikan di Home Country dulu. Lepas tu suka hati depalah jika nak senarai di negara lain, asalkan ia pasti ada orang nak beli saham itu.
Misalnya, AirAsia disenaraikan di Bursa M. Lepas tu dia nak buat apa kita panggil 'secondary listing' di Singapork, New York, Bangkok, suka hatilah.
Listing di Home Country dipanggil 'primary listing'.

Di Singapore, syarikat besar seperti Creative Technology dan Flextronics ada juga disenaraikan di Nasdaq.

Tak tahu betul atau tidak cerita Man U ini.
Jika betul, ia bermakna, Man U jangka ramai orang nak beli sahamnya di Asia. Dan kerana Singapork ialah regional financial centre, depa nak senarai kat sini.

Dengan secondary listing ini, syarikat tersebut jangka dapat lebih exposure jual saham depa - iaitu company dapat lebih banyak wang - kerana memudahkan orang jual-beli sahamnya jauh dari primary market.

Pemain pasaran pun suka jika saham syarikat boleh dijual-beli anytime. Sebab jika ada good news atau bad news, tak payah tunggu pasaran di London buka.
Misalnya jika esok pemain handalannya patah kaki dan berita itu keluar jam 9pagi waktu Singapork, kita dah boleh jual saham Man U di sini. Tak payah tunggu 3petang (waktu Singapore) tunggu London buka.
Atau pemain Geylang kaki tempang, mata rabun Rem Cantona baru sign-on masuk Man U, sekarang juga boleh beli saham itu!


DIKALAHKAN INFLASI

Harga rumah naik banyak, gaji naik sedikit.
Orang dah fed-up dengan pemimpin.
Di Singapura.


--------------------------------
POSTING AWAL

Setem dari China terus panas menggelegak.
Satu sheet 80 monkey stamp (1980) dilelong dengan harga tertinggi yang baru.
Setiap setem kecik di atas ni - sebesar syiling 20sen Malaysia harganya lebih dari satu ounce duit emas (31.1grams = 1 ounce of gold).
Dan ribuan orang queue-up kat luar post office di China nak beli stamp zodiac terbaru.
Baca di blog kedua saya.

Tahun depan ialah Tahun Naga.
Siap orang akan gila nak beli stamp, coins dan banknotes yang ada gambar naga. Malah, dah mula pun! Harga coins dan banknote dragon dah mula naik sejak beberapa bulan ini.



Di China, mereka sangat berdisiplin bila isu setem, maklumlah negara besar 1billion orang, dan banyak setem dikeluarkan setiap tahun.
Setiap setem ada nombor, jadi mudah untuk collector.
Setem black monkey in auspicious red background ni bernombor 'T46'.
Jadi jika kamu gi ebay dan type 'China T46' kamu dapat tengok harga setem ni jika nak beli.
Kamu click gambar atas dan enlarge, di bawah kiri monyet tu ada number T46. Semua setem China ada nombor begini.

TAKUT orang salah sangka ingat saya nak menunjuk.
Niat saya hanya nak tunjukkan bahawa orang biasa macam kita pun, dengan modal tak seberapa, boleh main game orang kaya ni. Semampu kita dan kena baca dulu apa yang patut dijual-beli.
We can participate at the lower floors, just so we could cover inflationary pressures on our paychecks.

World Bank - "Food prices near record peaks and volatility in commodity markets are driving the lives of the world's poorest people to the edge of survival."




Monday, 15 August 2011

Kemiskinan di UK

GOOGLE KAWIN MOTOROLA = LAWAN iPHONE
Di sini.

Boss Google, Larry Page, kata pembelian ini akan supercharge Android.
Android ialah sofwe Google, kini depa beli hardwe company, nak lawan iPhone.


ISLAM FINANCE = COPYCAT?

Sila baca ngobrol lama kita tentang sukuk yang ditanya oleh malik. Dan bantuan reference yg diberi oleh Timut Tengah, sebelum ini (lihat dalam Comments pembaca).
Saya baru tulis jawapan:

Timur Tengah,
terika kasih daun keladi, kalau ada bagi hamba lagi!
dengan reference yg anda beri, saya terbaca satu artikel yg cerminkan pendapat saya setelah membaca tentang islamic finance ni (dan mengikutinya dari jarak tak jauh sangat selama bertahun2).

dalam hati saya selalu bertanya: kata islamic banking kenapa product yg dia offer pun sama, tapi namanya saja yg arab?
atau kata seorang wartawan non-m dulu bila ditanya tentang islamic finance - "it's the same products but given arabic names".

saya belek2, terjumpa artikel oleh ustaz zaharuddin ni - yg pakar tentang conventional financing juga.
jika anda baca apa yg saya tulis semalam - saya dah nak buat conclusion yg sama, tapi takut nak tulis kerana ilmu cetek.
tapi ustaz ni pun dah nampak benda yg sama: peminjam nak produk yg Paling Murah. Paling Mudah. Tak Rugi jika dibandingkan produk conventional. Tapi dia hendak brand nama 'islamic' jadi dia rasa tak berdosa.

atau, seperti saya tulis: "Ramai orang tak kisah kamu ikut sistem apa, asal dapat pinjam wang dengan low interest rate."

kata ustaz zaharuddin:
"Islamic financial institutions seem to be under pressure to introduce a number of contentious products in order to meet these inventors' requirements."

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/961-biggest-challenge-of-the-islamic-finance-industry.html

conclusion: apa yg kita dengan bangga panggil sistem kewangan islam sebenarnya percubaan awal. samalah dgn orang selalu kata - 'ah, kan islam kata pakai dinar emas, itu yg benar', tapi sebenarnya orang tu tak faham apa yg dimaksudkannya, tapi suka dgn label mudah -
pakai dinar emas = islamic.
produk berjenama arab = kewangan islam.

tak tahu anda setuju atau tidak, tapi tak apa lah, kita semua cuba bersama. tentu lama2 jadi bukit.

-------------------------------
CERITA AWAL

Salah seorang rakan kerja saya di Meja Berita Luar ialah minah keturunan Bangladesh yang emaknya orang British.
Depa pun British.
Pernah bekerja di London dan keluarganya tinggal di Aberdeen, Scotland (kalo tak salah - saya bukan paham sangat slang Brit ni).

Bila rusuhan berlaku di London dan bandar UK lain - bekas colonial masters kita di MalSing - minah ni, Himaya Quasem, tulis tentang kerja beliau di sebuah NGO di London yang memantau orang miskin.
Ini cerita beliau.

Omputeh pun ada miskin, kita ingat semuanya kaya raya nak conquer dunia macam Steve Jobs, Bill Gates, George W. Bush dan Tom Cruise  :-)
Himaya ni kawin omputeh dan suaminya seorang copy editor di akhbar saya - section lain.

Saturday, 13 August 2011

Untuk pasaran - a helluva week!

DARTH VADER pun masuk pasaran silver!
I am not kidding you.

---------------------------

Setelah teruk kena bantai dipermulaan minggu, dan kemudian see-saw atau roller-coaster trading pada Khamis dan Jumaat, baru kita faham apa saya pernah tulis beberapa kali - Greed and Fear!

- Antara pemain* utama pasaran satu dunia ni selain Pension Funds.
Ini termasuk pension funds MaySing.
Saya tak tahu sama ada EPF, KWAP, LTAT, Perkeso dibenarkan membeli saham atau bond di luar Malaysia. Tapi mungkin ada percentage rendah yang dibenarkan (siapa ada maklumat, harap beritahu. Dulu zaman saya kerja di sana, belum boleh, tapi pernah dengar EPF beli property di UK???).
Untuk CPF Singapore, ada percentage rendah boleh digunakan untuk beli emas, saham dan juga masuk unit trust yang melabur luar negara (harap Maysia tidak benarkan skim sama untuk pension funds di sana = bahaya kamu beri lesen orang biasa untuk trading sendiri, gerenti kalah duit).
Biggest pension funds in the world? Antaranya di sini.

  *Saya gunakan perkataan 'Pemain Pasaran' ('market player', kata omputeh) - bukan bermaksud mereka menggunakan duit kita untuk "main saham" atau berjudi, tapi kerana terlalu ramai manusia dan kumpulan keluar-masuk pasaran saham, bond, commods, logam mulia, oil/gas etc, jadi semua digroupkan di bawah nama 'player'.  Sama juga semua yang bising-bising tentang isu tu tapi tak beri jalan keluar, kita panggil Politician.


- Selain itu pemain besar ialah Sovereign Funds (tabung wang negara seperti Khazanah. Di Singapork ada dua - yang terkenal ialah Temasek Holdings. Tapi ada lagi satu di mana tabung wang rakyat disimpan, dipanggil GIC = Government of Singapore Investment Corp).
Sovereign Funds ni tak gemar volatility sangat, takut duit rakyat lesap, dan selalunya ambil very long term view. Mereka suka beli US long bonds - bonds 10, 20, 30 tahun agar dapat pulangan lebih stabil untuk jangka masa panjang.
Sovereign funds terbesar di dunia di negara Arab, duit minyak-gas.

- Juga Hedge Funds dan trading funds. Jika saya sebut hedge funds, semua orang tentunya tahu nama George Soros dan Quantum Fund beliau. Sebenarnya beliau pun pandai - dah nak tutup Quantum. Sebenarnya yang lebih besar daripada Quantum ramai - sini senarai mereka.
Saya terserempak rakan wartawan orang Malaysia di Raffles Place, Singapore's Wall Street, beberapa bulan lalu. Mamat ni kini kerja dengan hiring company bantu hedge funds cari the best traders.
Sebab dah semakin banyak hedge funds di Raffles Place, mereka bila masuk ke sini cari siapa yang mereka boleh ambil, Jack (nama timangannya) tolong carikan.
Orang kaya suka letak wang mereka di dalam hedge funds. Mereka ada berkoyan wang, jadi letak US$5juta-US$20juta dalam hedge funds pun tak apa - sebab pulangan lebih besar. Kalau hilang duit pun tak apa.

- Dalam bank besar ada Treasury Department (mungkin dipanggil dengan nama lain) yang kerjanya ialah buat duit untuk bank dengan masuk pasaran apa saja jual-beli. Selain untuk client, juga jual-beli untuk department itu.
Kerja ni kalau dapat, gaji lumayan. Tapi kalau tak bagus (asyik kalah duit untuk bank) agaknya tiga bulan kamu dah kena tendang.
Pernah dulu seorang rakan cerita bagaimana beliau di US buat trading dalam pasaran bond untuk banknya - "Between the morning open and lunch time, we buy and sell bonds with face value of billions of dollars every day".
Bond atau futures market ni kalau naik 'one tick' pun boleh buat duit jika kita jual-beli berjuta-juta, lepas tu cover position balik dalam 1-2minit.

- Private Banking. Dalam banyak bank di Singapork, kerana di pulau ni terkumpul paling ramai US$ millionaire di dunia, dah mula private banking ni. Ah moi lawa atau ah beng hensom cari orang kaya, dipanggil HNI (high networth individuals) suruh letak wang dengan mereka. Mereka buat wealth management untuk Mr Remgold yang tinggal di penthouse di Orchard. Ramai orang Indon, Maysia, Thailand, Filipina, selain dari China, Russia, India, letak wang dan keluarga mereka di sini. Tak tahulah wang haram atau wang dicuri dari rakyat, atau wang businesses besar mereka di luar negara.
Susah jadi private banker! Mentang-mentanglah kamu jaga wang mereka, orang kaya ni maximise kamu sebagai hamba.
- I masih dalam meeting, tolong ambilkan anak I kat sekolah. 'Yes maam'.

- I nak nonton broadway show kat panggung Singapore tu esok malam. Carikan 2 tiket. 'Yes sir'.
- Bithday nenek I lusa. Tolong gi Louis Vuitton kat Orchard belikan luggage bag. 'Right away maam'.
Kat Singapore, kini ada beberapa kes HNI ni yang sue bank mereka sebab private banker mereka suruh mereka beli pelaburan yang lepas tu habis duitnya.
Bukan US$1juta-US$5juta beb, tapi US$10juta-US$50juta!
Jadi kamu baru ada duit RM100,000 bawah bantal, jangan sangka kamu HNI.

- Unit Trusts. Juga dipanggil Mutual Funds. Dah banyak kat atas tu, barulah masuk bab orang biasa macam kita. Kita letak RM1,000 atau RM2,000 dalam unit trust dan harap bank atau syarikat finance yang offer benda ni dapatkan untung untuk kamu.
Wang kita yang sikit ni nak lawan dengan berbilion wang mereka! Hahaha. Susah nak menang beb. Tapi OKlah untuk income stream long term yang stable.
Tapi kamu jangan ada high expectations - beli unit trust harga seunit RM1 (atau labur sejumlah RM1,000), nak tunggu dia naik RM1.50 seunit.
That won't happen, in most cases. Yang kamu boleh harap ialah dividen yang steady setiap tahun.
Contoh di Malaysia ialah ASN.

- Companies juga pemain pasaran. Atau koperatif. Inilah yang berlaku di Maysia dulu - syarikat gunakan wang syarikat itu untuk main saham, kerana boss gian nak cepat kaya. Hingga hilang berjuta-juta, lepas tu panggil kerajaan untuk bailout. Juga pernah berlaku di Singapork hingga runtuh syarikat itu.


- Individual Traders atau Day Traders. Nanti pokcik kumpul duit boleh buat gini satu hari. Ada beberapa rakan saya di Singapork yang kerja gini. Duduk rumah dan buat trading.
Atau mereka dapat wang beberapa ribu dari rakan dan teman, lalu tolong tradingkan wang ini, dapat fees.

- Individu macam kita. Kita beli dua lot saham, atau masuk RM5,000 akaun emas dah action. Nak lawan pension funds dan hedge funds yang akan position besar-besar.
Sebab tu most of the time, hancus.



DAH kita tahu siapa para pemain, baru kita paham naik-turun pasaran ni.
Semua orang nak cari untung.
Berjudi? Haram semua ini? Itu bukan skop blog cilik ini.

Tanpa pasaran ni, Tabung Haji, EPF, ASN etc tak dapat bagi kamu pulangan dan dividen. Sebab di mana mereka nak laburkan wang yang masuk berjuta-juta setiap hari?
Bank kamu, termasuk bank Islam, pun tak dapat beri kamu pulangan. Jika mereka hanya mengharap setakat buat loans, atau project financing, nak kaut untung.
Dalam portfolio mereka gerenti ada trading dalam saham, beli US treasuries atau MGS (Malaysia Government Securities).

Apa yang kita buat bergantung kepada niat.
Yang saya rasa berjudi ialah di sesetengah kalangan Companies dan Koperatif - boss gian nak main saham, walhal syarikat itu ialah perbadanan kemajuan negeri (banyak kes gini oi di Maysia dulu), atau syarikat pengeluar tayar atau sawit. Dan bukan duit boss pun! Kalo untung dia simpan, bila rugi minta bail-out kerajaan.

APA pun, it's been a helluva week!
Selepas ini ke mana pasaran? Kalau saya tahu jawapannya, saya tak buang masa buat blog! Saya jadi HNI dan suruh Private Banker saya tuliskan blog ni! Hahaha.

NYT jangka pasaran terus tak stabil dan saya baca report broker saham berkata setelah naik turun dengan teruk Isnin hingga Rabu lalu, semua market dah buat chart damage.
Maknanya, there are more falls ahead for stock markets around the world!!!


LOGAM MULIA (precious metals).

Saya lihat 200-day moving average Gold dan Silver - kedua-duanya  dalam OVERBOUGHT position.
Jadi jika kamu tanya saya, tunggu lah dulu jika nak beli. Akan jatuh semula bila semua dah stabil balik - lebih lagi jika recession.
Kini setelah US, Italy, France pula ditakuti ekonominya lemah!


AWAS. Saya tak pandai baca chart. Ini setakat nak tunjuk kamu panduan kasar saya dalam gold, silver - dua pasaran yang saya suka nonton.

Line merah ialah harga harian penutup.
Yang biru ialah 14-day moving average (MA).
Saya suka lihat yang lebih long-term, 200-day MA - line hijau.
Dan ikut line hijau tu, 200-day MA gold ialah di sekitar US$1,450 /oz.
Kini gold di US$1,700 = much overbought.
Tapi yang hijau ini ikut London Fixing - bukan market positions, jadi mungkin rendah. Jika ikut 200-day MA CME closing, mungkin US$1,500?

Silver (graph bawah) juga, jika ikut 200-day MA, dah naik cepat sangat. Dia tutup di US$39 an ounce (line biru).
Tapi 200-day MA di US$34, London Fixing.
Dah terlambat nak beli. Malah, bahaya jika beli sekarang, takut ia menjunam ke line hijau tu!

Dalam 1-3bulan ni, biasanya, harga akan jatuh dengan steady ke line hijau kembali.
INGAT, ini sekadar kita bual kosong. Ko jangan ikut advice pok chic dan jual-beli nanti rugi cara aku! Saya sekadar nak tunjuk - ini antara cara pemain assess nak jual-beli.






Friday, 12 August 2011

Mencari jaguh hi-tech MalSing

MACAM-MACAM ADA! 


Baju-baju iPad ni lebih cantik daripada benda yang kita nak gunakan.
Yang molek, yang kiut dan ada pula yang garang.
Banyak pilihan, macam kueh dibeli untuk buka puasa.




Agaknya jika saya pilih yang pink ok tak? 
Atau orang pandang serong - disangka saya nyanyuk mak nyah?

Tapi favourite saya ialah yang boleh sembunyikan iPad dalam 'Buku Lama' - pernah ternampak di sebuah kedai di Orchard Road. Bila senang nak ke sana.

Baju iPad saya kini ialah baju orang serious (konon) - black leather, yang boleh auto-on bila baju dibuka. Boringnyer!

Anda di sana tu, cuma kasi link, jenis baju yang iPad anda pakai? Ada yang gold plated atau diamond-encrusted tak? Saya nak beli.


YA AKHI,
Email saya bertanya tentang kursus Android terjawab: Diadakan setiap satu di Damansara Uptown. Next one ialah 20Ogos. Kelas part 1 rm150, part 2 rm300.

"Kalau tak biasa programming pun boleh paham. lagipun kelas saya banyak buat praktikal. saya ajar dari install, sampai la boleh upload ke dalam telefon android".

Unkerr dah lupa bagaimana nak ke sana drpd Keramat, tapi beliau ada mention Kolej Multimedia di Jalan Semarak (tak jauh dari Keramat). Hah, baik saya bertanya. Dah tanya 1,000 soalan, lepas tu tak gi, lagi pandai.

-------------------------------
PEKAKNYA IPAD UNTUK BLOGGING!

Router di rumah Singapork rosak dari pagi tadi. Jadi cuba nak posting isi baru gunakan iPad. Eeks, susah beb.
Nak cut and paste payah, Nak copy and link pun payah.
Nak letak gambar lagi impossible!
Someone go invent a Blogger Apps for iPad!


CERITA HARI INI

Saya terima email dari Charles F. Moreira setelah posting sebelum ini, dan respons beliau.

Biasalah jika wartawan tua (beliau) jumpa wartawan nyanyuk (aku) - banyak cerita lama akan keluar, termasuk mutual frens.Saya dah minta permission beliau nak sambung soal-jawab beliau tentang isu hi-tech ni, satu bidang yang beliau cover.

Ini antaranya tulisan Charles:

...I'm currently heading up a new tech mag in Malaysia called TechAge. I also used to write for Mobile World Magazine and for Comm & Tech Asia, www.commtechasia.net...

Anyway, you are right, there are few, if any successful tech startups in Malaysia and Singapore, and many that are doing OK are selling regionally.

 However, a look at ACE Market (sebahagian daripada Bursa Malaysia, untuk syarikat hi-tech dan start-up sektor lain) shows that the share prices of many of the companies I've featured are as low as 10sen a share, which does not say much for the prospects of tech, despite all the hype and hullabaloo about the sector, and ditto for tech companies listed on the main board...

Also, I have always wondered whether creating iPhone apps qualifies as serious technology development and I often wonder whether developing such apps have made the developers much money and if so, whether there are many who make it big, given that there are thousands of competitors.

There is a Malaysian company ... which has developed a publishing engine which converts PDF magazine content to the iPad and the mag is downloadable from the Apple app store. I've featured them in Mobile World and their mag ... was quite popular on the app store at the time but don't know how it is doing now...

I have read online that there was an initial surge in downloads of soft mags for tablets which began to tail off by the second edition, so is this a long-term trend or just a brief spike.

Last year, I had to write a feature for Mobile World about whether tablets were killing netbooks and it looked so back then but barely a year later, reports have it that especially Android tablet sales are dropping, while only the iPad is doing OK.

A Google search on "tablet sales" contains more recent articles pointing towards tablets not displacing netbooks or notebooks, some links which I've included below.

SAYA TAMBAH CIKIT JE: Yang saya maksudkan di posting lalu itu - kita tidak ada produk yang dikenali satu dunia - sama ada hi-tech device/hardware (tablet, handphone, etc).
Juga mungkin apps yang mudah tapi jadi kegilaan ramai, seperti Angry Birds atau software seperti xe.com (currency converter). Saya sendiri gila main Airport Madness bila tak dapat tidor, di iPad.

Di PC desktop saya, saya juga ada software ini yang begitu popular satu dunia - Videora, Picasa, Google Earth, Skype (Skype belum pernah pakai kerana masih tunggu Maggie Q nelpon saya, phwee weet).
Tengok saja mamat yang design Facebook - jadi billionaire. Walhal benda tu hanya untuk mainan ramai.


Saya tak rasa software untuk mags atau akhbar patut dimasukkan sebagai apps yang menarik, kerana diberi free dan begitu banyak sekali - straitstimes.com, NST, Star, Utusan, NatGeo, NYT, detikcom, WSJ, FT.com.

Tentu kita di MalSing bangga jika kita boleh kata - Angry Birds tu yang buat ialah mamat Gombak.
Atau, device HTC itu ialah keluaran anak Geylang, ada factory dia kat Hougang industrial estate.
Takpelah, kita terus cuba dan galakkan anak-anak kita mencuba naikkan jenama negara.

CERITA LAMA: Saya pernah kejap berbual dengan Tan Sri Azizan (allahyarham) tentang bagaimana Petronas bermula dulu. Di sebuah bangunan kecik di KL (Prime Minister's Office lama dekat Bank Negara - yang kini tak digunakan lagi, kalau tak salah).
Siapa sangka kini nama Petronas terkenal seantero dunia sehingga bangunannya, Petronas Twin Towers, masuk movie Hollywood (Entrapment. Sean Connery, Catherine Zeta-Jones), Bollywood dan jadi brand name untuk Malaysia.

NAK TANYA CIKIT: Johan Remy Wandi (jika beliau jengok blog saya lagi)
Kat mana orang macam anak saya nak belajar code nak buat apps iPhone, iPad, Android?
Susah tak brader? Agak orang tua jari dah arthritis macam pokcik boleh pick-up cepat tak?

Wednesday, 10 August 2011

Indonesia banyak tech start-ups! Kenapa bukan kita?

U.K. NAK BAN TWITTER, FACEBOOK

Eh, apa nih!
Kan dulu masa kecoh kat Iran, Bahrain, Egypt, Malaysia kita semua sokong Twit dan FB sebab contribute to democracy?! Freedom of the masses, unleashed on unpopular governments!?!?

Bila kena batang hidung kamu, ah tak apa sebab nak prevent criminals. Apa nih double standard!!!
Kata freedom of speech!?!?!
Apa definasi 'plotting a criminal act'?
Cameron - "if they are thought to be plotting criminal activity".
Mereka ngamuk dan merampok di London, Bristol, Manchester etc sebab government kamu unpopular what!
Lihat apa mamat muda ni beritahu NYT kenapa mereka mengamuk dan merampok: di sini. Sounds exactly like the revolutions of Egypt, Bahrain, Iran etc.
“No one has ever given me a chance; I am just angry at how the whole system works.”

PADA kamu itu semua plotting criminal act, sama juga Iran kata gitu, Syrian dan Mubarak. Juga abang polis Maysia, tapi jika mereka ban Twit dan FB kelak, kamu omputeh bising!
To these governments, orang buat kecoh tu lah criminals. Jadi siapa putuskan itu baik atau aksi penjahat? Omputeh? CIA? CNN? Al Jazeera? Jew York Times?

SAMA juga 1998 dulu, bila Maysia, Indonesia, Korea, Thailand nak selamatkan bank dan syarikat, kerana takut ekonomi negara collapse dan tarik kita semua ke bawah, tak boleh! Bail out! Bail out! Bail out! Saving cronies! 

Tapi bila 2008, Amerika selamatkan bank besar (Bank of America, Goldman Sachs, AIA)  dan syarikat kereta besar (GM), bukan bail out pulak! Tapi "too big to fail establishments".
OK pulak!
*Anak pistol, lu orang!
(*son of a gun)

-----------------------------
POSTING AWAL

Kenapa jarang dengar tech start-ups di negara MalSing?

Kalo Singapork saya tahu sebabnya - government terlalu kongkong pikiran rakyat, sehingga semua takut nak pikir sendiri. A closed society is a dead society as they do not let their minds expand.
Dah bertahun2 Singapork cuba tapi tetap gagal. Tech start-ups di Temasek masih s l o w.
Lagipun masyarakat Singapork ni kiasu. Semua takut buat salah dan ditertawakan orang sampai mati - sedangkan bidang start-up ni banyak mistake dan ramai gagal.
TAPI ada juga yang berani - ini antara ipad apps yang paling popular di pulak kecik ni.

Tapi kenapa Maysia pun s l o w dari segi ini?
Yang saya khuatir semua moslem nak dikongkong jadi satu pikiran, jadi groupthink people - semua tak boleh, semua dilarang - akan jadi manusia jumud.

ATAU mungkin di kedua negara MalSing ni, orang semua kenyang jadi kita rilek tak mahu pikir where to get the next dollar?
Indonesia sedang nak meletup tech start-up ventures ni sehingga ramai tech venture capital dah mula masuk, termasuk Facebook founder (beliau kini menetap di Singapork, sebagai Asian base).
Sini dan sini.
iPad game buatan Indonesia - boleh gila main game ini, walaupun grafik agak basic. Tapi laku woi!


Tuesday, 9 August 2011

Hari Kebangsaan Singapore - econ growth turun



FACEBOOK, TWITTER & POK CHICK

Saya jarang masuk Facebook. Saya ada akaun kerana kadang-kadang ada berita kat dalam tu yang saya kena kejar nak buat story.
Saya tak gunakannya untuk cerita dengan dunia saya baru balik shopping, atau sedang marah dengan pemerintah. Untuk tujuan tu, pok chick gunakan blog ini.
Jadi, 1000 Apologies jika saya reject anda dan tak conpirm jadi rakan FB.

Yang saya terkejut ialah seorang top editor ST beritahu saya - alamak why you never accept my Friend request?
Saya pun tak ingat bila saya reject depa. Tapi tadi masuk FB (setelah sebulan tak masuk), dan saya reject depa ni secara rasmi. Hahaha, jangan marah editor - mampoi kena potong gaji!

Sebab pada saya sama saja. Jika nama kamu bukan Denzel, Jennifer Aniston, Keanu, Aguilerra, Katy Perry, Wesley Snipes, Beyonce, Jho Low atau Kak Mah, saya reject.
Sama juga dengan Twitter, sedangkan followers saya lebih ramai dari followers Obama (phwee-weet). Mampoi aku tak pernah hantar tweet!

Where got time, man?
Bila saya nak zikir panjang ni, jika main FB, Twitter?
(Steadylah aku).
Jangan marah.

-------------------------------------
POSTING SEBELUMNYA

Hari ini, 8 Ogos, Hari Kebangsaan (National Day) Singapork Darool Kecik.
Dalam mesejnya kepada rakyat PM Lee Hsien Loong kata, kadar pertumbuhan ekonomi diturunkun sikit. Sobering message - sini dan sini.
TAMBAH SIKIT: Hari Kebangsaan 46tahun.

- "Our growth strategies of upgrading education and skills, and breaking into higher-value sectors have created good new jobs for Singaporeans. Compared to five years ago, most households have seen incomes rise," he said.


- We must stay connected to the world and continue to welcome talent and ideas, wherever they may come from. Only then can we continue to thrive and build a better Singapore for all."


Saya, orang akhbar, kerja macam biasa.


CIKIT JE CITER LOGAM MULIA: Dulu emas di tahap US$1,000, 1,100, Platinum begitu tinggi = US$1,800 per oz.
Kini platinum dah jatuh dan sama harga dengan emas!
Seperti perak, platinum juga logam digunakan dalam banyak industrial products. I wanna get a platinum coin - tho lemme see its price movements in the last 3-4weeks.
Di bank besar Singapork, UOB, mereka jual silver, gold dan platinum coins - di sini (click 'gold and silver prices'. Rates & Fees).
Orang melayu panggil platinum ni Emas Putih? Betoi tak? Pokcik tak pasti sebab pakai cincin rotan saja.



Monday, 8 August 2011

Gold, Silver spot market dibuka! Meluru naik!

FULL TIME


Seladang Wall Street kena picit bola hari ini - DJIA atau Dow jatuh terkecut (terkejut?) lebih 3 peratus.
Nasib baik saya bila jumpa seladang ni di Jalan Tembok (Wall Street) Mei tahun lalu, saya dah picit bola dia -- agar dia takut dengan mamat Melayu-Mughal yang juga berdarah Thai-Indon (jadi depa tak serang negara kita).

Rakan dalam rombongan sibuk bergambar di sisi seladang ini yang terletak di sebelah New York Stock Exchange. Cerita lama saya menjelajah Washington, New York, Liberty Island, Tucson dan Chicago di sini, sini dan sini.



Emas naik ke rekod baru, US$1722 per oz, hari ini (iaitu termasuk Europa dan US day). Perak, kerana fundamentalsnya lain (industrial usage) tak begitu ghairah dibeli - tak jejak US$40 pun.
Obama baru bercakap sebentar tadi. Buang masa beb lu cakap apa pun.



Gambar atas: Unkerr di depan bangunan NYSE.
Kenapa Wall Street dinamakan Wall Street?



NOTIS NOTIS NOTIS
Pemilik blog sedang experiment hidup tanpa blog politik Maysia. Saya nak cuba baca So tanpa Po.
Dan tambah tech, investment, hobi saya (banknotes and coins, design kereta baru, tech toys, health issues).
Kerana tugas saya yang baru, saya dah tak perlu baca detail lagi tentang isu-isu Maysia, jadi nak cuba alih pemandangan sikit.
Maaf, saya tidak memperkecilkan anda - apa yang anda semua perjuangkan sangat penting untuk masa depan negara angkat saya dan anak-anak kita. Sila Teruskan.

Cuma di tempat kerja, dulu fokus besar harian saya ialah isu-isu Tenggara Asia serta Af-Pak (Afghanistan dan Pakistan) dan negara Asia Selatan lain (Sri Lanka, Bangladesh, Bhutan, Nepal).
Saya dulu sebahagian daripada team di Southeast Asia and South Asia Desk.
Kena baca semua media (mainstream dan alternatif) dan blog dari negara ini semua, terutama saya fokus kepada Maysia dan Indonesia - jiran penting bagi pulau kecik Singapork.
Dulu kena baca (selain website berita Maysia) Jakarta Globe, Jakarta Post, Kompas, detikcom, vivanews.com (Indon), Bangkok Post, The Nation (Thai), Daily Inquirer (Phil), Times of India, The Hindu, Economic Times, Hindustan Times (India) dan seterusnya.

Ada dua team lagi di Meja Berita Luar Negara (Foreign Desk) The Straits Times - East Asia Desk (China, Jepun, Taiwan, dua Korea, Hong Kong) dan World Desk (the American continent, Timur Tengah, Aussie-NZ).

Kini secara harian, saya dah masuk World Desk. Tak payah menyibuk sangat dengan berita Maysia dan Indonesia sangat.
Selain standard baca CNN, BBC, Yahoo News, dan wire agency (Reuters, AFP, AP, Bloomberg, Xinhua), saya kini terpaksa baca setiap hari - malah setiap jam kalau ada masa - apa yang ada di halaman muka website New York Times, Washington Post, LA Times, Telegraph UK, Independent, Financial Times, Wall Street Journal. Belum lagi masuk akhbar Arab, hanya saya mula dengan Al Jazeera.

Dan bertugas malam pula sebagai Night Supe, saya kena tahu berita dari EA Desk dan SEA-SA Desk sekali.
Susah beb nak paham cerita China, Taiwan ni! Semua nama loktang.
Sama macam saya dulu sebut nama Ku Li, Tian Chua, Prabowo, Edhie Baskoro, Sri Mulyani - wartawan dari meja berita EA dan World confuse.
Kini nama-nama China, Taiwan, Jepun, Korea ni semua nak kena faham pentingnya mereka dalam isu politik negara mereka. Ish.

Dan juga banyak newsbreak dari financial world Eropah dan America berlaku pada waktu malam (waktu siang mereka).

Jadi blog saya pun kena tambahkan worldview saya.
Saya nak usahakan tambah berita EA dan World ni.
Harap maklum dan harap maaf.

-------------------------------

HALF TIME

Sekarang waktu half-time di pasaran Maysia, Singapork.
Indeks utama Bursa Malaysia pingsan 3.1 peratus.

Indeks yang lebih ramai orang perhatikan di seluruh dunia - sebelum pasaran Eropah dibuka, lepas tu pasaran Amerika - ialah di pasaran Tokyo, Singapore, Hong Kong dan Sydney.

Nikkei 225, minus 2 peratus.
Straits Times Index, minus 4.55 peratus.
Hang Seng Index, minus 3.7 peratus.
ASX 200, minus 2.4 peratus.

OKlah pada saya, tak teruk sangat.
Jika kita lihat gini, ia indication pasaran EU dan US pun jatuh lebih kurang sama. Bukan 10peratus yang sangat ditakuti pelabur. Sebab kalau dah jatuh teruk sangat, susah nak bangun.



EMAS, seperti dijangka, naik toncet. Masuk rekod baru. Melepasi US$1,700 setiap ounce. Dengan ni, saya rasa emas dah dapat support level baru, iaitu US$1,600. Tapi ini hanya psychological support, bukan technical-chart support = tak kuat.

Jika jatuh di bawah 1,600, hari tu juga kamu gi kedai emas beli cepat-cepat! Sebab di kedai emas, mereka jual ikut harga pasaran.
Tapi ikut 200-day moving average (London Fixing), supportnya yang lebih kuat ialah di sekitar 1,440. Belum stabil di 1600 - Lihat Green Line.
(Maaf, saya pakai 200-day moving average sebagai panduan. Orang lain pakai macam-macam cara nak tengok chart, saya yang tak ada formal training dan tak pandai baca chart, pakai yang mudah).

Gold naik 2.8 peratus buat masa ni.
Kalau kamu ada gelang, kalung lama, hari ni hari menjual kat kedai emas. Nak tunggu emas naik kepada US$2,000 pun boleh, tapi itu mungkin tahun depan dan hanya jika inflasi makanan tinggi, dan/atau ada lagi big panic dalam pasaran bond, saham atau Obama terpeleset kulit pisang.

SILVER, yang jatuh 7 peratus Jumaat lalu, naik ke atas kembali.
Naik 4.4 peratus, kepada US$40-plus se ounce.
Nampak, jika ikut 200-day moving average (London Fixing), support perak ialah di US$34. Lihat Green Line

GREED and Fear bermain di benak semua orang buat masa ni.
Nak beli emas dan perak, takut pasaran US nanti tak jatuh banyak!
Nak jual saham semua sekali, pun takut. Nak beli saham yang dah harga murah pun takut!


OKAY beb dan babes. Lepas hari ni kita masuk topik lain.
Boring tentunya asyik bual tentang dunia wang ni, lebih lagi kerana wang orang macam saya ni sikit.
Bayangkan saya dulu 9tahun tulis tentang dunia wang dan pasaran wang - cerita tentang orang buat duit dan hilang duit berjuta! Tapi gaji kita kat situ juga.

DULU saya di KL dengan akhbar terbesar Asia Tenggara, The Straits Times, yang paling saya gemar ialah tulis tentang cerita farming dan farmers. Cerita orang kampung dan harapan mereka.
Nanti kita masuk bab makanan dan inflasi sikit.
TAK gunalah saya rasa jika blog ni jadi blog kewangan. Saya buka cerita ni sejak beberapa hari lalu kerana ada problem besar dalam ekonomi dunia.

----------------------------------------
POSTING AWAL

Jam 0600 pagi waktu MalSing, spot market trading utk logam mulia (precious metals) dibuka.
Meluru naik! Seperti dijangkakan.
Emas naik 1.8 peratus, Perak 1.3 peratus dalam dagangan awal.

Anda click sini, boleh lihat almost live trading.
Lepas tu slow sikit kenaikan mereka. Seperti juga dijangkakan.
Sebab pemain akan lihat sama ada saham di Asia akan jatuh teruk atau jatuh sedikit saja. Juga US Dollar dan Euro, serta Oil.

KALAU tanya saya: jangan masuk. Kat market macam ni banyak short-term speculators, gerenti tangan kamu terbakar.
Biar semuanya stabil barulah nak masuk nak beli, untuk orang biasa macam kita. Jika kamu day trader, inilah peluang kamu.

Tapi jika kamu ada, katalah, RM5,000/S$5,000 to spare, jika SAHAM menjunam, pilihlah mana yang nak beli - blue chips only please.
Saya kat Singapork dah lama nengok saham High Dividend seperti SingTel, M1 dan Starhub (semua saham telekom). Di column 'Dividend Yld' (Yield).
Jika jatuh teruk.... erke, tapi hanya ada S$1,000 nak beli. Tak payahlah!

NAK tengok almost live saham di Sydney - almost live, di sini. Tak tahu pulak jam berapa dibuka.
Tengok indeks utama saham mereka ASX 200, dan juga All Ords di kiri bawah 'Market Watch'.

Untuk saham di Tokyo, perhatikan Nikkei 225, the most-watched index.

TAPI pok chic, saya nak nengok SEMUA sekali! Ah, kamu nonton ni. Carilah dalam tu. Macam-macam ada, cuma banyak market belum buka (ada buka waktu Asia, waktu Eropah dan waktu America).

Pokcik nak gi tidor sampai jam 12tghhari, sebab kerja malam lagi hari ini.