Sunday, 1 January 2012

Chinggis Khan & the Assassins! (Bah. 2)

PERAK LEMAH, EMAS TERUS SOMBONG

Baca di sini.

-------------------------------------------------
EARLIER POST - RISE OF THE MONGS

...SAMBUNGAN dari citer dongeng-tawarikh (historical-fiction) ....
Bah. 1 di sini.


Pabila Chinggis Khan (saya gunakan shortform, C.K. Bukan Calvin Klein eh) tiba di bandar Otrar (kini dalam Uzbekistan), beliau dah geram betul. PEMBETULAN: Otrar, bukan Ostar yang saya tulis sebelum ini. Ish nyanyuk pork chic ni.
Aku nak berniaga dengan Turko-Parsi-Arab empayar Khwarzaim ni dengan menggunakan Silk Route, kurang asam pak arab ni bunuh wakil aku semua, 500 orang.

Boss Khwarzaim, Sultan Alaeddin Mohammed, bawa ratusan ribu askarnya dari ibukota Samarkand dan tempat lain nak bantu Ostar yang dikepong Mongol - masa tu dah pakai ger HITAM. 
'So what? They're only goat-herders', kata beliau, overconfident (jika kamu lihat Pak Lah semasa Pilihanraya Mac 2008, ah, samalah tu kebodohannya dan penasihatnya semua).
Lalu hancus kena panah dan taktik kuda perang Mongol.

(GAMBAR ATAS: Samarkand hari ini di Uzbekistan. Bangunan lama dijadikan tourist attraction. Kita boleh bayangkan kemegahan bandar itu dulu dengan hanya satu gambar ini saja. Notice the onion domes - yang terus dijadikan sebagai lambang kubah masjid. Detail cerita Mongs dan gambar-gambar di sini).


Baik perang dulu mahupun sekarang, baik antara infantry-foot soldiers, kuda, mahupun kereta tank, the side that chose the Best Terrain usually wins. Supported by strong supply lines. Dan jika kut perang zaman kini - supported by the airforce strikes and bombings.
(Baca buku Sun Tzu Art of War) Jika askar kamu tiba dulu, kamu pilih tanah tinggi - agar bila askar atau kuda atau tank kamu serang, kamu turun bukit. Advantage over the group on the lower side of the terrain.
Atau, misalnya, kamu pilih yang ada sungai dekat belakang kamu, agar ada bekalan air jika nak buat siege/kepongan.
Atau, kamu tiba di padang perjuangan tu dulu, agar dapat siapkan trap - lubang, atau letak batu, atau landmines.

Si bahalol Sultan ni kata - we have 200,000, the Mongols 100,000, kita rempuh saja, buka jalan ke Otrar. Jadi mereka lawan ikut style running battles. Mereka tak berhenti, sedangkan Mongol serang dan tepi dan belakang. The final trap - Genghis tunggu di depan askar yang baru lepas lorong gunung. Mampoi, kalah dan berterabur semuanya.

Alaeddin dan anak-anaknya lari lintang pukang, dan beliau mati dalam buangan setelah lari menuju Caspian Sea, dikejar selama beberapa minggu.

Apa jadi dengan Otrar? Dalam buku yg saya baca inilah pertama kali saya terbaca nama bandar ini. Kerana ia telah di padang-jarak-padang-tekukurkan oleh C.K. yang bengis sebagai balas dendam. Sebelum itu, Otrar bandar penting dalam Silk Route. Tapi semua dibakar dan dirobohkan, hingga gempar satu empayar. Omygod, the Mongols razed Otrar to the ground.
Otrar mati terus hingga hari ini. Yang dinamakan Otrar hari ini ialah bandar baru dekat tapak yang dah hangus.


DAN bayangkan perasaan orang kawasan tu masa itu - kita lagi duduk pancing kat Caspian Sea atau baring bawah pokok di kampung kita dekat Iraq zaman tu. Tiba-tiba orang lari sambil pekik 'The Golden Horde is coming'. Tak terkencing-kencing kamu, ketakutan?
Kiamat dah tiba. You surrender or you and everything you know will die in a few days' time. Begitulah kehebatan Mongol ni sehingga gempar satu benua tu!
(GAMBAR: Kuda Mongol ni ketot - kuda gurun (tak tahu sama ada mereka ni sama dengan quarter-horses). Bukan jenis kuda besar yang biasa kita nampak di racecource, opocot! Tapi kuda Mong ni tahan lasak. 
(Bila masa terbaik anda nak lepaskan panah semasa kuda berlari laju di medan perang? Katanya, ada suku-saat sedang kuda lari laju itu di mana keempat kakinya Tidak Menjejak Tanah. That is the best, stable and most accurate position to release the arrow).


HASHISH-SHINS atau ASAS-SIYUN?

DULU semasa kepong Yenking/Beijing selama bertahun, C.K. hampir terbunuh. Emperor di belakang tembok Yenking pada waktu malam hantar kumpulan pembunuh yg berpura-pura kerja dengan Mongol sebagai hamba abdi. Satu malam mereka serang ger C.K., lalu sempat tikam kaki C.K. yang sedang naik kuda dengan pisau beracun.
Itulah satunya masa C.K. hampir mati. Berminggu masuk ICU Hospital Besar KL. Hahaha - berminggu tenat.

Beliau gerammmmmmmmm betul - katanya, nak lawan sila lawan kat padang.
Ini main tikam-curi very the penakut one. 'Me no like. Tak akan lagi aku biarkan orang lawan aku cara ini'.

SELEPAS Ostar ni, para pembesar Khwarzaim lepaskan senjata sulit mereka. Mereka fed-up asyik kalah dengan Mongol.
Ada satu kumpulan yang paling ditakuti oleh semua orang yang menetap di gunung tinggi, di tempat rahsia. Yang tahu hanya beberapa orang atasan.
  Kumpulan mazhab syiah (Ismailiyah) ini dinamakan 'Assassins', oleh orang luar.
Mereka pembunuh upahan. You pay me gold, my group will kill anyone you want.

Menurut cerita Barat, dinamakan Assassins kerana mereka pakai ganja Hashish (dari pokok cannabis). 'Hashishins'.
Sebelum membunuh, mereka steam dulu sedut hashish, baru khayal dan syiok nak bunuh.
Menurut setengah mamat sejarah lain pula, itu fitnah! Mereka dinamakan begitu kerana mengikut ajaran Asas Islam - 'Asassiyun' (orang sekarang pun jika kita kata dia Fundamentalist, Asassiyun, dia akan marah).
Mungkin kebenaran di tengah: mereka tekan hashish dan juga ikut asas kepercayaan mereka = sebab jika kamu jadi pembunuh upahan, takkan itu Islam namanya.



(GAMBAR: Dari computer game yang popular, Assassin's Creed).

Apa pun, mereka ini diupah bertan-tan emas untuk hapuskan C.K. Potong kepala ular ni, Mongol akan lemah dan balik kampung jaga kambing.

PADA masa itu, Mongol dah hancurkan Otrar, dan Bukhara pun dah ranap, mereka berjaya tawan Samarkand, ibukota Khwarzaim. Punah empayar itu di tangan Mongol, the first of many moslem empires to fall under the curved bows. Atok-moyang Altantuya hapuskan atok-moyang moslem, cut them to pieces, then burn them to the ground, ish ish ish.

Masa masuk Samarkand, menurut buku Conn Iggulden (historical-fiction, jadi saya tak tahu beliau sedapkan cerita atau ia benar berlaku), C.K. terkejut. Jauh bezanya dengan Yenking yang sempit jalan raya dan bazaar/pasar juga kecoh.
Di Samarkand, jalan di bandar luas, banyak pokok berteduh, bazaar teratur. Dan sistem jamban bawah rumah (longkang DBKL) pun telah disiapkan, tak seperti longkang najis terbuka di Yenking.
Ini pertama kali beliau berkata (menurut buku): Baru aku paham sistem perdagangan orang bandar ini. Mereka tak payah memburu - tapi makanan boleh dibeli saja di bazaar. Tak payah korek lubang jamban. Syiok juga tidor di atas tilam dan bantal moslem ni. Woooo, tingginya minaret, macam mana dia buat tu?! Pandai arkitek mereka.
  Sedang khayal inilah, datang Assassins menyerang! Tapi semua kumpulan itu dapat dihapuskan walau hampir C.K. kena tikam lagi.
Ish! Marah betul beliau - 'Gantung semua pengawal beta, sebab mereka ni khayal. Nasib naik beta tak mampoi'.
Puluhan security guard kena gantung kat situ jugak. Tiada maaf bagimu.
You made a big mistake, I punish you. Tak kisah you pengawal atau ketua wanita umno. 

(C.K. juga membunuh anak sulungnya Jochi, yang belot kerana fed-up dengan ayah, lalu melarikan diri dengan 7,000 askar. Saya cerita di Bah.1, C.K. juga membunuh abangnya Bekter yang mencuri makanan keluarga semasa mereka papa kelaparan waktu musim salji. Abang dan Anak dibunuh kerana kesalahan besar. Kalau kita, menantu kita kasi naik toncet jadi perampok pun tak apa).


LALU C.K., setelah urut dada hampir kena assassinated, panggil jeneralnya semua - kamu gi keluar sana - pujuk, bakar, bunuh, bribe dengan emas siapa saja yang boleh beri info di mana Assassins ni tinggal.
Sementara itu, semua Arab dan moslem dalam jemaah kita - dalam 100,000 tentera Mongols tu dah ramai arab-parsi-turki moslem - kamu pisahkan. Takut mereka juga geng Ass ini.
Sebelum itu, Mongol tak kisah mereka moslem atau kapir, nak solat 5kali sehari pun depan mereka, asal bila disuruh perang dan bunuh, kamu tak banyak soal.

Lalu, untuk pertama kali, beliau tinggalkan seorang jeneralnya jaga sebuah bandar yang baru ditawan, Samarkand. Ibukota yang indah - hari ini pun gambar Samarkand di Uzbekistan indah.
Bandar lain yang ditawan biasanya dibiarkan gabenor atau pemimpin lama kekal asal tak lawan tauke. Atau diranapkan 100 peratus.
The city-domestication of the Mongols nampaknya bermula pabila mereka jumpa tamadun bersih dan teratur moslem. Agaknya dah penat mandi air sungai dengan terjun botol, Abang Chinggis sedap dapat mandi kat Stand Pipe Samarkand, tak? Dan ada jamban dalam rumah ;-)

CARI punya cari, jumpa Si Kitol yang beritahu tempat tinggal Assassins di hujung Iran hari ini (atau mungkin di Syria), kerana dibayar satu kereta-kuda berisi ketul emas.
'Atop that mountain in Alamut, Khan, you will find them'.
Alamut ni saya cari Google tak dapat, dah dikiamatkan Mongol! Cuma ada Alamut di Turkey, tapi ia bukan tempatnya.


SEBELUM tu, kamu baca sejarah Assassins ni - menarik. Kerana penulis terkenal Ibn Battuta dan Marco Polo pun pernah tulis tentang mereka. Dan Saladin (Salahuddin Ayubi), jeneral terkenal Islam, pun takut dengan kuasa mereka ni kerena dua kali diserang kumpulan ini. Assassins beri gerun kepada Saladin dengan mudah. Satu hari, beliau bangun tidur, ada kek beracun diletakkan di atas dadanya, dalam bilik tidur beliau.
The warning: we can get you anytime, bro, so better u rilek one kornar don't try to disturb us.
Assassins juga antara musuh utama kristian zaman Crusades - mereka ditakuti juga oleh Knights Templar, kumpulan terrorist kristian yang kini diagungkan.
(GAMBAR BAWAH: Inikah ketua Assassins di masa itu, yang dinamakan Old Man of the Mountain?)


TAPI AWAS! Cerita C.K. nak dibunuh Ass ni lain dengan fakta sejarah lain - yang mana yang hampir dibunuh ialah cucu C.K., Mongke Khan.
Lalu Mongke Khan dan cucu lagi satu Hulagu Khan serang sarang Ass.
Dan katanya pusat Ass bukan hanya di Alamut, tapi di beberapa tempat lain juga.



ANAK Sultan Alaeddin, Jalaluddin, setelah bapanya mangkat di Caspian Sea, pulang ke selatan (Iran-Afghanistan hari ini). Beliau kumpulkan askar nak jihad dengan Mongol - halau kaum kapirin ni dari tanah moslem.
C.K. hancurkan askar moslem ni di tepi sungai Indus di sisi Pakistan hari ini, tapi Jalaluddin sempat lari dengan terjun ke dalam sungai. 

LALU, dah boring sebab moslem ni mudah sangat nak dikalahkan, beliau kata - mari kita pulang ke Western Xia (satu negeri di China yang pernah ditewaskan 3tahun lalu).
Tidak seperti banyak conqueror lain, di mana setelah ditewaskan raja baru bawa pentadbiran baru, buat jalanraya, bangunan (termasuk masjid, temple, church), kumpulan gembala kambing dan kudanya hanya pandai bakar dan bunuh. Lepas tu minta emas-perak, anak jantan join askar, dan sumpah Akujanji setia. Ditinggalkan tempat itu tanpa perubahan.
Di tempat yang takut akan cepat belot, akan ditinggalkan beberapa ratus askar, termasuk askar yang putus kaki atau tangan waktu berjuang dulu, nak pastikan bandar dan fort itu terus setia.

Jadi sedang mereka sibuk conquer Khwarzaim, Xia kata 'agaknya C.K. dah mampoi, kita halau askar mereka dari bandar kita'.
Maka terpaksa C.K. kembali dengan 100,000 askar dan semua ger nya ke China.


Setelah tiba di situ, belum sempat hapuskan Xia, Chinggis tiba-tiba mati. Yeap, everbody dies.
Ada kata depa mati kerana jatuh dari kuda.
Ada pula kata beliau penat berperang di tanah panas Arab (berbanding Mongolia yang sentiasa sejuk), lalu mati kepenatan dan kerana banyak cedera dalam peperangan tanpa henti ini.
Buku Iggulden diisi dengan theori ketiga - beliau mati dibunuh oleh seorang anak raja pompuan yang dijadikan isteri. Beliau ada empat isteri utama, tak tahulah yang mana satu yang bunuh, tapi ada kata yang membunuh ialah princess dari Xia yang takut C.K. kembali ke negaranya dengan niat nak hancurkan tanah air itu.


TERKEJUT berok umat Mongol dengan kematian ini.
Teringat saya cerita Rasulullah s.a.w. wafat, dan umat m masa tu semua tak percaya. Lalu Saiyyidina *Abu Bakar buat announcement:
'Jika kamu menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa beliau telah wafat.
'Tapi jika kamu menyembah Allah, ketahuilah bahawa Allah terus hidup'.
Baru tersentak para sahabat semua.
(*RALAT: Bukan Umar. Terima kaseyyy kpd Iskandar dan Timur Tengah. Pork chic dah karat, lama tak revise tawarikh moslem ni).

SI Chinggis ni dah mati pun masih bawa maut kepada ramai orang.
Mayatnya diusang atas kereta oxen ke secret burial place - sebab takut dikorek musuh.
Dalam perjalanan ribuan batu tu, siapa saya yang nampak kumpulan bawa mayat C.K. akan disembelih di situ juga. Ini untuk pastikan tempat persemadian beliau dirahsiakan.
Setelah ditanam, ratusan pejuang Mongol yang menanam beliau juga dibunuh oleh para jeneral Mongol, agar tak sebarkan di mana C.K. ditanam (Mongol ni secara umum, dulu gunakan cara Majusi - bila kamu mati, mayat di letak atas bukit dan gunung, agar dimakan oleh burung dan binatang. Tapi C.K. minta ditanam dan disembunyikan tempat beliau disemadikan).

HINGGA hari ini, his burial place masih secret. Saya sempat tengok NatGeo di TV beberapa minggu lalu, ada expedisi research Jepun-Mongolia yang dah jumpa tempat itu di kawasan gunung Mongolia - setelah jumpai bermacam old pottery dan relic lain. Tapi pemerintah Mongolia kata biarkan tempat itu saja. Jangan dikorek, jangan dijadikan tourist attraction - keliling gunung itu dikepong, jadi orang tak boleh masuk.


SILK ROUTE SELAMAT

C.K. gunakan undang-undang bernama Yassa - all equal below the law, except the first family. No one shall take the Mongol as a slave.
Beliau terima semua agama sebagai sama, sedangkan Mongol sendiri tidak ada agama.

Penulis sejarah Abu'l Ghazi:
"Under the reign of Genghis Khan, all the country between Iran and the land of the Turks enjoyed such a peace that a man might have journeyed from sunrise to sunset with a golden platter on his head (dulang dipenuhi emas atas kepala) without suffering the least violence from anyone".


SCOUT SYSTEM

Sebagai peminat Tawarikh, saya belajar satu benda baru dalam buku fiction Iggulden ini. 
Katanya, C.K. kerana masuk kawasan orang, gunakan ramai scout yang banyak mengelilingi gerakan askarnya.
Di depan, tepi dan belakang gerakan askar beribu orang ada puluhan scout yang berbatu jauh dari main group, setiap orang bergerak sendirian.
Mereka menjadi mata dan telinga main group.
Tunjukkan jalan short-cut ke sungai, tempat nak set up camp, atau awasi jika ada musuh di keliling kamu. Jika nampak musuh nak menyerang, mereka pantas bunyikan horn.
(GAMBAR: Mongol scout. Kuda ketot, dan tak banyak bawa makanan. Selain deng-deng (daging kering), keju keras (diperbuat dari susu kambing), daun teh dan garam.
(Keju keras/hard cheese dilembekkan dengan meletakkannya antara saddle dan perut kuda - jadi panas badan kuda melembekkan keju, mudah nak digigit. Atau keju dipotong dan dicampakkan dalam air yang dah dijerang agar cair.
(Dengan makanan simple gini, hancus siapa pun tak boleh lawan mereka masa dulu. Scout hari ini curi ayam).



DAN bila beliau dah conquer tanah Chin dan masuk tanah Arab, ribuan batu jauhnya. Macam mana nak sampaikan mesej, sedangkan Pos Malaysia dan Poslaju tak ada kat situ?
Dan tidak ada satellite zaman ini yang boleh jadi mata-mata di angkasa dan sampaikan mesej melalui iPhone.

C.K. dirikan halfway stations antara bandar. Dari Bandar A di Chin sehingga Bandar Z di Arab, ada scout yang tinggal setiap beberapa puluh batu. Jadi jika ada mesej - 'Bandar Merv diserang!' atau 'Pak Arab kumpulkan tentera baru di Herat!', cepat disampaikan dari satu scout ke scout yang lain. Mereka tak begitu penat sangat, jadi lebih pantas sampaikan berita. Ini berbanding dengan menggunakan satu-dua scout yang naik kuda dari satu hujung ke hujung lain nak sampaikan berita.

UNKERR baru habis buku ketiga Iggulden. Buku keempat selepas ini.

18 comments:

Anonymous said...

Sehebat-hebat Moggol kalah juga mereka di Pulau Jawa, di Palestin (perang Ain Jalut) oleh tentera Mesir (Memluk) dan di Jepun.

Tokngah

Asrar Ahmad said...

Wa best la, ada tukang cerita pasal Genghis khan, memang terror . terigat dula ada tengok cerita pasal dia kecik sampai sebelum jadi the Great Khan.
Dia kena capture by the chinese masuk dalam sangkar dan bibuat pamiran, yang tu lah buat dia boring dengan the chinese..... lupa nama cerita, but it was produce by a Russian company about 3 years ago.

Anonymous said...

anwar berahim pun ada berangan nak jadi macam Chinggis Khan ni.

Tapi baru belajar nak naik kuda dah tergolek berbalut leher. sejak tu lah dia tukar naik kuda kaki dua sahaja

Anonymous said...

Offtopik pak reme:

"Boney M's Bobby Farrell dies at 61"

Bobby Farrell, the frontman of the 70’s disco quartet Boney M, has died in St Petersburg, Russia, of unknown causes. He was 61.

The Daddy Cool hitmaker, known for his flamboyant costumes and energetic dancing was found dead in his hotel room on Thursday morning, said his agent John Seine, reported Time online.

The death was sudden, since he performed with his band on Wednesday and his body was found in his room by hotel staff after he failed to respond to a wake-up call in the city where the band rose to stardom in the Soviet era.

http://www.dailychilli.com/buzz/8703-boney-ms-bobby-farrell-dies-at-61

Sudirman - Michael Jackson
Boney M - Quinery M (Mazuin Hamzah)

Iskandar said...

Seperti biasa, post yg hebat dan sgt bermanfaat utk semua pak rem.

Cuma ada satu pembetulan pak rem, yg kata mengenai nabi telah wafat ialah Abu Bakr.

Umar tak percaya.

Katanya, "Ada orang dari kaum munafik yang mengira bahwa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Tetapi, demi Allah sebenarnya dia tidak meninggal, melainkan ia pergi kepada Tuhan, seperti Musa bin
'Imran. Ia telah menghilang dari tengah-tengah masyarakatnya
selama empat puluh hari, kemudian kembali lagi ke tengah mereka setelah dikatakan dia sudah mati. Sungguh, Rasulullah pasti akan kembali seperti Musa juga. Orang yang menduga bahwa dia telah meninggal, tangan dan kakinya harus dipotong!"

Timur Tengah said...

Salam Reme,

Betul kata Iskandar, riwayat menyebut Abu Bakr bukan Umar.

Salam - Raub, State of Pahang

remgold said...

Iskandar dan Timur Tengah,
terima kaseyy daun keladi. kalau jumpa lain kali betulkan lagi. sudah diralatkan di artikel utama.
yg baiknya saya silap - jadi anda tahu, bahawa artikel dan penulisan sampah saya dlm blog ini sebagai cerita biasa. mungkin salah mungkin betul.
cerita Mong ni pun saya baca buku 3tu saja - historical-fiction, but history book. dan saya tambah dgn apa yg saya jumpa di internet, kebanyakannya wiki.

kita juga harus berterima kasih kpd tiara dan penaja movie Puteri Gunung Ledang kerana bikin historical-fiction cerita atok-moyang kita. jika tidak, anak kita hari ni ingat sejarah kita hanya BN-Umno dan Pakatan-Anwar yg gaduh tanpa habis.
there is romance and mystery in history. not just about scoring points, walau negara terus rosak dan nama busuk satu dunia.

saya sejak masuk msia dan diberitahu cerita Naga tasek Chini, ingin betul tulis historical-fiction saga ini. konon nak dikawinkan dgn sejarah Hang Tuah, Hang Jebat, kesultanan Melaka.
saya pernah sampai puncak Gunung Ledang (puncak di Bukit Botak, bukan ultimate puncak - sebab tak terlalu penat). jadi saya rasa syiok ada romance dan sejarah tempat tu.
mungkin jika publisher Penguin atau SPH publishing beri saya advance s$100,000 (ahem) boleh saya henti kerja setahun nak tulis.
rakan saya dulu untung - diberi wang advance ratusan ribu sterling oleh HSBC. dibayar semua travel expenses - kamu spend setahun buat research di hk, china, london, etc tentang sejarah bank terkemuka itu. wow.

Tokngah,
kamu jangan potong steam lah. citer Mong ni belum habis kamu dah kasi conclusion :-)
bila pula Mong gi Jawa, bro? maaf part ni saya tak tahu.

Asrar,
saya pun ada nonton movie lama tu, tersorok di bawah katil di rumah kl. nanti nak cari.

tentang Boney M ni Offtopik, mereka ni part of everyone's life dulu.
yg tak suka lagu mana pun bila dengar radio akan dengar lagu mereka ini. masa tu - tahun 1970an, radio masih popular, bersama TV.
kini kita ON radio nak dengar azan saja, heehee.

Anonymous said...

Dalam asyik bercerta tentang Mong ada juga sindiran-sindiran tajam seperti kisah Pak Lah dan menantunya.

Itu yang buat lebih interesting.

Anonymous said...

mong ni dia pg jawa time kublai khan. bukan genghiz khan.

kublai mau serang kerajaan kertanegara. tapi kublai kalah.

Three expeditions against Burma (1277, 1283, 1287) brought the Mongol forces to the Irrawaddy delta, and the Mongols captured Bagan, the capital of Pagan Kingdom in Burma, and established their puppet government.

Kublai had to be content with the acknowledgment of a formal suzerainty again but the Burmese finally became tributary state and sent tributes until the expulsion of the Mongols from China.

The Khmer kingdom of Cambodia and small states in Malay and South India submitted to Kublai's rule between 1278-1294. Mongol interests in these parts had always been purely commercial and tributary relationship.

During the last years of his reign Kublai launched a naval punitive expedition of 20-30,000 men against the Javanese kingdom of Singhasari (1293), but the Mongol forces were compelled to withdraw, by the Majapahit Dynasty, after considerable losses of more than 3,000 troops.

lepas kublai mati, majapahit pulak naik.

http://en.wikipedia.org/wiki/Kublai_Khan

rem tau tak, dlm 0.5% penduduk dunia ade darah khan?

Anonymous said...

menarik cerita ni lagi2 cerita assassins. pasti kagum dgn cara Hassan Sabbah mengasaskan golongan aasasins nih sampaikan pengikut dia begitu taksub. Bayangkan utk satu misi membunuh ada yg ambil masa bukan seblan dua tapi bertahun2...assasisns ni jd org kepercayaan oleh sasaran. Contohnya conrad of monferat pemimpin perang salib yg dibunuh oleh pengawal sendiri.

Anonymous said...

best jugak ada orang tolong bacakan buku sejarah kat kita. macam bedtime story pulak.

di harap puak PR dapat menerima fakta dalam buku tawarikh ini walaupun tidak menyebelahi depa

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold
Just to share an excerpt from my next book, RATU, here is a conversation between Dewi Tribhuwana and her son Hayam Wuruk. The Singhasari king Jayakatwang had insulted Kublai Khan by refusing to pay a tribute:

“Raden Wijaya was your grandfather. He was wise and made use of the monsoon trade winds to plan his strategies. When the Mongolian Yuan army sent by Kublai Khan arrived, your grandfather allied himself with the Mongolians to fight against Jayakatwang.

The Mongolian expedition consisted of 20,000 army with 1,000 boats and a year of grain provision. They arrived at port of Tuban and soon preparing their fleet to enter the rivers of Java.

“With Raden Wijaya as guide, Mongol troop declared war against the new king. Wijaya and his Mongol allies easily defeated Jayaktwang's navy in Surabaya at the delta of the Brantas river. They then proceeded along Brantas to Kediri. Jayakatwang was finally captured and executed.

Once Jayakatwang was destroyed, Raden Wijaya shocked his allies by launching a surprise attack. Yuan's army had no choice but to withdraw. Their supplies were low. It was their last chance to catch the monsoon winds home. Waiting it out in Java for another six months was unacceptable.”

“Your grandfather founded a stronghold in Majapahit. The day of his coronation, the 15th day of Kartika month in the year 1215 of the Javanese çaka calendar is the founding day of Majapahit. During his coronation he was given formal title Kertarajasa Jayawardhana."

ninotaziz said...

Oops, sorry, Kertanagara, Raden Wijaya's father in law insulted Kublai Khan.

If you care to have a look, Sir Remgold, here are my stories of the Nusantara

http://ahikayataday.blogspot.com/

including my interpretation of the story of Naga Tasik Chini on June 1, 2010.

Happy New Year!

remgold said...

Tokngah, Ninot,
astaga!!! git outta here!!!saya ingat bila razak baginda jumpa altantuya itulah Pertama Kali melayu berjumpa mongolia. rupanya dah lama kedua kaum ni berdialog dan berbunuhan!?
ish ish ish. sungguh saya tak tahu.

sebab sejarah spork yg diajar di sekolah dulu ialah bila Sir Stamford Raffles tiba di sungai spore, dia jumpa kampung melayu, dah di situlah mulanya tempat itu jadi civilised. maknanya, masa tu melayu tu tak civilised sebab tak ada stand pipe, jamban atas sungai.

dan nama pulau begitu kerana apabila anak raja sumatra rihat di tanah sebuah pulau, nampak singa yg sedang berpura-pura tidor.
lepas tu anak raja lari semula ke kampungnya di sumatra (to show that the land was empty, bukan milik melayu mahupun indon). ish ish ish.

kenapa kamu beri isi buku free ninot?
u should use a male english name, say Wilbur Preston (campuran dua nama penulis favourite saya - wilbur smith dan lincoln preston), lepas tu market buku tu ke western publisher.
most of the well-known writers of fiction and thrillers are omputeh males.

wah, tak lama lagi hollywood buat movie tentang 'Baginda and the Mongs' (bukan razak baginda, tapi sultan zaman kuno) starring the Lake Cheney dragon (dia kena gunakan spelling sama dgn Dick Cheney agar mat salleh mudah paham).

bila maam dah kaya raya, kasi ler pork chic tempang ni tumpang naik ferrari gi masjid keramat....

Pewaris said...

Terbaik. Terima kasih unkerr.

Anonymous said...

Rem;

seronok betul baca sejarah..

saya tengah sebok nak cari cerita sebenar bagaimana orang Monggol berjaya diislamkan, puas saya google tak dapat pulak kat Internet..

harap Rem dapat membantu..

lagi satu, mungkin sejarah Islam perlu dikaji semula dari sudut lain, orang yang kalah seperti kumpulan Kharijite seperti dikafirkan oleh golongan sunnah Al jamaah, bila saya google kumpulan ni, macam kumpulan ni pulak dipihak yang benar?

dahserikngankapak said...

bang rem, yang tentera mongol bakar library orang islam tuh dekat uzbek lah kan? where the rivers turned black because of ink they also campak the buku dalam sungai.

as for majapahit ler ape ler, takpayah lar, the malay nusantara became a factor when sea trade was at its height 16-17th century, tho u can be proud of malay/java/polynesian people were great architects, chandi hindu byk dekat gunung berapi tuh in indonesia, terre orang serumpun nih buat bangunan heeee.

jepun selamat sebab expeditionary force mongolia ter kentel tengok samurai ganas, when they landed they kicked ass tho, then turned back home, main force tak sempat sampai dah kene angin kamikaze, tenggelam kat laut.

mongolia in the modern era sedih, sebab russia masuk rompak semua lepas tuh chau.

bang rem baca pasal kublai, dia pon power, dia punya kabinet wan mongolia lol, financial advisor orang islam, very diverse.

ninotaziz said...

J R Tolkien
Leo Tolstoy
Andrew Lang
Daphne du Maurier
Agatha Christie
Frank Herbert
Orhan Pamuk
J K Rowling
Tash Aw
ninotaziz

Dreams, dreams, dreams....