Tuesday, 31 January 2012

Baiki sistem pelajaran

Akhbar saya sejak dua hari lalu main besar-besar cerita kenapa Apple membuat produknya (iPad, iPhone, etc) di luar negara dan bukan di Amerika.
Dan kenapa supplier Apple juga membuka kilang besar-besaran di Taiwan dan China, bukan di middle America.

Selain gaji rendah di negara Asia, yang kita semua tahu, ada satu lagi argument yang penting. Penting bukan untuk saja Amerika, tapi untuk Singapore dan Malaysia.
Ini keluar dari perbualan antara Steve Jobs dengan Obama masa tu, beberapa bulan sebelum Jobs mati.


Jobs kata Amerika tak cukup engineer.


Nak buat produk tu memang perlu pekerja bergaji rendah, tapi siapa yang DESIGN produk-produk apa pun (kereta, TV, laptop, kerusi, cawan minum, telefon bimbit, etc).
Dan siapa yang SUPERVISE kerja memasang produk tu?
Siapa pula yang perlu dipanggil untuk REPAIR jika mesin pembuatan rosak?

Sedang kita sibuk tentang skandal betul dan skandal yang dimainkan hanya untuk memburukkan pihak lawan, fikirkanlah juga - adakah sistem pelajaran negara siap untuk ambil peluang jika berbilion projek luar nak masuk?

Baca cerita panjang lebar Kenapa Apple Lari Dari Amerika di New York Times di sini. Kalau kamu nak baca, tujuh muka surat NYT!
Akbar saya mainkan cerita ni di muka surat kosong untuk dua hari! (Isnin dan Selasa). Kenapa? Jadi pengajaran untuk educators dan policy makers dan lebih lagi politikus.
Perbaiki negara anda, bukan saja sibuk serang kiri, serang kanan.

Jobs beritahu Obama:
“I’m not worried about the country’s long-term future. This country is insanely great. What I’m worried about is that we don’t talk enough about solutions.”


BELASUNGKAWA Jobs di sini.

8 comments:

Anonymous said...

Tuanku, some would say its economic imperialism, especially about the china workers being mobilised at midnight. when the cycle becomes complete ie china and the other mfg giants will one day become short of mfg engineers just like america today, we may have to look at africa... hamdan

katrina said...

Mungkin tidak banyak peluang pekerjaan yg disediakan bagi graduan2, walaupun minat dalam bidang engineering.

Contoh housemate anak saya, automotive engineer - last2 duk manage kedai makan tomyam - western food ibunya kat Gombak!

Parts kereta dia converted jadikan tempat BBQ for me!

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,
I am currently preparing my TiE Malaysia teams representing Malaysia for the TiE All Asia Business Plan Competition in Delhi in February. While they have come a long way, the interest in the beginning was very lukewarm, despite the chance to represent Asia at the Rice Uni Busi Plan Competition. I feel Malaysians are just not hungry enough, and I am not talking about the students. Lecturers, policy makers seemed to be resigned to the fact that 'others' are better, faster, go-getters.

ninotaziz said...

I feel terrible saying all that but sadly, it is my general observation.

keramat mali said...

Reme

Akhbar di Malaysia (milik BN dan PR) lebih pentingkan masa depan periuk nasi mereka sendiri dari keperluan negara dan rakyatnya.

sad to say la.

Anak den yang sulong tu den hantar belajar jadi tukang masak kat UITM.
kekawan dia gelakkan dia sebab tu kursus dapur.

Nanti bila dia dah pandai, den nak sponsor dia bukak restoran 4 star kat bukit setiawangsa tu.

Masa tu baru lah kekawan dia menyesal sebab umur dah 50 tahun masih kerja makan gaji dengan orang. Silap haribulan kena VSS.

ha ha ha.

remgold said...

Hamdan rakyat beta,
when u're hungry and poor, u will be VERY HAPPY to be woken up early to work long hours.
baca cerita nih -

1) tukang pungut sampah di jakarta dibanding pekerja sama dari UK. selipar pun tak ada (saya baca pun sedih):

http://www.bbc.co.uk/news/magazine-16722186

2) tukang batu nesan di indonesia:

http://www.thejakartaglobe.com/myjakarta/my-jakarta-rusli-tombstone-craftsman/493888

kalau di msia dah jadi political isu dan orang dah demo dah. digalak demo, bukan kerja kuat.
tapi memang dari dulu, kini dan selamanya, yg kaya tekan yg miskin.

tentang lepas ni manufacturers akan ke ke africa - belum tentu lagi beb (pandangan saya).
saya pernah bual panjang dgn dua presiden amcham (american business chamber di kl). walau dah 7-10thn dulu - era reformasi. saya tanya mereka 'tak ke kamu takut lihat msia ni kecoh dan demo dan bising2 politik? tentu manufacturers takut nak labur?'

jawab mereka - pelabur asing ni bila masuk mereka bina factory, bawa masuk plant equipment, mesin. berpuluh juta ongkos.
maknanya tak mudah nak keluar.

(saya pernah cerita dulu tentang Portfolio Investment = beli saham syarikat msia dan bonds msia = mudah nak keluar! jauh beza dengan Direct Investment = bina factory, bina rumah-kondo, bina bangunan pejabat = payah nak lari jika ada problem).

jadi sebelum letak duit pelabur nak pastikan negara stabil. demo dan bising2 politik tu tak apa, kata mereka, agar jangan membuat huru hara yg boleh mengganggu production dan export (sebab tu demo walau okay secara umum, tapi jika block jalanraya boleh jadi problem utk pelabur dan pengexport - orang export barang berlori2 setiap hari. baik syarikat elektronik, yg jual minuman, ayam beku, beer di selangor, dhl, fed-ex (orang nak pos dokumen, drawings utk projek), mahupun pergerakan lori hantar barang ke mcdonalds, kfc, starbucks.
kamu syiok demo, businessmen pusing kepala sebab produk dan servis mereka terjejas.

dan kata mereka: tentunya pelabur takut jika ada bunuh membunuh, tembak menembak di khalayak ramai (macam egypt, libya, syria masa ini).

etc etc etc. kamu pun paham lah maksud mereka dan maksud saya tentang 'stabil' ni.
tak semestinya BN kalah, PR menang akan jadi kocar-kacir.
asalkan peaceful transition. stability bukan bermaksud PAP atau BN terus memerintah, tapi tak dihuruharakan jalanraya, dan tak tembak menembak, buat nonsensical laws bila dah menang yg menyekat pelabur atau menyusahkan rakyat hingga bangkit marah.

short cut: africa ni lain ceritanya beb.
kamu buka factory kat situ, selain corruption (benda biasa di negara mana pun termasuk msia, china, india, vietnam, brazil, russia), takut esok lusa dah dia tembak menembak. atau syarikat dirampas - mereka rampas oil fields yg dah dilabur berjuta oleh syarikat asing (dipanggil Nationalisation of Key Assets = rompakan dgn nama yg cantik).

atau demo violent yg ramai mati. atau ada diktator gila yg baru - minta second round of corruption - last time u paid 100mil was previous govt, this is new govt!

sebab itu hingga hari ini, kita lihat afrika jarang dikejar pelabur asing.
mereka yg gi sana perlu ada profit margin besar (seperti oil and gas companies) atau nak tambah political influence (china kini besar2an melabur di africa - nak secure long term supplies of gold, metals, soft commods like wheat and palm oil, oil and gas. political influence di UN).

katrina, ninot, keramat my dears,
if u're not hungry and poor, it is difficult to want to work harder.
ini masalah utk anak2 kita.

mereka tak pernah mandi stand pipe, jamban atas sungai, gi sekolah jalan kaki kena kejar anjing, kasut hanya dua pasang dipakai setahun dua, makan satay setahun sekali.
nasib kita semua dah jadi kaum middle class. the middle income trap.

Timur Tengah said...

Salam Reme,

First I bumped to that article in BigDog Blog. He posted the article on Jan. 28th. And there is interesting comment posted by our seasoned journo Charles F Moreira which I would like to share over here: "As economists such as Karl Marx, Frederick List and other pointed out, wealth is created by what a society produces and not what it consumes".

Coincidently you're blogged on your 3rd part of consumer society.

That week also I watched CNBC 2009 talk-show “Keeping America Great” of Warrent Buffet & Bill Gates taking questions from students at Columbia Business School in NY. What is so coincident Che Det blogged about how Europe & America turned to Financial Market (gambling) to substitute their Manufactured Goods Market.

Years ago in one of my business trip, I came across an article on decision made by ExxonMobil Chemical to build naptha-cracker in Jurong AFTER THOROUGHLY cost benefit analysis carried out on 3 locations i.e. Gebeng M’sia, Rayong T’land & Jurong S’pore. Reason given - efficiency of the import/export system gave them leverage.

I looked at Qatar (since I’m living here) and M’sia (since this is my so-called tanahair) or even S’pore – the fact is we spoiled our young generations. Nowadays our so called ‘mahasiswa’ preferred to demo instead of inventing new gadget.

Like it or not we’re trapped simirlaly like Europe & US – with high workers salaries, short working hours, long paid holidays (well done, tomorrow is Hari Wilayah after enough enjoying long weekend of CNY). On top of these we are worse than them due to immature & corrupted politician.

Our standard of living may be high (no more stand pipe, living in 5-star condo etc.) but the fact our products cannot compete in open market. And some elites will laugh on their way to the bank while singing Frank Sinatra “I did it my way”.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Op Ed

"Jobs kata Amerika tak cukup engineer" Saya rasa itu satu statement yang kurang tepat.

Jika saudara pergi ke Silicon Valley, Frisco and kawasan sekitarnya terdapat begitu ramai qualified software & hardware engineers wannabe like Steve Jobs dan Bill Gates.

Cuma mereka lebih suka berdikari dan cuba create ideas sendiri dengan mencari funder yang berminat.

Jika di ambil bekerja pun, gaji yang di minta amat tinggi berbanding dengan yang di ambil dari India atau Cina mahupun Taiwan.

Actually, Steve Jobs dan Bill Gates lebih suka ambil engineers dari India dan Cina dan manufacture product mereka di sana agar harga produk mampu di miliki oleh consumer society dan profit yang mereka dapat juga dapat memberi senyuman kepada share holders.

Saudara masih ingat harga sebijik komputer dalam tahun 80an yang ketika itu di buat di US ?

Tak ramai yang mampu.

It's all about consumer society.

Cuma yang bagusnya, ia memberi peluang kepada anak kita bekerja dan belajar di syarikat gergasi ini.

-Malik-