Monday, 16 January 2012

CONsumer society, Bah. 2

Bah. 1 di sini.

Seperti ramai anda di sana, saya gemar baca buku.
Yang peliknya di US ramai orang dah tak gemar membaca buku yang diperbuat daripada kertas, mahupun surat akhbar yang diterbitkan di kertas (newspaper = news on paper, dah nak mati di US!).
Mereka banyak gunakan Kindle nak membaca buku dan akhbar. Mereka beli 'buku' di Amazon, electronic books atau e-books. Dan dengan adanya iPad dan tablet lain, makin banyak e-book di beli. Buku kertas dah nak mampoi.
Sehingga syarikat buku seperti Borders ditutup di US - hingga jangkit kepada Borders di Orchard Road. Kini ruang kedai di ground floor bekas Borders dijadikan mall entah apa - tak masuk, cuma nampak dari luar = nampak macam dia jual kedai mainan kanak-kanak.

JIKA kamu naik pesawat ke mana pun, dan nampak pompuan atau jantan gunakan Kindle, 99per cent warga Amerika (baik yg omputeh, omyahud, omcheena, jika baca Kindle maknanya v v likely omamriki).
Mereka bukan nak menunjuk ada tablet, tapi telah di'ajar' dan consumerkan untuk membaca buku gunakan Kindle.  Nak selamatkan pokok, katanya.

Sama juga dulu kita (zaman saya muda) nak petik gambar mesti gunakan Kodak.
Hari ini akibat lambat masuk era digital, ibu syarikat kamera terkenal itu, Eastman Kodak, dah hampir lingkup. Kita telah diconsumerkan pakai camera Canon, Panasonic, Samsung.


KITA di Asia nampaknya masih terus baca buku dan akhbar yang dibuat dengan memotong pokok.
Tapi anda tentu juga dah lama nampak bagaimana kita sebagai pembaca kerap dipermainkan oleh book publishers untuk membazir.
Dia advertise suruh membeli buku terbaru tu biasa.

Tapi anda juga tentu biasa lihat SAIZ buku thriller oleh penulis Barat di Kinokuniya, MPH atau kedai buku di airport.
Lihat GAMBAR. 

Paling kurang ada tiga saiz dan rupa.
1) Apabila penulis buku terkenal pertama kali keluarkan bukunya, depa akan terbitkan buku HARDCOVER = dalam Gambar, dua buku yang besar, paling kiri (Dan Brown dan Lincoln Preston).
Harganya di Singapore, untuk jenis buku fictional thriller yang saya suka baca seperti gambar di atas, ialah lebih kurang S$60-S$100 = RM144-RM240.
Saya tak tahu sama ada buku di Malaysia lebih mahal atau tidak. Saya rasa lebih mahal, jika anda gunakan direct conversion S$1=RM2.4.

Jika penulis itu hot, mesti ada orang bodoh - macam aku - yang akan beli buku hardcover.
Tak sabar nak membaca cerita bersambung. Atau penulisan yang membuat kita gigit-kuku (Google Translate = nail-biter) atau mukasurat-berpusing (page-turner) atau buku yang menjolok mata (poke eye, kahkahkah).
Kalau tak suka harga mahal, suka hatilah, kena tunggu dua bulan lagi, sebelum buku sama title yang murah keluar.

2) Bila dah dua-tiga bulan gitu - saya percaya mereka boleh tahu masih laku atau tidak Hardcover tu - akan keluar buku BIG PRINT version (maaf, saya tak tahu apa nama rasmi, harap boleh celah).
Dalam Gambar atas, tiga buku yang ditengah tu (tulisan Iggulden, Manfredi, Rollins).
Kulitnya bukan lagi hardcover. Tapi ia lebih besar daripada buku jenis fiction yang lain.
Harganya S$30-S$40 = RM72-RM96.

Untuk penulis yang tak begitu terror-merror, mereka terus masuk Big Print ni.

Saya baru habis baca buku keempat siri Mongol.
Dah keluar pulak buku kelima, Conqueror oleh Conn Iggulden.
Ke Kinokuniya Orchard semalam, tanya penjual - ada tak print version yang buku kecik saiz biasa yang lebih murah.
'Sir, this is the only version because the book just came out. The smaller version maybe you got to wait two months'.
Cantik permainan mereka nak consumerkan kita. Pork chic tak sabar, lagi plonk S$32.10.

3) Saiz novel biasa - paling kanan dalam Gambar (Rutherford, Iggulden, Smith).
Ini paling murah dan pelbagai harga. Jika dah lama sangat, mungkin S$10 = RM24 pun ada.
Tapi biasanya lebih kurang S$15-S$19 = RM36-RM46.

Take it or leave it.
Jika tak suka juga, boleh tunggu dan beli second hand di ebay. Depa nak hantar mungkin dua hingga empat minggu.

Selamat datang ke CONsumer Society.
Pay to Play.

13 comments:

Timur Tengah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Timur Tengah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Timur Tengah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Timur Tengah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Timur Tengah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
remgold said...

Ini bukan delete kerana marah.
Nak baca apa yang saya delete, sila baca posting selepas ini - Haji tulisan Timur Tengah.

Orang cerita tentang haji,umrah ni syiok. Sebab tempat sama, pengalaman kadang jauh berbeza.

Jika anda ke Langkawi, atau London, atau Tokyo, pengalaman dari satu orang ke satu yang lain biasanya tak banyak beza.
Tapi kamu ke haji umrah, wow, jauh beza kerana periodnya lama dan manusia berjuta, maka cubaannya pun lain-lain yang timbul.

maarof chan said...

bro rem xbace buku grisham ke?fav saya tu.legal thriller

remgold said...

Grisham (lawyer) dan Stephen Frey (funds and high finance) ada baca juga.
errr, tapi loyar dan banker ni pembohong pulak - tak macam, ahem, wartawan.
tuan, buku grisham, mana satu paling top? saya akan beli dan baca (atau mungkin dah baca).

bagaimanapun, saya lebih suka cerita outdoors dan adventure, bermula dengan Wilbur Smith - dah baca hampir semua 30 titlenya.
dan penulis-penulis yg namanya dlm gambar ini pun.
yg tak ada dalam gambar ialah Matthew Reilly - non-stop action. jika anda suka action in words (bukan dlm movie)

utk science fiction, saya gemar Isaac Asimov, dah hampir baca semua tulisannya.
jika anda nonton movie robot, semua ada influence beliau.
dua buku mamat yg dah meninggal ini jadi movie - I, Robot (Will Smith) dan Bicentennial Man (Robin Williams).
juga Robert Silverberg utk science fiction.
tak tahu kenapa - tak penulis yahud ni bijak tulis buku yg buat projection zaman depan manusia.

baru terjumpa penulis ini - spy fiction = David Ignatius. bekas wartawan Wall Street Journal dan Washington Post mid-east yg jadi penulis.
bukunya Body of Lies jadi movie (Leonardo di Caprio, Russell Crowe).
yg lagi satu macam cerita betul juga, The Increment (tentang nuke plan Iran. saya pasti akan dijadikan buku juga).

Anonymous said...

Biasanay hardcover tu orang simpan.. kalau nak baca pun kena hati-hati... pok chik mesti tau harga buku 1st edition to harga mahal,..lagi-lagi kalau cerita meletup...

remgold said...

first edition tu dah masuk Rare Books.
ada orang suka simpan ni - sekakli lagi, orang kaya saja.
begitu popular sehingga ada banyak buku 'rare books' di negara barat.

saya sedang cari buku first edition John Steinbeck - Grapes of Wrath dan The Pearl.
ouch mahal harganya di ebay.
terpaksa kumpul duit beli yang biasa.

maarof chan said...

ha2 not to mention politicians.sy paling suka the firm.in fact was d 1st grisham's i read.agaknya bro rem dh baca pun kot.dh lama dbuat movie pun ceritanya.starring tom cruise.

maarof chan said...

apa2 pun sy respek kt bro rem ni.luas pembacaan.kalau buat resensi ni lagi teror dr sayed munawar kot.kah2

remgold said...

Maarof,
Lain manusia lain perangai.
Ada suka duduk masjid. Ada suka ngobrol kedai kopi. Main facebook. Beli beg Berkin. Ceramah satu negara tiap malam. Nonton bola 3pagi.
Perangai saya pelik - the best time of the day, my most peaceful time, hati saya paling rilek, ialah half-lying on bed, aircon on, teh tarik buat sendiri atau oats drink kat sebelah, dgn sebuah buku.
Kamu belum lihat reference books dan auction books saya tentang banknotes, coins, stamps, art objects. Kerja orang gila bro. Kalau research harga barang auction atau coin pun sampai 2-3pagi.
tapi tak semestinya dah lepas midnight.
kadang ada buku syiok, jam 10pg atau 3ptg pun dah mula mereng.
dan jika ada kwaci jepun, lagi syiok.

Anda yg mampu dah banyak kali ke england, australia, china, jepun, etc. Saya tak mampu, jadi baca aje ler tentang sejarah dan dongeng negara ni semua.

Reading in bed is 100pct berbeza dengan membaca website akhbar sedunia dan blog fitnah serta tulisan news agency di pejabat. Itu kerja harian saya. Itu Reading Under Pressure.
Baca atas katil, Reading For Pleasure.