TANGKAP! DEMOKRASI DILOKAP!
Menarik sungguh. Bila di negara lain, mereka sorakkan dan galakkan.
Bila di negara sendiri, cepat ditutup,
200 kena cekup. Eh itu kan mereka demo tanpa keganasan??? Tak bawa senjata pun!
Dah
makin merebak benda ni di rumah Unkerr Sam, negara yang sibuk nak betulkan negara lain.
Mereka berarak di
Fifth Avenue di New York = jika di KL itu satu jalan utama macam Tun Razak, kerana di jalan itu ada Times Square dan Empire State Building (in midtown) terus masuk ke Wall Street (downtown).
Jika kamu terus ke uptown, boleh sampai Central Park. Sibuk benar jalan tu, banyak tourist terjejas.
Bila kita kata dulu kita tak mahu business, tourist dan business terjejas dengan demo, orang boo, kata nak kebebasan.
Kahkahkah.
Tak pulak cheerleader demo tempatan buka suara 'rakyat Amerika mahu kebebasan'.
"Outside the stock exchange,
officers swung batons at protesters who crowded the streets." - NYT
This is
police brutality (
GAMBAR - see pix no.5 in NYT).
This violence is only fit for us in Third World countries! Polis Amerika kan semua mala'ikat! Rupanya malaun tak kena ikat jugak.
Tsk tsk tsk.
Maaf, saya terus cucuk, walau saya suka-giler dengan Unkerr Sam dan Americans. Nak tunjukkan, mereka juga seperti kita = Lagak hero depan dunia, tapi dah kena batang hidung, cepat nak tutup najis.
-----------------------------------------
DAH lama nak ngobrol isu ni, tapi rasa malas nak masuk topik politik. dah takut orang marah.
Tapi biar saya cuba juga kerana agak menarik apa yang berlaku.
TUJUAN: mungkin (mungkin saja!) boleh beri sedikit petunjuk kpd maysia dlm isu ini.
Rakyat Malaysia di luar negara memang dah lama nak mengundi. Tapi garmen dulu, sebab kuat, buat donno. Tapi kini, zaman kerajaan lemah dan goyang, kena jugak dengar suara rakyat.
Dan isu ini dah pun
masuk mahkamah.
jika betul hampir sejuta rakyat Malaysia di luar negara, saya rasa yang layak mengundi = hanya yang dewasa, minus anak kecik, student muda. Mungkin 300,000? = iaitu satu pertiga dari yg di luar tu. Ini saya tembak saja.
Ramai tu! Jika kita jangka 80 peratus nak undi Pakatan, ia boleh menggoncangkan BN.
Tapi itu theori saya saja - saya tak tahu jumlah pengundi luar negara, mahupun jika mereka sokong Anwar atau Najib.
YANG penting bagi saya ialah nak tunjukkan cara bagaimana Singapore dan Indonesia jalankan pengundian di luar negara.
Kita panggil mereka, shortform, OV = overseas voters.
ONGKOS
Isu paling besar nak suruh OV buang undi ialah ONGKOS.
1) Nak siapkan tempat mereka mengundi. Jika di kota besar yang ada embassy seperti London, Washington, Riyadh dan Jakarta tak apa.
Sediakan satu bilik dan dua-tiga meja buang undi.
Tapi jika kamu kerja di Glasgow, Los Angeles, Makkah dan Bali tapi nak mengundi, macam mana? Dan hanya ada satu-dua kerat saja di kota itu?
Ini belum lagi jika kamu kerja di cerok seperti Zanzibar, Tasmania, Bermuda, Xian, Kyoto = iaitu jauh dari embassy.
2a) Satu jalan keluar tentunya ialah dengan gunakan pos (gunakan FedEx atau DHL agar confirm embassy terima. TAPI kamu sanggup bayar kosnya tak?
Siapa yang bayar ongkos ni? Jika pakai skim ni US$10 per person x 300,000?! (Maaf ini saya tembak, tak tahu ongkos sebenar).
2b) Dan sebelum tu, kerajaan (duit rakyat) kena pos kepada kamu (FedEx DHL) kertas mengundi. US$10 x 300,000 lagi?
3) Dan kena phone kamu beberapa kali nak pastikan semua lancar.
Dah terima kertas undi, Prof Dr Rem dari Universiti Arizona? (cantik sungguh campus uni ini yg saya lawati tahun lalu).
3hari kemudian: Dah pangkah dan pos kembali?
Esoknya: Ya, kami dah terima Prof.
2hari lepas tu: Ya, Prof, kami dah tally dan pass kepada Putrajaya semalam.
Semua ni ada kos. Dan jika 300,000 orang, mak oi mahal tu beb phone bill for both sides.
Kena ada extra man-hours (extra workers?) nak pastikan semua lancar. bayar overtime.
Berapa ongkos ini? Saya tak berani pun nak teka.
Maksud saya: Negara dah lah makin 'miskin' (termasuk kena rompak pemimpin) dan bergantung dengan Petronas untuk 40pct dari Baget negara setiap tahun, kamu nak tambah kos begini?
SEBENARNYA, kos untuk kerajaan tu satu aspek saja.
Untuk setiap pengundi pun ada kos - Jika kamu kerja di New York atau Chicago, dan boleh mengundi di Washington.
Itu one-hour by flight dan ada harga tiket kapal terbang dan teksi nak kena tambah. Mungkin kos nak tidor di hotel satu malam kerana nak pastikan dapat undi.
Jika kamu di LA atau Vegas = on the opposite side of the US! Lagi jauh, ada 4-5jam naik flight! Kos lebih tinggi. Problem pulak jika kamu insist pegawai embassy mesti datang ke bandar kamu.
JADI nak kena balance kos kepada rakyat, dengan hak kamu sebagai rakyat.
Dan kos kamu sebagai rakyat nak buang satu undi ni.
PENTING: SAYA tak sokong A atau B, tak tahu ia patut diteruskan atau distop, cuma nak beritahu benda ni ada hidden cost yang agak tinggi.
Kamu kena pakat-pakat dan work out berapa kos untuk setiap pengundi.
Dan sama ada isu ni nak diteruskan, bukan gaduh mesti nak hak, atau mesti nak block. Jangan guna emosi, gunakan sikap rationale.
Saya orang luar, sibuk tepi kain kamu.
Saya semasa di KL 12tahun, untung kerana setiap kali kawasanundi saya walkover (sebab PAP begitu kuat). Tapi jika ada undi pun, saya tak rasa saya akan terbang ke selatan.
Saya undi dalam pilihanraya umum Singapork pada Mei kerana berada di sini.
Tapi pilihanraya presiden pada Ogos, saya kebetulan di KL, saya tak kisah lah tak undi pun.
SINGAPURA & O.V.
Negeri kecik, jadi agak mudah diatur!
Kerusi Parlimen: 87 (Tidak ada 13 DUN).
Pengundi: Lebih kurang 2.5juta, yang mengundi pada general election May lalu = 2.21juta.
OV yang ada dalam rekod = 5,504 orang.
Sikitnyer! Kat Keramat, stray cats saja ada 5,000 ekoq!
Kerana sikit sangat, tidak semua negara diadakan undi pos ni.
Di Malaysia dan Indonesia, Brunei dan Vietnam, TIDAK ada. Jika kamu kerja di sini, kamu kena pulang jika nak undi. Voting is compulsory in Singapore, tapi jika kamu tak balik tak apa, hanya kena explain kenapa tak balik, akan dimasukkan balik nama kamu dlm senarai undi lain kali.
Singapore adakan pengundian (disiapkan tempat) di hanya sembilan bandar di enam negara:
- Canberra,
- Beijing, Shanghai,
- Hong Kong,
- Tokyo,
- London,
- New York, Washington and San Francisco
JIKA kamu di Perth, di Xian atau di Macau, tak ada.
Dan tak ada undi pos.
UNDIAN dikira di Singapura setelah kertas undi diterbangkan kembali.
Dibuka dan dikira depan agen politikus.
Dikira DUA atau TIGA HARI SELEPAS results semua diumumkan.
Tapi sebelum itu, result yang diannounce mestilah tidak dijangka akan menjejas sesuatu kawasanundi.
Misalnya, ada sejumlah 500 undi untuk kawasan saya di Bishan-Toa Payoh GRC dari 5,504 pengundi O.V. ni (kerana mereka semua dah register awal lagi, kena tunjukkan mereka undi utk kawasanundi mana).
Jika di kawasan saya, pemenang hanya majoriti undi 450, maka result utk kawasan itu Tidak Akan diputuskan pada malam result lain keluar.
Sebab O.V. ni boleh jejas result.
Tapi jika ada 500 O.V. untuk kawasanundi itu, dan pemanang dapat undi majoriti 600, maka akan diannounce results beliau menang. Sebab jika semua 500 O.V. undi lawannya pun, beliau tetap menang dengan 100 undi, yang boleh diadjust balik.
INDONESIA & O.V.
Untuk pilihanraya wong jowo ni lain pulak.
Negara besau. Ada 17,000 pulau, 5,000 pulau ada penduduk.
Rakyat lebih kurang 280 juta. Pengundi berdaftar berjumlah: 171 juta! (penduduk maysia hanya 28juta. spork 3juta sporeans+2juta pekerja asing).
Dewan Perwakilan Rakyat (national parliament/DPR): 560.
Undi untuk 33 dewan Provinsi (maysia ada 13 DUN). beratus.
Undi untuk 500 Kabupaten (regency): beribu.
Jadi tentunya cari pasal jika kamu beri O.V. mereka undi untuk DPR, Provinsi dan Kabupaten sekaligus.
bayangkan Ongkos nak pos result ke semua cerok negara!!!
nak mudahkan, pemerintah indonesia kata jika kamu di luar negara, kamu undi saja untuk
Jakarta II district!
Semua kena undi satu kawasan Parlimen (DPR) ni saja.
Tak payah sibuk-sibuk nak kena hantar undi 200-300 orang ke cerok Sulawesi atai cerok Ambon untuk dikira.
Semua dikira di embassy dan dihantar result ke Jakarta.
Di singapork, ada 99,000 pengundi indonesia bedaftar. yg keluar mengundi hanya 10,000.
Di maysia, saya tak tahu tapi tentunya ada berjuta pengundi!
Dengan hanya mengundi untuk satu kawasan saja, dapat save ongkos!!!
APA PUN, saya tak tahu jika pengundi maysia ni akan terima atau tidak, jika ini diunjurkan agar dapat kurangkan kos, sedangkan kamu dapat mengundi.
Atau mereka akan insist nak hak mereka undi dihantar ke cerok kelantan dan sabah.
ke penghujung perlis dan sarawak, dan bukan saja (misalnya) mengundi kerusi Putrajaya.
>
>
>
AHEM, CITER BELUM HABIS
4) Sebenarnya ada satu cara lagi utk O.V.
Tapi saya takut ini juga jadi polemik politik - di negara di mana hanya pandangan pihak kita saja yang betul!
Internet Voting!
Kos nak set-up tentu tinggi! Tapi bila dah siap, maka anda hanya perlu internet connection, boleh undi walau anda berada atas Gunung Everest (pakai Satphone).
Tapi saya tak rasa ada negara yang dah buat gini, atas security issues.
a) Tentu kita rasa semua pengundi akan undi pihak kita saja. Bila menang kita terima, bila kalah, kita tuduh macam-macam. Penipu, pengundi hantu, ada extra kotak, undi pos palsu, etc.
Akan ada syak wasangka bahawa pemerintah yang buat pasang sistem ini ada secret door nak manipulate results!
B) walau semua orang 100 peratus percaya dengan sistem ni pun, ada satu masalah lain: Misalnya saya sokong Pakatan, isteri dan dua anak saya yang dewasa sokong BN.
Nak undi hanya perlu IC number dan password.
Saya dapat find out apa password keluarga saya.
Sebelum mereka sedar, saya cepat-cepat undikan untuk pihak saya pagi lagi!
Kerana undi sekali saja, too late! I have already voted for you (maklumlah tentang isu politik ni boleh gaduh pecah belah satu keluarga).