Semalam, bergaduh orang nak beli iPhone 4 di China. Mereka berbaris
dalam cuaca sangat sejuk semalaman, lepas tu company kata tak jadi nak
jual takut riot. Benar-benar jadi riot!
Di Indonesia November lalu, riot juga orang nak beli Blackberry terbaru dengan diskaun besar.
Teringat saya - sejak kerja di Selatan (ahem, segan nak tulis nama
negeri kecik) selama lima tahun ni, saya dah beli LIMA handset!
Opocot!
INI CERITA lama saya tentang pelbagai jenis handset yang saya pernah gunakan.
Dua Palm (satu gemok touchscreen, satu kurus touchscreen = dah lupa nama) dan tiga Blackberry (yang kecik, yang hitam, kini yang putih = juga dah lupa nama).
Palm ni dah mati, tapi saya gunakan bermacam jenis Palm sebab 12tahun
dulu, orang belum pernah dengar perkataan phone touchscreen, Palm dah
keluarkan. Begitu terror-merror syarikat ni.
Tapi ia tak boleh lawan kenaikan Nokia, lepas tu Blackberry. Sebelum iPhone naik lagi, Palm dah mati.
APA PUN, isu saya ialah begini: Kenapa saya mesti gunakan satu phone baru setiap tahun?
Buang-buang duit untuk salaryman seperti saya. Saya tak ada pelihara 'lembu kebangsaan' atau dapat lesen rumat urut Selangor!
Tak dapat lesen membalak di Sarawak mahupun Kelantan!
JADI Blackberry terbaru saya ni, saya terus pakai. Dah dua tahun dah.
(Maknanya saya dulu beli empat handset dalam tiga tahun!)
Saya tak lagi gunakan data service, hanya untuk phone Kak Mah dan SMS Kak Wan. Nak kurangkan kos.
KITA kerap terbawa-bawa dengan consumer society ni. Mesti nak beli yang terbaru
Itulah bijaknya mass manufacturers ini.
Mereka tayangkan TV, kamera, tablet, phone, baju, kasut sukan, jam
tangan, komputer, minyak wangi, etc sehingga kita pun rasa malu jika tak
beli yang LATEST.
Mereka tahu jika mereka tak advertise, orang tak beli, maka factory mereka tutup ler!
Dah tua ni baru sedar.
Tipah, jangan tertipu dengan CONsumer society! Membazir.
TAPI kan, pssst, saya dengar tahun ni nak keluar iPad 3.
Nanti saya nak jengok. Tak, tak beli. Sungguh!
Hanya nak jengok....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






6 comments:
intersting one bang rem, i like the first picture on your post, did u know the number one cause for pollution is production.
You, Tipah no. 1 kat sini.
Kalau ada Tipah no. 2 among your readers...
Ceta pasal konsumer ni, suka betul saya baca entri ni.
World’s top economies in 2050 will be..
HSBC 2050 list of top economies (change in rank from 2010)
1) China (+2)
2) U.S. (-1)
3) India (+5)
4) Japan (-2)
5) Germany (-1)
6) UK (-1)
7) Brazil (+2)
8) Mexico (+5)
9) France (-3)
10) Canada (same)
11) Italy (-4)
12) Turkey (+6)
13) S. Korea (-2)
14) Spain (-2)
15) Russia (+2)
16) Philippines (+27)
17) Indonesia (+4)
18) Australia (-2)
19) Argentina (2)
20) Egypt (+15)
21) Malaysia (+17)
22) Saudi Arabia (+1)
23) Thailand (+6)
24) Netherlands (-9)
25) Poland (-1)
26) Peru (+20)
27) Iran (+7)
28) Colombia (+12)
29) Switzerland (-9)
30) Pakistan (+14)
(CNN) – The global research department of HSBC has released a report predicting the rise and fall of the world’s economies in the next 40 years.
The world’s top economy in 2050 will be China, followed by the United States. No surprises there – since China’s reforms in the 1980s, economists have said it’s not a question of if, but when, China’s collective economic might will top the U.S.
But among the smaller, developing nations, there are several surprises by HSBC prognosticators:
* By 2050, the Philippines will leapfrog 27 places to become the world’s 16th largest economy.
* Peru’s economy, growing by 5.5% each year, jumping 20 places to 26th place – ahead of Iran, Colombia and Switzerland. Other strong performers will be Egypt (up 15 places to 20th), Nigeria (up nine places to 37th), Turkey (up six spots to 12th), Malaysia (up 17 to 21st) and the Ukraine (up 19 to 45th).
* Japan’s working population will contract by a world-top 37% in 2050 – yet HSBC economists predict it will still be toward the top performing economies, dropping only one spot to the 4th largest economy. India will jump ahead of Japan to 3rd on the list.
* The big loser in the next 40 years will be advanced economies in Europe, HSBC predicts, who will see their place in the economic pecking order erode as working population dwindles and developing economies climb. Only five European nations will be in the top 20, compared to eight today. Biggest drop will be felt northern Europe: Denmark to 56th ( -29), Norway to 48th ( -22), Sweden to 38th (-20) and Finland to 57th (-19).
http://business.blogs.cnn.com/2012/01/12/worlds-top-economies-in-2050-will-be/
Lupa nak bold.
Malaysia up 17 rank dari sekarang dalam dunia, dan jadi kuasa 21 dunia. Itu pun kalau pada rate sekarang, semua perancangan jadi plus takda agi orang macam makcik shahrizat tu. :)
Rem
Den masih guna handphone yang di beli 5 tahun lepas. boleh cakap, hantar sms dan ada 3G kalau emergency nak check emel masa kat luar.
Hari hari kena kutuk dengan member pasal hp lama den tu sampai last sekali depa pun dah malas nak kutuk
- yang penting mesej yang di terima atau di hantar sampai & understood
pasal komputer, den masih guna notebook acer yang dibeli 5 tahun lepas, cuma tambah sikit beli modem.
- yang penting kerja siap
pakcik den, pengerusi surau masih guna typewriter kalau nak hantar jemputan atau pengumuman pada kariah surau dan orang kampung. lepas tu dia photostat dan suruh budak budak pergi hantar
- yang penting surau terus hidup.
tapi gadget baru ni kalau orang nak bagi free, den ambik.
tetuan dan tepuan,
jangan lupa baca komen-komen Timur Tengah (di Qatar) dan soal-jawab rakan lain mengenai isu minyak.
teri kasih, tambah kpd ilmu kita tanpa perlu membaca buku.
Timur Tengah,
kamu belum cerita lagi pengalaman naik haji baru ni! email pun belum saya terima.
cerita lah beb. saya letak sebagai posting.
ramai tentu nak tahu. tak payah cerita yg buruk bro, jika tak mahu. cerita yg manis saja pun kita nak dengar.
terutama banyak benda baru yg saya sendiri belum lihat - seperti jam besao tu kat tepi kaabah.
cerita saya paling manis kat mekkah ialah nampak benda ghaib - first time in my life. saya cerita orang tak ka percaya.
biar jadi pengalaman saya dan anak jantan saya (witness kedua).
Post a Comment