Saya baca buku-buku ini setelah membaca buku bagaimana bermulanya empayar Mughal di India (pembina Taj Mahal). Nak tahu pula atok-moyang mereka ni, orang Mongol, ceritanya bagaimana pula.
1) Cerita panjang bagaimana Temujin marah kerana kerap orang Mongolia dipermainkan oleh Jin dynasty envoys dari Yenking (Peking-Beijing).
Historical fiction ialah fakta sejarah yang disedapkan dengan dialog manis. Macam kita nonton Puteri Gunung Ledang (cuma itu movie, bukan buku).
Atok-moyang Altantuya tinggal di flat plains di kaki gunung - tanah luas beribu batu yang hanya berpadang rumput dan hutan. Kerana tanah terletak di utara, ia kerap sejuk, banyak padang menghijau untuk kambing dan kuda, dan sungai mengalir indah.
2) Tapi dah fed-up, Temujin satukan semua puak Mongol - jika kamu tentang, saya pancung kepala. Puak/tribenya ialah Blue Wolves yang mulanya hanya berpuluh keluarga. Tapi disatukan puluh ribuan keluarga di bawah naungan tribe lain.
Semasa kecil lagi, beliau membunuh abangnya Bekter kerana curi makanan keluarga. Stealing a family's food during winter is a big crime.
Tinggal adik jantannya Kashar, Kachiun dan Temuge (serta adik pompuan Tomulun). Temuge suka jadi pentadbir dan tak suka perang, lalu kerjanya pastikan bekalan makanan siap sedia unk tribe mereka dan jika ada problem gaduh dalam tribe, beliau kena settle.
Setelah semua disatukan - mereka training giler.
Ini fakta sejarah yang saya pun tak tahu - bagaimana kaum gembala kambing dan kuda di hujung dunia, jadi world conquerors.
a) LATIHAN CUKUP: Tidak ada kaum lain masa tu yang sehandal mereka - tunggang kuda pantas sambil panah dan terus memanah dengan curved bow mereka yang terkenal.
Temujin diberi gelaran Chinggis Khan (Khan maknanya raja atau emperor).
b) MISKIN LAPAR = BENGIS: Lagi satu fakta penting - mereka ni orang miskin. Baca cerita saya tentang Stand Pipe dan orang papa daif.
Orang miskin zaman dulu jauh bezanya dengan anak kita zaman kini. Semuanya jadi softie, jadi metroman, bukan jantanman.
Orang yang dulu kongsi paip dan kongsi jamban, akan usaha keras pastikan mereka tak turun ke situ lagi, sebab tahu pahitnya hidup.
Anak kita kata 'It's A Given' mesti dapat handphone, laptop, bilik tidur sendiri dengan adjoining toilet, dan ada aircon.
Seperti Malaysia middle-class lain, mereka juga take As A Given ibubapanya dan jiran semua ada dua kenderaan! Anytime boleh makan kat luar!
c) BLOOD AND MILK: Untuk military strategists - ini sangat penting = Supply Lines. Dalam sejarah Perang Dunia 1 dan 2, beberapa kali pihak Jepun, Jerman, Italy Mussolini, mahupun America, Allies, Russia tersangkut dan kalah kerana supply lines putus ketika defend atau nak serang musuh.
Jika kamu berjaya masuk kawasan musuh, atau nak pertahankan bukit kamu tu, bekalan air, makanan (makanan dlm tin, coklat, daging), peluru dan barangan lain mesti terus masuk - seperti kayu nak buat api memasak, cangkul korek lubang untuk infantry, karung guni utk isi pasir. Jika supply line putus, hancus.
Mongol Tidak Perlu supply lines! Orang miskin beb, dari kecik mereka gembala kambing dan suka betul dengan kuda.
Bila gi perang, sama mereka dulu di tengah open plains, mereka hanya perlu potong sikit urat kuda, darah mengalir diminum dengan air. Atau dicampur dengan susu kambing - kambing yg dijumpai di mana-mana. Dan mereka bawa garam - dicampur dengan teh panas (kita pakai gula).
Juga dibawa daging deng-deng (daging kering). Mereka juga buru arnab, ikan, burung dan tupai.
Nak buat senjata - curved bow mereka dibuat daripada kayu, diperkuat dengan tali. Arrows dan shield juga daripada kayu - potong saja pokok yg dikenali sebagai tahan lasak dan keras.
Sedang musuh mereka - bangsa Chin dari China, Arab di sebelah barat, dan bangsa omputeh Russia (Siberia) - biasa makan enak-enak sebab kaum lebih kaya yang tinggal dalam pekan dan bandar. Beli makanan di pasar dan bazaar.
Mereka juga pantas ambil teknologi baru, digunakan untuk kalahkan musuh!
Dari Chin, mereka kebas teknologi siege engines (giant catapults to shoot at walls) dan metal body armour, agar jika kena panah dari jauh tak tembus.
3) Mongols dah bersatu lalu harungi Gobi Desert masuk ke Chin lands (tanah China) melalui Yinchuan.
Mereka bergerak ni bawa SEMUA ger, SEMUA kambing dan kuda, SEMUA ahli keluarga. Ini juga satu perbezaan mereka dengan musuh utama yang keluar perang dengan meninggalkan anak bini harta di bandar masing-masing.
Kamu tahu jika kamu tewas, keluarga kamu di kem hanya 1-2km dari situ akan mati semuanya, atau diperhambakan.
Mereka kalahkan Western Xia dynasty, sebelum masuk Jin Dynasty lands (masa tu China berpecah kepada beberapa negeri).Walau dah ada Great Wall of China, mereka gunakan pembelot Chin untuk cari jalan belakang lalu lintasi tembok - dari dulu hingga kini, Si Kitol ni bahaya. Jika pembelot bangsa dan agama, cepat dibunuh, jangan diraikan sebagai penasihat negara atau parti.
Lalu Mongol hancurkan semua yang menentang.
Fakta ini juga saya baru tahu - jika pemimpin kamu tentang mereka, semua di bandar atau fortress akan dibunuh. Dan setiap rumah, kedai dan tembok fortress akan dirobohkan 100peratus! Atau dibakar 100 peratus. Giler beb.
Literally, mereka jahanamkan semua sekali. Agar berita merebak dan orang takut nak tentang lagi. The consequences of not accepting us as your rulers is 100 per cent annihilation of you, your family, your house, your city.
Senang saja mereka bagi signal bila sampai dekat pintu masuk sesebuah pekan, bandar atau fort.
Mereka bergerak pakai ger - khemah bulat Mongol yang terkenal.
Bila sampai ke sesebuah tempat yang nak ditawan, mereka pasang khemah. Di depan sekali sebuah ger besar berwarna PUTIH akan didirikan = mereka hantar wakil dengan mesej - lu orang surrender sekarang, maka akan selamat. Kami cuma nak loyalty, anak muda kamu join askar kami, dan bayar gold dan silver.
GAMBAR: Hanya ger Khan saja yang ditarik oxen tanpa dilipat. Ger lain dilipat, kayu dibungkus, lalu ditarik oleh kuda, kerbau.
Selepas 24jam jika tak surrender, ger putih turun, naik pula ger MERAH. Too late to surrender. Jika kamu menyerah dalam waktu ni pun, akan kena sembelih.
Tapi kami tidak akan bunuh kamu semua, hanya semua pembesar, askar dan jantan-jantan kamu. Anak dan keluarga pompuan kamu jadi tawanan dan hamba.
Oh! Masih degil? Esoknya pula akan diturun ger merah, naik pula ger HITAM. Mesejnya: We will kill everything, termasuk ayam itek, will take down EVERY structure, to the last stone. Yang lain akan dibakar hangus. Dah lambat nak surrender buat muka belas.
Tak meremang kita baca gini!!!! Mengeletar saya bila baca.
Bila mereka masuk first few China towns, Chin action 'Ye eleh, anak gembala nak lawan kita orang bertamadun! Where got road?'
Mampos kena ger hitam. Lalu literally razed to the ground! Dan banyak hangus, baru yg lain cepat surrender.
Akhirnya mereka sampai ke Yenking (Beijing). Tapi tembok bandar itu tebal dan tinggi. Nak ikut masuk longkang DBKL pun tak boleh sebab Chin block dengan jeriji besi. So how?
Mereka pasang ger Putih, Merah dan akhirnya Hitam. Tak jalan juga.
Gunakan siege engines - giant catapults lempar batu - pun tak pecah.
Lalu mereka kasi lapar penduduk Yenking.
Bertahun siege itu.
Satu ketika ramai anak pompuan Yenking, katanya 10,000 orang, panjat tembok pakai baju putih, lalu terjun mati. Sedih mereka sebab kaum jantan tak mahu surrender, dan semua kelaparan.
Dan kerana lama sangat Yenking kena kepong dan makanan dah habis, mereka mula makan orang yang mati! Cannibalism rules.
Nak pastikan mereka dapat fresh meat, tiap hari mereka adakan cabutan lotteri - siapa menang kena sembelih dimakan ramai-ramai. Seronoknyer!
Dah tak boleh tahan, emperor muda China buat deal - kami surrender, tapi jika kamu nak masuk juga bandar kami, kamu jangan bakar.
Emperor berlutut kepada Genghis, lalu melarikan diri. Capital city Jin dynasty ditukar dari Yenking kepada Kaifeng, lebih kurang 1,000km di selatan!
Genghis kata, kurang ajar punyer Cheena, lalu beliau bakar dan hancurkan Yenking. Hahaha, ah pek mongol giler.
Tapi Genghis Khan (GAMBAR, matanya kuning macam wolf. Ada iras Altantuya kan?) mamat padang hijau negeri di kaki gunung.
Beliau dan jeneralnya semua mabuk jika terus menetap dalam bandar, dan dalam rumah batu.
SEDANG boring ni sambil korek hidung, beliau dapat berita envoynya 500 orang dibunuh!
Masa tu Silk Route dari China (yang paling mahal ialah silk) dan Koryo (Korea) dibawa naik kuda, kerbau dan unta menuju ke Samarkand dan Bukhara.
Ada caravan yang turun ke Indus Valley (Pakistan dan India) bertukar spices dari kepulauan Indonesia (cerita Spice Route ni nanti pork chic masuk satu hari).
Ada yang terus ke apa yang kita panggil empayar-empayar moslem masa tu - di apa yang kita panggil Turkey, Iran, Iraq-Syria-Jordan. Ada yang terus ke Tanah Suci (Jerusalem dan Makkah-Madinah).
Dari pantai Mediterranean Turki, ada yang naik kapal ke bandar besar Eropah termasuk Florence dan Venice serta Athens dan Rome.
JADI setelah conquer Chin lands, beliau ingat nak berniaga dengan empayar Khwarazmi di apa yang kita panggil Uzbekistan-Afghanistan hari ini, ibukotanya di Samarkand, tak jauh dari Bukhara bandar lahir Imam Bukhari.
Tapi Gabenor bandar Otrar bunuh envoy/wakilnya. Mereka sombong bodoh kata - 'Apa ni anak gembala nak berniaga dengan kita. Mungkin mereka nak spy kekayaan kita. Pancung semua sekali'.
KAN Chinggis yang bengis dah marah!
Beliau bawa semua gernya ke kawasan Arab-Turki-Parsi ini.
Mereka berarak SEMUA sekali.
Pada masa itu, tentera Mongol dah ramai 'volunteers' Chin (serve National Service or lose your head) - mungkin 100,000.Kem utama mereka di panggil Ord atau Ordo (headquarters) dan ger utama khan berwarna emas.
Dari Ord ini timbullah nama the Golden Horde atau the Mongol horde, yang begitu ditakuti dunia.
SETIBANYA di Otrar.... next installation.
Apa link Chinggis dengan pembunuh upahan Assassins umat m? Lain kali ler. Unkerr dah penat ni.
YANG pasti, dari Chinggis ni lahir Tamerlane, Yuan dynasty di China di bawah cucunya Kublai Khan, kemudian turun kepada Mughals India-Pak, dan Shah Rukh Khan dan Aamir Khan.
One man, ruthless but visionary, can change the fate of an entire nation.























